You are on page 1of 3

PK07 Pengurusan Mesyuarat

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KELAPA SAWIT MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN DATA DAN MAKLUMAT SEKOLAH BIL 1/TAHUN 2012 Tarikh Masa Tempat Pengerusi Kehadiran(Bilangan) Turut Hadir (Jika ada) 1 : 12 Januari 2012 : 12.00 1.00 petang : Dewan Bestari, SMK Kelapa Sawit : Pn. Zarinah bt. Wagiran PK Pentadbiran, SMK Kelapa Sawit : 6 orang : Tiada

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Zarinah bt Wagiran, Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Kelapa Sawit. 1.2. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa kerana dapat menghadirkan diri ke mesyuarat pertama Pengurusan Data dan Maklumat Sekolah bagi tahun 2012. PERLANTIKAN JAWATANKUASA PENGURUSAN BILIK KHAS 2.1. Bagi sesi persekolahan tahun 2012, mesyuarat telah melantik ahli jawatankuasa pengurusan data dan maklumat sekolah seperti berikut; Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Ahli Jawatankuasa : Datin Hjh Hasnah bt Md. Sem (Pengetua Cemerlang) : Pn. Zarinah bt. Wagiran (PK Pentadbiran) : Cik Nor Zana bt. Ithnin (Guru Data) : Cik Hjh Farawahida bt. Apandi (Data OPMEN pagi) : Pn. Siti Nabila bt. Mohd Talib (Data OPMEN petang) : Cik Thye Seet Li (SMM pagi / e-kehadiran) : Cik Norliana bt. Abd. Aziz (SMM petang / e-kehadiran) Tindakan: Makluman

FOKUS KUTIPAN DATA JANUARI 2012 3.1. Pengerusi memberitahu fokus kutipan data bagi bulan Januari 2012 adalah data murid, enrolmen dan maklumat perjawatan guru (OPMEN). 3.2. Pengerusi berpesan agar data enrolmen murid hendaklah dikemaskini setiap hari untuk bulan pertama sesi persekolahan tahun 2012. Ini kerana, data enrolmen murid sangat penting dan sering diminta oleh pihak-pihak lain seperti jabatan dan pejabat pelajaran daerah. Oleh itu, sekolah perlu bersiap sedia dengan data enrolmen yang tepat. Tindakan: Guru Data

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

3.3. Pengerusi memberitahu sekolah baru sahaja menerima sepuluh orang guru sambilan untuk berkhidmat di sekolah selama tiga bulan. Sekolah juga bakal menerima guru penempatan baru pada minggu hadapan. Oleh itu, data opmen dan emis perlu dikemaskini dengan memasukkan maklumat guru-guru tersebut. Tindakan: Guru Data dan Guru OPMEN 3.4. Manakala bagi guru sedia ada di sekolah, kutipan data guru juga perlu dilakukan bagi memastikan data sedia ada tepat dan sah. 3.5. Guru data menjelaskan semakan profil guru akan dilaksanakan pada bulan Februari kerana kekangan masa dan kesibukan guru data mengurus dan mengutip data enrolmen murid. Tindakan: Guru Data dan Guru OPMEN

3.6. Pengerusi juga mengingatkan guru SMM untuk bertindak awal mengutip data
SMM agar dapat diserahkan kepada pejabat pelajaran daerah pada masa yang ditetapkan. Tindakan: Guru Data dan Guru SMM 3.7. Pengerusi juga mengingatkan supaya data sekolah diurus dengan baik agar data yang dihasilkan bukan sahaja sifar ralat tetapi sah dan tepat. Tindakan: Guru Data, Guru OPMEN dan Guru SMM 4 ISU BERBANGKIT 4.1 Pengerusi membuka peluang kepada ahli jawatankuasa untuk menyatakan isu atau masalah yang dihadapi semasa menguruskan data. 4.2 Guru data memberitahu, beliau sering menghadapi masalah ketika mengutip data enrolmen apabila guru-guru tingkatan tidak meletakkan Buku Jadual Kedatangan di tempat yang disediakan. Oleh itu, guru data memohon bantuan agar guru tingkatan memberi kerjasama untuk meletakkan buku tersebut di tempat yang disediakan. 4.3 Pengerusi mengulas untuk meminta kerjasama dari unit HEM untuk mengingatkan guru tingkatan meletakkan Buku Jadual Kedatangan di rak tersedia. Tindakan: Guru Data 5 HAL-HAL LAIN 5.1. Pengerusi berpesan kepada semua ahli jawatankuasa untuk saling bantumembantu agar pengurusan data dan maklumat sekolah dapat dilaksanakan dengan baik. Tindakan: Semua Ahli Jawatankuasa

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PENUTUP a) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang

Disediakan oleh, .......................................... (CIK NOR ZANA BT ITHNIN) Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bilik-Bilik Khas Tarikh : 13 Januari 2012

Disemak Oleh, ................................ (PN. ZARINAH BT WAGIRAN) Naib Pengerusi 1 Jawatankuasa Pengurusan Bilik-Bilik Khas Tarikh : 16 Januari 2012

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

You might also like