P. 1
Awang Sulung Merah Muda

Awang Sulung Merah Muda

|Views: 624|Likes:
Published by Rusli Radzi

More info:

Published by: Rusli Radzi on Feb 07, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/24/2013

pdf

text

original

3. ASPEK-ASPEK INTRINSIK 3.

1 PLOT Dalam glosari mini kesusasteraan, Hashim Awang mengatakan plot adalah susunan peristiwaperistiwa dalam sesebuah cerita bagi karya-karya sastera berbentuk cereka. Susunan itu mungkin dibuat secara tertib mengikut urutan masa, iaitu, peristiwa yang dahulu berlaku didahulukan dan peristiwa yang kemudian berlaku dikemudiankan. Kadangkala plot mungkin tidak menurut susunan masa, iaitu peristiwa yang terjadi kemudian didahulukan penceritaannya dan yang dahulu terjadi diceritakan kemudian. Dalam plot selalunya ada unsur-unsur ketegangan, kebetulan dan kejutan untuk menimbulkan minat pembaca. Dalam plot terdapat juga plot tambahan atau anak plot kepada plot utama, Ia disisipkan di antara bahagian plot utama untuk menimbulkan variasi penceritaan. Plot bawahan ini mengandung susunan peristiwa- peristiwa tersendiri, tetapi masih berhubung dengan plot utama.[7] Dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda, plot hikayat ini mengandungi plot utama dan juga anak plot. Penonjolan plot dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda adalah plot yang menurut susunan masa dari satu peristiwa berpindah kesatu peristiwa yang mempunyai hubungan antara satu dengan yang lain. Hikayat Awang Sulung Merah Muda merupakan prosa lama yang panjang, terdiri daripada 11 bab. Plot Hikayat Awang Sulung Merah Muda dapat dilihat menerusi peristiwa dalam setiap bab. Saya akan cuba sedaya upaya untuk melihat bentuk dan keindahan plot dalam hikayat ini. Nombor-nombor plot seperti di bawah ini adalah plot keseluruhan mengikut susunan peristiwa tetapi dikategorikan kepada dua bahagian iaitu plot utama ditandai dengan kurungan (U) dan plot tambahan (anak plot) ditandai dengan kurungan (A) 3.1.1 PLOT MENGIKUT PERISTIWA DALAM SETIAP BAB BAB 1 Si Helang Mawai mangkat setelah berapa lama memerintah Kerajaan Pati Talak Terengganu. (U) Suami Uli Pati Talak Terengganu menggantikan kerajaan Pati Talak Terengganu.(A) Tuan Puteri Si Helang Bakau anak kepada Si Helang Mawai berkahwin dengan seorang Raja yang tiada bernegeri iaitu Tuanku Si Helang Laut (U) Tuan Puteri Si Helang Bakau dan suaminya Tuanku Si Helang Laut belayar ke negeri Bandar Mengkaleh.(U) Datuk Batin Alam meminang Uli Emak Si Anjing kemudian berkahwin.(A) Tuan Puteri Si Helang Bakau dan Tuanku Si Helang Laut berkaul[8] dan berniat di lautan Tanjung Jati memohon untuk mendapatkan anak.(U) Tuan Puteri Si Helang Bakau hamil dan mengidamkan seekor pelanduk Jantan Putih yang mengandung dan ikan terubuk jantan yang mengarang telur.(U) Tuan Puteri Si Helang Bakau melahirkan seorang anak yang diberi nama Awang Sulung Merah Muda.(U) BAB 2 Tuan Puteri Si Helang Bakau mangkat dan dimakamkan mengikut adat Diraja.(U) Tuanku Si Helang Laut juga mangkat dan dimakamkan berdekatan makam isterinya.(U)

(U) Datuk Batin Alam mengupah orang untuk mengasah gigi[11] Awang Sulung.(A) Datuk Batin Alam menyiksa Awang Sulung dengan menyuruhnya melakukan berbagai-bagai kerja.(A) Datuk Batin Alam menyuruh Awang Sulung membuat pagar sasak[12] dan sebuah kakap[13] panjang tujuh depa sehasta.(A) Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tunang kepada Raja Mambang Saujana.(A) Datuk Batin menikam Awang Sulung dan berlaku pertikaman senjata antara kedua-duanya.(U) Awang Sulung meminta pertolong kepada Tuanku Nahkoda Tua untuk membayar hutang mengasah gigi kepada Datuk Batin Alam tetapi ia dihalau.(U) Awang Sulung balik semula ke Bandar Mengkaleh dan berkahwin dengan Tuan Puteri .(U) BAB 5 Awang Sulung masuk ke geliung milik raja dari negeri Semarang Tanah Jawa.(A) Awang Sulung menyamar sebagai budak sakai atau budak hitam.(A) Awang Sulung masuk ke hutan meminta pertolongan kepada Tukang dari kayangan untuk membuat kakap.(U) Tuan Puteri Seri Jawa memberi pinjaman wang kepada Awang Sulung. (U) Tuan puteri Dayang Seri Jawa dari Tanah Semarang Jawa belayar ke Bandar Mengkaleh untuk melihat Awang Sulung dengan menaiki Geliung[14] Panjang.(U) BAB 4 Awang Sulung pergi ke rumah emak saudaranya untuk meminta pertolongan tetapi dihalau.(A) Uli Emak Si Anjing mengetahui Awang Sulung disiksa oleh suaminya Datuk Batin Alam.BAB 3 Datuk Batin Alam dan Uli Emak Si Anjing memelihara Awang Sulung dan dijadikan anak angkat. (U) Tuan Puteri Dayang Nuramah mendesak Awang Sulung lari meninggalkan Datuk Batin.(U) BAB 6 Uli Emak Si Anjing kembali ke negeri Bandar Mengkaleh hendak melihat anaknya.(U) Awang Sulung meleraikan peperangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.(A) Tuan Puteri Dayang Nuramah menyerang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kerana merebut Awang Sulung.(U) Datuk Batin Alam menghantar Awang Sulung dan anaknya Puteri Dayang Nuramah belajar Al-Quran dan Merawi[9](U) Datuk Batin Alam menghantar Awang Sulung belajar ilmu Mantik[10] dan Nahu.(U) Awang Sulung keluar mengembara dan meninggalkan Datuk Batin Alam dan Puteri Dayang Nuramah.(U) Uli Emak Si Anjing belayar ke tanah Pati Talak Terengganu mengambil upah mangandam.(U) Awang Sulung berkhatan mengikut adat Istiadat Diraja.(U) Datuk Batin Alam mengajar Awang Sulung ilmu silat dan ilmu Kebal. kemudian Awang Sulung berjanji menjadi hamba kepada tuan puteri(U) Awang Sulung kembali ke istana Datuk Batin Alam dan melunaskan hutangnya. (A) Datuk Batin Alam mendesak Awang Sulung membayar balik wang yang digunakan untuk upah mengasah gigi.

[16]Kepelbagaian ini dapat dilihat dalam plot-plot kecil. Sebagai contoh dalam bab 3 terdapat anak plot. iaitu Datuk Batin Alam menyiksa Awang Sulung dengan menyuruhnya melakukan berbagai-bagai kerja. (A) BAB 10 Awang Sulung meneruskan pelayarannya dengan Tuan Puteri Jawa hingga sampai ke Negeri Pasir Panjang. Motif penyiksaan ini adalah sebagai titik tolak atau penggerak berlakunya penggembaraan Awang Sulung (Plot Utama).1.(U) Awang Sulung bertemu dengan Tuan Puteri Mayang Mengurai kemudian mereka kahwin.(U) Awang Sulung mempelajari adat-adat di Gelanggang semasa berada di Negeri Pati Talak Terengganu.(U) Awang Sulung berperang dengan Tuanku Mambang Saujana dan berjaya menewaskan dengan memanggal leher Tuanku Mambang Saujana(U) Awang Sulung dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa berarak diseluruh tanah Semerang Jawa meraikan perkahwinannya dan kemenangannya.2 KEINDAHAN PLOT Menurut Lufti Abas keindahan bagi sesuatu plot itu adalah cerita yang mempunyai kepelbagaian plot iaitu antara plot utama dan plot-plot kecil.(U) Awang Sulung bertemu dengan tunang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa iaitu Tuanku Mambang Saujana. Awang Sulung berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan meneruskan pelayaran hingga sampai ke negeri Pati Talak Terengganu.(U) BAB 8 Awang Sulung mengetahui Uli Pati Talak Terengganu adalah Ibu Saudaranya. . Tuanku Nahkoda Tua dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengetahui identiti sebenar Budak Hitam iaitu Awang Sulung.(A) Awang Sulung menang bersabung ayam kerana menyeru tuah ayam sabungannya yang bernama Kinantan[15] suci.Ini bermakna plot yang sedemikian kelihatan dangkal (terus-menerus) dan tidak ada nilai-nilai keindahan.(U) 2. Dalam plot-plot kecil ini sebetulnya mempunyai motif yang berhubung dengan plot utama.(U) BAB 11 Tuan Puteri Dayang Seri Jawa melakukan tipu helah agar Awang Sulung Balik ke Geliung dan meneruskan pelayaran mereka ke Tanah Semarang Jawa.(A) 3. Jika tidak ada penyiksaan ini sebagai misal sahaja tentu Awang Sulung hanya mengembara tanpa digerakkan oleh satu peristiwa (Penyiksaan ). (U) Awang Sulung berulang-alik menemui keempat-empat isterinya.Dayang Nuramah.(U) BAB 7 1.(A) BAB 9 Awang Sulung berkahwin dengan Tuan Puteri Pinang Masak.(U) Tuan Puteri Dayang Seri Jawa melakukan tipu helah agar Awang Sulung Balik ke Geliung.(U) Awang Sulung bertemu Ibu saudaranya Uli Emak Hitam Pasir Panjang.(U) 3. Awang Sulung menyelamatkan geliung panjang daripada serangan perompak-perompak yang diketuai oleh Panglima Helang Laut.

Setelah berjaya dileraikan. nisbah seperti di atas terlalu jauh daripada tuntutan dalam erti keindahan.1. Datuk Batin Alam menyiksa Awang Sulung sehingga Awang Sulung terpaksa keluar mengembara untuk melunaskan hutangnya kepada Datuk Batin Alam. keseimbangan juga adalah salah satu syarat dalam menganalisis keindahan plot. Jumlah nisbah yang diperolehi di antara plot utama dengan anak plot adalah 38:15. Sebagai contoh dapatlah diperhatikan seperti Rajah dibawah ini: P7 P8 P9 Huraian Rajah: P1 . atau 20:17 . P2 .3 BENTUK PLOT Plot Hikayat Awang Sulung Merah Muda boleh dikatakan sebagai plot Mudah atau kronologi. 3.Selain daripada kepelbagaian plot. Konflik yang dihadapi Awang Sulung meleraikan kemarahan (tipu helah) Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. P4 – Awang Sulung terpaksa meleraikan peperangan antara Tuan Puteri Dayang Nuramah dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Kesimbangan ini dapat dilihat dari segi jumlah ratio atau nisbah yang diperolehi di antara plot utama dengan plot kecil. Awang Sulung berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Nuramah. Ini bermakna dari segi kesimbangannya tidak menepati syarat keindahan plot.Bahagian awal Hikayat Awang Sulung Merah Muda mengisahkan latar belakang ayah Awang Sulung. Konflik Awang Sulung sekali lagi meleraikan kemarahan (tipu helah) Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. P5 – Mengisahkan pelayaran Awang Sulung ke Negeri Pati Talak Terengganu dan berkahwin dengan Tuan Puteri Pinang Masak . Nisbah yang agak seimbang misalnya 7:4.Awang Sulung dipelihara oleh Datuk Batin Alam dan dijadikan sebagai anak angkat. kedua ayah dan bondanya mangkat setelah melahirkan Awang Sulung. P3 – Awang Sulung keluar mengembara dan menghadapi berbagai rintangan semasa berada dalam pengembaraannya diantaranya ia terpaksa menjadi budak sakai atau budak hitam dan menjadi hamba kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. . Ia dikatakan sebagai plot mudah kerana jalan ceritanya berurutan mengikut perkembangan waktu dan peristiwa yang dihadapi oleh Awang Sulung. P6 – Mengisahkan pelayaran Awang Sulung ke Negeri Pasir Panjang dan berkahwin dengan Tuan Puteri Mayang Mengurai.

P7 – Awang Sulung bertikam senjata dengan Tunang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa iaitu Tuanku Mambang Saujana. P8 – Awang Sulung berjaya menewaskan Tuanku Mambang Saujana P9 – Awang Sulung berarak bagi meraikan perkahwinannya dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan kemenengannya menewaskan Tuanku Mambang Saujana. Dan babak yang penghabisan ialah apabila tokoh itu berjaya menghasilkan tujuan pengembaraannya dan balik kenegerinya. Panah-memanah halintar. dan sebab ia pergi keluar mengembara. 3. Mohd Taib Osman mengatakan bahawa pada dasarnya cerita-cerita penglipur lara Melayu mempunyai tiga babak. dan ini jelas digambarkan dengan bahasa irama yang mencerminkan suasana alam tersebut: Maka Tuan Puteri pun lepaslah gering bersalin. Berderu-deru hujan panas. Berbunyi sekalian bunyi-bunyian. Babak yang pertama mengandungi cerita lahirnya tokoh itu ke dunia dengan segala tanda-tanda dan alamat kebesarannya. Ini adalah susunana cerita yang dasar[17] 3.2 JALAN CERITA (Fabula) Dalam kata penghantar Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Babak kedua ialah cerita pengembaraannya yang penuh dengan episod yang menunjukkan kehandalan dan kegagahan tokoh itu. Awang sulung menghadapi masalah yang memaksa dirinya supaya keluar mengembara. Tujuh mengkawan atap terpatah. Penggembaraan ini berpunca daripada perlakuan manusia iaitu faktor penganayaian yang mengerakkan berlakunya pengembaraan Awang Sulung yang dilakukan oleh Datuk Batin Alam. (hlm:2) Sebelum pengembaraan. Dalam cerita yang bermula dengan kelahiran.1 Kelahiran atau sebelum Pengembaraan. Maka puteranya itu keluar daripada kandungan bondanya: Tujuh bilah lantai terpatah. Penganayaian ini tergambar dalam satu peristiwa: Maka titah Tuanku Datuk Batin Alam: . tanda-tanda dan alamat kelahiran Awang Sulung digambarkan dengan suasana alam yang hebat.2.

tetak rendah dihamburkan. 3. Di negeri Pati Talak terengganu. “Baiklah abang lari. Dalam pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kebandar Mengkaleh. Pertemuannya dengan Awang Sulung juga membawa kepada perkahwinan. batang birah. 3. Pelbagai peristiwa yang berlaku dalam pengembaraan ini. Pada kelazimannya. Puteri Raja negeri Pasir Panjang iaitu Tuan Puteri Mayang Mengurai telah terpikat dengan Awang sulung yang akhirnya membawa kepada perkahwinan.” Maka jawab Awang Sulung. Perkahwinan Awang Sulung dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa diraikan dengan penuh adat istiadat kebesaran istana. Peperangan ini berpihak kepada Awang Sulung. Awang Sulung bertemu ibu saudaranya iaitu Uli Emak Hitam Pasir Panjang. Awang Sulung terpaksa menyamar sebagai budak sakai atau budak hitam.3 Selpas Pengembaraan.2 Semasa Pengembaraan.2. lalu menghunus pedang panjang sambil menetak kepada Awang Sulung. Rajanya bernama Datuk Nahkoda Tua. Bersama-sama dalam geliung ialah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. lalulah berkata Tuan Puteri Dayang Nuramah. dan seterusnya ke Negeri Semarang Tanah Jawa. batang pisang. adinda boleh memegangkan pinggang ayahanda. Selang berapa lama Awang Sulung berada di Negeri Tanah Semerang Jawa. Semasa berada di Semarang Tanah Jawa berlaku peperangan antara Awang Sulung dengan Tuanku Mambang saujana. tetapi peperangan ini berjaya dileraikan oleh Awang Sulung. wira menghadapi peristiwa suka duka. kemudian di Negeri Pasir Panjang. “Di manakah anakanda mendapat wang? sedangkan makan minum ayahanda memberikan” Maka bertambah-tambahlah murka Datuk Batin Alam. dalam penggembaraan. Tiba di balai penghadapan diringi pula dengan nobat dan nafiri. Rakyat menunjukkan taat setia kepada Awang Sulung di samping meraikan perkahwinannya. Awang Sulung meminta izin kepada isterinya untuk mengunjungi isteri-isterinya yang lain. Di antaranya Awang Sulung menyusup masuk ke geliung milik raja dari negeri Semarang Tanah Jawa. Pengembaraan Awang Sulung bermula dari negeri Bandar Mengkaleh. Awamg Sulung bertemu dengan ibu saudaranya yang bungsu iaitu Uli Pati Talak Terengganu anaknya bernama Tuan Puteri Pinang Masak. habis berputusan batang pinang. Semasa berada di Negeri Pasir Panjang. Peperangan ini disebabkan Awang Sulung telah menghawinkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tunang Tuanku Mambang saujana. Maka dilepaskan oleh Awang Sulung. tetak tingginya diendapkan. berlaku peperangan di antara Tuan Puteri Dayang Nuramah dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kerana merebut Awang Sulung. Mereka diarak dengan menaiki gajah. bersama budak hitam (Awang Sulung).“jikalau engkau tiada bayar rial aku kurang dua tiga puluh rial batu tentulah engkau dibunuh sekali ini.3 TEMA . sehingga teranglah di dalam kampong yang besar.”(hlm:40) 3.2. Kejayaan Awang Sulung menghapuskan tunang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa diraikan oleh rakyat Negeri Tanah Semerang Jawa. kemudian berlabuh di Negeri Pati Talak Terengganu.

Biasanya Sarjana Melayu berpendapat: “Tema utama cerita-cerita penglipur lara ialah pengembaraan anak-anak raja besar untuk mencari sesuatu. Tema dalam sesebuah karya klasik mengandungi beberapa tema iaitu tema utama dan tema sampingan. WATAK DAN PERWATAKAN Watak Wira (Protagonis) Watak Wirawati Watak Jahat (antagonis) Watak Pembantu Awang Sulung Merah Muda * Tuan Puteri Dayang Nuramah . ada juga tema sampingan.1 Tema Utama Dalam Hikayat Awang Sulung tema utama dapat dilihat melalui beberapa peristiwa peperangan di antara Awang Sulung dengan Mambang Saujana membawa persoalan bahawa hanya orang yang berjiwa besar saja yang akan berjaya. Di antara watak dengan peristiwa mempunyai hubungan yang saling bantu-membantu untuk menunjang kepada tema. akhirnya membawa padah pada dirinya kerana ia sanggup menentang demi kepuasan yang ingin dicapainya. walaupun sebenarnya Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak menyukai Tuanku Mambang Saujana. Tema ini tersembunyi di sebalik peristiwa-peristiwa yang berlaku. 3. cerita-cerita penglipur lara Melayu mempunyai tema yang berbagai-bagai ragam.2 Tema Sampingan Di samping tema utama.3. Perbincangan mengenai watak dalam analisis ini tertumpu hanya kepada yang menjadi persoalan sahaja dan watak-watak yang lain diterangkan dengan secara ringkas. bahasa. 3.3. Watak yang digambarkan melalui keempat watak ini jelas menunjukkan bahwa mereka ini mempunyai jiwa yang besar untuk mencapai hajat dan hasrat masing-masing.4 Watak dan perwatakan. Peristiwa ini membawa persoalan bahawa kepuasan duniawi tidak akan membahagiakan manusia 3. Kerakusan Tuanku Mambang Saujana untuk memiliki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. di sebalik lambang. Tema ini dapat dilihat melalui watak Mambang Saujana. Mungkin yang dicari itu jodohnya atau barang-barang hikmat yang diperlukan untuk kejayaannya[18] Terdapat beberapa tema yang boleh diketengahkan dalam hikayat ini. motif dan juga perlakuan watak. Sama juga halnya dengan peperangan yang berlaku di antara Tuan Puteri Dayang Nuramah dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.Seperti juga jenis kesusasteraan yang lain.

Kegagahan dan keberanian Awang Sulung terbukti dalam sebuah pantun sewaktu hulubalang Mambang . Awang Sulung juga digambarkan seorang yang gagah dan berani. Ketampanan ini terbukti melalui peristiwa perkahwinannya dengan empat orang Puteri. nahu dan juga ilmu pencak silat dan ilmu kebal.Selain daripada itu. Awang Sulung adalah seorang yang memiliki wajah yang tampan.Awang Sulung juga mempunyai kecerdasan fikiran dalam menguasai ilmu yang dipelajarinya seperti ilmu Merawi.* Tuan Puteri Dayang Seri Jawa * Datuk Batin Alam * Tuanku Mambang Saujana * Tuan Puteri Dayang Mengurai * Tuan Puteri Pinang Masak * Bujang Selamat * Si Kembang Cina * Awang Sulung Merah Muda Dari segi Fizikalnya.

lengkap sifat yang tujuh laksana. “Dimana ikan engkau dapat?” Maka sembah Awang Sulung Merah Muda. Maka keluarlah Tuanku Datuk Batin Alam bertanya. kedua dermawan. Di antara episod yang menggambarkan kejahatan Datuk Batin Alam ialah sewaktu Datuk Batin Alam menyuruh Awang Sulung memukat ikan. Kalau tidak berani mati?” (hlm : 111) Tuan Puteri Dayang Nuramah Seorang yang berperwatakan pencemburu dan pemarah sehingga berlaku peperangan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa setelah menjumpai Awang Sulung bersama dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.. keenam sebenar perempuan. Apa guna kepuk di ladang. pertama bangsawan. “Ikan tiada.. melainkan aku bunuh engkau” (Hlm:37) ...Saujana mengetahui Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah berkahwin dengan Awang Sulung: Maka titah Awang Sulung Merah Muda. Dia mudah jatuh cinta sebaik saja dia mendengar keelokan paras rupa Awang Sulung. patik tidak tahu memukat. terlalu elok rupanya. Dia bijak membuat helah sehingga Awang Sulung terpaksa menentang tunangannya Tuanku mambang Saujana.dinamakan baginda puteranya itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Apa guna berambut panjang. Perasaan Simpati yang dimiliki oleh Dayang Nuramah juga digambarkan sewaktu bapanya menyiksa Awang Sulung. Kecantikan dan sifat-sifat yang dimiliki oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa digambarkan oleh pengarang: . tiada bertolok di dalam jajahan negeri Semarang tanah Jawa. Dia memohon ayahandanya untuk belayar ke Bandar Mengkaleh.” Lalulah murka Tuanku Datuk Batin Alam ditampar diterajangnya Awang Sulung Merah Muda. “Hai encik-encik panglima dengarkan ibarat beta. ketiga hartawan. sifatnya putih kuning. Maka berkata Tuan Puteri Dayang Nuramah. tubuhnya batang menjelai. tiada ketahuan marahnya lagi langsung berangkat dari situ. ketujuh setiawan. Kalau tidak berisi padi. “Jikalau tidak dengan segera engkau pergi. sifat jahat yang dimiliki oleh Datuk Batin Alam ini menyebabkan Awang Sulung lari mengembara. kelima cumbuan. Maka ia pun kembali ke istana. “Apakah sebabnya ayahanda hendak membunuh Awang Sulung? Apakah salah derhakanya kepada ayahanda?”(hlm:40) Tuan Puteri Dayang Seri Jawa Tuan Puteri Dayang Seri Jawa digambarkan seorang yang mempunyai paras rupa yang cantik. (Hlm:41) Datuk Batin Alam Di gambarkkan seorang yang jahat . keempat gurauan.(hlm:36) Kejahatan ini lebih jelas lagi apabila Datuk Batin Alam hendak membunuh Awang Sulung: Maka murka baginda merah padam warna mukanya.

tetapi dia tetap ingin terus memiliki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa .. Jadi. Ini sudah menjadi kebiasaan dalam hikayat-hikayat Klasik seperti Hikayat Hang Tuah. Jika di lihat pada Judul hikayat iaitu ‘Hikayat Awang Sulung Merah Muda’ maka dengan sendirinya watak utama dalam hikayat ini adalah Awang Sulung Merah Muda. bukan atas dasar kebencian atau keterpaksaan.Tuanku Mambang Saujana Seorang yang jahat. motif perebutan ini juga menunjukkan kegagahan dan kehandalan seseorang lelaki. Siapa menang dan berjaya membuktikan kegagahannya. Jadi. 3.Di samping itu . Kebenciannya terhadap Mambang Saujana memang dari awal lagi iaitu sebelum pertemuannya dengan Awang Sulung. Awang Sulung sebagai Protagonis Pertama: Seperti yang dikatakan tadi.1 Persoalan: siapa sebenarnya antagonis (Jahat). perbuatan Awang Sulung merebut tunang Tuanku Mambang Saujana adalah sikap yang bertentangan dengan tatasusila masyarakat Melayu. dalam masa yang sama Hang Tuah juga melanggar tatasusila orang Melayu iaitu melarikan Tun Teja. suatu dilema yang dihadapi oleh Tuan Puteri apabila ia telah jatuh hati kepada Awang Sulung. jika dilihat pada judul hikayat itu sendiri menunjukkan bahawa watak utama dalam hikayat ini adalah Awang Sulung. Ini dapat kita tafsirkan bahawa delima seorang wanita soal memilih suami harus dileraikan dengan adanya seseorang yang boleh memberi bantuan. Persoalan yang menjadi pokok dalam aspek ini ialah untuk menentukan siapakah sebenarnya watak antagonis dan protagonis di dalam hikayat ini. perbuatan Awang Sulung menentang Mambang Saujana memang wajar kerana dia juga mempertahankan hak seorang wanita dalam menentukan soal memilih suami. Dalam Hikayat Awang Sulung kita boleh meletakkan Awang Sulung dan Mambang Saujana sebagai Protagonis atau antagonis dengan memberikan hujah-hujan yang konkrit. Dia sanggup berperang dengan Awang Sulung Merah Muda disebabkan kerakusaannya untuk memiliki Taun Puteri Dayang Seri Jawa. Kedua: Dalam hikayat ini ada dinyatakan bahawa Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak menyukai Mambang Saujana. dialah dianggap sebagai wira dalam masyarakat di zamannya. Dari sudut yang lain.4. Jika dipandang dari sudut masyarakat yang melahirkan hikayat ini. Awang Sulung sebagai Antagonis . apakah perbuatan ini boleh dikatakan sebagai watak Protagonis?. Awang Sulung Merah Muda atau Tuanku Mambang Saujana. Hal ini terbukti apabila Awang Sulung diraikan oleh rakyat Tanah Semerang Jawa setelah Awang Sulung berjaya memenggal leher Mambang Saujana. Sama halnya dengan sastera hikayat yang lain seperti hikayat Hang Tuah yang dikatakan sebagai watak utama. walaupun tuanangannya Tuan Puteri Dayang Seri Jawa membencinya. watak-watak yang menentang dan memusuhi Awang Sulung dengan sendirinya menjadi watak antagonis seperti Tuanku Mambang Saujana. Tuanku Mambang Saujana pula diberi seolah-olah sebagai watak antagonis sedangkan dia sebetulnya mempertahankan hak dirinya terhadap tunangnya yang dikahwini oleh Awang Sulung.

apalagi pembaca moden masa kini. Awang Sulung menyampaikan katakatanya kepada hulubalang Mambang Saujana : . bahkan Awang Sulung menentang orang yang telah mempertahankan haknya dan berjaya membunuh Mambang Saujana . Petikan di bawah ini jelas membuktikan bahawa hak harus dipertahankan: Maka bertitah Tuanku Mambang Saujana dengan merah padam warna mukanya. Apa yang penting ialah maruah diri harus ditebus hingga ke titik darah yang terakhir. tetapi begitulah hakikat dalam masyarakatnya yang lebih mengutamakan kepahlawanan. Walau bagaimanapun. Seperti yang dinyatakan tadi. keutamaan ini tidak akan dipandang pada masa yang telah merentasi zamannya. Semangat inilah yang boleh menempatkan diri Mambang Saujana sebagai watak Protagonis. Mambang Saujana sebagai Antagonis Perwatakan Mambang Saujana harus dilihat dari dua sudut aspek yang berbeza iaitu penilaian dalam masyarakat yang melahirkan hikayat ini dan masa yang telah merentasi zamannya. sebelum pertikamannya dengan Mambang Saujana.... boleh menimbulakan rasa tidak puas hati terhadap Awang Sulung yang dikatakan sebagai watak utama. sudah menjadi kebiasaan dalam hikayat-hikayat Klasik. bahawa watak-watak yang menentang dan memusuhi watak utama dengan sendirinya menjadi watak antagonis seperti Tuanku Mambang Saujana. Jika dilihat episod pertikaman di antara keduanya. Mambang Saujana sebagai Protagonis Mempertahankan hak sebagai seorang yang telah mempunyai ikatan pertunangan adalah satu kewajaran pada diri seseorang.. Kegagahan dan kepahlawanan seseorang dalam masyarakat di zamannya adalah satu keutamaan untuk meletakkan seseorang itu sebagai wira. Dalam hal ini. tiadalah beta mengambil tunangnya. Maka kembalilah hulubalang persembahkan titah itu kepada Tuanku Mambang Saujana..Watak Awang Sulung boleh juga diletakkan sebagai watak jahat. malah melanggar etika sebagai orang Islam. Awang Sulung bukan saja mencerobohi hak orang lain.. “Biar mati beta.. maka Awang Sulung adalah wira masyarakatnya. “Apakah faedah kita berperang? Jikalau Tuanku Mambang Saujana indahkan isteri. Dari sudut yang lain pula. (hlm:113) Kata-kata ini adalah satu pengakuan bahawa Awang Sulung tidak memperdulikan hak orang lain setelah dia merampas tunang Mambang Saujana. hal ini terbukti melalui kata-kata Awang Sulung: Maka tersenyum Awang Sulung Merah Muda seraya bertitah. (hlm:112) Pengakuan Awang Sulung juga menggambarkan keperibadiannya sebagai seorang antagonis.” (hlm:112) Tragedi yang menyedihkan apabila Mambang Saujana tewas dalam mempertahankan haknya terhadap tunangnya. kegagalan dan kekalahannya menentang Awang Sulung meletakkan dirinya sebagai watak antagonis. malah dia juga mempersenda-sendakan hak seseorang apabila dia ditentang. dimana-mana pun boleh didapatinya. Soal tunang yang tidak menyukai bukanlah menjadi persoalan.Jikalau beta tiada berani mati. Awang Sulung harus diletakkan sebagai watak antagonis. Bagi pembaca moden perbuatan Awang Sulung sudah setentunya mencerminkan peribadinya sebagai orang yang telah mencerobohi hak orang lain... Adalah satu pekara yang tidak adil apabila kegagahan itu di tempatkan yang teratas . Awang Sulung bukan saja melanggar tatasusila orang Melayu. jikalau Awang Sulung Merah Muda itu tiada terbunuh oleh beta ini dengan pedang jenawi selebar daun birah.

3. Yang kecil terambin lintang. tua dan muda. Melanggar atau enggan mentaatinya adalah satu penderhakaan. : Setelah didengar oleh Tuanku Si Helang Laut lalu dititahkannya dengan murkanya.Orang menderhaka kepada undang-undang dengan keadilan apa guna ditaruh di dalam negeri?” (hlm:10) Dalam sistem beraja. sedikit sebanyak merupakan pencerminan hidup manusia? Cerita-cerita rakyat Melayu mencerminkan kebudayaan Melayu pada tempat dan zaman cerita-cerita itu hidup. merah padam warna mukanya.1 Kemasyarakatan. Manakala kesetiaan rakyat pula menggambarkan betapa pentingnya seorang raja dalam kehidupan beraja. analisis tertumpu pada aspek kemasyarakatan dan kebudayaan.5 LATAR CERITA Latar cerita dalam hikayat ini meliputi latar yang luas. misalnya apabila Raja bertitah.sebagai penilaian sama ada yang baik dan yang buruk. di tanah daratan. Raja sebagai peneraju negeri adalah tempat rakyat berteduh dan melahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi. hulubalang. tentera kecil dan besar. Tempat-tempat peristiwa yang berlaku digambarkan di dasar lautan. rakyat akan datang menjunjung titah: Maka berhimpunlah penghulu yang empat suku. rakyat. Mereka . “Apa sebab bidan tiada mahu datang?.. ASPEK-ASPEK EKTRINSIK 4. Yang pendek tinjau-meninjau.1. Taib Osman dalam kata penghantar Hikayat Awang Sulung Merah Muda. laki-laki dan perempuan belaka semuanya datang mengadap: Yang capik datang bertongkat Yang buta meraba-raba.1 Weltanschuung Seperti yang dikatakan oleh Mohd. dan di Negeri Tanah Semarang Jawa. di sekitar istana dan negeri-negeri seperti Negeri Bandar Mengkaleh. Yang jarak tolak-tolakan. Yang tuli leka bertanya. 4.. 4. anak adalah penting sebagai waris peneraju taktha kerajaan.. Hal ini terjadi kepada Bidan Tua bidan ketujuh yang enggan membidankan Si Helang Bakau pada mulanya ketika hendak melahirkan Awang Sulung.. serta lembaga yang dua belas suku dengan segala juak-juak. Negeri Pati Talak Terengganu.[19] Bertolak daripada kenyataan ini. Dalam hikayat Awang Sulung. tidakkah hasil-hasil sastera.( hlm:3) Titah raja adalah merupakan undang-undang. Yang kurap mengekor angin. pencerminan hubungan antara Raja dengan rakyat memang amat ketara. baik yang moden mahupun yang lama itu.

Dalam adat melenggang perut pelbagai upacara yang diadakan di antaranya persembahan pencak silat dan nyanyian gendang rebana: Jikalau sudah sedia cukup sekaliannya. Selain daripada itu. 4. sehingga mereka pergi berkaul dan berniat di Lautan Tanjung Jati memohon supaya dikurniakan anak. dan juga peperangan. ketinggian ilmunya dari segi kepahlawanan akhirnya meletakkan dirinya sebagai seorang raja yang dikasihi. di samping mempunyai ilmu merawi. Atas dasar ilmu yang dimilikinya inilah yang boleh meyakinkan rakyatnya sehingga dia layak menjadi seorang raja.: . sudah mandi kedua laki isterinya dikenakan balik pakai-pakaian lalu berarak berangkat pulang. kata ungkapan ‘Bahasa menunjukkan Bangsa’ sememangnya mencerminkan satu budaya bangsa melalui petuturan yang selalu diungkapan.”( hlm:8) . pergilah panggil isi negeri. terdapat 116 pantun yang dituturkan oleh watakwatak. kemarahan. Seperti halnya yang berlaku terhadap Awang Sulung. patik memohon melenggang perut adinda. rasa suka. Ini juga menunjukkan bahawa orang Melayu sikapnya tidak terus-menerus (polos) atau berterus terang apabila mengatakan sesuatu yang tidak baik. Ini menunjukkan bahawa hanya anak sajalah yang layak mewarisi taktha Kerajaan. hendak cari sekalian permainan. terdapat gambaran adat seperti adat melenggang perut[20]. Telah sampai ke istana. bahasa pantunlah yang paling banyak menonjol. “Patik mengadap ke bawah duli.. sama ada dalam kesedihan. Anggapan masyarakat di zaman itu.. kegembiraan. lebih-lebih lagi ilmu mempertahankan negara.Maka diramas bidan yang tua. sama ada yang berupa sindiran.”(hlm:13) Tuturkata dalam masyarakat ini menunjukkan bahawa orang Melayu kaya dengan budi bahasa dan sopan santun. Misalnya pantun yang bernada sedih dituturkan oleh Tuan Puteri Dayang Nuramah sewaktu Awang Sulung melarikan diri disebabkan penyiksaan Datuk Batin Alam. berhajat dan sebagainya.2 Gaya Bahasa Gaya Bahasa dalam hikayat ini turut memaparkan suatu budaya dalam masyarakat melayu. sebagai seorang raja perlulah ada ilmu di dada. Dalam hikayat Awang Sulung.akan merasa bimbang jika tidak mempunyai anak. Awang Sulung memang dari kecilnya digambarkan sebagai seorang yang mempunyai ilmu silat dan ilmu kebal.1. Si Helang Bakau dan Si Helang Laut yang memerintah Bandar Mengkaleh amat risau tentang ini. dan adat dalam tuturkata dalam masyarakat melayu fedual. bersiram mandi air tolak bala dan air doa selamat. lalu ditepung tawari Tuanku Si Helang laut dua laki isterinya.1. lalu mengadap bidan bertujuh kepada Tuanku Si Helang Laut. Pantunlah yang paling menonjol dalam pertuturan masyarakat di zaman itu..orang: Pandai pencak dengan silat Pandai gendang dengan rebana Pandai rebab dengan kecapi. 4. segala teguran dan tegahan lebih elok dipertuturkan dalam pantun agar tidak menyinggung perasaan seseorang. adat perkahwinan Di raja. nahu dan juga semantik.2 Kebudayaan Dari aspek kebudayaan.

5. Beratus cermin di kakinya. Bahasa berirama yang mengambarkan pakaian dapat dilihat ketika Si Helang Bakau sedang bersalin hendak melahirkan Awang Sulung: “Maka disarungkan oleh Tuanku Si Helang laut: Seluar sutera. bertambah basah. KESIMPULAN Berdasarkan kepada penghuraian di atas jelas bahawa cerita penglipur lara bukan saja cerita yang disampaikan hanya dikala hati berduka lara. pakaian. bahasa berirama juga bahasa yang paling banyak digunakan dalam memberikan gambaran suasana alam. mungkin kita tidak dapat memberikan penghargaan pada ceritacerita rakyat seperti yang dapat kita berikan kepada kepada hasil-hasil sastera zaman kita sendiri. perintah raja. Ini lah yang dikatakan oleh Mohd. Jikalau dijemur.Taib Osman: “Sebagai pembaca moden. Beribu cermin di pinggangnya Di pasangkannya: Kain cindai neka selasih.“Sudah tudung terendak bantan. seluar alang. (hlm:12) Pengunaan bahasa Arab juga diselitkan pada pemulaan cerita. Tidakkah hasil-hasil sastera. bahkan disebalik cerita-ceritanya terselit amanat. terlihat juga pada kita nanti betapa tajamnya perhatian pengolah-pengolah cerita rakyat itu terhadap manusia dengan hidupnya. Cerita-cerita rakyat dengan alam keghaibannya mungkin membosankan kita. Jikalau direndam. bertambah kering.[21] Pengunaan bahasa ini jelas menunjukkan bahawa Islam telah pun bertapak pada zaman itu. Pada siapa dikatakan” (hlm:41) Selain dari pantun. santap dan juga taat setia rakyat. Perkataan-perkataan ini dipinjam daripada bahasa Arab. Selain daripada itu terdapat juga perkataan seperti Syahdan. Padi Siapa diletakkan? Sudah untung peminta badan. baik yang moden mahupun yang lama itu. arakian dan juga hatta. misalnya ‘Wabihi Nastainu Billahi. Tetapi jikalau kita menungkan sebentar. sebanyak sedikit merupakan pencerminan hidup manusia?”[22] CHARTA 1 – PERKAHWINAN ASMM DENGAN AHLI KELUARGA SHM UESA + DBA UPTT UEHPP SHB + SHL TPDN + ASMM TPPM + ASMM TPMM + ASMM ASMM . pencerminan suatu masyarakat di zamannya dan juga menunjukkan ketajaman fikiran pengarang dalam mengolah cerita-ceritanya.

1994 : 37 . ‘Sastera Rakyat’ dlm “Kesusasteraan Melayu Tradisinal”.1993:80:81 [6] Awang Bin Ahmad. berjanji hendak melakukan sesuatu. Penutur cerita menyebutnya “cerita” bukan hikayat. [15] Kinantan : Ayam yang bulunya putih belaka. Penyelenggara Mohd. “Glosari Mini Kesusasteraan”. “Glosari Mini Kesusasteraan” Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Di petik dalam buku “Sekitar Kritikan Sastera Melayu Brunei”. cerita Si Gembang’ dan cerita Raja Dera dalam “Pengkajian Sastera Rakyat Bercorak Cerita”.Taib Osman. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. [2] Hashim Awang. Dewan Bahasa dan Pustaka. [5] Jamilah Hj Ahmad. Cerita-cerita selepas zaman Winstedt tidak lagi menggunakan judul Hikayat.1995:354 [7] Hashim Awang.. 1987:71:72 [3] Ibid : hlm 71 [4] Judul Hikayat pada cerita-cerita ini telah diberikan oleh penyusun atau penyelenggara ( Zalila Sharif & Jamilah Hj Ahmad). [11] Mengasah gigi disini bertujuan untuk menambah Seri Wajah Awang Sulung Merah Muda [12] Pagar Sasak : pagar dari bilah bambo yang dianyam. = Tanda sebagai anak.NBD. [9] Merawi : Bercerita [10] Mantik : Cara berfikir yang hanya berdasarkan fikiran belaka. 1987: 75 [8] Berkaul membawa maksud bernazar.SHM = Si Helang Mawai UESA = Uli Emak Si Anjing DBA = Datuk Batin Alam UPTT = Uli Pati Talak Terengganu UEHPP = Uli Emak Hitam Pasir Panjang SHB = Si Helang Bakau SHL = Si Helang Laut TPDN = Tuan Puteri Dayang Nuramah TPPM = Tuan Puteri Pinang Masak TPMM = Tuan Puteri Mayang Mengurai ASMM = Awang Sulung Merah Muda CHARTA 2 – PERKAHWINAN ASMM DENGAN PIHAK LAIN Nahkoda Tua Tuan Puteri Dayang Seri Jawa + Awang Sulung Merah Muda Nahkoda Tua berasal dari Negeri Tanah Semerang Jawa. anaknya Tuan Puteri Dayang Seri Jawa berkahwin dengan Awang Sulung Merah Muda. [16] Lufti Abas.1991 : 94. [13] Kakap : Perahu yang sempit dan rendah [14] Geliung adalah sebuah Kapal bahtera yang besar dan panjang yang digunakan untuk belayar. Dewan Bahasa Dan Pustaka. NBD. + = Tanda Perkahwinan [1] Siti Aishah Mat Ali. ‘Sastera Rakyat (Diangdangan): Peranan dan Perkembangannya Dalam Kesusasteraan Melayu’ dalam kertas kerja yang dibentangkan pada 29 November 1985 semasa Hari Sastera’85 di Pulau Pinang. ‘Keindahan Plot’ dalam “Bahana” Ogos.“Analisis isi cerita-cerita Tarik Selampit Di Kelantan: ‘cerita Selampit’.

[21] Maksudnya dengan pertolongan Allah Jua.1991:31.[17] Pawang Ana dan Raja Haji Yahya.Taib Osman. dengan kata penghantar oleh Mohd.1985: VII Posted by SOFIAN BIN AHMAD at 1:58 AM . dengan kata penghantar oleh Mohd. “ Hikayat Awang Sulung Merah Muda” Edisi Kedua (Ejaan Baru). [19] Pawang Ana dan Raja Haji Yahya.Taib Osman. ‘Analisis isi cerita: cerita-cerita Awang Belanga Perlis’ dalam buku yang bertajuk “Pengkajian Sastera Rakyat bercorak Cerita” diselenggarakan oleh Mohd. “ Hikayat Awang Sulung Merah Muda” Edisi Kedua (Ejaan Baru).Taib Osman.Taib Osman. [22] Pawang Ana dan Raja Haji Yahya.1985: V [18] Mustafa Mohd Isa. “ Hikayat Awang Sulung Merah Muda” Edisi Kedua (Ejaan Baru).1985: VII [20] Kenduri dan mandi pada ketika orang mengandung tujuh bulan. dengan kata penghantar oleh Mohd.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->