You are on page 1of 108

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN SPM 2011

Anjuran Bersama: PPD Papar PGSD BM SPM MPPSM Daerah Papar -

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011 UCAPAN PENGHARGAAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PAPAR
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinan dan limpahNya, Model Jawapan Karangan Kem Penulisan 2011 dapat dihasilkan. Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Gerak Saga Daerah Papar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu SPM, panel editor, peserta kem dan semua guru Bahasa Melayu di daerah ini kerana dapat menghasilkan terbitan yang julung-julung kali dilaksanakan. Sesungguhnya, penghasilan Model Jawapan Karangan Kem Penulisan 2011 ini merupakan Projek Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM yang bertujuan untuk meningkatkan peratusan calon SPM yang lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu yang menjadi antara misi Pejabat pelajaran Daerah Papar. Isu murid yang kurang menguasai teknik mengarang merupakan cabaran yang perlu diatasi. Oleh itu, model jawapan karangan ini sekurang-kurangnya dapat dijadikan sebagai bahan ulang kaji kepada calon-calon SPM 2011. Model Jawapan Karangan Kem Penulisan ini sesuai digunakan oleh guru dan murid sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Saya berharap agar guru-guru dan murid-murid dapat memanfaatkan bahan ini bagi meningkatkan lagi peratus kelulusan Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM Pelajat Pelajaran Daerah Papar. Akhirul kalam, saya juga mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada Majlis Permuafakatan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Daerah Papar yang diterajui oleh Tuan Haji Mokhtar Haji Ibrahim atas kesediaan membantu dari segi kewangan untuk memastikan projek ini berjalan dengan jayanya. Kepada semua guru dan murid yang terlibat sekalung ucapan jutaan terima kasih atas komitmen yang ditunjukkan.

Sekian.

Encik Abidin Marjan Pegawai Pelajaran Daerah Papar, Sabah.

2 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


UCAPAN PENGHARGAAN PENGERUSI MAJLIS PERMUAFAKATAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH DAERAH PAPAR.

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinan dan limpah-Nya, dapat saya mengungaikan sepatah dua kata dalam makalah ini. Pertama-tama sekali tahniah saya ucapkan kerana atas daya usaha Pasukan Gerak Saga Daerah Papar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu SPM, panel editor, peserta kem dan semua guru Bahasa Melayu di daerah ini atas kejayaan menghasilkan Model Jawapan Karangan Kem Penulisan 2011. Kejayaan ini merupakan perintis kepada usaha yang lebih mapan pada tahun-tahun akan datang demi membantu murid-murid yang akan menduduki peperiksaan SPM. Bagi pihak Majlis Permuafakatan Pengetua-Pengetua Sekolah Daerah Papar, saya amat berbesar hati kerana dapat menyumbangkan dana kepada suatu program yang saya yakin akan memberikan impak positif kepada peningkatan prestasi murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Usahasama ini diharapkan akan berterusan demi kemaslahatan bersama. Saya berkeyakinan penuh bahawa Model Jawapan Karangan Kem Penulisan 2011 ini amat bermanfaat kepada guru dan murid sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Segala perit jerih pihak yang terbabit dalam program ini sesungguhnya amat tidak ternilai. Pada kesempatan ini, saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Unit Kurikulum Pejabat Pelajaran Dareah Papar dan Pasukan Gerak Saga Daerah Papar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu SPM atas usaha yang murni ini. Kepada semua guru dan murid yang terlibat sekalung ucapan jutaan terima kasih atas komitmen yang ditunjukkan. Sekian.

Tuan Haji Mokhtar Haji Ibrahim Pengerusi Majlis Permuafakatan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Daerah Papar, Sabah.

3 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


PRAKATA KETUA EDITOR

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia, Syukur Alhamdulillah kerana Model Jawapan Karangan Kem Penulisan 2011 akhirnya dapat direalisasikan. Usaha murni ini merupakan buah tangan Pasukan Gerak Saga Daerah Papar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu SPM untuk membantu calon SPM 2011. Semua model jawapan yang disediakan merupakan hasil kolaborasi antara peserta kem dan guru-guru pembimbing daripada semua sekolah di daerah ini. Soalan-soalan yang telah dipilih untuk dijadikan model karangan sama ada untuk Bahagian A atau B merupakan antara himpunan tema yang terkandung dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5 yang menjadi asas kepada soalan kertas 1 Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Malah tema-tema yang dipilih merupakan tema yang dianggap popular dan dijangkakan akan disoal pada tahun ini.

Model karangan yang telah dihasilkan oleh para peserta kem ini telah diedit oleh sekumpulan guru yang berpengalaman mengajar Bahasa Melayu melebihi sepuluh tahun. Ada dalam kalangan kumpulan editor ini merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Jurulatih Utama atau pemeriksa kertas Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM. Oleh itu, sekalung apresiasi kepada semua Penolong Editor yang telah bertungkus-lumus mengedit karangan yang telah dihasilkan sebaik-baiknya. Saya mengharapkan agar guru-guru dan murid-murid akan memanfaatkan model ini dalam usaha memperoleh keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM serta melonjakkan prestasi keputusan peperiksaan Bahasa Melayu SPM di daerah Papar khasnya dan negeri Sabah amnya. Pada kesempatan ini saya bagi pihak semua editor menyusun jari sepuluh jika ada kekurangan dalam model karangan ini. Sekian. Puan Zuraidah Salleh Ketua Editor.

4 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

KANDUNGAN
Prakata KARANGAN BAHAGIAN A (RESPONS TERHAD) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. Kesan kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negara kita. Faedah melancong dalam negara sendiri. Kepentingan permainan tradisional. Faedah membeli barangan buatan Malaysia. Langkah-langkah berjimat cermat ketika berbelanja. Usaha-usaha mempopularkan permainan tradisional. Punca banjir kilat. Ciri-ciri generasi berwawasan. Kesan negatif alat komunikasi moden. Kebaikan laman sosial. Kesan positif alat komunikasi moden. Kesan kemalangan jalan raya. Langkah menangani masalah obesiti dalam kalangan pelajar. Kepentingan seni pertahanan diri. Langkah-langkah untuk membantu OKU. Peranan ibu bapa untuk menentukan kecemerlangan anak-anak. Kepentingan nilai murni di semai dalam jiwa setiap individu. Cara-cara remaja mencapai kejayaan. Kepentingan kempen. Langkah mengawal kenaikan harga barangan. KARANGAN BAHAGIAN B (RESPONS TERBUKA) 1. Akibat keengganan belia di Negara ini menceburi bidang pekerjaan tertentu, maka buruh dari negara asing terpaksa digunakan. Hal ini menyebabkan kadar penganguran dalam kalangan belia di negara ini semakin meningkat. Bincangkan. 2. Pelbagai daya tarikan yang ada di Malaysia telah menarik kehadiran pelancong untuk datang berkunjung. Huraikan keistimewaan-keistimewaan Malaysia sebagai sebuah negara pelancongan. 3. Sungai meruoakan khazanah yang perlu dijaga dan dipulihara kerana sungai 60 57 55 8 11 14 16 18 20 22 24 26 28 31 34 36 39 41 43 45 48 50 52

5 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


bukan sahaja penting kepada manusia tetapi juga kepada hidupan lain yang terdapat di ala mini. Bincangkan kepentingan-kepentingan sungai. 4. Barangan buatan Malaysia semakin mendapat sambutan dalam kalangan rakyat di negara ini. Sehubungan itu, anda ingin menuis sebuah rencana yang bertajuk Langkah-langkah Tempatan. 5. Karya-karya sastera akan lebih diminati jika pengarang mampu memenuhi cirri-ciri sebuah karya yang baik. Bincangkan ciri-ciri yang perlu ada pada sesebuah karya yang baik. 6. Perkembangan pelbagai permainan moden telah menyebabkan permainan tradisional sudah mula dilupakan dan kurang digemari oleh generasi muda. Pada pendapat anda, bagaimanakan permainan tradisional ini dapat dihidupkan semula? 7. Bencana alam yang berlaku di seluruh dunia berpunca daripada aktiviti-aktiviti manusia seperti penebangan hutan, pencemaran udara dan pembuangan sisa toksik. Bincangkan peranan negara-negara di dunia bagi menangani bencana alam. 8. Sejak akhir-akhir ini masalah pengangguran semakin meningkat. Oleh itu, pihak kerajaan menggalakkan rakyatnya bekerja sendiri. Anda sebagai seorang pelajar lepasan SPM telah mengambil keputusan untuk bekerja sendiri. Huraikan faedahfaedah bekerja sendiri. 9. Puisi tradisional seperti pantun, seloka, gurindam dan syair merupakan warisan bangsa yang perlu dipertahankan. jelaskan usaha-usaha yang perlu dilaksanakan bagi memastikan puisi tradisional tidak pupus ditelan zaman. 10. Facebook, Twitter, MySpace dan Blog merupakan antara laman sosial yang semakin digemari oleh setiap peringkat umur termasuklah golongan remaja pada abad ini. Sebagai seorang remaja, huraikan cara anda boleh memanfaatkan laman sosial. 11. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini banyak memberi kesan kepada hubungan antara negara. jelaskan kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi kepada negara di dunia. 79 77 74 72 70 67 65 Menggalakkan Rakyat Malaysia Membeli Barangan 62

12.

Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat terutama pada musim-musim perayaan. Memandangkan hal ini semakin serius, sebagai Ketua Unit Trafik Polis

82

6 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Daerah anda diminta menyampaikan ceramah kepada pelajar di sekitar daerah anda. Tajuk ceramah anda ialah Peranan Masyarakat dalam Menangani Kemalangan Jalan raya. Tulis teks ceramah itu selengkapnya. 13. Rakan sebaya dikatakan banyak mempengaruhi kehidupan seseorang remaja. Jelaskan ciri-ciri rakan sebaya yang boleh membantu anda mencapai kejayaan dalam hidup. 14. Kawasan kediaman anda sering mengalami banjir. Oleh itu, anda ingin membuat aduan kepada pihak berkenaan tentang punca-punca dan mencadangkan langkah-langkah bagi mengatasi masalah banjir tersebut. Tuliskan surat tersebut selengkapnya. 15. Guru merupakan insan yang paling banyak berjasa kepada kita. Tuliskan sebuah rencana tentang cara-cara yang dapat dilakukan bagi menghargai jasa guru. 16. Keluarga yang sempurna menjadi impian setiap insan. Anda berhasrat menulis sebuah rencana bertajuk Keluarga Impian Saya untuk dimuatkan dalam sebuah akhbar tempatan. Tulis rencana tersebut selengkapnya. 17. 18. Ibu bapa pada hari ini sering dikaitkan dengan peningkatan masalah sosial dalam kalangan anak-anak. Berikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut. Tahap kesedaran masyarakat terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan lama yang mempunyai nilai seni bina dan sejarah yang tinggi masih rendah. Jelaskan usaha-usaha untuk meningkatkan tahap dan kesedaran masyarakat tentang hal tersebut. 19. Membawa anak-anak ke perpustakaan merupakan salah satu usaha untuk memupuk minat membaca. BIncangkan peranan keluarga dalam menyemai budaya membaca dalam kalangan anak-anak. 20. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal harga barangan di pasaran. Namun usaha ini tidak mungkin berjaya tanpa sokongan daripada pengguna. Jelaskan pernyataan di atas. Glosari JAWATANKUASA KEM PENULISAN KARANGAN SPM 2011 106 108 103 100 98 95 93 90 88 85

7 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


KARANGAN BAHAGIAN A (RESPONS TERHAD) Soalan 1. Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negara kita. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Model jawapan:

Pendatang asing tanpa izin boleh didefinisikan sebagai orang dari negara luar yang berhijrah ke negara kita tanpa dokumen pengenalan diri yang sah untuk mencari rezeki dan menggunakan segala peluang yang ada di sini. Sebagaimana yang kita sedia maklum, negara kita ialah sebuah negara membangun dalam arus modenisasi ke alaf baru. Akibat daripada kekuatan ekonomi yang cukup ampuh dan kestabilan politik yang mantap di negara kita, kadar kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita semakin meningkat pada setiap tahun. Hal ini banyak mendatangkan kesan negatif daripada kesan positif kepada negara kita.

8 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

Gejala kemasukan pendatang asing tanpa izin ini telah membawa kepada pertambahan kawasan setinggan. Banyak langkah telah diambil bagi mengatasi masalah ini namun tindakan kerajaan untuk merobohkan rumah setinggan hanya seperti hujan jatuh ke pasir kerana rumah yang dirobohkan akan dibina semula di tempat yang berbeza. Hal ini juga menyusahkan banyak pihak khususnya pihak berkuasa tempatan kerana terpaksa membelanjakan kos yang tingi untuk merobohkan dan menceriakan semula kawasan tersebut. Selain itu, kawasan setinggan ini turut mengganggu pemandangan mata dan membawa imej yang negatif di mata pelancong yang datang ke negara kita. Misalnya, kawasan setinggan yang terdapat di Kota Kinabalu sangat mengganggu pemandangan mata orang ramai yang melalui kawasan tersebut. Kesimpulannya, pendatang asing tanpa izin membawa kepada peningkatan kawasan setinggan yang sangat membimbangkan masyarakat. Seterusnya, fenomena ini turut memonopoli peluang pekerjaan di negara kita. Kebanyakan majikan di negara kita lebih gemar mengambil pekerja asing kerana mereka tidak mengharapkan gaji yang tinggi malahan bersyukur kerana diterima bekerja walaupun dengan gaji yang rendah. Bertitik tolak daripada itu, pekerja asing juga mampu memuaskan hati majikan kerana kerja yang dilakukan mereka sesuai dengan kehendak majikan berbanding dengan pekerja tempatan yang melakukan pekerjaan bagai melepaskan batok di tangga. Sebagai contoh, pekerjaan di sektor pembinaan, perkilangan dan pembantu rumah banyak didominasi oleh pendatang asing tanpa izin. Konklusinya, akibat daripada kemasukan pendatang asing tanpa izin, penduduk tempatan kehilangan peluang pekerjaan dan terpaksa berdepan dengan masalah pengangguran. Tambahan pula, senario kemasukan pendatang asing tanpa izin memberi kesan kepada peningkatan kes jenayah. Menurut kajian, kejadian jenayah di negara kita meningkat seiring dengan peningkatan kemasukan pendatang asing tanpa izin. Hal ini menimbulkan kebimbangan masyarakat tempatan kerana mereka berasa keselamatan mereka tidak lagi terjamin selagi masalah kemasukan pendatang asing tanpa izin tidak dibendung. Di samping itu, gejala ini menjejaskan keamanan dan kesejahteraan negara. Kebanyakan kes jenayah yang dilaporkan di negara kita melibatkan pendatang tanpa izin. Ringkasnya, pihak berkuasa harus segera mengambil tindakan bagi mengatasi masalah kemasukan pendatang asing tanpa izin kerana hal ini banyak mendatangkan masalah negatif kepada negara kita.

9 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Bertitik tolak daripada itu, masalah ini juga mencemarkan budaya masyarakat Malaysia. Selain membawa masuk ahli keluarga, mereka turut membawa masuk budaya mereka dan seterusnya mengamalkannya di negara kita. Hal ini sangat membimbangkan apabila budaya ini menjadi ikutan masyarakat tempatan walaupun budaya tersebut bertentangan dengan budaya tempatan. Misalnya, sikap mereka yang bersifat antinilai dan suka membuat kekecohan seperti mengganggu anak gadis dan berbuat bising menjadi ikutan kepada penduduk tempatan. Tuntasnya, kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita bukan sahaja mengganggu keamanan negara tetapi turut mencemarkan budaya tempatan yang merupakan sendi perpaduan masyarakat. Intihanya, kemasukan pendatang asing tanpa izin memang mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat dan negara. Justeru, sebelum nasi menjadi bubur, pihak kerajaan haruslah mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini seperti mengenakan hukuman berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada. Pendatang asing, seharusnya mengamalkan sikap di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, dan jika mereka melakukan kesalahan, tindakan perlu diambil agar mereka menghormati undang-undang negara Malaysia. Seperkara lagi yang harus kita ingat ialah kita mesti menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin dengan bijak, seperti memalu ular dalam benih, ular biar mati benih jangan rosak.

10 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Soalan 2. Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah melancong dalam negara sendiri. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Model Jawapan:

11 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Sebagai sebuah negara beriklim khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Destinasi-destinasi pelancongan negara tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan negara lain. Namun demikian, segelintir masyarakat lebih gemar untuk melancong ke luar negara daripada melancong dalam negara. Sikap tersebut tidak seharusnya wujud dalam diri seseorang sebaliknya mereka patut berasa bangga dengan keindahan khazanah alam di negara kita. Tambahan pula, melancong di dalam negara banyak mendatangkan kemaslahatan.

Antara faedah melancong dalam negara sendiri ialah merapatkan hubungan kekeluargaan. Menjelang musim cuti, ibu bapa biasanya akan membawa anak-anak mereka untuk bercuti ke sesebuah destinasi. Mereka sering memilih negara luar sebagai sasaran mereka. Namun, rancangan mereka selalu tidak tercapai kerana kos perbelanjaan sering melebihi bajet yang telah dirancang. Pendek kata, melancong di luar negara menelan kos perbelanjaan yang tinggi. Sebenarnya, mereka boleh mempertimbangkan untuk melancong di dalam negara kerana jika dibandingkan dengan melancong di luar negara, pilihan untuk melancong di dalam negara lebih menjimatkan. Malah, kos perbelanjaan berpatutan selaras dengan pakej pelancongan yang disediakan. Secara tidak langsung, ibu bapa dapat meluangkan masa dengan anak-anak mereka di samping memperkukuh sesebuah institusi kekeluargaan. Selain itu, melancong dalam negara juga dapat menanamkan semangat patriotisme dalam diri seseorang. Lawatan ke tempat-tempat menarik seperti bangunan-bangunan bersejarah misalnya, Kota A Farmosa di Melaka akan membantu kita untuk lebih mengenali, memahami dan menghayati sejarah negara. Serentak dengan itu, perasaan cinta terhadap tanah air juga akan tersemai secara lahiriah bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Tuntasnya, perasaan cinta akan negara akan terbit jika kita lebih mengenali keunikan negara sendiri. Di samping itu, perpaduan juga dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat seiring dengan pembentukan masyarakat sakinat. Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai jenis kebudayaan. Oleh itu, kita akan dapat memahami budaya dan adat resam pelbagai kaum di negara kita dengan melancong di dalam negara. Sebagai contoh, Rumah Budaya di Kuching, Sarawak yang menempatkan pelbagai jenis rumah dan kebudayaan suku kaum di negeri tersebut akan mendekatkan kita dengan masyarakat Sarawak. Tegasnya, mengenali

12 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


kepelbagaian budaya masyakarat di negara kita menjadikan rakyat lebih akrab antara satu sama lain. Dalam pada itu, melancong dalam negara turut meningkatkan ekonomi. Hal ini demikian kerana sektor pelancongan melibatkan pelbagai bidang seperti perhotelan, pengangkutan dan penyediaan makanan. Oleh itu, jika rakyat tempatan melancong dalam negara, maka secara tidak langsung akan membantu pertumbuhan bidang-bidang yang berkenaan dan pada masa yang sama tiada sebarang pengaliran wang ke luar negara akan berlaku. Setiap sen wang yang dibelanjakan dalam negara ini mampu menyumbang kepada peningkatan pendapatan dalam negara. Intihanya, situasi sebegini bolehlah disamakan seperti kita melabur dalam negara. Konklusinya, melancong dalam negara mampu mendatangkan kebaikan kepada diri, masyarakat serta negara. Semua pihak seharusnya memberikan komitmen yang jitu untuk mempromosi keindahan dan keunikan destinasi-destinasi pelancongan dalam negara. Daripada melancong ke luar negara yang hanya akan memakan kos yang tinggi, lebih baik melancong di dalam negara kita yang kaya dengan keunikan dan keindahan tersendiri kerana segalagalanya ada di Malaysia.

Soalan 3 .

13 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

Carta di bawah menunjukkan sebahagian daripada kepentingan permainan tradisional. Huraikan pendapat anda, tentang kepentingan permainan tradisional . Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Model jawapan.

14 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

Marcapada, permainan tradisional semakin dilupai oleh orang ramai, terutamanya generasi muda. Mereka memandang enteng soal ini dan menganggap bahawa banyak lagi permainan moden yang lebih signifikan untuk mengisi masa senggang daripada bermain permainan tradisional. Tamsilannya, mereka lebih suka bermain permainan video dan permainan yang lebih mencabar seperti permainan papan luncur, skydiving dan lain-lain. Mereka seakan-akan malu dengan warisan budaya bangsa dengan mengagung-agungkan budaya asing. Persoalannya, masih adakah lagi individu yang berinisiatif untuk menghidupkan permainan tradisional? Masih relevankan permainan tradisional dalam dunia yang serba moden pada alaf ini? Antara kepentingan menghidupkan permainan tradisional adalah dapat mengisi masa lapang. Jika masa lapang seseorang itu terisi, maka peluang seseorang itu, terutamanya remaja untuk terjebak dalam kegiatan yang boleh meruntuhkan akhlak seperti melepak, merokok dan lain-lain dapat dikurangkan. Perbuatan ini diibaratkan sambil menyelam minum air. Dengan bermain permainan tradisional, para remaja dapat merehatkan minda sekali gus mengurangkan tekanan setelah seharian belajar. Serentak itu, mereka juga dapat sedikit sebanyak mengenali warisan budaya mereka yang unik ini dan seterusnya memartabatkan permainan tradisional agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Selain itu, dengan permainan tradisional ini juga dapat mengeratkan ikatan ukhuwah sesama manusia. Hal ini kerana seseorang individu akan mengenali individu yang lain setelah mengikuti sesuatu pertandingan yang berkaitan permainan tradisional. Misalnya, remaja dapat mengenali dengan lebih dalam lagi rakan-rakan mereka. Hal ini tidak terhad kepada sesama remaja sahaja. Ibu bapa yang acap kali sibuk dengan karier mereka haruslah bijak mencuri masa untuk bersama dengan anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa boleh mengajar anak-anak untuk bermain permainan tradisional. Tuntasnya, aktiviti ini dapat memperteguh ikatan kasih sayang seorang anak dengan ibu bapa mereka. Golongan veteran hendaklah bijak menarik minat generasi muda untuk bermain permainan tradisional. Sementelahan pula, generasi muda dapat bermain sambil belajar tentang permainan tradisional, ibarat sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau. Bukan itu sahaja, sewaktu seseorang itu bermain permainan ini, tumpuan mereka dapat ditajamkan lagi. Hal ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian, iaitu melatih seseorang

15 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


itu untuk berhadapan dengan situasi seharian bagi mengelakkan individu itu ditimpa nasib malang. Konklusinya, permainan tradisional ini banyak memberi manfaat kepada semua pihak, terutamanya golongan muda pada era globalisasi ini. Lantaran itu, semua pihak hendaklah bahu-membahu dalam usaha untuk menghidupkan semula permainan tradisional, bak kata pepatah, bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Oleh itu, masyarakat hendaklah menyokong usaha ini agar permainan tradisional seperti congkak, gasing, batu seremban yang dahulunya amat popular dalam kalangan masyarakat tidak lenyap ditelan zaman. Permainan inilah yang menjadi identiti bangsa dan negara kita. Soalan 4 . Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah membeli barangan buatan Malaysia. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. FAEDAH MEMBELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA

Model Jawapan. Rakyat Malaysia dikatakan kurang patriotik kerana lebih gemar membeli barangan yang diimport dari luar negara seperti Jepun, Korea dan Amerika Syarikat daripada memilih jenama tempatan. Pelbagai alasan dikemukakan oleh pengguna tempatan sebab mereka curiga untuk membeli produk tempatan yang kononnya kurang berkualiti dan bukan daripada jenama popular. Mutakhir ini, kempen menggalakkan pembelian barang buatan Malaysia kerap ditayangkan di kaca televisyen mahupun dipaparkan di rubrik-rubrik akhbar, namun adakah rakyat menyedari akan faedah membeli barangan buatan Malaysia?

16 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

Dasawarsa ini, para pengguna lebih mengutamakan pembelian barangan dari luar negara termasuklah perabot dari Indonesia dan barangan elektronik dari negara matahari terbit iaitu Jepun. Namun begitu, tindakan ini boleh mengancam pertumbuhan industri produk tempatan jika mentaliti para pengguna tidak diperbetul kerana mereka ibarat menyusukan kera di hutan, anak di rumah mati kelaparan. Oleh yang demikian kita perlu mengurangkan pengimportan barangan dari luar negara untuk menyokong pertumbuhan industri produk tempatan agar mampu bersaing dengan produk luar negara. Seyogia, kita hendaklah menyokong barangan buatan Malaysia demi memacu pertumbuhan ekonomi negara dalam era globalisasi dan liberalisasi kini. Marcapada, pengangguran di negara kita semakin menjadi-jadi dan para penganggur ghalibnya terdiri daripada golongan belia yang merupakan lepasan sekolah dan diploma. Oleh itu, manfaat seterusnya yang boleh kita peroleh daripada peningkatan permintaan barang buatan Malaysia adalah untuk membuka peluang pekerjaan kepada mereka. Apabila banyak rakyat tempatan memiliki pekerjaan maka secara tidak langsung akan turut menjana pendapatan negara. Oleh yang demikian, izharlah bahawa perkembangan industri produk buatan Malaysia dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan sekali gus mengurangkan masalah pengangguran. Dewasa ini, krisis kegawatan ekonomi yang melanda seluruh buana telah memaksa rakyat untuk terus berjimat cermat dalam perbelanjaan harian, bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Lazimnya, produk berjenama import lebih mahal berbanding produk dalam negara kerana kos penghantarannya yang tinggi serta dikenakan cukai tambahan. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan perbelanjaan pengguna jika memilih produk import. Tuntasnya, pembelian barangan buatan Malaysia dapat menjimatkan perbelanjaan masyarakat setempat serta membendung pengaliran wang ke luar negara. Intihanya, rencaman prakarsa harus diimplementasikan agar kesedaran untuk mengutamakan pembelian barangan buatan Malaysia dapat ditingkatkan serta melenyapkan pesimistik terhadap kualiti produk tempatan. Kita seyogia meneladani rakyat Jepun yang cukup tinggi sentimen mereka terhadap produk buatan negara sendiri dengan mengutamakan produk negara mereka dalam semua situasi dan lokasi kerana tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga. Rakyat tidak sepatutnya memperlekeh barangan tempatan kerana

17 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


banyak kemaslahatan yang diperoleh termasuklah mengurangkan import barangan dari luar negara, mewujudkan peluang pekerjaan dan menjimatkan perbelanjaan. SOALAN 5 Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada usaha untuk berjimat cermat serta tindakannya. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah berjimat cermat ketika berbelanja. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Model Jawapan

Darsawarsa ini, negara kita turut terkena tempias gelombang inflasi yang melanda dunia global. Rentetan dari kemelut ini, pengguna secara tidak langsung akan merasakan impaknya dan seterusnya terjerat dalam kepompong inflasi. Sehubungan dengan itu, segenap masyarakat diseru supaya mengimplementasikan amalan berjimat cermat dalam rutin hidup mereka untuk menghadapi keperitan ini. Semua ajaran agama mengajar penganutnya agar

18 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


berjimat cermat dan tidak membazir. Dalam kehidupan Filosofer Laotze berkata, Kehidupan membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah kebinasaan. Hal ini memanifestasikan bahawa betapa pentingnya amalan berjimat cermat dalam kehidupan sehari-harian kita. Justeru, kita haruslah merancang pengurusan kewangan dari awal agar masa hadapan akan lebih terjamin. Pada era modenisasi ini, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga khususnya dalam menguruskan sumber kewangan agar tidak menyesal pada kemudian hari. Langkah yang

pragmatik perlu dilakukan dalam kadar segera seperti membuat senarai barang-barang keperluan asas. Usaha ini wajar diambil agar dapat mengelakkan kita daripada melakukan pembaziran ketika berbelanja, misalnya membeli barang-barang yang tidak diperlukan. Sekiranya kita membeli barang-barang tersebut, tindakan ini hanya akan merugikan pengguna itu sendiri. Oleh itu, kita perlu sentiasa berpegang pada peribahasa Melayu, Sediakan payung sebelum hujan. Peribahasa ini menerangkan kita agar mengambil langkah berjaga-jaga dalam membuat sebarang keputusan mahupun tindakan.

Selain itu, pengguna boleh mengambil langkah berjimat cermat dengan membeli barangan sewaktu jualan murah atau mega sale. Kesempatan ini boleh digunakan oleh pengguna pada musim perayaan setiap tahun mengikut kaum masing-masing, seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Depavali. Hal ini merupakan peluang keemasan kepada pengguna untuk membeli barangan yang berkualiti dengan harga yang lebih murah.Jesteru, kebijaksanaan pengguna dituntut untuk mengenal pasti pusat beli-belah yang menawarkan diskaun lebih tinggi agar pengguna dapat menjimatkan wang. Amalan menyimpan wang baki juga antara langkah berjimat cermat. Inisiatif ini penting kerana bukan saja mengajak kita berjimat cermat, malah sebagai persediaan masa depan terutama ketika ingin menyambung pengajian ke universiti. Peribahasa Sedikit-sedikit lamalama jadi bukit perlulah kita amalkan bagi menjamin masa depan yang lebih cerah. Izharnya, peribahasa yang berbunyi Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis harus kita jadikan pegangan semasa berbelanja. Seterusnya, jika ada lebihan wang belanja, kita perlulah menyimpan baki wang tersebut di dalam bank, bak kata peribahasa, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

19 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Konklusinya, amalan berjimat cermat merupakan sebahagian nilai murni yang tuntut oleh setiap agama di dunia. Tidak keterlaluan dikatakan jika masyarakat yang berpaksikan amalan ini akan hidup dengan kesederhanaan tanpa wujudnya pembaziran. Sehubungan dengan itu, kehidupan kita akan lebih harmoni, sentosa dan bahagia sehingga mewujudkan masyarakat sakinah.

SOALAN 6 Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mempopularkan permainan tradisional. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Model Jawapan Selaras dengan perkembangan modenisasi dunia pada hari ini, permainan moden seperti permainan video dan sebagainya semakin berkembang dan menjadi pilihan utama golongan muda. Hal ini sedikit banyak telah menjejaskan populariti permainan tradisional dalam kalangan masyarakat. Justeru, generasi masa kini haruslah tidak bersikap seperti kacang lupakan kulit. Generasi kini harus tidak melupakan permainan tradisioanal malah harus memertabatkan permainan yang telah diwarisi daripada zaman nenek moyang sejak turun temurun ini agar tidak lupus ditelan zaman. Persoalannya apakah prakarsa yang pragmatik dapat dilakukan untuk memastikan kelangsungan permainan tradisional?

20 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

Usaha perdana yang boleh kita ambil untuk memperkembangkan permainan tradisional ialah melalui peranan ibu bapa. Ibu bapa haruslah memperkenalkan permainan tradisional kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Langkah bijak ini amat sesuai kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai contoh, ibu bapa perlu menyediakan peralatan permainan tradisional seperti papan congkak, gasing dan sebagainya di kediaman masingmasing. Tindakan ini dapat membantu anak-anak mereka mengetahui dan mempelajari permainan tradisional. Di samping itu ibu bapa juga boleh menghantar anak-anak mengikuti kelas permainan tradisional di kawasan kediaman mereka. Selain itu, pihak sekolah tidak terkecuali daripada memainkan peranan dalam mempopularkan permainan tradisional ini. Pihak sekolah disarankan supaya menubuhkan persatuan atau kelab permainan tradisional di sekolah masing-masing. Di samping itu, pihak sekolah juga seharusnya mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan permainan tradisional bagi mememupuk minat golongan muda terhadap permainan tradisional. Secara tidak langsung, pendedahan ini turut memberi ruang kepada murid-murid untuk mendapatkan informasi tentang sesuatu permainan tradisional. Melihat kepada senario ini,media massa tidak seharusnya berpeluk tubuh.Media massa haruslah mengangkat martabat permainan tradisional ke tahap berprestij tinggi dengan cara memeparkan tentang isu-isu yang berkaitan dengan perminan tradisionl agar masyarakat lebih berminat dengan permainan tradisional. Di samping itu, pihak kerajaan juga haruslah turut berganding bahu dengan pihak-pihak terbabit memainkan peranan dalam usaha memastikan permainan tradisional terus dikenali oleh generasi akan datang. Pihak kerajaan seharusnya menyeru rakyat jelata agar terus mengamalkan permainan ini dan mengadakan aktiviti serta pertandingan permainan tradisional. Melalui usaha ini rakyat akan lebih mengentahui dengan lebih mendalam lagi dan berminat dengan permainan tradisional . Konklusinya,semua pihak haruslah bekerjasama dalam mempopularkan permainan tradisional agar generasi pada hari ini tidak melupakan permainan tradisional seterusnya dapat dikekalkan di masa akan datang bak kata pepatah tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

21 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Soalan 7 Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya banjir kilat. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Model Jawapan Saban hari, kita sering diwartakan dengan berita-berita yang berkaitan dengan bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya. Di negara kita, terdapat beberapa kawasan yang sering dilanda banjir kilat terutamanya di kawasan-kawasan yang mengalami pembangunan yang pesat. Hal ini menyebabkan kemajuan yang kita kecapi pada hari ini sedikit tercalar akibat berlakunya bencana ini. Persoalannya, mengapa tiada pihak yang mengambil langkah yang proaktif untuk menangani banjir kilat daripada berlaku? Sebagai rakyat Malaysia langkah pertama yang harus diambil ialah mengetahui faktor berlakunya banjir kilat di negara ini.

Antara faktor berlakunya banjir kilat ialah berpunca daripada sikap manusia itu sendiri. Walaupun dunia semakin maju, terdapat segelintir manusia yang masih bersikap tidak berubah dan berfikiran matang. Hal ini berlaku kerana mereka masih berfikiran cetek dan tidak mahu mengambil berat terhadap bencana ini. Mereka juga menganggap bahawa alam sekitar tidak penting kerana mereka masih membuang sampah di merata-rata tempat walaupun sudah diingatkan berkali-kali. Sampah yang dibuang pastinya akan mengalir ke sungai mahupun parit dan menyebabkan sistem perparitan tersumbat. Selain itu, sistem perparitan yang dibina terlalu

22 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


kecil dan sempit menyebabkan jumlah air yang banyak melimpah keluar daripada parit mengakibatkan berlakunya banjir kilat. Contohnya banjir kilat yang berlaku di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Jelaslah bahawa sikap sambil lewa masyarakat menyebabkan banjir kilat berlaku. Di samping itu, sikap pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri juga menjadi faktor berlakunya banjir kilat. Hal ini kerana, mereka hanya melakukan kerja sambil lewa dan hanya ingin mengaut keuntungan daripada projek-projek yang dilakukan sehingga mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar. Pemaju-pemaju perumahan kurang memantau projek pembinaan. Mereka juga membiarkan sisa-sisa binaan terbiar selepas sesuatu projek siap dijalankan. Contohnya longkang dibiarkan tertimbus dengan pasir dan sisa binaan. Hal ini menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu, pemaju tidak seharusnya bersikap bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masingmasing. Seterusnya, pihak berkuasa yang suka bersikap lepas tangan ketika melakukan tanggungjawab yang diamanahkan juga salah satu faktor yang boleh menyebabkan bencana ini berlaku. Hal ini demikian, pihak berkuasa langsung tidak mengambil tindakan terhadap peneroka yang telah meneroka tanah baharu untuk melakukan pembangunan yang boleh menyebabkan tiada lagi kawasan tadahan hujan. Pihak berkuasa juga kurang melakukan tinjauan terhadap kawasan yang sering terjadinya banjir kilat. Oleh itu, pihak berkuasa seharusnya mengadakan tinjauan dan melakukan kerja membaik pulih sistem perparitan dan usaha ini haruslah ditunaikan bukannya hanya berkata-kata tanpa dilaksanakan ibarat menanam tebu di tepi bibir sahaja.

Natijahnya, semua pihak hendaklah berganding bahu dalam menangani bencana ini daripada berlaku. Kita haruslah mengambil iktibar daripada peristiwa banjir kilat yang berlaku di negara kita sebelum ini. Hakikatnya, bencana ini berpunca daripada sikap manusia. Janganlah kita diibaratkan seperti peribahasa sudah terhantuk baru tengadah. Sesungguhnya bencana alam memberi banyak impak kepada masyarakat mahupun negara.

23 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Soalan 8 Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri generasi berwawasan yang dapat merealisasikan Wawasan 2020. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Model Jawapan

Generasi berwawasan merupakan modal insan yang penting bagi sesebuah negara dalam memacu kejayaan. Sebagai negara membangun, Malaysia memerlukan generasi berwawasan dalam merealisasikan matlamat negara kita iaitu Wawasan 2020. Namun, harapan mantan Perdana Menteri kita yang ke-4 ini tidak akan dapat dicapai sekiranya negara tidak mampu melahirkan generasi berwawasan yang mempunyai ciri-ciri dikehendaki. Apakah ciri-ciri generasi yang dimaksudkan? Salah satu ciri penting generasi yang berwawasan ialah mempunyai semangat patriotik yang menebal dalam diri. Dalam hal ini, generasi ini mestilah mempunyai rasa cinta yang mendalam terhadap negara dan sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kebaikan negara. Hal ini termasuklah membantu negara merealisasikan aspek-aspek yang terdapat di dalam Wawasan 2020. Jika rakyat Malaysia khususnya generasi muda mempunyai semangat sebegini secara tidak langsung memberi impak yang positif dalam pembangunan negara pada masa akan datang kerana pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara.

24 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Selain itu, golongan ini juga perlulah menanamkan sifat tidak jemu dalam menimba ilmu pengetahuan, bak kata pepatah hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Ilmu yang diperoleh hendaklah dipraktikkan supaya tidak menjadi sia-sia sahaja. Rentetan itu, generasi muda juga hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat bersaing secara sihat antara satu sama lain. Hal ini merupakan satu amalan yang baik kerana selain dapat meningkatkan mutu prestasi kerja individu,amalan ini juga dapat mengeratkan silaturahim sesama manusia walaupun berlainan kaum.

Di samping itu, individu yang berwawasan sentiasa berusaha bersungguhsungguh supaya dapat bersaing secara sihat antara satu sama lain. Persaingan yang sihat dapat melahirkan individu yang mempunyai iltizam yang tinggi. Dalam hal ini, setiap individu perlulah berani melakukan perubahan sikap dan minda agar lebih terbuka dan berdaya saing. Individu yang berwawasan juga sentiasa berfikiran terbuka, kreatif dan inovatif dalam melakukan sesuatu perkara. Inovatif membawa maksud mencipta sesuatu yang baik untuk kepentingan diri dan masyarakat. Jika generasi kita tidak memiliki ciri-ciri ini, negara kita akan mundur dan tidak ada peluang untuk bersaing dengan negara lain.

Konklusinya, untuk menjadi generasi yang berwawasan kita seharusnya memiliki ciri-ciri yang tertentu bagi merealisasikan matlamat kita. Sebenarnya, generasi yang berwawasan juga menjadi akar pada pertumbuhan dan pembangunan modal insan yang menjadi agenda utama negara kita. Oleh itu, generasi kini perlulah melakukan anjakan paradigma supaya dapat memajukan diri, bangsa,agama, dan negara seterusnya dapat mencapai hasrat negara kita iaitu generasi muda pelapis dan peneraju wawasan.

25 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Soalan 9. Lihat peta minda di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kesan negatif alat komunikasi moden. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Model Jawapan.

Dari segi perkembangan sistem komunikasi, teknologi telefon bimbit telah maju pesat sejak awal 1990-an. Hampir semua individu, tidak kira tua atau muda, memiliki sebuah telefon bimbit atau lebih. Dewasa ini, masyarakat banyak bergantung kepada pelbagai jenis teknologi untuk memudahkan penyelenggaraan sistem pengangkutan, pekerjaan dan perhubungan. Tun Perak, Bendahara kesultanan Melayu Melaka ada mengatakan Janganlah kita mudah tertipu oleh terang bulan kerana di sebalik terang bulan lebih banyak gelapnya. Persoalannya, adakah kita sedar akan keburukan yang akan memberikan impak memudaratkan kesihatan, peribadi dan pemikiran seseorang?. Oleh yang demikian, kita mestilah mempunyai pengetahuan yang luas tentang kesan sampingan alat komunikasi moden.

Antara natijah daripada penggunaan alat komunikasi moden ialah membawa keburukan kepada kesihatan individu. Hal ini berlaku kerana sebahagian alat komunikasi mengeluarkan

26 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


frekuensi radio (RF) yang memudaratkan kesihatan. Gelombang radio boleh mengakibatkan ketumbuhan di bahagian otak dan telinga. Buktinya, pada tahun 2007 sebuah institusi penyelidikan di Sweden telah mendapati wujudnya risiko tumor telinga empat kali ganda dalam kalangan individu yang menggunakan telefon selular lebih daripada 10 tahun. Kesimpulannya, komunikasi moden boleh membahayakan kesihatan jika menggunakannya secara berlebihan. Manusia memerlukan hiburan dalam kehidupan seharian. Tanpa hiburan kehidupan manusia akan menjadi bosan, akan tetapi hiburan yang melampau boleh membawa kepada kemudaratan. Alat komunikasi moden menggalakkan budaya hiburan dalam kalangan individu. Alat komunikasi moden membolehkan seseorang mengakses saluran-saluran hiburan tanpa mengira masa melalui syarikat penyiran seperti Astro. Akibatnya seseorang akan lalai dalam dunia hiburan dan alpa terhadap urusan seharian. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata, realitinya memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit dapat mengeratkan sillaturahim dan ukhuwah melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau khidmat pesanan multimedia (MMS), akan tetapi perkhidmatan sebegini menelan wang dan tenaga yang banyak. Hal ini kerana syarikat telekomunikasi mengenakan caj yang tertentu kepada pihak pengguna apabila menggunakan perkhidmatan mereka, contohnya, ada pelajar yang sanggup mengikat perut semata-mata untuk memastikan telefon mereka mempunyai baki kredit prabayar. Selain itu ada pelajar yang sangup menipu ibu bapa untuk mendapatkan duit poket yang lebih. Kesimpulannya, remaja perlu berjimat dalam perbelanjaan mereka bak kata pepatah ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Kemajuan alat komunikasi moden membolehkan individu berkongsi maklumat dengan individu lain akan tetapi kemudahan boleh disalahgunakan untuk menyebarkan maklumat yang berbaur lucah seperti pornografi. Hal ini boleh mengakibatkan penularan gejala sosial dalam kalangan remaja. Akibatnya gejala tidak baik seperti seks bebas dan pembuangan bayi akan berleluasa, bak kata pepatah bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Akhir sekali, penggunaan telefon bimbit juga mendatangkan masalah kepada keputusan akademik pelajar. Hal ini disebabkan, obsesi pelajar terhadap komunikasi moden. Buktinya banyak masa pelajar dihabiskan dengan menghadap skrin komputer mereka dan banyak kerja

27 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


rumah mereka tertangguh. Akibatnya pelajar tidak dapat memahami semua mata pelajaran dan kehilangan fokus dalam sesi pembelajaran di sekolah. Konklusinya, penggunaan teknologi komunikasi seperti telefon bimbit bergantung kepada niat penggunanya. Kecanggihan teknologi ini pada asasnya dicipta demi kemaslahatan manusia. Namun begitu sebagai pelajar, kita harus bijak menggunakan peranti teknologi maklumat ini dan tidak menyalahgunakannya untuk tujuan yang sia-sia. Soalan 10. Carta di bawah menunjukkan sebahagian daripada kebaikan laman sosial seperti blog, Facebook dan Twitter. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan laman sosial. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

28 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Model Jawapan.

Anda gemar melayari internet dan menyertai laman sosial? Tahukah anda bahawa laman sosial tidak hanya sekadar untuk bersosial dengan kawan-kawan sahaja? Sejak akhirakhir ini , fenomena laman sosial begitu menular sekali dalam kalangan masyarakat. Rata-rata masyarakat kini memilliki laman sosial tidak kira batas usia. Kemunculannya bagai cendawan tumbuh selepas hujan telah memberikan impak yang sangat mendalam kepada kehidupan masyarakat. Masyarakat tidak lepas daripada merasakan bahang laman sosial ini dengan capaian berita dengan cepat dan pantas sama ada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia. Penggunaan laman sosial ini hampir menggantikan kaedah berhubung dengan menggunakan telefon bimbit. Persoalannya apakah kebaikan yang diberikan dalam laman sosial terhadap penggunanya? Banyak kebaikan yang boleh diperoleh dari laman sosial jika kita pandai menggunakan kelebihan yang ada bak kata pepatah sambil menyelam sambil minum air. Melalui laman sosial kita dapat menambah kenalan bukan sahaja dari negeri yang berbeza bahkan dari serata dunia. Kita dapat bertukar-tukar pengalaman hidup dan cerita yang menarik serta berkongsi minat dengan kenalan tersebut. Janganlah kita menjadi kera sumbang kerana hal itu tidak menberikan kebaikan kepada kita. Melalui laman sosial ini, kita dapat mengenali rakan dengan lebih rapat bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Selain itu, kita dapat berkongsi maklumat dan pendapat melalui laman sosial tersebut. Namun, kita haruslah bijak mencari kawan yang sesuai agar kita dapat berkongsi maklumat, idea, isu dan dapat berbahas bersama mereka. Hal ini dapat membantu kita dalam bidang akademik mahupun dalam kehidupan seharian seperti berkongsi nota-nota ringkas mengenai pelajaran di sekolah atau petua-petua dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Malah kita boleh bertukar-tukar kertas soalan ujian dan peperiksaan di seluruh negara. Seterusnya, kita juga dapat mempromosikan bakat yang terdapat dalam diri kita. Antaranya dengan menghasilkan karya kreatif seperti penulisan dalam blog ataupun memuat naik hasil bakat kita untuk dikongsikan dengan pengguna laman sosial yang lain. Sekiranya terdapat penerbit yang ingin menerbitkan karya kreatif tersebut pastinya kita akan menjadi orang yang paling gembira. Pepatah menyatakan bahawa tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Contohnya artis Malaysia iaitu Yuna telah dikenal bakat nyanyiannya

29 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


melalui You Tube dan akhirnya sekarang beliau telah memperkembangkan bakatnya sehingga ke Amerika. Secara tidak langsung, beliau telah memperkenalkan Malaysia di persada dunia. Melalui laman sosial , peniaga dapat mempromosikan produk mereka dengan lebih meluas. Segala urus niaga dapat berjalan dengan lebih lancar dan efisien. Justeru, peniaga dapat mengaut keuntungan yang lebih banyak kerana penjual tidak perlu menyewa kedai dan membayar upah pekerja. Urus niaga boleh dijalankan dengan mudah kerana urus niaga hanya memerlukan komputer dan jalur lebar untuk beroperasi, tanpa perlu mengeluarkan kos minyak dan tanpa membuang masa yang banyak. Urusan ini boleh berlangsung dalam keadaan yang kondusif kerana pembeli hanya perlu memesannya melalui laman sosial sahaja. Urus niaga juga boleh dijalankan bila-bila masa, tidak kira siang atau malam. Namun, pembeli cuma perlu ada kad kredit untuk urus niaga tersebut. Kesimpulannya, pengguna laman sosial seharusnya menggunakan laman tersebut dengan baik agar tidak menimbulkan pengaruh negatif kepada diri mereka. Ini kerana, terdapat pelbagai unsur negatif dalam laman sosial yang tidak dapat dielakkan. Jadikan laman sosial ini sebagai batu loncatan untuk memulakan sesuatu yang bermakna dalam hidup kita. Oleh itu, semua pihak hendaklah bijak menggunakan laman sosial ke jalan yang betul.

30 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Soalan 11 Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan positif alat komunikasi moden. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Model Jawapan Istilah komunikasi moden dapat ditakrifkan sebagai jaringan telekomunikasi yang menghubungkan dunia sejagat tanpa batasan. Lazimnya jenis-jenis komunikasi moden termasuk komputer, internet, telefon bimbit dan pelbagai alat multimedia. Tidak dapat disangkalkan bahawa komunikasi moden telah menjadi sinonim bagi semua manusia pada zaman muasir, lebih-lebih lagi sejak bermulanya millennium baru. Justeru, kerajaan menggalakkan masyarakat menguasai kemahiran komputer yang bertujuan untuk membentuk masyarakat sakinah yang berpaksikan komunikasi moden. Penguasaan bidang ini dapat

31 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


memartabatkan negara kita di mata dunia agar dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara yang berada di puncak kemakmuran di persada antarabangsa. Sejajar dengan itu, pendidikan komputer perlu diaplikasikan di segenap lapisan masyarakat membangun dari aspek sosial, ekonomi dan politik. Konklusinya, banyak kesan positif alat komunikasi moden kepada masyarakat dan juga negara. Dalam masa yang relatif ini, kita telah pun memasuki alaf baru. Era ini pastinya sarat dengan realiti baru yang pantas berubah dan berkembang yang perlu kita depani. Marcapada ini, masyarakat lebih gemar menggunakan komunikasi moden untuk urusan perniagaan. Mereka gemar menggunakan kemudahan internet untuk membuat urusan pembayaran bil secara atas talian. Contohnya, pembayaran bil yang pelbagai seperti bil elektrik dan bil air, kini boleh dibayar melalui kemudahan yang disediakan di internet seperti pembayaran di Postonline, Maybank2u.com, dan lain-lain bank yang menyediakan kemudahan atas talian. Selain itu, kita juga kita juga boleh memanfaatkan kemudahan internet ini untuk melakukan urusan dunia maya tanpa sempadan. Contohnya, kita boleh menempah tiket penerbangan di internet tanpa perlu pergi ke lapangan terbang untuk membuat tempahan. Selain itu, khidmat penghantaran makanan seperti Pizza Hut juga merupakan salah satu hasil daripada penggunaan komunikasi moden ini. Mereka mendapat pesanan melalui orang ramai yang memesan melalui panggilan telefon dan secara atas talian. Hal ini demikian kerana, orang ramai dapat mejimatkan masa, kerana masa itu adalah emas. Justeru, kemudahan yang seperti ini harus di manfaatkan dengan sebaik mungkin. Impak positif penggunaan alat komunikasi moden yang sangat ketara dalam masyarakat ialah, mereka dapat memudahkan kerja serta aktiviti seharian mereka. Alat komunikasi yang sejajar dengan era globalisasi ini telah memudahkan ramai pihak seperti guru, kerani, pegawai bank dan polis, dan juga kepada murid sekolah untuk memudahkan kerja mereka. Hal ini demikian kerana, alat komunikasi ini dapat memudahkan ramai pekerja untuk melakukan aktiviti seharian mereka di pejabat. Mereka akan mudah mengakses fail-fail yang penting dan mendapatkan maklumat dan sumber melalui internet dengan sekelip mata. Orang tua-tua pernah berkata, alah bisa tegal biasa. Hal ini boleh diumpamakan sebagai kita yang dapat melakukan tugas yang sukar menjadi mudah dengan adanya alat komunikasi moden ini. Dengan adanya teknologi ini, para pekerja tidak perlu bersusah payah untuk mencari dan membuka fail yang tebal sekiranya diminta untuk dibuat rujukan kelak. Dengan itu, kita boleh memudahkan pekerjaan seharian kita sekaligus dapat menjimatkan serta memulihara alam

32 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


sekitar dengan meminimumkan penggunaan kertas dalam sesuatu lembaran kerja. Hal ini bersesuain dengan peribahasa sambil menyelam minum air. Intihanya, alat komunikasi moden ini sememangnya dapat membantu masyarakat untuk memudahkan kerja seharian mereka.

Kemajuan alat komunikasi moden ini turut membangunakan bidang kesihatan dan perubatan negara melalui penggunaan komputer dan internet. Dengan kemudahan serta alatalat yang moden dan sofistikated, pakar-pakar perubatan dalam negeri dan luar negeri kini boleh bersidang menerusi laman web tele-perubatan. Melalui video-conference perbincangan tentang kaedah rawatan cara pencegahan terkini dapat dilangsungkan secara terus. Oleh itu, para pakar perubatan kini tidak perlu lagi menghabiskan masa bebolak-balik atau tergesa-gesa ke luar negeri semata-mata untuk menghadiri persidangan tersebut. Dengan hanya menekan kekunci, mereka boleh bermusyawarah secara langsung. Kegunaan internet yang komprehensif serta tidak terbatas ini juga dapat memudahkan kerja-kerja penyelidikan. Hal ini bermakna maklumat tentang perubatan yang terkini dapat diperoleh menerusinya dan hal ini telah memberi manfaat kepada golongan penyelidik untuk menjalankan penyelidikan secara lebih mendalam dan terperinci melalui internet. Justeru, tidak hairanlah sekiranya kemajuan bidang kesihatan dan perubatan negara standing dengan negara-negara maju lain yang telah lama mendahului kita dalam lapangan tersebut sebagai impak kepada penguasaan teknologi maklumat negara kiat. Sebagai menggulung, pembangunan pesat dalam bidang kesihatan dan perubatan negara dalam mempraktikkan teknologi maklumat perlu dikekalkan momentumnya agar kita terus hebat dan maju. Izharnya, , alat komunikasi moden membawa pelbagai kesan positif kepada masyarakat, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Jadi, sebagai pengguna yang bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat ini. Semua pihak harus bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengambil langkah sederap untuk memastikan tiada unsur negatif yang berlaku seiring dengan ledakan teknologi berinformasi ini. Sudah menjadi tugas kita bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh. Semoga impian negara untuk melahirkan masyarakat yang maju dan berinformasi tercapai bagi memudahkan negara merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020. Sesungguhnya Saidina Ali Abi Talib pernah berkata bahawa manusia yang berdagang dengan ilmu maka ilmunya akan bertambah tetapi apabila manusia berdagang dengan harta maka hartanya semakin berkurang.

33 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Soalan 12

Rajah di bawah ini berkaitan dengan kemalangan jalan raya. Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan kemalangan jalan raya. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Model Jawapan

Cogan kata yang berbunyi Jangan jadikan jalan raya sebagai sungai maut sudah cukup mengingatkan kita agar lebih berhati-hati semasa berada di jalan raya. Belakangan ini kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Hal ini disebabkan terdapat segelintir pengguna jalan raya yang semakin alpa ketika memandu di jalan raya. Kebanyakan mangsa yang sering muncul di rubrik-rubrik akhbar ialah golongan remaja yang melibatkan kemalangan motosikal. Sebagai contoh, perlumbaan haram dalam kalangan golongan muda boleh mendatangkan maut. Kemalangan jalan raya yang berlaku telah menyebabkan impak yang besar kepada diri yang merugikan semua pihak. Persoalannya, apakah kesan-kesan kemalangan jalan raya kepada semua pihak? Macapada ini, padah yang paling ngeri apabila terjadinya kemalangan jalan raya ialah kehilangan nyawa. Pengguna jalan raya yang leka semasa memandu dan pongah

34 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


menunjukkan mereka tidak mengambil berat terhadap keselamatan diri dan orang lain sehingga berani memandu kenderaan dengan kelajuan melebihi had laju demi kepentingan sendiri. Hal ini boleh memberi kesan kepada orang tersayang yang turut mengalami kecederaan parah malah boleh menyebabkan kematian. Situasi ini boleh dikaitkan bagai buntal kembung yang tidak mempedulikan peraturan jalan raya. Sebagai contoh pemandu melanggar lampu isyarat di persimpangan jalan dan memberhentikan kenderaan yang dilarang. Hal ini jelas bahawa pengguna jalan raya harus bertimbang rasa terhadap pengguna yang lain agar keselamatan diri lebih terjamin. Kemalangan jalan raya menyebabkan mangsa mengalami kecacatan yang serius. Hal ini terjadi apabila pengguna jalan raya tidak memakai peralatan atau kelengkapan keselamatan kerana menganggap tali keselamatan mengganggu keselesaan mereka di dalam kenderaan. Sealin itu, masyarakat kini terutamanya golongan remaja sering mengatakan bahawa perjalanan yang dekat tidak perlu memakai topi keledar. Hal ini menunjukkan bahawa pemikiran mereka langsung tidak rasional serta keanak-anakan sedangkan memakai peralatan keselamatan mencegah daripada kecederaan yang kurang teruk. Orang tua-tua pernah berkata sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna apabila tidak memikirkan keselamatan di jalan raya . Peristiwa hitam yang sering menghantui mangsa mampu menyebabkan gangguan emosi yang kritikal dalam diri mereka. Sebagai contoh, perasaan trauma apabila menaiki dan memandu kereta dan lebih teruk lagi takut untuk melintas jalan raya. Perkara ini kian berlaku kepada kanak-kanak serta golongan remaja halaini dapat dibuktikan melalui kes-kes yang terpapar pada akhbar yang menunjukkan majoriti mangsa kanak-kanak dan golongan remaja mengalami gangguan emosi yang serius terutamanya kehilangan orang yang tersayang. Mangsa yang mengalami trauma sering teringat peristiwa hitam mereka malah boleh memberi impak kepada gangguan mental.Gangguan emosi dapat diubati, namun demikian kadang kala mereka tidak dapat melupakannya. Intihanya, gangguan emosi dalam suatu kejadian yang menyebabkan kecederaan parah sewajarnya tidak dipandang ringan oleh semua masyarakat. Seterusnya, kesan yang sering memberi kerugian besar kepada semua pihak adalah kemusnahan harta benda awam. Kejadian yang sering terjadi dalam kemusnahan berikut biasanya yang melibatkan kes-kes kenderaan berat seperti lori dan bas ekspres. Bukan sahaja tempat perhentian bas dan pagar-pagar jambatan jalan raya juga rosak malah kedai-kedai turut

35 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


musnah akibat perlanggaran yang sangat kuat sehingga merempuh kedai-kedai orang lain. Menurut kajian yang dijalankan kenderaan berat khususnya lori sering merempuh kedai-kedai dan ini tidak dapat dinafikan lagi bahawa kemusnahan harta benda boleh menyebabkan kerugian semua pihak. Tuntasnya, kemalangan jalan raya perlu dikurangkan supaya jumlah mangsa yang meninggal dunia dan cedera dapat dikurangkan. Oleh itu, semuan pengguna jalan raya perlu berhati-hati ketika di jalan raya dan akur dengan cogan kata pandu cermat, jiwa selamat . Dengan cara itu diharapkan agar kemalangan jalan raya tidak menjadi penyebab utama kematian di negara kita. Pengguna jalan raya juga hendaklah berfikir dengan bijak serta rasional kerana setiap nyawa manusia amatlah penting kerana jangan biarkan nasi menjadi bubur . Memandu dengan cermat merupakan suatu langkah yang selamat kerana biar lambat, asalkan selamat kepada diri dan keluarga. Soalan 13. Rajah di bawah berkaitan dengan langkah menangani obesiti. Huraikan pendapat anda tentang kaedah mengatasi obesiti dalam kalangan pelajar. Huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

LANGKAH MENANGANI OBESITI.

36 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Model Jawapan.

Minda yang cerdas bermula dari tubuh yang cergas. Frasa ini jelas menunjukkan betapa pentingnya kesihatan dalam kehidupan kita. Kesihatan merupakan kurniaan Allah yang sangat bernilai kepada setiap individu. Kesihatan yang baik dapat membantu kita dalam mengurus kehidupan seharian. Tetapi hakikatnya,adakah kita menyedari tentang masalah obesiti yang kian membimbangkan dalam kalangan pelajar masa kini. Justeru itu,kita perlulah mencari wasilah bagi mengatasi permasalahan ini.

Antara langkah yang boleh dilaksanakan adalah dengan mengambil berat mata pelajaran pendidikan jasmani di setiap sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Pengaktifan mata pelajaran ini adalah bagi memastikan para pelajar tidak terlepas daripada melakukan aktiviti-aktiviti kesihatan. Hal ini dapat kita perhatikan, seperti saranan Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu penglibatan pelajar dalam 1 Murid 1 Sukan yang menunjukkan keprihatinan kementerian dalam menghasilkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum. Hal ini juga menunjukkan akan kepentingan kesihatan bagi setiap individu dalam melayari bahtera kehidupan mereka seharian. Selain itu,larangan penjualan makanan ringan di kantin sekolah juga merupakan antara inisiatif yang boleh digunakan bagi menangani masalah obesiti dalam kalangan pelajar. Pelajar akan lebih cenderung untuk membeli makanan ringan berbanding makanan berkhasiat, sekiranya penjualan makanan ringan ini tidak dititikberatkan oleh semua pihak. Menurut kajian saintifik, makanan ringan mengandungi bahan kimia yang tidak baik untuk otak dan secara tidak langsung boleh melemahkan daya ingatan individu yang mengambil makanan ringan dalam kuantiti yang banyak. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian seorang Dekan universiti di Thailand yang mengkaji mengenai pengambilan makanan ringan oleh seorang pelajarnya yang cemerlang telah menyebabkan keputusan ujiannya merosot pada setiap ujian yang dijalankan. Oleh itu, pengambilan makanan ringan perlulah dielakkan oleh setiap individu bagi menghindarkan impak negatif yang tidak sepatutnya. Bak kata pepatah mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Kempen secara besar-besaran juga boleh diadakan bagi menyedarkan pelajar akan peri pentingnya menjaga kesihatan diri. Dengan itu,kesedaran yang tinggi dalam diri pelajar akan menyebabkan mereka mengelakkan diri daripada terjebak dengan masalah kesihatan seperti

37 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


obesiti, anoreksia nervosa dan sebagainya. Pihak yang menganjurkan kempen bolehlah merangka aktiviti yang menarik dan mudah dilakukan tetapi memberikan kesan yang amat mendalam kepada pelajar. Pihak tersebut juga bolehlah mencadangkan aktiviti kepada pelajar bagi diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Intihanya, kesihatan merupakan antara elemen terpenting dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia. Tanpa kesihatan yang baik adalah mustahil kita dapat menyelesaikan sesuatu tugasan dengan baik. Kesihatan perlulah dijaga bagai menatang minyak yang penuh kerana ia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Tidak ada satu pun benda di dunia ini yang dapat menandingi nikmat kesihatan pemberian Allah. Justeru, kita boleh menjadikan mafhum sepotong hadis yang menyatakan bahawa kehidupan ini ibarat sebatang tubuh,jika sakit salah satunya maka seluruh tubuh akan merasa sakit. Hadis ini menerangkan kepentingan kesihatan dalam kehidupan kita. Tanpa kesihatan maka tempanglah sesebuah kehidupan. Oleh itu,jagalah kesihatan diri kerana merupakan tunggak kepada sesebuah kehidupan.

38 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Soalan 14 Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang kepentingan seni pertahanan diri. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Model Jawapan

Seni pertahanan diri sudah wujud sejak zaman nenek moyang kita lagi. Sebagai contoh, seni silat yang merupakan warisan seni pertahanan diri amat sinonim dengan kehidupan orang Melayu. Antara seni pertahanan diri yang turut mendapat tempat dalam kalangan masyarakat ialah wushu, judo, dan taekwando. Namun mutakhir ini, masyarakat tidak cakna akan kepentingan seni pertahanan diri walhal seni ini penyumbang kepada kelangsungan hidup yang sihat lebih-lebih lagi pada era modenisasi kini. Kehidupan yang sihat bukan sahaja daripada pemakanan tetapi juga daripada aktiviti riadah. Seni pertahanan diri adalah antara aktiviti yang boleh dijalankan demi melestarikan kehidupan yang sihat. Kesihatan amat diperlukan oleh setiap individu bagi membantu menjalani kehidupan seharian secara sihat dan sejahtera. Individu tersebut boleh menyertai kelas seni

39 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


pertahanan diri yang diadakan oleh badan-badan tertentu. Kelas seni pertahanan diri ini, bukan hanya menekankan aspek kemahiran seni pertahanan diri, akan tetapi ia turut membantu menyuburkan tumbesaran sekali gus menyihatkan tubuh badan. Pada masa kini, seni pertahanan diri dijadikan sebagai sumber alternatif untuk mengubati penyakit yang tidak dapat diubati menerusi perubatan moden. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa seni pertahanan diri merupakan aktiviti serampang dua mata iaitu bukan setakat mempelajari seni pertahanan diri bahkan dapat menyihatkan tubuh badan.

Masa lapang adalah masa terluang yang perlu diisi oleh individu dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Sekiranya masa lapang diisi dengan akiviti yang tidak berfaedah, ia boleh menjerumuskan individu ke dalam kancah sosial. Contohnya, gejala lepak boleh mendorong remaja untuk berdua-duaan sekali gus menyebabkan peningkatan peratusan gejala buang bayi akibat aktiviti masa lapang yang tidak berfaedah. Demi mengelakkan masalah ini terus berleluasa, kerajaan haruslah mengambil inisiatif yang lebih proaktif seperti memperluaskan amalan seni pertahanan diri dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, seni pertahanan diri mampu melindungi diri seseorang individu daripada sebarang ancaman. Kini terdapat pelbagai ancaman yang boleh menggugat keselamatan seseorang terutamanya ketika mereka bersendirian bak kata peribahasa Melayu malang itu berbau. Seandainya, seni pertahanan diri telah dipelajari oleh seseorang, mereka dapat menggunakannya ketika mereka diganggu oleh individu yang tidak bertanggungjawab kerana mereka sudah menyediakan payung sebelum hujan. Pendek kata, seni pertahanan diri mampu melindungi mereka. Sebagai rumusannya, terdapat seribu satu kebaikan seni pertahanan diri. Justeru, semua pihak harus berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk mempelajari seni warisan ini supaya ia tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Sesungguhnya, seni ini selain mampu mengangkat martabat negara di persada antarabangsa malah ia juga berpotensi menjadi produk pelancongan negara Malaysia.

40 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Soalan 15 Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk membantu golongan Orang Kurang Upaya ( OKU ). Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

41 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Model Jawapan

Dalam meniti kehidupan marcapada ini , tidak semua golongan manusia dilahirkan secara normal , seperti golongan Orang Kurang Upaya ( OKU ) yang dilahirkan tidak sempurna sifatnya. Mereka memerlukan bimbingan dan bantuan daripada keluarga , masyarakat , dan kerajaan . Kita tidak boleh menyisihkan mereka hanya kerana kondisi sifat fizikal mereka yang tidak sempurna . Oleh itu , golongan ini seharusnya diberikan bantuan yang sewajarnya agar mereka mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan manusia yang normal. Salah satu langkah untuk membantu golongan ini ialah dengan mewujudkan peluang pekerjaan kepada mereka. Tidak kiralah sama ada pihak kerajaan mahupun pihak swasta mestilah memberikan peluang yang sama rata untuk golongan OKU. Pada hari ini telah banyak golongan ini yang mencapai tahap yang tinggi dalam bidang akademik. Namun sikap majikan yang pesimis terhadap golongan ini telah menyebabkan golongan ini menjadi mangsa diskriminasi lalu mereka terus terpinggir daripada arus perdana pembangunan negara. Oleh itu, layanan sama rata kepada golongan OKU dalam merebut peluang pekerjaan akan membantu meningkatkan taraf ekonomi mereka agar tidak menjadi kelompok yang memintaminta. Selain itu, kerajaan telah mewujudkan institusi latihan kemahiran bertujuan untuk

memberikan kemahiran dan persediaan bagi golongan ini menghadapi realiti kehidupan yang serba mencabar . Contohnya sekolah-sekolah pendidikan khas , institusi kemahiran dan sebagainya yang mengajar mereka pelbagai kemahiran seperti cara menganyam dan melukis batik. Selain itu, kewujudan institusi latihan sebegini memberikan nilai tambah kepada golongan ini agar tidak dianggap sebagai anggota masyarakat yang tidak produktif dan tidak memberikan apa-apa sumbangan kepada pembangunan negara. Tegasnya, dengan kemahiran yang dimiliki, sekurang-kurangnya mereka mampu berdikari dan menjana pendapatan untuk diri dan keluarga. Di samping itu , penyediaan prasarana sesuai di tempat awam juga merupakan langkah membantu golongan OKU. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif supaya golongan OKU ini boleh bergerak bebas. Dalam konteks ini, SIRIM telah merangka kod amalan akses bagi OKU ke bangunan awam. Pada hari ini misalnya, telah tersedia kemudahan tandas untuk OKU dan laluan pejalan kaki khas bagi golongan yang cacat penglihatan . Selain itu ,

42 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


syarikat pengangkutan awam juga telah menyediakan tambang konsesi kepada golongan ini seperti Syarikat Penerbangan Malaysia, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Bas Transnasional. Tuntasnya, infrastruktur untuk OKU melambangkan keprihatinan kita kepada mereka sebagai sebahagian daripada komuniti di negara ini. Konklusinya , kita hendaklah membantu golongan OKU kerana mereka juga ingin menikmati kehidupan seperti manusia normal yang lain. Diharapkan lebih ramai lagi yang sanggup menghulurkan bantuan walaupun sedikit buat golongan OKU ini di samping sokongan moral yang tinggi kepada mereka . Soalan 16 Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa untuk menentukan kecemerlangan masa depan anak-anak. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

43 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Model Jawapan Dasawarsa ini,pembangunan negara semakin pesat dan anak-anak muda kini semakin sukar untuk mendapat tempat dalam arena kerjaya pada masa hadapan. Hal ini kerana, perlunya ada pihak yang berperanan dalam menentukan kecemerlangan anak-anak tidak musnah. Pihak yang berperanan itu ialah ibu bapa kita sendiri. Persoalannya apakah sebenarnya peranan ibu bapa dalam menjamin kecermelangan anak-anak. Antara peranan ibu bapa untuk menentukan kecemerlangan masa depan anak-anak ialah dengan menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak menjadi anak yang berjasa terhadap keluarga, agama, masyarakat dan negara. Sebagai contoh, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang berhemah dengan membuang sampah di dalam tong sampah. Jelaslah di sini bahawa peranan ibu bapa dalam mempamerkan nilai-nilai murni yang baik amat penting bagi menjamin kecemerlangan anak-anak.

Pada waktu yang sama, didikan agama perlu ditanam sejak awal dalam diri anak-anak supaya mereka tahu batas-batas dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi, anak-anak yang mempunyai tingkah laku delinkuen perlu diambil serius supaya mereka tidak terjebak dengan gejala sosial yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Walakin begitu, para ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka hal-hal keagamaan di rumah mereka sendiri selain menghantar mereka ke kelas-kelas tambahan yang menyediakan pendidikan keagamaan contohnya kelas Fardhu Ain. Intihanya, didikan yang telah diutarakan oleh ibu bapa perlu dilekatkan di dalam diri anak-anak.

Di samping itu, salah satu faktor kecemerlangan masa depan anak-anak juga ialah kesanggupan ibu bapa untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Hal ini penting kerana, anak-anak dapat meluahkan masalah yang dihadapi oleh mereka dan pada masa yang sama dapat menyelesaikannya. Contohnya pada setiap hujung minggu, semua ahli keluarga dapat berkumpul dan berbincang serta menyelesaikan sedikit demi sedikit masalah yang dihadapi oleh ahli keluarga khususnya anak-anak. Hal ini, sekali gus mampu menguatkan dan mempererat hubungan silaturahim antara ahli keluarga.

Seterusnya ibu bapa haruslah menyediakan peluang kepada anak-anak untuk memperoleh kejayaan dalam akademik mahupun kokurikulum. Perkara ini amat penting

44 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


kepada anak-anak untuk memudahkan proses pembelajaran seharian. Hal ini berlaku apabila ibu bapa menyediakan sumber maklumat seperti buku rujukan dan internet. Dengan keadaan demikian, anak-anak akan lebih tertumpu ke arah kecemerlangan seterusnya kegemilangan pada masa hadapan. Sebagai penghias bicara akhir, masa depan anak-anak akan terjamin apabila ibu bapa bersungguh-sungguh memainkan peranan dalam usaha untuk menjadikan kehidupan anakanak sempurna pada masa hadapan. Sesungguhnya anak-anak itu ibarat kain putih, maka peranan ibu bapalah yang akan menentukan warna-warna pada kain tersebut. Jadi terpulanglah kepada ibu bapa untuk bertindak, tepuk dada tanyalah selera!

Soalan 17. Bahan grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada amalan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan amalan nilai murni disemaikan dalam jiwa setiap individu. Panjangnya huraikan antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Model jawapan.

45 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Pada era langit terbuka ini, amalan nilai murni dalam kalangan masyarakat dikatakan kian luntur. Hal ini disebabkan, oleh sikap individu yang sering memandang enteng terhadap perkara ini. Tambahan pula, sikap individu yang mengejar fatamorgana kepentingan peribadi ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Persoalannya, apakah kepentingan nilai murni dalam jiwa setiap individu tanpa mengira batas usia dan benteng bangsa serta agama? Antara kepentingan nilai murni disemai dalam jiwa setiap individu adalah meringankan beban dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sikap bekerjasama dalam kalangan masyarakat yang dibentuk tanpa mengira umur, bangsa, dan agama menjadikan kerja yang berat menjadi ringan lantaran wujudnya persepakatan dalam aktiviti kemasyarakatan ini. Tamsilnya, semasa aktiviti gotong royong, ada sekumpulan orang yang membersihkan sampah sarap, membaiki jambatan, membersihkan longkang dan kawasan semak bak kata pepatah, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Oleh itu, sikap sebegini haruslah disemai dalam diri setiap anak muda sejak dari kecil lagi persis dengan pepatah Melayu yakni, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Tuntasnya, ibu bapa haruslah menyemai sikap bekerjasama dalam diri anak-anak yang masih putih fitrahnya dengan warna-warni kehidupan seindah warna pelangi. Sementalahan itu, nilai murni yang disemai dalam jiwa setiap individu juga dapat mewujudkan masyarakat penyayang. Amalan nilai tolong-menolong terhadap orang yang memerlukan bantuan ketika melintas jalan akan menerbitkan bibit-bibit kasih sayang dalam kalangan ahli masyarakat iaitu yang tua menyayangi yang muda dan yang muda menghormati yang tua.. Tambahan lagi, apabila jika kita menolong seseorang, kita akan berasa empati terhadap kesusahan yang dialami oleh orang lain. Bersangkutan itu, kita patut mengambil langkah sederap untuk mewujudkan sikap sebegini dalam jiwa setiap individu agar tidak timbul sikap mementingkan diri sendiri. Tegasnya, masyarakat yang penyayang akan mewujudkan kehidupan yang harmoni. Seterusnya, nilai tanggungjawab yang disemai dalam jiwa setiap individu dapat

membantu membanteras jenayah. Marcapada kini, sikap senantiasa cakna tentang hal-hal di sekeliling kita melalui pemerhatian terhadap tindak-tanduk individu yang mencurigakan sangat diperlukan. Melalui cara ini, kita boleh bekerjasama dengan pihak polis untuk membendung gejala sosial seperti merogol, merempit, kecurian, penagihan dadah, dan gangsterisme. Sikap menjaga tepi kain orang yang sering merujuk kepada konotasi negatif perlu diubah menjadi suatu paradigma yang positif demi kemasalahatan kehidupan masyarakat. Setiap ahli

46 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


masyarakat perlu peka terhadap sebarang perkara yang berlaku di persekitaran mereka. Intihanya, menjadi kewajipan kepada setiap individu untuk mengamalkan sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan orang lain dalam diri mereka. Sebagai menggulung bicara di atas, individu disarankan agar menyemai nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Jika generasi muda sudah berpaling arah kepada nilai-nilai barat, maka, nilai ketimuran sukar untuk diterapkan dalam diri mereka bak kata pepatah walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak jua. Di samping itu, usaha untuk menyemai nilai murni perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan bukan sekadar melepaskan batok di tangga sahaja. Sesungguhnya nilai budaya dan jati diri rakyat Malaysia. murni amat penting dalam kehidupan masyarakat. Tanpa nilai murni maka tempanglah konsep budi bahasa budaya kita yang menjadi akar

Soalan 18.

47 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk remaja mencapai kejayaan. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Model Jawapan.

Mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang, remaja pada era ini juga menjadi aset penting dalam membangunkan negara selari dengan visi dan misi negara dalam mencapai wawasan 2020. Hal ini kerana remaja merupakan generasi dan aset berharga untuk menjulang negara ke puncak jagat pada masa hadapan. Cendekiawan Yusuf Al Qardawi pernah mengatakan yang termahal adalah remaja bukannya kapas,minyak dan terusan Suez,mereka adalah kekayaan masyarakat dan tabung masa depan. Maka seharusnyalah kita memberi perhatian kepada mereka. Oleh itu, terdapat pelbagai cara untuk remaja mencapai kejayaan.

48 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Antaranya ialah remaja harus mengenal pasti cita-cita sebenar agar mengetahui hala tuju mereka berkaitan kerjaya yang akan diceburi mereka suatu hari nanti. Dengan adanya matlamat, remaja akan mendapat panduan yang jelas tanpa terumbang-ambing mencari laluan hidup. Oleh yang demikian,untuk merealisasikan hasrat hidup,pelbagai inisiatif harus dipraktikkan agar impian yang diingini termakbul.Contohnya, remaja perlu tahu bidang yang diminati mereka dan ingin diceburi agar tidak tersasar dari landasan. Sesungguhnya, cita-cita dan matlamat yang jelas akan mendorong seseorang remaja untuk berusaha dan lebih fokus dalam menimba ilmu di sekolah dan tidak akan mensia-siakan masanya untuk perkara yang tidak berfaedah kerana masa itu emas. Seterusnya,para remaja harus mempraktikkan nilai-nilai moral dalam kehidupan seharian. Nilai berdikari,rajin, saling menghormati dan sebagainya amat penting untuk melengkapkan pakej ciri-ciri remaja yang berjaya. Tanpa sahsiah yang baik,seseorang itu tidak akan mampu mengecapi kejayaan. Tamsilnya, remaja yang cemerlang haruslah seimbang dari segi intelek,emosi, jasmani dan rohani. Dengan adanya ciri-ciri ini, remaja dapat menangkis pelbagai gejala negatif yang sering mempengaruhi kehidupan remaja marcapada ini seterusnya akan dapat melahirkan modal insan yang berketerampilan,bersahsiah mulia dan berilmu serta mampu menerajui negara pada masa akan datang. Bukan itu sahaja, untuk mencapai kejayaan remaja harus melatih diri mereka untuk mematuhi peraturan dan undang-undang walau di mana-mana pun mereka berada, sesuai dengan peribahasa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Disiplin yang tinggi mampu mencerminkan keperibadian mulia bagi seseorang remaja dan menjadi teladan kapada remaja yang lain. Misalnya, remaja yang berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah akan dapat melatih diri untuk menjadi warganegara yang mematuhi undang-undang negara apabila meninggalkan bangku sekolah. Kesannya, remaja yang berdisiplin dan sentiasa mematuhi peraturan akan menjadi insan yang bertanggungjawab dan berjaya pada masa akan datang. Konklusinya, remaja haruslah memiliki jati diri yang unggul dalam mengorak langkah meniti jejak-jejak kejayaan. Tanpa usaha yang padu, kejayaan tidak akan diperoleh dengan mudah kerana yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Sebaliknya dengan adanya matlamat yang jitu dan kemahuan, tidak mustahil seseorang itu akan berjaya, persis kata mutiara, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

49 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


oalan 19

Rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada kempen yang diusahakan oleh kerajaan. Huraikan perkataan. pendapat anda tentang kepentingan kempen-kempen tersebut kepada masyarakat dan negara. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah

Model Jawapan

50 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Sudah terang lagi bersuluh,semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat negara kita. Dalam menjalani kehidupan yang semakin dihimpit oleh arus modenisasi,kempen kini semakin pudar dihati masyarakat. Definisi kempen menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah segala usaha, kegiatan dan tindakan yang dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan penerangan seperti rayuan untuk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu matlamat. Kepentingan kempen kini dipersoalkan. Apakah sebenarnya kepentingan kempen kepada masyarakat dan negara? Persoalan ini seharusnya telah lama diperhalusi oleh pihak-pihak yang berwajib. Lazimnya, kempen dilihat sebagai salah satu saluran untuk memberi kesedaran kepada masyarakat apabila timbul sesuatu masalah atau risiko. Misalnya, Kempen Keselamatan Jalan Raya dapat membantu dalam mengurangkan statistik kemalangan jalan raya di Malaysia. Kempen ini dapat menyedarkan pengguna jalan raya bahawa keselamatan itu amat penting semasa memandu. Slogan ingatlah orang tersayang, pandu cermat jiwa selamat, pandu ikut peraturan,bukan ikut perasaan dan biar lambat asal selamat dapat memastikan pemandu fokus dalam pemanduan. Melalui kempen ini, masyarakat dapat mempelajari dan

menggunakan kemahiran keselamatan jalan raya untuk memastikan keselamatan diri sendiri dan orang lain di samping melahirkan pengguna jalan raya yang mematuhi undang-undang, sabar dan bertimbang rasa. Sejak awal lagi, kempen telah menjadi perantara kepada pihak kerajaan dengan masyarakat dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan bagi memajukan negara. Bagi memastikan kemajuan negara,dasar kerajaan sentiasa dikemas kini untuk kepentingan rakyat. Oleh itu, kempen merupakan medium paling berkesan dalam menyalurkan informasi mengenai dasar kerajaan. Sebagai contoh, dalam usaha kerajaan membasmi najis dadah, Kempen Antidadah ini dapat memberi kefahaman kepada setiap individu akan bahaya penyalahgunaan dadah terhadap masyarakat dan negara sejak dahulu,kini dan akan datang. Begitu juga dalam usaha kerajaan membanteras cetak rompak.Jelaslah bahawa kempen-kempen yang diadakan dapat merealisasikan impian negara dalam mencapai Wawasan 2020. Tambahan pula, kempen yang diadakan dapat menambah ilmu pengetahuan masyarakat yang masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit. Dalam menongkah arus globalisasi,negara kita memerlukan masyarakat yang kaya dengan ilmu pengetahuan bagi

51 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan.Tamsilnya, kempen membaca dapat menyemai sifat suka membaca sekaligus dapat meningkatkan tahap intelek rakyat Malaysia. Memandangkan membaca itu jambatan ilmu, seharusnya budaya membaca menjadi input kepada masyarakat tentang pelbagai isu. Justeru itu, kempen membaca dapat mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan luas. Konklusinya, semua permasalahan ada penyelesaian. Kempen yang dianggap telah pudar kini perlu digilap agar sinar kepentingannya dapat dilihat oleh mata dunia. Wajarlah dikatakan bahawa kempen sememangnya satu batu loncatan bagi mengadun satu kombinasi yang cukup padu untuk memajukan dan memakmurkan negara. Sesungguhnya, tanpa perlaksanaan kempen yang efektif, negara mungkin sukar mencapai kegemilangan yang diidamkan selama ini. Soalan 20 Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda langkah-langkah untuk mengawal kenaikan harga barangan. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Model Jawapan Dalam menempuh era globalisasi yang semakin pesat membangun, kenaikan harga barang bukan lagi suatu perkara yang asing bagi masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana,

52 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


seluruh dunia mengalami masalah yang sama. Antara punca masalah kenaikan harga barangan ialah sumber yang terhad, peniaga yang mengehadkan pembelian barang kepada pengguna dan sebagainya. Seterusnya, perkara tersebut telah menyebabkan ramai pihak yang terlibat dalam masalah ini antaranya pengguna, para peniaga, dan pihak kerajaan itu sendiri. Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk mengawal kenaikan harga barang? Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah memberikan garis panduan kepada orang ramai agar bijak menghadapi situasi kenaikan harga barang ini. Antaranya pengguna disarankan untuk berkebun di luar rumah seperti menanam sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Hal ini demikian, sekiranya kita menanam sayursayuran dan buah-buahan, ianya akan dapat menjimatkan wang dan menggunakan wang tersebut untuk kegunaan yang lain. Maka terbuktilah bahawa dengan berkebun di luar rumah dapat membantu mengawal harga barangan. Di samping itu, kita hendaklah berjimat cermat ketika berbelanja agar poket kita tidak kekeringan sebelum hujung bulan, bak kata pepatah ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Hal ini dapat dilaksanakan sekiranya para pengguna merancang perbelanjaan harian mereka dengan baik terutamanya pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan lain-lain. Kita mesti memastikan bayaran asas seperti bil air, yuran persekolahan anak, bil elektrik, dan tambang bas anak diselesaikan sebaik sahaja mendapat gaji. Jika ingin makan di luar bersama keluarga pilihlah restoran yang sederhana kerana harga makanan di situ agak berpatutan. Kita perlulah mengukur baju di badan sendiri agar kesejahteraan keluarga terpelihara. Tambahan pula, sikap berjimat cermat ini merupakan amalan mulia di samping kita dapat melaksanakan salah satu tuntutan agama.

Selain itu, kerajaan juga bertanggungjawab memainkan peranan yang penting dalam membantu mengawal harga barangan khususnya di Malaysia. Pihak kerajaan perlulah mengawal harga barangan yang amat diperlukan oleh rakyat tempatan seperti gula, minyak, beras dan sebagainya. Hal ini supaya kerajaan dapat mengelakkan daripada berlakunya inflasi. Di samping itu, hal itu juga dapat membantu para pengguna yang kurang berkemampuan untuk membeli barang keperluan harian mereka. Misalnya, pihak kerajaan telah menyarankan pengguna supaya membeli barangan yang berpatutan harganya. Tambahan pula, pihak penguasa hendaklah turun padang untuk memantau harga barang runcit sekurang-kurangnya

53 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


dua kali dalam sebulan. Pihak penguasa juga seharusnya tidak mempunyai sikap seperti melepaskan batok di tangga dan mementingkan diri-sendiri. Intihanya, masalah kenaikan harga barang di Malaysia merupakan masalah yang serius dan perlu ditangani dengan segera kerana hal ini bersangkut paut dengan kehidupan seharian kita. Langkah-langkah mengawal kenaikan harga barang akan terlaksana sekiranya semua pihak bekerjasama dalam menangani masalah ini. Oleh itu, sebagai pengguna, kita mestilah bijak berbelanja. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan pertimbangan akal bukannya mengikut nafsu. Jika semua pengguna di negara ini bijak berbelanja, kita yakin kenaikan harga barang dapat dikawal pada tahap yang munasabah.

KARANGAN BAHAGIAN B (RESPONS TERBUKA)

54 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Soalan 1 Akibat keengganan belia di negara ini menceburi bidang pekerjaan tertentu , maka buruh dari negara asing terpaksa digunakan. Hal ini menyebabkan kadar pengangguran dalam kalangan belia di negara ini semakin meningkat . Bincangkan punca-punca pengangguran dan kesannya. Model Jawapan.

Sejak dulu lagi, isu pengangguran tidak pernah sunyi daripada peredaran zaman. Fenomena wujud hampir di semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Kadar pengangguran di Malaysia mungkin meningkat kepada enam peratus tahun ini, iaitu tahap paling tinggi dalam tempoh 20 tahun, ekoran kelembapan ekonomi negara itu. Ramalan itu dibuat oleh pengamat ekonomi, Encik Zainal Aznam, yang mewakili Majlis Ekonomi Nasional. Sekiranya masalah ini tidak dibendung hingga ke akar umbi , sudah pasti senario ini akan menjadi kanser kepada pertumbuhan ekonomi negara. Golongan belia dikatakan penyumbang utama kepada permasalahan ini. Persoalannya , apakah punca pengangguran dalam kalangan belia? Apakah pula kesannya kepada belia , masyarakat dan negara dari aspek ekonomi dan sosial? Kebanjiran buruh asing di negara kita merupakan antara punca peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan belia . Hal ini mewujudkan persaingan antara belia tempatan dan buruh asing dalam merebut peluang pekerjaan. Tambahan pula , majikan sengaja mendapatkan khidmat buruh asing untuk mengurangkan kos kerana sekiranya khidmat mereka digunakan, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial(PERKESO) tidak perlu dilakukan. Sikap tidak bertanggungjawab yang menjajahi majikan tidak ubah seperti kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan. Tuntasnya , sikap pilih kasih majikan yang lebih mengutamakan buruh asing daripada tenaga belia tempatan menjadi penyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran di negara kita. Selain itu , pengangguran dalam kalangan belia digawatkan lagi oleh kelayakan akademik yang rendah. Apabila seseorang majikan ingin mengambil pekerja , dia akan memilih mengikut kelayakan dari segi kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi dan kemahiran ICT , Bertitik tolak daripada kekurangan itu , belia yang kurang berkelayakan tidak mampu bersaing dalam pasaran kerja yang semakin sengit. Oleh itu , belia perlu mempunyai persiapan mental dan fizikal untuk memenuhi kehendak pasaran pekerjaan. Intihanya, masalah pengangguran

55 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


dalam kalangan belia berpunca daripada ketidakupayaan golongan belia memenuhi kriteria pasaran pekerjaan yang semakin cerewet. Di samping itu, sikap belia yang terlalu memilih pekerjaan ibarat virus kepada barah pengangguran di Malaysia. Datuk Doktor S.Subramaniam yang merupakan Presiden MUTC mengatakan bahawa lebih kurang 400 000 belia menganggur sehingga tahun 2010. Gaji yang rendah dan tidak berpatutan dijadikan alasan oleh para belia untuk memilih jalan dengan tidak bekerja. Selain itu, mereka juga tidak mahu bekerja di persekitaran yang kotor seperti dalam sektor perladangan dan pembinaan walaupun tawaran pekerjaan dalam sektor-sektor berkenaan masih terbuka luas. Akibatnya , negara terpaksa beralih kepada buruh asing untuk mengisi kekosongan dalam sektor-sektor tersebut. Jelaslah bahawa, sikap memilih pekerjaan menjadi duri dalam daging kepada permasalahan pengangguran dalam kalangan belia. Permasalahan ini mendatangkan impak negatif kepada aspek sosial negara. Desakan hidup akibat tidak mempunyai pekerjaan akan menyebabkan golongan belia yang menganggur terlibat dalam pelbagai gejala sosial. Umpamanya, banyak kes rompakan, samun, dan pecah rumah telah dilaporkan. Selain itu , keadaan tidak tenteram wujud dalam keluarga. Belia yang merupakan penganggur dan masih bergantung kepada keluarga akan mencetuskan pergaduhan serta pertengkaran sehingga menyebabkan perpecahan keluarga disebabkan faktor kewangan. Di samping itu, belia yang menganggur juga mungkin menghadapi masalah tekanan mental dan kurang keyakinan diri . Konklusinya, pengangguran menyebabkan belia terjebak dalam pelbagai gejala sosial yang negatif yang menjahanamkan masa depan mereka. Sementelahan , aspek ekonomi turut tergugat akibat pengangguran dalam kalangan belia. Apabila terdapat banyak tenaga belia yang menganggur , maka pengeluaran dari beberapa sektor ekonomi akan berkurangan dan akibatnya keluaran bagi negara akan berkurangan. Selain itu, taraf hidup masyarakat juga akan menurun kerana terdapatnya pengangguran. Hal ini disebabkan, taraf hidup penduduk diukur dengan menggunakan pendapatan per kapita. Pengangguran telah menyebabkan keluaran negara kasar akan berkurangan dan seterusnya akan mengurangkan pendapatan per kapita. Pada masa yang sama , proses pembangunan negara akan terbantut sekali gus tidak dapat menyediakan pelbagai infrastruktur yang perlu untuk menjana pertumbuhan ekonomi.Tegasnya, keutuhan pembangunan ekonomi sesebuah negara akan terencat jika masalah pengangguran tidak diatasi segera.

56 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

Kesimpulannya, belia haruslah membuat anjakan paradigma untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran supaya dapat memenuhi kehendak pasaran kerja. Seterusnya, sikap terlalu memilih kerja perlu dihindari asalkan memperoleh rezeki yang halal. Pihak majikan pula sepatutnya lebih mengutamakan belia tempatan untuk memenuhi kekosongan kerja sebagai suatu tanggungjawab sosial untuk bersama-sama membangunkan ekonomi negara. Belia sebagai aset utama negara hendaklah sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi gelombang globalisasi kerana pemuda tiang negara , pemudi harapan bangsa. Soalan 2. Pelbagai daya tarikan yang ada di Malaysia telah menarik kehadiran pelancong untuk datang berkunjung. Huraikan keistimewaan-keistimewaan Malaysia sebagai sebuah negara pelancongan. Model Jawapan.

Jauh berjalan, luas pandangan, itulah kata orang dulu-dulu. Tetapi apakah yang sebenarnya dicari dalam setiap perjalanan itu? Ada orang suka berjalan ke luar negara kerana mahu melihat keindahan rupa bumi negara orang. Ada pula yang gemar untuk mencuba pelbagai makanan dan ada juga yang mahu melihat budaya dan kehidupan masyarakat setempat. Negara Malaysia adalah antara negara di rantau ini yang diminati oleh para pelancong sama ada pelancong dalam negara mahupun pelancong yang datang dari luar negara. Oleh sebab itulah kedatangan pelancong dari seluruh pelosok dunia kian bertambah dari setahun ke setahun. Ternyata industri pelancongan memberikan sumbangan yang besar kepada perkembangan ekonomi khususnya negara Malaysia. Persoalannya, mengapakah pelancong memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka? Sebagai negara yang dikurniai Tuhan dengan keunikan alam semula jadi dan banyak tempat menarik, tidak hairanlah jika Malaysia sentiasa menjadi pilihan pelancong luar negara mahupun tempatan. Banyak tempat yang boleh disinggahi kerana Malaysia mempunyai segala-galanya; pesisir pantai yang indah, pulau peranginan yang mempesona, tasik yang tenang dan puncak pergunungan yang nyaman. Aktiviti menyelam di dasar laut menyerlahkan panorama indah yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Aktiviti itu menghimpunkan 1001 misteri alam dengan pemandangan menarik dunia dasar laut yang cukup mengagumkan.

57 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Negara kita memiliki pulau yang dianggap syurga menyelam dalam kalangan penyelam skuba seantero dunia, seperti pulau di perairan Sabah iaitu Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Kapalai dan Pulau Mataking di Semporna. Ditambah pula dengan keadaan pantai negara ini yang bersih dan indah juga antara faktor penarik kepada para pelancong untuk datang berkunjung ke negara kita. Di samping mempunyai pasir yang putih dan bersih, udara di pantainya juga sungguh nyaman, misalnya Pantai Teluk Chempedak, Pahang dan Pantai Batu Buruk di Terengganu. Selain daripada pantai yang bersih dan pulau-pulau yang cantik, umum juga mengetahui bahawa tarikan utama negara kita ialah Gunung Kinabalu yang terletak di Kundasang, Sabah, yang merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara serta telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Di samping itu, tempat yang menarik dan bersejarah yang boleh dilawati termasuklah Kota A Famosa, Perigi Hang Tuah di Melaka, Makam Mahsuri dan banyak lagi. Pendek kata, Malaysia mempunyai keistimewaan tersendiri sebagai destinasi yang wajib dikunjungi. Di samping itu juga, negara Malaysia sangat terkenal dengan kepelbagaian dan keunikan budaya masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama. Keindahan muzik lagulagu rakyat, keunikan baju-baju tradisional, kelazatan makanan-makanan tradisional,

kelembutan liuk tarian tradisional setiap kaum dan kemeriahan sambutan perayaan-perayaan setiap kaum, bangsa dan agama masyarakat Malaysia telah menggamit para pelancong dari luar untuk datang ke Malaysia. Semestinya, para pelancong tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan dan merasai sendiri kemeriahan sambutan perayaan-perayaan yang terdapat di Malaysia, kerana setiap kaum mempunyai cara yang tersendiri untuk menyambut sesuatu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Gawai, Pesta Keamatan, Deepavali, Thaipusam dan banyak lagi. Rata-rata pelancong luar negara, memang suka akan kelainan. Sesuatu yang ada di negara mereka, seperti bangunan menjulang mencecah langit tidak menarik perhatian mereka. Sebab itulah kebudayaan kaum di negara ini sesuatu yang istimewa dan menarik hati pelancong. Oleh sebab demikianlah, persembahan kebudayaan tercatat dalam diari promosi melawat negara ini. Intihanya, kebudayaan merupakan aset utama yang harus dijaga dan dikomersialkan agar dapat menjadi tatapan generasi masa akan datang dan seterusnya menjadi keistimewaan negara Malaysia yang mampu menarik kedatangan pelancong ke negara ini. Selain itu, salah satu lagi keistimewaaan yang menarik pelancong ke negara Malaysia ialah sikap masyarakat Malaysia sendiri . Masyarakat Malaysia terkenal dengan sikap ramah-

58 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


mesra dan berbudi bahasa di mata masyarakat dunia . Sikap masyarakat Malaysia yang mudah mesra dan kaya dengan senyuman ini menyenagkan hati para pelancong lalu memudahkan mereka untuk berkomunikasi dengan masyarakat Malaysia . Masyarakat Malaysia juga mempunyai nilai budi bahasa yang tinggi dari segi pertuturan , perlakuan dan cara berpakaian . Contohnya , bersikap lemah lembut dan tidak menggunakan kata-kata yang kesat ketika bertutur, memberi salam ketika bersua muka, saling menghormati tanpa membandingkan antara satu sama lain dan tidak memakai pakaian yang mencolok mata . Dengan adanya sikap ramah mesra dan budi bahasa ini , bukan sahaja dapat menambat hati para pelancong malahan dapat memupuk keharmonian dalam negara. Antara keistimewaan Malaysia yang lain adalah terdapatnya pelbagai kemudahan awam. Penerbangan Malaysia (MAS) dan syarikat penerbangan lain, seperti Air Asia bersedia untuk membawa pelancong dari mana-mana tempat di dunia ke mana-mana destinasi pelancongan di tanah air. Jalinan lebuh raya yang baik dan kemudahan perkhidmatan rel seperti Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Komuter, dan Monorel pula memudahkan pelancong bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Tegasnya, sistem pengangkutan moden yang disediakan ini merupakan keistimewaan Malaysia yang mampu memberi keselesaan kepada para pelancong. Ringkasnya, sebagai sebuah negara yang pesat membangun, sektor pelancongan wajar dipergiatkan menjadi salah satu wadah untuk memperkenalkan Malaysia ke seantero dunia. Semua tempat menarik dan pelbagai keistimewaan yang ada wajar dipromosikan supaya negara luar tahu dan menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongn pilihan mereka bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita wajar berganding bahu dengan semua pihak bagi mempromosikan negara kita.

Soalan 3.

59 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Sungai merupakan khazanah yang perlu dijaga dan dipulihara kerana sungai bukan sahaja penting kepada manusia tetapi juga hidupan lain yang terdapat di alam ini. Bincangkan kepentingan-kepentingan sungai kepada masyarakat. Model Jawapan:

Marcapada , isu mengenai sungai yang tercemar semakin banyak disiarkan di media massa dan terpampang di rubrik- rubrik akhbar tempatan bak kata pepatah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Isu ini menjadi buah mulut yang hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat dan jika isu ini hanya dipandang enteng oleh masyarakat maka hal ini menjadi duri dalam daging yang akan mengundang kesulitan dalam masyarakat. Oleh sebab itu, masyarakat hendaklah sentiasa cakna dengan keadaan sungai di kawasan mereka agar kebersihan sungai dapat dilestarikan dan tidak tercemar supaya mereka tidak menjadi orang yang sudah terhantuk baru hendak tengadah . Musibah yang sudah berlaku tidak berbaloi untuk disesali kerana, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna . Oleh yang demikian , masyarakat haruslah menyedari kepentingan sungai kepada mereka agar mereka lebih menghargai sungai sebagai suatu keperluan penting dalam kehidupan sekali gus dapat membendung masalah pencemaran hingga ke akar umbi agar tidak terus meruncing. Antara kepentingan sungai kepada masyarakat ialah sebagai sumber bekalan air yang utama kerana hanya 10 peratus sahaja daripada sumber air di dunia boleh diminum. Proses pembersihan dijalankan di loji tapisan kemudian air yang sudah diproses dialirkan melalui saliran air paip untuk disimpan di dalam kolam sebelum disalurkan ke kilang-kilang dan rumahrumah kediaman. Sementelahan pula, penduduk luar bandar juga masih bergantung kepada sungai sebagai sumber air untuk kegunaan seharian. Air yang tidak dirawat akan menimbulkan pelbagai kerumitan. Penggunaan air yang tercemar boleh mengakibatkan penyakit berbahaya oleh bawaan air seperti penyakit taun. Oleh sebab itu, masyarakat perlu memelihara sumber air bersih ini daripada tercemar agar tidak mati kehausan. Seterusnya, sungai menjadi nadi kehidupan golongan nelayan. Golongan nelayan menjadikan sungai sebagai tempat untuk mengadu untung melalui kerja-kerja seperti penangkapan ikan. Lebih jauh lagi, sungai juga mampu menjana sumber pendapatan baharu kepada nelayan adanya sistem penternakan ikan dalam sangkar yang lebih sistematik dan membawa pulangan yang lumayan. Sekali gus dapat melahirkan nelayan yang berpendapatan

60 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


tinggi memandangkan golongan ini sangat signifikan dengan masalah kemiskinan. Tegasnya, orang ramai hendaklah bersama-sama memelihara kesucian sungai demi kelangsungan hidup kaum nelayan yang bergantung hidup kepada anugerah Illahi itu. Selain itu, sungai juga penting kepada masayarakat untuk untuk pelbagai aktiviti riadah dan sukan air. Hal ini demikian kerana keadaan sungai yang bersih dapat dijadikan kawasan yang selesa untuk mandi-manda pada waktu hujung minggu atau pada waktu senggang dan aktiviti riadah yang dilakukan bukan sahaja memberi keseronokan malah mempererat hubungan antara keluarga. Ativiti sukan seperti berkayak turut diadakan di sungai kerana keadaan sungai lebih selamat berbanding keadaan laut yang bergelora yang mungkin mengundang kejadian yang tidak diingini berlaku bak kata pepatah malang tak berbau. Bukan itu sahaja, terdapat juga sungai yang telah dinaik taraf menjadi kawasan pelancongan kerana keunikan sungai tersebut. Antara sungai yang telah menjadi kawasan pelancongan yang terkenal ialah Sungai Kinabatangan dan Sungai Padas yang terletak di negeri Sabah. Konklusinya, sungai yang mempunyai daya tarikan pelancongan berpotensi untuk memacu pertumbuhan ekonomi di sesebuah kawasan.

Di samping itu, sungai juga penting kepada masyarakat kerana sungai membantu dalam menyeimbangkan ekosistem. Bagaimanakah sungai membantu menyeimbangkan ekosistem alam? Jika diteliti, afiliasi antara sungai, flora dan fauna memang tidak boleh dipisahkan lagi. Afiliasi ini bagai isi dengan kuku, bagai irama dengan lagu, bak aur dengan tebing. Oleh itu, apabila sungai dicemari, dimusnahkan atau ditimbus untuk pembangunan, secara tidak langsung flora dan fauna turut diancam kepupusan. Selain itu, sungai juga memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan bencana alam seperti banjir. Sudah banyak bukti yang menunjukkan bahawa kejadian banjir besar yang melanda negara sejak kebelakangan ini berpunca daripada kerakusan manusia memanipulasikan sungai atas nama pembangunan. Malah kejadian kemarau dan banjir besar yang melanda negara China dikatakan kesan daripada pembinaan empangan elektrik hirdo di Sungai Yangtze. Intihanya, masyararat harus berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk agar sungai tidak membalas dendam atas segala kerosakan yang telah dilakukan mereka. Intihanya, sungai membawa banyak kepentingan kepada masyarakat. Oleh yang demikian, masyarakat hendaklah saling membahu dan mengambil langkah sederap dalam menjaga dan melindungi sungai bak kata pepatah, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama

61 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


dicecah demi pelestarian sungai yang kian diancam pencemaran. Pihak berkuasa hendaklah menghukum pihak-pihak yang tanpa segan silu pencemaran sungai agar perbuatan mereka tidak terus menular. Hukuman ini sekali gus menjadi peringatan kepada mereka untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama kerana sekali jalan kena, dua kali jalan tahu. Justeru, sungai penting dijaga bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia, flora dan fauna yang sangat bergantung kepada sungai bagi meneruskan kitaran hidup masing-masing. Soalan 4 Barangan buatan Malaysia semakin mendapat sambutan dalam kalangan rakyat negara ini. Sehubungan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk Langkah-langkah Menggalakkan Rakyat Malaysia Membeli Barangan Tempatan. Tuliskan rencana itu selengkapnya. Model Jawapan. Inisiatif Dalam Menggalakkan Rakyat Malaysia Membeli Barangan Tempatan Oleh : Mohamad Syahsharul Roslan

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Pepatah ini sering dikaitkan dengan semangat cinta akan tanah air dan taat setia kepada negara. Sesuatu yang baik haruslah dilakukan bagi merealisasikan pepatah ini. Oleh itu, kita harus berbangga dan sentiasa menjadi pelanggan utama kepada hasil keluaran tempatan sekali gus menyokong perkembangan indusrti tempatan. Oleh yang demikian, beberapa strategi dan usaha harus dilakukan bagi menjayakan matlamat untuk menggalakkan rakyat Malaysia membeli barangan tempatan. Barangan buatan Malaysia merupakan keluaran domestik sama ada secara semula jadi seperti hasil tanaman dan barang-barang yang diproses daripada produk tempatan seperti barang-barang makanan dan perhiasan. Sementara itu, barangan berteknologi tinggi seperti kenderaan, barangan elektrik dan elektronik, pakaian dan permainan adalah daripada kelompok yang lain. Malaysia kini telah menceburi bidang perindustrian moden seperti industri automobil dan mula menghasilkan kenderaan sendiri seperti Proton, Perodua dan Modenas yang setanding dengan keluaran negara luar dan mampu bersaing dengan negara-negara

62 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


perindustrian yang lebih maju. Hal ini membuktikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara membangun yang lain. Justeru, pihak kerajaan haruslah bertindak dengan mengehadkan pengimportan barangan daripada luar negara. Sementara itu, maklumat tentang kualiti barangan tempatan hendaklah juga sentiasa jelas dan dapat disampaikan dengan sempurna kepada pengguna. Oleh itu, media cetak mahupun media elektronik hendaklah memainkan peranan masingmasing untuk mempromosikan semua produk tempatan. Setelah mendapat maklumat yang lengkap, bergantunglah pada pengguna untuk membuat pilihan, tepuk dada, tanyalah selera. Pada masa yang sama para pengilang pula tidak boleh berat sebelah dengan hanya menjaga kualiti barangan yang akan dieksport dan mengabaikan kualiti barangan yang akan dijual dalam negara. Kesimpulannya, tindakan kerajaan dengan mengehadkan pengimportan barangan luar dan mempromosikan barangan tempatan akan dapat menggalakkan rakyat Malaysia membeli barangan tempatan. Para pengilang haruslah komited dalam menghasilkan barangan yang berkualiti setanding dengan hasil barangan luar negara. Hal ini dapat membantu melariskan jualan

barangan buatan Malaysia dalam kalangan rakyat kita sendiri. Misalnya, para pengguna Malaysia yang berkeinginan membeli sesuatu barangan akan lebih yakin tanpa ada perasaan syubhah. Namun, banyak pengilang yang bersikap sambil lewa dalam menghasilkan sesuatu barangan seterusnya mengakibatkan negara kita sendiri mengalami kerugian besar dalam sektor ekonomi. Kita boleh meneladani rakyat Jepun yang cukup tinggi sentimen mereka terhadap produk negara sendiri. Sebagai contoh, mereka sentiasa memberi keutamaan untuk menggunakan barang-barang yang diimport dari Jepun seperti kenderaan dan pakaian apabila berada di luar negara. Hal ini seperti yang dijelaskan dalam peribahasa tak jauh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga. Telah banyak produk tempatan yang diperakui mutunya di pasaran antarabangsa seperti produk pakaian batik keluaran Noor Arfa Batik dan kasut Jimmy Choo yang menjadi kegilaan ramai personaliti dan selebriti antarabangsa. Intihanya, peningkatan mutu produk tempatan akan mewujudkan kepercayaan dalam kalangan ranyat untuk membeli produk tempatan. Dalam merealisasikan matlamat negara untuk memajukan pengeluaran barangan Malaysia, pendedahan berterusan amat diperlukan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada rakyat tentang kebaikan membeli barangan keluaran tempatan. Langkah ini dapat

63 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


dilaksanakan sekiranya wujud kerjasama antara semua pihak misalnya ibu bapa, pihak sekolah, dan pihak kerajaan. Ibu bapa boleh memainkan peranan yang aktif dengan cara membiasakan anak-anak untuk menggunakan barangan keluaran tempatan sejak kecil lagi, bak kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, pihak sekolah merupakan tunjang utama kepada isu ini. Para pelajar hendaklah disemaikan dengan semangat kenegaraan seperti berbangga dengan barangan buatan tanah air sendiri. Melalui pembentukan peribadi sebegitu, maka setiap warganegara akan berasa terpanggil untuk mendokong segala usaha negara. Tegasnya, rakyat Malaysia haruslah disedarkan agar lebih patriotik dengan menghargai dan mengutamakan produk tempatan. Para pemimpin masyarakat juga tidak ketinggalan dalam memainkan peranannya bagi menjayakan matlamat ini. Para pemimpin seharusnya menjadi suri teladan kepada rakyat dengan mengutamakan jenama tempatan apabila membeli sesuatu barangan. Janganlah pula para pemimpin bersikap seperti cakap tidak serupa bikin ibarat ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Tamsilannya, para pemimpin hendaklah memilih kenderaan jenama tempatan seperti Proton sebelum menyeru rakyat membeli kenderaan tempatan. Selain itu, kempenkempen Belilah Barangan Buatan Malaysia hendaklah dilaksanakan secara berterusan dan bersungguh-sungguh untuk menyedarkan rakyat agar membeli barangan Malaysia. Usaha kerajaan memperkenalkan logo Malaysia Brand bagi produk-produk tempatan merupakan antara langkah bijak untuk mempromosikan produk tempatan ke seluruh buana. Tuntasnya, pemimpin negara memainkan peranan penting sebagai peneraju utama untuk melaksanakan misi mencapai visi menggalakkan rakyat membeli barangan tempatan. Deduksinya, pelbagai inisiatif seyogia diimplementasikan oleh pelbagai pihak termasuklah menjaga kualiti barangan, mengadakan kempen promosi serta meletakkan harga yang berpatutan untuk produk tempatan. Di samping itu, pendedahan kepada rakyat mengenai kebaikan menggunakan barangan buatan Malaysia perlu dilaksanakan secara tuntas dan serius. Para pengeluar juga perlu komited dalam menghasilkan barangan tempatan yang bertaraf dunia dan pihak kerajaan perlu mengehadkan pengimportan barangan dari luar negara. Harapan yang disandarkan agar barangan buatan Malaysia mampu bersaing dengan produk luar negara yang sudah tersohor. SOALAN 5

64 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Karya-karya sastera akan lebih diminati jika pengarang mampu memenuhi ciri-ciri sebuah karya yang baik. Bincangkan ciri-ciri yang perlu ada pada sesebuah karya yang baik. Tahun 2020 kian menjelang, Malaysia kini semakin giat mencipta lakaran demi lakaran kejayaan di peta dunia . Kejayaan Malaysia menghantar angkasawan pertama ke angkasa lepas dan keunggulan Malaysia menganjurkan pertandingan-pertandingan bertaraf

antarabangsa membuktikan bahawa Malaysia kini sudah mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju di dunia .Namun tidak ada gunanya kemodenan yang dikecapi negara andai karya sastera terus dipinggirkan oleh masyarakat. Dalam hal ini, minat masyarakat terhadap karya-karya sastera perlu dipertingkatkan agar dapat melahirkan rakyat yang maju dalam pelbagai bidang, bahkan kaya dengan nilai-nilai murni. Oleh sebab itu, golongan karyawan memainkan peranan yang amat penting dalam mencorakkan minda masyarakat terhadap karya sastera melalui penghasilan sebuah karya yang menarik dan berkualiti. Persoalannya, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada sesebuah karya yang baik?

Kekuatan tema yang ditonjolkan oleh pengarang dalam menggarap jalan cerita akan menjadikan sebuah karya itu menarik dan bermutu. Sebagai contoh, kekuatan tema dalam novel Kostul dapat membangkitkan kesedaran dan semangat para pembaca khususnya golongan pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan. Sebagai bukti, Ikram lahir dalam lingkungan keluarga yang miskin. Namun kemiskinan hidup yang dialami oleh keluarganya tidak menjadi batu penghalang kepada Ikram untuk menggapai kejayaan. Kegigihanya itu membuahkan hasil apabila dia mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan akhirnya berjaya menjawat jawatan tinggi di tempat kelahirannya sebagai penolong pegawai daerah. Seterusnya, penghasilan sesebuah karya yang diklasifikasikan sebagai karya bermutu seharusnya mampu memaparkan kepelbagaian jalan cerita yang dapat menyentuh perasaan pembaca. Kepelbagaian jalan cerita itu tidak seharusnya hanya terikat dengan tema percintaan semata-mata tetapi unsur patriotik dan isu-isu semasa juga boleh diterapkan dalam sesebuah karya. Sebagai contoh, novel Restu hasil karya Ismail Kassan yang menerapkan semangat seorang watak iaitu Ikran yang begitu cekal dan gigih mengharungi kehidupan yang mencabar apabila terpaksa hidup dalam kepayahan kerana ibunya terpaksa berpindah ke tempat lain.

65 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Akibatnya dia dan adiknya terhimpit kerana terpaksa bersekolah dan pada masa yang sama mengusahakan kebun peninggalan arwah ayah mereka. Di samping itu, jalan cerita atau perkembangan plot sesebuah karya juga perlu

menggarapkan nilai-nilai yang dapat memberi kesedaran kepada pembaca. Nilai-nilai tersebut bukan sahaja tertumpu kepada remaja malah kepada masyarakat dan juga negara. Hal ini perlu kerana pembaca lebih gemar membaca sastera yang dapat meningkatkan semangat juang yang tinggi dalam diri mereka dan juga masyarakat. Karya seperti ini akan dapat dihasilkan andai penulis diberi pendedahan tentang keperluan masyarakat dan negara masa ini seperti karya-karya yang dapat memupuk dan melahirkan kesepaduan rakyat. Hal ini amat relevan kerana negara kita kini sering dilanda masalah yang melibatkan isu-isu yang mampu mengganggugugat keutuhan perpadaun kaum. Jelaslah penghasilan karya yang menggarap nilai-nilai kesedaran kepada pembaca bukan sahaja dapat menarik minat masyarakat terhadap hasil sastera tetapi juga mampu meningkatkan semangat kesepaduan masyarakat di negara ini. Selain penekanan aspek-aspek di atas. pemilihan diksi yang tepat juga perlu ditekankan oleh penulis dalam penghasilan sesebuah karya sastera. Penggunaan bahasa rojak dan slanga seperti plak dan skrang perlu dielakkan agar tidak mengelirukan pembaca seterusnya menimbulkan rasa bosan pembaca untuk membaca karya tersebut. Tindakan ini dapat dilaksanakan sekiranya penulis giat mengakses internet dan merujuk Kamus Dewan untuk mencari kosa kata yang lebih sesuai dalam penulisannya. Di samping itu, kepelbagaian gaya bahasa dalam sesebuah karya seperti hiperbola, simile, personifikasi, metafora dan paradoks. Sebagai contoh, drama Penantian karya salah seorang penggiat sastera tanah air banyak menggunakan gaya bahasa pertuturan sehari-hari. Dialognya pula pendek dan ringkas, sesuai dengan latar belakang watak yang tidak berpelajaran tinggi. Selain itu, terdapat penggunaan beberapa dialek Perak, antaranya termasuklah sembilan kupang lima duit. Pemilihan dan penggunaan diksi ini secara tidak langsung menambahkan perbendaharaan kata dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, kebijaksanaan pengarang dalam penggunaan teknik plot untuk mempersembahkan jalan cerita sesebuah karya sastera juga dapat dijadikan kayu pengukur bagi menentukan sama ada hasil karya tersebut berkualiti ataupun sebaliknya. Hal ini kerana ketepatan pemilihan teknik plot seperti imbas muka, monolog, dialog, unsur suspen dan sebagainya, dapat menarik minat pembaca untuk mengikuti perkembangan serta kesudahan

66 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


jalan cerita sesebuah karya. Sebagai contoh, kebijaksanaan Mohamad Kholid bin Hamzah dalam novel Kabus di Perbukitan membuatkan pembaca seakan-akan tidak mahu terlepas daripada mengikuti kesudahan cerita novel berkenaan. Jelaslah di sini bahawa pemilihan teknik plot dalam sesebuah karya amat penting. Tuntasnya, sesebuah karya yang menarik seharusnya memilih tema yang sesuai, jalan cerita yang menarik,mengandungi nilai-nilai yang positif dan mempunyai kepelbagaian gaya bahasa harus mendominasi hasil karya sastera agar dapat menarik minat masyarakat untuk membaca karya-karya kesusasteraan. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini semua pihak perlu berganding bahu agar dapat mencapai kejayaan dalam menghasilkan karya yang baik dan menarik, bak kata pepatah Kalau tidak dipecahkan, ruyung manakan dapat sagunya. SOALAN 6

Perkembangan pelbagai permainan moden telah menyebabkan permainan tradisional di negara ini sudah mula dilupakan dan kurang digemari oleh generasi muda. Pada pendapat anda, bagaimanakah permaianan tradisional ini dapat dihidupkan? Model Jawapan

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Budaya merangkumi adat resam, tatatertib, cara berpakaian, pemakanan, permainan dan hiburan. Permainan tradisional merupakan salah satu komponen budaya yang diwarisi daripada nenek moyang kita. Namun begitu, dalam era globalisasi ini, permainan tradisional sudah mula dilupakan oleh generasi baru. Ada antara permainan ini yang masa kini tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Hal ini terjadi kerana pengaruh permainan moden seperti permainan video, permainan komputer, dan sebagainya berleluasa di pasaran. Sekiranya keadaan ini berlanjutan, hal ini dikhuatiri akan menyebabkan hakisan budaya dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Persoalannya apakah inisiatif yang wajar dilakukan untuk menghidupkan semula permainan tradisional dalam kalangan generasi muda?

Peribahasa ada menyebut bahawa melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Hal ini jelas menyatakan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka sejak

67 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


kecil lagi. Dalam konteks ini, ibu bapa haruslah memberi pendedahan awal kepada anak-anak mereka berkenaan dengan permainan tradisional. Hal ini kerana, ibu bapa merupakan medium utama sebagai sumber maklumat kepada anak-anak sejak mereka kecil. Ibu bapa juga haruslah sering meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak mereka bermain pada waktu senggang seperti bermain congkak, wau, batu seremban, dan sebagainya. Bagi mereka yang hidup di bandar, mereka bolehlah membawa anak-anak mereka pulang ke kampung atau bercuti di kampung agar anak-anak mereka dapat melihat dan mengalami sendiri budaya peninggalan nenek moyang mereka. Tuntasnya, galakan ibu bapa penting dalam mengekalkan sesuatu tradisi. Selain itu, pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan kokurikulum di sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah digalakkan supaya menubuhkan kelab atau persatuan permainan tradisional. Berpaksikan kelab permainan tradisional, murid-murid boleh diajar tentang cara membuat alat permainan, cara bermain dan lain-lain lagi. Setelah disuntik ilmu itu, murid akan berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut. Generasi muda merupakan tunjang yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan dan mewarnai masyarakat kita kelak. Nescaya penglibatan murid-murid secara langsung dalam permainan tradisional dapat memajukan permainan tersebut di tanah air kita daripada membiarkan seni budaya ini terus lenyap dan pupus begitu sahaja. Berdasarkan komitmen pihak sekolah ini, murid-murid yang sedang berjuang dalam medan ilmu pengetahuan dapat bergiat aktif dalam permainan tradisional sekali gus melegakan tekanan sebagai kegiatan riadah. Konklusinya, pendekatan yang diberikan oleh pihak sekolah sedikit sebanyak dapat menghidupkan semula permainan tradisional dalam kalangan murid. Di samping itu, langkah mendokumentasikan semula permainan tradisi rakyat tempatan patut dijalankan oleh semua institusi pengajian tinggi tempatan. Kajian tersebut boleh dimasukkan ke dalam subjek Sejarah. Semua pelajar dan mahasiswa diwajibkan mengambil subjek tersebut sebagai salah satu subjek wajib dan syarat pengijazahan. Langkah ini sebenarnya menjadi pengiktirafan tinggi terhadap budaya bangsa selain dapat mengekalkan budaya dan warisan yang amat tinggi nilainya itu. Kesimpulannya, langkah ini dapat memelihara tradisi masyarakat kita agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Sementelahan pula, pertandingan merupakan inisiatif yang dominan untuk membangkit permainan tradisional dalam masyarakat kita. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah, manusia memang suka bertanding dan bersaing secara positif. Lantarannya, pihak Kementerian

68 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Pelancongan Malaysia dan agensi kerajaan boleh berganding bahu dengan pihak hingga antarabangsa. korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis untuk menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan Salah satu contoh yang terbaik ialah Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor. Pertandingan layang-layang itu berjaya menarik peminat-peminat permainan tersebut dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian. Hal ini berjaya mempromosikan pelancongan dan permainan tradisional kepada pelancong asing, selaras dengan peribahasa, sambil menyelam minum air. Kempen Cintai Permainan Tradisional merupakan salah satu alternatif yang ampuh untuk mengembangkan permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara besar-besaran dengan kerjasama pihak media massa, terutamanya media cetak dan media elektronik, iaitu surat khabar seperti Harian Metro, Berita Harian dan lain-lain serta pihak televisyen seperti RTM, TV3 dan ASTRO. Pihak berkenaan perlu menyiarkan dokumentari, rencana dan iklan untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita, seperti wau, gasing, congkak, sepak raga bulatan dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu menyedarkan orang ramai tentang kepentingan permainan tradisional terhadap masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sepanjang kempen tersebut berlangsung seperti peraduan mengarang, pameran, peraduan membuat poster dan sebagainya, bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Lantaran itu, golongan muda pasti terpengaruh oleh kempen tersebut dan berminat terhadap permainan tradisional kita. Secara intihannya, permainan tradisional merupakan aset yang berharga kepada negara. Oleh yang demikian, semua pihak haruslah bekerjasama memainkan peranan untuk memastikan usaha ini berjalan dengan jayanya dan tidak hanya sekadar melepaskan batok di tangga. Harapan setinggi gunung agar permainan tradisional dimartabatkan setaraf dengan permainan antarabangsa yang lain bak kata pepatah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dan sekali gus dapat memperkenalkan Malaysia di mata dunia.

Soalan 7. Bencana alam yang berlaku di seluruh dunia berpunca daripada aktiviti-aktiviti manusia seperti penebangan hutan, pencemaran udara dan pembuangan sisa toksik.

69 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Bincangkan peranan negara-negara di dunia bagi menangani bencana alam. Model Jawapan.

Dalam menempuh era globalisasi yang semakin pesat membangun, negara-negara di dunia mengalami masalah bencana alam seperti tsunami,banjir, pencemaran dan sebagainya. Bencana alam boleh didefinisikan sebagai satu kejadian yang menyebabkan kemusnahan kepada bumi. Bencana alam boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor. Namun begitu, bencana ini selalu dikaitkan dengan aktiviti manusia itu sendiri. Persoalannya, adakah negaranegara dunia ini telah memainkan peranan masing-masing dalam menangani masalah bencana alam ini? Oleh yang demikian, negara-negara ini perlu sedar akan kepentingan alam kepada manusia dan tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar. Salah satu peranan negara di dunia dalam menangani bencana alam ialah mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke udara. Hal ini kerana, pembebasan karbon dioksida yang berlebihan boleh menyebabkan pemanasan global yang membawa impak negatif terhadap alam sekitar mahupun manusia. Oleh yang demikian, negara United Kingdom telah melancarkan inisiatif wang dan karbon pada tahun 2006 untuk menggalakkan masyarakat mengimbangi pelepasan karbon berkaitan dengan perjalanan udara. Mereka juga mengadakan kerjasama dengan organisasi Climate Care, Barclays mendirikan laman web untuk produk mereka dan dana tersebut digunakan untuk melabur dalam kecekapan tenaga, pemulihan hutan, dan tenaga diperbaharui. Usaha negara ini jelas menunjukkan bahawa mereka sangat menitikberatkan bumi hijau. Selain itu, negara yang membangun hendaklah merancang projek pembinaan dengan teliti agar tidak menjejaskan alam sekitar. Dalam hal ini, pihak-pihak yang ingin melakukan sebarang pembangunan perlu bijak mencari lokasi yang kurang melibatkan penebangan dan aktiviti yang boleh menyebabkan bencana alam. Seperti yang telah dicadangkan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar iaitu Datuk Seri Azmi pada tahun 2007, pihak pemaju perumahan haruslah mempertimbangkan manfaat persekitaran semasa merancang projek pembinaan baharu untuk membantu negara menghadapi perubahan iklim dan pemanasan global. Terbuktilah bahawa, negara Malaysia juga telah memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan bencana alam dan bukannya bersikap lepas tangan begitu sahaja.

70 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Di samping itu, negara-negara yang sering mengalami bencana alam perlu mencari inisiatif baharu yang berkesan bagi menangani bencana alam iaitu dengan membuat perjanjian. Seperti yang kita sedia maklum, hutan-hutan di negara Indonesia sering dibakar yang menyebabkan Malaysia terkena tempias jerebu hasil impak dari pembakaran tersebut. Maka kedua-dua negara hendaklah membincangkan masalah ini dan membuat perjanjian. Intihanya, perjanjian ini mampu menangani masalah bencana alam seperti jerebu, banjir dan sebagainya. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Seterusnya, alat berteknologi tinggi iaitu alat pengesan bencana alam dicipta agar negara yang sering ditimpa bencana alam dapat bersedia dengan lebih awal untuk menghadapi sebarang bencana yang bakal berlaku. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Hal ini terbukti berkesan apabila satu alat pengesan bencana alam iaitu tsunami yang dinamakan tsunameter telah dicipta dan diletakkan berhampiran Pulau Rondo di Lautan Hindi kira-kira lima ratus kilometer dari Pulau Langkawi yang mampu memberi amaran awal kepada negara sekiranya terdapat ancaman tsunami. Sekiranya alat seperti ini digunakan di setiap negara pastinya kerugian yang bakal dihadapi oleh negara akibat bencana ini tidaklah begitu besar jumlahnya malahan banyak nyawa yang dapat diselamatkan daripada terkorban. Tambahan lagi, setiap negara perlu menggariskan wasilah mengekalkan udara yang bersih seperti mengurangkan penggunaan kenderaan sebaliknya meningkatkan kemudahan infrastruktur iaitu kereta api, bas dan monorel. Hal ini penting bagi mengurangkan pengeluaran atau pembebasan asap kenderaan yang boleh mencemarkan udara. Hal ini dapat dilihat melalui peranan negara Belanda yang telah melaksanakan langkah-langkah tersebut dan terbukti melalui ibu kotanya yang bebas daripada jerebu. Oleh yang demikian, negara kita seharusnya mencontohi negara Belanda yang memainkan peranan dalam menangani masalah yang dihadapi oleh kebanyakan negara di dunia. Kesimpulannya, setiap bencana alam yang berlaku di seluruh dunia mampu ditangani jika negara-negara dunia memainkan peranan masing-masing dengan baik. Usaha ini akan lebih berjaya jika semua negara berganding bahu untuk mencapai matlamat bagi menyelamatkan dunia daripada musnah begitu sahaja selari dengan peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Jangan kita biarkan alam ini terus dinodai oleh tangan-tangan manusia durjana yang tidak bertanggungjawab ini sehinggakan generasi masa hadapan tidak

71 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


dapat menikmati keindahan alam sekitar yang penuh dengan variasi ciptaan tuhan. Sesungguhnya, alam ini tidak diwariskan oleh nenek moyang kita sebaliknya kita hanya meminjamnya daripada generasi akan datang. Soalan 8 Sejak akhir-akhir ini masalah pengangguran semakin meningkat. Oleh itu, pihak kerajaan menggalakkan rakyatnya bekerja sendiri. Anda sebagai pelajar lepasan SPM telah mengambil keputusan untuk bekerja sendiri. Huraikan faedah-faedah bekerja sendiri. Model Jawapan. Dalam era moden ini, dunia tidak dapat mengelak daripada masalah kelembapan

ekonomi global. Implikasinya, turut terasa di negara kita apabila lambakan graduan lepasan pengajian tinggi kini berhadapan dengan masalah pengangguran. Justeru, untuk mengatasi masalah tersebut, pihak kerajaan telah menyarankan semua masyarakat untuk mempraktikkan amalan bekerja sendiri. Bekerja sendiri boleh juga dianggap sebagai melakukan sesuatu pekerjaan yang dibangunkan atas usaha sendiri. Persoalannya, apakah manfaat bekerja sendiri? Bekerja sendiri mendatangkan banyak manfaat sama ada kepada diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat. Antara manfaat yang kita perolehi ialah dapat mengubah diri kita menjadi lebih positif seperti sifat berdikari. Hal ini demikian kerana jatuh dan bangunnya perniagaan sendiri mendorong mereka untuk beriktiar sendiri menyelesaikan masalah yang dihadapi dan kurang bergantung pada pihak lain. Peribahasa seperti jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya ataupun genggam bara api, biar sampai jadi arang akan menjadi prinsip mereka dalam menjalankan perniagaan mereka. Sesungguhnya seseorang yang berkerja sendiri sedar bahawa kejayaan perniagaan mereka banyak bergantung kepada sifat positif mereka. Selain itu, bekera sendiri juga membolehkan kita menjana pendapatan sendiri dengan lebih lumayan. Semua pihak sedar jumlah wang yang dihasilkan menerusi perniagaan lebih besar jumlahnya berbanding jika seseorang itu bekerja sendiri kerana keuntungan yang diperoleh diambil secara terus dan banyak. Contohnya, seorang pengusaha kedai makan mampu menjana sekurang-kurangnya RM10 000 sebulan dan terus meningkat pada bulan berikutnya manakala pekerja makan gaji memperoleh pendapatan yang hanya ditetapkan oleh majikan. Seseorang yang bekerja sendiri juga tidak perlu berdepan dengan karenah majikan

72 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


untuk mendapatkan kenaikan gaji. Secara tuntasnya, melalui usaha yang berterusan, bekerja sendiri akan menjana lebih banyak pendapatan jika dibandingkan dengan pekerja makan gaji yang hanya menerima gaji yang ditetapkan bak kata pepatah, yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Di samping itu, individu yang bekerja sendiri bebas mengurus masa dan jadual kerja mereka. Mereka tidak terikat dengan peraturan masa bekerja. Misalnya, kakitangan kerajaan yang hanya diberikan tujuh hari cuti tahunan dan cuti musim perayaan yang terhad serta perlu menunggu lama agar borang permohonan cuti mereka diluluskan oleh majikan. Jadual kerja yang tidak tetap membolehkan individu yang bekerja sendiri boleh menentukan masa kerjanya kerana perniagaan itu miliknya berdasarkan kepentingan atau keutamaan dalam hidupnya. Justeru, masa yang lebih berkualiti boleh dihabiskan bersama-sama ahli keluarga selain menjalankan aktiviti perniagaan yang memberikan sumber pendapatan pula kepada keluarga itu. Sesungguhnya, bekerja sendiri memberikan peluang kepada seseorang untuk merancang masa kerjanya dengan lebih teratur dan memberi manfaat yang sebenarnya kepada semua pihak terutama ahli keluarganya.

Seterusnya, pelajar lepasan pengajian tinggi juga tidak perlu bersaing antara satu sama lain dalam bidang yang sama. Seperti yang kita maklum, bilangan pelajar dalam bidang yang didambakan sangat ramai seperti bidang kejuruteraan semakin meningkat dan persaingannya semakin sengit. Oleh itu, alternatif seperti bekerja sendiri perlu diambil untuk mengurangkan persaingan tersebut bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sungguhpun terdapat persaingan, hal itu adalah permulaan bagi yang bekerja sendiri untuk mendapatkan keuntungan awal mereka dan bukannya permulaan untuk bersaing mendapatkan pekerjaan.

Kesimpulannya, terdapat banyak kebaikan bekerja sendiri kepada semua pihak terutamanya diri kita sendiri. Tanpa individu yang bekerja sendiri, syarikat-syarikat swasta yang terkenal seperti Syarikat Kumpulan Naza tidak akan wujud pada hari ini untuk mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Oleh itu, sebagai tulang belakang negara, graduan pengajian tinggi perlulah menyambut seruan kerajaan untuk bekerja sendiri bagi mengurangkan masalah pengangguran kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Soalan 9.

73 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Puisi tradisional seperti pantun, seloka, gurindam dan syair merupakan warisan bangsa yang perlu dipertahankan. Jelaskan usaha-usaha yang perlu dilaksanakan bagi memastikan puisi tradisional tidak pupus ditelan zaman. Model Jawapan.

Bahasa Melayu mencapai zaman kegemilangan pada setengah abad yang lalu. Pada saat itu, bahasa ini dijadikan sebagai lingua franca di pelabuhan Melaka. Warisan Melayu tersohor hingga ke seluruh pelosok dunia. Hal ini disokong dengan keindahan Bahasa Melayu yang digubah dalam bentuk pantun, seloka, gurindam dan syair. Bait-bait puisi tradisional yang dilantunkan dengan penuh penghayatan dapat menggetarkan mana-mana jiwa yang mendengarnya. Malangnya, pascakemerdekaan telah membuka pintu budaya kuning dari Barat sehinggakan jiwa remaja tertarik ke arahnya. Kita tidak boleh membiarkan puisi menjadi bahan sejarah. Kita perlu memerah segala keringat dan kudrat yang ada bagi menghidupkan semula puisi dalam kalangan masyarakat.

Di manakah destinasi pertama seorang manusia sebaik sahaja dilahirkan? Sudah tentulah ke rumahnya. Di rumah, dia akan dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua orang insan yang bertanggungjawab membawanya ke dunia ini. Insan-insan ini dinamakan ayah dan ibu. Mereka juga orang yang paling berpengaruh dalam membentuk jati diri dan keperibadian anak-anak. Ibu bapa perlu menggunakan peluang ini bagi menerapkan kepentingan penggunaan puisi kepada anak-anak sejak kecil lagi bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Impaknya, anak-anak ini akan menjadi harapan bagi melindungi warisan bangsa agar puisi tradisional ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Ibu bapa boleh mengaplikasikan puisi tradisional ini dalan kehidupan seharian, terutama ketika memberi nasihat kepada remaja. Antara puisi tradisional yang popular ialah genre pantun. Contohnya pantun, Siakap, senohong, gelama, ikan duri Bercakap bohong, lama-lama mencuri Yang membawa maksud, sekiranya remaja berjinak-jinak dengan sikap suka berbohong, tidak mustahil sekiranya nanti mereka akan terlibat dengan masalah mencuri pula.

74 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Marcapada ini, pucuk kepimpinan negara kita telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam persaingan untuk mengejar kemodenan di peringkat global. Namun begitu, situasi ini memberi kesan kepada pelbagai cabang seni bahasa orang Melayu yang semakin dilupakan seperti abu di atas tunggul. Oleh yang demikian, kerajaan telah mengimplementasikan pelbagai cara untuk menerapkan puisi tradisional dalam sistem pendidikan Malaysia contohnya pengajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu (KOMSAS) dalam subjek Bahasa Melayu di sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia. Selain dapat memastikan puisi tradisional terus kekal dalam kehidupan harian generasi muda di Malaysia, implisitnya dapat mencambahkan dan menyemaikan perasaan cinta dan minat terhadap perkara tersebut dalam sanubari setiap individu yang mempelajarinya pepatah, tak kenal, maka tak cinta. Sementelahan pula, pihak kerajaan juga wajar menawarkan banyak kursus yang berkaitan dengan puisi tradisional di Insitut Pengajian Tinggi (IPT) agar para pelajar yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang sastera dan puisi tradisional Melayu mampu melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu, apresiasi terhadap penggiat-penggiat puisi tradisional di negara kita seperti Datuk A Samad Said wajar diteruskan agar mereka merasakan hasil usaha dan kerja mereka turut dihargai oleh pihak lain. Tidak dapat dinafikan, pihak kerajaan juga boleh memperkenalkan puisi tradisional kepada negaranegara luar yang turut berminat dengan Bahasa Melayu seperti Jepun, China, Rusia, Jerman dan sebagainya agar perkembangan puisi tradisonal tidak hanya terhad di dalam Negara tetapi turut disulami dengan idea-idea para sarjana bahasa di negara luar juga. Melalui usaha-usaha yang disebutkan di atas adalah tidak mustahil bagi para remaja untuk tidak mengenali puisi tradisional apabila puisi tradisional tidak hanya terdapat di Malaysia tetapi turut terdapat di seantero dunia. bak kata

Dasawarsa ini, peranan sekolah semakin dimartabatkan. Ia bukan sahaja menjadi tempat pelajar mentelaah ilmu, malah telah dinaik taraf dan menjadi tempat pelajar belajar, dididik, diasuh dan dibentuk keperibadiannya. Bagi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, puisi tradisional telah dimuatkan dalam Komponen Sastera (KOMSAS) yang secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai keunikan puisi tradisional. Pihak guru turut bertanggungjawab untuk memupuk aspirasi pelajar meminati puisi tradisional dengan mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan efektif. Penggunaan puisi dalam kalangan pelajar dapat memupuk semangat patriotisme dalam diri

75 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


mereka yang semakin layu dan pupus, terutamanya di negara ini. Tuntasnya, sekolah

merupakan tempat pelajar untuk memantapkan lagi keperibadian diri. Tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti kokurikulum yang diadakan sebagai aktiviti sokongan bahasa mampu menjadi suatu medan perkembangan pengetahuan yang signifikan dengan penerapan unsur-unsur pengajaran dalam sesebuah puisi tradisional. Antara cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak sekolah adalah dengan mengadakan pertandingan menggubah puisi, sayembara puisi, berbalas pantun dan melagukan syair. Aktiviti ini mampu merobah persepsi para pelajar yang sebelumnya bertanggapan bahawa puisi tradisional merupakan sesuatu yang kuno bagi anak remaja seperti mereka dan bertanggapan bahawa puisi hanya dipraktikkan oleh golongan yang lebih dahulu makan garam atau lebih dikenali sebagai golongan yang lebih berumur. Melalui wahana ini, para pelajar dapat menyedari bahawa puisi tradisional mempunyai keunikan yang tersendiri dan dapat dibanggakan serta sesuai digunakan bagi semua lapisan umur dan masyarakat. selain itu, aktiviti tersebut mampu menggerakkan para pelajar selangkah ke hadapan untuk mencintai dan mendalami lagi puisi tradisional bak kata pepatah,tak kenal maka tak cinta. Kebiasaanya, remaja akan menjadikan kisah hidup, pengalaman dan emosi mereka sebagai inspirasi bagi menggubah puisi mereka. Hal ini dapat menjana kreativiti pelajar agar terus berkembang secara global. Intihanya, jelaslah bahawa terdapat banyak langkah yang dapat dilakukan oleh semua pihak bagi memastikan puisi tradisional iaitu hasil nukilan nenek moyang kita dahulu kala tidak luput ditelan zaman. Hal ini kerana, puisi tradisional yang sering dipandang enteng oleh generasi zaman siber kini merupakan salah satu identiti bagi bangsa Melayu. Jika kita tidak memeliharanya maka pastinya, beberapa abad akan datang, kehilangan puisi tradisional di muka bumi yang fana ini tidak akan dirindui oleh mana-mana pihak yang tidak pernah mengenalinya. Akhir sekali, apalah ertinya segala cita tanpa usaha daripada semua pihak? Peranan bagi menghidupkan kembali penggunaan puisi terletak pada batu jemala semua pihak. Semoga puisi akan terus hidup kerana ini adalah simbol kewujudan bangsa Melayu bak kata Laksamana Hang Tuah, takkan Melayu hilang di dunia.

76 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Soalan 10 Facebook, Twitter, MySpace dan Blog merupakan antara laman sosial yang semakin digemari oleh setiap peringkat umur termasuklah golongan remaja pada abad ini. Sebagai seorang remaja huraikan cara anda boleh memanfaatkan laman sosial ini. Kelahiran era baru dalam dunia informasi telah mengubah pola komunikasi masyarakat marcapada ini. Hal ini, disebabkan wujudnya ciptaan terbaru yang telah mencetuskan fenomena dalam dunia internet. Sejak beberapa tahun lalu, ramai pengguna internet telah mendaftar sebagai ahli di laman sosial seperti Facebook, Twitter, My Space dan Blog sejurus selepas kewujudan laman sosial yang dikatakan telah berjaya memikat hati pengguna internet seluruh dunia. Kewujudannya menyebabkan penciptanya mendapat keuntungan yang lumayan. Persoalannya, apakah kebaikan yang diperoleh pengguna laman sosial tersebut? Sebagai seorang remaja apakah langkah-langkah yang harus diambil untuk memanfaatkan teman maya ini ke arah yang lebih berfaedah? Sebagai seorang pengguna internet yang masih remaja, saya boleh memanfaatkan laman sosial bagi menambah kenalan sama ada kenalan dalam negara mahupun di luar negara. Kata orang-orang tua, berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Pergaulan yang luas dengan pelbagai bangsa dan latar belakang akan mematangkan lagi pemikiran seseorang remaja seperti saya. Melalui kenalan di laman sosial itulah saya berpeluang untuk bertukartukar pendapat dan berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara seperti ekonomi, politik dan sosial. Malah, jika timbul sesuatu isu yang menjadi polemik saya boleh membahaskan isu berkenaan dengan kenalan maya saya. Hal itu, akan menajamkan fikiran dan kepekaan saya terhadap isu-isu semasa yang berlaku di seluruh dunia agar tidaklah saya menjadi seperti katak di bawah tempurung. Perkara yang penting ialah kemudahan laman sosial ini tidak akan saya jadikan sebagai medan untuk bersembang-sembang kosong atau bergosip kerana perbuatan sebegini hanya akan merugikan diri sendiri sahaja. Tuntasnya, apabila saya melebarkan salam perkenalan lewat laman sosial saya mengharapkan agar pemikiran saya akan lebih terbuka dan matang dalam menghadapi realiti kehidupan yang penuh ranjau dan duri ini. Pada masa yang sama, peredaran zaman kini turut mengubah cara hidup golongan remaja yang dahulunya terlalu bergantung kepada ibu bapa kepada remaja yang lebih berdikari. Laman sosial sebenarnya menyediakan satu platform kepada golongan remaja untuk berniaga secara atas talian. Oleh yang demikian, bagi bersiap siaga mengumpulkan dana untuk saya

77 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, saya akan menggunakan laman sosial untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Sudah banyak remaja yang berjaya memperoleh wang saku dengan cara sebegini. Seperti yang kita tahu, sistem yang diperkenalkan oleh Facebook membolehkan kita memulakan perniagaan siber secara mudah, jimat dan berkesan. Prosedurnya amat mudah kerana hanya dengan mendaftar diri sebagai ahli Facebook, kita berkelayakan untuk memulakan satu atau lebih ruangan khas untuk perniagaan. Hal ini sememangnya menjimatkan kerana tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan seperti Amazon dan eBay, malahan ternyata berkesan, kerana apabila kita memulakan satu ruangan khas perniagaan, semua orang dalam senarai kawan kita dapat mengetahui produk yang kita jual. Bahkan, hadis nabi ada mengatakan 9 daripada 10 rezeki adalah dalam perniagaan. Oleh itu, saya akan memanfaatkan peluang ini untuk berdikari mengumpulkan wang di samping menimba pengalaman berniaga iaitu bidang yang akan saya ceburi selepas menamatkan pengajian saya kelak. Dalam era apabila persaingan bagi mendapat tempat di mata masyarakat menjadi suatu kelebihan. Banyak remaja tidak dapat menonjolkan bakat mereka kerana terbatasan ruang dan lokasi. Lantaran itu, laman sosial merupakan media yang sangat signifikan untuk mempromosikan bakat yang terpendam didalam diri kita. Hal ini, kerana di laman sosial kita tidak perlu melalui saluran lazim seperti pertandingan sebaliknya kita boleh mempromosikan secara terus kepada masyarakat dunia yang mempunyai minat yang sama dengan kita mereka juga mampu memberikan nasihat secara terus kepada kita berdasarkan pengalaman mereka lantas membolehkan kita memperbaiki kebolehan kita ibarat menyelam sambil minum air. Sebagai seorang remaja yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang muzik dan seni kreatif, saya akan memuat turun video saya bermain piano dan menyanyi untuk mempromosikan bakat bagi tatapan masyarakat di selurih dunia. Walaupun saya tidak sehebat penyanyi terkenal Justin Bieber atau Yuna mahupun Najwa yang bakat mereka dikesan melalui video yang dimuat naik ke laman Youtube sekurang-kurangnya saya berani menonjolkan bakat yang terpendam demi kepuasan peribadi. Tegasnya, laman sosial dapat membantu saya mengembangkan kemahiran dan bakat yang terpendam dalam diri saya demi memberikan nilai tambah kepada kualiti diri saya sebagai seorang insan di muka bumi ini. Oleh hal demikian, jelaslah bahawa laman sosial seperti Facebook, Twitter, My Space, Blog dan sebagainya banyak memberi kebaikan kepada semua penggunanya. Bukan sahaja di Malaysia di seluruh dunia. Kewujudannya membawa satu impak baru dalam dunia sosial di

78 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


internet. Namun demikian, sebagai seorang remaja, saya akan sentiasa berhati-hati agar tidak terjebak dalam gejala-gejala negatif di sebalik kemaslahatan kemudahan ini kerana pisau yang digunakan untuk memotong sayur di dapur, boleh juga digunakan untuk membunuh. Soalan 11

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini banyak memberi kesan kepada hubungan antara negara. Jelaskan kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi kepada negara di dunia. Modul Jawapan

Berfikir di Luar Kotak, Minda Kelas Dunia dan Gerbang Globalisasi adalah antara slogan yang sering berkumandang seiring dengan perubahan dunia pada abad milenium. Hakikat dunia tanpa sempadan yang ditandai oleh koordinasi teknologi internet dan maklumat telah berjaya mengubah kerangka dunia terhadap pelbagai transformasi yang drastik. Pelbagai capaian maklumat mampu diperoleh dengan mudah hanya dengan mengakses beberapa ikon dan arahan. Eksistensi pelbagai teknologi maklumat dan komunikasi iaitu satelit, internet dan media elektronik menjadikan teknologi maklumat kian signifikan pada masyarakat dunia. Inovasi dan revolusi dalam sistem perhubungan yang canggih telah menatijahkan suatu fenomena baru dalam gaya hidup masyarakat dunia era globalisasi. Menurut ahli sains Yunani purba, Archimedes, beliau menyifatkan perhubungan teknologi sebagai langkah pertama ke arah kemajuan tamadun manusia. Hal ini membolehkan masyarakat sesebuah negara dapat bangkit bersaing duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat dunia yang lain di peringkat global. Sesungguhnya, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mempunyai banyak kepentingan kepada negara di dunia. Ibarat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Demikianlah hidup kita yang saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup bersendirian bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Berkait rapat dengan hal ini, sebuah negara memerlukan bantuan dan kolaborasi dengan negara lain bagi terus membangunkan negara yang tercinta. Dengan itu, ICT sangat signifikan dalam merealisasikan hal ini. Melalui kemudahan serba canggih dan transenden ini, hubungan diplomatik antara negara dapat

79 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


dicapai dengan baik. Tamsilannya, kemudahan telefon, faksimile, internet dan persidangan video dapat diaplikasikan dalam mengimplementasikan pelbagai hal antara negara dari jarak jauh. Tambahan lagi, berita-berita mutakhir dan tepat dari luar negara diperoleh dengan mudah dan cepat melalui rakaman dan siaran langsung. Implikasinya, berlaku peristiwa Malaysia dan Jepun berkongsi pengetahuan dan perkembangan sistem ICT yang mana hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara negara. Oleh itu, ICT sangat signifikan agar dapat berkolaborasi antara negara bagai aur dan tebing.

Selain itu, urusan dunia tanpa sempadan dapat memudahkan urusan perniagaan antara negara. Dari aspek ekonomi ini, penjimatan masa, kos dan tenaga sangat signifikan dititikberatkan kerana urusan entrepot akan dapat diimplementasikan dengan mudah, cepat dan pantas. Daripada kemudahan ini, penjual mudah mengiklankan produk-produk mereka dan pembeli tidak perlu merantau jauh ke lokasi penjualan. Hal ini dapat diaplikasikan komunikasi di talian telefon untuk membuat tempahan. Malahan, alternatif-alternatif yang lebih canggih sejajar dengan perkembangan era moden seperti perniagaan internet tanpa modal atau dikenali sebagai perniagaan affiliate turut menjadi tumpuan langganan orang ramai. Dengan ini, keduadua pihak tidak akan mengalami kerugian dalam perniagaan, malah memudahkan urusan jual beli dengan berkesan. Kemudahan ini bukanlah menjadi halangan masyarakat kerana data mempamerkan himpunan pengguna internet dianggarkan melebihi 1 bilion orang dari seluruh dunia. Oleh itu, kemudahan yang ekstensif ini sangat penting kepada negara kerana kemudahan ini dapat menyumbang kepada kepantasan sistem perniagaan antarabangsa tanpa sempadan. Di samping itu, perkembangan ICT telah memberi natijah yang baik kepada seluruh umat manusia kerana ICT yang serba canggih ini telah memudahkan komunikasi universal dan sarwajagat. Kemudahan ini juga lebih dikenali sebagai sembang siber. Sembang siber merupakan satu wahana yang menghubungkan seluruh penduduk marcapada. Istilah dunia tanpa sempadan kini telah menjadi realiti dan bukan sekadar propaganda sahaja. Masyarakat dunia sedasawarsa ini lebih mahir dengan aplikasi laman-laman sesawang yang disediakan, contohnya Facebook, Twitter, blog dan sebagainya. Dengan kemudahan ini juga, hubungan antara keluarga lebih terjalin mesra apabila ahli keluarga dapat berhubung bukan sahaja bersembang, malah bersua muka melalui skrin elektronik meskipun dibatasi jarak jauh. Kendatipun hubungan teknologi ini umpama fatamorgana atau maya, namun jalinan silaturrahim dapat dikekalkan bak kata pepatah, jauh di mata, dekat di hati. Hal ini tidak perlu

80 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


dipertikaikan lagi kerana tsunami ICT melanda dunia modenisasi telah mencatatkan pertumbuhan pengguna internet dari tahun 2000 hingga 2010 adalah sebanyak hampir 356.8% dan pengguna Facebook pula dianggarkan seramai 8.16 juta orang. Oleh itu, amatlah penting bahawa kemudahan ICT terus diperkembangkan agar komuikasi transenden ini ternyata mendorong dalam pertumbuhan negara yang maju hasil daripada masyarakat berkualiti. Pada hakikatnya, perkembangan ICT juga dapat melahirkan masyarakat yang saintifik. Hal ini demikian kerana revolusi dunia yang penuh dengan kecanggihan ini mewajibkan seluruh umat manusia untuk menjadi insan yang tidak berfikiran arkaik. Era globalisasi ini mengidamkan masyarakat yang matang serta saintifik untuk menjadi aset kepada kemajuan dan pembangunan negara dalam era serba ICT ini. Kata-kata Hamka ada mengatakan, Ada dua hal utama yang ingin dicapai dalam hidup, satu mendapat apa yang diinginkan dan kedua menikmatinya, hanya orang yang bijak yang mencapai tujuan kedua. Kata-kata pujangga ini izhar sekali menyatakan bahawa manusia haruslah berusaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup, begitulah juga dengan arus kemodenan kini yang mendahagakan mujtamak saintifik dan minda kelas pertama. Sebagai analoginya, kewujudan sistem sekolah bestari mampu melahirkan masyarakat saintifik dan inovatif. Para pelajar menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat dari seluruh dunia. Tamsilannya, pelajar boleh memperoleh nota-nota yang berkaitan dengan akademik daripada blog-blog yang berkaitan seperti Program Pembelajaran Fokus A Secara Online dan A.J. Hoge Effortless English. Tuntasnya, ICT berpotensi melahirkan masyarakat saintifik yang berdaya saing dan berpandangan jauh serta berprestij untuk membentuk masyarakat dunia berdaya maju. Sejajar pula dengan perkembangan arus globalisasi, perkembangan ICT membolehkan kita mendepani realiti baru di dunia yang pantas berubah dan berkembang bagi meluaskan pengetahuan tentang dunia semasa. Hal ini demikian kerana masyarakat dunia perlu membebaskan diri daripada terus dibelenggu kejahilan dan kegelapan dan kita tidak mahu dilabelkan bagai katak di bawah tempurung yang tidak mengetahui isu-isu semasa dunia. Buktibukti yang paling konkrit adalah dengan perkhidmatan-perkhidmatan internet yang sudah tersebar luas di seantero dunia. Melalui perkhidmatan ini, jeritan berfrekuensi tinggi menggegerkan stadium dapat dilihat dan didengar secara langsung walau di mana-mana sahaja kita berada. Selain itu, berita-berita mengenai fenomena dan bencana alam mudah sampai ke pengetahuan kita tanpa ada sebarang kekangan. Contohnya, berita perkembangan bencana tsunami yang melanda negara Jepun baru-baru ini dapat diketahui pada bila-bila masa

81 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


sahaja. Hal ini membolehkan negara lain yang berpotensi mengalami bencana tsunami boleh bersedia untuk menghadapi bencana tersebut kerana sediakan payung sebelum hujan, jangan sudah teranutk baru terngadah. Oleh yang demikian, seluruh masyarakat dunia seharusnya mengejar arus kemodenan ICT selaras dengan perkembangannya dengan lebih meluas. Intihanya, masyarakat dunia sewajarnya mengambil kesempatan yang telah disediakan melalui perkembangan ICT ini dengan sebaik-baiknya agar pisang tidak akan berbuah dua kali. Hal ini demikian kerana dengan adanya kemudahan ini, seseorang itu tidak perlu bersusah payah untuk memperolehi sesuatu maklumat tanpa perlu membuang masa, kos dan tenaga. Apabila kita memaslahatkan kehadirannya dengan baik, kita akan mudah mendapatkan ilmu yang bermanfaat untuk diri sendiri serta orang sekeliling kerana hal ini akan memberikan impak kepada hubungan antara negara-negara di seluruh dunia. Soalan 12

Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat terutama pada musim-musim perayaan. Memandangkan hal ini semakin serius, sebagai Ketua Unit Trafik Polis Daerah anda diminta menyampaikan ceramah kepada pelajar di sekitar awam dan swasta. Tajuk ceramah anda ialah Peranan Masyarakat dalam Menangani Kemalangan Jalan Raya. Tulis teks ceramah tersebut selengkapnya. Model Jawapan

Yang saya muliakan Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, Puan Masniah binti Tarah, Guru Penolong Kanan Akademik, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum, barisan guru dan para pelajar yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia. Pada kesempatan ini, izinkan saya untuk menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk Peranan Masyarakat dalam Menangani Kemalangan Jalan Raya. Mara jangan dipandang enteng, Mesti dibanteras ke akar umbi; Kudrat semua mesti digembleng, Azam jangan berbelah bagi.

82 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

Hadirin dan hadirat yang dikasihi, Kemalangan jalan raya yang berlaku di negara kita kian meningkat saban hari.

Pelbagai kategori kemalangan sama yang melibatkan pemandu kereta, lori, penunggang motosikal, dan pejalan kaki menjadi mangsa. Negara kita dikatakan sebagai sebuah negara yang merekodkan kadar kemalangan jalan raya yang tertinggi. Persoalannya, sejauh manakah masyarakat mempunyai akauntabiliti dalam menangani kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan semua pihakhangat bagai cendawan tumbuh selepas hujan? Hadirin sekalian, Sebelum meneruskan ceramah saya pada pagi ini, lebih molek lagi jika saya memaparkan data dapatan kajian yang dijalankan oleh jabatan saya. Data itu melaporkan bahawa Malaysia yang mempunyai kira-kira 25 juta orang penduduk mencatat kematian kirakira 6000 orang setahun akibat kemalangan jalan raya. Statistik yang diperoleh dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya menunjukkan sepanjang Januari hingga Oktober 2005, sebanyak 272 804 kes kemalangan direkodkan dan dalam tempoh masa yang sama pada tahun 2006,sejumlah 262 295 kes kemalangan dicatatkan. Hal ini menunjukkan bahawa peningkatan sebanyak 3.5 peratus berlaku, iaitu pertambahan sebanyak 9491 kes. Jangan jadikan jalan raya sebagai sungai maut. Demikian iklan yang kerap disiarkan di kaca televisyen suatu masa dahulu. Saya berpendapat bahawa sikap pengguna jalan raya merupakan punca kemalangan jalan raya di negara ini. Walaupun rakyat Malaysia terkenal dengan sifat yang peramah, beradab serta bersopan santun, namun kita mendapati bahawa sikap mereka berubah apabila mereka berada di jalan raya. Antara sikap pemandu kenderaan dan penunggang motosikal di Malaysia yang perlu dikikis ialah mereka tidak sabar dan terburuburu ketika memandu kenderaan dan menunggang motosikal secara berbahaya dan menempah maut. Mereka tidak menjaga kenderaan dengan betul pada hal keadaan kenderaan penting untuk keselamatan dan mereka tidak memikirkan keselamatan diri sendiri dan orang lain. Oleh itu, rakyat Malaysia wajar mencontohi etika memandu di negara maju. Walaupun penduduk di negara maju sibuk menjalani kehidupan harian, mereka masih mampu bersopan- santun semasa di jalan raya. Mereka bersikap sedemikian rupa kerana mereka sudah dididik sejak kecil lagi untuk mematuhi peraturan lalu lintas dan senantiasa berhemah di

83 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


jalan raya. Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa melentur buluh biarlah daripada

rebungnya. Kata orang tua-tua, malang tidak berbau. Pengguna jalan raya sendiri mesti memahami maksud bidalan ini. Pengguna jalan raya mesti sentiasa memerhatikan papanpapan tanda di tepi jalan. Papan tanda yang disediakan oleh kerajaan bertujuan memastikan keselamatan para pengguna di jalan raya. Keselamatan para pengguna jalan raya pasti dapat dijamin jika arahan telah dipatuhi. Akhir sekali, pemandu kenderaan mesti sentiasa memusatkan perhatian semasa memandu. Mereka tidak harus memandu sambil membuat perkara lain seperti menggunakan telefon, bergosip dengan orang lain dan sebagainya. Pelajar sekalian, Pihak penguatkuasa undang-undang jalan raya juga perlu bertindak dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Pihak polis mestilah bertugas dengan penuh komitmen dan membuat pemantauan secara berterusan terhadap pengguna jalan raya. Sebagai contoh, pemandu yang melanggar peraturan jalan raya hendaklah disaman dan didakwa di mahkamah agar dijadikan pengajaran kepada pengguna jalan raya yang lain. Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Raya juga boleh memainkan peranan dengan menahan kenderaan yang tiada cukai jalan atau membawa muatan berlebihan. Jika pihak penguatkuasa undang-undang jalan raya dapat memainkan peranan dengan berkesan, maka kemalangan pasti dapat dikurangkan dan mestinya menguntungkan banyak pihak. Di samping itu, pihak media massa juga boleh memainkan peranan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini. Peranan media massa dalam mempengaruhi sikap pengguna jalan raya memang tidak dapat dinafikan. Hal ini dapat dibuktikan melalui kempen-kempen keselamatan jalan raya yang telah dilaksanakan dengan menggunakan medium media massa. Pihak kerajaan yang memiliki stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) boleh menggunakan stesen televisyen dan radio ini sebagai platform untuk menyampaikan kempen keselamatan jalan raya. Sewajarnya kempen-kempen keselamatan jalan raya harus dilaksanakan secara berterusan di media massa supaya dapat memberi kesan yang mendalam kepada orang ramai khususnya pengguna jalan raya di negara kita.

84 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Pelajar sekalian, Masyarakat harus sedar tentang peranan masing-masing di jalan raya. Mereka tidak harus mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain. Peraturan jalan raya haruslah dipatuhi untuk memastikan keselamatan semua pihak. Jangan gopoh gapah semasa memandu kerana kecuaian menjadi punca nyawa sendiri dan orang lain yang tidak bersalah turut terancam. Kenderaan perlulah diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Nampaknya, sudah panjang lebar saya berceramah dan masa amat mencemburui saya. Namun, sebelum saya berundur diri ingin saya tegaskan di sini bahawa keselamatan di atas jalan raya merupakan tanggungjawab pengguna jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan punca utama kemalangan berlaku dan hal ini tidak harus dibiarkan berterusan untuk menjamin keselamatan semua pihak. Manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang dapat menyebabkan nyawa orang lain juga turut melayang haruslah dielakkan demi kesejahteraan bersama. Soalan13.

Sebagai pegawai perubatan, anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Amalan Gaya Hidup Sihat Mampu Menyelamatkan Diri daripada Penyakit Berbahaya. Sediakan teks ceramah itu selengkapnya. Model Jawapan Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, yang dihormati para guru, dan seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekalian.Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kerana telah dijemput dan diberi peluang untuk menyampaikan ceramah serta dapat berkongsi idea dalam majlis yang sangat besar ertinya. Hadirin sekalian, Dalam meniti zaman pascamerdeka,sering kali kita dibisikkan dengan isu-isu yang berkaitan dengan norma-norma kehidupan dan salah satunya adalah amalan gaya hidup sihat yang amat penting bagi kita untuk menjalani kehidupan seharian. Dengan kesihatan, manusia

85 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


dapat menjalani kehidupan lebih aman dan sentosa di samping, dapat melakukan rutin iharian secara lebih lancar dan teratur. Demikianlah tingginya nilai kesihatan yang mewarnai serinya kehidupan. Akan tetapi, ada manusia yang alpa dan leka dek kesihatan yang menyerikan hidupnya hinggakan tidak menghargai betapa mahalnya nilai kesihatan dalam kehidupannya. Dia tidak sedar dan insaf betapa sihat itu juga sebahagian daripada detik kehidupan yang dia lalui.Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada memberi peringatan tentang kesihatan ini iaitu baginda bersabda yang bermaksud: Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia; iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang. (Hadis riwayat Bukhari) Kebanyakan manusia hanya menyedari betapa mahalnya nilai kesihatan apabila mereka ditimpa kesakitan atau ditimpa penyakit. Dalam keadaan ini, barulah mereka menginsafi betapa kesihatan amat penting agar aktiviti kehidupan mereka tidak tergendala. Perlu diingat bahawa maksud kesihatan ini menurut perspektif Islam bukan hanya terhad kepada kesihatan lahiriah atau jasmaninya sahaja, malahan ia juga turut mencakupi kesihatan batin atau rohani. Saudara dan saudari, Justeru itu, kesihatan hanya mampu dinikmati dengan amalan gaya hidup sihat.

Meninjau kepada skop yang lebih terperinci, amalan gaya hidup yang sihat dapat dilihat dari aspek pemakanan. Makanan adalah elemen pembina tubuh yang dominan. Pengambilannya perlu diteliti untuk menjamin mutu kesihatan yang berkekalan. Oleh itu, bagi menjaga kestabilan kesihatan yang berterusan kita wajar mengambil makanan yang berkhasiat malah kebersihannya turut terjamin. Hal ini bagi mengelakkan kita daripada diserang penyakit-penyakit yang berbahaya. Menurut hasil dapatan kajian sains, amalan pemakanan yang seimbang seperti yang ditunjukkan dalam piramid makanan dapat mengelakkan kita daripada serangan penyakit obesiti dan penyakit-penyakit kronik yang lain. Penyakit-penyakit yang berbahaya seperti ini boleh menjadi duri dalam daging sekiranya tiada langkah-langkah yang diambil untuk mengatasinya. Oleh itu, pada pendapat saya amalan gaya hidup yang sihat seperti amalan pemakanan yang sistematik dapat menghindarkan kita daripada bahana penyakit yang berbahaya. Selain daripada pengambilan makanan yang terancang dan seimbang, kita juga hendaklah mengekalkan kesihatan dengan melakukan aktiviti riadah. Oleh yang demikian, aktiviti riadah amat penting untuk membolehkan sistem saraf, otot, jantung dan paru-paru berfungsi dengan sempurna. Dengan beriadah, seperti berjoging, berbasikal, bersenamrobik, berenang dan bersukan dapat membantu perjalanan darah dan sistem pernafasan berjalan

86 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


dengan lancar. Selain itu, riadah juga mampu meningkatkan tahap kecergasan seseorang individu sebagaimana yang dinyatakan dalam pepatah Arab yang berbunyi akal yang cerdas terletak pada tubuh badan yang sihat. Justeru itu, rehat yang cukup dan tidur yang sempurna mampu menjamin kesihatan mental dan fizikal dari segala penyakit yang berbahaya. Oleh itu, susunan jadual dan rutin harian seperti masa tidur, masa bekerja, masa beriadah perlu dirancang dengan lebih sistematik demi menjamin kehidupan yang selesa dan bahagia.

Hadirin sekalian, Di samping itu,pemerikasaan kesihatan juga amat penting bagi menjamin kesihatan dalam kehidupan seharian. Melalui pemeriksaan kesihatan,kita mampu mengenal pasti tahap kesihatan dan kecergasan tubuh badan kita. Melalui pemeriksaan,kita boleh mengetahui penyakit yang dihidapi dan seterusnya boleh mencegah daripada terus memudaratkan tubuh badan seperti mana para intelektual pernah berkata, mencegah penyakit lebih baik daripada mengubati penyakit. Meminta pada yang ada, bertanya pada yang tahu. Pepatah tersebut merujuk kepada doktor yang boleh dijadikan medium yang penting bagi mendapatkan tahap kesihatan semasa hidup. Dalam pada itu, kehadiran ke klinik atau hospital membolehkan kita menambah pegetahuan yang sedia ada. Justeru itu, mengapakah wujud sikap malas untuk bertemu doktor? Berpeganglah pada prinsip bukan senang untuk menjadi senang, dan bukan susah untuk menjadi susah. Saudara dan saudari, Sebelum berundur diri, saya ingin menegaskan bahawa tiada penyakit yang tiada penawar, tiada sakit yang tidak boleh dicegah awal. Melalui gaya hidup sehat kita boleh dapati bahawa gaya pemakanan yang sehat, sukan, pemeriksaan kesihatan dan menghindari gaya hidup yang tidak sehat dapat mengelakkan kita daripada penyakit berbahaya. Oleh yang demikian, perlu ditegaskan bahawa kesihatan dapat dinikmati dengan cara mengamalkan gaya hidup sehat dan menghindari amalan yang boleh memudaratkan kesihatan,bak kata bidalan sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sekian terima kasih.

87 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Soalan 14 Kawasan kediaman anda sering mengalami banjir. Oleh itu anda ingin membuat aduan kepada pihak berkenaan tentang punca-punca dan ingin mencadangkan langkah-langkah bagi mengatasi masalah tersebut. Tulis surat tersebut selengkapnya. Model Jawapan Ketua Kampung, Kampung Pulasan, 89609 Papar, Sabah. ____________________________________________________________________________ Pegawai Daerah, Pejabar Daerah Papar, 89609 Papar, Sabah. 21 JULAI 2011 Tuan, ADUAN TENTANG MASALAH BANJIR DI KAMPUNG PULASAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya selaku ketua Kampung Pulasan, Papar ingin membuat aduan kepada pihak tuan tentang masalah banjir yang kerap kali berlaku terutamanya menjelang musim tengkujuh. Kami menghadapi banyak kehilangan harta benda, kemusnahan tanaman, binatang ternakan mati sehingga menyebabkan kerugian yang amat besar kepada penduduk. Situasi ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk kerana kami menjalankan aktiviti ekonomi pertanian dan perladangan. 02. Masalah yang kami hadapi berpunca daripada ketiadaan sistem perparitan yang baik. Sisa buangan daripada penduduk kampung disalurkan ke dalam parit dan ia menyebabkan parit tersumbat. Lebih membimbangkan apabila musim tengkujuh, parit yang tersumbat melimpahkan airnya menyebabkan berlakunya banjir kilat. Air yang

88 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


melimpah menimbulkan bau busuk kesan daripada sisa bahan buangan dan mengganggu ketenteraman penduduk. Oleh yang demikian, kami mengharapkan agar pihak tuan dapat menyelenggara sistem perparitan,membesarkan dan kampung kami dengan segera. 03. Air parit disalurkan ke dalam Sungai Pulasan yang sempit. Keadaan ini menyebabkan sungai dipenuhi dengan sampah sarap dan sisa bahan buangan daripada penduduk kampung. Tambahan pula, sikap penduduk kampung tidak cakna akan kebersihan alam sekitar telah membuang sampah ke dalam sungai dengan sewenang-wenangnya. Peningkatan beban bahan buangan ke dalam sungai menyebabkan tahap tampung sungai berkurangan dan ini menyebabkan paras air sungai meningkat pada musim tengkujuh. Kami juga berharap agar pihak tuan dapat menganjurkan kempen mengenai kesedaran menjaga sungai agar penduduk kampung dapat membuka mata meluaskan pandangan mereka demi mendidik anak-anak agar menjaga kebersihan alam sekitar kerana pendedahan awal adalah langkah terbaik umpama melentur buluh biarlah dari rebungnya. parit-parit di

04.

Terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan aktiviti pembalakan tidak terkawal di kampung yang berhampiran dengan Kampung Pulasan. Tanah terhakis dan pecah serta mengalami kerosakan pada struktur akibat daripada kekerapan pendedahan kepada suhu panas dan sejuk yang tinggi serta hujan yang lebat. Hujan yang sangat lebat menyebabkan banjir teruk di kampung tersebut dan kami turut terkena tempiasnya. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik tuan untuk menguatkuasakan undang-undang serta mengehadkan pembalakan di kawasan Papar.

05.

Konklusinya, kami amat mengharapkan

agar pihak tuan dapat mengambil tindakan

segera terhadap masalah yang dikemukakan sebelum nasi menjadi bubur. Kami amat berbesar hati dan mengambil sikap positif bahawa masalah ini dapat ditangani secara lebih proaktif. Oleh yang demikian, kami berharap dengan tindakan pihak tuan yang berterusan dalam menangani masalah banjir di kampung kami dapat mengatasi kesulitan yang dihadapi oleh penduduk kampung ini sejak bertahun-tahun lamanya. dan tidaklah seperti hangat-hangat tahi ayam. Kami penduduk Kampung Pulasan sedia memberikan bantuan kepada pihak tuan pada bila-bila sahaja ibarat kecil tapak tangan

89 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


nyiru kami tadahkan. Tindakan dan keperihatinan tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas,

Baco
(BACO MOHD AIDIL BIN SALEH) Soalan 15.

Guru merupakan insan yang paling banyak berjasa kepada kita. Tulis sebuah rencana tentang cara-cara yang dapat dilakukan bagi menghargai jasa guru. Cara-cara Menghargai Jasa Guru. Oleh: Zachary Farouk Chai

Berburu ke padang datar, Dapat rusa berbelang kaki, Berguru kepalang ajar, Bagai bunga kembang tak jadi. Pascakemerdekaan negara telah menyaksikan pembangunan ekonomi yang begitu pesat dan rancak. Namun, dalam menuju era modenisasi, masyarakat sering disogok oleh masalah pelajar tidak menghormati guru. Kita sering melihat di rubrik-rubrik akhbar tempatan mengenai pelajar menendang guru, meludah guru dan terdapat juga segelintir pelajar yang mencabar untuk membunuh guru. Senario ini jelas membuktikan bahawa remaja pada hari ni tidak lagi memiliki sahsiah yang tinggi. Persoalannya, apakah cara-cara menghargai jasa guru?

Tanpa dinafikan lagi bahawa institusi keluarga memainkan peranan yang peri penting dalam menghargai jasa pendidik. Hakikatnya terserlah bahawa sesebuah institusi keluarga yang kukuh dapat melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia. Dalam konteks ini, ibu bapalah

90 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


yang mempunyai tanggungjawab dalam membentuk peribadi anak-anak yang menghormati guru. Anak-anak didibaratkan sehelai kain putih yang menantikan ibu bapa mereka untuk mencorakkannya. Menurut statistik yang elah dikeluarkan oleh akhabar tempatan Berita Harian bertarikh 17 Januari 2010 menyatakan bahawa sebanyak 38% keganasan terhadap guru berlaku berpunca daripada keluarga tentang mempunyai masalah sosioekonomi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kekeluargaan mempengaruhi sahsiah pelajar di dalam kawasan sekolah. Intihanya, ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak agar dapat membentuk peribadi yang mulia.bak kata peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Satu daripada cara untuk kita membalas jasa guru ialah kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang. Sebagai guru, mereka ingin melihat kita berjaya pada masa depan. Jasa guru dalam mempertingkat kemahiran kognitif dan sahsiah pelajar tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Hanya kejayaan yang dinanti mereka. Oleh itu, apabila guru mengajar, kita perlu memberi perhatian sepenuhnya dan janganlah menimbulkan masalah disiplin yang boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru ingin melihat kita berjaya dalam setiap peperiksaan yang kita duduki dengan cemerlang. Oleh itu, dalam mendepani kehidupan masa ini, kita perlulah mengenang jasa pendidik kita agar menjamin kehidupan yang harmoni. Bukan itu sahaja. Kita juga perlulah membalas jasa guru dengan cara mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk mereka. Hal ini dapat kita lakukan apabila kita mengingati guru kita pada bila-bila masa. Sebagai contoh, semasa sambutan Hari Guru, selain menghantar ucapan Selamat Hari Guru, kita hendaklah berdoa kepada Tuhan agar guru yang telah berjasa kepada kita sentiasa dirahmati oleh Tuhan. Melalui cara ini, kita akan dianggap sebagai murid yang baik dan sentiasa menghargai jasa guru yang telah menyemarakkan evolusi mental yang berterusan sehingga kita menjadi insan yang berguna pada hari ini dan seterusnya. Satu lagi cara untuk menghargai jasa guru ialah sentiasa mengunjungi guru di sekolah atau meraikan hari yang istimewa dalam hidup mereka walaupun kita telah meninggalkan bangku sekolah.Lazimnya, remaja pada masa kini lebih gemar menghabiskan masa di pusat beli belah daripada melakukan perkara yang memberi manfaat. Aktiviti yang dilakukan bersama-sama guru pasti akan mengukir senyuman di wajah mereka agar mendoakan kehidupan kita pada masa depan. Sebagai contoh, kita boleh meraikan sambutan hari jadi guru

91 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


kita di tempat-tempat menarik. Oeh itu, menghargai jasa guru perlu dilakukan secara padu kerana guru yang membakar diri menerangi kehidupan kita umpama lilin. Selain itu, kita mestilah menghormati guru pada setiap masa. Guru merupakan ibu bapa kedua bagi kita. Sebagai contohnya, kita mestilah mendengar nasihat atau tunjuk ajar mereka. Jika kita melawan atau ingkar arahan guru, ilmu atau pengajaran yang kita terima daripada guru tidak berkat. Apabila kita sudah dewasa, dan mungkin memegang jawatan yang tinggi sekalipun hendaklah sentiasa menghormati guru. Sabda Nabi Muhammad, Pelajarilah ilmu pengetahuan dan pelajari juga dengan ilmu tersebut ketenangan jiwa dan kerendahan diri. Rendahkanlah diri kamu kepada orang yang mengajar kamu. (Riwayat Abu Hurairah). Intihanya, kita perlu menghormai pendidik kita kerana mereka mengajar kita dengan penuh tekun dan berdedikasi. Tambahan pula, kita perlu membalas jasa guru dengan sentiasa menolong atau membantu guru. Dalam hal ini, kita mestilah bersedia pada bila-bila masa untuk membantu mereka. Sebagai contohnya, kita hendaklah ringan tulang untuk membantu guru jika guru meminta bantuan daripada kita untuk menghantar buku latihan dari kelas ke bilik guru dan sebaliknya. Melalui cara ini, kita dapat membalas jasa guru yang mendidik dan mengajar kita. Bantuan tersebut pasti membuatkan hati mereka berasa gembira dan akan sentiasa mendoakan kejayaan kita.

Sebagai konklusinya, guru merupakan insan yang banyak berjasa dan bermakna dalam kehidupan kita. Sejarah juga telah membuktikan bahawa bangsa yang berjaya berasal daripada didikan seorang guru. Contohnya, pada zaman Nabi Musa, baginda telah dididik oleh Nabi Khidir tentang erti sebenar kehidupan iaitu semua yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Ingatlah, guru ibarat pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam yang gelap gelita. Tanpa guru, kita akan hidup teraba-raba dalam kegelapan. Guru juga umpama tongkat kepada orang buta. Hargailah guru agar menjamin kehidupan yang sejahtera.

92 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Soalan 16

Keluarga yang sempurna menjadi impian setiap insan.Anda berhasrat menulis sebuah rencana bertajuk Keluarga Impian Saya untuk dimuatkan dalam sebuah akhbar tempatan. Tulis rencana tersebut selengkapnya. Keluarga Impian Saya Oleh: Nurul Nazihah Bte Othman

Seperti pohon yang berdiri teguh, Kerana akarnya yang kukuh, Akibat sikap manusia yang angkuh, Kemandiriannya jatuh, Rentetan sikap suka mengeluh, Hingga iman menjadi luluh, Keluarga impian jadi penyuluh, Iman di dada tak pernah rapuh. Begitulah kata-kata yang sering terungkap di bibir para ibu bapa waima pihak bertanggungjawab dalam membentuk keluarga impian bagi menjamin kehidupan yang sejahtera. Sejajar dengan perkembangan arus globalisasi, banyak bangunan pencakar langit didirikan di bandar-bandar besar. Namun demikian, di celah-celah bangunaan dan kepesatan pembangunan, rumah orang tua-tua dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kemelut yang melanda negara kita ialah kebanjiran penghuni rumah orang-orang tua. Peningkatan jumlah warga tua di rumah-rumah kebajikan ini membuktikan bahawa betapa buruk dan

melaratnya sikap anak-anak pada alaf baru ini sehingga terbantutnya institusi keluarga untuk melahirkan keluarga impian. Oleh itu keprihatinan kerajaan dalam mewujudkan program keluarga impian amat penting kerana institusi keluarga merupakan medium penggerak terhadap kemandirian dan kemajuan sesebuah negara. Namun, realitinya kini institusi keluarga sering mengalami masalah kepincangan rumah tangga rentetan ingin mengejar kekayaan dan kerjaya bagi meneruskan hidup di dunia yang serba moden ini. Seperti yang kita sedia maklum, keluarga impian yang bahagia dapat menjamin generasi yang gemilang. Rasionalnya, sesebuah keluarga impian yang bahagia akan

93 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


melahirkan anak-anak yang berbudi pekerti dan berakhlak tinggi. Hal ini kerana, anak-anak yang lahir dalam sesebuah keluarga impian yang harmoni akan diterapkan dengan nilai-nilai murni dan tatasusila yang baik dan mereka akan membesar dengan jati diri yang kental serta sahsiah diri yang unggul. Tambahan lagi, anak-anak yang dilahirkan dalam sesebuah keluaraga impian yang bahagia dan sejahtera akan terhindar daripada konflik rumah tangga dan senantiasa dilimpahi kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada kedua-dua ibu bapa. Anak-anak yang membesar dengan penuh kasih sayang keluarga juga dapat memupuk rasa kasih dan berperikemanusiaan dalam dirinya sendiri. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika kita katakan anak-anak yang membesar dalam institusi keluarga impian yang bahagia akan menjadi masyarakat yang unggul sahsiahnya. Tambahan pula, bimbingan agama dan moral akan dibekalkan oleh institusi keluarga impian yang misali. Para ibu bapa yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia akan mendidik anak-anak mereka dengan hal-hal keagamaan di rumah selain menghantar mereka ke kelaskelas tambahan yang menyediakan pelajaran dan pendidikan keagamaan contohnya kelas fardhu ain. Anak-anak merupakan amanah paling berharga daripada Allah. Sebagaimana firmannya di alam al-Quran ada menyebut anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakannya. Ayat tersebut izhar sekali menunjukkan kepada kita bahawa ibu dan bapa merupakan orang yang paling penting untuk membentuk peribadi anakanak seterusnya mewujudkan keluarga impian . Oleh hal yang demikian, ibu bapa yang beriman kepada Allah s.w.t akan bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak tidak kira pendidikan rohaniah mahupun intelektual. Faktor ini menjadi salah satu jawapan kepada caracara untuk melahirkan generasi yang berakhlak mulia selaras dengan impian mewujudkan keluarga impian yang harmoni.

Generasi gemilang yang wujud daripada keluarga impian yang bahagia dapat mengurangkan kadar kes jenayah di negara kita. Individu yang berakhlak mulia sudah pasti menjauhi perkara-perkara yang mendatangkan kemungkaran. Prinsip hidup amal maaruf nahi mungkar yang bermaksud menyeru kepada kebaikan, mencegah daripada kemungkaran sudah menjadi sebati dalam diri. Individu yang berpegang teguh pada prinsip ini adalah individu atau mereka yang berasal daripada keluarga impian yang bahagia. Individu yang mempunyai nilai sahsiah yang tinggi pasti berasa malu untuk melakukan kebobrokan dalam masyarakat seperti yang kerap terpampang di rubrik-rubrik akhbar. Niat untuk melakukan jenayah seperti ragut, bunuh, rogol dan sebagainya mungkin terlintas dalam fikiran orang yang tidak rasional. Oleh hal

94 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


yang demikian, individu yang baik dan berakhlak mulia dapat menjamin kesejahteraan hidup yang aman dan sempurna dengan wujudnya keluarga impian yang bakal merintis kepada terbentuknya masarakat yang sejahtera. Akhir sekali, keluarga impian yang bahagia seharusnya dijadikan contoh keluarga bahagia terdekat yang kita boleh ambil ialah keluarga kita sendiri. Tanya kepada diri anda sendiri, adakah anda pernah melakukan jenayah dan kemungkaran? Apakah ada ahli keluarga anda yang pernah melakukan sebarang jenayah? Jika tidak, anda ialah golongan bertuah yang lahir dalam asas keluarga impian yang bahagia serta mampu mewujudkan masyarakat ayng harmoni. Konklusinya, jelas sekali kepada kita peri pentingnya peranan keluarga bahagia dalam usaha membentuk sebuah masyarakat madani yang rukun dan harmoni. Yakinlah kita bahawa kehidupan yang baik dan keluarga impian yang bahagia membawa kepada masarakat yang sejahtera. Ingatlah binasa bumi jika tidak berkerak, binasa rumah jika tidak bertiang, dan binasa pertiwi jika tiada keluarga impian dan masyarakat yang gemilang. Soalan 17.

Ibu bapa pada hari ini sering dikaitkan dengan peningkatan masalah sosial dalam kalangan anak-anak. Berikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut. Model Jawapan. Remaja kini tidak bermoral.Ungkapan ini sering diperkatakan oleh pelbagai pihak bahkan menjadi isu yang semakin menghantui pemikiran masyarakat rakan sebaya,media massa, dan pengaruh kini.Selain pengaruh

persekitaran yang sering diuar-uarkan ,tidak

dinafikan ibu bapa juga menjadi fokus utama dalam masalah ini kerana merupakan individu yang paling akrab dan lebih mengenali darah daging mereka sendiri.Justeru ,ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan jati diri anak-anak.Ibu bapa jugalah yang memberi kehidupan yang sempurna.Namun apa yang diharapkan itu tidak semuanya menjadi kenyataan.Walau bagaimanapun,tiada ibu bapa yang menginginkan masa depan yang gelap untuk anak mereka.Akan tetapi adakah tanggungjawab sebagai ibu bapa ditunaikan dengan sewajarnya?.Susah untuk memperoleh ketepatan yang benar kerana hari ini ibu bapa sering

95 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


kali dikaitkan dengan peningkatan masalah sosial dalam kalangan anak-anak.Apakah pernyataan itu benar? Hasil kupasan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kaunseling sikap ibu bapa yang culas terhadap tanggungjawab kepada anak-anak kerana terlalu mementingkan kerjaya menjadi penyebab kepada fenomena tersebut.Ibu bapa sibuk bekerja dari pagi hingga larut malam sehingga terlalai akan keperluan emosi anak-anak.Tekanan hidup,sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial ini menyebabkan ibu bapa kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap,berbincang,berdamping antara satu sama lain.Malah, ada juga yang jarang bersua muka.Keadaan ini menyebabkan anak-anak membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.Hal ini akan memberi tekanan kepada anak-anak.Dalam masa yang sama mereka berasa terpinggir dan kemudiannya mengambil jalan pintas mengatasi masalah ini dengan cara bergaul dengan rakan-rakan yang terlibat dengan gejala sosial. Selain itu,masalah sosial anak-anak juga berlaku disebabkan oleh keruntuhan rumah tangga.Keruntuhan rumah tangga ini berpunca daripada penceraian ibu bapa.Penceraian yang berlaku dalam kalangan ibu bapa menjadikan anak-anak yang tidak bersalah hilang haluan diri kerana tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya bak kata pepatah bagai kapal tanpa nakhoda.Anak-anak juga terpaksa membuat pilihan sama ada tinggal bersama ibu atau bapa.Situasi ini akan memburukkan lagi keadaan kerana anak-anak akan merasa tertekan untuk membuat pilihan.Natijahnya, anak-anak sosial seperti pergaulan bebas. merasakan lebih senang untuk hidup bersendirian. Dalam hal ini tidak mustahil anak-anak akan terlibat dengan pelbagai kebejatan

Di samping itu,ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak turut mengundang tingkah laku negatif dalam kalangan anak-anak.Tindakan ibu bapa yang terlalu menurut kehendak anak-anak seperti memberikan wang saku berlebihan,memberi kebebasan keluar rumah dan bergaul dengan orang luar yang tidak dikenali oleh ibu bapa.Tindakan ini hanya akan dimanfaatkan oleh anak-anak ke arah budaya hedonisme.Contohnya,wang poket yang berlebihan bukanlah digunakan ke arah kebaikan tetapi lebih kepada keseronokan yang tidak mempunyai faedah.Tambahan lagi,kebebasan keluar rumah menjadikan anak-anak terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang fana tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa. Bahkan pergaulan dengan orang asing yang tidak dikenali akan menjerumuskan anak-anak

96 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


yang masih remaja kepada budaya kuning yang boleh menconteng arang ke muka ibu bapa. Tambahan lagi, anak-anak yang terlalu dilimpahi kemewahan tersebut sukar untuk menurut nasihat ibu bapa akibatnya nasihat itu bagaikan mencurah air ke daun keladi. Selain faktor ibu bapa terdapat juga faktor lain yang menyumbang berlakunya peningkatan masalah sosial anak-anak.Antaranya ialah pengaruh media massa pada hari ini yang mendominasi ruang litup kehidupan masyarakat langit terbuka. Media massa yang memaparkan aksi-aksi yang kurang senonoh dan tidak baik dipertontonkan apatah lagi oleh golongan anak muda.Misalnya, adegan lucah,keganasan dan aksi terlampau yang menjadi ikutan dan trend anakanak muda hari ini yang terlalu berani mencuba sesuatu perkara baru.Akibatnya, remaja terpengaruh dengan gaya hidup yang berunsurkan keseronokan yang membawa kepada masalah sosial. Seterusnya,sikap masyarakat menjadi penyumbang kepada peningkatan jumlah anakanak dalam gejala sosial.Seperti yang dimaklumkan tadi kehidupan yang semakin menekan ini telah menyebabkan ahli masyarakat sibuk dengan urusan masing-masing.Sikap ambil peduli seperti menjaga tepi kain orang tidak lagi diamalkan dalam kehidupan masyarakat moden kini.Dalam situasi ini remaja berasa bebas untuk melakukan apa-apa sahaja kerana tiada orang yang akan menegurnya.Sikap nafsi-nafsi ini telah menyebabkan remaja besar kepala melakukan tindakan tidak senonoh secara terang-terangan dan tanpa segan silu.Jika pada masa dahulu setiap ahli masyarakat menjadi mata dan telinga demi menjaga maruah anak buahnya.Namun kini amalan murni itu sudah tidak dipraktikan lagi kerana takut dianggap sebagai penyibuk. Secara tuntasnya, ibu bapa tidak sewajarnya dipersalahkan secara total sebagai

penyebab kepada peningkatan masalah sosial dalam kalangan anak-anak kerana terdapat faktor lain yang menyumbang kepada masalah ini.Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu dalam menangani gejala sosial daripada terus meruncing.Kita percaya bahawa dengan adanya kerjasama ini masalah sosial yang kian meningkat dapat diatasi dengan lebih berkesan persis pepatah Melayu berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

97 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Soalan 18 Tahap kesedaran masyarakat terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan lama yang mempunyai nilai seni bina dan sejarah yang tinggi masih rendah. Jelaskan usaha-usaha untuk meningkatkan tahap dan kesedaran masyarakat tentang hal ini. Model Jawapan.

Negara kita sememangnya kaya dengan bangunan-bangunan bersejarah seperti bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, Istana Seri Menanti di Negeri Sembilan, bangunan A Famosa di Melaka dan Masjid Jamek di Kuala Lumpur. Dalam era pemodenan yang dihambat dengan pelbagai kemajuan, bangunan bersejarah merupakan salah satu tarikan pelancong seantero dunia. Bangunan lama mempunyai nilai sejarah yang tinggi dan menggambarkan budaya dan tamadun sesebuah bangsa. Namun begitu, tahap kesedaran rakyat terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap bangunan lama masih rendah. Oleh itu, semua pihak perlu mengorak langkah dalam memartabatkan kesedaran rakyat dalam hal ini.

Usaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah haruslah bermula dari bangku sekolah lagi kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Melalui penghayatan mata pelajaran Sejarah, pelajar akan didedahkan dengan sejarah negara Malaysia dan secara tidak langsung mereka didedahkan dengan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita. Misalnya, pelajar-pelajar yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) diwajibkan membuat kajian tentang bangunan bersejarah. Melalui kajian tersebut, pelajar mampu menanamkan sikap cinta akan warisan budaya kita yang sesuai dengan matlamat kerajaan membangunkan nilai patriotisme dalam jiwa remaja kita hari ini. Di samping itu, perasaan cinta terhadap bangunan lama dapat disemai sejak usia muda lagi. Selain itu, salah satu elemen penting yang mendasari kesedaran rakyat dalam memelihara dan memulihara bangunan lama adalah keterlibatan semua pihak misalnya pihak swasta. Hal ini demikian kerana tanggungjawab ini bukan sahaja terletak di bahu pihak kerajaan tetapi harus melibatkan pelbagai pihak bak kata peribahasa bagai aur dengan tebing. Tamsilnya, menjadikan bangunan bersejarah sebagai anak angkat kepada sesebuah syarikat atau menaja pemuliharaan bangunan bersejarah. Contohnya, syarikat pengeluar cat jenama ICI dan Dulux telah memperuntukan RM 2.5 juta untuk mengecat semula 26 bangunan bersejarah

98 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


yang terletak di kawasan Tapak Warisan Dunia. Usaha-usaha daripada pihak swasta sebegini amat dialu-alukan dalam usaha memupuk kesedaran untuk memelihara kecantikan dan keaslian bangunan lama yang tidak ternilai sejarahnya itu. Dengan kerjasama ini maka lahirlah perasaan cinta dan tanggungjawab untuk memelihara warisan tamadun negara kita. Bagi menyempurnakan hasrat untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat tentang pentingnya menghargai bangunan bersejarah, Kementerian Pelancongan dan Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia haruslah menyarankan agar agensi-agensi pelancongan dalam negara ini menyediakan pakej lawatan wajib ke tapak warisan sejarah yang terdapat di Malaysia kerana tak kenal maka tak cinta. Dengan adanya lawatan ini, orang ramai dapat menyaksikan keunikan seni bina halus bangunan lama di negara kita seperti seni bina Istana Seri Menanti yang memaparkan kesenian masyarakat Minangkabau. Di samping itu, masyarakat dapat mengetahui sejarah dan kebudayaan dengan lebih jelas seterusnya melahirkan perasaan bangga dan sayang akan warisan sejarah negara kita. Akhir sekali, usaha yang boleh diambil untuk meningkatkan tahap kesedaran rakyat terhadap usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah ialah melalui kempen kesedaran secara besar-besaran misalnya Kempen Cintai Bangunan Bersejarah. Kempen ini perlu diadakan kerana tahap kesedaran rakyat untuk memelihara bangunan bersejarah amat rendah dalam negara. Kempen ini boleh dijalankan secara bersepadu oleh pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan melalui media elektronik dan media cetak contohnya pihak media boleh menyiarkan maklumat berkaitan warisan bangunan bersejarah agar dapat memberi kesedaran dan mendidik orang ramai tentang bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita. Konklusinya, kewujudan bangunan bersejarah di negara kita yang wujud sejak abad ke dua puluh lagi menggambarkan kepelbagaian corak hidup masyarakat dahulu kala. Amat wajar kita memelihara dan memulihara bangunan bersejarah ini kerana budaya silam adalah cerminan budaya kontemporari. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah memainkan peranan signifikan untuk mengekalkan warisan nenek moyang yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas dan tamadun negara kita bagi tatapan generasi akan datang.

99 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Soalan 19

Membawa anak-anak ke perpustakaan merupakan salah satu usaha untuk memupuk minat membaca. Bincangkan peranan keluarga dalam menyemai budaya membaca dalam kalangan anak-anak. Model Jawapan

Iqra bermaksud bacalah, sebelum Nabi Muhammad s.a.w diangkat menjadi rasul, baginda telah menerima wahyu pertama yang menitikberatkan kepentingan amalan membaca kepada seluruh umat manusia. Bersumberkan wahyu tersebut, sudah terang lagi bersuluh bahawa amalan tersebut amat penting untuk diterapkan dalam kalangan masyarakat hari ini khususnya dalam konteks keluarga. Mutakhir ini, Menteri Pelajaran Malaysia, Dato Muhyiddin Yassin telah menguar-uarkan kempen Membaca Budaya Kita. Selari dengan matlamat kempen tersebut, keluarga ialah tunjang untuk merealisasikan usaha murni tersebut di samping melahirkan generasi muda yang celik ilmu. Oleh yang demikian, setiap ahli di dalam institusi keluarga haruslah mendukung hasrat negara kerana pendidikan bermula dari rumah sinonim dengan peribahasa, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Namun, yang menjadi tanda tanya ialah apakah peranan keluarga yang boleh dijadikan panduan untuk menyemai budaya membaca dalam kalangan anak-anak? Persoalan inilah mencabar minda golongan cendekiawan untuk menarik minat generasi muda khususnya permata negara.

Bapak borek, anak rintik merupakan ungkapan Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr.Mahathir Bin Muhammad cukup menggambarkan tentang peranan ibu bapa sebagai tunjang teladan kepada anak-anak. Jika anak-anak terbiasa melihat ibu bapa membaca, mereka juga terdorong untuk membaca. Hal yang demikian kerana, setiap perlakuan ibu bapa menjadi ikutan kepada anak-anak. Sebagai alibi, pelajar terbaik SPM 2006, Nur Amalina Che Bakri mengakui bahawa kejayaannya juga datang daripada pembacaan yang global. Bagi beliau, ibunyalah yang telah menanamkan sikap minat membaca sejak kecil lagi dan menjadi mentor sehingga beliau digeruni sebagai pemidato hebat yang sudah pastinya memerlukan pembacaan yang luas. Ibu bapa boleh memperuntukkan sedikit bajet untuk membeli buku dan sumber bacaan yang menarik dan seronok agar anak-anak menjadikan aktiviti membaca

100 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


sebagai hobi sekaligus mengelakkan mereka daripada melakukan perkara yang tidak bermanfaat. Sementalahan, ahli keluarga yang lebih dewasa selain daripada ibu bapa iaitu kakak mahupun abang boleh menjadi pendorong yang baik kepada adik-adik mereka. Sebagai contoh, kakak dan abang bolehlah membawa adik-adik mereka ke perpustakaan yang berdekatan dan menyatakan bahawa perpustakan adalah tempat yang menarik serta merupakan gedung ilmu. Dengan cara ini, sudah tentu adik-adik akan tertarik dan seterusnya amalan meminjam bahan bacaan akan berterusan dapat menjadikan mereka kaya dengan ilmu pengetahuan. Ibu bapa pastinya berbangga jika anak-anak mereka saling berinteraksi dan mengukuhkan nilai kekeluargaan. Dengan itu, tanggungjawab ibu bapa dapat diringankan jika anak-anak yang lebih dewasa berganding bahu mencorakkan nilai membaca dan mengurangkan peratus buta huruf dalam keluarga mereka. Di samping itu, usaha yang dilaksanakan dalam institusi keluarga dapat membantu pihak sekolah mengurangkan jumlah pelajar yang memerlukan kelas bimbingan intensif mengenal huruf dan membaca.

Pada masa yang sama, sebagai ketua keluarga, seorang bapa haruslah menyediakan sebuah bilik khas untuk dijadi kan perpustakaan mini di rumah. Dengan adanya perpustakaan mini ianya akan memudahkan anak-anak memperoleh sumber bacaan dan rujukan. Hal yang demikian juga ianya menjimat kan masa ibu bapa untuk menghantar anak-anak pergi ke perpustakaan berhampiran. Dengan adanya perpustakaan mini di setiap rumah, hubungan kekeluargaan akan bertambah akrab. Ibu bapa haruslah menetapkan masa untuk anak-anak berkumpul dan membaca di perpustakaan mini yang disediakan. Antara contohnya ialah,selepas menikmati makan malam, beberapa jam boleh diperuntukkan bagi anak-anak membaca sambil mereka mencari sumber untuk menyiapkan tugasan yang dibekalkan oleh guru di sekolah. Ibu bapa haruslah bijak memilih bahan bacaan untuk ditempatkan di dalam perpustakaan mini tersebut supaya anak-anak tidak leka dengan membaca bahan bacaan yang tidak berfaedah, sebaik-baiknya ibu bapa lebih mengutamakan bacaan ilmiah dan pendidikan. Selain perpustakaan mini, ibu bapa juga boleh mengambil peluang untuk memanjakan anak-anak di samping member pengajaran yang baik melalui amalan membaca buku cerita sebelum anak-anak tidur. Anak-anak akan merasa lebih diberi perhatian jika ibu bapa mereka sanggup meluangkan masa dengan membacakan buku cerita berunsurkan pengajaran. Usaha ini bukan sahaja mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak malah mereka lebih terdidik untuk

101 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


mengamalkan sifat ingin tahu menerusi pembacaan mereka. Nilai pengajaran yang diperoleh melalui amalan membaca buku cerita yang dilakukan ibu bapa sebelum anak-anak tidur dapat dijadikan nasihat yang berguna. Bak kata pepatah, yang baik dijadikan panduan, yang buruk dijadikan sempadan. Anak-anak akan terhindar dari gejala tidak sihat seterusnya mendidik mereka menjadi anak-anak yang patuh dan berperibadi mulia. Tambahan pula, pihak kerajaan akan mengadakan karnival buku merangkumi pameran buku dan jualan buku yang diadakan sekali dalam setahun pada bulan Julai kerana bulan tersebut merupakan bulan membaca kebangsaan. Karnival ini diadakan bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat tidak mengira umur dan usia. Oleh yang demikian, ibu bapa haruslah menggunakan kesempatan yang ada dengan membawa ahli keluarga pergi ke karnival yang berunsurkan pendidikan tersebut. Melalui karnival ini, ibu bapa boleh mendapatkan buku yang diminati kerana ditawarkan dengan harga yang rendah. Selain karnival buku, kempen bulan membaca dapat membantu ibu bapa untuk menyemarakkan dan meningkatkan penghayatan terhadap budaya membaca dalam diri anak-anak mereka.

Kata orang tak kenal maka tak cinta, jika budaya membaca diterapkan secara mendadak ke dalam jiwa anak-anak tanpa pengenalan dan pendekatan mengenai kepentingan membaca, maka penerimaan terhadap budaya akan menjadi sukar diterima oleh anak-anak mereka. Justeru, ibu bapa hendaklah bijak dalam mengambil hati dan menarik minat mereka dengan amalan membaca. Pendekatan yang boleh dilakukan ialah dengan memberi nasihat yang berhikmah serta memberikan contoh tokoh yang berjaya. Amalan membaca juga harus dijadikan hobi sepanjang hayat, buktinya pencetus ilham membangunkan Menara Berkembar Petronas, Tun Dr.Mahathir Bin Muhammad masih mengekalkan budaya membaca biarpun sudah berada pada usia senja. Membaca bukan sahaja membekalkan ilmu malah menerusi pembacaan juga meningkatkan kematangan seseorang dalam berfikir. Selain itu, dengan membaca kosa kata akan menjadi luas. Kelebihan dan manfaat berdasarkan pembacaan yang diterangkan oleh ibu bapa kepada anak-anak dapat memberikan gambaran yang positif dalam memupuk minat membaca. Konklusinya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyemai minat membaca dalam diri anak-anak kerana mereka ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya sama ada ke arah kejayaan atau kegagalan. Selain itu, anak-anak juga haruslah mendengar nasihat ibu bapa dan memikirkan sendiri faedah serta manfaat membaca. Persis kata Tun Dr. Siti

102 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Hasmah Mohammad Ali iaitu isteri perdana menteri keempat ,santan lemak manis, santan kelapa muda, jangan anak menangis, bila ibu ajar membaca. Malahan, jika usaha untuk menyemai minat membaca ini berterusan, kadar buta huruf dalam kalangan remaja boleh dikurangkan. Sehubungan dengan itu,budaya membaca akan mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan. Hal ini disebabkan oleh setiap perenggan ayat yang dibaca adalah satu ilmu pengetahuan bahkan cogan kata yang berbunyi, membaca itu jambatan ilmu sudah cukup membuktikan fakta tersebut. Sesungguhnya,dengan adanya pembacaan, minda seseorang akan lebih berkembang dan seterusnya mencetuskan idea-idea bernas untuk memacu harapan negara. Soalan 20

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal harga barangan di pasaran. Namun usaha ini tidak mungkin berjaya tanpa sokongan daripada pengguna. Jelaskan pernyataan di atas. Model Jawapan

Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman, ungkapan inilah yang sering kita dengar di corong-corong radio, paparan di skrin-skrin televisyen dan di rubrik-rubrik akhbar. Ungkapan ini sememangnya bersesuaian dengan peranan pengguna yang mengamalkan sikap berjimat cermat lantaran senario yang sedang melanda negara kita iaitu kenaikan harga barang seperti gula, minyak dan beras. Dasawarsa ini, kenaikan harga barang keperluan atau gejala inflasi sering menghantui kehidupan rakyat jelata, terutamanya golongan miskin yang hidup bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Isu barangan keperluan mengalami kenaikan harga sentiasa menjadi pokok perbincangan di warung kopi hingga ke sidang parlimen. Kenaikan harga barang telah menjadikan rakyat mengalami kesempitan hidup. Apakah usaha yang dapat dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia melepaskan diri daripada kemelut sosioekonomi ini?. Persoalan inilah yang perlu dibincangkan oleh pihak-pihak tertentu. Pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan, namun permasalahan ini masih belum menemui titik noktahnya. Penguatkuasaan undang-undang merupakan tindakan yang ampuh untuk membendung kenaikan harga barang. Demi mencegah penyelewengan peniaga yang tidak

103 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


bertanggungjawab, pegawai yang terlibat perlu bertindak secara efektif dan bukan secara sambil lewa atau bena tak bena sahaja. Misalnya pemantauan atau serbuan hanya dijalankan secara bermusim sahaja. Tanpa tindakan undang-undang yang ketat, peniaga akan bertindak bermaharajalela dengan meningkatkan harga barangan jualan tanpa belas kasihan. Rentetan daripada itu pemantauan yang lebih kerap harus diadakan terhadap semua premis perniagaan. Masyarakat kita perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa seperti Rakan Cop untuk melaporkan berlakunya penyelewengan peniaga . Hukuman yang ketat seperti menyita barangan jualan dan menarik semula lesen perniagaan mereka. Tindakan pegawai yang bersih, cekap dan amanah pasti dapat mengekang peniaga yang ingin menangguk di air keruh.

Selain itu, pendekatan yang dominan untuk membendung masalah kenaikan harga barang ialah dengan mengadakan kempen-kempen yang bolah menyedarkan rakyat tentang kesan-kesan yang akan berlaku jika rakyat tidak mengambil berat tentang masalah ini. Antara kempen yang dapat dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah Kempen Berjimat Cermat dan Kempan Pengguna Bijak. Hal ini dapat memberi kesedaran kepada pengguna untuk berjimat cermat dan memberi pendedahan tentang kepenggunaan sekaligus dapat mengelakkan pengguna menjadi seperti sudah terhantuk baru tengadah. Amalan membesarkan kerak

nasi patut dielakkan kerana berbelanja banyak tanpa sekatan hanya merugikan diri sendiri. Kempen ini haruslah melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira pangkat, darjat, tua dan muda. Pengguna harus diterapkan ilmu kepenggunaan supaya sentiasa membeli barang berdasarkan keperluan dan bukan berdasarkan nafsu.

Kerjasama antara kerajaan dan media massa amat penting bagi menangani masalah kenaikan harga barangan ini. Media massa turut memainkan peranan vital dalam usaha mengiklankan mengenai masalah kenaikan harga barangan ini. Melalui tinjauan rambang yang di laksanakan, pelbagai propaganda yang di uar-uarkan seperti Pengguna Bijak yang di sarankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berjaya menarik minat sesetengah masyarakat untuk menyertai kempen-kempen dan program-program yang dianjurkan. Selain itu, media cetak boleh mewujudkan majalah ataupun risalah-risalah yang memuatkan info-info kepenggunaan seperti majalah Pengguna dan majalah Dewan Ekonomi. Namun, hal ini juga mendapat kekangan daripada rakyat. Rakyat tidak memberikan kerjasama dan sokongan yang padu dalam menangani masalah kenaikan harga barang.

104 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


Mereka hanya memandang sebelah mata saja mengenai permasalahan ini. Sikap sesetengah masyarakat yang beranggapan bahawa tugas membanteras masalah ini hanyalah tugas kerajaan semata-mata. Hal ini menyebabkan mereka menuding jari ke arah satu pihak sahaja. Sesetengah masyarakat yang tidak prihatin ini akan menyulitkan lagi proses pengawalan kenaikan harga barang, contohnya, tidak berjimat cermat dalam perbelanjaan.Jika semua rakyat dapat bekerjasama bagai bukit sama didaki, lurah sama dituruni, pastinya akan dapat membantu dalam usaha menangani masalah ini.

Selain kurangnya kerjasama daripada masyarakat, permintaan yang melebihi penawaran sesuatu barangan menyebabkan para pengusaha kedai runcit menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesannya terhadap pengguna. Hal ini amat ketara ketika menjelangnya musim perayaan apabila harga barangan melonjak tanpa batasan. Ketamakan peniaga yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan keupayaan pengguna untuk mendapatkan barangan tersebut secara terang-terangan mencabuli etika perniagaan. Kebanyakan pengguna tiada pilihan lain dengan terpaksa membelinya walaupun peniaga menaikkan harga, kerana rata-rata barangan yang terlibat ialah barangan keperluan seharian. Pada masa akan datang, diharapkan para peniaga dapat bertolak ansur dan mematuhi peraturan urus niaga yang telah digariskan oleh kerajaan agar dapat mengurangkan masalah kenaikan harga barangan ini. Intihanya, masalah kenaikan harga barang bukanlah satu masalah yang remeh dan boleh dipandang enteng tetapi perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana hal ini bersangkut paut dengan kehidupan seharian. Kerajaan dan rakyat harus bekerjasama dalam menangani permasalahan ini, bak kata pepatah kuat tunjang kerana akar, kuat akar kerana tunjang. Oleh itu, kita mestilah memberi sokongan yang padu kepada kerajaan agar masalah ini tidak menjadi beban kepada rakyat dalam era modenisasi ini. Dengan wujudnya kerjasama antara rakyat dan kerajaan, kenaikan harga barang sudah pasti dapat di atasi. Sebarang tindakan kerajaan akan memberikan impak yang mendalam kepada rakyat jelata. Kita tidak tergamak melihat golongan miskin dibebankan lagi dengan inflasi kerana betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kerajaan harus sentiasa bertindak bijaksana seperti peribahasa, menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berserak agar rakyat jelata tidak tertindas. Marilah kita bersama-sama bersatu hati, berpegang tangan dan berganding bahu untuk mengatasi masalah ini dan merealisasikan slogan Satu pengguna, satu suara, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

105 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


GLOSARI afiliasi anjakan paradigma aspirasi buana caj cakna culas dasawarsa deduksi delinkuen diskriminasi domestik dominasi enteng fatamorgana ghalibnya hedonisme iktibar iltizam implementasi input inspirasi izharlah kebejatan kebobrokan kemandirian kemaslahatan kombinasi komuniti kondisi kondusif konsesi kontemporari lewat lingua franca madani mafhum mantan marcapada medium melestarikan mengakses misali modenisasi nafsi-nafsi nukilan obsesi paradigma peranti pertalian, gabungan beralih pandangan kepada sesuatu yang lebih baik keinginan dunia; jagat bayaran untuk sesuatu perkhidmatan ambil berat tidak jujur dekad; dalam tempoh 10 tahun. kesimpulan bersikap melanggar undang-undang perlakuan membeza-bezakan keturunan, keadaan fisikan, kaum berkaitan urusan dalam negeri;kegiatan dalam rumah tangga menguasai mudah; ringan sesuatu yang bersifat khayalan. lazimnya; biasanya pegangan hidup yang mementingkan diri sendiri pengajaran komitmen; kesungguhan laksana sumber ilham jelaslah keburukan; kerosakan kerosakan perihal dapat berdiri sendiri; berdikari kebaikan gabungan masyarakat kedudukan; keadaan sesuai; selesa istimewa masa kini menerusi bahasa perhubungan antara masyarakat yang berlainan bahasa maju daju dari segi kerohanian dan kebendaan pengertian bekas dunia sekarang ini perantara; wahana mengekalkan proses memperoleh maklumat; capaian dijadikan contoh atau teladan pemodenan mementingkan diri sendiri petikan keadaan yang sering menghantui fikiran pemikiran perkakas

106 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


pesimistik platform polemik prakarsa proaktif rencaman rubrik sakinat sayembara sederap senario senggang sentimen seyogia signifikan tamsilan tersohor tunggak ukhuwah variasi wadah wasilah sikap memandang rendah terhadap sesuatu wahana; asas; saluran perdebatan inisiatif; daya usaha; ikhtiar melakukan sesuatu tindakan lebih awal daripada berlakunya sesuatu perkara. pelbagai ruangan sesuatu karangan dalam surat khabar damai pertandingan serentak keadaan; fenomena; situasi lapang perasaan sepatutnya; selayaknya; semestinya bermakna; penting contoh terkenal asas persaudaraan pelbagai medan; saluran pertalian; perhubungan; ikatan

107 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011


JAWATANKUASA KEM PENULISAN KARANGAN SPM 2011 Penasihat En. Abidin Marjan (Pegawai Pelajaran Daerah Papar) . Tim. Penasihat I Tuan Hj. Mohktar Hj. Ibrahim.(Pengetua SMK Takis) Pengerusi MPPSM Daerah Papar Tim. Penasihat II En. Ikhbal Khan Ismail Pegawai Unit Kurikulum Pelajaran Daerah Papar Penolong Penasihat Cik Norhaini Latip (Pengawai Bahasa PPD) Pengerusi PGSD Pengerusi Program Cik Suzanah Dahlin (SMK. St. Joseph) Penyelaras (Ketua) PGSD BM SPM Penyelaras Program En. Mohamad Zaidi Ahmad (SMK St. Joseph) Setiausaha Pn. Dg. Hadiah Amat (SMK. Takis) Bendahari Cik Rosidah Lann (SMK. St. Mary) Urus setia En. Mohd Suffian Abdullah (SMK. Bongawan II) Persediaan Dewan & Sistem P. A Pn. Sitti Khadijah S. Mohammad (SMK Majakir) Makanan dan minuman Pn. Imelda (SMK Benoni) Perkakasan dan bahan edaran Cik Rosidah Lann (SMK. St. Mary) Ketua Editor Pn. Zuraidah Salleh (SMK. Takis) Penolong Editor En. Mohamad Zaidi Ahmad (SMK St. Joseph) Pn. Lokadia Dowop (SMK Takis) Cik Suzanah Dahlin (SMK St. Joseph) En. Hassan Hj. Jaslin (SMK Agama Limauan, Kimanis) En. Sapli Asan (SMK Takis) Pn. Dg. Hadiah Amat (SMK. Takis) Guru pembimbing Semua guru

108 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

You might also like