You are on page 1of 5

http://www.scribd.

com/doc/17064250/Pendekatan-Kognitif

Pengaplikasian Pendekatan Kognitif dalam proses pembelajaran kanak-kanak dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam pengajaran dan pembelajaran. (a) i.Huraikan prinsip-prinsip pendekatan Kognitif. iiBincangkan kepentingan dan pendekatan Kognitif dengan mengaplikasikan konsep ini dalam amalan bilik darjah. (b) Bagaimana anda mencorak alam pembelajaran yang berkesan di dalam kelas. Bincangkan. Jawapan anda hendaklah merangkumi tiga aspek alam belajar.

a (i) Definisi Kognitif Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir,menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalahdan sebagainya. Pendekatan Kognitif merupakan pendekatan yangmemberi perhatian khusus kepada proses pemikiran individu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasiyang dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt, Pieget, Vygotsky, Gagne,Bruner dan Ausubel. Ciri-ciri pembelajaran Kognitif 1.Pembelajaran individu yang dilakukan adalah mengandungi motifatau objektif tertentu, dan bukan aktiviti atau proses cuba-ralatsahaja. 2. Pembelajaran ialah sesuatu pemerosesan maklumat di dalam sekitar. 3.Pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada adalah amat penting untuk pembelajaran. 4.Pembelajaran yang utama adalah yang berasaskan kepadastruktur kognitif dan kesedaranya terhadap kewujudan rangsangan-rangsangan baru.

Pandangan ahli-ahli psikologi mengenai teori pembelajaran kognitif Teori Pembelajaran Kohler Kohler menyarankan bahawa celik akal merupakan kebolehan mentalyang mendorongkan manusia mempersepsikan perkaitan unsur-unsur dalamperkitaran secara tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikan masalah yangsedang diadapi.Pandangan beliau lebih bertumpu pada tingkah laku yang bolehdiperhatikan.

Teori Pembelajaran Piaget Menurut kajian dan pemerhatian Piaget beliau mendapati bahawaperkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empatperingkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empatperingkat iaitu Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra Operasi (2-7tahun), Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) dan Peringkat Operasi Formal(selepas 12 tahun). Setiap perkembangan kognitif kanak-kanak merupakanfaktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep sama ada konkrit atauabstrak.Pada peringkat operasi konkrit pembelajaran berkesanbergantungkepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung. Teori Pembelajaran R.M.Gagne Menurut teori pembelajaran Gagne beliau lebih menekankanpembelajaran adalah melalui rangsangan-rangsangan dari persekitaran luarakan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Tambahan pulabeliau menyarankan pengalamapengalaman yang disimpan dalam stor ingatanjangka penjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya denganpengalaman-pengalaman baru, demi memudahkan proses pembelajaran baruberlaku. Beliau mengutarakan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalamsesuatu proses pembelajaran , iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas. Teori Pembelajaran Bruner Menurut Bruner peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang biasa dilalui oleh kanak-kanak normal ialah peringkat enaktif, peringkat ikonik dan peringkat Simbolik. Beliau mengatakan bahawa proses pembelajaran adalah berlandaskan kepada pertimbangan jenis bentuk pembelajaran. Bruner menghuraikan enam ciri perkembangan kognitif iaitu keupayaan kawalan emosi ,keupayaan menyerapkan peristiwa, keupayan penggunaan perkataan dan simbol, pertambahan aktiviti tindak balas, penggunaan bahasa dan keupayaan untuk menghadapi berbagai situasi. Bruner menghuraikan empat prinsip pengajaran dan pembelajaran berlandaskan teori pembelajaran yang dikemukakannya iaitu prinsip motivasi,struktur,sekuen dan peneguhan. Teori Pembelajaran David P.Ausubel Ausubel menyarankan pembelajaran resepsi yang bermakna. MengikutAusubel ada dua pra syarat bagi pembelajaran resepsi iaitu pelajar sendiri mestimempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran danpelajaran baru mesti dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada pelajar.Dalampembelajaran resepsi maklumat terancang yang lengkap diberikan kepada pelajar .Pelajar hanya menyerapkan maklumat itu kedalam struktur kognitifnya sahaja.

a (ii) Aplikasi pendekatan kognitif dalam amalan bilik darjah Aplikasi pendekatan Kohler:Beliau menekankan penggunaan celik akal dan pengetahuan sedia adapada pelajar dalam penyelesaian masalah. Guru membimbing pelajarmenggunakan persepsinya untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalampersekitaran secara turutan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Contohyang nyataialah semasa guru hendak mengajar karangan bergambar dalammata pelajaran Bahasa Malaysia, sebagai langkah pertama pelajar perludidedahkan pertalian di antara satu gambar dengan gambar yang lain.Seterusnya pelajar dapat hubung kaitkan penerangan tentang gambar-gambartersebut secara urutan dengan pengetahuan sedia ada dansecara tidaklangsung pelajar dapatmenghasikan satu karangan yang lengkap denganmenggunakan celik akalnya. Pelajar dapat mengaitkan pengalaman sedia adadengan pembelajaran baru mereka. Aplikasi Piaget:Beliau menekankan bentuk pemikiran konkrit kepada abstrak, daripadadekat kepada jauh,daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalamanbaru,daripada kasar kepada halus,mengikut perkembangan otot-otot individu.Pelajar dipupuk motivasi intrinsik dan digalakkan melibatkan secara aktif dalampembelajaran, demi menggerakkan proses asimilasi dan akomodasi.Contohpembelajaran ini ialah dalam mata pelajaran kajian tempatan.Tajuk pencemaranair dapat dijelaskan kepada pelajar dengan menunjukkan gambar-gambar yangberkaitan dengan pencemaran ini.Pelajar dapat menghayati pengajaran gurudengan berpandukan gambar dan penerangan guru serta memahami keburukanpencemaran secara keseluruhannya.Proses ini akan akan memotivasikan pelajaragar memelihara alam semulajadi untuk kesejahteraan umat manusia. Aplikasi R.M.Gagne:Beliau menekankan pelajar supaya dapat membezakan cirri-ciri pentingatau khusus untuk membina konsep dan hukum. Proses ini akan mendorongpelajar menyelesaikan masalah dengan menggunakan prinsip hukum danteorem.Penggunaan bahan konkrit oleh guru menyebabkan pelajar dapat memproses maklumat denganpenggunaan deria. Proses ini berlaku disebabkanoleh gerak balas dan rangkaian motor. Contoh kemahiran-kemahiran matematikialah operasi tambah ,tolak, darab dan bahagi membena sudut tepat, melukisbulatan dan sebagainya. Kemahiran ini boleh dikuasahi melalui latihan danpermaianan yang diberikan oleh guru dalam bilik darjah. Aplikasi J.S.Bruner:Beliau menekankan naluri ingin tahu pelajar dengan kaedah inkuiripenemuan dan kaedah induktif serta memberi peneguhan selepas aktivitipenilaian.Contoh bagi teori ini

ialah dalam pengajaran mata pelajaranSains.Pelajar-pelajar dapat membuktikan fakta,membentuk soalan-soalanrelevan,mengembangkan cara-cara atau kaedah dan memberi keteranganberkaitan tajuk yang diajar oleh guru.Dalam tajuk fotosintisis pelajar dapatmempelajari cara-cara daun membuat makanan dengan menggunakan cahayamatahari ,air dan klorofil. Hasil kajian yang dilakukan oleh pelajar berkaitan tajukfotosintisis ini akan diberi peneguhan oleh guru. Aplikasi Ausubel:Beliau menekankan ajaran konsep,prinsip dan hukum yang sediaada.Pelajar dilatih menggunakan pengelola awal dengan pendekatan induktif,deduktif atau pun gabungan kedua-duanya.Guru harus menentukan objektifpengajaran, isi pengajaran dan memilih contoh-contoh yang sesuai.Murid akanmenjamin pembelajaran yang bermakna itu wujud, guru harus menolongpelajarnya menghubungkan struktur kognitif yang sedia ada dengan strukturyang diajarkan. Setiap konsep atau prinsip baru hendaklah dikaitkan rapat dengan konsep atau prinsip yang telah ada dalam struktur pelajar.Contohnyadalam mata pelajaran Kajian Tempatan pelajar telah ada pengetahuan sedia adamengenai tajuk kenderaan.Pelajar telah belajar tentang konsep kereta merekatahu bahawa sebuah kereta mempunyai tayar,lampu,stering,roda,tempat duduk dan mempunyai injin.Tajuk baru yang akan dipelajari ialah berkaitan dengankapal terbang yang mungkin mereka belum pernah lihat dan sentuh.Namunpemahaman mereka mengenai kenderaan akan membantu mereka agar tidakperlu buat sebarang perubahan atau pengubahsuaian terhadap konsep sediaada.Sebaliknya pelajar tadi akan mengubahsuai terhadap konsep tersebutsekiranya mereka tidak pernah melihat bentuk sesuatu kenderaan yang tidakwujud dalam persekitaran mereka. (b)Tiga aspek alam belajar yang mencorak pembelajaran berkesan di dalam kelas. 1. Mengikut kebiasaan pelajar akan lebih berminat dan mengambil bahagiandalam pembelajaran sekiranya mereka diterima dan dilayan dengan baik olehpara guru dan rakan-rakan sekelasnya. Oleh itu amatlah penting bagi gurumemenuhi keperluankeperluan psikososial murid-murid yang diajar. Aspek-aspek psikososial yang dimaksudkan merangkumi empat elemeniaitu nada suara , budi bahasa , tingkah laku yang sesuai dan suasana yangkondusif. Kesemua aspek ini harus diberi keutamaan oleh seorang guru bagipengajaran dan pembelajaran yang berkesan berlaku di kelas dari masa kesemasa. Seorang guru seharusnya mempunyai nada suara yang jelas dan terang semasa menyampaikan maklumat kepada pelajar.Suara seorang guru mesti memikat naluri dan minat pelajar untuk memberi tumpuan dan menghayati pengajaran yang disampaikannya.Guru mesti bersifat tenang dan tidak menengking terhadap pelajar

sekiranya berlaku sebarang kekecohan dalam bilik darjah. Suara guru yang memikat pelajar akan membawa perubahan yang positif dalam bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku tanpa sebarang gangguan emosi kepada pelajar. Guru harus menggunakanperkataan perkataan yang bersopan seperti sila duduk, tolong berhenti cakap , memanggil pelajar dengan menggunakan nama mereka dan juga elakkan daripada menggunakan kata-kata sindiran. Dengan ini wujudnya sifat saling hormat-menghormati antara guru dan murid- murid. Guru harus menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar agar pelajar dapat mempelajari tingkah laku, berbudi bahasa dan bersopan santun. Pelajar menjadi klien utama guru. Segala gerak-geri , pertuturan dan perbuatan guru diperhatikan oleh mereka. Jika guru membiarkan perlakuan mengusik-usik atau membuli-buli,pelajar akan terasa tidak selamat dan selesa berada dalam bilik darjah tersebut. Dengan ini segala hasil usaha guru tidak berhasil. Guru harus peka dan elakkan suasana tersebut wujud dalam bilik darjah. Suasana bilik darjah yang kondusif adalah memainkian peranan yang penting dalam mempengaruhi tingkah laku murid-murid secara langsung.Suasana bilik darjah yang serba lengkap seperti kerusi meja ,langsir ,kipas,almari ,persekitaran yang nyaman dan papan kenyataan yang ditampal dengan maklumat pengajaran yang berfaedah akan membantu pelajar menguasai kemahiran yang diajar oleh guru. 2. Sekiranya seorang guru inginkan anak muridnya berkolaborasi dankumpulan kecil mereka perlu dikumpulkan dan ditempatkan dalam bentu bulatanmengelilingi sebuah meja atau beberapa kluster meja. Bagi perbincangan secarakelas guru perlu meletakkan mereka dalam bentuk bulatan atau berbentuk U.Bagi pembelajaran kadar kendiri dan bersifat individu kemungkinan bolehdiwujudkan stesen-stesen pembelajaran. Bagi kaedah kluster guru harusmemusatkan pelajar 4-8 orang duduk dalam kumpulan yang dekat dan rapat.Dengan kaedah-kaedah ini guru dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang yang dikendalikan olehnya. Proses ini akan meningkatkanpembelajaran dan pengurangan tingkaha-laku bermasalah dalam kalanganmurid-murid.

You might also like