You are on page 1of 3

Kepentingan Penyelesaian Masalah Matematik Dalam Kehidupan Seharian Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan banyak memberikepentingannya

yang tersendiri kepada individu.Seperti yang kita tahu dalam kehidupanseharian, matematik sering wujud dan banyak digunakan dalam kehidupan seharian.Bagaimana perniagaan saham boleh naik turun setiap detik,setiap waktu,

dan setiapsaat? Matematik yang berperanan untuk menyelesaikan masalah kewangan di setiapsyarikat dan perniagaan. Tanpa matematik , tidak akan wujud urusan perniagaan diseluruh negara. Bukan sahaja itu, wujud manusia yang buta ilmu pengiraan danterbantutlah pemikiran manusia kerana penyelesaian masalah dalam matematik yangmemberi keselesaan dalam kehidupan . Seperti yang kita tahu,setiap pemegang sahamsesuatu syarikat pasti mempunyai masalah dalam pelaburannya seperti kekuranganbayaran saham, dan sebagainya. Bayangkan sekiranya masalah tidak dapatdiselesaikan, implikasinya pasti sangat besar dan memberikan kesan yang sangatbesar dalam kehidupan seharian kita. Itulah kepentingan penyelesaian masalah dalam matematik. Sesuatu urusan kehidupan manusia pasti akan dapat diuruskan denganefektif dan lancar. Antara pemikir yang menyumbangkan kepada

keberkesananpenyelesaian masalah matematik ialah George Polya yang telah mengemukakan empatlangkah dalam proses penyelesaian masalah matematik yang bukan hanya bolehdigunakanb untuk masalah matematik, malah masalah yang sering kita hadapi dalamkehidupan seharian.Di samping itu, kemahiran penyelesaian masalah matematik dalam kehidupanseharian dapat merangsang perkembangan intelek seseorang individu itu. Iameningkatkan lagi perkembangan kognitif dalam perkembangan seseorang supayalebih cepat untuk menyelesaikan masalah yang sering berlaku dalam kehidupan.Bayangkan,seorang penjual aiskrim bergerak juga akan menghadapi kesukaran apabilaberhadapan dengan pelanggan yang ramai. Boleh bayangkan jika dia tidak bolehmengira secara pantas? Itulah kepentingan matematik yang wujud secara tidak sedar kerana pada waktu yang sama,penjual aiskrim itu meningkatkan kemahiran mengiranyasetiap kali dia berurusniaga dengan pelanggan. Bayangkan sekiranya dia menjual aiskrim yang beharga pelbagai harga dan sebagai contoh, Aiskrim Mat Kool vanilla yang disaluti coklat ranggup yang berharga RM1.20 dan aiskrim ini yang menjadi sambutankanakkanak.Oleh itu, peniaga ini seharusnya sudah memikirkan untuk menukar syilingyang banyak kerana banyak syiling diperlukan untuk dipulangkan kepadapelanggan.Secara tidak langsung, penjual aiskrim sudah belajar cara memulangkanbaki kepada pelanggan.Ramai peniaga peniaga yang wujud di dunia ini tidak pandaimenulis tapi pandai mengira dengan lancarnya.Itulah kepentingan matematik dalamkehidupan seharian kerana wujud praktikal jika diamalkan selalu.Sekiranya kita sedar bahawa Matematik adalah ilmu yang bukan berdasarkanteori malah

perlu praktikal selalu supaya tidak lupa apa yang dipelajari. Ia adalah satudisiplin penting kerana peranan praktikal bagi individu dan masyarakat melaluipendekatan penyelesaian masalah, aspek matematik ini dapat dibangunkan.Penyelesaian masalah dan mengembangkan kemahiran yang diperlukan untukmenyelesaikan masalah yang lebih baik dari pengajaran kemahiran tanpa kontekstersebut memberikan penyelesaian masalah nilai khusus sebagai salah satu cara untukbelajar konsep baru dan kemahiran atau penguatan kemahiran yang telah diperoleh.Stanic dan Kilpatrick, (1989), NCTM, (1989) mengatakan bahawa mendekatimatematik melalui penyelesaian masalah dapat mencipta konteks yangmensimulasikan kehidupan nyata dan kerana matematik daripada memperlakukannya.Penyelesaian masalah menjadi fokus utama dalam matematik kerana, mereka berkata,itu meliputi kemahiran dan fungsi yang merupakan bahagian penting dari kehidupansehari-hari. Selain itu ,ia juga dapat membantu orang untuk menyesuaikan diri denganperubahan dan masalah tak terduga dalam kerjaya mereka dan aspek lain darikehidupan mereka.Penyesuaian diri itu amat penting kerana kepekaan terhadap aspek perubahanekonomi yang wujud di dunia ini kerana kemodenan banyak meningkatkan kos taraf hidup manusia. Kos taraf kehidupan merupakan salah satu masalah matematik yangdiurus secara langsung oleh setiap individu yang menghadfapi masalah ini. Hargaminyak di Malaysia yang semakin naik setiap tahun adalah salah satu contoh terbaikuntuk perubahan kesan daripada faktor ekonomi negara Mesir yang menghadapi krisispemberontakan. Harga minyak Petrol RON 97 seliter yang naik 10 sen pada harga pasaran ialah RM2.50 yang dikuatkuasakan serta merta pada awal Februari yang lalu.Oleh itu, sebagai seorang yang boleh berfikir dan boleh merancang perbelanjaaan dirikita perlu mengelakkan dan merancang penggunaan wang kita agar tidak berlakumasalah kewangan yang akan membebankan kita. Ini adalah salah satu kepentinganmatematik dalam kehidupan seharian ,iaitu diajar untuk menerima arus perubahansedia ada supaya tidak mengalami kejutan budaya dan berusaha untuk mencapaistandard individu yang berkualiti dari segi intelek.Bayangkan kehidupan tanpa nombor? Bolehkah manusia boleh melakukanpengiraan terhadap sesuatu? Apa yang dilakukan untuk menggantikan sistem nombor di dunia ini? Matematik wujud ke arah kepentingan yang paling umum dan menjadirutin yang sebati dalam kehidupan ialah ia membantu untuk memudahkan kehidupanseharian dengan kewujudan Matematik dalam kehidupan.dan ia sudah sebati dalamkonteks kehidupan manusia.Proses jual beli yang berlaku pada setiap kedai yang wujuddi seluruh dunia.Kewujudannya yang meluas yang menyebarkan perdagangan keseluruh dunia dari zaman Kesultanan Melayu Melaka di mana pedagang pedagang Arab yang sanggup berdagang ke Tanah Melayu untuk berdagang rempah ratus danpada waktu yang lalu,mereka hanya menggunakan duit kupang sebagai nilai

emasmereka.Bukan sahaja itu, sekiranya matematik tidak wujud, wujudkah lagi bank di dalamdunia? Itulah menjadi persoalan dan menjadi salah satu faktor yang penting tentangkepentingan matematik. Proses yang melibatkan operasi matematik seperti akaun, fizik,kimia yang menjadikan pengiraan sebagai langkah untuk mahir dalam subjek ini. Olehitu,pakar pakar Intelek mengatakan bahawa matematik adalah subjek yang peting yangmembawa kepada kecerdasan otak kiri yang menjadikan seorang itu cenderung untukmelakukan kira kira iaitu Abacos sebagai contoh teknik mengira yang paling kreatif didalam dunia dan banyak pakar matematik yang wujud disebabkan kaedah Abacos ini.Kaedah ini membantu ramai individu di dalam penyelesaian masalah yang melibatkanoperasi tambah dan tolak. Apa yang dapat disimpulkan di sini,Matematik adalah satu subjek yang wajibdididik kepada kanak kanak sewaktu kecil kerana semakin lama Manusia semakinmembesar,semakin banyak digunapakai dalam kehidupan yang nyata ini.Bukan sahajaitu, desakan dari arus kemodenan, ia menjadi subjek yang wajib untuk difahami keranateknologi kini banyak menjadikan matematik sebagai salah satu yang penting dalamkehidupan seharian samada dalam penyelesaian masalah ataupun tidak.Matematik inipasti akan memberi impak yang positif kepada seseorang supaya tahap kecerdasanintelek seseorang itu dapat mengimbangkan kehidupannya untuk menjadi individu yangberguna pada masa akan datang, dan matematik juga memainkan peranan yang amatbesar dalam proses pertukaran barang yang sangat diperlukan oleh manusia untukmeneruskan kehidupan seharian. Tanpa matematik maka mundurlah

pembangunanmanusia, pincang pemikirannya dan bantutlah perkembangannya.

You might also like