You are on page 1of 22

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK JALAN YAACOB LATIF KUALA LUMPUR

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU


TRAGEDI 13 MEI 1969
LANGKAH-LANGKAH MENGELAKKAN PERISTIWA TERSEBUT DARIPADA BERULANG.

Nama Pelajar

Muhammad Asmawi bin Isa Muhammad Aizat bin Fadil

No. Matrik Pelajar

MT 8125 MT 8126

No. K/ P

900203-14-5239 900221-01-5825

Kumpulan/ Unit Kod Kursus Nama Kursus Nama Pensyarah Nama Jabatan Tarikh Serahan

3 PISMP Matematik WAJ 3106 Hubungan Etnik Encik Mahdi bin Shuid Jabatan Kajian Sosial 30hb. Mac 2011

SURAT PENGAKUAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KUALA LUMPUR

Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh:

: ................................ : ................................ : .................................

Tandatangan : ............................................ Nama Penulis : ............................................ Tarikh : .............................................

JABATAN SAINS SOSIAL IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

PENGHARGAAN

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.

Daun selasih si bunga kasturi, Tumbuh menjulur di dalam taman, Terima kasih si daun keladi, Puji dan syukur kepada Tuhan,

Pertama sekali, kami ingin melahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Nabi Muhammad S.A.W dan kepada ahli keluarganya, seterusnya kepada para sahabat baginda dan para tabi'n, para alim ulama sehinggalah kepada sekalian hamba-hamba Allah yang mengikuti jejak langkah baginda. Alhamdulillah, Kerja Kursus WAJ 3106 iaitu Hubungan Etnik ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kami, Encik Mahdi Shuid yang telah mengajar kami kursus tersebut dan telah banyak memberikan sokongan, galakan serta perangsang yang sepenuhnya kepada kami untuk meneruskan usaha menyudahkan kerja kursus ini. Kami juga ingin berterima kasih kepada yang telah banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada kami secara langsung atau tidak langsung dalam mencari bahan-bahan penting seperti buku rujukan, laman sesawang yang berkaitan, sumbangan idea dan lain-lain bagi digunakan bagi menyempurnakan kajian kursus ini. Akhir kata kami memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekhilafan semasa kami menjalankan tugasan ini kerana sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT manakala yang buruk itu datang dari Allah SWT juga tetapi bersandarkan kami sebagai makhluk Allah SWT yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Sekian terima kasih

KANDUNGAN

SENARAI KANDUNGAN

Surat Pengakuan Penghargaan Kandungan 1.0 Pengenalan 2.0 Penulisan Esei 3.0 Rumusan

4.0 Bibliografi Biodata Pengarang

1.0

PENDAHULUAN

Malaysia ialah sebuah negara yang bercirikan multicultural iaitu kepelbagaian budaya. Kekayaan budaya yang pelbagai ini merupakan satu anugerah Tuhan yang wajib disyukuri dan dimanfaatkan dengan sebaiknya. Kemakmuran dan keamanan yang kita kecapi pada hari ini hasil daripada persefahaman yang terjalin antara kaum di Malaysia. Selama ini pun Malaysia berjaya kerana menjadikan kemajmukan yang terdapat dalam negara sebagai sumber kekuatan walaupun kita menyaksikan banyak negara di dunia musnah dan hancur dek faktor kemajmukan. Malah negara turut merasai sedikit sebanyak bagaimana kemajmukan yang tidak terurus secara baik telah hampir meranapkan negara seperti yang berlaku pada tanggal 13 Mei 1969. Oleh itu, dalam kerja kursus ini kami telah mengemukakan fakta dan pandangan berkaitan dengan Tragedi 13 Mei 1969 dalam usaha untuk memberikan kefahaman secara ringkas kepada pembaca supaya sedikit sebanyak dapat membantu untuk mewujudkan warganegara Malaysia yang lebih prihatin dan mengambil iktibar terhadap peristiwa sejarah yang lalu. Penulisan ini mengupas sedikit sebanyak mengenai kronologi, punca-punca dan jalan penyelesaian yang terbaik bagi membendung berulangnya peristiwa tersebut. Setiap fakta yang dikemukakan disertai dengan rujukan yang sahih dan tepat. Selamat membaca.

2.0

PENULISAN ESEI

TRAGEDI 13 MEI 1969


SATU REFLEKSI SEORANG WARGANEGARA PRIHATIN.

Oleh : Muhammad Asmawi Isa. Muhammad Aizat Fadil.

Sebermulanya di kaki langit , Sang Pohon bertarung dengan Sang Ribut yang semberono . Sang Angin mencabarnya tetapi Sang Pohon masih utuh berdiri walaupun ditiup tanpa belas kasihan oleh Sang Ribut. Lalu, Sang Ribut pun terus pergi dengan sekelip mata. Sang Ribut yang gagah akhirnya berputus asa kerana gagal dalam usahanya itu. Sang Ribut kagum dengan keutuhan dan semangat juang Sang Pohon mempertahankan dirinya agar tidak tumbang menyembah bumi. Hatta, pohon itu terus kekal berdiri seraya matahari terbenam ke bumi. Malam dan siang silih berganti, namun tiada siapa dapat menewaskan pohon ini. Pohon tersebut tetap ampuh di tempatnya sehinggalah ke hari ini.
1

Sedarkah kita bahawa pohon yang dimaksudkan bagi kenyataan di atas merupakan simbolik kepada keutuhan perpaduan yang sering kita impikan dalam masyarakat Malaysia pada hari ini. Keutuhan Sang Pohon daripada tumbang rencana tiupan ganas Sang Angin menggambarkan betapa teguhnya pohon itu. Akarnya yang mencengkam hingga ke dasar bumi memperkuatkan lagi pohon tersebut untuk terus bertahan. Hatta, datanglah taufan sekuat manapun tidak akan mampu membuatnya tewas menyembah bumi bak kata pepatah Melayu, berpantang maut sebelum ajal. Kini persoalan mulai timbul dalam ruangan sanubari kita. Secara praktikalnya, mampukah kita mencapai kekuatan dalam perpaduan seperti seteguh pohon tersebut? Itulah yang menjadi tanda tanya dan memerlukan jawapan yang rasional daripada perspektif pascamerdeka hari ini.

Institut Integriti Malaysia, (2006), Dari Akar Hingga Buahnya:Kuala Lumpur: Institut Integriti Negara hlm 1

Sama ada kita menyedari ataupun tidak, isu perpaduan merupakan perkara yang sering menjadi perbualan serta buah bicara oleh pelbagai pihak tak kira masa dan juga keadaan. Kita juga menyedari bahawa perpaduan yang kita kecapi pada hari ini bukanlah segagah propaganda dan retorik yang sering diwar-warkan oleh media massa. Hal ini tidak dapat dinafikan kesahihannya lagi apabila kita sering mendengar bahawa terdapat segelintir individu yang sengaja membangkitkan isu-isu sensitif secara lantang dan terbuka. Permasalahannya mulai timbul apabila kita ingin mengetahui setakat manakah tahap penghayatan kita sebagai rakyat Malaysia yang memahami konsep perpaduan ini? Berapa ramaikah antara kita yang sanggup mengetepikan pemikiran perkauman yang sempit semata-mata mahukan permuafakatan dalam matlamat membina negara bangsa Malaysia? Justeru, kita bersyukur kerana kesedaran dan kebijaksanaan para pemimpin negara dalam merangka serta mengapllikasikan formula demi memantapkan perpaduan telah dilaksanakan secara giat dan berterusan. Misalnya dengan memperkenalkan pelbagai dasar perpaduan seperti pelancaran Rukun Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, konsep 1 Malaysia dan sebagainya. Bertitik tolak asas perpaduan yang kukuh, Malaysia kini gah di mata dunia kerana kejayaan mengharungi pelbagai krisis-krisis genting. Misalnya seperti krisis ekonomi yang pernah berlaku pada tahun 1985-1986 dan 1997-19982 secara jelas memberi tamparan hebat kesan daripada kemelesetan ekonomi global ketika itu. Hasil percaturan dan strategi bijak yang telah dimainkan oleh kerajaan serta rakyat Malaysia pada waktu itu telah menyebabkan ekonomi Malaysia kembali pulih walaupun tanpa bantuan daripada mana-mana pihak luar. Sehingga kini, formula kejayaan tersebut telah menjadi model bagi negara-negara membangun malahan turut diintai oleh negara-negara maju. Maka tidak hairanlah Malaysia kini tersenarai dalam kalangan negara-negara yang paling pesat membangun. Namun begitu, peristiwa hitam pada tanggal 13 Mei 1969 telah menggambarkan satu fenomena yang amat mengejutkan kita. Tragedi 13 Mei 1969 akan senantiasa diingati dalam sejarah Malaysia kerana peristiwa ini menjadi saksi berlakunya pertumpahan darah, pembalasan dendam serta kekacauan yang telah mengakibatkan tergantungnya institusi Parlimen dan Pelembagaan Malaysia. 3 Natijahnya, peristiwa hitam tersebut hampir-hampir menghancurkan negara sehingga kita turut menitis air mata kedukaan apabila mengenang kembali sejarah silam tersebut. Sesetengah pihak beranggapan bahawa peristiwa tersebut harus dikekalkan sebagai perkara sensitif dan tidak harus dibincangkan secara umum dan
2
3

Shamsul Amri Baharuddin (2010), Modul Hubungan Etnik, Shah Alam:Universiti Publication Centre, hlm 60 Ibid hlm 51

terbuka.4 Namun begitu, kami tidak bersetuju dengan pendapat sedemikian kerana peristiwa 13 Mei 1969 seharusnya didedahkan agar peristiwa itu dapat menyedarkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum betapa pentingnya integrasi, toleransi dan sikap hormat-menghormati bagi menjamin keamanan serta survival negara. Pendek kata, perpaduan dan integrasi nasional yang kukuh amatlah penting bagi mewujudkan kestabilan negara dan memastikan usaha ke arah pembangunan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Ingatkah kita bahawa Tun Abdul Razak yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia ke-2 pernah mengatakan bahawa tenaga negara haruslah disalurkan kepada usaha membangunkan negara dan bukanlah digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian.5 Jika kita menelusuri susur galur kisah tragis tersebut, tragedi yang berlaku di Kuala Lumpur itu tercetus akibat daripada keputusan pilihan raya pada tahun 1969 yang memihak kepada pembangkang. Pengutaraan isu-isu perkauman yang menyentuh emosi seolah-olah menjadi tangkal pelaris sepanjang kempen pilihan raya tersebut.6 Calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Tindakan pihak pembangkang dalam meyakinkan rakyat dengan dakyah dan propaganda mereka telah berjaya memikat hati pengundi bukan Melayu pada waktu itu. Buktinya, mereka telah berjaya menafikan hampir 2/3 kerusi Parlimen yang dikuasai oleh parti Perikatan pada Pilihan Raya Umum 1969. Yang jelas, kuasa rakyat pada waktu itu telah menyebabkan parti pembangkang berhasil menguasai hampir separuh daripada kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Selangor.7 Ibarat ibu ayam, bertelur sebiji riuh sekampung. Sikap pembangkang yang pada waktu itu yang sangat teruja dengan kemenangan tersebut telah dizahirkan melalui perarakan demi perarakan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Malangnya perarakan tersebut telah dicemari dengan penghinaan kepada orang Melayu seterusnya menimbulkan perasaan dendam dan tidak puas hati orang Melayu pada waktu itu. Terdapat juga desas-desus tentang kematian seorang perempuan Melayu yang sarat mengandung dibunuh dengan kejam. Kandungannya juga dikatakan digantung dengan besi penggantung daging babi oleh orang Cina. Akibatnya, orang Melayu semakin marah dengan tindakan melampaui batas kemanusiaan tersebut.

4
5 6

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (2009), Integrasi 1 Malaysia:Kuala Lumpur, Jabatan Penerangan Malaysia hlm 10 Shamsul Amri Baharuddin (2010), Modul Hubungan Etnik hlm 119 Dari laman sesawang http://sepanjialam.forum3.info/t9-memori-peristiwa-berdarah-13-mei-1969-di-kampung-baru-dan-sekitar-kl pada 20 Mac 2011 Wikipedia, Tragedi 13 Mei 1969 pada 20 Mac 2011

Ditambah lagi dengan pembunuhan beramai-ramai orang Melayu oleh orang Cina di Panggung Odeon di Jalan Tuanku Abdul Rahman menyebabkan orang Melayu mula bertindak balas dan berlaku pertumpahan darah yang dahsyat di sekitar Kuala Lumpur.8 Bapa Pendidikan Malaysia, Tun Dr Ismail pernah mengatakan bahawa orang Melayu benar-benar terganggu serta terkejut dengan keputusan Pilihan Raya Umum 1969 dan tidak bersedia untuk membenarkan parti pembangkang bukan Melayu membentuk kerajaan negeri di Perak mahupun Selangor. 9 Kenyataan itu jelas menunjukkan kebimbangan orang Melayu dengan perkembangan politik negara selepas keputusan Pilihan Raya Umum 1969 yang dilihat lebih memihak kepada orang bukan Melayu yang semakin lantang dalam persoalkan keistimewaan orang Melayu dan menuntut persamaan hak sebagai warganegara. Berdasarkan kenyataan Tun Dr Ismail itu, kita dapat melihat bahawa politik merupakan faktor utama yang menyebabkan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 ini. Peribahasa Melayu, ibarat kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan merupakan kiasan yang cukup sesuai bagi menggambarkan nasib orang Melayu pada ketika itu. Ketidakseimbangan ekonomi merupakan salah satu faktor yang menyumbang berlakunya Tragedi 13 Mei 1969. Secara umumnya, dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh penjajah British telah menyebabkan terjadinya pengasingan dan pengenalan kaum mengikut aktiviti ekonomi. 10 Di bawah dasar ini, orang Melayu telah ditempatkan di luar bandar bagi menjalankan aktiviti pertanian manakala kaum Cina ditempatkan di bandar dengan menjalankan kegiatan berasaskan perdagangan dan perlombongan. Bagi kaum India pula, mereka ditempatkan di kawasan estet dan bergiat dalam sektor perladangan getah dan kopi. Natijahnya, dasar ini telah menyebabkan berlakunya pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan mengehadkan interaksi antara kaum. Keadaan ekonomi dan demografi penduduk Tanah Melayu pada waktu itu telah menunjukkan majoriti penduduk Melayu berpendapatan rendah. Statistik yang diperolehi pada tahun 1970 menunjukkan rata-rata orang Melayu yang terdiri daripada pesawah padi, nelayan dan penoreh getah berada dalam kemiskinan iaitu sebanyak 64.8 peratus sedangkan kaum Cina hanya 26.0 peratus dan kaum India pula sebanyak 39.2 peratus.11 Pendek kata, kaum imigran dilihat sebagai golongan yang mengecapi kehidupan yang lebih senang dan mewah hasil penguasaan ekonomi yang menguntungkan mereka.

8
9

Wikipedia, Tragedi 13 Mei 1969 pada 20 Mac 2011

Dari laman sesawang http://www.websabah.net/showthread.php?t=1013&p=8696 pada 20 Mac 2011 10 Yusof Ismail dan Khayati Ibrahim (1993), Dasar-Dasar Kerajaan Malaysia:Kuala Lumpur, A. S. Nordin Publication hlm 29 11 Shamsul Amri Baharuddin (2010), Modul Hubungan Etnik hlm 55

Tambahan lagi, jurang pendapatan antara golongan Bumiputera dan bukan Bumiputera juga sangat ketara. Misalnya, mengikut sumber daripada Jabatan Perangkaan Negara pada tahun 1970 iaitu setahun selepas Peristiwa 13 Mei 1969 telah mencatatkan bahawa purata pendapatan untuk kaum Melayu hanyalah RM1.00 berbanding kaum Cina sebanyak RM 2.30 dan RM 1.80 bagi kaum India.12 Daripada segi pendapatan purata keluarga, keluarga Melayu hanya memperoleh RM172.00 bagi satu keluarga, kaum Cina sebanyak RM394.00, kaum India sebanyak RM304.00 dan kaum lain-lain sebanyak RM813.00.13 Statistik lain juga menunjukkan bahawa orang Melayu hanya menguasai 2.4 peratus sedangkan bukan Melayu pula sebanyak 34 peratus 14 daripada segi pemilikan kekayaan negara. Kesan daripada pengamalan dasar yang berat sebelah ini sememangnya melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu. Mereka merasakan seolah-olah telah dikuasai oleh golongan imigran manakala orang Melayu yang merupakan tuan kepada Tanah Melayu ini telah jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang termasuklah pendidikan, ekonomi dan politik. Oleh itu, kerajaan menyedari ketidakseimbangan tersebut dan mengemukakan beberapa langkah positif antaranya termasuklah dengan menubuhkan badan-badan kerajaan seperti Federal Land Development Authority (FELDA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan Federal Agriculture Marketing Authority (FAMA) untuk membantu meningkatkan kualiti hidup orang Melayu. Melalui badan-badan ini, kerajaan membuka tanah baru, membina rumah dan menyediakan prasarana serta pasaran bagi mereka. 15 Walau bagaimanapun, langkah baik kerajaan ini telah menimbulkan pula perasaan tidak puas hati dalam kalangan kaum Cina. Mereka beranggapan bahawa kerajaan seolah-olah mahu menggugat kedudukan ekonomi mereka. Akibatnya, timbul perasaan syak wasangka antara kaum yang mulai menebal dan menjadi punca dalam menyemarakkan lagi sentimen perkauman pada waktu itu. Apabila kita menyebut dari segi sosial pula, hubungan antara kaum Bumiputera Melayu dan imigran terutamanya kaum Cina bertambah meruncing apabila isu kerakyatan bukan Melayu telah sengaja ditimbulkan. Kelantangan suara oleh individu-individu yang berkepentingan politik khasnya daripada parti pembangkang itu cukup merisaukan orang Melayu. Hal ini kerana kelonggaran dari segi kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli akan mengakibatkan penguasaan orang Melayu dalam bidang politik, ekonomi dan pendidikan akan terhakis. Akibatnya, nasib orang Melayu tidak akan terbela bak kata pepatah ibarat melukut di

12 13 14 15

Ibid hlm 112 Ibid hlm 55 Ibid hlm 112 Dari laman sesawang http://syed-ikhwan.com/2009/02/24/pengajaran-hakikat-peristiwa-13-mei/ pada 23 Mac 2011

tepian gantang. Isu bahasa dan pendidikan juga telah menjadi salah satu masalah yang membelenggu Malaysia ketika itu. Niat serta usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu melalui peranan bahasa dan pendidikan bercorak kebangsaan telah mendapat tentangan. Sebagai contoh, Penyata Razak yang dilancarkan pada tahun 1956 telah menyarankan sukatan pelajaran bagi sekolah-sekolah rendah di Malaysia (Malaya ketika itu) diselaraskan dan bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah.16 Malangnya, kaum Cina telah menentang sekeras-kerasnya dasar ini. Antara golongan Cina yang kuat bersuara dalam menentang dasar ini ialah individu-individu yang diwakili oleh Chinese Guilds and Association (CGA).17 Mereka beranggapan bahawa bahasa Cina juga patut diakui sebagai bahasa rasmi dan pengantar di sekolah.18 Selain itu, mereka juga beranggapan bahawa dasar ini mempunyai niat jahat tersendiri apabila dasar tersebut dilihat sebagai satu percubaan untuk menafikan hak generasi mereka untuk mengamalkan bahasa dan cara hidup mereka. Tambahan lagi, mereka juga menuntut hak yang sama dengan orang Melayu. Contohnya, mereka telah mengutarakan konsep Malaysian Malaysia iaitu Malaysia hak orang Malaysia dengan tujuan supaya hak istimewa orang Bumiputera dihapuskan.
19

Melayu atau

Demikianlah secara ringkasnya imbasan peristiwa yang berlaku dan faktor-faktor tercetusnya tragedi hitam tersebut. Sedarkah kita bahawa Tragedi 13 Mei 1969 memerlukan satu pemikiran semula dan langkah-langkah mengatasi haruslah diberikan keutamaan. Hal ini penting kerana kita tidak mahu pisang berbuah dua kali dan seterusnya membantutkan hasrat kita untuk mencapai taraf negara maju selari dengan cabaran Wawasan 2020. Namun begitu, kesemua halangan dan rintangan yang dilalui telah mengajar kita sesuatu tentang nilai sejarah yang cukup bermakna bagi kita. Semua pergolakan yang berlaku adalah bertitik tolak daripada kebencian, ketidakpuashatian, tiada sifat toleransi, serta perspektif negatif terhadap kaum lain. Pendek kata, ketiadaan kesefahaman dalam mengharungi kehidupan bernegara yang penuh ranjau dan berliku telah menyebabkan negara diambang kemusnahan. Oleh itu, sebagai warganegara yang prihatin dan sayangkan negara, kita haruslah mengelakkan perasaan negatif tersebut dan memainkan peranan kita masing-masing dalam memelihara perpaduan yang sekian lama terjalin.
16

17

18 19

Mok Soon Sang (2004), Pengantar Pendidikan Untuk Kursus PPISMP : Subang Jaya, Kumpulan Budiman Sdn Bhd hlm 96 Shamsul Amri Baharuddin (1990), Masyarakat Malaysia Yang Membangun, (POLITIK BAHASA) : Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka hlm 63 Ibid hlm 63 Dari laman sesawang facebook.com / PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT OLEH Y.B. KULIM BANDAR BAHARU pada 21 Mac 2011

Apabila

kita

menyebut

soal

perpaduan,

kerajaan

merupakan

pihak

paling

bertanggungjawab untuk memainkan peranan vital dalam memelihara perpaduan yang sedia ada. Perancangan dasar-dasar, suntikan kewangan, dan penubuhan agensi-agensi kerajaan yang mengeratkan perpaduan nasional haruslah diberikan keutamaan. Misalnya, penubuhan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Negara bertindak sebagai agen yang melaksanakan rancangan-rancangan kerajaan dalam memupuk semangat muhibbah dan integrasi antara kaum.20 Selain itu, pengamalan pemerintahan bercorak demokrasi berparlimen yang telus akan memberi ruang kepada pengagihan dan perkongsian kuasa dalam kalangan pemimpin berbilang kaum.21 Pemimpin tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menyedari bahawa perkongsian kuasa amat perlu diberi perhatian dan dilaksanakan dengan adil bagi mengelakkan berlakunya perebutan kuasa dan perpecahan. Jawatan penting dalam kerajaan, kerusi dalam pilihan raya dan calon-calon yang bertanding tidak boleh hanya dikuasai oleh satu kaum sahaja. Setiap kaum diwakili oleh pemimpin yang dipilih melalui pilihan raya untuk mempertahankan hak dan suara rakyat di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. 22 Justeru, sebagai rakyat yang bijak, kita haruslah mengambil peluang yang ada untuk mempertahankan asas pegangan agar ancaman terhadap negara dapat ditepis dan dasar-dasar kerajaan dapat laksanakan. Kebijaksanaan rakyat untuk memilih pemimpin yang berwibawa sebagai peneraju pentadbiran negara pastinya memberikan impak yang positif kepada prestasi dan masa depan negara ke mercu kejayaan. Oleh demikian, kita haruslah menyokong pemimpin yang sentiasa mementingkan kepentingan negara melebihi keuntungan materialistik dan menolak pemimpin yang mempunyai kepentingan sendiri yang jelas terkeluar dari landasan sebenar dalam perjuangan politik mereka. Selain itu, seorang warganegara yang baik tidak akan bersekongkol dengan pemimpin yang mengamalkan pemikiran berunsurkan perkauman yang sempit. Contohnya, mereka menolak segala ideologi serta hasutan daripada pemimpin yang tidak bertanggungjawab menyebarkan dakyah-dakyah yang boleh merosakkan perpaduan. Contohnya dalam isu Novel Interlok yang dilanda kontroversi baru-baru ini telah menuntut kita untuk mencari jalan penyelesaian yang bijaksana dan permuafakatan jujur dalam usaha untuk meredakan masalah yang timbul. 23 Tindakan pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (HINDRAF) yang mengadakan tunjuk perasaan membantah penggunaan novel terbabit di

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (2009) Integrasi 1 Malaysia hlm 29 Shamsul Amri Baharuddin (2010), Modul Hubungan Etnik hlm 31 22 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (2009) Integrasi 1 Malaysia hlm 22 23 Artikel disunting dari laman sesawang Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).Menunggu Sinar Di Hujung Terowong.
21

20

beberapa lokasi di ibu negara mencetuskan masalah dan tidak menghormati undang-undang. Oleh demikian, sebagai warganegara Malaysia, kita tidak boleh terlibat dan terpengaruh dengan fikiran sempit tersebut. Malaysia Truly Asia. Malaysia benar-benar Asia. Cogan kata yang cukup popular bagi mempromosikan negara sebagai pusat pelancongan terulung di persada dunia. Ungkapan yang dicetuskan oleh Kementerian Kesenian Kebudayaan dan Pelancongan (kini Kementerian Pelancongan) telah menggambarkan satu keistimewaan yang tiada di negara-negara Asia yang lain tetapi ada di Malaysia. Keistimewaan yang dimaksudkan ialah kemampuan semua kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, etnik Sabah dan Sarawak serta kumpulan minoriti kecil yang lain hidup bersama dalam suasana yang majmuk di dalam sebuah negara. Hasilnya, negara mempunyai kepelbagaian budaya serta adat resam yang cukup menarik dan mempersonakan. Justeru, sebagai warganegara yang menghargai perbezaan ini, kita semua haruslah mengakui bahawa keharmonian kehidupan masyarakat berbilang kaum dijadikan sebagai satu ciri penyatuan di bawah satu identiti kebangsaan yang dinamik, progresif, demokratik dan rasional.24 Sikap menghargai kepelbagaian haruslah ditonjolkan yang oleh semua kaum yang ada di Malaysia. Suka ataupun tidak suka, rakyat negara ini mesti mengakui kemajmukan yang wujud merupakan realiti yang harus diterima. Mereka yang melayani kepelbagaian ini hendaklah mengamalkan budaya berkasih sayang, hormat-menghormati, bekerjasama, ziarahmenziarahi dan toleransi melalui perhubungan erat antara kaum. Tamsilnya, nilai-nilai murni tersebut diaplikasikan khususnya semasa sambutan rumah terbuka pada hari perayaan, perkahwinan, upacara keagamaan dan sebagainya. Kita juga hendaklah menanamkan semangat kejiranan dengan menyertai program kemasyarakatan seperti Rukun Tetangga, gotong royong dan sebagainya. Program tersebut bertujuan untuk membolehkan masyarakat setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah secara bersama.25 Selain itu, sikap kita yang mudah melatah dan tersinggung dengan isu-isu kontroversi juga haruslah diketepikan serta dibincang dengan suasana yang tenang dan tidak terlalu emosional. Perkara-perkara sensitif seperti hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, ketuanan Melayu dan sebagainya tidak boleh dipertikaikan kerana perkara tersebut telah termaktub dalam Pelembagaan Malaysia dan dipersetujui dalam kontrak sosial. Perasaan tidak puas hati antara kaum memanglah sedikit sebanyak akan wujud namun kita haruslah mengamalkan situasi win-win apabila berlakunya masalah yang bersangkut-paut dengan isu
24 25

Yusof Ismail dan Khayati Ibrahim (1993), Dasar-Dasar Kerajaan Malaysia hlm 50 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (2009), Integrasi 1 Malaysia, hlm 30

perkauman ini. Apabila kita merenung semula, kita menyedari bahawa perpaduan kaum di Malaysia yang wujud pada hari ini tertegak di atas asas yang tidak begitu kuat dan mantap. Semua ini berpunca daripada kegagalan kita untuk memahami antara satu sama lain. Bagi memperbaiki kegagalan itu, kita haruslah mempelajari budaya, adat resam dan kepercayaan orang lain agar kita lebih jelas tentang sesuatu yang patut diamalkan dan perkara yang patut ditinggalkan. Hal ini mustahak bagi mengelakkan berlakunya salah tafsiran yang mungkin timbul akibat kedunguan kita terhadap perkara-perkara sensitif kaum lain terutamanya dalam aspek kepercayaan dan pantang larang. Selain itu, kita juga haruslah mengamalkan sikap besederhana dalam semua hal termasuklah dalam memperuntukkan hak demi kepentingan kaum masing-masing. Tun Dr Mahathir menegaskan bahawa persefahaman dan hubungan baik hanya dapat dicapai jika semua kaum di Malaysia bersifat sederhana dan sanggup bercampur gaul semasa bekerja, bermain dan menjalani aktiviti sosial mereka.26 Peranan pendidikan juga dapat digunakan secara bijak untuk menyalurkan mesej perpaduan yang ingin disampaikan. Misalnya peranan bahasa sebagai medium penyatuan kerana bahasa melambangkan bangsa. Secara faktanya, dalam perlembagaan Malaysia telah termaktub bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara kita.27 Sejak kebelakangan ini, penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat bukan Melayu semakin hambar. Malahan terdapat segelintir yang langsung tidak tahu serta tidak mahu bertutur dalam bahasa Melayu. Yang menghairankan, golongan ini bukanlah golongan yang berumur sebaliknya mereka adalah golongan yang masih muda iaitu generasi yang lahir selepas bahasa Melayu didaulatkan. Bagi mengatasi masalah ini, bahasa Melayu haruslah dimartabatkan melalui penggunaannya secara meluas dalam semua bidang kehidupan. Melalui cara ini, satu ciri persamaan dapat diwujudkan yang juga merupakan unsur utama dalam kebudayaan kebangsaan.28 Kurikulum sekolah juga haruslah menerapkan sikap dan nilai-nilai yang mendorong kepada pencapaian perpaduan negara termasuklah kesejahteraan, tolak ansur, taat setia dan cintakan negara.29 Selain itu, sistem pendidikan negara kita haruslah dikaji semula mengikut perkembangan dan kehendak masa kini. Misalnya, agenda memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai pilihan utama untuk pendidikan rendah dan menengah menjadi keutamaan kerajaan. Penyatuan sistem persekolahan di bawah satu pentadbiran iaitu sekolah
26 27

28
29

Ibid hlm 3 Shamsul Amri Baharuddin (2010), Modul Hubungan Etnik hlm 106 Ibid hlm 174 Ibid hlm 173

wawasan adalah langkah yang terbaik dan wajar dipertimbangkan. Di bawah sekolah wawasan, mereka akan berkongsi kemudahan sekolah seperti kantin, padang dan sebagainya sekaligus melahirkan satu ruang sosial yang memberikan pelajar daripada pelbagai latar belakang, kaum dan agama untuk berinteraksi melalui aktiviti di sekolah yang dijalankan. 30 Hasilnya, pelajar daripada pelbagai kaum dan agama akan bergaul secara lebih rapat antara satu sama lain dan dapat memupuk persefahaman sejak di bangku sekolah lagi. Hal ini adalah satu langkah yang bijak dalam merapatkan hubungan antara kaum. Dengan kata lain, kerajaan yang berwawasan menjadi perintis dan contoh ikutan dalam usaha mewujudkan perpaduan antara kaum melalui peranan pendidikan bercorak kebangsaan. Tahukah kita bahawa ketidakseimbangan ekonomi yang ketara merupakan salah satu penyebab perasaan tidak puas hati orang Melayu yang mendorong tercetusnya Tragedi 13 Mei 1969? Hal ini kerana potensi ekonomi kaum Melayu pada waktu itu sangat rendah dan ditambah pula dengan penguasaan kaum imigran Cina yang jelas telah memonopoli ekonomi Malaysia ketika itu. Data yang dikumpul oleh Jabatan Perangkaan Negara pada tahun 1968 menunjukkan golongan professional seperti pegawai kesihatan, saintis dan arkitek Bumiputera sangat kurang jika dibandingkan dengan bukan Bumiputera. 31 Dengan wujudnya Dasar Ekonomi Baru, dasar tersebut telah memberikan kesan yang positif untuk membasmi kemiskinan, meningkatkan taraf hidup Bumiputera dan penghapusan pengenalan fungsi ekonomi mengikut kaum secara berperingkat. Antara strategi-strategi yang ditekankan dalam dasar tersebut ialah dengan mewujudkan peluang pekerjaan, menambah kemudahan infrastruktur di kawasan luar bandar, serta meluaskan peluang-peluang golongan miskin untuk bergiat dalam bidang perindustrian dengan lebih efektif.
32

Hasilnya, cabaran ke-8 dalam


33

Wawasan 2020 untuk mewujudkan masyarakat yang adil daripada segi ekonomi akan terlaksana apabila pengagihan kekayaan negara dibahagikan secara telus dan saksama. Walau bagaimanapun, kritikan tajam harus diberikan terhadap sikap orang Melayu sendiri yang tidak mahu berubah dalam semua bidang. Justeru, tidak hairanlah sikap tersebut merupakan punca kaum Melayu masih ketinggalan dalam semua lapangan kehidupan.

30 31 32 33

Ibid hlm 130 Shamsul Amri Baharuddin (2010), Modul Hubungan Etnik hlm 111 Yusof Ismail dan Khayati Ibrahim (1993), Dasar-Dasar Kerajaan Malaysia hlm 25-26 Ahmad Sarji (2003), Wawasan 2020 Malaysia, Memahami Konsep, Implikasi dan Cabaran,Kuala Lumpur:Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd hlm 363

Dalam karya terkenal dan penuh kontroversi iatu Dilema Melayu karangan mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau menegaskan bahawa masalah dan dilema Melayu ketika ini ialah sikap mereka yang membuat sesuatu dengan sambil lewa, sikap tersangat merendah diri dan suka mencari jalan mudah dalam kehidupan merupakan punca orang Melayu masih di takuk lama. 34 Justeru, orang Melayu seharusnya berusaha untuk berubah sikap dengan tidak menuding jari sekiranya hak mereka dipertikaikan akibat kelalaian dan kealpaan mereka sendiri. Tambahan lagi, sikap suka berpecah belah dan mengadu domba sesama sendiri demi mengaut keuntungan materialistik juga haruslah dielakkan. Orang Melayu tidak boleh lagi menagih keistimewaan dengan hanya mengharapkan bantuan daripada kerajaan semata-mata melalui pemberian subsidi dan bantuan modal kewangan tetapi mencari peluang lain untuk memperkembangkan segala potensi yang ada. Mereka juga digalakkan untuk mengadakan perkongsian ilmu dalam pelbagai bidang, mengamalkan budaya bersaing secara sihat dan kerjasama erat untuk mewujudkan permuafakatan secara bersama. 35 Berita baiknya, perubahan sikap orang Melayu sudah mula menampakkan hasil yang diinginkan apabila mereka berhasil membuktikan bahawa kaum Melayu juga mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lain. Hal ini tidak dapat disangkal lagi kerana terdapat ramai orang Melayu yang mencapai kejayaan gemilang dalam pelbagai bidang termasuklah ekonomi, politik, sukan, pendidikan dan sebagainya. Bagi kejayaan yang dirangkul negara pula, kita dapat melihat apabila Malaysia kini mendapat pengiktirafan sebagai negara yang berdaya saing di dunia. Buktinya, menurut kajian IMD Business School, Switzerland, Malaysia berada pada ranking ke-10 negara yang paling berdaya saing di dunia bagi tahun 2010.36 Pendek kata, sekiranya kita bermuhasabah serta berusaha untuk meningkatkan potensi diri dengan menimba ilmu, bekerjasama, tidak mudah berputus asa dan berdaya saing, kita akan mengecapi kejayaan yang gemilang dan dipandang tinggi oleh semua orang. Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia yang kini dikenali sebagai negara yang sedang pesat membangun. Pembangunan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang juga tidak pernah diabaikan. Buktinya, hasrat tersebut dijadikan keutamaan kerajaan kerana salah satu teras dalam merealisasikan Misi Nasional ialah dengan melahirkan rakyat berfikiran kelas pertama.37
34 35 36

37

Mahathir Mohamad (1982), Dilema Melayu:Petaling Jaya, Federal Publication hlm 39 Institut Tadbiran Awam Negara INTAN Malaysia, Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia hlm 150 Dipetik dari laman sesawang Malaysia Negara Berdaya Saing Utama Dunia, http://anginperubahan.blogspot.com/2010/05/malaysia-negara-berdaya-saing-utama.html pada 20 Mac 2011 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (2009) Integrasi 1 Malaysia hlm 18

Justeru, bagi melahirkan rakyat pemikiran kelas pertama, penghargaan dan penghayatan terhadap nilai dan peristiwa sejarah juga merupakan tuntutan bagi semua warganegara. Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata bahawa sesiapa yang tidak mempelajari sejarah, dia pasti akan mengulanginya semula merupakan kata-kata yang benar dan berasas. 38 Sekiranya penghayatan sejarah tidak diberikan perhatian yang sewajarnya, generasi kini dan akan datang tidak akan mengambil iktibar seterusnya mengulangi semula sejarah hitam tersebut. Satu daripada kepentingan mempelajari sejarah ialah sebagai bukti kukuh tentang peristiwa yang telah berlaku dan boleh dijadikan sebagai panduan serta iktibar untuk generasi yang akan datang. Namun begitu, terdapat segelintir pihak yang mengatakan bahawa mata pelajaran Sejarah tidak perlu diajar di sekolah kerana membebankan pelajar. Sesungguhnya, pendapat tersebut adalah mengarut dan tidak masuk akal sama sekali. Hal ini kerana sejarah dapat memberikan gambaran kepada masyarakat tentang kisah terdahulu yang mungkin berguna terutamanya remaja kini yang mempunyai pengetahuan yang terhad dan semangat patriotisme yang semakin menipis. Sejarah Tragedi 13 Mei merupakan sejarah yang harus diingati dan terpahat dalam sanubari setiap warganegara betapa buruknya kesan apabila kita mengetepikan perpaduan dalam kehidupan bernegara. Jika kita menghayati sejarah serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Secara tuntasnya, sejarah amat penting untuk dihayati dan disemai dalam pembentukan minda generasi muda negara terutamanya untuk mewujudkan perpaduan yang ampuh dalam masyarakat Malaysia. Secara konklusinya, peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu noktah hitam yang masih terpalit dan menjadi igauan buruk dalam sejarah Malaysia. Walaupun kita cuba memadamkan kenangan pahit itu daripada memori, namun pada hakikatnya tragedi itu telah menimbulkan persoalan tentang sejauh manakah perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum itu tahan diuji? Sesungguhnya, prasangka, perkauman dan etnosentrisme menjadi faktor penghalang ke arah merealisasikan integrasi nasional di negara ini.

38

Dipetik dari laman sesawang, Kepentingan Sejarah http://pejuang-kesenian-extreme.blogspot.com/2009/08/kepentingansejarah.html pada 20 Mac 2011.

Justeru, marilah kita membuat refleksi kendiri dan menyedari peranan serta tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian. Sebelum mengakhiri penulisan ini, maka marilah kita renungkan kembali firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud :

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah adalah al- Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Khabir (Maha Mengenal) tentang amalan hamba-Nya. 39

Surat Al Hujuraat ayat 13

39

Shamsul Amri Baharuddin (2010), Modul Hubungan Etnik hlm 144

3.0

RUMUSAN

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa perpaduan merupakan pemangkin utama kepada kemajuan negara yang kita kecapi sekarang. Tanpa perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat tidak dapat dinikmati kerana tiada persefahaman dan kerjasama daripada semua kaum untuk mempertahankannya. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi panduan dan iktibar bagi kita untuk terus maju ke mercu kejayaan. Dalam hal ini kita semua tidak mahu pepatah yang mengatakan yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran berlaku ke atas kita. Jika kita tidak berjaya mencari satu rumusan yang berkesan kepada masalah ini, memadailah jika kita berusaha memperkukuhkan tahap perpaduan yang sedia ada agar ia tidak terus menjadi lemah atau terhakis. Secara kesimpulannya, setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha untuk

memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tindakan susulan mestilah dilakukan secara sukarela dan penuh tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang kita idamkan.

4.0

BIBLIOGRAFI

Ahmad Sarji (2003), Wawasan 2020 Malaysia, Memahami Konsep, Implikasi dan Cabaran, Kuala Lumpur:Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd. Institut Integriti Malaysia, (2006), Dari Akar Hingga Buahnya, Kuala Lumpur: Institut Integriti Negara. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia, (2000), Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia,Kuala Lumpur: Institut Penterjemahan Negara Malaysia. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (2009), Integrasi 1 Malaysia:Kuala Lumpur, Jabatan Penerangan Malaysia. Mahathir Mohamad (1982), Dilema Melayu:Petaling Jaya: Federal Publication. Mok Soon Sang (2004), Pengantar Pendidikan Untuk Kursus Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan:Subang Jaya, Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Shamsul Amri Baharuddin (1990), Masyarakat Malaysia Yang Membangun,(Politik Bahasa): Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Shamsul Amri Baharuddin (2010), Modul Hubungan Etnik, Shah Alam:Universiti Publication Centre. Yusof Ismail dan Khayati Ibrahim (1993), Dasar-Dasar Kerajaan Malaysia:Kuala Lumpur:A.S. Noordeen Publication Sdn Bhd.

Dipetik dari laman sesawang Malaysia Negara Berdaya Saing Utama Dunia, http://anginperubahan.blogspot.com/2010/05/malaysia-negara-berdaya-saingutama.html pada 20 Mac 2011

Dipetik dari laman sesawang, Kepentingan Sejarah http://pejuang-kesenian-extreme.blogspot.com/2009/08/kepentingan-sejarah.html pada 20 Mac 2011. Dari laman sesawang Pengajaran Hakikat Peristiwa 13 Mei. http://syed-ikhwan.com/2009/02/24/pengajaran-hakikat-peristiwa-13-mei/ pada 23 Mac 2011 Dari laman sesawang facebook.com / PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI
DEWAN RAKYAT OLEH Y.B. KULIM BANDAR BAHARU pada 21 Mac 2011.

Dari laman sesawang Memori Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 di Kampung Baru dan sekitar Kuala Lumpur, http://sepanjialam.forum3.info/t9-memori-peristiwa-berdarah-13-mei-1969-di-kampungbaru-dan-sekitar-kl pada 20 Mac 2011 Dipetik dari laman sesawang Wikipedia, Tragedi 13 Mei 1969, http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei pada 20 Mac 2011. Dari laman sesawang Web Sabah http://www.websabah.net/showthread.php?t=1013&p=8696 pada 20 Mac 2011

BIODATA PENGARANG

NAMA

: MUHAMMAD ASMAWI BIN ISA

NOMBOR KAD PENGENALAN : 900203-14-5239 KUMPULAN NOMBOR MATRIK NOMBOR BILIK NOMBOR TELEFON EMAIL PENGAJIAN : 3 PISMP MATEMATIK : MT 8125 : A-0-8 : 019-3921256 : mawi_muslim90@yahoo.com : PISMP Ambilan Januari 2010

NAMA

: MUHAMMAD AIZAT BIN FADIL

NOMBOR KAD PENGENALAN : 900221-01-5825 KUMPULAN NOMBOR MATRIK NOMBOR BILIK NOMBOR TELEFON EMAIL PENGAJIAN : 3 PISMP MATEMATIK : MT 8126 : C-0-3 : 019-3754203 : aizat_crime90@yahoo.com : PISMP Ambilan Januari 2010

You might also like