You are on page 1of 58

PENDIDIKAN SENI VISUAL 3106 MEMBUAT CORAK & REKAAN

Disediakan oleh:  Kirheba Murugan

Pengenalan
Bidang ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan yang lain. Corak dan rekaan tersebut juga boleh dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan,kraf dan sebagainya. Corak juga terjadi daripada pelbagai teknik dan cara.

Apa itu corak?

Tunggal Sendeng

Penuh Sisik ikan


Cerminan

Berpusat
Jenis Susunan Corak

Batu bata Orgee Siku keluang


Berombak

Selang seli
Tapak dam/catur

Pucuk rebung Berjalur

Corak
Corak Tidak Terancang

Corak Terancang

Corak terancang
Definisi Jenis-jenis susunan Contoh gambar

Definisi
Dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan yang tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.

Corak terancang secara:


Lukisan-hasil seni berbentuk 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil, krayon, pen, pestel,arang, pen merker, pensel warna, pastel dan sebagainya Catan -Proses melukis dengan menggunakan media basah yang di sapu ke atas sesuatu permukaan. Cetakan-Satu proses hasil kerja seni menggunakan perindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain iaitu kertas atau kain.

Capan- teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu. Lipatan dan guntingan Resis- Suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.

Kolaj - potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Kaligrafi -tulisan indah yang dihasilkan oleh tangan. Seni grafik komputer menghasilkan gambar hasil seni dengan menggunakan perisisan komputer seperti Microsoft Word,Paint,Adobe Photoshop dan sebagainya.

Jenis-jenis susunan
Sususan ulang sekata Susunan selang seli Susunan batu bata Susunan bertimbal Susunan bertindih Susunan beralun Susunan berpusat

Susunan ulang sekata


Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan

Susunan berselang-seli
Motif yang disusun secara berselang-seli diantara motif yang lain atau diantara ruang yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur.

Susunan batu bata


Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Moti seterusnya disusun diantara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

Susunan bertimbal
Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan.

Susunan bertindih
Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.

Susunan beralun
Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata atau tidak. Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza.

Corak beralun

Susunan berpusat
Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan sebagainya.

Orgee

Cerminan

Berpusat

Jidar (border)

Tapak dam / tapak catur

Batu bata

Pucuk rebung

Turun separa

Siku keluang

Sendeng

Sisik ikan

Berombak

Berjalur

Selang seli

Corak Tidak Terancang


Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup , mengayak menggolek dan sebagainya.

Contoh: Corak teknik pualaman, corak tiupan, corak stensilan dan corak teknik cerminan

CORAK TIDAK TERANCANG Pualaman Tiupan Titisan Ikatan dan Celupan Renjisan dan Percikan

PUALAMAN

dikenali sebagai permarmaran kerana teknik ini merupakan satu proses untuk mendapatkan kesan corak marmar.

merupakan satu penghasilan corak teknik cetakan mono dimana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit.

Pualaman terawal ditemui di China dalam bentuk kompilasi yang bertajuk Wen Fang Si Puor. Kompilasi ini

mengandungi maklumat tentang batang dakwat, batu dakwat, berus dakwat dan kertas di China. Ia menjelaskan maklumat tentang jenis kertas dekoratif yang dipanggil sha jian yang bermakna drifting-sand . Kertas ini dihasilkan melalui tindakan menarik kertas didalam tepung yang telah melalui proses penapaian yang telah dicampur dengan pelbagai warna. Ia menghasilkan corak yang bebas mempunyai corak kemarmaran.

LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKAN KARYA MENGGUNAKAN TEKNIK PUALAMAN

1. Campur gaul beberapa jenis warna cat minyak dengan turpentin dalam bekas botol. 2. Sediakan besen berisi air lebih kurang 1/3 tinggi besen. 3. Tuang sedikit minyak tanah supaya terapung di permukaan air. 4. Mula-mula masukkan cat minyak yang agak cair setitik demi setitik. Gunakan kombinasi warna yang menarik. 5. Gunakan lidi atau sikat untuk menarik tompok warna supaya bercantum dengan warna lain sehingga wujudnya corak yang menarik dan sempurna. 6. Letak kertas lembut di atas permukaan air dan kemudian biarkan sebentar. 7. Tarik kertas bercorak perlahan-lahan dan kemudian biarkan kering. 8. Baki warna di atas air perlu dibersihkan ( diresap ) dengan jalur suratkhabar yang dipotong. 9. Air yang bersih di dalam besen boleh digunakan semula untuk cetakan yang berikut.

CONTOH PUALAMAN

TIUPAN

Menitiskan air di atas kertas dan meniup dengan penyedut minuman ( straw ).

Mengulang kegiatan di atas dengan pelbagai warna untuk menimbulkan pertindihan warna.

LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKAN KARYA MENGGUNAKAN TEKNIK TIUPAN

1. Celupkan berus warna dan percikkan warna ke atas kertas lukisan. 2. Mulakan dengan warna yang cerah. 3. Percikkan seberapa banyak warna ke atas kertas. 4. Tiupkan warna yang telah dititik itu dengan menggunakan penyedut minuman. 5. Tiup warna-warna itu ke serata arah supaya warna itu berkembang. 6. Gunakan warna yang pelbagai.

CONTOH TIUPAN

TITISAN

menitiskan cat air pada permukaan kertas lukisan.

menitiskan cat air dari atas dengan jarak yang berbeza ke kertas lukisan kesan yang berbeza. untuk mendapatkan

CONTOH TITISAN

IKATAN DAN CELUPAN

Jenis-jenis ikatan Jahitan Ikatan yang diisi dengan pelbagai objek Lipatan dan ikatan Simpulan

LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKAN KARYA MENGGUNAKAN TEKNIK IKATAN DAN CELUPAN

LANGKAH 1 : PENYEDIAAN KAIN Sediakan beberapa helai kain putih yang dapat menyerap warna dengan baik. Ikatkan kain tersebut dengan kemas mengikut kreativiti bagi mendapatkan corak yang menarik Gunakan tali/benang atau gelang getah untuk mengikat Gunakan juga objek seperti batu, duit syiling dan sebagainya yang diletakkan dibahagian dalam kain trsebut bagi mendapatkan corak yang pelbagai Lipatan dan simpulan juga boleh digunakan bagi memperolehi corak yang menarik.

LANGKAH 2 : PENYEDIAAN WARNA Bancuh serbuk pewarna dengan air panas Masukkan sesudu garam bagi membantu proses penyerapan Tuangkan warna ke dalam bekas tertentu dan tambah air sejuk Kacau cermat dengan pengacau Pastikan tidak terlalu cair LANGKAH 3 : PROSES MENCELUP KAIN Kain yang telah siap diikat haruslah dilembabkan dahulu bagi membantu memudahkan proses penyerapan warna Celupkan kain kedalam pewarna Keringkan kain tersebut Ulangi mencelup dengan warna yang lebih gelap

LANGKAH 4 : MEMBUKA IKATAN KAIN Setelah proses pengeringan kain selesai, buka ikatan kain tersebut Keluarkan semua objek yang digunakan Cuci kain tadi dengan washing soda dan pemati warna Jemurkan kain sehingga kering

CONTOH IKATAN DAN CELUPAN

TEKNIK JAHITAN DAN CELUPAN

TEKNIK LIPATAN DAN CELUPAN

TEKNIK IKATAN DAN CELUPAN

RENJISAN DAN PERCIKAN

Teknik renjisan dan percikan merupakan teknik penghasilan karya menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan. Renjisan dan percikan ialah satu teknik menghasilkan corak tidak sengaja dengan cara menghambur titik-titik warna air yang berselerak kesana-sini. Renjisan dan percikan boleh berlaku keatas permukaan kertas kering atau lembap. Kesan warna yang direnjis atau dipercik menimbulkan corak tidak terancang.

CONTOH RENJISAN DAN PERCIKAN

Rujukan:
http://www.scribd.com/doc/21321792/SUKATANPELAJARAN-PSV http://www.scribd.com/doc/494908/Seni-KurikulumBersepadu-Sekolah-Rendah http://kotakkati.blogspot.com/2010/04/membuat-corakdan-rekaan-teori-membuat.html http://images.google.com/images?q=corak%20terancang% 20secara%20lukisan

You might also like