You are on page 1of 77

Senarai Kandungan

Bil. 1. 2. 3. 4. Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian y y y y 5. 6. 7. Institusi Pentadbiran Tempatan Latar Belakang Peranan Perkembangan Tajuk/Perkara Mukasurat

Rumusan Lampiran Rujukan

Penghargaan
Saya telah menghadapi cabaran untuk melaksanakan kerja khusus sejarah yang bertajuk institusi pentadbiran tempatan dengan baik. Namun demikian, saya dapat melengkapkannya dengan bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Terlebih dahulu, saya ingin menyampaikan penghargaan kepada Puan Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas, Puan Rosimawati binti Saad yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Roswaida binti Che Harun, guru mata pelajaran Sejarah Tingkatan 3 Ikhlas kerana memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya sepanjang masa saya membuat kajian ini. Bukan itu sahaja, saya ingin merakamkan terima kasih kepada ibu saya, Noor Hayati binti Abdul Samad dan bapa saya, Syed Ali Aljffri bin Syed Jan Aljeffri yang memberikan dorongan dan galakan kepada saya serta bantuan dari segi kewangan semasa menjalankan kajian ini. Di samping itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah membantu saya dalam mengumpulkan maklumat serta melawat kawasan kajian untuk kerja khusus ini, iaitu Syazlan Razoul dan Noor Jamal Aziq. Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada kakitangan institusi pentadbiran tempatan yang dikaji, iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana bekerjasama dengan saya dan memberikan saya maklumat tambahan tentang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta melayan saya dan rakan-rakan dengan penuh ramah mesra.

Objektif Kajian
Kajian saya yang bertajuk Institusi Pentadbiran Tempatan : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini merangkumi beberapa objektif yang berikut : (a) Mengetahui dengan lebih mendalam tentang latar belakang sejarah penubuhan, visi, misi dan matlamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. (b) Mengetahui peranan dan tanggungjawab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam pembangunan negara. (c) Melahirkan perasaan bangga terhadap sejarah penubuhan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. (d) Mengetahui tentang sejarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan perkembangannya. (e) Menyemai perasaan peka kepada masalah dan isu dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. (f) Menanam perasaan sabar dan berdikari dalam membuat kajian. (g) Menyemai perasaan ingin melibatkan diri dalam usaha pembangunan. (h) Mengetahui secara lebih mendalam matlamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk membangunkan Kuala Lumpur.

Kaedah Kajian
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian saya tentang institusi pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Antaranya ialah :

1. Penyelidikan Perpustakaan Saya telah menjalankan penyelidikan di Arkib Negara, Jalan Duta, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. 2. Analisis Dokumen Saya telah menganalisis dokumen dan sumber sejarah yang didapati daripada Akib Negara yang berkaitan dengan institusi pentadbiran tempatan yang dipilih iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 3. Melayari Internet Saya telah melayari internet yang beralamat http://www.dbkl.gov.my/portalv7/index.php untuk mendapatkan maklumat tentang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi melengkapkan kerja khusus ini. 4. Perbincangan Saya telah mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

5. Melawat tempat kajian Saya telah melawat tempat kajian saya, iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bersama-sama dengan rakan-rakan saya bagi memperoleh maklumat untuk melengkapkan kajian ini.

HASIL KAJIAN

Institusi Pentadbiran Tempatan

NAMA RASMI
Institusi pentadbiran tempatan yang telah saya pilih ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL). Nama rasmi institusi pentadbiran tempatan ini ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Nama ringkas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ialah DBKL. Dalam Bahasa Cina, ataupun Mandarin, DBKL juga boleh dikenali sebagai
.

LOKASI
Ibu pejabat DBKL merupakan bangunan Kuala Lumpur City Hall yang terletak di Jalan Raja Laut, 50350, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. DBKL juga mempunyai satu bangunan pejabat yang lain, iaitu Menara DBKL 3 yang terletak di Jalan Raja Abdullah serta 15 cawangan pejabat di sekitar Kuala Lumpur. Cawangan-cawangan pejabat lain DBKL terletak di Taman Tun Dr Ismail, Sri Hartamas, Bangsar, Kepong, Segambut, Sentul, Setapak, Titiwangsa, Bandar Tun Razak, Bandar Tasik Selatan, Cheras, Sri Petaling, Taman OUG dan Seputeh.

Peta ini menunjukkan lokasi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur yang diletakkan di bawah kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Peta ini menunjukkan lokasi Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

MATLAMAT DBKL
Matlamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah untuk mentadbir Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan sistematik.

OBJEKTIF DBKL
Objektif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah untuk memastikan dan mempercepatkan pelaksanaan pencapaian status bandar raya bertaraf dunia yang unggul dan cemerlang serta memastikan mutu alam sekitar dipertingkatkan dan seimbang dari segi kebersihan, ekologi dan pembangunan.

MISI DBKL
Misi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah untuk mencapai kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan Ibu Kota Kuala Lumpur menerusi program pembangunan fizikal, sosio-ekonomi, kawalan perancangan dan perkhidmatan perbandaran secara terancang dan terselaras berteraskan kepada tadbir urus yang cemerlang.

VISI PENUBUHAN
Visi penubuhan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah merealisasikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia menjelang tahun 2020 dengan menjadi PBT terunggul yang dapat memenuhi citarasa wargakota.

DASAR KUALITI DBKL


Menyediakan dan mempertingkatkan perkhidmatan yang efisyen, mesra dan telus, selari dengan kemajuan dan pembangunan kakitangan.

SLOGAN DBKL
BERSEDIA MENYUMBANG, BANDAR RAYA CEMERLANG

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga telah memaparkan bod tentang Visi, Misi, Objektif, Dasar Kualiti dan Slogan mereka dalam ibu pejabat mereka.

JUSTIFIKASI LOGO

Lambang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang dilancarkan pada 31 Januari 1992 adalah khas untuk kegunaan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Lambang ini menunjukkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai sebuah penguasa tempatan yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran dan pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan Ibu Negara Malaysia.

Lambang-lambang logo ini adalah seperti berikut :

Kepala Harimau Keris Semenanjung Dua Keris Bersilang Perisai

- Melambangkan keberanian dan ketegasan dari segi undang-undang dan perlembagaan. - Melambangkan kebudayaan. - Melambangkan keagamaan, keamanan dan kekuatan serta warisan

keeratan persaudaraan. - Melambangkan keagamaan, keamanan dan

keeratan persaudaraan. Warna Merah Pada Perisai - Melambangkan keberanian masyarakat Kuala Lumpur untuk menempuh era-era yang penuh cabaran. Warna Biru, Merah dan Putih Lambang Kuala - Menunjukkan Lumpur Wilayah Persekutuan Kuala - Melambangkan bendera Kuala Lumpur dan bendera Malaysia.

Lumpur sebagai Pusat Kerajaan dan Pentadbiran , Pusat Perdagangan, Pusat Kebudayaan dan juga Pusat Pengajian di bawah Pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Bunga Raya Daun Serta Pucuknya

- Melambangkan bunga kebangsaan Malaysia. - Melambangkan pembangunan Kuala Lumpur seiring dengan pengindahan serta pengekalan keindahan alam.

Reben

- Melambangkan

kemeriahan

kerana

Kuala

Lumpur menjadi tumpuan perayaan-perayaan dan dikenali sebagai Bandaraya Taman

Bercahaya.

BENDERA KUALA LUMPUR

Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah, warna biru bersama bintang dan bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan. 14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan agama Islam dan agama rasmi. Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan pentadbiran. Warna biru di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum. Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif. Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur. Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya.

LAGU KUALA LUMPUR


Dengan megah berkibar benderaku Lambang kemegahan warga kota Kuala Lumpur bersih berbunga bercahaya Harum nama diseluruh dunia Rakyat hidup bersatu dan bahagia Maju dan makmur bandaraya kita Tanah pusaka ni warisan bangsa Tegak berdaulat senbasa Tuhan selamatkan Kuala Lumpur Tuhan selamatkan Kuala Lumpur

Piagam Pelanggan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur


1. Merancang pembangunan ibu negara dengan cekap, efisien, teratur, terkawal dan telus untuk menjadikan bandar raya maju dan berdaya saing melalui kelulusan perintah pembangunan, pelan bangunan dan kerja tanah dalam tempoh ditetapkan dari tarikh permohonan lengkap diterima. 2. Memudah dan menggalakkan urusan perniagaan serta menjamin keselamatan pengguna melalui pengamalan aktiviti perniagaan keselamatan pengguna melalui pengalaman aktiviti perniagaan berkualiti bagi menjana pertumbuhan ekonomi berprestasi tinggi di ibu kota melalui aktiviti. 3. Menyediakan dan menyelenggara kemudahan awam dan prasarana yang berkualiti, mencukupi, efisien, mesra pengguna dan mudah sampai bagi memenuhi keperluan warga kota. 4. Mengadakan aktiviti sosial / pembangunan komuniti setempat bersama persatuan penduduk / Badan Bukan Kerajaan mengikut jadual di setiap kawasan Parlimen sekurang-kurangnya 2 kali sebulan untuk membentuk budaya masyarakat yang bersatu padu dan harmoni. 5. Memastikan maklum balas awal kepada pengadu diberikan dalam tempoh 24 jam dan maklum balas mengenai status pelaksanan tindakan ke atas aduan diberikan selewat-lewatnya dalam tempoh 3 hari daripada tarikh penerimaan aduan dan membuat susulan sehingga selesai. 6. Memastikan semua perkhidmatan online dapat dicapai secara berterusan (24jam x 7 hari). 7. Mengurus kutipan hasil dengan cekap dan berbelanja secara berhemah. 8. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan secara adil, telus dan berterusan bagi kesejahteraan dan keselamatan warga kota melalui notis-notis yang dikeluarkan. 9. Memastikan modal insan dibangunkan secara berterusan untuk melahirkan warga kerja yang kompeten.

Misi Perkhidmatan Pelanggan

Pengiktirafan
MS ISO 9001:2008

1. Latar Belakang 1.1 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memulakan usaha untuk mendapatkan pengiktirafan pensijilan MS ISO 9001:2008 apabila Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad bin Ismail telah mengarahkan agar pengiktirafan pensijilan dibuat secara keseluruhan dan bukannya mengikut Jabatan. Sebelum usaha ini dilaksanakan, DBKL telah mendapat pengiktirafan pensijilan bagi 6 buah Jabatan yang juga melibatkan 6 skop pensijilan. Jabatan-Jabatan yang telah mendapat pensijilan terlebih awal ialah:Jabatan Kesihatan; Jabatan Perancang Bandar; Jabatan Pelesenan; Jabatan Kewangan; Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta; dan Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Peniaga Kecil. 1.2 Pelaksanaan untuk mendapatkan pengiktirafan pensijilan telah dimulakan pada 13 Januari 2009 iaitu tarikh arahan Datuk Bandar agar memulakan usaha ke arah pengiktirafan pensijilan secara keseluruhan. Datuk Bandar telah memberi tempoh selama 9 bulan dan hasrat ini disambut baik oleh kesemua pegawai dan kakitangan DBKL.

1.3 Datuk Bandar telah melantik Wakil Pengurusan iaitu, Datuk Ketua Pengarah dan Timbalan Wakil Pengurusan yang terdiri daripada 3 Timbalan Ketua Pengarah mengikut sektor masingmasing. Manakala Pegawai Dokumen telah dilantik yang terdiri daripada kesemua Pengarah/Ketua Unit/Ketua Pengurus Kawasan bagi memastikan kesemua dokumen adalah teratur. 1.4 Datuk Bandar telah melantik Wakil Pengurusan iaitu, Datuk Ketua Pengarah dan Timbalan Wakil Pengurusan yang terdiri daripada 3 Timbalan Ketua Pengarah mengikut sektor masingmasing. Manakala Pegawai Dokumen telah dilantik yang terdiri daripada kesemua Pengarah/Ketua Unit/Ketua Pengurus Kawasan bagi memastikan kesemua dokumen adalah teratur. 2. Seminar Kesedaran MS ISO 9001:2008 2.1 Bagi memastikan kesemua pegawai dan kakitangan memaklumi akan pelaksanaan MS ISO 9001:2008, Urus setia MS ISO 9001:2008 telah menganjurkan seminar MS ISO 9001:2008 yang disampaikan oleh wakil daripada SIRIM iaitu Puan Hanidah Ghazali. Seminar ini telah diadakan di auditorium DBKL dan dihadiri kira-kira 400 pegawai dan kakitangan DBKL. 3. Bengkel Penyediaan Dokumen 3.1 Kesemua Jabatan di DBKL telah melantik pasukan petugas di peringkat Jabatan yang terdiri daripada pelbagai peringkat. Kesemua pasukan petugas ini mula menyediakan dokumen mengikut skop pensijilan yang ditetapkan. 3.2 Bagi memastikan kesemua dokumen adalah mengikut standard yang ditetapkan dalam pelaksanaan MS ISO ini, Urus setia MS ISO 9001:2008 (UISO) telah menganjurkan 4 siri bengkel dokumen bermula 6 Februari 2009 hingga 20 Februari 2009. 4. Latihan kepada pegawai dan kakitangan 4.1 Kesemua pegawai dan kakitangan, DBKL telah mula membuat latihan ke atas sistem pengurusan kualiti yang diterapkan semasa bengkel dokumen sejurus selepas dokumen siap dan diluluskan oleh pengurusan tertinggi DBKL. 4.2 Latihan ini bertujuan untuk memastikan kesemua pegawai dan kakitangan melaksanakan tugas berdasarkan kepada sistem yang diterapkan dan mengikut peraturan yang ditetapkan berdasarkan kepada Standard ISO. 5. Penguatkuasaan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti 5.1 Bermula 10 Mac 2008, DBKL telah mula melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti di seluruh DBKL. Pelaksananaan ini melibatkan kesemua pegawai dan kakitangan DBKL daripada Pengurusan Tertinggi sehinggalah di peringkat bawahan.

6. Audit Dalaman 6.1 Beberapa siri bengkel Audit Dalaman juga telah dibuat bagi memastikan juruaudit yang dilantik benar-benar berkelayakan bagi mengaudit sistem pengurusan kualiti, DBKL. Juruaudit yang dilantik adalah melibatkan beberapa pegawai dan kakitangan daripada kumpulan pengurusan dan professional, kumpulan sokongan 1 dan kumpulan sokongan 2. 6.2 Seramai 166 juruaudit telah dilatih dan mula mengaudit sistem pengurusan kualiti DBKL pada 2 Jun 2009 hingga 15 Jun 2009 yang diketuai oleh Puan Jabarilah Jaafar, Timbalan Pengarah, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia. Tujuan pengauditan ini adalah bagi menyemak pelaksanaan sistem pengurusan kualiti adalah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Standard ISO. 6.3 Beberapa ketidakakuran telah didapati dan kesemua Jabatan yang terlibat telah membuat pembetulan dan penambahbaikan. 7. Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan 7.1 Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar telah diadakan pada 23, 24 dan 28 Julai 2009 melibatkan 3 sektor iaitu Sektor Pentadbiran, Sektor Perkhidmatan dan Sektor Pembangunan. 7.2 Kesemua Jabatan telah membentangkan beberapa agenda yang ditetapkan iaitu penemuan audit dalam, aduan dan maklumbalas pelanggan, pencapaian prestasi terhadap proses perkhidmatan, status tindakan pembetulan dan pencegahan, perubahan-perubahan yang boleh memberi kesan ke atas sistem pengurusan kualiti dan cadangan-cadangan penambahbaikan. 7.3 Datuk Bandar Kuala Lumpur telah bersetuju dengan pencapaian dan penambahbaikan yang dibuat diperingkat DBKL secara keseluruhan dan mengarahkan agar penambahbaikan dibuat secara berterusan. 8. Audit Peringkat Pertama 8.1 Audit Peringkat Pertama telah diadakan selama 2 hari yang dihadiri oleh seorang juruaudit daripada SIRIM Qas International Sdn Bhd (SIRIM) pada 3 dan 4 Ogos 2009. Kesemua 344 Dokumen Kualiti, DBKL yang terdiri daripada 1 Manual Kualiti, 15 Prosedur Pengurusan, 143 Prosedur Kualiti dan 185 Arahan Verja telah disemak semasa sesi pengauditan ini. 9. Audit Peringkat Kedua 9.1 Audit Peringkat Kedua telah diadakan selama 2 minggu bermula 24 Ogos 2009 hingga 4 September 2009. 9.2 Pasukan Audit daripada SIRIM seramai Jabatan/Unit/Pejabat Cawangan di DBKL. 6 juruaudit telah mengaudit kesemua

9.3 Kesemua Jabatan yang terlibat telah mengambil tindakan ke atas teguran yang ditemui oleh pasukan audit SIRIM.

10. Pengiktirafan Pensijilan MS ISO 9001:2008 10.1 DBKL telah dianugerahkan pensijilan MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM Qas International Sdn Bhd pada 18 September 2009 iaitu genap 8 bulan 5 hari daripada tarikh arahan Datuk Bandar. Pensijilan ini adalah melibatkan kesemua 35 skop pensijilan yang ditetapkan. Pengiktirafan pensijilan ini telah disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2009.

Sijil MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM Qas International Sdn Bhd pada 18 September 2009

CARTA ORGANISASI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Carta Organisasi yang boleh didapati di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia.

PENGURUSAN TERTINGGI DI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR


DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
Y. Bhg. Datuk Seri Ahmad Fuad Bin Ismail

KETUA PENGARAH DBKL


Y. Bhg. Datuk Hj. Salleh bin Yusup

TIMBALAN KETUA PENGARAH PENTADBIRAN


Y. Bhg. Datuk Normah Binti Malik

TIMBALAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN


Y. Bhg. Datuk Hj. Mhd. Amin Nordin bin Abd. Aziz

TIMBALAN KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN


Y. Bhg. Encik Zulkifli Bin Ibrahim

LEMBAGA PENASIHAT DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR


PENGERUSI

Y. Bhg. Datuk Seri Ahmad Fuad bin Ismail

ANGGOTA

Y. Bhg. Datuk Mustapa Kamal b. Mohd. Yusoff

Y. Bhg. Datuk Hj. Yahaya b. Mat Ghani @ Abbas

Y. Bhg. Datuk Hajah Sharifah Aminah Bt. Syed Ahmad

Y. Bhg. Datuk Ir. Haji Y. Bhg. Encik Ramanathan Chinnu Y. Bhg. Encik Lim Abdul Latif b. Mohd. Si Pin Som.

Y. Bhg. Datuk Himmat Singh

Y. Bhg. Datuk Seri Michael K.C Yam

Y. Brs. Puan Siti Fatimah Bt. Daud

Y. Brs. Encik Chin Yen Foo @ Banie Chin

Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 memperuntukkan pelantikan Ahli Lembaga Penasihat bagi menasihati Datuk Bandar dalam pentadbian Bandaraya Kuala Lumpur. Lembaga Penasihat ini terdiri daripada :Datuk Bandar 10 Ahli Pengerusi Dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. 2 Ahli 1 Ahli 2 Ahli Daripada Jabatan Perdana Menteri Daripada Kementerian Kewangan Wakil Kerajaan negeri Selangor

Latar Belakang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur SEJARAH PENUBUHAN


Kuala Lumpur (Tulisan Jawi: , singkatan: KL) atau nama penuhnya Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur, merupakan ibu negara dan bandar terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km2 (94 batu), diduduki 1.63 juta orang mengikut banci tahun 2010. Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang, dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di negara Malaysia dari segi bilangan penduduk dan ekonomi. Sejarah moden Kuala Lumpur bermula pada 1850-an, ketika ketua Melayu Klang, Raja Abdullah, mengupah buruh Cina untuk membuka lombong timah yang baru dan lebih besar. Mereka tiba di kuala Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong di Ampang. Sungai Gombak pernah dikenali sebagai Sungai Lumpur, maka nama asal untuk bandar ini ialah "Pengkalan Lumpur", lama-kelamaan diberi nama Kuala Lumpur. Tidak lama kemudian, lombong timah dibuka di Pudu dan Batu. Kuala Lumpur telah berkembang sebagai kawasan perdagangan yang membekalkan barang-barang keperluan untuk pelombong bijih timah serta pusat kegiatan perlombongan.

Sekitar 1870-an, Kapitan Cina Kuala Lumpur,Yap Ah Loy menjadi pemimpin yang bertanggungjawab memastikan ketahanan diikuti pertumbuhan sistematik bandar ini. Beliau mula membangunkan Kuala Lumpur dari sebuah tempat kecil yang tidak dikenali menjadi bandar perlombongan yang giat sekali ekonominya. Pada tahun 1880, ibu negeri Selangor berpindah dari Klang ke Kuala Lumpur yang jauh lebih strategik. Kuala Lumpur mencapai status bandar raya pada tahun 1972, menjadikannya petempatan pertama di Malaysia yang dikurniakan status itu sejak mencapai kemerdekaan. Pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan, lalu menyerahkan status ibu negeri Selangor kepada Shah Alam pada tahun 1978. Pada 14 Mei 1990, Kuala Lumpur menyambut 100 tahun kerajaan tempatannya dengan memperkenalkan lagu dan bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dan juga pusat kerajaan persekutuan Malaysia. Fungsi-fungsi pentadbiran dan kehakiman kerajaan beralih dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Namun begitu, Kuala Lumpur masih mengekalkan fungsi perundangan, dan juga kekal sebagai kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Daripada sebuah pekan kecil, Kuala Lumpur telah menjadi Ibu Kota Negara dan sebuah bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar Raya Kuala Lumpur kini menjadi penting dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan sukan.

Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal, sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972.

Tan Sri Dato' Lokman Yusof bekas Pesuruhjaya Ibu Kota telah dilantik sebagai Datuk Bandar yang pertama. Beliau meninggal dunia pada 15 Mei 1972. Tan Sri Yaakob Latiff telah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kedua selama 10 tahun. Beliau telah digantikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ketiga iaitu Tan Sri Dato' Elyas Omar pada 1 Februari 1983. Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keempat ialah Dato' Dr. Mazlan Ahmad yang telah dilantik pada 17 November 1992. Tan Sri Dato Kamaruzzaman Shariff, Datuk Bandar Kuala Lumpur kelima, dilantik sebagai Datuk Bandar pada 14 Disember 1995 hingga 13 Disember 2001. Beliau diganti oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keenam iaitu Y. Bhg. Kol. Datuk Hj. Mohmad Shaid b. Mohd Taufek yang dilantik pada 14 Disember 2001. Kemudian, daripada 14 Disember 2004 sehinggalah 13 Disember 2006, jawatan Datuk Bandar yang ketujuh telah disandang oleh Y Bhg. Dato' Hj. Ruslin bin Hj. Hasan.

Bermula dari 14 Disember 2006 hingga 13 Disember 2008, jawatan Datuk Bandar yang kelapan telah disandang oleh Y Bhg. Datuk Seri AB Hakim bin Borhan. Kini, jawatan Datuk Bandar kesembilan pula disandang oleh Y Bhg. Datuk Seri Ahmad Fuad bin Ismail yang memulakan tugasannya pada 14 Disember 2008.

Undang-Undang Tubuh

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merupakan satu-satunya pihak berkuasa tempatan di Malaysia yang mentadbir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memainkan banyak peranan dalam hal yang berkaitan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Oleh itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melaksanakan beberapa perundangan bagi melicinkan pentadbiran. Antara Undang-undang Tubuh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur termasuklah :

Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190) Akta Bandaraya Kuala Lumpur 1971 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 1973 Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 Akta Kerajaan Tempatan 1976 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 Akta Hiburan WPKL 1989 Akta Pengangkutan Jalan 1987 Akta Makanan 1983 Terdapat beberapa perundangan subsidiari seperti yang berikutnya :

1. Akta Ibu Kota Persekutuan 1960

1. Peraturan-Peraturan Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur 1989

2. Perintah Ibu Kota Persekutuan (Kawasan Bandaraya) 197

2.. Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974

1. Sewerage & Drainage By-Laws 1957 2. Street, Drainage & Building (Desludging of Septic Tank & Imhoff Tank Charges) (Federal Territory) By-Laws 1983 3. Street, Drainage & Building (Sewerage Charges) (FTKL) 1985 4. Private Sewage Plant Construction By-Laws 1960 5. Private Sewage Plants (Repair & Maintenance) By-Laws 1961 6. UUK Kerjatanah (WPKL) 1988 7. UUK Bangunan (WPKL) 1985 8. UUK Jalan, Parit & Bangunan (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) (WPKL) 1985 9. UUK Jalan, Parit & Bangunan (Mendapatkan Tunggakan) (WPKL) 1990

3. Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992

1. Kaedah-Kaedah Hiburan (WPKL) 1993 2. Kaedah-Kaedah Hiburan (WPKL) (Mengkompaunkan Kesalahan) 1993 3. Perintah Hiburan (WPKL) (Perisytiharan) 1994

4. Akta Makanan 1983

1. Peraturan-Peraturan Makanan 1985 2. Pelantikan Pegawai Yang Diberikuasa

5. Akta Pengangkutan Jalan 1987

1. 2.

Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan (Saiz, Warna & Jenis) 1959

3.

Kaedah-Kaedah Kenderaan Barangan (Memuatkan & Memunggah) (Kuala Lumpur) 1962

4.

Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (Ibu Kota) 1969

5.

Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Terminal Bas) (Bandaraya Kuala Lumpur) 1973

6.

Kaedah-Kaedah Bandaraya Kuala Lumpur (Bayaran Pemindahan & Penahanan Kereta Motor) 1977

7.

Perintas Lalulintas Jalan (Letak Kereta Bermeter) (Wilayah Persekutuan) 1984

8.

Perintah Lalulintas Jalan (Sekatan Had Berat Ke Atas Kenderaan Yang Berat) (Bandaraya Kuala Lumpur) 1986

9.

Perintah Had Laju (Bandaraya Kuala Lumpur) 1989

10. Perintah Pengangkutan Jalan (Kenderaan Bergerak Perlahan) (Larangan Ke Atas Penggunaan Jalan) (Bandaraya Kuala Lumpur) 1994 11. Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan (Mata Demerit) 1997 12. Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003 13. Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Notis Di Bawah Subseksyen 53(1)) 2003 14. Perintah Pengangkutan Jalan (Perhentian Teksi) (WPKL) 2007 6. Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982

1. Kaedah-Kaedah Ranchangan (Pembangunan) 1970 2. Kaedah-Kaedah (Perancangan) (Caj Pembangunan) Bandaraya Kuala Lumpur 1979 3. Kaedah-Kaedah (Perancangan) (Kelas-Kelas Kegunaan) Bandaraya

Kuala Lumpur 1980 4. Kaedah-Kaedah (Perancangan) (Zon & Kepadatan) Wilayah Persekutuan 1985 5. Kaedah-Kaedah (Perancangan) Wilayah Persekutuan (Mengkompaunkan Kesalahan) 1986 6. Kaedah-Kaedah (Perancangan) (Lembaga Rayuan) Wilayah Persekutuan 1997 7. Pemberitahuan Kadar Bunga Atas Ansuran Caj Pembangunan 8. Pengecualian Di Bawah Kaedah 14 Kaedah-Kaedah Ranchangan (Pembangunan) 1970 9. Kaedah-Kaedah (Perancangan) WPKL (Tatacara Untuk Pemulangan Caj Pembangunan) 2007

Undang-Undang Kecil
Undang-undang kecil menurut konteks adalah undang-undang yang dibuat bukan melalui Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Biasanya ia dibuat oleh sesuatu kementerian. Sebelum undang-undang kecil itu berkuatkuasa dan sah, maka perlu ada Akta Parlimen atau Enakmen negeri yang memperuntukkan bahawa undang-undang kecil itu boleh dibuat. Akta Parlimen yang memperuntukkan itu digelar akta induk. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut mengikuti undang-undang kecil ini. Antara undang-undang kecil yang dilaksanakan ialah :

Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154) Akta Duti Hiburan 1953 Akta Eksais 1976 Peraturan-peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan-setinggan) 1969 Akta Hotel WPKL 2003 Akta Pemberipinjam Wang 1951 Akta Pajak Gadai 1972 Akta Penjualan Dadah 1952

Terdapat beberapa perundangan subsidiari di bawah akta-akta tersebut :


1. Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975

1. Peraturan-Peraturan Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (Mengkompaunkan Kesalahan) 1975

2. Akta Duti Hiburan 1953

1. Kadar Duti Hiburan 1953 2. Kaedah-Kaedah Duti Hiburan 1953 3. Pelantikan Dato Bandar Sebagai Timbalan Pemungut Duti Hiburan

3. Akta Eksais 1961

1. Peraturan-Peraturan Eksais (Penjualan Liquor Yang Memabukkan) 1977

4. Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan-Setinggan) 1969

1. Perintah Perlu (Pembersihan Setinggan-Setinggan (Pemakaian) (Selangor) 1969

5. Akta Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003

1. Peraturan-Peraturan Hotel (WPKL) (Pengkompaunan Kesalahan) 2005

6. Akta Pemegang Pajakgadai 1972

1. Pelantikan Dato Bandar Sebagai Pegawai Pelesenan

7. Akta Pemberipinjam Wang 1951

1. Pelantikan Pendaftar & Penolong-Penolong Pendaftar Pemberipinjam Wang 2. Kaedah-Kaedah Pemberipinjam Wang 1952

8. Akta Jualan Dadah 1952 (Disemak 1952)

1. Peraturan-Peraturan Jualan Makanan & Dadah 1952

Perincian Peranan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merupakan suatu institusi pentadbiran tempatan yang memainkan beberapa peranan yang penting dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan sukan. Pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur makin hari makin rancak. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terkenal sebagai suatu pentadbiran yang amat penting kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempunyai banyak tanggungjawab yang amat berat agar memastikan keadaan tidak menjadi huru-hara. Oleh itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengasaskan beberapa jabatan dalam pentadbirannya untuk membantu melicinkan pentadbiran dan membolehkan pentadbirannya berada dalam keadaan yang lebih teratur. Antara peranan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah seperti berikut, mereka menubuhkan Jabatan Seni Taman dan Kawalan Pembersihan Bandar yang berperanan untuk memberikan perkhidmatan pembersihan dan pelupusan sampah.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga memberi perkhidmatan kesihatan awam kepada masyarakat dan mengawal pencemaran di sekitar Kuala Lumpur.

Selain itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertanggungjawab untuk menguruskan pengindahan bandar.

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga menubuhkan Jabatan Pengangkutan Bandar yang berperanan untuk membina dan menyelenggara jalan, mengadakan prasarana pengangkutan serta mengurus sistem lalulintas.

Seterusnya, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengasaskan Jabatan Saliran dan Pengurusan Sungai untuk membina dan menyelenggara sistem perparitan dan sungai.

Jabatan Perancang Bandar juga bertanggungjawab untuk merancang dan mengawal pembangunan bandar.

Di samping itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga telah menubuhkan Jabatan Pengurusan Perumahan untuk membina dan mengurus perumahan awam.

Pengurusan, pengawalan dan penempatan semula setinggan juga diletakkan di bawah kuasa Jabatan Pengurusan Perumahan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Peniaga Kecil yang ditubuhkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengurus dan mengawal hal ehwal penjaja dan peniaga kecil.

Jabatan Pelesenan pula bertanggungjawab untuk mengeluar dan mengawal lesen perniagaan.

Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan yang ditubuhkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berperanan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti sukan, kebudayaan dan pelancongan.

Bukan itu sahaja, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga telah mengasaskan Jabatan Kerja Awam yang bertanggungjawab untuk menyediakan, menguruskan dan menyenggarakan kemudahan awam seperti stadium, kompleks sukan/pusat komuniti, masjid/surau, taman rekreasi, pasar, pusat penjaja, perpustakaan, tandas awam, perhentian bas/teksi, tanah perkuburan dan krematorium.

Peranan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga adalah untuk memberi perkhidmatan komuniti dan sosial kepada warga kota dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial.

Tanggungjawab Bidang Tugas Pentadbir


Seorang pentadbir hendaklah bertanggungjawab apabila diberikan jawatan dan tanggungjawab yang berat bagi mentadbir sebuah organisasi yang penting dalam negara Malaysia. Tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka hendaklah dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan komitmen. Tugas-tugas yang diberikan kepada mereka amatlah berat dan bukan semua orang mampu mengendalikannya. Antara tanggungjawab dan bidang tugas pentadbiran ialah mereka bertanggungjawab untuk menasihatkan Datuk Bandar mengenai perkara yang berkaitan dengan pentadbiran bandar raya Kuala Lumpur sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang DiPertuan Agong atau yang dirujuk oleh Menteri atau Datuk Bandar mengikut Akta Ibu Kota Persekutuan 1960. Keanggotaan Lembaga Penasihat Bandaraya terdiri daripada seramai 11 orang dan dipengerusikan oleh Datuk Bandar. Datuk Bandar Kuala Lumpur merupakan Ketua Eksekutif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Lembaga dan Jawatankuasa Yang Membantu Datuk Bandar


PENGERUSI : DATUK BANDAR y y Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur Jawatankuasa Perunding Bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Institusi Profesional (JOBPIC) y y y y y y Lembaga Perolehan I Jawatankuasa Perancang Bandar I Jawatankuasa Pembangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Jawatankuasa Pandu Penswastaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Majlis Tindakan Pelancongan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Gred Utama

PENGERUSI: KETUA PENGARAH

o Jawatankuasa Perancang Bandar II o o Jawatankuasa Penasihat Lalulintas Jawatankuasa Penasihat Belanjawan dan Kewangan

o Jawatankuasa Penamaan Jalan o Lembaga Perolehan II

Jawatankuasa One-Stop Centre (OSC)

o Jawatankuasa Bersama Penguatkuasaan Undang-undang Polis & Dewan Bandaraya Kuala Lumpur o Jawatankuasa Belanjawan & Kewangan

PENGERUSI: AHLI LEMBAGA PENASIHAT

          

Jawatankuasa Pendengaran Bantahan Cukai Pintu Jawatankuasa Pengurusan Penjaja & Perniagaan Kecil Jawatankuasa Pembangunan Sukan & Rekreasi Jawatankuasa Alam Sekitar & Pengindahan Jawatankuasa Anti-Vandalisme Jawatankuasa Audit Jawatankuasa Rekabentuk Bangunan Jawatankuasa Pembangunan Komuniti & Sosial Jawatankuasa Pengangkutan Bandar dan Lalulintas Jawatankuasa Pelancongan & Kebudayaan Jawatankuasa Perumahan & Setinggan

Cara pelantikan pentadbir tempatan


Pelantikan pentadbir tempatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merupakan suatu pelantikan yang unik dan menarik. Setiap pelantikan mempunyai caranya yang tersendiri. Bagi cara pelantikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, pengerusi Lembaga Penasihat Bandaraya ialah Datuk Bandar. 10 ahlinya dilantik oleh Yang DiPertuan Agong. 1 ahli pula dilantik daripada Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi). Seterusnya, 1 lagi ahli dilantik daripada Kementerian Kewangan. 1 ahli dipilih daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan 2 ahli Lembaga Penasihat Bandaraya yang merupakan wakil Kerajaan Negeri Selangor.

Peranan
Institusi pentadbiran tempatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memainkan beberapa peranan yang penting dari segi ekonomi, pendidikan, kebudayaan, kemasyarakatan dan pelancongan.

EKONOMI
Kuala Lumpur dan bandar-bandar di sekelilingnya membentuk rantau yang pesat pembangunannya serta berindustri yang banyak membantu dalam ekonomi negara Malaysia. Menjelang tahun 2020, diyakini bahawa bandar raya Kuala Lumpur mampu menjadi sebuah bandar raya yang bertaraf dunia. Walaupun pentadbiran kerajaan persekutuan sudah berpindah ke Putrajaya, namun jentera-jentera kerajaan tertentu seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Bank Negara Malaysia serta kebanyakan kedutaan dan misi diplomatik masih kekal di Kuala Lumpur. Dengan perpindahan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan ke Putrajaya, penyusutan peranan ini mungkin dirasai, namun fungsi Bandar Raya akan kekal sebagai pusat perniagaan dan ekonomi. Dalam membangunkan ekonomi Kuala Lumpur, pelbagai usaha yang telah diambil oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi Kuala Lumpur (pada nilai pembelian tahun 1987) telah meningkat daripada RM21,157 juta (pada tahun 1995) kepada RM25 968 juta, pada tahun 2000 dengan kadar pertumbuhan purata tahunan 4.2%. Kadar purata pertumbuhan tahunan KDNK Malaysia bagi tempoh yang sama adalah 4.7% (rujuk Jadual 4.1).

KDNK per kapita Kuala Lumpur bagi tempoh 1995 hingga 2000 meningkat dari RM22,799 kepada RM30,727 dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 6.1 peratus. KDNK per kapita Kuala Lumpur adalah lebih sekali ganda berbanding dengan KDNK per kapita negara (rujuk Jadual 4.2).

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi negara. Sebagai contoh, DBKL memudahkan dan menggalakkan urusan perniagaan serta menjamin keselamatan pengguna melalui pengamalan aktiviti perniagaan keselamatan pengguna melalui pengalaman aktiviti perniagaan berkualiti bagi menjana pertumbuhan ekonomi berprestasi tinggi di ibu kota melalui aktiviti.

Mengikut Ucapan Bajet 2011 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang boleh didapati di laman internet yang beralamat http://pdfscout.org/pdf/peranan-dbkl-dalam-ekonomi-kualalumpur.html, terbuktilah bahawa DBKL telah banyak menyumbang kepada ekonomi negara

Malaysia dan mengambil kesempatan untuk meningkatkan ekonomi negara. Antara pelan mereka ialah, mereka telah mencipta Pelan Strategik DBKL yang dijadikan hala tuju pengurusan dan pembangunan Kuala Lumpur. Pelan Strategik DBKL mengariskan Lima (5) Matlamat dengan Tujuh Belas (17) Terasnya pula membentuk Kerangka Strategi kepada arah tuju tersebut. Lima matlamat tersebut adalah :

a) Bandaraya Milik Warga Kota (City For People)

Bermaksud warga kota yang mendapat serta menerima nikmat kesejahteraan bandar dalam bentuk persekitaran yang berkualiti dan mudah sampai, mengamalkan cara hidup sihat dan selamat, saling berhubung dan menghormati keunikan masing-masing serta harmoni

b) Kemakmuran Ekonomi (Economic Prosperity)

Bermaksud kemakmuran ekonomi akan tercapai apabila ianya mapan, dan berupaya menawarkan perniagaan. Selain dari itu wujud kesamarataan peluang dalam kegiatan ekonomi di kalangan warga kota serta keseimbangan pemilikan harta

c) Bandaraya Saling Berhubung (Connected City) Bermaksud bandar raya yang mempunyai rangkaian pengangkutan awam, jalan dan laluan pejalan kaki, kenderaan bermotor yang bersepadu dan mampuguna untuk kemudahsampaian warga kota ke kawasan perdagangan dan perkhidmatan serta boleh berhubung secara maya

d) Bandaraya Eko (Eco City) Bermaksud bandar raya yang mempunyai persekitaran yang sihat,kawasan hijau yang mencukupi dengan kualiti hidup tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang baik

e) Tadbir Urus Cekap dan Berkesan (Good Governance) Bermaksud pentadbiran yang telus, bertanggungjawab, adil, cekap dan berkesan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga akan melipatgandakan usaha mereka dengan mempertingkatkan penyelenggaraan infrastruktur jalan raya, saliran dan kemudahan awam untuk memberikan keselesaan kepada rakyat. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga akan membaikpulih jalan dan longkang serta menaik taraf jalan, lorong bas, kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) dan siar kaki. Selain itu, sejumlah duit RM43.6 juta disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi penyelenggaraan 37,000 lampu lentern untuk lampu jalan, lampu hiasan, lampu limpah dan bayaran bil elektrik untuk keselamatan pengguna jalan raya.Kesimpulannya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah banyak menyumbang kepada ekonomi Malaysia dengan usaha yang berterusan.

PENDIDIKAN
Kuala Lumpur amat terkenal dengan pendidikan kerana kebanyakan sekolah terletak di Kuala Lumpur. Perkhidmatan pendidikan yang sedia ada ini amat sesuai dengan status Bandar Metropolitan. Terdapat bilangan institusi pendidikan di negara Malaysia yang amat besar yang menawarkan kursus dalam bidang-bidang yang luas sempadannya. Antaranya termasuklah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perubatan Antarabangsa dan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, serta sebilangan besar kolej swasta seperti Universiti Tun Abdul Razak dan Universiti Tunku Abdul Rahman yang menarik penuntut dari dalam dan luar negara untuk melanjutkan pelajaran di sana. Peranan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam sektor pendidikan di negara Malaysia adalah memastikan modal insan dibangunkan secara berterusan untuk melahirkan warga kerja yang kompeten. Dari segi pendidikan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga telah menubuhkan perkhidmatan perpustakaan yang lengkap, moden dan mesra. Perpustakaan yang dimaksudkan ialah Perpustakaan Kuala Lumpur yang terletak di No. 1 Jalan Raja, 50050 Kuala Lumpur. Perpustakaan Kuala Lumpur juga mempunyai 8 buah perpustakaan cawangan yang sedang beroperasi bagi memenuhi keperluan wargakota dalam mencari maklumat dan ilmu. Kesemua perpustakaan ini turut memberi perkhidmatan kepada semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Bangunan ini mengandungi auditorium mini, dewan persidangan, dewan pelbagai guna, bilik bilik latihan, dua buah galeri pameran, kemudahan internet, bahan bahan bacaan dan rujukan dalam bentuk digital selain dari bahan bercetak untuk memberi kelebihan mengakses maklumat dari sumber yang pelbagai dan menggunakan teknologi terkini. Tujuan perpustakaan

ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang lengkap, moden dan mesra untuk semua wargakota setanding dengan perpustakaan-perpustakaan terbaik di dunia. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga telah menubuhkan sebuah perpustakaan dalam ibu pejabatnya sendiri, iaitu Perpustakaan Jabatan. Perpustakaan ini terletak di Tingkat 1, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Fungsi perpustakaan tersebut adalah seperti memperoleh bahan-bahan rujukan termasuk bahan-bahan pandang dengar yang dapat membantu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam bidang pentadbiran, perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur dan memperuntukkan bahan-bahan bacaan yang dapat memberi bantuan kepada para pegawai professional dan teknikal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam perjalanan tugas serta peningkatan kemahiran masing-masing serta Memperuntukkan bahan-bahan bacaan ringan dan pandang dengar yang dapat menyuburkan fikiran, meluaskan pengetahuan dan memupuk kesopanan di kalangan pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Penubuhan perpustakaan-perpustakaan yang berguna ini dapat meningkatkan taraf pendidikan negara kita.

KEBUDAYAAN

Dari segi kebudayaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memainkan peranan yang penting. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menubuhkan Bahagian Pembangunan Sosial dan Kebudayaan semata-matanya untuk menggalak dan memperkembangkan aktiviti kebudayaan dalam kalangan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan penduduk-penduduk Wilayah Persekutuan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga telah menyelaras, mengatur dan menguruskan aktiviti sosial dengan penubuhan bahagian ini. Fungsi Bahagian Pembangunan Sosial dan Kebudayaan ini adalah untuk menyediakan, menggalakkan dan mempertingkatkan aktiviti kebudayaan dalam bidang tarian, drama, nyanyian, muzik dan pementasan. Selain itu, fungsinya juga adalah untuk menyelaraskan, menganjurkan dan menguruskan aktiviti sosial seperti acara-acara Perayaan Awam Tahunan, Malaysia Fest, Anti Dadah, Pelancongan dan sebagainya. Bahagian ini juga berfungsi untuk menyelaras persiapan bagi majlis-majlis rasmi kerajaan. Kebudayaan amat penting untuk semua negara terutamanya negara yang mempunyai berbagai jenis kaum seperti negara Malaysia. Kebudayaan penting kerana dapat memupuk perpaduan kaum serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Perpaduan kaum penting untuk pembentukan sebuah negara yang berdaulat. Sekiranya perpaduan kaum tidak tercapai, keamanan dan kestabilan politik sesebuah negara sudah tentu akan terjejas.

KEMASYARAKATAN
Kemasyarakatan juga merupakan asas kepada pembentukan sebuah negara yang aman dan damai. Oleh itu, pelbagai langkah harus dilakukan untuk mencapai perpaduan kaum antara masyarakat. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah menyediakan perkhidmatan kemasyarakatan bersama penduduk dalam usaha untuk memupuk perpaduan kaum. Antaranya adalah seperti penyediaan peralatan gotong-royong. Pihak DBKL telah menyediakan peralatan tersebut agar penduduk yang tidak mampu membeli peralatan tersebut dapat membantu dalam aktiviti gotongroyong menceriakan kawasan perumahan tanpa mengeluarkan duit. Selain itu, DBKL telah menubuhkan Bahagian Pembangunan dan Kemajuan Sosial yang bertanggungjawab merancangkan, menyelaraskan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sosial di kawasan perumahan awam DBKL. Bahagian ini juga merancang projek/ aktiviti/ program ekonomi yang boleh mendatangkan pendapatan tambahan kepada penghuni-penghuni di kawasan Perumahan Awam DBKL serta menyelaraskan aktiviti sosial lain yang dianjurkan oleh Persatuan/ Pertubuhan/ Agensi selain dari Persatuan Penduduk yang terdapat di kawasan Perumahan Awam DBKL.

DBKL juga bertanggungjawab untuk meluluskan permohonan permit khemah. Kelulusan permohonan permit ini membolehkan integrasi kaum serta hubungan antara masyarakat yang baik.

Di samping itu, sekiranya bencana alam berlaku, DBKL akan mendermakan sejumlah wang yang besar kepada mangsa-mangsa bencana alam. Hal ini akan menyebabkan perpaduan antara masyarakat juga.

PELANCONGAN

Sektor pelancongan juga merupakan sektor yang penting dalam negara Malaysia kerana bukan sahaja meluaskan peluang perniagaan, malah menyediakan pekerjaan berpendapatan dan berpeluang untuk mengharumkan nama negara dengan tempat-tempat yang menarik di sini. Kuala Lumpur juga merupakan tempat yang seronok untuk bersiar dan membeli-belah bagi para pelancong. Oleh yang demikian, bilangan hotel yang didirikan di ibu kota ini amat besar. Kuala Lumpur makin berkembang menjadi destinasi beli-belah antarabangsa dengan bilangan pusat beli-belah yang boleh didapati di mana-mana sekitar ibu kota ini. Pusat beli-belah yang terdapat di sini memasarkan jenama tempatan dan jenama antarabangsa. Terdapat banyak destinasi pelancongan yang utama di Kuala Lumpur yang menjadi tarikan pelancong seperti Dataran Merdeka, Menara Kuala Lumpur, Istana Budaya, Istana Negara, Muzium Negara, Tugu Negara dan tempat-tempat beribadat seperti Masjid Jamek, Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan. Tokong, kuil dan gereja juga boleh didapati. Oleh itu, masyarakat berbilang kaum dan agama dapat bersembahyang dan juga bersiar-siar di Kuala Lumpur. Bagi tempat hiburan ataupun tempat untuk menambahkan ilmu pengetahuan, Aquaria di Kuala Lumpur Convention Center, Batu Caves, Pusat Sains Negara, Zoo Negara, Makam Pahlawan, Jalan Petaling, Pusat Pelawat Royal Selangor juga terletak di sekitar Kuala Lumpur.

Pelbagai jenis tempat penginapan dan hotel dari hotel yang murah hingga hotel yang berbintang lima dan berharga lebih mahal terletak di merata-rata bandar bagi menampung kemasukan pelancong secara berkumpulan terutamanya pada musim cuti perayaan atau sekolah. Semua perkhidmatan yang terdapat di Kuala Lumpur diletakkan di bawah kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Pihak DBKL telah menjalankan tugas mereka dengan baik sekali kerana bandar raya Kuala Lumpur sememangnya berada dalam keadaan yang baik dan sentiasa dikunjungi pelancong. Secara tidak langsung, ekonomi negara juga meningkat.

Perkembangan PEMBANGUNAN PRASARANA

Kesesakan lalu lintas yang berlaku setiap hari di Kuala Lumpur seakan-akan sudah menjadi suatu fenomena yang tidak dapat dielakkan lagi. Hal ini demikian kerana bilangan kenderaan yang amat tinggi di sekitar bandar raya Kuala Lumpur. Peluang pekerjaan banyak terdapat di Kuala Lumpur. Oleh itu, kesesakan lalu lintas terjadi akibat pekerja-pekerja yang bergegas ke tempat kerjanya. Kuala Lumpur juga merupakan destinasi pelancong untuk membeli-belah. Pelbagai langkah yang telah dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengurangkan masalah kesesakan jalan raya seperti membina jalan raya enam lorong, membina jambatan, lebuhraya-lebuhraya di dalam bandar dan pinggir bandar. Untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, beberapa lebuhraya bertol telah dibina seperti lebuh raya Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya DUKE dan sebagainya. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertanggungjawab untuk merancang, mengawal dan melaksanakan projek-projek pembangunan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Projekprojek pembangunan tersebut merangkumi projek-projek perumahan, taman dan rekreasi, kompleks perdagangan dan perniagaan, kawasan perindustrian dan bandar-bandar baru. Projek pembangunan tersebut telah mematuhi kaedah perancangan pembangunan dan syarat-syarat yang terkandung dalam Akta Perancangan.

Selain itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga berperanan untuk membangunkan dan menaikkan taraf kampung dan taraf hidup penduduk di sana. Kawasan-kawasan ini telah disediakan dengan bekalan elektrik, paip umum, jambatan, jalan, longkang, dewan orang ramai dan kemudahan-kemudahan sukan sebagai langkah oleh DBKL untuk meningkatkan taraf hidup penduduk dan kampung tersebut serta memperbandarkan kampung-kampung setinggan.

Di samping itu, pihak DBKL juga telah membangunkan bandar-bandar baru. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mewujudkan bandar-bandar baru seperti Bandar Baru Sentul, Bandar Baru Wangsa Maju, Damansara, Bandar Razak dan Bukit Jalil untuk mengelakkan pusat bandar yang hanya diberikan tumpuan. Bandar-bandar ini dirancang untuk memenuhi keperluan penduduk tempatan dan sekitarnya. Terdapat perumahan awam, kilang perusahaan, pejabat kerajaan, sekolah dan lain-lain yang disediakan dalam bandar tersebut. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sudah berkembang menjadi sebuah institusi pentadbiran tempatan yang besar dan penting sekali.

SUMBER KEWANGAN
Sumber utama hasil operasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada tahun 2000 diperoleh hasil daripada taksiran harta yang mengandungi kira kira 62% daripada hasil keseluruhan. Ini diikuti dengan pulangan pelabuhan sebanyak 11%, caj perancangan dan kawalan pembangunan sebanyak 6%, penyewaan perumahan awam sebanyak 6%, bantuan daripada kerajaan persekutuan sebanyak 6% dan pelesenan dan denda sebanyak 5%. Sejumlah 58% daripada hasil taksiran harta ini disumbangkan oleh sektor perdagangan dan 42% lagi diperoleh daripada sektor kediaman. Perbelanjaan untuk pengurusan DBKL adalah termasuk kos-kos yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan sebanyak 43%, perumahan awam sebanyak 18%, sosial, sukan, rekreasi dan budaya sebanyak 10% serta pelesenan dan penguasaan sebanyak 9%. Analisis akaun operasi telah menunjukkan bahawa DBKL mempunyai lebihan dalam hasil bersih dari tahun 1990 hingga 2000. Perbelanjaan pembangunan secara amnya merangkumi perbelanjaan projek-projek seperti pembinaan dan pembaikan kemudahan awam, kompleks sukan, perumahan awam bagi golongan berpendapatan rendah, rangkaian jalan, perparitan dan landskap. Perbelanjaan pembanguanan ini dibiayai sebahagian besarnya oleh Kumpulan Wang Cukai Am yang membiayai kos sebanyak 50%, bantuan kerajaan persekutuan sebanyak 27%, pinjaman sebanyak 19 % dan sumbangan daripada pemaju-pemaju sebanyak 2%. Arah aliran yang lepas menunjukkan bahawa DBKL mempunyai kemampuan kewangan yang kukuh dan tidak menghadapi kesukaran membiayai projek-projek pembangunan.

PERANCANGAN MASA HADAPAN


Wawasan Kuala Lumpur untuk menjadi sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia' merupakan aspirasi untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang memikul banyak tanggungjawab yang berat bagi menjaga kepentingan masyarakat setempat, pekerja, pelawat dan menetapkan matlamat ke arah mewujudkan bandar raya Kuala Lumpur yang mampan dan harmoni. Oleh itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memastikan perancangan dan pembangunan yang dijalankan untuk menaik taraf bandar Kuala Lumpur hendaklah mencapai keseimbangan antara pembangunan fizikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar. Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 merupakan satu strategi perancangan dan pembangunan yang utama bagi Kuala Lumpur. Hal ini demikian kerana pelan ini akan menjadi panduan kepada perancang bandar, arkitek dan pemaju hartanah ke arah perkembangan Kuala Lumpur seterusnya ke arah pencapaian status sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia. Pada abad ke-21, Kuala Lumpur memang benar-benar telah berkembang menjadi sebuah kota metropolitan yang cantik, moden dengan dilengkapi sistem lalulintas dan kemudahan yang mencukupi. Bandaraya yang mula-mulanya hanya petempatan kecil yang diterokai kerana kaya dengan bijih timah kini didiami oleh dua juta penduduk dan muncul sebagai bandaraya contoh pada abad ke-21. Pokok-pokok yang menghijau dengan bunga-bungaan yang pelbagai warna, wangi dan tidak beracun serta lampu berwarna-warni bergemerlapan pada waktu malam memang sesuai dengan Taman Bercahaya yang dikatakan merujuk kepada Bandar Raya Kuala Lumpur.

Menjadi harapan pihak penguasa DBKL pada satu hari nanti mereka dapat membangunkan lagi Kuala Lumpur agar keindahan Bandaraya Kuala Lumpur menjadi sebutan dan menjadi buah mulut dalam kalangan semua pelancong asing. Juga, diharapkan agar Bandar Raya Kuala Lumpur dikagumi oleh wargakota dan penggunjung dari seluruh pelusuk dunia. Sungai Klang dan Sungai Gombak menjadi tumpuan orang ramai kerana airnya yang jernih membolehkan sungai tersebut menjadi tempat memancing ikan. Beberapa taman air dan taman rama-rama menjadi kunjungan warga kota pada setiap musim percutian. DBKL juga berharap agar jalan raya tidak akan sesesak kini dan mengakibatkan kemalangan jalan raya yang membawa maut. Masyarakat Malaysia selesa dengan menggunakan pengangkutan awam seperti LRT dan Monorel yang dapat mengurangkan pencemaran udara dan mengurangkan kesesakan jalan raya. Pihak DBKL sedar cita-cita mereka untuk mencapai matlamat ini bukanlah suatu perkara yang mudah dicapai, tetapi usaha yang berterusan dan kesungguhan dan kerjasama daripada setiap warga kota dan anggota DBKL pasti dapat menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya yang gilang-gemilang pada masa hadapan.

CABARAN YANG DIHADAPI


Penstrukturan semula Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah untuk memantapkan struktur organisasi dan fungsi DBKL bagi menghadapi cabaran dan kompleksiti akibat arus pembangunan globalisasi dan liberalisasi serta ekspektasi masyarakat Kuala Lumpur yang tinggi terhadap DBKL. Dalam usaha memajukan Kuala Lumpur sebagai bandar metropolitan yang terkemuka di dunia pelbagai cabaran dan rintangan perlu dihadapi oleh pihak DBKL. Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh pihak DBKL ialah usaha untuk melaksanakan Pelan Struktur Kuala Lumpur. Mereka juga perlu menyediakan dan melaksanakan Pelan Tempatan Kuala Lumpur. DBKL juga bercita-cita untuk mencapai matlamat Gagasan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian, Diutumakan yang terdiri daripada National Key Result Areas (NKRAs) dan National Key Economics Areas (NKEA) - (Greater KL). Mereka juga ingin melaksanakan Pelan Strategik DBKL dan melaksanakan 7P dan Pelan Strategik Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Program Penambahbaikan Sistem Penyampaian Perkhidmatan dan Tadbir Urus iaitu Pelaksanaan MS ISO 9001 : 2008, Pelaksanaan Key Performance Indicator (KPI), Pemantapan Fungsi Urusetia Pusat Setempat, Penubuhan Pusat Pengurusan Asuan ('Call Centre') dan Pelaksanaan Pelan Strategik ICT DBKL juga menjadi cabaran kepada pihak DBKL untuk melaksanakannya.

Namun demikian, cabaran yang paling besar ialah sikap warga kota yang tidak bekerjasama dalam menjaga keindahan dan kebersihan bandaraya, sebaliknya menjalankan aktiviti vandalisme dan mengotorkan Bandar Raya Kuala Lumpur dengan membuang sampah di meratarata tempat. Dalam usaha untuk memajukan Kuala Lumpur agar menjadi sebuah Bandar Raya yang Bertaraf Dunia, kerjasama daripada semua pihak, sumbangan idea, sokongan moral, sumbangan dari segi tenaga dan kewangan dapat membantu merealisasikan harapan agar Kuala Lumpur menjadi dan muncul sebagai bandaraya metropolis yang gemilang.

Rumusan
Kesimpulannya, saya telah menerapkan beberapa nilai murni dan unsur patriotisme dalam diri saya selepas saya menjalankan kajian tentang institusi pentadbiran tempatan yang dikaji, iaitu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk kerja kursus Sejarah ini. Saya telah memahami dengan lebih mendalam tentang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah memastikan warga kota Kuala Lumpur dapat tinggal dalam suasana yang bersih, selesa dan ceria. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti pembinaan taman yang dapat mengeratkan hubungan masyarakat dan seterusnya mencapai perpaduan kaum di Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga telah mendirikan perpustakaan awam yang dilengkapi dengan bahan bacaan dan rujukan yang dapat menolong rakyat dalam penyelidikan dan dapat meningkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia. Selain itu, saya telah mengetahui bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah berperanan untuk menjaga imej, keselamatan dan keceriaan Kuala Lumpur sehingga dapat menarik perhatian pelancong asing untuk mengunjungi Bandar Raya Kuala Lumpur. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa berusaha untuk membangunkan Kuala Lumpur. Usaha ini yang ditunjukkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memupuk semangat dalam diri saya untuk membangunkan negara Malaysia. Setelah menjalankan kajian ini, saya juga telah melahirkan perasaan bangga terhadap sejarah penubuhan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan lebih mengetahui tentang sejarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan perkembangannya. Saya telah menyemai perasaan peka kepada masalah dan isu seperti yang ditunjukkan oleh kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Saya berharap agar saya akan peka terhadap masalah dan isu-isu semasa dan berusaha

untuk membantu membangun negara Malaysia. Seterusnya, saya telah menanam perasaan sabar dan berdikari semasa membuat kajian ini. Proses menjalankan kajian dan penyelidikan untuk kerja kursus ini dan proses mentafsir maklumat yang diperoleh untuk melengkapi kerja kursus ini tidak dapat dihabiskan dalam masa yang singkat dan memerlukan kesabaran dan nilai berdikari untuk melaksanakan tugas ini dengan cemerlang. Akhir sekali, saya telah menyemai perasaan ingin melibatkan diri dalam usaha pembangunan bagi membangunkan negara Malaysia agar dapat mengharumkan nama negara. Kerja kursus sejarah ini yang bertemakan Institusi Pentadbiran Tempatan telah menerapkan banyak unsur patriotisme dalam diri saya. Saya juga telah memperoleh iktibar daripada kajian ini. Kita, sebagai rakyat Malaysia harus menyedari akan kepentingan pembangunan kepada negara kita dalam usaha untuk meningkatkan imej negara. Warganegara Malaysia dan bangsa Malaysia harus menjadi lebih bertanggungjawab dan bekerjasama dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur apabila pihak tersebut mengadakan akitiviti gotong-royong atau manamana kegiatan yang membangunkan Kuala Lumpur ataupun negara kerana sokongan daripada rakyat penting dalam pembentukan negara yang berdaulat. Pihak kerajaan patut menyeru kepada orang awam tentang peri pentingnya kerjasama mereka dalam usaha membangunkan negara Malaysia. Untuk diri saya pula, saya berasa sungguh bangga akan sumbangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kepada bandar raya Kuala Lumpur dan negara Malaysia. Saya juga berasa amat bangga untuk menjadi warganegara Malaysia yang semakin membangun dengan pesat. Selepas mengetahui tentang peranan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, saya berasa berminat akan pembangunan dan bercita-cita untuk membantu membangunkan bandar raya Kuala Lumpur supaya menjadi sebuah bandaraya yang bertaraf dunia yang gemilang serta meningkatkan lagi imej negara Malaysia pada masa hadapan.

L A M P I R A N

Koridor di luar Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 1.

Bukti perasmian Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Pelan petunjuk arah di Menara DBKL 1

Kad pelawat yang diberikan kepada pelawat yang datang ke Menara DBKL.

Rujukan
Saya telah merujuk kepada beberapa bahan dan tempat untuk melengkapkan kerja kursus Sejarah ini tentang institusi pentadbiran tempatan yang dikaji, iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Antaranya termasuklah : a) Melawat tempat kajian Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur. Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

b) Internet Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, http://www.dbkl.gov.my/portalv7/index.php Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, http://ms.wikipedia.org/wiki/Dewan_Bandaraya_Kuala_Lumpur Fungsi dan Pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, http://www.dbkl.gov.my/portalv7/pdf/others/Taklimat_DBKL.pdf c) Akhbar Sinar Harian, 31 Mac 2011.

d) Buku Masariah Mispari, Johara Abdul Wahab, Ridzuan Hasan, 2003. Sejarah Tingkatan 2. Kuala Lumpur:DBP.

e) Album Album 100 Tahun Kuala Lumpur Menjadi Penguasa Tempatan, Disember 1990, Penerbitan Puteries. f) Majalah Dewan Masyarakat jld. 29 bil., 01 Januari 1991, halaman 8, Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya dan Pustaka, 1991. Dewan Masyarakat jld. 29 bil., 02 Februari 1991, halaman 52, Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya dan Pustaka, 1991.

You might also like