You are on page 1of 50

Friday, May 13, 2005

PENDIDIKAN SENI VISUAL


Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Pendidikan Seni Visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah menengah rendah dan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan proses penghasilan, produk, kefahaman seni warisan, pengertian seni secara menyeluruh dan aspek kritikan. Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini. v Page 6 PENDAHULUAN Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.

Pendidikan Seni Visual sekolah menengah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah menengah merangkumi perkara yang berkait dengan seni halus, komunikasi visual, reka bentuk dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama. 1 pendidikan seni visual sekolah menengah Page 7 MATLAMAT Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan. OBJEKTIF Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah bertujuan untuk

1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, 2. memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual, 3. meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya, 4. menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti, 5. membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual, 6. mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain, 2 pendidikan seni visual sekolah menengah Page 8 7. menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa, 8. menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya, 9. menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitan dengan keselesaan hidup, dan 10. membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa. ORGANISASI KURIKULUM Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaitu Bidang Penghasilan Seni Visual serta Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Kedua-dua bahagian ini diharapkan dapat membantu murid dalam menguasai pelbagai kemahiran. Antara kemahiran yang akan dikuasai murid melalui pendidikan seni visual ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran membuat pilihan dan keputusan yang tepat, kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat, kemahiran bekerjasama dan kemahiran pengurusan.

Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran ini guru perlu mengintegrasikan kedua-dua bidang ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam penghasilan seni visual, kegiatan harus melibatkan penerokaan, pewujudan idea, perkembangan idea, pembelajaran secara terancang, penggunaan teknologi, alat dan bahan melalui teknik tertentu. Semua kegiatan seni mengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa dan selepas proses penghasilan. Ini bertujuan menerapkan budaya penyelidikan di kalangan murid. 3 pendidikan seni visual sekolah menengah Page 9 pendidikan seni visual sekolah menengah Kedua-dua bidang ini menjurus kepada matlamat Pendidikan Seni Visual dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tujuannya adalah untuk pembinaan individu, keluarga, masyarakat dan negara. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan dalam bentuk teori dan praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk mengendalikannya asalkan meliputi tiga domain iaitu, pengetahuan, kemahiran dan nilai. Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah kegiatan kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat dan diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi. Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan pemupukan minat terhadap Pendidikan Seni Visual dapat dikembangkan. Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual memberi tumpuan kepada pengalaman seni dalam kehidupan harian dan dalam budaya kebangsaan. Perbandingan dengan seni dan budaya luar juga digalakkan bagi memperlihatkan keseimbangan pendedahan dalam bidang seni visual termasuk kraf kebangsaan demi mengenali seni visual dalam evolusi budaya kebangsaan. KANDUNGAN

Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah disusun berdasarkan kandungan yang dibahagikan kepada: 1. Penghasilan seni visual 2. Sejarah dan apresiasi seni visual 4 Page 10 pendidikan seni visual sekolah menengah 1. PENGHASILAN SENI VISUAL Bidang ini menyediakan peluang kepada murid mengaplikasi kefahaman mereka untuk menghasilkan kerja seni berdasarkan asas seni reka dalam pelbagai teknik. Proses penghasilan ini memberatkan pernyataan idea yang berkaitan dengan pernyataan kendiri, masyarakat dan nilai kenegaraan. Sehubungan itu latar belakang budaya dan nilai masyarakat yang terdapat dalam sesuatu karya seni diperkenalkan. Aspek sains dan teknologi diperkenalkan secara terus untuk membantu kegiatan seni. Bidang ini meliputi asas seni reka, seni halus (lukisan, catan, arca dan cetakan), komunikasi visual (seni grafik dan multimedia), reka bentuk (reka bentuk industri dan reka bentuk persekitaran) serta seni kraf tradisional dan dimensi baru. Bidang Penghasilan Seni Visual meliputi: a) Asas Seni Reka i) Unsur Seni garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan dan warna ii) Prinsip rekaan harmoni, penegasan, imbangan, kontra, irama dan pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan. b) Seni Halus lukisan, catan, arca dan cetakan c) Komunikasi Visual

reka bentuk grafik dan multimedia d) Reka Bentuk reka bentuk industri dan reka bentuk persekitaran (hiasan dalaman dan lanskap) 5 Page 11 pendidikan seni visual sekolah menengah e) Kraf Tradisional dan Dimensi Baru tembikar/seramik, batik, ukiran kayu, anyaman, tenunan dan tekat. Bidang ini memberi peluang kepada murid membuat kajian pemahaman terhadap hasil seni visual dalam budaya tempatan, kebangsaan dan negara ASEAN serta negara tertentu yang mempunyai kesamaan dan kelainan dengan budaya kebangsaan. Murid dapat menyatakan kefahaman, membuat apresiasi dan kritikan seni. Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual meliputi : a) Perkembangan Seni Visual di Malaysia: i) Seni Halus gerakan seni halus, pelukis, penghasilan dan sumbangan. ii) Kraf Tradisional dan Pribumi tokoh, penghasilan dan sumbangan. b) Peralatan senjata dan domestik c) Alat Permainan

gasing, wau dan alat muzik tradisional d) Seni Bina kediaman, masjid, wakaf, gerbang, makam dan taman e) Kenderaan darat dan laut atau sungai 6 2. SEJARAH DAN APRESIASI SENI VISUAL Page 12 pendidikan seni visual sekolah menengah f) Pakaian baju kurung, baju melayu, baju kedah, baju cekak musang dan lain-lain. g) Perhiasan (Ornamen) hiasan kepala, hiasan leher, hiasan tangan, hiasan kaki dan hiasan pinggang 7

pendapat al-ghazali, ibnu kkhaldun dan laura chapman


Al-ghazali..
Al-Ghazali adalah seorang ahli falsafah islam yang terunggul bukan sahaja dikalangan umat islam malah di kalangan para karyawan barat juga. Keagungan al-Ghazali memberi kesan yang mendalam dalam jiwa kaum muslimin dari segi pemikiran dan juga pekertinya yang juga memang terpuji. Keilmuannya yang sangat luas khususnya dalam bidang falsafah, usul, fekah, ilmu kalam, tasawuf, kemasyarakatan, pendidikan, politik dan juga kesenian serta dengan penulisan buku yang banyak maka wajarlah beliau digelar sebagai Hujjatul Islam . Nama sebenar Al-Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Tusi al-Ghazali. Dilahirkan di Tus pada 1058M berhampiran Bandar Meshad di Khorasan, Iran. Perkataan al-Ghazali berasal dari tempat kelahirannya iaitu Gazalah atau pekerjaan bapanya sebagai penenun dan penjual kain, Ghazzal. Zaman kanak-kanaknya dihabiskan dengan mempelajari ilmu usuluddin dan fiqah syafii. Ketika berusia 20 tahun pada tahun 1077M, beliau telah pergi ke madrasah Nizammiyah di Nirharpur. Menjadi pelajar kepada Abu Almaali al Juwayni yang dikenali sebagai imam al-Haramayni merupakan seorang ulama yang terkenal pada zaman itu. Melalui bimbingannya, beliau telah mempelajari usulludin, ilmu kalam, sains, tabii, falsafah dan

ilmu logik. Imam Haramayni memiliki kehebatan yang luar biasa sehingga menyebabkan semua hadirin menangis setiap kali membicarakan tentang sejarah ahli sufi dan makam mereka. Beliau juga memperkenalkan teori logik dan ilmu falsafah kepada al-ghazali. Namun ilmu yang menjadi keutamaan al-ghazali ialah ilmu kalam. Al-Ghazali dikatakan seorang yang mempunyai kepintaran luar biasa, alim dan dianggap sebagai seorang yang mencintai ilmu pengetahuan. Dalam bidang kesenian, al-Ghazali mengemukakan teori estetika. Teori ini menyentuh aspek keindahan yang terdapat pada sesebuah karya seni. Keindahan menurut al-ghazali adalah nikmat yang tersendiri yang dihayati kerananya dan bukan untuk tujuan yang lain. Keindahan sesuatu benda itu terletak pada kesempurnaannya yang disedari melalui sifatnya. Al-Ghazali tidak menumpukan perhatiannya kepada karya seni dalam bentuk fizikal. Ini kerana beliau berpendapat sesebuah karya seni yang dinilai daripada aspek fizikal sebenarnya hanyalah untuk tuntutan jasmani. Bagi al-Ghazali, manusia yang taksub dengan kebendaan tidak akan berjaya menjejak kebahagiaan hakiki tetapi akan terus menerus hanyut dalam kancah kehancuran. Selain itu, segala yang ditanggapi yang melahirkan nikmat dan kepuasan bergantung kepada orang yang membuat tanggapan itu. Sesebuah karya seni yang dihargai dan diamati akan dapat melahirkan kepuasan pada penghayat seni itu sendiri. Ini merumus kepada segala yang indah akan dikasihi kerana yang indah memberi atau mendatangkan kepuasan kepada penghayatnya. Keindahan alam semulajadi merumuskan tuhan yang menciptakannya kerana yang menciptakannya ialah tuhan yang indah. Keindahan tuhan dapat dipersepsikan melalui kuasa pancaindera dan oleh mata hati . alGhazali melihat keindahan daripada segi dalaman yang bersabit dengan nilai-nilai kerohanian, etika dan keagamaan. Keindahan alam luaran atau syahadah dapat dipersepsi oleh pancaindera yang lima dan didapati oleh sesiapa sahaja manakala keindahan dalaman manusia yang dapat dihayati melalui mata hati lebih peka, lebih seni daripada pancaindera yang lima. Seni menurut pandangan al-Ghazali adalah sesuatu yang tidak dinafikan bahawa hubungan seni dengan kehidupan manusia tidak boleh dipisahkan. Manusia tidak boleh terpinggir dengan seni namun kehadiran seni itu wajar tidak memisahkan akidah manusia. Dalam perspektif islam, seni boleh dibahagikan kepada dua tujuan iaitu yang pertama ialah suatu alat bagi manusia mencapai matlamat lebih tinggi dan bermakna iaitu untuk mencapai kbahagiaan dunia dan akhirat manakala yang kedua pula ialah seni melupakan suatu penawar bagi seseorang yang mengembara di dunia ini dalam menuju alam akhirat.

Ibnu khaldun Ibnu Khaldun adalah seorang tokoh pemikir islam yang unggul terutama dalam bidang sosiologi dan falsafah. Lukisannya yang dikenali sebagai muqaddimah atau prolegomena menjadi ibu kepada kesusasteraan falsafah sejarah dan sosiologi. ( estidotmy utusan Malaysia, 2002) Ibnu Khaldun dilahirkan di Tunisia pada 1 Ramadhan tahun 732H .Nama penuh Ibnu Khaldun adalah Abdul Rahman Abu Zin Waliuddin Ibn Muhamad Ibnu Khaldun al-Maliki al-Hadrami. Khaldun adalah gelaran beliau sempena nama datuknya Khaldun daripada suku Hadrami. Nama asal beliau ialah Khalid. Perkataan khaldun itu sendiri bermaksud intelek, ulama , pemimpi dan pemikir. Dalam usia yang masih muda, beliau mampu menguasai pelbagai jenis ilmu tafsir, hadis, fikah, maliki, tauhid dan usul fikah. Ibnu Khaldun meninggal dunia pada 26 ramadhan tahun 808 hijrah ketika berusia 86 tahun. Ibnu khaldun dimakamkan di Mesir pada zaman kerajaan bani uthmaniyah disekitar kawasan permakaman kaum sufi di bab al-nasir ( ghazali Darussalam,1988 ) Menurut Ibnu Khaldun, seni itu suatu kebenaran, keindahan dan kebaikan. Didalamnya juga terkandung nilai-nilai estetika, etika dan logika. Estetika mengandungi unsur-unsur kecantikan, baik susunannya, menarik komposisinya serta indah apabila sesuatu hasil karya itu dihasilkan. Etika itu merujuk kepada elemen elemen akhlak atau moral yang membina manusia. Logika pula merujuk kepada satu kebenaran yang hakiki. Pengetahuan dalam ssejarah boleh membentuk kerangka kefahaman dalam seni. Pengetahuan dalam sejarah ini tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia pada zaman batu sejak kewujudan lukisan di gua Altamira, Sepanyol. Bagi Ibnu Khaldun, kebenaran dalam kesenian haruslah berpaksikan Allah s.w.t. kesenian dicetuskan dengan niat mendapatkan keredhaan allah.s.w.t. seni dalam islam adalah seni yang mementingkan nilai-nilai akidah, syarak dan akhlak. Kesenian islam menjadikan al-quran, al-sunnah, ijmak dan qiyas sebagai sumbernya. Dalam seni khat misalnya, terkandung nilai kebenaran pada keesaan allah s.w.t. seni kahat arb adalah anugerah daripda allah kepada manusia. Keindahan ditafsirkan sebagai kecantikan, keelokkan atau perihal yang menerangkan sesuatau yang indah. Perkataan indah itu sendiri dimengerti sebagai sesuatau yang baik, molek dan bagus. Kesenian yang diciptakan atas seni islam mestilah mengandungi nilai kebaikan dan nilai akhlak.

Sedangkan seni yang tidak berbentuk islam diciptakna untuk tujuan takbur, riak menaikkan nafsu syahwat, merosakkan akidah, syarak dan akhlak. Estetika pula membawa maksud kecantikan, baik susunannya dan keberkesanannya.ia melibatkan psikologi manusia yang berkaitan dengan perasaan. Daripda sudut psikologi, keindahan itu dilihat sebagai sesuatau yang sesuai kepada pancaindera atau deria rasa. Laura H.Chapman Beliau mengemukakan tiga pandangan terhadap seni. Pertama ialah seni adalah untuk masyarakat dan ini b bermakna seni itu perlu disebarkan dan dikongsi. Atas alas an inilah,seni itu tidak boleh digunakan untuk kepentingan sendiri. Seni perlu dikongsi bersama-sama agar semua orang dapat menikmati keindahannya. Kedua,seni dan kreativiti menjadi satu unsur yang berimaginasi. Ini bermakna seni dan kreativiti perlu bergabung menjadi unsur imaginasi terutamanya dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pendapat beliau yang ketiga pula ialah beliau lebih menumpukan kepada seni utama iaitu melalui pemerhatian,penerokaan,penghasilan serta apresiasi dan perlanjutan. Ketiga-tiga pendapat Chapman ini menjadi satu unsur yang penting dalam seni. Selain itu,beliau turut menyatakan melalui seni dapat dihasilkan melalui kaedah penjanaan idea. Umumnya ,dalam menjana idea,pengkarya menetapkan objektif,haluan dan tujuan penghasilan karya, ia dilakukan agar karya yang dihasilakan dapat menepati kehendak sebagaimana objektif penghasilan karya. Sebagai contohnya, guru mestilah membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea.Ini membolehkan pelajar dapat menghasilkan karya yang baik. Di samping itu,beliau turut menyatakan melalui pengolahan dan pemurnian.Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi

mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun.Idea perlu diolah dan dimurnikan terlebih dahulu sebelum menghasilkan sesebuah kajian visual.Proses ini digunakan oleh pengkarya untuk memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.Jadi,sudah tentu imej atau visual tersebut dihasilkan tanpa terpesong daripada tema dan objektif. Selain itu, kemahiran dalam menggunakan bahan .Ini merupakan salah satu kemahiran yang perlu dimiliki terutamanya dalam menghasilkan karya seni agar karya yang terhasil itu bermutu. Pemilihan dan penggunaan bahan yang sesuai penting agar segala karya seni yang dihasilkan nampak kreatif. Contohnya, guru perlu membimbing pelajar untuk mempelajari pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Para guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk ajar kepada para pelajar supaya pemilihan bahan oleh para pelajar mempunyai makna dan nilai tersendiri. Pendapat beliau yang terakhir ialah kritikan seni. Kritikan seni penting agar setiap orang dapat memperbaiki sesuatu hasil seni kepada yang lebih baik dan membina keyakinan kepada pelajar. Melalui kritikan seni juga,para pelajar dapat memahami adat,tradisi dan nilai sesuatu masyarakat. Seni adalah untuk masyarakat, Seni dan kreativiti menjadi satu unsur imaginasi

pengertian pendidikan seni visual


HBAE1103 PSV 1. Pengertian PSV - Proses phasiln karya seni dgn mlibatn aspek pemahaman,phayatn & kritikan mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid. 4 Bidang utama PSV SR a) Menggambar b) Membuat corak dan rekaan c) Membentuk & membuat binaan d) Mengenal kraf tradisional 2. Matlamat PSV & Objektif - membentuk keperibadian celik budaya - mempunyai nilai estetik yg tinggi ,kreatif,inovatif - rasa ksyukurn terhadap tuhan - menghargai keindahan alam - menyumbang kearah pembangunan diri,keluarga - selaras dgn FPN - Menunjukkan phargan terhadap tokoh seni visual - dijadikan sbg prospek kerjaya. 3. Pandangan Tokoh Barat a) Plato (347 SM) lukisan adalah 3 x terpisah drp kebenaran .Seni dan pendidikan perlu dipandukan kpd

kebenaran,kebaikan,kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan. Dikatkan dgn perlakuan,akhlak, nilai dan moral . Mencipta sesuatu persekitaran yg berbudaya dan meningkatkan perpaduan. - Lukisan dibincang dgn konsep imitasi - membandingkan lukisan dgn kebenaran - Pelukis meniru objek yg dibuat oleh tukang pembuat. b) Aristotle ( 384-322SM) - pelukis x meniru tapi memberi struktur bentuk kpd benda alam maka seni itu baik. C) Pestalozzi (1746-1827) - beri peluang kpd kanak-kanak belajar seni sama ada berbakat atau tidak diberi penekanan kepada konsep kepentingan aktiviti mata dan tangan. - kerja tangan atau kraftangan diajar dgn konsep sepanjang hayat aktiviti bercorak praktikal. d) Herbert Read - Seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yg menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik. - Seni alat untuk mendidik sesrg - seni boleh menyatukan semua Negara ( pendidikan dan pembentukan diri ) e) Frank Cizek ( 1865-1946) - Seni sebagaio satu peranan ekspresi bebas dlm pendidikan . - Kanak-kanak diberi ruang untuk melukis mengikut pandangan mereka supaya x hilang kreativiti dan sifat keperibadian diri- mewujudkan suasana gembira, suka riang, minat untuk belajar dan memajukan diri. f) John Dewey (1859 1952) - Aktiviti seni meruapkan satu pengalaman kpd kanak-kanak. - Memberi kebebasan kpd kanak-kanak menysun pengalaman uintuk mencerdaskannya g) Walter Gropius - Seni visual memberi faedah kpd kehidupan seharian seperti dfalam prinsip rekaan dan nilai estetik bagi menghasilkan barangan harian eg. Kerusi,meja dsn.

- Ianya mengabungkan seni , pertukangan , sains dan teknologi. h) Efland dan Chapman - Seni adlah untuk masyarakat - Seni dan kreativiti menjadi satu unsur imaginasi. i) Lansing - seni dpt mengembangkan potensi pemikiran , sikap dan psikomotor. J) June McFee - Menekan kpd kesenian dan individu serta seni dalam masyarakat warisan budaya. k) Feldman - Seni dan kebudayaan tunjang pembangunan seni manusia. 4. Konsep kendiri berdasarkan konsep SV barat - membantu dan membentuk daya kreativiti pelajar - untukmengekspresikan imaginasi dan luahan perasaan - menyedarkan pelajar terhadap warisan budaya - menghargai dan memulihara seni - Ada Kesedaran murid kreatif dan produktif - Membentuk sikap JERI 5. Pandangan Tokoh timur dan islam a) Muslim dalam kitab Al-Iman org yg mempunyai ilmu seni bertemu dgn objek alam s/jadi dapat mencipta suatu karya dan menghargai objek tersebut. b) Pandangan Al-Ghazali - Seni bersandarkan drp Allah kpd Allah. - Seni menuju kpd Al-Falah ( keredhaan Allah) - Pemangkin kpd ketaqwaan ( tawaduk & beriman) c) Sidi Ghazalba - Seni x melampui batas kesusilaan - Seni bertunjang drp Allah kpd Allah - Hasil seni itu bertunjang mardatillah ( diredhai Allah) - seni membentuk peribadi muslim d) Perkembangan SV barat

PERANAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK - mengembangkan naluri ingin tahu secara eksplorasi menerusi deria. -Pemikiran kreatif dan kritis akan terus dijana -Menurut Bersoon (1982), galakan yang diberi kepada kanakkanak menggunakan deria dan respon emosinya dalam memperolehi pengalaman akan meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat pengamatan dan penaksiran. -Eisner (1980) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan tanggapan seterusnya melahirkan konsep. - Feldman (1976 kanak-kanak dapat meningkatkan kesedaran tentang berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari masa ke semasa. - Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran mengembangkan pemikiran yang kritis. Perkembangan Seni Visual Malaysia Perkembangan seni visual bermula. Pendekatan kaedah seni catan easel. 1930-an 1940-an Tema keindahan alam tempatan dan aktiviti masyarakat. 1950-an Berlaku pertembungan stail Timur dan Barat. Hal benda seni potret yang realistik, unsu~unsur budaya, kesenian tradisi, seni abstrak dan semi abstrak. 1960-an Pertembungan stail Timur dan Barat lebih berkembang dan berdaya saing lagi.

1970-an Menampilkan banyak lagi sumbangan kerana munculnya pelukispelukis berpendidikan Barat yang mendokong isme-isme barat. 1980-an 1990-an Perkembangan seni memuncak dan lebih meluas. Kebangkitan seni Islam mempengaruhi peluasan seni visual. hbae1103 Zulmz65@yahoo.com - Fuller & Pribble dan Ross kanak-kanak boleh menghasilkan lukisan karikatur politik dgn baik secra tampak dan lakaran sifat fizikal. Topik 2 Strategi P&P PSV 1. Sukatan Pelajaran PSV a) Pengenalan bidang ilmu pengetahuan , kemahiran dan aktiviti . b) Hasil Pembelajaran c) Kandungan matlamat, objektif, organisasi kurikulum dan kandungan. d) Matlamat melahirkan insan yg harmonis, kritis, kreatif dan proaktif - kesyukuran kpd Tuhan - Menghargai keindahan alam , seni dan warisan budaya - meningkatkan pembangunan diri,keluarga, masy dan Negara e) Objektif - berdasar FPK menyeluruh, seimbang, bersepadu, harmonis. f) organisasi i- pemerhatian secara aktif sensitivity deria termasuk PSA,benda yg konkrit,minat, bahan dan mencetus idea ii- interatif yg kritis & kreatif dgn alat dan bahan- melibatkan aktiviti penerokaan dan penghasilan iii-Apresiasi ( penghargaan ) SV secara mudah- pernyataan

dgn aktiviti diakhir pelajaran. iv- menghargai nilai baik- idea dikaitkan dgn kehidupan Pendapat Chapman 1986- 4 aspek utama i. pemerhatian ii. penerokaan iii. penghasilan iv. apresiasi dan perlanjutan. 2. Strategi P&P PSV a) Kontruktivisme membina konsep berdasarkan pengetahuan sedia ada. Pelajar digalak mencari idea,buat kajian, yakin diri dan dpt berintraksi. Kerja yg dilaku sendiri akan menguat minda manusia. b) Teori kecerdasan pelbagai kebolehan meny. Masalah, menjana masalah baru dan membuat sesuatu. ( meniru aksi , menggaya aksi , meniru bunyi, meniru muzik, menyebut ejaan , membanding panjang objek dgn jari , membilang ) Naturalis, verbal-lingustik, logik-matematik, visual-ruang , intrapersonal, interpersonal, muzik , kinestetik. c) ICT satu alat tambahan/ sokongan kpd P&P yg berkesan berpandukan ICT. d) Pembelajaran akses kendiri pelajar belajar sendiri dgn pengawasan dan bimbingan guru. e) Pembelajaran Masteri P&P berfokuskan kpd murid x faham ( pemulihan), faham ( pengayaan). f) Kajian masa depan pelajar diajar cara berfikir bagi meransang minda berdasarkan ramalan , imaginasi and kreativiti. g) Pembelajaran secara kontekstual keadah menggabung isi kandungan dgn pengalaman individu melalui aktiviti handon, mind-on. h) Kemahiran berfikir proses menggunakan minda untuk mencari makna dan meny. Masalah. i. KB kreatif kebolehan mencerna dan mhasilkan idea asli. ii. KB kritis kebolehan utk menilai kemunasabahan idea

3. Pujin & pnilain PSV a) Konsep Pengujian memperolehi maklumat secara objektif dan bersistem . Tujuannya : - memperolehi m/balas P&P - memasukkan murid dlm kump. Tertentu mengikut criteria - memilih murid utk sesuatu tugas - mengkategori murid - memotivasi murid - menyelidik P&P murid. b) Konsep Penilaian i) Pn Formatif mengukur kemajuan murid diakhir sesuatu unit pembelajaran. ii) Pn Sumatif dijalankan pada akhir tahun bagi tujuan memberi gred. c) Penilaian berasaskan sekolah diselaraskan secara berpusat melalui 3 cara pemerhatian , lisan , bertulis dan amali. d) Penilaian Portfolio Portfolio PSV merupakan satu fail kerja yang berterusan mengikut keperluan semasa proses P&P. Guru menilai hasil usaha murid secara spesifik dan menyeluruh. Topik 3 Bidang Kegiatan Menggambar 1. Asas-asas menggambar menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut ekspresi tersendiri ( pengalaman langsung) hingga dapat idea baru dari benda konkrit. 2. Alat dan Bahan pensel, cat minyak, krayon, cat air, pen dll 3. Teknik menggambar lukisan , catan ( mengecat) , kolaj (tampalan-bebas dan bertindih) , montaj, cetakan, resis (gunakan bahan yg x bercampur spt warna aii dan warna lilin ), gosokan, stensilan, percikan, gurisan (guna krayon pd permukaan dan

guris dgn benda tajam) , capan (guna bahan yg disapu dgn warna cth kulit siput , dll), mozek (tampalan 4 segi kertas warna keatas kertas.) 4. Persembahan hasil karya a) Ekspresi diri . b) Kem. Mengaplikasikan alat,bahan dan teknik. c) Apresiasi dalam bidang menggambar Topik 4 Bidang Rekaan dan Corak 1. Apa itu corak struktur susunan ulangan berdasarkan motif. Seperti alam s/jadi, bahan buatan mns , geometri, abjad, brg kraf 2. Susunan corak Penuh, turun separa, berulang, orgee, batu bata, berpusat , sendeng, berombak, bertindih, jidar, bertimbul, berjalur, cerminan 3. Teknik,alat dan bahan, proses dan hasil a) Corak tak terancang pualaman (cat kilat dalam air), tiupan, titisan , ikatan & celupan, renjisan & percikan. b) Corak terancang lukisan , catan, cetakan, capan, lipatan& guntingan, resis, kolaj, kaligrafi. Topik 5 Kegiatan membentuk dan m,embuat binaan 1. Aktiviti dan bahan Aktiviti bahan teknik arca timbul Kepingan kayu , batu, kertas lumat, tanah liat Acuan, tampalan, asemblaj, binaan Asemblaj- bhg yg dicantum menjadi kesatuan objek

Kayu, logam, simen , besi Kimpalan, binaan, cantuman skru , gam Mobail- cantuman kertas , tali, dawai Besi, dawai, kertas, tali, logam, kadbod Kimpalam, gam, skru, ikatan Stabail cantuman bahan 3D Simen, logam, plastik, spare parts kendaraan Kimpalan, skru, ikatan, acuan, binaan model Kertas tebal, loyang, gangsa, zink, akar kayu Gam, kimpalan, skru, acuan Diorama model dgn sesuatu tema Plywood, papan, zink, patung, karangan laut Cantuman, gam, kimpalan boneka Tekstil, span, tali, cat spray, warna Jahitan, gam, kimpalan, skru

topeng Papier mache, plastic, s/khabar, Gam, cantuman, kimpalan hbae1103 Zulmz65@yahoo.com habuk papan Origami ( seni lipatan kertas ) Kertas, tekstil, gunting, pisau nt, gam dan tali Lipatan, golongan. 2. Tema atau subjek a) alam s/jadi dan objek persekitaran- flora fauna b) Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi cipta sesuatu melangkaui batas fizikal. c) aliran dan tema sejagat berkonsepkan kehidupan manusia cth wau wau bulan. d) keperluan dan pengalaman hidup harian- meletakkan keperluan asas masyarakat dan Negara cth. Menara KL 3. Perkembangan dan penghalusan idea a) melalui pemerhatian dan kajian visual mengenai alam dan fenomenanya b) Perubahan cara bekerja ada perubahan dan kelainan dalam penghasilan idea. c) Penerokaan symbol dan makna terus mencuba dan menemukan dapatan baru. 4. Penentuan alat dan bahan bahan terbuang, benda drp alam sekitar, benda buatan manusia, bahan terbuang buatan manusia cth kerusi patah dsn. 5. Cara membentuk dan membuat binaan - kenalpasti bahagian binaan - mencantum bentuk - imbangan kestabilan dan kedudukan - guna alat dan bahan pengolahan

- mhasiln jenis bentuk bergerak - melengkapkan bentuk mengikut perancangan - membanding hasil rekabentuk dgn objek sebenar - memahami proses - menilai hasil bentuk rekaan - memperagakan bentuk rekaan - menceritakan pengalaman baru - mempamer dan mempersembahkan 6. Persembahan hasil kerja a) Ekspresi diri - menetapi tema dan tajuk - sesuai dgn tujuan hasilan - kuat, kukh, selamat - kosep kepelbagaian bahan - imbangan yg menarik - menguasai prinsip rekaan rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan, kesatuan. - asli, unik dan berketerampilan. b) Kem. Mengaplikasi alat, bahan dan teknik - kesuaian tajuk - membuat lakaran kecil sesuai dgn objek - dikawalselia progress kerja - pilih teknik membuat - Alat diguna dgn betul dan tertib - tekstur yg licin dan menarik - kemasan akhir projek - Tapak yg kukuh dan selamat. TOPIK 6 Mengenal kraf tradisional 1. Kraf Tradisional kerja-kerja berunsurkan seni yg melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masy. Yg diwarisi turun temurun. 2. Jenis kraf tradisional a) alat domestik perlatan harian masyarakat tradisional spt senduk (tempurung), kukur kelapa (besi, kayu), tenggala (kayu) Teknik luakan, asemble,ukir. b) alat permainan alat permainan yg dimainkan utk mengisi masa lapang selepas kerja menuai . Spt wau (

proses-memilih buluh, meraut, membentuk rangka, menampal kertas dan corak ) Gasing-Jenis ( lang laut, leper, uri, piring) , Bahagian (paksi, temin, turaplabu,bahu, leher, kepala dan patak) Proses ( memilih kayu, membakal-kerat dan potong berbentuk kun, melarik, simpailingkaran logam pada bahu,labu dan patak) c) Alat pertahanan diri senjata- digunakan untuk memburu dan mempertahankan diri. Spt keris, tombak, tumbuk lada, lawi ayam, lembing, sumpit dll. d) Batik sejenis kraf yg dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan kain. Kaedah ( batik tulis, lukis, canting ). Proses ( kain dibasuh utk membuang kanji, dikeringkan dan diregangkan , motif dan corak dilakarkan dgn pensil, bahan campuran lilin dipanaskan, melakar diatas fabrik dgn canting , bahan warna disapu pad motif) e) Seni tekat tekstil yg dihasilkan dgn cara menyulam benang ke tasa kain dasar jenis baldu. Proses ( Penciptaan, persiapan pemidang, membentuk mempulur, menyulam) f) Tembikar barang kraf yg dihasilkan drp tanah liat, dibentuk dan dibakar. Alat yg digunakan (pisau, pengayak, pinggan, penggelek, dawai pemotong, kayu pembentuk, papan gelek dll ) g) Seni anyaman satu proses menyalin helaian daun pandan,mengkuang. Bilah buluh, rotan, lidi, bertam , pakupakis ribu ribu melalui teknik selang-seli. Proses daun ( melayur ,

menjangka daun- sisir/belah, melurut, merendam, pewarnaan- kuning (kunyit) jingg/ merah (buah kesumber india) biru tua (daun mengkudu) , hitam (buah pokok arang), hijau (daun bemban), mencelup warna. Proses anyaman ( lagang-bilah daun dibentuk V, mengayam, pepeh- anyaman mati tepi tikar, sisip- guna buluh elak terburai, kerat lebihan bilah anyaman) Kelarai corak atau motif berbentuk dam. Yg tidak bercorak kelerai dipanggil ghadas. h) Senu ukiran kayu kraf tangan utk menghiasi rumah, Fungsi ( hiasan pada bahagian pintu, siling, dinding, tebar layar dll ) Teknik mengukir ( bunga timbul , papan tebuk ) Topik 7 Perancangan dan persedian mengajar 1. Format RP Tahunan kegiatan/bidang, jenis aktiviti, isi kandungan, kemahiran, bahan/alat, catatan. 2. Format RP Mingguan mata pelajaran, tahun, kemahiran, isi kandungan, aktiviti, alatan. 3. RPHarian Bidang , tajuk, obj, kemahiran, aktiviti,alatan/bahan, nilai murni. 4. Tiga faktor hasil pembelajaran yg harus digabungkan a) unsur-unsur seni ( garisan, bentuk , warna, jalinan, ruang) b) kegiatan yg dicadangkan ( 4 bidang PSV) c) Kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya dan persepsi 5. Faktor penting merancang program pendekatan berkumpulan - obj pelajaran tepat,jelas, dan dapat diukur

- tidak terlalu banyak kemahiran di dalamsesuatu aktiviti - tentukan masa mencukupi - alat dan bahan mesti cukup atau guna bahan kutipan/gantian. - rancang aktiviti mudah tetapi menarik dan berkesan. Contoh : melukis dan membuat gambar Tajuk Hari kebangsaan , aktiviti pelbagai seperti lukisan, catan, kolaj, resis. 6. Kaedah pengajaran a) Kaedah inkuiri penemuan- pelajar mengingat kembali, memerhati, mendengar, menyaol, menyiasat, mengkaji dll b) Penernagan/ demonstrasi tunjuk carautk menghasilkan objek 2D/3D c) Projek individu/kumpulan aktiviti yg mengambil masa lama d) Lawatan kajian penerokaan e) Tayangan bahan visual- beri motivasi serta menimbulkan perasaan ingin tahu. hbae1103 Zulmz65@yahoo.com Topik 8 Pengajaran Mikro dan Makro 1. Set induksi proses terawal pengajaran utk menarik perhatian pelajar. Tujuan ( membina aliran fikiran, mendapatkan perhatian, menimbulkan perasaan ingin tahu, mengaitkan pelajaran baru dgn yg lalu, menggalakkan penglibatan murid, menyediakan struktur. 2. Penyampaian berkembang berasaskan senang kpd susah, dekat kpd yg jauh, konkrit kpd abstrak, sudah diketahui kpd yg belum diketahui. 3. Kemuncak Proses menilai pelajar Perlunya kerana : a) mengukur pencapaian pelajar b) mengukur kecekapan guru c) mengukur pencapaian obj d) tindakan susulan sebelum ditamatkan e) refleksi guru terhadap penguasaan ilmu.

4) Penutup kesimpulan, penilaian, tugasan susulan, dan ulasan kendiri. a) kesimpulan kognmitif beritahu apa yg diajar, menyampaikan ilmu, merumus dapatan pengajaran. b) kesimpulan sosial sikap pelajar, psikologi, komitmen, perasaan pelajar, kesan P&P. 5) Koleksi ABM PSV a) Hasil kerja pelajar yg baik b) Hasil kutipan benda maujud c) keratan akhbar d) koleksi gambar e) koleksi transparensi f) filem bergerak g) muzik h) risalah i) perisian berbantu komputer. 6) Penilaian kendiri Satu proses bersistem bagi menetukan obj pengajaran telah dicapai. Menurut Rowntree satu proses mendapat dan mentaksir maklumat ttg pengetahuan, kemahiran, sikap seseorg. 7) Refleksi Micheal J. Wallace proses merenung kembali pengetahuan dan pengalaman yg relevan utk membantu kita menilai sesuatu masalah profesional supaya dapat diselesaikan. Topik 9 Apresiasi dan kritikan Seni 1. Definisi kajian mengenai pelukis mengenai hasil seni mereka berkait dgn aspek pemahaman dan kognitif. Smith pendidikan seni harus dilihat dlm skop yg lebih luas. Chapman pelajar dpt memahami adat,tradisi dan nilai sesuatu masyarakat. Macfee Apreasiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. 2. Tujuan apresiasi seni a) memahami dan betindak terhadap aspek seni b) mtahui pentingnya nilai seni dlm kehidupan c) mhasilkan karya d) memahami seni dan hubungannya e) membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti seni.

3. Pendekatan Apresiasi seni a) Pendekatan secara logik tradisional penerangan (membaca,mengkaji dll), pemerhatian (pameran,filem, gambar), perbandingan (analisa, perbandingan) , penghasilan ( membuat mengikut saya artis) b) Pendekatan secara psikologi menjurus kpd perasaan peribadi, bersifat emosi, kepada sesuatu karya seni. Aktiviti spt perbincangan, proses inkuiri, kritikan, mengolah bahan dll 4) Kaedah melihat seni ( Kritik ) a) Hedonistik luahan spontan s/ada suka @ tidak, tertarik, pernyataan spontan. b) Kontekstualistik pemerhatian dibuat secara ilmiah, sistematik serta kejelasan. c) Organistik melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsurunsur seni, imbangan, perulangan,kesinambungan. d) Normistik - kriteria sesuatu karya dr aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. e) Elektik gabungan persepsi penilai seni ttg tangganpan positif dan negatif. Wajaran secara baik, sederhana dan kurang baik. 5) Proses Apresiasi a) menggambarkan sifat tampak b) menganalisa hubungan unsur seni, prinsip dan struktur c) tafsiran yg terdapat pada sifatsifat tampak d)penilaian terhadap keaslian, gubahan, teknik dan fungsi 6) Aspek nilai melalui aspresiasi seni - Seni dlm kehidupan - seni dlm komunikasi ( seni halus ) - R/bentuk rumah tradisional - Perkembangan seni dlm budaya kebangsaan

- Hasil seni rakyat perlatan,tekat,tenunan,bangunan - Perkembangan seni lukis moden Malaysia. - Seni dlm budaya lain : kraf dan seni halus. Sekian topik 10 baca le sendiri senang je Selamat periksa le.cgzul.

konsep seni

TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 1.1 PENGENALAN KONSEP - perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. - Matlamatnya - melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian,berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik. (a) Teori konstruktivisme -kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif. (b) Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan .Pengabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak- dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh. (c) Howard Gardner (1983) Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan

pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. (d) Hermann (1991) di dalam Quadrant Concept yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu. (e) Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik, kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif , personal dan intrapersonal, praktik dan estetika, holistik dan analitik, emosional dan fizikal dan intelektual. (f) Leonardo da Vinci- Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupannya. Seni Dalam Pendidikan akan: i Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata murid di sekolah menjadi lebih seronok ii Membantu anda memahami diri sendiri iii Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah iv Memotivasikan anda menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka , berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan profesional. v Membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh 1.1.1 Matlamat - untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik

budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. - meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara - Seni Dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponen akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku. 1.1.2 Objektif / tujuan - menghargai keindahan ciptaan Tuhan - mempupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan - meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan . - menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasilan kerja - membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang dibuat - mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata muridan lain - menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni - sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan - menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan hidup

- membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa - mengintegrasi dengan mata muridan lain melalui aktiviti yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan. - membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual, seni muzik dan seni pergerakan 1.2 LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. - guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka. - guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru serta persekitaran yang memberi inspirasi. Teori Kecerdasan Manusia Howard Gardner ini mengenengahkan otak kanan dan otak kiri sebagai subjek teori pembelajaran. Hermann (1991) menghasilkan Quadrant Concept yang membentuk peranan otak kanan dan otak kiri yang sama. Einstein juga sebenarnya mengenengahkan teori yang sama dimana peranan otak seharusnya dimantapkan untuk pembentukan sahsiah diri. 1.2.1 Teori Pembelajaran (a) Teori Konstruktivisme Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menggalakkan murid menacri idea, buat kajian, yakin diri dan

dapat beriteraksi yang akhirnya proses inkuiri akan terhasil. CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME 1. Menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru 2. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran 3. Menyokong pembelajaran secara koperatif 4. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid 5. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahami melalui penglibatan murid dengan situasi duni sebenar 6. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengguna 7. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh m urid 8. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaiamana murid bejar sesuatu idea 9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen Bagaimana Seni Dalam Pendidikan dalam dapat dikaitkan dengan teori konstruktivisme? - Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada - Menyusun atur maklumat dan pengetahuan - Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru - Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai cara dan bentuk - Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan persembahan - Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan (b) Teori Kecerdasan Pelbagai - Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar

- Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan, dan - Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Jenis-jenis kecerdasan: Hbef1403-Seni Dalam Pendidikan cgzul-oum IPKT07 - Verbal linguistik - Logik Matematik - Visual ruang - Kinestetik - Muzik - Interpersonal - Intrapersonal - Naturalis Mengapa teori ini penting dalam Seni Dalam Pendidikan? 1. Menyokong penbelajaran bersepadu mengikut saranan JERI selaras dengan FPN 2. Menerima hakikat bahawa individu mempunyai kecerdasan yang berbagai 3. Membentuk kepelbagaian untuk menilai 4. Wujudkan suasana kolaboratif 5. Tingkatkan profesionalisme guru dan galakkan inovasi penyelidikan dalam p&p 6. Tingkatkan kualiti diri dan motivasi diri 7. Tingkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang pelbagai dan seterusnya meningkatkan potensi diri (c) Teori Pembelajaran Sosial Teori pembelajaran sosial menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. (i) Peniruan secara langsung. Dengan mengambil bahan maujud, murid meniru dan memindahkan hal subjek ke satu gambar atau

kepada model baru yang ditirunya (ii) Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi tetapi tidak sesuai pada situasi yang lain. (iii) Peniruan elistasi. Murid terus menerus membuat peniruan kerana gagal membina kewibawaan diri. Murid ini tidak berprinsip dan tidak mempunyai jati diri dalam ruang lingkup kehidupannya. Mengapa peniruan di kalangan murid berlaku? (i) Murid membuat pemeraman idea dan cuba mengekspresikan idea itu (ii) Memori yang berkekalan- dalam minda atau ingatannya sama ada peristiwa yang menggembirakan atau peristiwa sedih. (iii) Gerak balas dari tindakan yang didengar, dilihat atau dirasai. (d) Teori Otak Kiri dan Otak Kanan Mengikut kajian Edward Gardner (1983), Roger Sperry (1967) dan Herman (1991),otak mempunyai fungsi yang berbagai dan perlukan penyuburan untuk membentuk insan kamil. Pemupukan kecerdasan otak boleh dilakukan melalui pembelajaran dan penguasaan mata muridan disekolah. (e) Teori Pemerosesan Maklumat Robert M. Gangne (1975) Mengikut Gagne, pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru, - lapan fasa biasa yang dialami oleh manusia dalam proses pembelajaran iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa

penyimpanan, fasa penahaman, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas. Melalui teori ini murid dapat : - Berinteraksi dengan bahan, subjek dan hasil - Berinteraksi dengan orang lain dalam proses penghasilan atau penyampaian - Mendapat maklum balas dari orang lain - Bekerjasama dengan orang lain dalam proses penghasilan karya - Mengelak perlakuan yang tidak diingini - Mengekalkan perlakuan yang diingini 1.2.2 Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan Pembelajaran fasa-fasa proses pembelajaran 1. Kesediaan Belajar -keadaan dalaman individu yang bersedia dan berupaya untuk memperoleh pengalaman pembelajaran yang baru. Kesediaan belajar mengutamakan peringkat perkembangan intelek, psikomotor, emosi dan kematangan murid untuk membolehkannya menerima dan menjalankan aktiviti pembelajaran yang berkesan. 2. Pengamatan - gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran, pandangan atau tanggapan. Proses pengamatan bermula daripada rangsangan luar yang dikesan oleh organ-organ deria iaitu mata, telinga, hidung, lidah dan kulit. 1. Persepsi ruang - mengandungi ruang dimensi ( rata ) dan tiga dimensi (sebenar) 2. Persepsi gerakan - persepsi ini berkait kepada objek-objek

bergerak dimana pergerakan objek mempengaruhi retina mata kita. 3. Persepsi masa - ditafsir oleh individu berdasarkan pengalaman atau apa yang dirasai. Syarat-syarat untuk pemindahan pembelajaran positif ialah: Kefahaman Murid hendaklah faham tentang konsep yang telah dimuridi sebelum dia boleh menggunakan dalam situasi baru. Kesamaan Dua situasi di mana murid hendak mengaplikasikan konsep yang dimuridi perlu mempunyai persamaan Kemahiran Murid telah benar-benar menguasai kemahiran sebelum diamemindahkannya kepada situasi baru. Hbef1403-Seni Dalam Pendidikan cgzul-oum IPKT07 Celik akal Murid telah celik akal dalam konsep, prinsip atau kemahiran dalam sesuatu untuk membolehkan pemindahan pembelajaran kepada situasi lain. 1.2.4 Isu-isu Berkaitan Seni Dalam Pendidikan a. Penyerapan tiga dalam satu b. Penerimaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah c. Perlaksanaan di sekolah d. Kekaburan matlamat dan objektif e. Pertindihan subjek seni yang sedia ada f. Masa interaksi guru bertambah g. Mata muridan rileks tiada peperiksaan 1.3 KEPENTINGAN a. Peranan Ekspresi- Aktiviti Seni Dalam Pendidikan memberi peluanguntuk murid membina keyakinan menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik. b. Peranan Emosi- Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan geli. Emosi yang mempengaruhi ingatan. Konsep IQ dan EQ

Intellegence dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognatif seperti membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah. Perkembangan pesat dalam bidang sains otak atau neurology mendapati emosi dapat mempengaruhi kecerdasan (EQ). c. Peranan Imaginasi- Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan; (i) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti (ii) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil (iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah. GLOSARI Ekspresi Luahan perasaan, luahan gagasan, luahan pendapat, luahan berkarya Emosi Perasaan yang kuat, dalaman , emansipasi. Estetik Kecantikan Maridan Berkehendak; asal kata murid; berkehendak yang baik-baik. Imaginasi Gambaran/kerangka imej Intuisi Gerak hati, qalbu TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI 2.1 KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK Berdasarkan teori Pembelajaran Maslow Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti keperluan fisiologi iaitu makanan, minuman dan pakaian. Jadikan suasana bilik darjah yang kondusif. Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih saying Memupuk nilai penghargaan kendiri dikalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar

memahami diri, menerima diri dan melibatkan diri secara aktif. a. Jasmani dan fizikal yang sihat-Tubuh badan yang sihat akan membuatkan pelajar bertambah kreatif dalam pemikirannya. Untuk itu penyediaan pemakanannya adalah penting untuk perkembangan tubuh badan dan fizikal pelajar yang sihat. b Emosi yang stabil- Emosi pelajar perlulah stabil, peranan ibu bapa dan guru ketika berinteraksi perlulah menunjukkan contohcontoh yang terbaik ketika berkomunikasi sesama mereka. c. Kerohanian yang membanggakan-Tahap kerohanian yang dimiliki adalah tinggi d. Kefahaman intelek yang tinggi Pelajar perlu mempunyai tahap intelek yang tinggi dan dapat berfikir dengan tepat sebelum membuat sesuatu tindakan. e. Perhubungan sosial yang menggalakkan Perhubungan sesama kanak-kanak hendalah didalam keadaan yang harmoni dan saling berinteraksi antara satu sama lain tanpa ada perbalahan f. Kefahaman tentang nilai-nilai estetik- Setiap kanak-kanak perlu mempunyai kefahaman yang kuat tentang nilai-nilai estetik yang terdapat didalam pendidikan seni visual. 2.1.6 Estetik -latihan-latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak dapat mempelajari konsep penghargaan terhadap sesuatu apa yang dilihat atau dilakukan- diterapkan kedalam minda kanakkanak maka konsep estetik dapat ditanam seterusnya.

Ciri-ciri Perkembangan Kanak-kanak Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai arah tertentu. Perkembangan dan pertumbuhan adalah berperaturan dan dapat dianalisis, baik pada peringkat lahir, mahupun pada peringkat sudah lahir. Perkembangan berlaku dalam dua arah, iaitu dari kepala ke kaki (cephalocaudal) dan dari tengah ke tepi (proximodistal). Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam satu-satu jenis. Kanak-kanak berkembang secara berperingkat. Perkembangan berlaku daripada kedaan yang menyeluruh kepada keadaan tertentu. Perubahan bersifat kualiti tidak dapat diukur secara tetap tetapi dapat dilihat daripada perubahan sifat. Proses perkembangan berterusan iaitu daripada permulaan hingga akhir hayat, iaitu peringkat matang. Ia timbul daripada tindakan saling berkait antara pertumbuhan fizikal dan pembelajaran. Perkembangan dipengaruhi oleh baka da persekitaran Ciri-ciri Perkembangan dan Ciri-ciri Ekspresi -Beri peluang untuk bekerja dengan berbagai bahan,cara dan teknik kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong. -Aktivti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak. spt menyentuh, menguling, menguli, meramas, menggosok, mendengar, mengesan bunyi, menghidu, meniru aksi untuk mengenal sesuatu. - aktiviti seni juga mudah dilaksanakan ketika bermain dan

boleh dikaitkan dengan sesuatu yang digemari dan diminati . Kreativiti Proses kreativiti boleh melibatkan: Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah Pemahaman Aktiviti Pergerakan Memahami asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, Imbangan berat badan dan daya atau aliran. Aktiviti Bermain memperkembangkan konsep pembentukan kendiri, seperti meningkatkan kefahaman dari segi emosi. Sosialisasi, kebudayaan, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni. Lagu Di dalam lagu kanak-kanak akan dapat menambahkan keyakinan diri . Aktiviti Lakunan dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas lagi -menjadikannya sebagai seorang yang kreatif, inovatif, betangungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih baik serta dapat mengawal emosi dengan sempurna dan berkeyakinan tinggi. Konsep kesedaran sendiri Memberi dorongan, bantuan, dan sokongan kepada usaha pembelajaran Memberi bimbingan yang wajar dengan membentulkan kesilapan pelajar dalam proses pembelajaran Mengajar pelajar mengikut cara kebolehan mereka supaya

mereka sentiasa menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya meningkatkan perasaan penghargaan kendiri dan keyakinan. Menerima pelajar-pelajar sebagai sebahagian dirinya Menggalkkan interaksi positif dikalangan rakan sebaya. Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang penting Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru. Hbef1403-Seni Dalam Pendidikan cgzul-oum IPKT07 TOPIK 3 DERIA DAN SENI 3.1 PERKEMBANGAN KEPEKAAN DERIA Pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaaan deria semasa ia masih bayi lagi iaitu ketika berumur 0-2 tahun. mula matang ketika berumur 6-12 tahun -Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mulamula diperolehi oleh kanak-kanak. Sebelum kanakkanak itu mula untuk berbahasa. -Mendergar melibatkan deria telinga. Untuk aktiviti yang dijalankan pada deria ini lebih menumpukan kepada persoalan apa yang mereka dengan? -Melihat menggunakan deria mata yang mengakibatkan pengamatan dan pemerhatian. -Rasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh derianya. Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran pergerakan. Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran

Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam struktur kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran baru. -Hidu lebih menekankan kepada aspek penanggapan dgn penekanan kepada strategi : Kebolehan Mental Pelajar setiap pelajar mendapat pembelajaran optima mengenai konsep yang diajar oleh guru Pendekatan Pengajaran untuk membentuk penanggapan yang baik. Pendekatan Inkuiri Penemuan Pelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara mental dengan menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pendekatan Resepsi Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung kepada pelajar. Pendekatan Deduktif Guru menghuraikan prinsip dan cirri-ciri penting dalam sesuatu konsep dengan dikiuti dengan contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut. KEPENTINGAN KEPEKAAN DERIA - Pancaindera ( telinga ) Pemprosesan kognitif - Gambar kereta ( alam sekitar ) - Otak manusia (pengamatan) ( apabila kereta berlanggar) - Manusia sakit (penanggapan) konsep. Persekitaran Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi perkembangan deria pelajar. (a) Aspek Fizikal Cahaya-dapat menerangi ruang bilik darjah.

Peredaran Udara-menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan pelajar. Stor-tempat penyimpanan alat dan bahan serta hasil kerja murid sama ada dalam bilik stor atau almari. Panel dan Rak Pameran-untuk tujuan mempamerkan hasil kerja murid. Perabot Kemudahan Asas Sinki dan punca elektrik dipasang ditempat yang sesuai (b) Aspek Emosi Hiasan Dalaman-menggalakkan lagi interaksi pelajar Ruang-menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang selesa dan kondusif Peragaan Hasil Kerja-dapat membina keyakinan dan kepuasan pelajar dalam menghasilkan kerja seni. (c) Aspek Sosial Interaksi Murid-dapat menggalakkan interaksi murid dengan murid dan murid dengan guru. Kemudahan Aktiviti Kumpulan Faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Kepekaan Deria dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Jangkaan (rajah) Hubungan latar depan dan belakang Penumpuan Tempoh masa Tugasan jelas Pengalaman Susunan objek Proses estetik dan daya kreativiti pelajar dapat dibahagikan kepada empat iaitu (A)merupakan proses individu melalui penajaman daya intuisi, (b) Persepsi-Persepsi merupakan satu proses kesedaran dan reaksi individu terhadap rangsangan. Faktor-faktor yang mempengaruhi Persepsi Jangkaan Hubungan latar depan dan belakang Penumpuan Tempoh masa Tugasan jelas Pengalaman dan Susunan objek

(c) Imaginasi-Merupakan daya khayalan atau kemampuan menggambarkan sesuatu (d) Konsepsi pelajar-Proses pembentukan konsep adalah untuk menyesuaikan maklumat dalam rangsangan untuk membina perhubungan yang mempunyai perkaitan dalam bentuk konsep Penggabungjalinan Penggabungjalinan bermaksud proses mengintergrasikan berbagaibagai kemahiran untuk menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan bosan. Ciri-ciri Penggabungjalinan a) Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu-satu kemahiran iaitu gabungan kem fokus dan kem sampingan (b) Proses penggabungjalinan berlaku di antara kemahiran yang berkaitan dengan secara bersepadu serta menyeluruh. Kemahiran belajar untuk belajar- salin nota, ringkasan dll Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis Kemahiran pelbagai kecerdasan Kemahiran generik-kem komunikasi,IT,kerja dlm kumpulan dll Kebaikan Penggabungjalinan dalam Pengajaran Sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperolehi daripada mata pelajaran lain Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran focus sebagai yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. Pelajar berpeluang untuk menyatupadukan kem-kem yang perlu dalam kehidupan. Penggabungjalinan berkeupayaan menimbulkan suasana

pembelajaran yang menarik dan mengelakkan kebosanan. Menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan pelajar secara seimbang, harmonis dan bersepadu. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL -Pendidikan Seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak-bidang Melukis dan membuat gambar Membuat rekaan corak Membentuk dan membuat binaan Kraf tradisional Estetika dalam Pendidikan Seni Visual (a) Peniruan (menterjemah secara langsung objek) sebagai Representasi Gambar dan Imej (b) Ekspresi dalam Perasaan dan Emosi sedih , gembira (c) Menggunakan Kaedah Formalistik - penguasaan unsurunsur seni seperti garisan, warna, ruang, jalinan, bentuk, dan rupa. (d) Keaslian- keunggulan idea atau gagasan Unsur Seni (a) Garisan (b) Warna-Warna terdiri daripada; 1. Warna asas - biru, merah dan kuning 2. Warna sekunder- kuning dicampur biru=hijau. Merah dicampur biru = ungu , kuning dicampur merah = oren 3. Warna tertier- Warna asas + warna sekunder. (c) Jalinan-Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa. Jalinan terbahagi dua jenis: (i) Jalinan tampak (ii) Jalinan sentuh

Hbef1403-Seni Dalam Pendidikan cgzul-oum IPKT07 (d) Rupa-cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan. rupa organik (garisan luaran yang berbagai) dan rupa geometri(bentuk yang khusus) (e) Bentuk-Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu (i) Bentuk ilusi (maya)- dalam bentuk gambar, catan, foto, illustrasi- dalam bentuk dua dimensi (ii) Bentuk konkrit- bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang (f)Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek Prinsip rekaan terdiri daripada; Harmoni- situasi yang selesa Penegasan- menarik perhatian si pemerhati Imbangan- agihan ruang dari segi kedudukannya Kontra- percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri Pergerakan- sebagai kekuatan imej gambar itu Kesatuanmenimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapat Kepelbagaian- kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan pesembahan * yang lain boleh baca dr nota PSV semester lepas. TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK Definisi Muzik - satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh

mencerminkan sesuatu budaya tertentu. Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya memerhati, mendengar, meniru, sereta membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya itu (kaedah penemuan kendiri). Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika. (pembelajaran mengikut urutan). Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan (pembelajaran heuristik). Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membnuat latihan-latihan (kaedah pendekatan berkonsep). Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus diselaraskan. Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik 1.Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau sequential. 2. Dalcroze menggunakan gerak geri tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti terhadap aspekaspek muzik 3. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beranika jenis pengalaman muzikal. (i) Imitasi (Mengajuk Balik) (ii) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri) (iii) Improvisasi- Belajar dari asas ton . Skel pentatonik ialah skel yang mempunyai lima ton. (iv) Creation (Mencipta)- penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa.

(v) Literasi menulis dan membaca nota muzik 4)Suzuki-menamakan kaedahnya talent education atau pendekatan bakat 5) Gordon mengutamakan prinsip sound before symbol dimana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan. Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod. Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan dengan menggunakan alat iringan. Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik. Kemahiran Muzikal Nyanyian Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan Kemahiran muzikal Permainan alat muzik. Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan da eknik pengeluaran suara. Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagi respon kepada muzik. Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik. GLOSARI Monofoni Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Tiada iringan (no accompaniment). Penggunaan satu alat muzik

sahaja. Homofoni Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod. Seperti gitar, piano, organ dan sebagainya. Polifoni Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan dengan menggunakan alat iringan. Komposisi Kebolehan mengubah lagu Kemahiran ensemble Kemahiran bermain alat muzik secara kumpulan dengan pelbagai alat muzik

You might also like