You are on page 1of 1

PROGRAM GURU PENYAYANG

Ybhg. Dato KPPM amat menekankan konsep Guru Penyayang. Antara ciri-ciri guru penyayang : i. Menjaga kebajikan ii. Ambil tahu pelajar iii. Sedar tentang kepentingan Modal Insan. iv. Membentuk pemimpin masa hadapan. v. Hubungan guru dan murid haruslah dibina dengan mesra. Elakkan menggunakan bahasa kesat seperti bodoh, bebal dan sebagainya. Kenapa perlu Guru Penyayang ? i. Disiplin akan bertambah baik. Akan tiada masalah disiplin. ii. Apabila disiplin bertambah baik, maka guru harus dapat menyampaikan P&P dengan berkesan - tiada masalah guru dan pelajar dalam P&P. iii. Apabila P&P tiada masalah, maka akademik akan meningkat. iv. Sahsiah bertambah baik. v. Tiada masalah pengurusan murid/ keciciran murid. vi. Memupuk disiplin pelajar vii. Murid patuh arahan guru. Dalam perhimpunan rasmi Hari Isnin, terdapat kebiasaan pelajar dihamburkan dengan masalah-masalah disiplin kepada semua pelajar seolah-olah semua pelajar bermasalah. Timbalan Pengarah JPNJ pernah melontarkan idea supaya mewujudkan Perhimpunan Penyayang. Dicadangan supaya pengisian pengurusan perhimpunan mingguan adalah seperti berikut ; i. Laporan guru bertugas tidak terlalu panjang. ii. Tiada perkataan yang tidak menyenangkan ditujukan kepada murid/pelajar. Boleh masukkan cerita-cerita berunsur motivasi kepada pelajar/ murid. iii. Ucapan dihadkan hanya satu waktu sahaja. iv. Pemeriksaan disiplin lebih berhemah dan bukan menghukum. v. Hadiah hadiah disampaikan pada perhimpunan hari lain. vi. Diuruskan oleh pelajar. vii. Tamat dalam masa 30minit (SR) dan 40 minit (SM). Pilih sebuah sekolah untuk dijadikan Model Sekolah Penyayang. Perang saraf cadangkan kepada GBK supaya buat design banner/banting Program Guru Penyayang. Gantungkan di sudut-sudut penting. Gunakan peruntukan sekolah. Program Guru Penyayang dimasukkan ke dalam slot LDP.

You might also like