You are on page 1of 27

http://bmpengurusan2010.blogspot.com/2010 /09/masyarakat-india.

html

MASYARAKAT INDIA

PENGENALAN
Masyarakat india merupakan kaum yang ketiga terbesar . Mereka hidup dalam persekitaran budaya yang yang tersendiri yang diwarisi yang dari turun-temurun. Mereka dikenali sebagai kling di kalangan masyarakat tempatan. Setelah menetap di Negara ini sekian lama, mereka membentuk komuniti yang tersendiri di kawasan-kawasan yang tertentu seperti di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang dan beberapa negeri yang lain. Dengan itu, secara tidak langsung wujudlah sosioekonomi dan politik yang tersendiri dikalangan mereka. Dalam pada itu, mereka bebas mengamalkan adat istiadat mereka yang terangkum dalam hal ehwal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Disamping itu mereka juga mempunyai perayaan-perayaan yang khusus sebagaimana juga yang terdapat di kalangan masyarakat yang lain.

SEJARAH MASYARAKAT INDIA


Orang india Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Orang india telah berhijrah ke Malaysia sejak 2000 tahun yang lalu.Kedatangan mereka secara berkumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak semasa kesultanan Melaka dan semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah mensasarkan tujuan perniagaan atau perdagangan.Pada tahun 2005,orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta rakyat.

ADAT KELAHIRAN MASYARAKAT INDIA


Dalam masyarakat india, adat dan pantang larang ketika mengandung dan melahirkan bayi mesti dijalani oleh wanita yang beranak sulung sahaja. Anak yang berikutnya, cukup sekadar amalan-amalan tertentu sahaja. Antara pantang larang bagi ibu mengandung ialah: Seorang ibu yang mengandung dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya. Perbuatan tersebut dipercayai membawa dosa dan mendedahkan seorang ibu kepada kuasa-kuasa jahat dan seterusnya akan mempengaruhi kelakuan serta pemikiran anak yang bakal lahir.

ADAT KELAHIRAN MASYARAKAT INDIA


Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu-waktu tertentu khasnya pada waktu malam. Ini kerana adanya kepercayaan bahawa kuasa-kuasa jahat ( makhluk halus ) lebih aktif dan kemungkinan ia akan membawa angkara atau padah kepada ibu dan kandungannya. Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan. Dia juga tidak seharusnya berjaga hingga ke larut malam. Ini adalah untuk menjaga kecerdasan bayi dan ibu tersebut. Suami dilarang memukul atau menyakiti isterinya yang mengandung. Suami dilarang menebang pokok khasnya pokok pisang, menyembelih atau membunuh binatang. Semasa berpantang, ibu juga mengamalkan minum arak dan mandi dengan rebusan daun-daun tertentu

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA


Perkahwinan merupakan salah satu peristiwa penting dalam kehidupan masyarakat India. Mengikut adat orang-orang Hindu, cadangan perkahwinan ( melamar ) akan dibuat oleh pihak perempuan. Perkongsian perbelanjaan juga biasa diamalkan antara keduadua pihak dan biasanya majlis perkahwinan akan diadakan dirumah pengantin perempuan, kuil atau dewan khas. Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki yang berpakaian pengantin tiba rumah pengantin perempuan yang akan diiringi oleh seorang pengapit khas, ibu, bapa, dan saudaramara. Selepas upacara arathi ( menghalau roh-roh jahat ), pengantin lelaki duduk di atas pelamin.

PERAYAAN MASYARAKAT INDIA


DEEPAAVALI

Menurut calendar tamil, perayaan ini dirayakan pada bulan Aippasi. Hari tersebut dikenali sebagai Chaturdasu dalam calendar Tamil. Depavaali dikenali juga sebagai Neraka-Chaturdasi-Snanam dalam bahasa Sanskrit yang bererti hari penewasan seorang raksasa yang zalim bernama Narakasura. Perkataan Deepavali adalah suatu istilah yang diterbitkan daripada dua perkataan iaitu Deepam dan Vali. Depam bererti pelita, manakala Vali bererti barisan atau deretan. Sebenarnya , perayaan ini memberi ingatan kepada penganut Hindu supaya mengelakkan diri daripada segala kejahatan dan pemikiran negatif dalam kehidupan mereka.

PERAYAAN MASYARAKAT INDIA


THAIPUSAM

Perayaan ini disambut pada malam hari bulan purnama iaitu dalam bulan Thai ( januari-februari) menurut calendar tamil iaitu sewaktu bulan purnama melintasi bintang bersinar yang bernama pusam. Perayaan ini disambut oleh orang-orang Hindu yang tidak memakan daging atau vegetarian dan ia disambut juga oleh golongan lain. Perarakan membawa kavadi ini merupakan kemuncak perayaan thaipusam. Pada masa ini orang-orang yang membawa kavadi akan mencucuk badannya dengan jarum dan benda-benda yang tajam. Perbuatan menyeksa diri ini membawa makna membersihkan diri daripada dosa dan kesusahan.

PERAYAAN MASYARAKAT INDIA


THAIPONGGAL
Perayaan ini merupakan yang berkaitan dengan masyarakat tani. Sambutan perayaan ini boleh disifatkan sebagai pesta menuai. Perayaan ini lebih bersifat sosial dan dirayakan di rumah-rumah kediaman serta kuil. Thaiponggal membawa maksud Thai iaitu bulan januari hinga februari dan ponggal bererti meruap. Ponggal bermaksud nasi manis yang dimasak bersama susu. Perayaan ini juga dikenali sebagai perayaan makara sankranti di seluruh india. Perayaan ini disambut selama 4 hari. Biasanya pada hari perayaan, satu tapak disediakan di halaman rumah untuk mengadakan ponggal ( menanak nasi dengan campuran susu ). Tempat ini dibersihkan dan dihias dengan koolam iaitu lakaran pelbagai corak dengan menggunakan tepung beras. Koolam di corak oleh kaum wanita. Nasi yang dimasak juga dikenali sebagai ponggal, pukkai, atau trincoru yang bererti manis. Nasi dihidangkan atas daun pisang bersama-sama kuih-muih seperti vaadai, buah-buahan untuk disajikan kepada dewa surai

KEMATIAN MASYARAKAT INDIA


Bagi masyarakat India,mereka mempercayai konsep kelahiran semula,iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad,dimana jasad akan hancur , tetapi kembali ke alam barzakh. Dalam masyarakat India,mayat akan dibakar atau di kebumikan.Untuk melaksanakan upacara ini pelbagai adat di tentukan. Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga.Thaali iaitu rantai suci perkahwunan hanya boleh ditanggalkan oleh isteri setelah suaminya meninggal dunia.

UPACARA MENANGGAL KAN THAALI

KEMATIAN MASYARAKAT INDIA


Setelah dimandi dan dihias cantik,mayat akan dimasukkan ke dalam keranda.Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan.Saudara mara akan member penghormatan yang terakhir kepada si mati dan mendoakan agar roh si mati akan tenang.Pada masa yang sama,ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan.Ahliahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan.

UPACARA VAIKKARASI

KOLLIC CATTI

Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengadungi api.Periuk tersebut di angkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk.Kollic cattidibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa.Anak sulung melakukan untuk bapa apa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu.seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat.Sebelum itu kollic catti.Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut.Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh.

http://bmpengurusan2010.blogspot.com/2010 /09/kaum-cina.html

MASYARAKAT CINA

PENGENALAN MASYARAKAT CINA


Masyarakat cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama iaitu Hakka, kantonis, Teochew, Hainan dan Fuzhou (Hokchiu) Sandakan pernah bergelar Hong Kong Kecil kerana bandar itu dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong. Maka secara amnya terdapat tiga kumpulan sublinguistik orang Cina di Malaysia. Justeru itu,masyarakat cina mengamalkan pelbag ai bentuk adat resam dan pantang larang dalam kehidupan seharian mereka.

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA


 Masyarakat cina akan merancang dan mengatur sesuatu perkahwinan dengan sebaik-baiknya.  Mengikut kepercayaan mereka,pasangan yang berkahwin tanpa mengikut atura n adat dianggap tidak sah.  Terdapat dua bentuk perkahwinan masyarakat Cina iaitu eksplisit dan implisit.  Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang diingini. Hal ini kerana mereka terlalu mengambil berat tentang nama keturunan, peribadi, watak dan tingkahlaku. Seorang wakil dihantar ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Segala ketetapan yang telah dipersetujui dimaklumkan kepada ibu bapa pihak lelaki.  Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina. Dalam upanakan untuk cara ini, khidmat tukang tilik digunakan untuk menetapkan tarikh perkahwinan berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-su.  Hari perkahwinan diadakan setelah bertunangselama setahun atau mengikut t empoh yang ditetapkan  Akhir sekali,mereka akan menandatangani dua pucuk suratiaitu Keat Foon Chu ng Su sebagai bukti perkahwinan mereka.

ADAT SELEPAS KELAHIRAN MASYARAKAT CINA


Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamal kan oleh wanita cina semasa mengandung dan selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir tidak ditimpa kejadian buruk. Sebagai contoh,wanitamengandung dilarang melakuka n kerja-kerja memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan Mereka juga terpaksa berpantang selama 40 hari selep as melahirakan anak. Seperti masyarakat Melayu, mereka turut mengadakan kenduri apabila bayi tersebut mencapai umur sebulan. Masyarakat cina juga mengamalkan adat mencukur rambut bayi kerana mereka menganggap rambut bayi yang baru lahir adalah rambut sementara.

SOAL KEMATIAN MASYARAKAT CINA


Apabila berlakukematian,mayat akan dibersihkan dan d imandikan sebagai tanda penghormatan terakhir kepad a si mati. Mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbaut daripada kayu yang diukir menarik. Mereka akan mengupah lebih ramai orang untuk menangisi si mati. Semasa mengiringi mayat, pelbagai jenis lagu dimainkan. Selepas upacarakematian,ahli keluarga menjalani adat berkabung.Pakaian berwarna hitam akan dipakai untuk beberapa harisehingga hari perkabungan tamat.

PERAYAAN MASYARAKAT CINA


Perayaan Tahun Baru Cina disambut secara besarbesaran oleh masyarakat cina bagi menandakan k edatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang cina mempercayai bahawa terdapat 12 binatang yang menaungi kalender mereka. Semua ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama pada malam Tahun Baru. Buah limau mandarin dan kuih bakul turut menjadi kemestian bagi merayakan Tahun Baru Cina. Perayaan penutup bagi TahunBaru Cina adalah perayaan Chap Goh Meh.

ASPEK PEMAKANAN MASYARAKAT CINA


masyarakat cina mempunyai pelbagai jenis makanan iaitu kuih bulan. Kuih bulan merupakan sejenis kuih cina yang sering di makan sewaktu perayaan pertengahan musimluruh. Kuih tersebut dibuat daripada adunan manis dan memi liki inti biji buah teratai di tengahnya. Selain itu,Gan PanMian juga merupakan makanan masy arakat cina.Nama lainnya ialah Kompua.Ia adalah sejeni s mee bagi masyarakatFoochow. Ding Bian Hu merupakan makanan orang Foochow yan g biasanya dimakan semasa sarapan pagi danlewat mal am.

TARIAN TRADISIONAL MASYARAKAT CINA


Tarian naga adalah satu bentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya cina. Tarian ini seringdipersembahkan pada musim perayaan. Masyarakat cina menganggap bahawa naga mewakili kekuatan yang bolehmenghilangan nasib buruk dan mencegah jenayah. Gerakan-gerakan dalam persembahan ini melambangkan peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian singa juga terdapat dalam adat warisan masyarakat cina. Duatarian singa yang amat terkenal ialah Tarian Singa Utara dan Tarian Singa Selatan .

http://bmpengurusan2010.blogspot.com/2010 /09/kaum-iban.html

MASYARAKAT IBAN

PENGENALAN MASYARAKAT IBAN


Masyarakat Iban berasal daripada Sarawak dan merupakan suku kaum terbesar di Sarawak. Kaum Iban pula terbahagi kepada beberapa suku kaum, contohnya, Balau, sembayau, lemanak, dan lain-lain. Pada zaman dahulu kaum Iban sangat terkenal sebagai pejuang yang handal dan berani dalam pemburuan kepala dan perlanunan. Kaum Iban lazimnya tinggal di kawasan pendalaman berbanding kawasan Bandar. Hal ini demikian kerana kebanyakan mereka mengamalkan aktiviti ekonomi tradisional, seperti bercucuk tanam, menternak binatang, dan memungut hasil hutan. Kaum Iban mempunyai adat resam yang unik dan mereka memegang kuat kepada adat tersebut dalam kehidupan mereka. Dari sudut agama, mereka menyembah tuhan yang dikenali sebagai singalang burung dan tuhan burung peperangan. Namun kini kebanyakan mereka sudah menganut agama Kristian

PANTANG LARANG SEMASA MENGANDUNG MASYARAKAT IBAN


Pantang larang sewaktu mengandung bukan sahaja dikenakan kepada wanita yang sedang mengandung malah si suami turut dikenakan pantang larang. Contohnya, suami tidak dibenarkan memotong pokok yang menjalar di atas tanah kerana dikhuatiri berlakunya pendarahan berterusan semasa si ibu melahirkan. Mereka juga dilarang memecahkan telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi cacat. Selain itu mereka juga dilarang membawa kura-kura ke bilik kerana dikhuatiri bayi tersangkut semasa dilahirkan. Bakal ibu juga dilarang menuang minyak di tapak tangan untuk disapu ke rambut kerana dikhuatiri bayi yang akan lahir daripada menanah.

ADAT SELEPAS BERSALIN MASYARAKAT IBAN


Sebaik sahaja bayi dilahirkan ahli keluarga akan memalu buluh yang dikenali sebagai potong oleh masyarakat Iban sebagai tanda bayi telah dilahirkan dan untuk memanggil jiran tetangga. Namun selaras arus kemodenan ada keluarga yang menggunakan senapang untuk menggantikan potong. Sebaik sahaja bayi dibersihkan bayi akan dibalut atau dibedung menggunakan kain khas yang dipanggil sebagai kain pua kumbu atau kain yang di sulam. Si ibu akan diurut oleh bidan, bertujuan menghilangkan kesakitan selepas bersalin. Seterusnya ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu dibalut dengan kekalung iaitu sejenis kain yang di perbuat daripada kulit kayu akan di sapu pada badan si ibu.

ADAT SELEPAS BERSALIN MASYARAKAT IBAN


Sepanjang tempoh berpantang si ibu perlu menjaga pemakanan selama 30 hari dan berdiang selama 40 hari. Semasa berpantang makanan, si ibu hanya dibenarkan memakan nasi bersama ikan kering atau ikan salai dan pucuk paku atau buah pulur. Makanan tersebut pula perlu dicampur dengan air rebusan halia bagi memanaskan badan si ibu. Berdiang atau bersalai ialah duduk berhampiran unggun api. Unggun api perlu menggunakan kayu api yang dikhaskan, iaitu kayu malam dan kayu langsat. Hal ini demikian kerana kayu tersebut mempunyai khasiat tersendiri. Sepanjang tempoh 40 hari ini, si ibu perlu mencalitkan kapur pada tiang rumah sebagai penanda hari. Tujuan bersalai adalah menghilangkan penyakit ibu yang baru bersalin.

ADAT PEMILIHAN NAMA BAYI MASYARAKAT IBAN


Pemilihan nama amat penting bagi kaum Iban kerana mereka berpendapat nama yang baik akan memberi kesan yang baik kepada masa depan bayi tersebut. Nama timbangan terlebih dahulu di berikan sebelum nama rasmi. Nama rasmi di berikan berdasarkan nama orang terdahulu yang hebat dan berjasa, agar kelak bayi tersebut akan menjadi orang yang berguna. Cara pemilihan nama bagi kaum Iban merupakan adat yang sangat unik di mana dua nama terbaik akan dipilih dan diletakkan di atas dua keping papan yang berlainan. Seterusnya gumpalan nasi diletakkan di atas papan tersebut. Seekor ayam jantan akan dilepaskan supaya memagut salah satu gumpalan nasi. Nama yang terdapat pada gumpalan nasi yang dipagut oleh ayam akan menjadi pilihan untuk nama bayi.

PERAYAAN GAWAI MASYARAKAT IBAN


Perayaan ini disambut setiap tahun iaitu pada 1 dan 2 jun. Perayaan ini disambut sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi. Perayaan ini dianggap bermula apabila masyarakat Iban berkumpul di serambi umum rumah panjang di mana terletaknya ranyai iaitu pokok istiadat. Pada hari perayaan, kaum Iban akan mengenakan pakaian tradisional yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun-temurun. Hari gawai disambut dengan meriah di kampung-kampung mahupun bandar-bandar. Pada hari tersebut mereka akan berkumpul dan bersukaria di samping pelbagai makanan tradisional. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang perayaan, contohnya, persembahan tari-menari, meminum arak beras atau dikenali sebagai tuak dan lain-lain aktiviti yang menghiburkan.

Sambungan

PERAYAAN GAWAI MASYARAKAT IBAN


Pada perayaan tersebut juga kaum Iban akan menyembahkan makanan dan arak kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih atas hasil tuaian yang baik. Upacara penyembahan ini perlu mengikut adat iaitu wakil masyarakat Iban akan membacakan mantera dan seterusnya darah ayam akan direnjiskan pada persembahan tersebut. Salah satu acara yang paling dinanti-nantikan pada hari perayaan adalah ngajat lesung. Ngajat lesung ini adalah sejenis tarian, tetapi ia bukan sejenis tarian biasa, tetapi para penari akan bersaing menunjukkan kehebatan dengan mengangkat lesung penumbuk padi dengan menggunakan gigi. Perayaan ini akan berakhir apabila ranyai dibuang.

You might also like