You are on page 1of 7

Pengenalan

Dalam bidang kimia, sabun adalah garam asid lemak. Sabun terutamanya digunakan sebagai surfaktan untuk mencuci, mandi, dan pembersihan. Dan sabun juga digunakan dalam pemisahan tekstil dan merupakan komponen penting pelincir. Sabun untuk pembersihan diperolehi dengan merawat minyak dan lemak sayur-sayuran atau haiwan dengan larutan alkali yang kuat. Lemak dan minyak adalah terdiri daripada trigliserida: tiga molekul asid lemak yang dilampirkan kepada molekul tunggal gliserol.

Kebanyakan

campuran yang boleh balas

sabun dihasilkan dengan

mengandungi sebatian garam natrium atau kalium daripada asid lemak dengan bertindak

larutan beralkali (seperti natrium hidrosida atau kalium hidrosida) pada 80100 C dalam proses yang dikenali sebagai saponifikasi. Lemak-lemak itu

dihidrolisiskan oleh bahan bes, menghasilkan gliserol dan sabun kasar (garam asid lemak beralkali).

Larutan alkali, yang sering disebut lye, membawa kepada tindak balas kimia yang dikenali sebagai saponifikasi. Dalam saponifikasi , lemak mula-mula dihidrolisis kepada asid lemak bebas, yang kemudian bergabung dengan alkali membentuk sabun mentah. Gliserol, sering disebut gliserin, dibebaskan dan sama ada ditinggalkan di dalam atau dibasuh dan dirawat sebagai produk yang berguna mengikut proses yang tersendiri.

Jenis logam alkali yang digunakan menentukan jenis sabun yang dihasilkan. Sabun natrium, disediakan daripada natrium hidroksida adalah firm, manakala sabun kalium, yang berasal dari kalium hidroksida adalah lembut atau sering cecair. Dari segi sejarah, kalium hidroksida diekstrak dari abu belukar atau tumbuh-tumbuhan lain. Sabun litium juga cenderung menjadi keras dan digunakan secara eksklusif dalam gris.

EKSPERIMEN 6: SABUN DAN DETERGEN

Tujuan : Untuk menyediakan sabun melalui proses saponifikasi.

Bahan/peralatan : Minyak sawit Natrium hidroksida Serbuk natrium klorida Kertas turas Bikar Silinder penyukat Spatula Rod kaca Corong turas Kasa dawai Tungku kaki tiga Penunu Bunsen Tabung uji

Keputusan: Rasa sabun setelah disentuh Pemerhatian apabila digoncang Licin Menghasilkan buih apabila digoncang

Perbincangan Untuk membuat sabun satu proses yang dikenali sebagai saponifikasi telah dilakukan. Proses saponifikasi adalah reaksi hidrolisis lemak dengan menggunakan bes lemah (misalnya NaOH). Larutan natrium hidroksida pekat digunakan sebagai pemangkin untuk proses ini akan dicampurkan dengan minyak sawit. Minyak sawit + NaOH
hidrolisis

gliserol + asid lemak asid palmitik + air

Minyak sodium + asid lemak

Setelah campuran dididihkan, natrium klorida dan air suling akan dimasukkan ke dalam larutan untuk mengurangkan kelarutan sabun yang terhasil dan membantu menghasilkan mendapan. Gumpalan akan terhasil dan terapung di permukaan larutan yang dididihkan. Setelah larutan dituras, lebihan yang tertinggal di kertas turas akan dikeringkan dan diuji dengan menyentuhnya dan mencampurkan lebihan dengan air dan

menggoncangkannya. Dalam proses saponifikasi, minyak (ester) terurai untuk

menghasilkan garam potasium atau garam natrium

bagi asid lemak dan

gliserol. Molekul sabun akan menghasilkan micelles di dalam air.

Kesimpulan Sabun dihasilkan melalui proses yang dikenali sebagai saponifikasi iaitu proses reaksi hidrolisis lemak dengan menggunakan bes lemah (misalnya NaOH) untuk menghasilkan sabun yang bersifat licin dan menghasilkan buih apabila digoncang dengan air dan larut dalam air.

Langkah berjaga-jaga: 1. Gunakan penutup mulut semasa melakukan aktiviti makmal. 2. Memastikan pengudaraan adalah baik sebelum memulakan eksperimen. 3. Mengendalikan alatan kaca dan panas dengan berhati-hati. 4. Memastikan campuran dididihkan mengikut masa yang ditetapkan. 5. Keringkan sisa turasan dengan baik menggunakan kertas turas.

Soalan: 1. Terangkan sifat-sifat sabun yang dihasilkan. Terasa licin setelah kita menyentuhnya dan kelihatan berbuih apabila digoncang dalam tabung uji berisi air. 2. Apakah fungsi natrium klorida dalam eksperimen ini? Natrium klorida berfungsi untuk bertindak balas dengan larutan untuk menghasilkan mendapan dan mengurangkan kelarutan sabun yang dihasilkan. 3. Tuliskan satu persamaan perkataan untuk proses saponifikasi yang terlibat dalam eksperimen ini. Trigeliserid + natrium hidroksida Minyak sodium + asid lemak
hidrolisis

gliserol + asid lemak

asid palmitik + air

4. Ramalkan pemerhatian anda jika air paip digantikan dengan air suling dalam langkah 11. Jelaskan jawapan anda.

Buih yang dihasilkan adalah lebih banyak kerana air suling adalah air tulen yang tidak mempunyai ion-ion stearat yang akan menyebabkan penghasilan kekat. Oleh itu, air suling akan menghasilkan buih yang lebih dan menghasilkan skum yang kurang. 5. Bolehkah sabun dihasilkan melalui hidrolisis lemak atau minyak di bawah keadaan berasid. Sabun tidak boleh dihasilkan dalam keadaan berasid kerana semasa proses hidrolisis, satu molekul ester minyak atau lemak akan menghasilkan molekul-molekul asid yang seterusnya bertindak balas dengan alkali untuk menghasilkan sabun. Bahan alkali digunakan sebagai mangkin dalam proses ini.
5

6. Nyatakan dua teknik berbeza bagi penyediaan sabun. Teknik sejuk dan teknik panas

7. Apakah kelemahan sabun yang diperbuat secara komersial? Kelemahan sabun yang dibuat secara komersial ialah mempunyai campuran NaOH yang banyak dan menyebabkan fabrik tidak tahan lama. Sabun komersial juga boelh menyebabkan kulit menjadi kering kerana tidak mempunyai gliserin. 8. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat detergen secara industri? Bahan utama yang digunakan untuk membuat detergen secara industri ialah pelembut air, enzim dan peluntur.

Bibliografi Buku Foong, Y. S. (2001). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KIMIA Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Percetakan Rina Sdn. Bhd.

Kau, T. K. (2005). Ulangkaji Total Kimia Tingkatan 4 & 5 SPM. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Toon, T. Y. (1995). Panduan Kimia Amali STPM Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Internet

Wikipedia. (2009). Detergen. Retrieved Oktober 2, 2011, from Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Detergen Wikipedia. (2009). Sabun. Retrieved Oktober 2, 2011, from Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sabun Wikipedia. (2010). Saponifikasi. Retrieved Oktober 2, 2011, from Wikipedia: http://id.wikipedia.org/wiki/Saponifikasi

You might also like