You are on page 1of 4

KOD ETIKA JURULATIH

PESAKA NEGERI SELANGOR

Biro Kejurulatihan PESAKA Negeri Selangor yakin bahawa jurulatih memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada pembangunan silat dan kejayaan sesebuah pasukan daerah, pertubuhan serta atlet pesilat. Jurulatih merupakan seorang pemimpin / guru yang bertanggungjawab mempastikan program-program silat dapat membentuk keperibadian dan perwatakan yang baik di dalam kehidupan seorang atlet. Setiap jurulatih harus mengamalkan tingkah laku yang positif ketika bersama-sama atlit dalam memberikan pengalaman dan potensi diri kepada mereka. Selain itu jurulatih perlulah sentiasa menunjukkan sikap kesukanan dan budi pekerti yang mulia serta menilai setiap atlet dengan baik dan seadilnya. Jurulatih hendaklah menjadi model dalam melaksanakan tugas dengan jujur dan cekap selain mempunyai intergriti yang tinggi. Jurulatih juga mestilah bertanggungjawab dalam membina semangat kekitaan sewaktu mengambil bahagian dalam sukan, berdisiplin tinggi serta sanggup berkorban apa sahaja demi mencapai kemajuan atlit bimbingannya. Biro Kejurulatihan PESAKA Negeri Selangor percaya bahawa seseorang jurulatih akan melakukan sesuatu yang terbaik bukan sahaja untuk dirinya bahkan juga untuk atlit di bawah penjagaannya. Kod etika jurulatih ini hendaklah diguna pakai oleh semua jurulatih sama ada diperingkat Negeri Selangor, PESAKA Daerah-daerah, pertubuhan/perguruan silat (gelanggang dan sekolah). Kod etika ini sememangnya memberikan penekanan tentang amalan baik yang perlu diikuti oleh seseorang jurulatih. Saya akan sentiasa terikat dam mematuhi kod etika ini ketika menjalankan tugas sebagai seorang jurulatih. Seorang jurulatih silat bertanggungjawab membantu mengembangkan potensi diri seseorang atlet dengan meningkatkan prestasinya : Mengenalpasti keperluan setiap individu Meningkatkan prestasi dengan cara yang selamat, latihan terkawal, membuat penilaian dan mengambil bahagian sebaik mungkin dalam setiap pertandingan. Mewujudkan satu persekitaran dimana seseorang atlet itu sentiasa mendapat motivasi bagi mengekalkan penyertaan dan meningkatkan prestasinya.

Jurulatih hendaklah mematuhi prinsip-prinsip etika jurulatih yang baik seperti di bawah :-

Sebagai seorang jurulatih :-

Kod Etika Jurulatih PESAKA Negeri Selangor

1. Saya akan bersikap positif terhadap tugas sebagai jurulatih serta tidak akan berkelakuan negatif yang mana akan member kesan terhadap tanggapan masyarakat atau penerimaan jurulatih sebagai kerjaya.

2. Saya tidak akan membuat sebarang kenyataan atau dakwaan bertulis kepada orang ramai berkaitan perkara yang tidak benar dengan profesion kejurulatihan.

3. Saya akan hormati pelbagai pendekatan kaedah yang digunakan ketika melatih. Saya akan menghormati daya usaha dan sumbangan orang lain serta tidak menganggap usaha atau kaedah tersebut milik saya.

4. Saya wajar bersifat amanah dalam semua perkara yang saya lakukan dan mendidik atlet betapa pentingnya intergriti, kejujuran, keyakinan dan kesetiaan.

5. Saya akan memberikan keutamaan terhadap perihal kesejahteraan dan keselamatan atlet lebih daripada peningkatan prestasi. Saya akan menurut semua garis panduan yang terkandung di dalam PESAKA Negeri Selangor (dan gabungannya).

6. Saya akan menghormati hak, maruah dan nilai seseorang atlet serta melatih mereka secara adil dan sama rata.

7. Saya akan mengaplikasikan kaedah pengajaran yang efektik bagi mempastikan pengalaman yang diperolehi ketika latihan menyeronokkan, dapat meningkatkan harga diri dan menggalakkan perasaan kasih saying serta menghargai nilai sukan silat. Saya tidak akan melakukan penderaan fizikal dan psilogikal, tidak menggunakan tutur kata yang tidak sepatutnya serta latihan yang boleh menyinggung perasaan seseorang atlet.

8. Saya akan menggalakkan atlet mencapai kejayaan secara jujur, berfikir dan bermain sebagai sebuah pasukan, melakukan yang terbaik dan sentiasa memperbaiki prestasi dengan daya usaha tinggi serta berdisiplin. Melarang atlet daripada bersifat pentingkan diri sendiri serta tidak bersungguh-sungguh dalam mengharungi sesuatu pertandingan sehingga tamat perlawanan. Saya akan pastikan penerapan budaya kerja berkumpulan dilaksanakan demi kelancaran dan kecemerlangan sukan silat.

Kod Etika Jurulatih PESAKA Negeri Selangor

9. Saya akan menbina perhubungan yang baik dengan atlet berdasarkan kepada kepercayaan dan saling hormat menghormati. Saya tidak akan terpengaruh untuk mendapatkan sesuatu keistimewaan atau ganjaran. Saya juga tidak akan menggunakan kedudukan saya untuk melakukan salah laku seks atau membuat perhubungan yang dilarang dengan atlet atau seseorang yang rapat dengan mereka.

10. Saya akan menjadi contoh yang baik bagi segala tindak tanduk saya ketika menjalankan tugas mahupun diluar tugas agar senantiasa menjadi ikutan kepada atlet. 11. Saya akan menjauhkan diri dari berkelakuan tidak senonoh, merokok, minum minuman keras dan penyalhgunaan dadah dalam bentuk apa jua sekali pun. Ini akan memberi impak yang negative tentang peranan saya sebagai role-model.

12. Saya akan membimbing atlet menerima tanggungjawab ke atas perlakuan dan prestasi mereka.

13. Saya akan berusaha meningkatkan ilmu bagi menambah pengetahuan berkaitan prinsip-prinsip kejurulatihan dan mempelajari teknik dan strategi terkini dalam sukan silat ini.

14. Saya akan bekerjasama dengan pakar-pakar lain (contohnya jurulatih, pegawai, guruguru silat, pihak pengurusan tertinggi, doctor, pelatih, ahli fisioterapi) demi kebaikan atlet.

15. Saya akan memberikan pengalaman, keadaan yang selamat serta cabaran yang tidak dapat dilupakan bagi atlet dengan mengekalkan suasana sukan secara fizikal dan mental yang selamat.

16. Saya akan sentiasa mengamalkan prinsip fair-play dan tidak akan melanggar peraturan-peraturan serta undang-undang sukan silat. Saya akan mengingatkan atlet tentang bahayanya mengambil benda terlarang termasuk minuman keras dan rokok serta dadah untuk meningkatkan prestasi.

17. Saya tidak akan menggunakan nama dan atlet saya untuk mendapatkan sebarang imbuhan secara komersil melainkan mendapat izin dari PESAKA Negeri Selangor. Kod Etika Jurulatih PESAKA Negeri Selangor 3

18. Saya akan sentiasa mematuhi kod etika ini secara berterusan dalam sukan silat ini.

19. Saya akan menghormati semua pegawai sukan pada setiap masa. Saya juga akur dengan sensitivity agama, adat resam dan budaya masyarakat majmuk Negara ini.

20. Saya akan mempromosi serta menggalakkan semangat kesukanan terutama sukan silat. Saya telah membaca dan faham akan kandungan Kod Etika Kejurulatihan ini. Saya bersetuju dan patuh akan etika di atas dan akan bertindak sewajarnya.

Tandatangan Nama Jawatan Tarikh

: : : :

___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________

Kod Etika Jurulatih PESAKA Negeri Selangor

You might also like