You are on page 1of 20

KERTAS KERJA CADANGAN

TAJUK
”Cadangan Untuk Menubuhkan
Majlis Tahsin Al-Quran ( MTQ )”
( Sebelum Ini Dikenali Sebagai Jawatankuasa Penyelaras Al-Quran )

TARIKH :
05 Disember 2007

HARI :
Rabu

DISEDIAKAN OLEH :
Mohd Danial Bin Mohd Razali @ Busu
Timbalan Presiden I Majlis Perwakilan Pelajar ‘07
Merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Al-Quran 2007
2 
Kandungan

TAJUK MUKASURAT
MUKADDIMAH 3
SUSUR GALUR PENUBUHAN 4
OBJEKTIF 5
MISI 5
VISI 5
MOTO 5
STRUKTUR ORGANISASI 6-9
BIDANG TUGAS 10-19
PENUTUP 20
CATATAN 21

Mukaddimah

MAJLIS TAHSIN AL-QURAN


3 
Firman Allah S.W.T

        

        

Maksudnya : Dan Kami turunkan Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat
bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim ( Al-Quran itu ) hanya akan
menambah kerugian.
( surah Al-Isra’ : ayat ke 82 : juz ke 15 )

Alhamdulillah, dengan izin dan barokah daripada Tuhan Rabbul Alamin, dapat umat
Islam pada hari ini merasai dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat Islam dan nikmat
iman. Bersyukur juga kepada Allah S.W.T kerana Jawatankuasa Penyelaras Al-Quran
sehingga hari ini semakin kukuh bertapak dibawah naungan Tuan Pengetua Sekolah
Menengah Imtiaz Dungun. Setakat pada hari ini, segala projek yang telah dirancang oleh
Jawatankuasa Penyelaras Al-Quran telah mendapat sokongan penuh daripada pihak sekolah
dan pihak Integriti Icon Sdn. Bhd. Namun sebagai umat Islam yang cemerlang, gemilang dan
terbilang, kita sentiasa berpegang dengan prinsip “ Hari Ini Lebih Baik Daripada Hari
Semalam Dan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini “. Oleh kerana itulah, pihak Jawatankuasa
Penyelaras Al-Quran telah berbincang dan bersetuju untuk memanjangkan cadangan bagi
menubuhkan Majlis Tahsin Al-Quran kepada pihak Tuan Pengetua untuk diluluskan supaya
perjalanan aktiviti Al-Quran pelajar bukan sahaja dapat dimantapkan malah dapt ditingkatkan
bagi melahirkan ajyal atau generasi Ulul Albab yang menjadikan Quranik, Ensaiklopedik
Dan Ijtihadik sebagai teras pembangunan ummah sejagat.

Susur Galur Penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Al-Quran

Disember 2006

MAJLIS TAHSIN AL-QURAN


4
Pihak sekolah telah melantik seramai 12 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan
empat dan tingkatan tiga untuk menjadi fasilitator Program Pemantapan Hafazan, Bahasa
Inggeris Dan Bahasa Arab. Program ini telah dijalankan selama dua minggu dan mempunyai
tiga fasa iaitu :

Fasa I : Diadakan di sekolah menengah imtiaz dungun


Fasa II : Diadakan di taman pertanian sekayu
Fasa III : Lawatan ke utara semenanjung – dibatalkan kerana terdapat masalah
teknikal.

Februari 2007

Tuan penyelaras SMIDA telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengadakan


program pemantapan Al-Quran di Sek. Men. Imtiaz Dungun (Atas) dan diberi nama
Jawatankuasa Tahsin Al-Quran. Jawatankuasa ini kemudiannya telah ditukar kepada Badan
Pelaksana Al-Quran

Mei 2007

Tuan penyelaras SMIDA atas nasihat Tuan Pengetua telah menukarkan nama Badan
Pelaksana Al-Quran kepada Jawatankuasa Penyelaras Al-Quran ( JPAQ ). JPAQ telah
bertahan sehingga ke akhir tahun 2007 dan telah menjalankan banyak program Al-Quran
kepada para pelajar. JPAQ terdiri daripada 18 orang ahli dan dibantu dengan 16 orang
Nuqaba’ Al-Quran, iaitu sebuah jawatankuasa kecil dibawah JPAQ.

Objektif Penubuhan

1. Bertanggungjawab membantu Ketua Bidang Al-Quran.


2. Bertanggungjawab mambantu pihak pengurusan sekolah menjalankan program
hafazan sekolah.

MAJLIS TAHSIN AL-QURAN



5
3. Melancarkan perjalanan program hafazan dikalangan pelajar.
4. Merangka dan melaksana program hafazan dan pemantapan Al-Quran
5. Membantu guru Al-Quran mengatasi masalah hafazan.
6. Sebagai medium untuk memastikan program hafazan dilaksanakan dengan baik.
7. Melatih bakat kepimpinan dikalangan pelajar.

Misi
1. Kearah melahirkan pelajar Imtiaz yang menguasai sepenuhnya ilmu Al-Quran.
2. Melatih bakat kepimpinan dikalangan pelajar Imtiaz.

Visi
1. Melahirkan masyarakat Islam yang terbaik ( Khaira Ummah ) yang menguasai ilmu-
ilmu dunia dan akhirat.
2. Melahirkan masyarakat Islam yang global dan pemimpin dunia yang unggul

Motto
Quranik, Amanah Dan Cekap

Sturuktur Organisasi ( Carta )

MAJLIS TAHSIN AL-QURAN


6 

PENGERUSI
( TUAN PENGETUA )

TIMB. PENGERUSI I TIM. PENGERUSI II


( PK HEP ) ( TUAN PENYELARAS A )

KETUA JEMAAH
PENASIHAT
( KETUA BIDANG
AL-QURAN )

AHLI JEMAAH
PENASIHAT

PRESIDEN

TIMBALAN PRESIDEN I TIMBALAN PRESIDEN II

SETIAUSAHA AGUNG BENDAHARI KEHORMAT

EXCO

LUJNAH LUJNAH LUJNAH PERANGKAAN LUJNAH


PENGAJIAN PEMBANGUNAN AL- LUJNAH PENERBITAN
PENGAJIAN ISLAM AM
AL-QURAN QURAN

TAUHID
ULUM AL-QURAN RISALAH
FEQAH AKTIVITI NUQABA’
TAJWID AKHLAQ
BULETIN
ANALISA
TAFSIR SIRAH NABAWIAH

Struktur Organisasi Peringkat Pentadbitan

Pengerusi : Tuan Pengetua


MAJLIS TAHSIN AL-QURAN

7
Timbalan Pengerusi I : Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
Timbalan Pengerusi II : Tuan Penyelaras Imtiaz A
Ketua Jemaah Penasihat : Ketua Bidang Al-Quran Dan Diniyah /
Penyelaras Ulul-Albab
Ahli Jemaah Panasihat : Ketua Guru Disiplin
: Guru Lelaki
: Guru Lelaki
: Guru Perempuan
: Guru Perempuan

Struktur Organisasi Peringkat Induk ( DASAR )

Presiden : Pelajar Lelaki


Timbalan Presiden I : Pelajar Perempuan
Timbalan Presiden II : Pelajar Perempuan
Setiausaha Agung : Pelajar Perempuan
Bendahari Kehormat : Pelajar Lelaki
Exco Pengajian Al-Quran : Pelajar Lelaki
: Pelajar Perempuan
Exco Pengajian Islam : Pelajar Lelaki
: Pelajar Perempuan
Exco Perangkaan Am : Pelajar Lelaki
: Pelajar Perempuan
Exco Pembangunan Al-Quran : Pelajar Lelaki
: Pelajar Perempuan
Exco Penerbitan : Pelajar Lelaki
: Pelajar Perempuan

Struktur Organisasi Peringkat Lujnah ( PELAKSANA )

MAJLIS TAHSIN AL-QURAN


8 
( DIPILIH OLEH ORGANISASI INDUK )

Lujnah Pengajian Al-Quran

Ketua : Exco Lujnah Pengajian Al-Quran


Naib Ketua : Exco Lujnah Pengajian Al-Quran
Setiausaha : Pelajar
Bendahari : Pelajar
Ajk : Pelajar
Ajk : Pelajar

Lujnah Pengajian Islam

Ketua : Exco Lujnah Pengajian Islam


Naib Ketua : Exco Lujnah Pengajian Islam
Setiausaha : Pelajar
Bendahari : Pelajar
Ajk : Pelajar
Ajk : Pelajar

Lujnah Perangkaan Am

Ketua : Exco Perangkaan Am


Naib Ketua : Exco Perangkaan Am
Setiausaha : Pelajar
Bendahari : Pelajar
Ajk : Pelajar
Ajk : Pelajar

Lujnah Pembangunan Al-Quran

MAJLIS TAHSIN AL-QURAN



9
Ketua : Exco Pembangunan Al-Quran
Naib Ketua : Exco Pembangunan Al-Quran
Ketua Nuqaba’ : Pelajar Lelaki
P K. Nuqaba’ : Pelajar Perempuan.
Setiausaha : Pelajar
Bendahari : Pelajar
Ajk : Pelajar
Ajk : Pelajar

Lujnah Penerbitan

Ketua : Exco Penerbitan


Naib Ketua : Exco Penerbitan
Setiausaha : Pelajar
Bendahari : Pelajar
Ajk : Pelajar
Ajk : Pelajar

Klasifikasi Tugas Dan Tanggungjawab

MAJLIS TAHSIN AL-QURAN


10 
Presiden

 Bertanggungjawab terhadap keseluruhan perjalanan organisasi


 Mempengerusikan mesyuarat induk
 Mengesahkan minit mensyuarat induk.
 Mengesahkan laporan akaun organisasi yang disediakan oleh Bendahari Kehormat.
 Membuat dasar organisasi.
 Memantau perkembangan tugas semua EXCO
 Mengiringi tetamu kehormat semasa program Al-Quran diadakan.
 Bertanggungjawab sebagai ketua Al-Quran bagi pelajar lelaki.
 Bertanggungjawab memastikan kabajikan semua AJK tertinggi, EXCO dan semua
AJK Lujnah.
 Bertindak sebagai panel penasihat bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh setiap
lujnah.
 Memantau perhubungan antara EXCO lelaki dan perempuan
 Berbincang/ berurusan dengan pihak pengurusan tertinggi sekolah
 Memantau perjalanan waktu hafazan pelajar pada p&p dan waktu bukan akademik
( asrama )
 Menasihat dan menegur semua kesilapan yang dilakukan oleh semua EXCO.
 Menandatangan semua surat rasmi yang disediakan oleh Setiausaha Agung.
 Membuat pengesahan terhadap laporan akhir aktiviti setiap lujnah.
 Tertakluk kepada arahan daripada ahli jemaah penasihat dari semasa ke semasa.

Timbalan Presiden I & II

 Memangku tugas-tugas Presiden semasa ketiadaannya


 Mempengerusikan mesyuarat induk semasa ketiadaan Presiden.

MAJLIS TAHSIN AL-QURAN



11
 Sentiasa berhubung dengan Presiden dalam semua hal yang berkaitan dengan Majlis
Tahsin Al-Quran.
 Membantu Presiden dalam semua hal dan aspek.
 Sentiasa peka dengan arahan Presiden.
 Bertanggungjawab memastikan semua dasar yang diputuskan oleh Presiden diikuti
dengan telus dan cekap.
 Bertindak sebagai panel penasihat bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh setiap
lujnah.
 Memantau perkembangan semua EXCO.
 Memantau perhubungan antara EXCO lelaki dan perempuan.
 Bertanggungjawab sebagai ketua Al-Quran bagi pelajar perempuan.
 Memantau hal-ehwal kesetiuasahaan dan kewangan.
 Menerima dan mengikuti semua arahan daripada Presiden.
 Tertakluk kepada arahan daripada ahli jemaah penasihat dari semasa ke semasa

Setiausaha Agung.

 Membuat agenda mesyuarat induk

MAJLIS TAHSIN AL-QURAN


 12
 Memaklumkan kepada EXCO tentang panggilan mesyuarat
 Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat induk
 Mengedit kertas kerja yang dibuat oleh setiap lujnah sebelum ditandatangan oleh
Presiden.
 Menyediakan surat-surat rasmi dan menyerahkannya kepada Presiden untuk
ditandatangan.
 Mempunyai hak untuk menegur semua EXCO.
 Mengutip laporan akhir aktiviti daripada setiap lujnah untuk dihantar kepada Presiden
untuk disahkan.
 Merekod dan memfailkan semua minit mesyuarat induk yang telah disahkan oleh
Presiden kedalam fail Setiausaha Agung.
 Tertakluk kepada arahan Presiden dan Timbalan Presiden dari semasa ke semasa.

MAJLIS TAHSIN AL-QURAN


13 
Bendahari Kehormat

 Memastikan semua lujnah menghantar laporan lengkap bajet setiap aktiviti sebelum
minggu kedua bulan Februari kepada Presiden.
 Membuat laporan keseluruhan bajet daripada laporan bajet setiap lujnah.
 Mengawal, merekod dan menyimpan kemasukkan dan pengeluaran wang
 Menyediakan laporan kewangan
 Memberi pengesahan pengeluaran tunai bagi kegunaan perbelanjaan aktiviti setelah
diluluskan oleh Presiden.
 Menyimpan dokumen-dokumen kewangan
 Tertakluk kepada arahan Presiden dan Timbalan Presiden dari semasa ke semasa.

MAJLIS TAHSIN AL-QURAN


14 

EXCO

 Bertanggungjawab melaksanakan semua dasar yang ditetapkan oleh Presiden.


 Mempengerusi mesyuarat peringkat lujnah masing-masing.
 Bertindak sebagai ketua ( lelaki ) dan naib ketua ( perempuan ) bagi lujnah masing-
masing.
 Membuat keputusan diperingkat lujnah dan membawa segala keputusan kepada
Presiden untuk diluluskan.
 Menghantar laporan mesyuarat lujnah kepada setiausaha agung.
 Menghantar bajet kewangan setiap lujnah kepada bendahari kehormat.
 Memastikan setiap AJK lujnah melaksanakan semua tugas dengan telus dan amanah.
 Bertanggungjawab keatas semua unit dibawah lujnah masing-masing.
 Bertindak sebagai Pengarah rogram yang dijalankan oleh lujnah masing-masing.
 Melantik Setiausaha dan Bendahari lujnah masing-masing atas nasihat Presiden dan
Timbalan Presiden.
 Bekerjasama sesama ecxo.
 Bertanggunjawab keatas kebajikan AJK lujnah masing-masing.
 Menerima dan menjalankan segala arahan daripada Presiden dan Timbalan Presiden
dari semasa ke semasa.

MAJLIS TAHSIN AL-QURAN


15 

AJK Lujnah Pengajian Al-Quran

 Membantu EXCO dalam semua aspek.


 Bertanggungjawab keatas:
1. Unit Ulum Al-Quran
2. Unit Tajwid
3. Unit Tafsir
 Bertanggungjawab memastikan semua pelajar menguasai semua ilmu yang berkaitan
dengan pengajian Al-Quran melalui pelbagai cara seperti ceramah, program dewan,
seminar dan sebagainya
 Menyediakan laporan AJK Lujnah Pengajian Al-Quran ( Setiausaha Lujnah ) dan
menyerahkannya kepada EXCO.
 Menyediakan laporan bajet kewangan ( Bendahari Lujnah ) dan menyerahkannya
kepada EXCO.
 Bertindak sebagai AJK kerja bagi aktiviti lujnah.
 Menjalankan semua arahan daripada EXCO.
 Tertakluk kepada arahan EXCO dari semasa ke semasa.
 Bekerjasama dengan AJK lujnah lain.

AJK Lujnah Pengajian Islam

 Membantu EXCO dalam semua aspek.


 Bertanggungjawab keatas:
1. Unit Tauhid

MAJLIS TAHSIN AL-QURAN


16 
2. Unit Feqah
3. Unit Akhlaq
4. Unit Sirah Nabawiah
 Bertanggungjawab memastikan semua pelajar menguasai semua ilmu yang berkaitan
dengan pengajian Islam melalui pelbagai cara seperti ceramah, program dewan,
seminar dan sebagainya
 Menyediakan laporan AJK Lujnah Pengajian Islam ( Setiausaha Lujnah ) dan
menyerahkannya kepada EXCO.
 Menyediakan laporan bajet kewangan ( Bendahari Lujnah ) dan menyerahkannya
kepada EXCO.
 Bertindak sebagai AJK kerja bagi aktiviti lujnah.
 Menjalankan semua arahan daripada EXCO.
 tertakluk kepada arahan EXCO dari semasa ke semasa.
 Bekerjasama dengan AJK lujnah lain.

AJK Lujnah Perangkaan Am

 Membantu EXCO dalam semua aspek.


 Bertanggungjawab keatas:

MAJLIS TAHSIN AL-QURAN


17 
1. Unit Aktiviti.
 Merancang dan melaksanakan semua program besar Majlis Tahsin Al-Quran seperti
akademi Al-Quran, lawatan, kem tahsin Al-Quran dan sebagainya.
 Merancang dan melaksanakan semua aktiviti besar / tahunan Majlis Tahsin Al-Quran.
 Bertanggungjawab memastikan semua program yang dijalankan berjaya.
 Merancang dan mengandalikan program usrah untuk Majlis Tahsin Al-Quran.
 Menyediakan laporan AJK Lujnah Perangkaan Am ( Setiausaha Lujnah ) dan
menyerahkannya kepada EXCO.
 Menyediakan laporan bajet kewangan ( Bendahari Lujnah ) dan menyerahkannya
kepada EXCO.
 Bertindak sebagai AJK kerja bagi aktiviti lujnah.
 Menjalankan semua arahan daripada EXCO.
 tertakluk kepada arahan EXCO dari semasa ke semasa.
 Bekerjasama dengan AJK lujnah lain.

AJK Lujnah Pembangunan Al-Quran

 Membantu EXCO dalam semua aspek.

MAJLIS TAHSIN AL-QURAN


18 
 Bertanggungjawab keatas:
1. Unit Nuqaba’
2. Unit Analisis.
 Dua orang pelajar dilantik khas bagi memegang jawatan sebagai Ketua Nuqaba’ dan
Penolong Ketua Nuqaba’ dan menerima arahan daripada EXCO.
 Memilih Naqib halaqah Al-Quran pada waktu tasmi’.
 Menyusun halaqah tasmi’ pelajar atas nasihat EXCO.
 Sebagai penghubung kepada guru tasmi’.
 Bertanggungjawab memastikan perningkatan hafazan semua pelajar.
 Menyediakan laporan perkembangan tasmi’ dan hafazan bulanan pelajar ( Setiausaha
Lujnah ) dan menyerahkannya kepada EXCO.
 Menganilisa dan merekod laporan kafazan bulanan.
 Menyediakan laporan bajet kewangan ( Bendahari Lujnah ) dan menyerahkannya
kepada EXCO.
 Bertindak sebagai AJK kerja bagi aktiviti lujnah.
 Menjalankan semua arahan daripada EXCO.
 tertakluk kepada arahan EXCO dari semasa ke semasa.
 Bekerjasama dengan AJK lujnah lain.

AJK Lujnah Penerbitan.

MAJLIS TAHSIN AL-QURAN


19 
 Membantu EXCO dalam semua aspek.
 Bertanggungjawab keatas:
1. Unit Risalah ( mingguan )
2. Unit Buletin ( bulanan )
 Bertanggungjawab mengeluarkan risalah dan buletin yang berkaitan dengan Majlis
Tahsin Al-Quran secara mingguan dan bulanan.
 Sebagai agen publisiti keatas segala aktiviti semua lujnah.
 Mengeluarkan poster yang berkaitan dengan Majlis Tahsin Al-Quran.
 Bertanggungjawab keatas bilik gerakan Majlis Tahsin Al-Quran.
 Bertanggungjawab keatas papan kenyataan Majlis Tahsin Al-Quran.
 Memastikan papan kenyataan Majlis Tahsin Al-Quran berada dalam keadaan yang
menarik sepanjang masa.
 Menyediakan satu sudut khas didalam musolla.
 Menyediakan laporan AJK Lujnah Penerbitan ( Setiausaha Lujnah ) dan
menyerahkannya kepada EXCO.
 Menyediakan laporan bajet kewangan ( Bendahari Lujnah ) dan menyerahkannya
kepada EXCO.
 Bertindak sebagai AJK kerja bagi aktiviti lujnah.
 Menjalankan semua arahan daripada EXCO.
 tertakluk kepada arahan EXCO dari semasa ke semasa.
 Bekerjasama dengan AJK lujnah lain.

Penutup

Sebagai bekas pelajar, saya sendiri ingin melihat agar aktiviti Al-Quran dapat
dimantapkan dengan sistematik. Oleh itu, diharapkan penubuhan Majlis Tahsin Al-Quran
dapat memberi perubahan kepada para pelajar dalam bidang Al-Quran terutama dari segi
MAJLIS TAHSIN AL-QURAN
20 
kemantapan hafazan. Tajwid dan sebagainya. Selain itu, banyak ilmu Al-Quran dan ilmu
Islam dapat disebarkan melalui penubuhan lujnah-lujnah. Saya berharap agar penubuhan
Majlis Tahsin Al-Quran ini akan dapat direalisasikan dengan kelululusan daripada pihak Tuan
Pengetua. Saya juga berharap agar Tuan Pengetua dapat membawa cadangan ini kepada
pihak Intergriti Icon snd. Bhd agar ianya juga ditubuhkan di semua sekolah Imtiaz.
Sekian, jazakallahu khairan jaza’.

“ Kearah Melahirkan Generasi Ulul-Albab “


Disediakan Oleh,

.......................................................................................
( MOHD DANIAL BIN MOHD RAZALI@BUSU )
Timbalan Presiden I Majlis Perwakilan Pelajar ‘07
Merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Al-Quran 2007

Disokong Oleh,

....................................................................
.
( ENCIK M. BORHANUDDIN BIN ..............................................
ZAKARIA ) ( ENCIK RIDZUAN BIN AZIZ )
Tuan Penyelaras, Ketua Bidang Al-Quran Dan Diniyah ,
Sekolah Menengah Imtiaz Dungun A Merangkap Penyelaras Ulul-Albab
Sekolah Menengah Imtiaz Dungun
Diluluskan Oleh,

..............................................................
( ENCIK MAZLAN BIN CHE WIL P.J.K )
Tuan Pengetua,
Sekolah Menengah Imtiaz Dungun

Catatan..

MAJLIS TAHSIN AL-QURAN

You might also like