You are on page 1of 10

TALAK

1. Pengertian Talak daripada segi bahasa dan istilah : Bahasa : Melepaskan ikatan Istilah : Melepaskan ikatan perkahwinan atau perpisahan antara suami Dengan isteri melalui lafaz talak atau yang lain-lain. Contoh : Engkau telah aku ceraikan Engkau seorang perempuan yang telah ditalakkan

2. Dasar-dasar umum tentang talak dalam syariat Islam

1. Prinsip talak adalah dilarang . 2. Talak sebagai jalan keluar atas nusyuznya salah seorang dari suami isteri. 3. Talak adalah suatu keputusan hukum bagi suami isteri. 4. Talak adalah sebagai usaha untuk memulakan hidup baru. 5. Sesudah bercerai,hubungan dan lemah-lembut harus tetap dipelihara.

3. Tiga sebab talak paling dibenci oleh Allah : Talak bererti meruntuhkan masjid yang telah dibina. Talak akan memberi kesan yang tidak baik kepada perempuan dan anakanak. Talak boleh memutuskan ikatan silaturrahim yang telah dibina.

4. Hukum talak terbahagi kepada 4 : Wajib Sunat Haram (bidaah) dalam dua keadaan Makruh Kenyataan Apabila terjadi perselisihan faham diantara suami isteri, sedangkan kedua-duanya hakim ( dari kedua belah pihak ) yang menghakimkan perkara itu berpendapat bahawa mereka perlu bercerai. i. Apabila suami tidak mampu menunaikan kewajipan kepada isteri ( tidak sanggup lagi menanggung nafkah isteri dengan cukup ) ii. Ataupun isteri tidak menjaga kehormatan dirinya. iii. Atau isteri yang lalai menunaikan kewajipan terhadap suami tidak berkuasa memperbaiki atau mencegahnya. i. Menjatuhkan talak sewaktu isteri sedang dalam haid atau nifas. ii. Menjatuhkan talak sewaktu isteri suci yang telah disetubuhinya di waktu suci itu.Sepatutnya kalau hendak diceraikan jangan disetubuhi lagi selepas isteri suci dari haid. Jika suami menceraikan isteri tanpa keperluan yang mendesak seperti menceraikan isteri yang baik, jujur, berakhlak mulia dan tidak terdapat apaapa kesalahan.

Hukum Wajib

Sunat

Haram ( Bidaah )

Makruh

5. Terdapat 5 rukun talak : Yang menjatuhkan talak ( suami ) Isteri yang kena talak Lafaz talak Qasad Wilayah

6. Syarat-syarat sah talak : i. Baligh Berakal Syarat syarat Suami Yang Hendak Menjatuhkan Talak Syarat-syarat Suami Keterangan Tidak sah talak dari suami yang masiih kanak-kanak. Tidak sah talak dari suami yang gila atau hilang akal kecuali disengajakan , Dengan kehendak sendiri Dengan sengaja maka jatuh talaknya. Tidak sah talak dengan paksa. Tidak sah talak dengan tidak sengaja

ii.

Syarat-syarat Sah Paksaan Orang zalim yang memaksa itu berkuasa untuk melaksanakan segala ugutan secara zalim. Yang kena paksa itu lemah atau tida berdaya untuk mempertahankan diri samaada lari atau sebagainya. Dengan sengaja tidak sah talak dengan tidak sengaja ( tidak berniat ) seperti terlanjur lidah bagi orang yang latah atau guru yang mengajar murid-muridnya

7. Beza antara lafaz talak secara terang dan secara sindiran :

Lafaz Terang ( Soreh ) : Lafaz yang tidak menimbulkan keraguan yang Menunjukkan perceraian atau memutuskan Ikatan perkahwinan. Contoh : Aku ceraikan engkau

Lafaz Sindiran ( Kinayah ) : Lafaz yang masih diragukan, samaada boleh dimaksudkan cerai atau tidak. Bergantung kepada niat suami. Contoh : Pergilah engkau dari rumahku

8. Pembahagian talak : Talak terbahagi kepada talak sunni, talak bidie dan bukan sunni bukan bidie.

9. Beza antara Talak sunni dan Talak bidie : Talak Sunni : Suami menjatuhkan talak kepada isterinya mengikut peraturan agama seperti menceraikan isterinya dengan talak satu ketika suci daripada haid dan belum disetubuhi. Talak Bidie : Suami menjatuhkan talak kepada isterinya dengan tidak mengikut peraturan seperti menceraikan isterinya ketika haid atau nifas atau suci yang telah disetubuhi atau talak tiga sekaligus.

10. Kesan talak Satu, talak Dua,dan talak Tiga :

Talak Satu : Suami boleh merujuk isterinya kembali semasa iddah. Talak Dua : Suami boleh merujuk kembali isterinya semasa iddah. Talak Tiga : Suami tidak boleh merujuk iserinya atau berkahwin semula dengannya kecuali melalui proses-proses tertentu.

11. Proses yang membolehkan seseorang lelaki berkahwin semula dengan bekas isterinya yang ditalak tiga : Isterinya tersebut hendaklah tamat iddah dengannya. Isterinya berkahwin dengan lelaki lain. Disetubuhi lelaki tersebut. Diceraikan lelaki berkenaan. Tamat iddah dengan lelaki berkenaan. Berkahwin dengan suami pertama semula.

12. Tiga hikmat ditetapkan bilangan talak : Memberi kesempatan kepada kedua-dua belah pihak mencari jalan penyelesaian dan berbaik-baik semula. Menghalang pihak suami bermain-main dengan talak. Mendenda suami yang menjatuhkan talak tiga agar tidak menghargai sebuah perkahwinan.

13. Tiga hikmat dihalakan talak : Memberi peluang kepada pasangan yang berkahwin menginsafi kesalahan masing-masing. Memberi jalan kepada pasangan yang tidak bersefahaman untuk berpisah dan memulakan hidup baru. 14. Tiga hikmat talak diberikan kepada lelaki : Orang lelaki mempunyai hak dalam mengendalikan semua urusan rumahtangga dan bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan tersebut. Kaum lelaki adalah pemimpin dalam sesebuah rumahtangga dan berhak melakukan sesuatu untuk kebaikan diri dan rumahtangganya. Lelaki lebih cermat,berhati-hati, tabah dan berpandangan jauh berbanding dengan perempuan yang lebih suka terikut dengan emosi.

LIAN
1. Pengertian Lian daripada segi bahasa dan istilah : Bahasa : Laknat, menuduh dan melemparkan. Istilah : Sumpah suami yang disertakan dengan kesediaan menerima laknat daripada Allah menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain. Juga sumpah isteri yang disertakan dengan kesediaannya menerima kemurkaan Allah menolak tuduhan zina oleh suaminya.

2. Sebab berlakunya Lian : Suami menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain tanpa membawa 4 orang saksi lelaki yang adil.Untuk mengelakkannya dikenakan hukuman qazaf ( 80 kali rotan ). Isteri pula melakukannya untuk mengelakkan dijatuhi hukuman had zina (rejam).

3. Implikasi Lian terhadap suami isteri : Suami isteri terpisah selepas sumpah lian . Suami dan isteri tidak boleh berkahwin semula selama-lamanya. Suami yang menuduh dilepaskan daripada hukuman qazaf. Isteri dikenakan had zina jika tidak menolak tuduhan dengan sumpah lian. Anak yang dinafikan dalam sumpah lian ternafi nasabnya daripada suami yang bersumpah. Isteri berhak menuntut nafkah anak jika suami tidak menafikan nasabnya.

4. Proses Lian : Suami bersumpah dihadapan hakim sebanyak 4 kali sumpah menuduh isterinya berzina. Kali ke lima dia bersedia menerima laknat Allah jika berdusta. Isteri juga bersumpah di hadapan hakim sebanyak 4 kali sumpah menafikan tuduhan zina oleh suaminya. Kali ke lima, dia bersedia menerima kemurkaan Allah jika tuduhan suaminya adalah benar.

5. Hikmat disyariatkan Lian : Suami dapat mencari jalan penyelesaian secara adil dan diredhai Allah. Isteri dapat menjaga maruahnya yang tercemar dedngan tuduhan suami. Suami dapat mempertahankan kesucian nasabnya daripada dicemari oleh isteri yang melakukan perbuatan zina.

ISI KANDUNGAN
KRISIS RUMAHANGGA
1. Nusyuz Definisi i. Masalah dan penyelesaian. a. Perbuatan isteri yang dianggap nusyuz b. Langkah dan cara mengatasi masalah nusyuz menurut Islam c. Cara suami bertindak terhadap isteri nusyuz d. Bahagian nusyuz e. Implikasi nusyuz 2. Talak Pengertian Talak Dasar-dasar umum tentang talak Sebab talak paling dibenci oleh Allah Hukum talak Rukun talak Syarat-syarat sah talak Beza antara lafaz talak secara terang dan secara sindiran Pembahagian talak Beza antara Talak sunni dan Talak bidie Kesan talak Satu, talak Dua,dan talak Tiga Proses yang membolehkan lelaki berkahwin semula dengan bekas isteri Hikmat ditetapkan bilangan talak Hikmat dihalakan talak Hikmat talak diberikan kepada lelaki

3. Jenis-jenis Talak Penceraian Khuluk i. Definisi ii. Rukun Khuluk

iii. iv. v. vi. i. ii. iii. iv. v.

Kadar bayaran Permohonan Khuluk Implikasi Sighah Khuluk

Fasakh Definisi Alas an Cerai fasakh Sighah Fasakh Implikasi penceraian dengan fasakh Penceraian taklik 4. Zihar Definisi Hukum Rukun Syarat-syarat Sah Zihar Implikasi zihar 5. Ila Definisi Hukum Rukun Syarat-syarat sah ila Impliksai ila 6. Lian Pengertian Lian Sebab berlakunya Lian Implikasi Lian terhadap suami isteri Proses Lian Hikmat disyariatkan Lian

7. Rujukan 8. Lampiran

You might also like