You are on page 1of 2

Setiap orang mempunyai sukan yang diminati. Bersukan dapat menyihatkan badan.

Banyak aktiviti sukan yang boleh kita lakukan seperti bermain badminton, bola sepak, hoki, bola keranjang dan juga olahraga. Sukan yang saya minati ialah badminton. Sukan ini begitu popular negara kita. Sejak kecil lagi, saya suka bermain badminton kerana bapa saya seorang pemain badminton yang handal. Bapa selalu memawa saya menonton pertandingan badminton yang dia sertai. Saya bermain badminton pada setiap petang. Bapa menjadi jurulatih saya. Saya juga sering berlatih bersama-sama rakan di gelanggang badminton yang tidak jauh dari rumah saya. Mutu permainan saya meningkat dari hari ke hari. Saya mendapat banyak faedah dengan bermain badminton. Antaranya, dapat menyihatkan badan. Semasa bermain, badan saya akan berpeluh. Saya menjadi seorang yang aktif kerana perjalanan darah dalam badan lancer. Oleh itu, saya jarang diserang penyakit.

Selain itu, saya dapat mengharumkan nama sekolah. Saya sering mewakili sekolah dalam pertandingan badminton. Saya kerap memenangi pertandingan yang saya sertai. Guru-guru juaga bangga dengan kejayaan saya. Saya bangga dengan sukan yang saya pilih. Apabila dewasa nanti, saya bercita-cita untuk mewakili negara dalam permainan badminton. Saya ingin menjadi pemain badminton nombor satu dunia seperti Datuk Lee Chong Wei.

You might also like