You are on page 1of 5

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Perhatikan ayat berikut: Pelajar itu membaca buku.

Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku). Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain. Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut: Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat)

Pola Ayat Dasar Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri. Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS) Lihat contoh berikut: Predikat Ayat Frasa Subjek Frasa Predikat Rumus Pola Ayat Frasa Nama Frasa Adjektif FN+FN FN+FA

Subjek Ayat Jamilah Atan

pengurus sumber Frasa Nama manusia budak pandai Frasa Nama

Antara yang berikut, yang manakah ayat dasar? I. Penjenayah itu telah ditangkap polis. II. Siapkan kerja ini sebelum tengah hari. III. Kacak betul pemuda di sisi bapa saya itu. IV. Mohan Singh sering menyakat adik bongsunya. V. Pendaki dari Malaysia sudah tiba di puncak Gunung Everest. Untuk menjawab soalan itu, calon harus tahu bahawa ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber pembentukan pelbagai jenis ayat lain. Dengan perkataan lain, ayat dasar ialah ayat inti atau boleh dianggap sebagai ayat ibu, iaitu ayat yang paling asas; yang belum mengalami sebarang perubahan. Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1995:419), ayat dasar bahasa Melayu dibina daripada empat pola: Frasa Nama (FN) + Frasa Nama (FN) Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK) Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA) Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama (FS)

Unsur pertama bagi setiap pola merupakan subjek, manakala unsur yang kedua ialah predikat. Daripada pola tersebut dapat dikenal pasti dua ciri utama ayat dasar. Pertamanya, ayat dasar mengandungi satu klausa sahaja, iaitu terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Keduanya, ayat dasar dibina dengan susunan subjek mendahului predikat, yang dikenali sebagai ayat biasa. Selain itu, ayat dasar terdiri daripada ayat aktif dan ayat penyata sahaja. Daripada konsep ayat dasar di atas, dapatlah kita katakan bahawa jawapan yang tepat bagi soalan tadi ialah pilihan IV dan V sahaja. Oleh hal yang demikian, pilihan I, II dan III bukan ayat dasar. Ketiga-tiganya juga bukan ayat majmuk kerana tidak terdapat kata hubung dalam binaannya. Sekiranya bukan ayat dasar dan bukan ayat majmuk, apakah status ayat-ayat itu? Ayat I, II dan III tergolong dalam kumpulan ayat tunggal. Ayat dasar dan ayat tunggal ialah unsur bahasa yang serupa tetapi tidak sama. Anggapan demikian sesuai oleh sebab kedua-dua unsur sintaksis itu ada persamaan tertentu, tetapi terdapat ciri lain yang mewujudkan perbezaan tertentu. Sebagaimana ayat dasar, ayat tunggal juga mengandungi satu klausa. Ayat tunggal termasuk dalam kategori ayat terbitan atau ayat transformasi. Ayat terbitan ini terhasil daripada ayat dasar. Ciri yang ada pada ayat dasar boleh juga menjadi ciri ayat tunggal. Walaupun begitu, cakupan ayat tunggal lebih luas daripada ayat dasar. Hal ini demikian kerana ayat tunggal boleh dibina dengan susunan subjek mendahului predikat, sama seperti ayat dasar, dan boleh juga bersusunan predikat mendahului subjek, iaitu ayat songsang. Selain boleh terdiri daripada jenis ayat penyata, ayat tunggal terdiri juga daripada jenis ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan. Dari segi ragamnya, ayat tunggal bukan sahaja terdiri daripada ayat aktif, malahan boleh terdiri daripada ayat pasif pula. Jadual di bawah dapat menunjukkan perbandingan ayat dasar dengan ayat tunggal. Persamaan kedua-duanya ditanda dengan penggunaan cetakan tebal.

. Kenal pasti ayat yang berikut sama ada tergolong sebagai ayat dasar atau ayat tunggal. 1. Bapa sedang bersenam. 2. Kebanyakan novel tulisannya sungguh menarik. 3. Mereka akan ke England pada minggu depan. 4. Rajin benar anak lelaki Pak Jusoh. 5. Kambing dilanggar lori. 6. Di manakah kamu tinggal? 7. Wah, besarnya ikan itu! 8. Hutang bapa akan saya langsaikan esok. 9. Jangan merayau-rayau di tepi hutan. 10. Asmat hendak pergi tetapi ibunya tidak mengizinkannya.

Untuk membezakan ayat-ayat tersebut, kita harus mengenal pasti susunan, jenis, ragam dan binaannya. Sekiranya ayat itu terdiri daripada ayat susunan songsang, jenis ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan, ragamnya pasif, dan terbina daripada satu subjek dan satu predikat sahaja, maka dengan jelas menunjukkan bahawa ayat itu ialah ayat tunggal. Jikalau ayat itu bersusunan biasa, jenis ayat penyata, ragamnya aktif, dan terdiri daripada satu subjek dan satu predikat, ayat itu boleh menjadi ayat dasar dan juga ayat tunggal. Namun begitu, sekiranya ayat itu mengandungi lebih daripada satu subjek atau satu predikat, ayat itu bukan lagi ayat dasar dan bukan juga ayat tunggal, sebaliknya sudah menjadi ayat majmuk. Ayat 1 hingga ayat 3 merupakan ayat dasar dan ayat tunggal. Ketiga-tiga ayat itu merupakan ayat aktif, ayat penyata, dan ayat susunan biasa. Namun demikian, ayat 4 hingga ayat 9 jelas sekali merupakan ayat tunggal. Walaupun ayat 4 ialah ayat penyata, ayat itu bersusunan songsang. Ayat 5 dan ayat 8 juga ayat penyata, tetapi merupakan ayat pasif. Ayat 6 pula ialah ayat tanya dan bersusunan songsang. Ayat 7 dan ayat 9 masing-masing terdiri daripada ayat seruan dan ayat perintah. Ayat 10 terkeluar daripada bentuk ayat dasar mahupun ayat tunggal kerana ayat itu ialah ayat majmuk. Penanda ayat majmuk terletak pada penggunaan kata hubung tetapi, yang menunjukkan ayat itu terdiri daripada dua klausa (boleh juga dikatakan dua ayat), iaitu mengandungi dua subjek (Asmat, dan ibunya) dan dua predikat (hendak pergi, dan tidak mengizinkannya). Cemerlang Pelajar, Pelita Bahasa, Disember 2006, hlm. 24-25.

Jenis-jenis Ayat Pada umumnya terdapat dua jenis ayat sahaja iaitu ayat dasar dan ayat terbitan. Ayat Dasar Ayat yang belum melalui proses transformasi, iaitu penyisipan/penambahan, pengguguran atau pergerakan unsur (perkataan/frasa/klausa). Ia ialah ayat asal yang daripadanya diterbitkan ayat jenis lain (ayat terbitan). Ada empat pola ayat dasar (berdasarkan susunan subjek + predikat). a) FN + FN Siti + guru. b) FN + FAdjektif Siti + pandai. c) FN + FSN (sendi nama) Siti + di dalam bilik. d) FN + FKerja Siti + tidur. Ayat Terbitan Ayat terbitan diterbitkan daripada ayat dasar melalui mana-mana proses transformasi. Dari segi bilangan klausa yang terdapat di dalamnya, ayat terbitan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Dari segi tujuan pula, ayat terbitan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya adalah penyata, ayat soal, ayat perintah dan ayat seru. a) Ayat Tunggal Ayat yang mengandungi satu klausa/ayat sahaja. Contoh: Siti guru sekolah rendah. Siti tidur di dalam biliknya. b) Ayat Majmuk Ayat yang mengandungi dua atau lebih klausa di dalamnya. Berdasarkan status klausa yang menganggotainya, ayat majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu gabungan, pancangan dan campuran. a) Ayat majmuk gabungan Ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat/klausa yang sama taraf (tiada ayat/klausa induk). Sebagai contoh, enam ayat yang berikut boleh digabungkan menjadi satu ayat majmuk. 1. Dia pandai menyanyi.

2. 3. 4. 5. 6.

Dia Dia Dia Dia Dia

pandai pandai pandai pandai pandai

berlakon. menggubah lagu. mengarah filem. menulis skrip. berlawak.

Ayat majmuk: Dia pandai menyanyi, berlakon, menggubah lagu, mengarah filem, menulis skrip dan berlawak. b) Ayat majmuk pancangan Ayat yang mengandungi dua ayat yang tidak sama taraf (satu ayat induk dan satu lagi ayat kecil / klausa). Nota: Ayat induk ialah ayat yang wujud secara bebas (tidak bergantung pada kewujudan ayat lain) sementara ayat kecil ialah ayat yang wujud secara terikat (kewujudannya bergantung pada kewujudan ayat induk). Dari segi jenis kata hubung yang berfungsi menghubungkan klausa induk dengan klausa kecil di dalamnya, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu komplemen dan relatif. i) Ayat majmuk pancangan komplemen (bahawa, supaya/agar) Dia menegaskan bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha dan pengorbanan. Ayat induk : Dia menegaskan sesuatu. Ayat kecil : bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha dan pengorbanan. Perhatikan: Kewujudan ayat kecil bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha dan pengorbanan adalah terikat dengan kewujudan ayat induk dia menegaskan sesuatu. ii) Ayat majmuk pancangan relatif (yang) Orang yang meminjam buku itu (ialah) Ali. Ayat induk : Orang meminjam buku itu. Ayat kecil : Orang itu (ialah) Ali. c) Ayat Majmuk Campuran Ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat pelbagai jenis. Contoh: Ali membaca buku tetapi kawan-kawannya yang keletihan telah tidur nyenyak di dalam bilik masing-masing. Ali membaca buku. ayat dasar. Kawan-kawannya yang keletihan .... ayat majmuk pancangan relatif.

You might also like