You are on page 1of 16

Latar Novel Konserto terakhir 1 LATAR a) Latar tempat BIL TEMPAT PERISTIWA 1 - Tempat Hilmi bekerja.

- Hayati bermain piano. - tempat wujudnya konflik antara Hilmi dan Datin Salmah. - Tempat Datuk Johari meninggal dunia. 2 Halaman rumah Datuk Johari - Hilmi mengerjakan kebun sayur dan menjaga bunga-bunga. 3 Morning coffee - Tempat Datin Salmah bersembang-sembang dengan kawan-kawannya. 4 Dalam kapal terbang MAS - Hilmi pulang setelah mendapat berita kematian Encik Bakar. - Mencapai kotak kertas untuk mengisi muntah orang yang mabuk dalam penerbangan. - Menyiapkan sebuah lagu yang diberi nama Seniman. 5 - Tempat Hilmi bekerja sementara selepas keluar dari rumah Datuk Johari. 6 Jalan Raja Mahdi (Kampung Baru) - Rumah Encik Bakar. - Tempat Hilmi belajar muzik. - Tempat Kugiran Dahlia berlatih. - Hilmi dan Azizah dipanggil ke rumah itu untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka. 7 - Tempat Hilmi bakal membuat persembahan iaitu dia bakal memimpin Orkestra Perdana. - Dipenuhi penonton yang ingin menyaksikan pertunjukkan Orkes Perdana. - Turut dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri. - Akhirnya, Hayati menggantikan Hilmi memimpin orkestra tersebut. 8 - Tempat quartet Encik Bakar bermain muzik. - Hilmi telah menyertai quartet Encik Bakar dan kali pertama dia bermain dengan perasaan gemuruh. - Gesekan biola Hilmi mendapat telah mendapat tepukan gemuruh penonton. 9 - Hilmi menziarahi Encik Bakar. - Encik Bakar meninggal dunia. - Tempat Hilmi menerima rawatan. - Datuk Johari bertemu dengan Karim, abang sepupunya yang mendedahkan rahsianya. - Ahli keluarga berkumpul dan menunggu perkembangan Hilmi. - Tempat Hilmi meninggal dunia. 10 - Tempat Hilmi berkenalan dengan Aziziah. - Tempat Hilmi belajar muzik daripada Encik Bakar. - Tempat tinggal Hilmi selepas meninggalkan rumah Datuk Johari. b) Latar masa - Sekitar tahun 1970-an. - Pagi, tengah hari, petang dan malam. Latar Novel Konserto terakhir 2 c) Latar masyarakat Masyarakat kota - Masyarakat kota diwakili oleh Datuk Johari dan Datin Salmah serta keluarganya. Mereka merupakan orang yang berpangkat. Jirannya golongan kaya dan berpangkat. Oleh sebab itu, Datin Salmah bimbang dengan kehadiran Hilmi kerana ini mungkin akan memberi malu

kepadanya. - Keluarga di sebelah Datuk Johari tidak ada pangkat dan Datuk Johari digambarkan berjawatan menteri. Perkahwinan Hayati dengan Mohsin dihadiri oleh Perdana Menteri. Keadaan Ini menunjukkan pergaulan Datuk Johari dengan orang orang yang berpangkat. - Terdapat sebahagian daripada kehidupan masyarakat kota yang berkehidupan bebas dan melupakan agama. Keadaan ini dapat digambarkan dengan pergaulan bebas Hayati dengan Mohsin dan Datin Salmah yang risau dengan anaknya, Hayati yang sudah mula bersembahyang dan membaca buku buku agama. - Encik Bakar, isterinya dan Azizah merupakan contoh masyarakat kota yang baik hati. Encik Bakar sanggup mengajar Hilmi tentang muzik secara percuma dan pernah mempelawa Hilmi menumpang di rumahnya. Azizah juga mengamalkan pergaulan bebas seperti Hayati. - Masyarakat kota juga mempunyai minat terhadap dunia muzik. Masyaraka desa - Masyarakat ini diwakili oleh Hilmi dan juga Karim iaitu bapa Hilmi. - Masyarakat desa dalam novel ini digambarkan hidup dengan penuh kesederhanaan, berbudi bahasa dan taat kepada ajaran agama. Masyarakat golongan bawahan - Masyarakat ini diwakili oleh Pak Amat, Mak Minah, Leha, Mamat dan Esah. Mereka bekerja makan gaji sebagai drebar dan orang gaji. - Walau bagaimanapun, hati mereka baik dan sering semangat dan pertolongan kepada Hilmi. Pak Amat dan Mak Minah sering menasihati Hilmi supaya bersabar dan mengatakan bahawa pak cik dan mak ciknya itu baik. - Begitu juga dengan Mamat yang juga seorang drebar banyak membantu Hilmi dan memperkenalkan Hilmi dengan Encik Bakar, kawannya. Masyarakat berbilang bangsa - Masyarakat berbilang bangsa diwakili oleh Dr. Nathan, Tauke, Ah Kong, Nona Alice Lee, Tony Lim, Arasu dan pemuda Cina. - Mereka digambarkan hidup dengan aman dan saling menolong antara satu sama lain. - Dr. Nathan sering memuji Hilmi dan mengambil berat tentang Hilmi sepanjang Datuk Johari ke luar negeri. - Begitu juga dengan pemuda Cina yang membantu menghantar Hilmi

Latar tempat: Latar tempat novel ini berlaku di sekitar Kuala Lumpur. Banyak peristiwa yang berlakudi rumah Datuk Johari. Anataranya kehadiran Hilmi, pekerjaan Hilmi sebagai tukangkebun, hubungan antara Hilmi dengan Hayati, krisis antara Hilmi dengan Datin Salmah,Hilmi bermain piano Hayati, hubungan Hayati dengan Mohsin, Datuk Johari mati danlain-lain. Di rumah Dr.Nathan tempat Hilmi berhubung dengan Mamat. Di stesen minyak Shell Jalan Setapak tempat Hilmi bekerja selepas meninggalkan rumah Datuk Johari. Disebuah kedai kopi berdekatan dengan rumah Encik Bakar tempat Hilmi menerima nasihatdaripada Pak Amat Darwin.Di rumah Encik Bakar tempat Hilmi belajar alat-alat muzik dan menggubah lagu.Di sini, Hilmi berhubung dengan watak Azizah, anak Encik Bakar. Di Hotel Titiwangsatempat Hilmi bermain muzik, menyampaikan lagu

Sebuah Intermeso, lagu yangmengharumkan nama Hilmi. Di kelabkelab malam tempat Hilmi bekerja sebagai permain muzik. Di Padang Bandaran, Kelantan tempat orkes Hilmi bermain semasa perayaan keputeraan Sultan Kelantan. Di Hospital Besar Kuala Lumpur tempat Encik Bakar meninggal dunia. Di Hospital Besar juga Hilmi terlantar sakit dan meninggaldunia. Di sini Datuk Johari sekeluarga bertemu dengan Pak Karim dan keluarga Azizah.Di hospital inilah Datuk Johari dan Datin Salmah insaf setelah mengetahui Hilmisebenarnya adalah anak kandung Datuk Johari. Di Dewan Tunku Canselor, UniversitiMalaya tempat berlangsungnya Pertunjukan Orkes Perdana dengan Hayati menjadi pemimpin orkestra. Di sinilah Datuk Johari dan Datin Salmah mengalirkan air mataapabila mengenangkan nasib malang Hilmi. Latar masa: Latar masa novel ini ialah sebelum tahun 1980 atau pada zaman moden. Pada masa pegawai Inggeris masih bertugas di Malaysia. Contohnya, Tuan Milton diminta olehDatuk Johari memberikan pekerjaan kepada Hilmi. Pada masa masyarakat kampung belum membangun, berlakunya penghijrahan ke bandar untuk mencari pekerjaan. Cerita berlaku pada waktu siang dan malam. Contohnya, pada waktu siang Hilmi tiba di rumahDatuk Johari. Pada waktu malam berlangsungnya Pertunjukan Orkes Perdana. Latar masyarakat: Masyarakat bandar yang tidak mengamalkan semangat kejiranan. Contohnya, hubunganantara Datuk Johari dengan Dr. Nathan. Datuk Johari dan Datin Salmah marah kepadaHilmi kerana mengambil tanah hitam yang diberi oleh Dr.Nathan. Datin Salmahmelarang Mak Minah berbual dengan Mamat dan isterinya yang bekerja denganDr.Nathan. Masyarakat bandar yang mementingkan pangkat dalam pergaulan. DatinSalmah misalnya hanya bergaul dengan ahli keluarganya ayng berpangkat tinggi dankawan-kawannya yang bergelar Datin.Masyarakat bandar memandang hina kepada orang kampung yang miskin. DatinSalamah misalnya tidak dapat menerima Hilmi walaupun Hilmi adalah anak saudaraDatuk Johari. Masyarakat bandar tidak mementingkan agama dalam kehidupan. Datuk Johari dan Datin Salmah tidak pernah menunaikan sembahyang. Di rumah terdapat suatusudut untuk meminum arak dan Datin Salmah sendiri meminum arak hingga mabuk.Buku-buku agama pula dianggap sebagai berunsur subversif. Masyarakat bandar yangsibuk dengan tugas sosial di luar rumah hingga melupakan tugas dan tanggungjawab dirumah. Datin Salmah sibuk dengan kawan-kawan yang semorning coffee. Datin Salmahmengabaikan tugasnya sebagai ibu di rumah terutamanya dalam mendidik anaknya,Hayati. Datuk Johari pula sibuk dengan tugasnya di pejabat.Di kalangan generasi muda, sudah ada yang insaf tentang tanggungjawab sebagaihamba Allah. Hayati misalnya sudah mula bersembahyang, membaca buku-buku agama,dan taat kepada ibu bapa. Dia menyedari bahawa menderhaka kepada ibu bapa adalahdosa besar. Generasi muda seperti Hayati sudah mula menganggap bahawa semuamanusia adalah sama tanpa mengira darjat, sama ada orang

berpangkat ataupun orangmiskin. Masyarakat yang meminati seni muzik. Keluarga Encik Bakar adalah sebuahkeluarga yang berminat dalam seni muzik. Encik Bakar dan anaknya bergiat dalam senimuzik. Begitu juga anggota masyarakat bandar yang lain, yang memberikan sambutan diluar dugaan dalam Pertunjukan Orkes Perdana. Hayati pula melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik di London.Masyarakat yang ikhlas dalam memberikan pertolongan. Contohnya, Encik Bakar menolong Hilmi dengan mengajarkan cara bermain alat-alat muzik dan menggubah lagusecara percuma tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Di kalangan orang gaji dan drebar sudah ada perasaan simpati dan mengamalkan semangat tolong-menolong. Mak Minahsangat bersimpati terhadap Hilmi.Walaupun Datin Salmah tidak membenarkan Hilmi makan, Mak Minah tetapmemberikan makanan kepada Hilmi kerana adanya perasaan simpati terhadap Hilmi.Mamat pula sanggup menolong Hilmi dengan cara membawa Hayati berjumpa dengan Hilmi sebelum Hayati bertolak ke London. Masyarakat yang mendengar nasihat.Contohnya, nasihat Pak Amar Darwin kepada Hilmi supaya mencipta sesuatu kejayaan bagi dirinya yang masih muda itu, sungguh berkesan hingga Hilmi berjaya dalam bidangseni muzik yang diceburinya itu.Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan. Contohnya, Hilmi berusaha dengan bersungguh-sungguh hingga menjadi seniman tanah air yang terkenal.Masyarakat yang insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan. Contohnya, Datuk Joharidan Datin Salmah insaf akan perbuatan mereka ayng menyeksa Hilmi hingga Hilmi hidupmenderita. Masyarakat yang menunaikan tanggungjawab dan amanah yangdipertanggungjawabkan. Contohnya, Hilmi bekerja dengan sungguh-sungguh sebagaitukang kebun. Begitu juga Ketua Pengarah RTM berusaha dengan bersungguh-sungguhuntuk memastikan Pertunjukan Orkes Perdana berjalan dengan lancar.Masyarakat yang penyayang. Contohnya, Datin Salmah sayang akan anaknya, Hayati.Encik Bakar sayang akan Hilmi. Hilmi sayang akan Hayati. Masyarakat kampung yangsanggup berkorban untuk kepentingan orang lain. Contohnya, Pak Karim sanggup berkahwin dengan bekas isteri Datuk Johari untuk mengelakkan pergaduhan dalamkeluarga. Pak Karim sanggup juga merahsiakan Hilmi sebenarnya adalah anak Datuk Johari untuk mengelakkan keruntuhan rumah tangga yang telah dibina oleh Datuk Joharidan Datin Salmah.

Nilai yang terkandung dalam novel Konserto Terakhir ini adalah nilai kasih sayang.Hilmi sayang akan Hayati. Hilmi berasa cemburu apabila melihat Hayati berjalan denganMohsin. Nilai kedua ialah nilai bersimpati. Hayati bersimpati terhadap Hilmi yang tidak memakan nasi kerana

dilarang oleh ibunya, Datin Salmah. Hayati memujuk Hilmi supayamemakan nasi itu. Mak Minah bersimpati terhadap Hilmi. Dia memberikan nasi kepadaHilmi walaupun Datin Salmah tidak membenarkannya. Nilai ketiga ialah nilai tolong-menolong. Mamat menolong Hilmi dengan cara memperkenalkan Hilmi kepada Encik Bakar supaya Hilmi dapat mempelajari alat-alat muzik. Mamat turut menolong Hayatidengan cara membawa Hayati berjumpa dengan Hilmi. Nilai keempat ialah gigih berusaha. Tuan Pengarah RTM berusaha dengan gigihmencari Hilmi pada malam Pertunjukan Orkes Perdana. Setelah gagal, dia berusaha pulamencari pengganti Hilmi. Hilmi berusaha memepelajari alat-alat muzik hingga berjayamenjadi pemain muzik dan penggubah lagu yang terkenal. Nilai seterusnya ialahAmanah. Hilmi bekerja dengan baik sebagai tukan kebun kerana itu adalah tugas yangdiberikan kepadanya. Tuan Pengarah RTM menunaikan tugasnya dengan amanah untuk memastikan persembahan Orkes Perdana RTM berjalan lancar. Nilai seterusnya ialahnilai insaf. Datin Salmah dan Datuk Johari akan perbuatan mereka yang menyeksa Hilmi.Datuk Johari berharap agar Allah akan memanjangkan usia Hilmi supaya dia berpeluang berbakti kepada Hilmi. Azizah menangis dan meratap di Hospital semasa Hilmi sakitkerana insaf akan perbuatannya meninggalkan Hilmi. Dia sedar bahawa tindakannya itumenyebabkan Hilmi sakit.

Pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah jangan mementingkan pangkat dankedudukan hingga sanggup menghina orang lain. Contohnya, Datin Salmah memandanghina kepada orang kampung yang miskin kerana tidak setaraf dengan kaum keluarganyayang berpangkat tinggi. Pengajaran kedua yang terkandung dalam novel ini ialah janganhanyut dengan kemegahan diri hingga sanggup melupakan kampung halaman sendiri.Contohnya, Datuk Johari tidak pulang ke kampung selama tujuh belas tahun. Dia sengajamelupakan kampungnya untuk membentuk jati diri sebagai orang yang ternama.Pengajaran ketiga ialah jangan mementingkan keseronokan hingga sanggupmengorbankan rumah tangga. Contohnya, Azizah sanggup meninggalkan Hilmi kerana bosan menjadi isteri dan ibu. Azizah ingin bebas dan tidak mahu terperap di rumah saja.Pengajaran seterusnya ialah jangan meminum arak kerana meminum arak dilarangoleh agama. Contohnya, Datin Salmah meminum arak hungga mabuk dan di rumahnyaterdapat sudut untuk meminum arak(mini bar). Selain itu, pengajaran lain ialah jangan bertindak kejam terhadap seseorang sebaliknya berfikirlah dahulu sebelum membuatsesuatu keputusan. Contohnya, Datuk Johari telah bertindak kejam terhadap isterinyadengan memujuk isterinya pada malam pertama dan esoknya isteri

diceraikan.Pengajaran seterusnya ialah kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai sesuatu cita-cita. Contohnya Hilmi belajar dengan bersungguh-sungguh bermain alat muzik hingga berjaya menjadi penggesek biola dan penggubah lagu yang terkenal. Kita juga hendaklahada rasa simpati dan belas kasihan terhadap seseorang yang bernasib malang. Contohnya,Hayati bersimpati terhadap Hilmi yang tidak makan kerana dilarang oleh emaknya.Hayati memujuk Hilmi supaya makan. Novel Konserto Terakhir Download this Document for FreePrintMobileCollectionsReport Document Report this document? Please tell us reason(s) for reporting this document Top of Form
11b81b05671c08 doc

Spam or junk Porn adult content Hateful or offensive If you are the copyright owner of this document and want to report it, please follow these directions to submit a copyright infringement notice. Report Cancel This is a private document. Info and Rating Reads: 6,156 Uploaded: 06/18/2009 Category: Uncategorized. Rated:
5 5 false false 0

Bottom of Form

(1 Rating) Copyright: Attribution Non-commercial Follow magdelena

Share & Embed Related Documents PreviousNext 1.

21 p.

28 p.

48 p. 2.

48 p.

48 p.

7 p. 3.

5 p.

13 p.

21 p. 4.

3 p.

3 p.

17 p. 5.

15 p.

15 p.

8 p. 6.

11 p.

11 p.

3 p. 7.

2 p.

52 p.

1 p. 8.

1 p.

1 p.

1 p. 9.

2 p.

13 p.

1 p. 10.

14 p.

228 p.

228 p. 11.

228 p.

26 p.

38 p. 12.

134 p.

50 p.

4 p. 13.

40 p.

2 p. More from this user PreviousNext 1.

10 p.

8 p.

14 p. Recent Readcasters

Add a Comment Top of Form


11b81b05671c08

Submit Characters: 400


document_comme 4gen

Bottom of Form

mathy_07264788left a comment mathy_0726@yahoo.com 03 / 19 / 2010 Reply

You might also like