P. 1
kesah hidup tabiin

kesah hidup tabiin

|Views: 164|Likes:
Published by ArkibTarbiah

More info:

Published by: ArkibTarbiah on Feb 11, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/18/2012

pdf

text

original

KESAH TABI’IN

ABDUL RAHMAN AL-GHAFIQI Putera Anclalus ABDUL RAHMAN AL-GHAFIQI Pahlawan Medan Balat al-S huhada’ ABU HANIFAH AL-NU’MAN Detik-detik hidupnya yang menarik ABU HANIFAH AL-NU’MAN Kisah-kisah kepintarannya ABU MUSLIM AL-KHAULAANI Abdullah bin Thuwab AL-AHNAF BIN QAIS Pemimpin Bani Tamim AL-AHNAF BIN QAIS Anak Murid Uinar al-Faruq AL-HASAN AL-BASRI AL-QASIM BIN MUHAMMAD BIN ABU BAKAR AMIR BIN ABDULLAH AL-TAMIMI AMIR BIN SHURAHABIL Masyhur dengan al-Sha’bi ATO’ BIN ABU RABAH IYAS BIN MUAWIYAH AL-MUZANI MUHAMMAD BIN AL-HANAFIYYAH Muhammad Bin Ali Bin Aba Talib MUHAMMAD BIN SIRIN MUHAMMAD BIN WASI’ AL-AZDI Sheikh ahli zuhud di zamannya MUHAMMAD BIN WASI’ AL-AZDI Abid al-Basrah, Zainul Fuqahak AL-RABI’ BIN KHUTHAIM

7 17 27 35 43 53 61 73 83 93 105 113 123 135 145 153 159 169

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa.

ABDUL RAHMAN AL-GHAFIQI Putera Andalus “Al-Ghafiqi adalah bayangan Musa bin Nusair dan Tariq bin Ziyad yang terkenal dengan semangat dan cita-cita yang tinggi.” [Ahli Sejarah] Sebaik sahaja Amirul Mukminin dan Khalifah al-Rashid yang kelima1, Umar bin Abdul Aziz membersihkan tangannya daripada debu pusara Sulaiman bin Abdul Malik, dia terus meneliti semula setiap gabenor yang
1

Khalifah al-Rashidin ada empat orang kemudian ditambah yang kelima iaitu Umar bin Abdul Aziz.

pernah dilantik, sama ada perlu dilantik semula atau dipecat. Salah seorang yang dilantik ialah al-Samah bin Malik al-Khaulaani. AlSamah dilantik untuk rnemerintah Andalus dan wilayah-wilayah sekitarnya termasuk Perancis. * * *

Gabenor yang baru dilantik mi pun berangkat ke bumi Andalus. Apabila tiba di sana dia mula mencari pegawai-pegawai yang berkeperibadian baik dan jujur untuk membantunya. Dia bertanya kepada mereka yang berada di kelilingnya: “Masih adakah tabiin yang hidup di negeri ini?” “Ya, wahai gabenor. Masih ada seorang tabiin agung bersama kami iaitu Abdul Rahman bin Abdullah al-Ghafiqi.” Mereka memberitahu al-Samah tentang ilmu Abdul Rahman berkenaan Kitab ALlah dan sunnah Rasulullah saw., tentang pengalamannya di medan jihad dan kesungguhannya untuk mati syahid. Begitu juga tentang kezuhudannya menolak kesenangan dunia. Salah seorang daripada mereka mencelah: “Dia pernah bertemu dengan sahabat agung, Abdullah bin Umar bin al-Khattab r.a. dan banyak mempelajari ilmu daripadanya. Malahan dia begitu terpengaruh dengan Abdullah bin Umar r.a..” * * *

Al-Samah bin Malik al-Khaulaani menjemput Abdul Rahman alGhafiqi menemuinya. Kedatangan Abdul Rahman disambut dengan penuh penghormatam Dia dipersilakan duduk berdekatan dengannya. Kemudian alSamah mengajukan pelbagai masalah yang dihadapinya. Al-Samah meminta nasihatnya dalam segala masalah. Di samping itu al-Samah juga menguji Abdul Rahman untuk mengetahui sejauhmana kemampuannya. Al-Samah dapati Abdul Rahman al-Ghafiqi jauh lebih hebat daripada yang diceritakan. Oleh itu dia menawarkan Abdul Rahman jawatan penting di Andalus. Namun Abdul Rahman dengan lembut berkata: “Wahai gabenor, saya ini rakyat biasa. Saya datang ke negeri ini untuk berada di barisan hadapan tentera Islam. Saya telah mewakafkan diri saya ini untuk mencari keredaan Allah. Saya hunuskan pedang saya mi untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Dengan izin Allah, engkau akan dapati saya akan sentiasa bersamamu selagi engkau berada di atas kebenaran. Saya adalah orang yang paling mentaatimu selagi engkau mentaati Allah dan rasul-Nya, kecuali dalam soal yang rnembabitkan kuasa dan kedudukan.” Tidak berapa lama kemudian, al-Samah bin Malik al Khaulaani berhasrat

untuk melancarkan serangan ke atas seluruh Perancis dan mahu rneletakkan Perancis di bawah naungan negara besar Islam. Dia berhasrat menjadikan Perancis sebagai laluan untuk menakluk negeri-negeri Balkan1. Penaklukan Balkan akan membuka jalan kepada Konstantinopal dan seterusnya merealisasikan janji Rasulullah saw.2 Langkah pertama untuk memenuhi cita-cita agung ini bergantung kepada kejayaan menakluk Kota Narbonne. Narbonne3 adalah kota terbesar di Perancis yang paling hampir dengan Andalus. Setiap kali tentera-tentera Islam turun dari Gunung Pyrenees4 mereka terpaksa berhadapan dengan halangan besar ini. Selain itu, kota ini juga merupakan pintu masuk ke Perancis. Ia menjadi tumpuan sesiapa sahaja yang ingin menakluk Perancis. * * *

Al-Samah bin Malik al-Khaulaani mula mengepung kota Narbonne. Dia kemudiannya menawarkan kepada penduduk Narbonne supaya memeluk Islam atau membayar jizyah. Namun mereka enggan menerima kedua-dua tawaran tersebut. Maka, berlakulah serangan demi serangan ke atas kota tersebut. Tentera Islam menggunakan manjanik5 hinggalah kota yang kukuh ini jatuh ke tangan tentera Islam. Selepas empat minggu jihad dilancarkan, kota ini akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam. Jihad yang dilancarkan ke atas kota ini adalah jihad yang paling hebat pernah disaksikan oleh Eropah. Selepas memperolehi kemenangan ini, panglima agung ini mara bersama tenteranya yang besar ke arah kota Toulouse, ibu kota Aquitania. Dia melancarkan manjanik ke arah kota ini dan segenap penjuru. Dalam serangan mi dia menggunakan senjata yang tidak pernah dilihat oleh masyarakat Eropah. Serangan yang hebat ini hampir menyebabkan kota yang kukuh ini runtuh. Walau bagaimanapun, berlaku suatu peristiwa di luar jangkaan. Biarlah kita ambil kata-kata seorang orientalis Perancis; Renault untuk menceritakan kisah peperangan ini: “Ketika kemenangan hampir-hampir memihak kepada tentera Islam, Duke Aquitania memerintahkan seluruh rakyat dan hamba dalam negerinya
1

Sebuah semenanjung yang terletak di Tenggara Eropah. Han mi rantau ini terbahagi kepada Romania, Albania, Yugoslavia, Bulgaria, Turki dan Greek. 2 Rasulullah saw. pernah bersabda: Konstantinopal akan dibuka untuk kamu. Tentera yang terbaik adalah tentera mi (yang menakluk dan ketua yang terbaik adalah ketua mereka. 3 Sebuah kota yang terletak di selatan Perancis berdekatan Laut Mediterranean dan Lembah Languedoc.
4

Banjaran gunung yang terletak antara Perancis dan Sepanyol, bermula dan Teluk Biscay di Atlantik hingga ke Teluk Lyon di Mediterrranean sepanjung 430 km. Banjaran ini dikenali oleh umat Islam dengan nama Birans. 5 Sejenis senjata yang melontarkan batu.

untuk turut sama berperang. Dia juga menghantar utusan ke segenap penjuru Eropah memberitahu seluruh raja dan pemerintah di Eropah akan ancaman yang mereka hadapi. Negeri mereka hampir jatuh ke tangan musuh dan anak isteri mereka bakal menjadi tawanan umat Islam.” “Akhirnya seluruh Eropah menyahut seruan ini dan turut sama menghantar barisan tentera mereka yang terkuat dan teramai dalam sejarah Eropah. Jumlah tentera yang sebegitu besar ini belum pernah disaksikan oleh dunia. Malah gerakan tentera mi menyebabkan debu yang berterbangan ke udara menutup cahaya matahari di kota Rhone1” “Apabila kedua-dua pihak berhadapan antara satu sama lain mereka kelihatan ibarat gunung bertemu gunung. Akhirnva berlakulah satu peperangan sengit yang tiada tandingannya dalam sejarah manusia.” “Al-Samah yang digelar sebagai Zaama, sentiasa berada di setiap tempat di hadapan tenteranya. Dia memacu kudanya di hadapan angkatan tenteranya di semua arah. Ketika inilah secara tiba-tiba al-Samah terkena panah lalu rebah dari kudanya. Melihat panglima mereka terbujur kaku di bumi, umat Islam mula patah semangat dan barisan serangan mereka mula goyah.” “Keadaan kelam-kabut ini sepatutnya memberi kesempatan kepada angkatan tentera kami untuk memusnahkan mereka sama sekali. Namun pelindungan Tuhan mernelihara mereka melalui penampilan seorang panglima yang bijaksana. Orang yang bakal dikenali oleh Eropah selepas ini iaitu Abdul Rahman al-Ghafiqi.” “Abdul Rahman rnengetuai misi pengunduran tentera dengan meminimumkan kerugian di pihak mereka hingga mereka berjaya kembali ke Sepanyol. Walau bagaimanapun, dia berazam untuk melancarkan serangan sekali lagi terhadap kita.” * * *

Ibarat awan yang berarak menyingkap cahaya bulan di tengah malam yang gelap gelita. Sinaran bulan mi menjadi penyuluh buat yang tersesat dan menjadi cahaya yang menerangi orang yang kebingungan. Demikianlah ibaratnya bagaimana peperangan di Toulouse menyingkap kepahlawanan tokoh Islam yang ulung, Abdul Rahman bin Abdullah al-Ghafiqi. Ibarat orang-orang yang hampir mati kehausan di tengah padang pasir dan melihat air. Masing-masing akan menghulurkan tangan menangguk seteguk air untuk kembali bernyawa. Demikianlah ibaratnya bagaimana tentera-tentera Islam yang menghulurkan tangan mereka kepada panglima agung ini. Mereka mengharapkan agar beliau dapat menyelamatkan mereka.
1

Sebatang sungai di Switzerland dan Perancis sepanjang 812 km. Sungai mi ant,,ra sungai terbesar di Perancis. Ia mengalir meialui Geneva, Lyon. Valence, Avignoa. Aries hingga ke Laut Mediterranean di Barat Marseille.

Malah mereka bersedia memberi taat setia. Semua ini tidak menghairankan kerana peperangan di Toulouse merupakan kekalahan besar yang pertama mereka alami semenjak umat Islam menjejakkan kaki mereka di Eropah. Abdul Rahman al-Ghafiqi ibarat penawar bagi luka ini. Ibarat tangan yang rnenghulurkan bantuan dan lindungan. Ibarat hati yang rnencurahkan belaian kasih sayang. * * *

Berita kekalahan besar yang dialami oleh umat Islam di Perancis begitu menggores hati khalifah di Damsyik. Berita kematian pahlawan yang gagah perkasa, al-Samah bin Malik al-Khaulaani ibarat api yang membakar semangatnya untuk menuntut bela. Atas dasar itu khalifah mengeluarkan arahan yang meminta semua tentera agar memberi sumpah setia kepada Abdul Rahman al-Ghafiqi. Khalifah melantik Abdul Rahman mentadbir seluruh bumi Andalus termasuk kawasan-kawasan Perancis yang berjaya ditakluk. Khalifah kemudiannya memberi kebenaran kepada Abdul Rahman untuk bertindak menurut kehendaknya. Kebenaran sebegini tidak memeranjatkan kerana al-Ghafiqi adalah seorang yang tegas, bertakwa dan bijak. Semenjak dilantik mentadbir bumi Andalus, Abdul Rahman berusaha keras untuk mengembalikan keyakinan diri para tentera Islam dan menyemai jiwa mereka supaya sentiasa merasa bangga, berkemampuan dan yakin. Di samping itu, beliau juga berusaha untuk mencapai matlamat agung yang dicita-citakan oleh para panglima agung Islam di Andalus semenjak zaman Musa bin Nusair1 hinggalah ke zaman al-Samah bin Malik al-Khaulaani. Kesemua para pahlawan agung ini bercita-cita besar untuk mara ke Perancis kemudian ke Itali dan Jerman sebagai langkah awal untuk menakluk bumi Konstantinopal. Seterusnva menjadikan Laut Mediteranean ibarat sebuah tasik dalarn sebuah negara Islam dan diberi nama Laut Sham bagi menggantikan nama lamanya Laut Rom. * * *

Namun demikian, Abdul Rahman al-Ghafiqi amat yakin persiapan untuk menghadapi peperangan yang agung bermula dengan pemurnian jiwa. Beliau amat yakin tiada satu bangsa pun yang dapat merealisasikan impian mereka jika benteng mereka sendiri rapuh dan diancam dan dalam. Oleh kerana itu, beliau menjelajah ke seluruh bumi Andalus dan satu bandar ke satu bandar, mengarahkan pengiringnya supaya mengisytiharkan: “Sesiapa sahaja yang dizalimi oleh mana-mana pemerintah atau hakim atau oleh sesiapa sahaja, hendaklah membuat aduan kepada gabenor.”
1

Penakluk kawasan Maghribi dan Andalus.

Dalam usahanya in beliau tidak membezakan antara orang Islam dan ahli zimmi. Beliau seterusnya meneliti setiap aduan satu persatu dan mengembalikan hak yang dirampas kepada orang yang lemah tanpa memihak kepada mereka yang berkuasa. Beliau kemudiannya menghukum orang yang zalim bagi pihak mereka yang dizalimi. Masalah gereja-gereja yang telah dirampas dan yang baru dibina juga diteliti. Gereja-gereja ini dikembalikan semula kepada pemiliknya menurut penjanjian yang sah manakala gereja-gereja yang ada kaitan dengan rasuah akan dirnusnahkan. Setelah itu beliau meninjau pula setiap pegawainya seorang demi seorang. Mana-mana pegawai yang didapati tidak amanah dan menyeleweng akan dipecat dan tempatnya digantikan dengan pegawai yang diyakini kebijaksanaan dan kelayakannya. Setiap kali beliau mengunjungi sesebuah kawasan, beliau mengajak orang ramai mendirikan sembahyang berjemaah. Beliau kemudiannya menyampaikan ucapan. Dalam ucapan mi beliau menaikkan semangat jihad dan merangsang mereka untuk rnati syahid. Beliau turut mengajak mereka supaya sentiasa mencari keredaan dan ganjaran Allah. * * *

Abdul Rahman benar-benar mengotakan segala kata-katanya dan merealisasikan segala irnpiannya. Semenjak awal pernerintahannya lagi, beliau sudah bersiap siaga dan memper1engkap segala kelengkapan perang. Din memperbaiki semua benteng pertahanan dan membina kotakota. Abdul Rahman juga turut membina jambatan dan empangan. Empangan dan jambatan yang paling besar pernah dibina olehnya ialah Empangan Qurtuba di ibu negara Andalus. Empangan im dibina di sungai Qurtuba bagi memudahkan orang ramai dan tentera menyeberanginya. Di samping itu, empangan juga dibina bagi memelihara negara dan rakyat daripada ancaman banjir. Empangan ini dianggap sebagai salah sebuah binaan ajaib di dunia. Panjang empangan ini ialah 800 depa, tingginya 60 depa dan lebannya 19 depa. Empangan ini masih wujud dan digunakan oleh penduduk Sepanyol hingga ke hari ini. * * *

Abdul Rahman al-Ghafiqi biasanya akan membuat perjumpaaan dengan semua panglima tentera dan pemimpin masyarakat di setiap kawasan yang dikunjunginya. Beliau memberi sepenuh tumpuan kepada setiap apa yang mereka katakan. Beliau menulis setiap cadangan dan mencatatkan setiap nasihat. Dalam penjumpaan tersebut beliau mengambil sikap lebih banyak

mendengar daripada bercakap. Selain bertemu dengan tokoh-tokoh umat Islam beliau turut membuat pertemuan dengan tokoh.-tokoh ahli zimmi. Kebanyakan soalannya berkisar tentang keadaan negeri yang di luar pengetahuannya. Termasuklah berkenaan pemerintah dan ketua tentena yang sentiasa menjadi tumpuannya. * * *

Suatu hari, beliau menjemput seorang tokoh ahli zimmi yang merupakan penduduk asal Perancis. Perbualan mereka menyentuh banyak aspek. Beliau kemudiannya menimbulkan satu persoalan: “Mengapa raja kamu, Charles Martel tidak cuba menyerang kami atau tidak cuba membantu pemenintahpemenintah wilayah untuk menyenang kami?!” Dengan tenang ahli zimmi itu menjawab: “Wahai gabenor, oleh kerana engkau telah tunaikan segala janjimu kepada kami, kini menjadi tanggungjawab saya pula untuk memberikan jawapan yang jujur kepada soalan engkau itu. Pemimpin kamu, Musa bin Nusair telah mengukuhkan cengkamannya di Sepanyol, kemudian dia mula menga1ihkan tumpuan untuk menakluk Pergunungan Pyrennes Yang memisahkan antara Andalus dan negeri kami yang indah.” Ahli zimmi menyambung: “Apabila mengetahui hasrat tersebut, pemerintah wilayah dan paderi mengadu kepada raja kami: Tuanku telah sekian lama kami dan anak cucu kami menanggung kesedihan? Semenjak sekian lama kami dengar mengenai umat Islam. Kami bimbang mereka akan menyerang kami dan arah timur tetapi kini mereka mara ke arah kami dan arah barat. Mereka telah menakluk seluruh Sepanyol dan memiliki seluruh kelengkapan yang ada di sana. Selepas itu mereka berjaya pula menakluk gunung yang memisahkan kami dengan mereka. Sedangkan bilangan mereka kecil dan senjata mereka sedikit. Kebanyakan mereka tidak mempunvai perisai untuk mempertahankan diri daripada hayunan pedang. Mereka juga tidak mempunyai kuda untuk digunakan di medan perang. “Raja mereka melepaskan pandangannyn jauh-jauh lalu berkata: Saya telah teliti sedalam-dalamnya masalah yang kamu fikirkan itu dan saya telah berfikir panjang. Saya berpendapat kita tidak boleh menyekat serangan mereka kali ini. Mereka kini ibarat air bah yang menelan apa sahaja yang menghalang arusnya. Malah arus ini akan menghanyutkan segala-galanya.” “Saya melihat mereka ini adalah manusia yang mempunyai pegangan dan keikhlasan. Dengan dua perkara ini mereka tidak memerlukan jumlah yang ramai atau senjata yang cukup. Mereka rnempunyai keyakinan dan kejujuran yang sudah cukup untuk menggantikan perisai dan kuda.” “Kita akan tunggu hingga mereka mula mengaut kekayaan. Apabila mereka mula memiliki rumah dan istana. Apabila mereka mula bersaing memiliki amah dan khadam. Apabila mereka mula berlumba untuk berebut kuasa. Ketika itu kita akan berjaya kalahkan mereka dengan cara yang

sangat mudah tanpa perlu bersusah payah.” Abdul Rahman al-Ghafiqi tertunduk hiba mendengar katakata itu. Dia mengeluh panjang lalu bangun: “Marilah kita sembahyang kerana waktu sudah hampir tiba.” * * *

Selama dua tahun Abdul Rahrnan al-Ghafiqi membuat persiapan untuk melancarkan serangan besar-besaran. Beliau membentuk pasukan-pasukan tentera dan melatih para tentera. Beliau juga berusaha menaikkan semangat dan menghidupkan hati para tentera. Beliau turut memohon bantuan daripada gebenor di Afrika yang kemudiannya telah menghantar bantuan tentera yang terdiri daripada mereka yang cintakan jihad dan bercita-cita besar untuk mati syahid. Setelah itu beliau menghantar utusan kepada Uthman bin Abu Nus’ah, pemerintah di barisan hadapan tentera Islam supaya melancar serangan secara berterusan ke atas musuh sementara menunggu kedatangannya bersama angkatan tenteranya. Malangnya, Uthman bukanlah seorang yang berjiwa tinggi. Apabila dia melakukan suatu perkara yang hebat dia akan mencanangkannya ke seluruh manusia dan menyembunyikan jasa yang dimainkan oleh orang lain. Tambahan pula, dalam salah satu peperangan yang dimenanginya menentang Perancis, dia telah berjaya menawan anak perempuan Duke Aquitania yang bernama Minin. Seorang gadis yang jelita dan berasal daripada keluarga diraja yang dihormati. Kejelitaan gadis ini memikat hati Uthman hingga seluruh hatinya terpaut pada gadis mi. Gadis ini mendapat layanan istimewa lebih daripada seorang isteri. Gadis mi berjaya mempengaruhi Uthman supaya berdamai dengan bapanya dan membuat perjanjian yang menjamin bahawa wilayahnya yang terletak bersempadan dengan Andalus akan selamat daripada sebarang serangan tentera Islam. Apabila arahan Abdul Rahrnan al-Ghafiqi supaya dia melancarkan serangan ke atas wilayah bapa mertuanya, Duke Aquitania sampai ke tangannya, dia terduduk. Gelisah tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Namun dengan segera dia mengutus surat kepada al-Ghafiqi meminta supaya beliau menarik semula arahannya. Katanya beliau tidak dapat melanggar perjanjian yang ditandatanganinya dengan Duke Aquitania sebelum tamat tempohnya. Alasan Uthman mi menimbulkan kemarahan Abdul Rahman al-Ghafiqi, Beliau membalas: “Sebarang penjanjian yang ditandatangani dengan Frank tanpa pengetahuan gabenor adalah tidak diterima pakai dan tidak terpakai pada tentera Islam. Engkau perlu laksanakan segala arahan saya tanpa berlengah-

lengah atau bertangguh.” Setelah gagal memujuk gabenor membatalkan hasratnya Othman bin Abu Nus’ah menghantar utusan kepada bapa mertuanya memberitahu perkara yang berlaku. Uthman meminta apa mertuanya supaya bersiap sedia. * * *

Walau bagaimanapun, pengintip Abdul Rahman al-Ghafiqi telah mengintip setiap gerakan Uthrnan bin Abu Nus’ah. Hubungan Uthman dengan musuh ini telah disampaikan kepada gabenor. Al-Ghafiqi mengambil langkah segera dengan membentuk sebuah pasukan khas terdiri daripada tentera yang gagah perkasa. Pasukan ini diketuai oleh seorang yang berpengalaman lama dalam jihad. Al-Ghafiqi mengarahkan mereka supaya menangkap Uthman bin Abu Nus’ah, hidup atau mati. Pasukan ini kemudiannya menyelinap masuk ke markas tentera Uthman bin Abu Nus’ah dan hampir berjaya menangkapnya. Walau bagaimanapun, Uthman menyedari serangan tersebut dan berjaya melarikan diri. Dia melarikan diri ke kawasan gunung dengan diiringi oleh para pengikutnya bersama-sama isteri jelitanya, Minin yang tidak pernah berpisah dengannya dan sentiasa di sampingnya. Pasukan yang dihantar oleh al-Ghafiqi tadi terus mengejar dan akhirnya berjaya mengepung Uthman. Uthman berjuang bermati-matian mempertahankan diri dan isterinya hingga akhirnya dia gugur ke bumi. Terbujur kaku dengan kecederaan yang tidak terhingga. Pasukan tentera ini memenggal kepalanya dan kemudian menghantarnya berserta isterinya kepada Abdul Rahman al-Ghafiqi. Isteri Uthman dihadapkan ke hadapan Abdul Rahman. Sebaik sahaja melihat kejelitaan wanita ini, beliau memejamkan mata dan mengalihkan mukanya. Kemudian beliau menghantar wanitaini sebagai hacliah kepada istana khalifah. Wanita Perancis ini terpaksa menghabiskan sisa hidupnya di istana khalifah Umayyah di Damsyik

ABDUL RAHMAN AL-GHAFIQI Pahlawan Medan Balat al-Shuhada’ “Jika tidak kerana kemenangan Charles Martel ke atas tentera Islam dan panglimanya, al-Ghafiqi sudah tentu Sepanyol akan terus rnenikmati keindahan Islam dan perkembangan tamadun di Eropah tidak akan terbantut selama lapan kurun.” [Ahli Sejarah Eropah] Southy, seorang penyair Inggeris pernah membuat catatan mengenai tentera Islam yang menyerang Eropah selepas penaklukan Andalus. “Gelombang manusia yang tidak terhingga. Arab, Qibti dan Tartar semuanya bernaung di bawah satu panji. Mereka disatukan oleh iman yang membara dan semangat yang menjulang tinggi. Semangat mereka ibarat api yang marak menyala. Ikatan persaudaraan yang hebat ini tidak membezakan darjat antara manusia.” “Selain para tentera, panglima-panglima mereka juga begitu yakin mereka bakal mencapai kemenangan, mereka semakin mabuk dengan kemenangan. Mereka yakin mereka memiliki kekuatan ampuk yang tidak mampu digugat oleh sesiapa. Mereka yakin tentera mereka tidak mungkin mampu digugat oleh sebarang rintangan.” “Angkatan tentera mereka bersemangat tinggi semenjak awal lagi. Mereka yakin setiap kali mereka mara, mereka akan menuju kemenangan.” Tentera ini akan sentiasa mara ke hadapan sehinggalah seluruh rantau barat dikalahkan seperti mana rantau timur. Mereka akan membawa selunuh manusia tunduk hormat kepada Muhammad. Hingga suatu masa nanti akan hadir satu rombongan haji dari puncak dunia1 yang membeku memijak pepasir yang membara di bumi Sahara Arab dengan dada yang berisi keimanan. Berdiri di puncak gunung Mekah yang berdiri megah.” * * *

Apa yang diungkapkan mi bukanlah suatu fantasi yang menerawang jauh di alam khayalan. Angkatan tentera pimpinan para mujahid yang mara untuk memimpin datuk nenek kamu supaya mereka keluar daripada jahiliyyah, seperti yang kamu ungkapkan itu sememangnya disertai oleh Arab yang berkeyakinan teguh dengan Allah. Mereka datang dan Sham, Hijaz, Najd, Yaman dan seluruh pelusuk bumi Arab. Kedatangan mereka ibarat angin kencang yang
1

KutubUtara.

melanda. Selain mereka ialah kaum Barbar yang turut berbangga dengan Islam yang mereka miliki. Mereka kini mara dari puncak gunung Atlas 1 ibarat air bah yang deras menderu. Selain mereka juga ialah kaum Parsi yang kini bebas daripada cengkaman Kisra2. Mereka kini telah beralih kepada agarna yang menyembah Tuhan yang Esa dan berada di jalan Allah yang Maha Mulia. Begitu juga dengan kaum Rom yang kamu anggap terseleweng. Ya, mereka terseleweng tetapi mereka terseleweng daripada kezaliman dan kegelapan kepada cahaya langit dan bumi. Mereka sebenarnya telah kembali kepada agama yang benar. Selain mereka juga ialah kaurn Qibti yang telah bebas danipada belenggu Kaisar3. Mereka kini bebas seperti mana ketika mereka dilahirkan oleh ibu mereka. Bebas dalam dakapan Islam. Benar, tentera yang dipimpin oleh Abdul Rahman al-Ghafiqi ini malah oleh para panglima lain sebelum ini yang datang untuk menyelamatkan datuk nenek kamu daripada belenggu jahiliyyah sememangnya disertai oleh manusia yang berkulit putih dan hitam, manusia berbangsa Arab dan bukan Arab. Mereka kini telah bersatu dalam acuan Islam. Dengan nikmat Allah, mereka kini telah bersaudara. Benar seperti yang dikatakan, matlamat mereka kini ialah membawa masuk rantau barat ke dalam agama Allah seperti yang mereka lakukan di timur sebelum mi. Mereka mahu seluruh manusia tunduk di bawah Tuhan manusia. Mereka mahu cahaya Islam ini memancar ke seluruh lurah dan lembah. Mereka mahu sinar Islam ini menembus masuk melalui lubang jendela kamu. Mereka mahu supaya keadilan Islam ini dapat meletakkan kamu dan raja kamu dalam darjat yang sama. Mereka rela mengorbankan jiwa mereka untuk membawa kamu kepada agama Allah dan menyelamatkan kamu daripada neraka. * * *

Ikutilah kisah tentera ini selanjutnya dan saksikanlah kisah pahlawan ulung, Abdul Rahman bin Abdullah al-Ghafiqi. Berita yang menyayat hati tentang menantunya, Uthman bin Abu Nus’ah akhirnya sampai ke pengetahuan Duke Aquitania. Lebih
1

2 3

Gunung yang merentang dan Maghribi ke Sepanyol. Gelaran bagi maharaja Parsi. Gelaran bagi maharaja Rom.

menyayatkan hatinya ialah berita tentang nasib anaknya, Minin. Dia memahami kini gendang perang telahpun dipalu. Dia turut yakin Singa Islam, Abdul Rahman al-Ghafiqi akan menyerang negerinya pada bila-bila masa. Oleh itu, dia membuat persiapan untuk mempertahankan habishabisan setiap inci buminya. Dia bersedia untuk mengorbankan jiwa dan segala harta yang dimilikinya. Dia tidak mahu diheret ke istana khalifah seperti yang berlaku kepada anaknya. Dia tidak mahu kepalanya menjadi bahan tontonan di seluruh Damsyik seperti yang berlaku kepada Luzarique, raja Sepanyol sebelum mi. * * *

Ternyata sangkaan Duke tidak dihampakan oleh Abdul Rahman alGhafiqi. Bersama-sama angkatan tenteranya, Abdul Rahman al-Ghafiqi mara. dari arah Utara Andalus ibarat angin taufan yang melanda. Ibarat bah yang besar melanda Selatan Perancis melalui puncak Pyrennes. Angkatan tenteranya berjumlah 100 ribu orang mujahid. Semuanya mara dengan berbekalkan semangat waja dan tekad yang tinggi menggunung. * * *

Matlamat mereka kini ialah Rota Arles yang terletak di tebing Sungai Rhone. Rota ini ada perhitungan tersendiri dengan tentera Islam. Rota Aries suatu ketika dahulu pernah memeterai perjanjian dengan umat Isiam apabila mereka bersetuju untuk membayar jizyah. Ketika al-Samah bin Malik al-Khaulaani gugur syahid di medan Toulouse hingga rnenyebabkan tentera Islam tersungkur kalah. penduduk Arles mengkhianati perjanjian dan enggan membayar jizyah. Ketika Abdul Rahman al-Ghafiqi tiba di pingir kota, beliau mendapati Eudes, Duke Aquitania telahpun membuat persiapan rapi untuk mempertahankan kota mi. Eudes telah mengumpuikan tentera-tenteranya di sekeliling kota dan bersiap sedia untuk menyekat kemaraan tentera Islam. Tidak berapa lama kemudian, pertembungan dua pihak pun bermula. Berlakulah pertempuran yang hebat. Abdul Rahman al-Ghafiqi melancarkan serangan daripada pasukan—pasukan tentera yang berani mati, malah kecintaan mereka kepada mati lebih daripada kecintaan musuh kepada hidup. Akhirnya mereka berjaya memporak-perandakan kekuatan musuh dan menggugatkan pertahanan mereka. Seluruh kota kini terlibat dalam pertempuran mi. Musuh berjaya ditundukkan dan ramai yang terkorban. Harta perang yang diperolehi tidak terhitung banyaknya. Duke Eudes pula berjaya melarikan din bersama tentera tenteranya

yang masih hidup. Mereka segera mengumpulkan semula kekuatan untuk bertemu semula dengan tentera Islam. Bagi Eudes, peperangan di Aries adalah suatu permulaan bukan suatu kesudahan. * * *

Selepas beroleh kemenangan di Arles, Abdul Rahman al-Ghafiqi bersama angkatan tenteranya menyeberangi Sungai Garonnes1 dan mara menjelajah ke seluruh kawasan Aquitania. Seluruh perkampungan dan kota yang dilalui jatuh satu persatu ke tangan mereka ibarat daun kering yang gugur ke bumi ditiup angin di musim luruh. Harta perolehan perang yang diperolehi oleh tentera Islam semakin bertimbun. Mereka sendiri tidak pernah melihat atau mendengar harta yang sebanyak ini. Duke Eudes bertekad untuk menyekat kemaraan tentera ini sekali lagi. Jadi berlakulah pertempuran yang amat sengit antara kedua-dua belah pihak. Namun akhirnya tentera Islam berjaya memberikan kekalahan perit kepada musuh. Tentera Islam berjaya memusnahkan dan memporakperandakan kekuatan musuh. Akhirnya ramai musuh yang berjaya dibunuh atau ditawan atau melarikan diri. Tentera Islam kemudiannya mara ke Kota Bordeaux2, bandar terbesar di Perancis ketika itu dan ibu kota bagi Aquitania. Berlaku pertempuran yang tidak kurang sengitnya dengan peperangan sebelum ini. Pihak yang menyerang dan bertahan masing-masing menunjukkan kehebatan masingmasing yang sungguh mengkagumkan. Namun akhirnya nasib kota besar mi sama seperti kota-kota lain, jatuh juga ke tangan tentera Islam dan pemerintahnya turut terkorban bersama-sama tenteranya. Umat Islam sekali lagi memperolehi harta perolehan perang. Kali ini, jumlahnya jauh lebih besar berbanding sebelum ini. Kejatuhan Kota Bordeaux ke tangan umat Islam menjadi petanda kepada kejatuhan kotakota lain yang sama besar dan sama penting.Terutama kota Lyon 3, Besancon4 dan Sens. Kota Sens ini tidak sampai 100 batu dari kota Paris. * * *

Seluruh Eropah gempar dengan kejatuhan separuh daripada Perancis Selatan ke tangan Abdul Rahman al-Ghafiqi dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Rakyat Perancis mula membuka mata melihat bahaya yang bakal dihadapi. Seruan bergema di seluruh Perancis mengarahkan seluruh rakyatnya baik yang kuat mahupun yang lemah supaya menyekat bahaya yang sedang mara dan timur ini. Seluruh rakyat Perancis dikerah supaya
1

Terletak di selatan Perancis sepanjang 650 kin bermula daripada Sepanyol menghala ke Toulouse, Agen, Bordeaux dan rnenghilir di Laut Atlantik. 2 Pelabuhan di Perancis yang terletak di Sungai Garonnes dan menjadi pusat daerah Gironde.
3 4

Sebuah kota di tenggara Perancis terletak di antara Rhone dan Saone, kota ini menjadi pusat daerah Rhone Sebuah bandar di tirnur Perancis terletak di Sungai Du dan menjadi pusat daerah Du.

menyekat kemaraan ini biarpun dengan dada mereka sekalipun. Mereka dikerah supaya menggunakan tubuh mereka sebagai benteng jika mereka tidak memiliki sebarang senjata. Akhirnya seluruh Eropah menyahut seruan ini. Seluruh rakyat bersatu di bawah Charles Martel dengan bersenjatakan kayu, batu, duri atau senjata. Di ketika yang sama, tentera Islam telah sampai ke Kota Tours iaitu kota Perancis yang paling padat penduduknya, paling kukuh dan paling bersejarah. Apa yang lebih menarik ialah kota ini dianggap penting berbanding kota-kota lain kerana kota ini memiliki gereja yang indah, besar dan memiliki bahan bersejarah serta suci. Umat Islam melancarkan serangan bertalu-talu ke atas musuh dengan semangat yang tinggi dan rela rnengorbankan segala nyawa dan tenaga mereka untuk memperoleh kemenangan. Akhirnya kota ini jatuh ke tangan umat Islam dan berita kejatuhan ini sampai ke pengetahuan Charles Martel yang tidak mampu melakukan apa-apa. Pada akhir bulan Sha’ban tahun ke-104H, Abdul Rahman alGhafiqi bersama tenteranya yang gagah perkasa mara menuju ke Rota Poitiers. Di sinilah mereka bertemu dengan angkatan tentera Eropah yang dipimpin oleh Charles Martel. Berlakulah pertempuran sengit yang membuka lembaran baru bukan sahaja dalam sejarah umat Islam atau Eropah malah sejarah manusia seluruhnya. Peperangan ini dikenali sebagai peperangan Balat alShuhada’. Walaupun ketika itu, tentera Islam berada di kemuncak kemenangan yang amat membanggakan. Namun bebanan yang ditanggung kini semakin berat akibat harta perolehan perang yang mencurah-curah ibarat hujan, bertimbun di tangan tentera Islam. Abdul Rahman al-Ghafiqi melihat segala kekayaan yang melimpah ruah ini dengan penuh kebimbangan dan takut. Abdul Rahman bimbang harta ini bakal menggugat kekuatan umat Islam. Beliau bimbang harta mi akan mengganggu hati mereka ketika bertemu musuh. Hati mereka mungkin berbelah bahagi jika sesuatu keburukan menimpa mereka. Mereka mungkin melihat rnusuh dengan sebelah mata sementara mata satu lagi sibuk melihat harta milik mereka. Oleh itu, beliau berhasrat untuk mengarahkan tenteranya membuang sahaja segala harta yang bertimbun ini tetapi beliau takut tindakan itu tidak dapat diterima oleb mereka. Mereka mungkin tidak bersedia untuk menyerahkan segala kekayaan Jadi hanya satu sahaja pilihan yang terbaik iaitu mengumpulkan semua harta ini dalam satu khemah khas. Khemah ini ditempatkan di bahagian belakang markas sebelum sesuatu peperangan meletus. * * *

Selama beberapa hari. kedua-dua belah pihak angkatan tentera ini saling berhadapan dengan penuh tenang. Dalam diam-diam, masing-masing memerhati antara satu sama lain ibarat dua banjaran gunung yang saling berhadapan. Masing-masing merasa bimbang dengan kekuatan lawan dan mengambil pelbagai perhitungan sebelum mernulakan serangan. Keadaan ini berlangsung beberapa lama. Akhirnya melihat kepada semangat tenteranya yang berkobar-kobar untuk mara, Abdul Rahman alGhafiqi mengambil keputusan untuk memulakan dahulu serangan dengan bergantung sepenuhnya kepada kelebihan yang dimiliki oleh tenteranya dan keyakinannya bahawa kemenangan akan memihak kepadanya. * * *

Abdul Rahman al-Ghafiqi bersama tentera berkudanya melancarkan serangan ke barisan musuh ibarat singa yang mengganas. Tentera Perancis pula membalas serangan ini dengan semangat yang tinggi ibarat gunung. Hari pertama dalam peperangan ini tidak memihak kepada mana mana pihak. Hanya kegelapan malam sahaja yang mampu menghentikan peperangan hari itu. Hari berikutnya, peperangan kembali meletus. Umat Islam melancarkan serangan hebat ke atas tentera Eropah. Namun mereka masih gagal untuk mencapai matlamat mereka. Peperangan kini berlanjutan selama tujuh hari dan masa terasa bergerak terlalu lambat. Pada hari kelapan, umat Islam melancarkan serangan besar-besaran ke atas musuh. Mereka berjaya membuka ruang yang besar di pihak musuh, seolah-olah mereka dapat melihat kemenangan melalui ruang ini ibarat cahaya mentari yang mencelah kegelapan subuh. Namun dalam masa yang sama, sekumpulan pasukan musuh telah melancarkan serangan hendap ke atas khemah harta perolehan perang milik tentera Islam. Apabila melihat harta mereka diserang dan hampir jatuh ke tangan musuh, kebanyakan tentera Islam mula berundur ke belakang untuk menyelamatkan harta masing-masing. Tindakan ini menyebabkan barisan serangan mereka porak-peranda dan kekuatan mereka mula goyah. Panglima agung tentera ini, kini terpaksa bertindak pantas untuk mengerahkan kembali tentera yang berundur ini sambil terpaksa menahan serangan musuh dan menutup ruang yang terbuka. Dalam keadaan ini pahlawan Islam yang agung, Abdul Rahman al-Ghafiqi terpaksa memacu kudanya ke hadapan dan belakang. Ketika itulah beliau terkena panahan musuh yang menyebabkannya rebah ke bumi ibarat helang yang gugur dan puncak gunung. Rebah syahid di medan peperangan. Apabila melihat malapetaka in umat Islam mula diserang rasa takut dan goyah. Ditambah pula dengan serangan hebat oleh musuh. Kegelapan malam sahaja yang mampu menyelamatkan mereka.

*

*

*

Menjelang pagi, Charles Martel mendapati seluruh tentera Islam telahpun berundur daripada Poitiers. Walau bagaimanapun, Charles tidak berani untuk mengejar mereka. Sedangkan, jika dia mengejar, dia boleh memusnahkan mereka. Charles sebenarnya takut pengunduran ini hanyalah sebahagian daripada taktik perang yang terancang. Jadi, Charles mengambil keputusan untuk kekal sahaja dan berpuas hati dengan kemenangan besar yang telah diperolehinya. Peperangan Balat al-Shuhada’ ini merupakan hari penting dalam sejarah. Pada hari tersebut, umat Islam gagal mencapai impian besar yang dicitakan selama mi. Malah mereka kehilangan seorang pahlawan agung. Tragedi Uhud berulang kembali. Inilah sunnah Allah di alam semesta mi dan sunnah ini tidak mungkin dapat diubah. * * *

Berita kekalahan di Balat al-Shuhada’ ini amat menyayat hati umat Islam di setiap tempat. Tragedi yang menimpa mereka ini amat menggemparkan mereka. Seluruh kota, kampung dan setiap rumah berkabung kesedihan menerima berita ini. Malah luka yang amat pedih ini masih terasa hingga kini. Luka ini tidak akan sembuh selamanya. * * *

Sebenarnya, luka yang begitu mendalam ini bukan sahaja menggores hati umat Islam. Malah luka ini turut dikongsi bersama oleh para cendikiawan Eropah. Bagi mereka, kemenangan datuk nenek mereka mengalahkan umat Islam di Poitiers merupakan satu bencana besar yang merugikan seluruh bangsa manusia. Suatu kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Eropah. Suatu bencana yang memalapkan suatu tamadun. Jika anda ingin melihat pandangan mereka mengenai malapetaka di Balat al-Shuhada’ ini silalah dengar apa yang dikatakan oleh Henry De Shamboone, pengarah majalah Rivi Barimintier berbahasa Perancis. Dia pernah menyebut: “Jika Charles Martel tidak mencapai kemenangan ke atas umat Islam, sudah tentu negara kita tidak terjerumus ke dalam zarnan kegelapan di kurun pertengahan. Jika Charles tidak menang, sudah tentu kita tidak akan merasai kedahsyatan zaman itu. Sudah tentu tidak akan berlaku peperangan saudara yang disebabkan oleh fanatik agama kemazhaban.” “Benar, jika tidak kerana kemenangan barbarian ke atas umat Islam di Poitiers itu, sudah tentu Sepanyol rnasih menikmati keadilan Islam. Sudah

tentu Sepanyol akan selamat daripada Mahkamah Taftish1. Sudah tentu perjalanan tamadun manusia tidak akan terbantut selama lapan kurun.” “Walau apa sekalipun perasaan kita terhadap kemenangan mi, kita sebenarnya masih terhutang budi kepada umat Islam yang telah banyak berjasa kepada tamadun ilmu, teknologi dan industri kita. Kita perlu mengakui bahawa mereka adalah contoh manusia yang unggul. Dalam masa yang sama kita adalah contoh manusia barbarian.” “Apa yang kita dakwa hari ini bahawa zaman telah kembali berulang adalah suatu pembohongan. Termasuklah juga dakwaan kita bahawa umat Islam di zaman ini sama seperti keadaan kita di zaman pertengahan.”

1

Mahkamah yang diwujudkan oleh Ferdinand dan Ratu Isabella untuk menghukum umat Islam Sepanyol dan memahat sejarah hitarn bangsa manusia.

ABU HANIFAH AL-NU’MAN Detik—detik hidupnya yang menarik “Saya tidak pernah bertemu dengan orang yang sangat bijak, sangat baik dan sangat warak seperti Abu Hanifah.” [Yazid bin Harun] Orangnya kacak, tampan, berbudi bahasa dan manis tutur kata. Tubuhnya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Ditambah pula dengan pakaiannya yang kemas, segak dan harum semerbak. Daripada harumannya orang ramai boleh menyedari kehadirannya walaupun tanpa melihatnya. Itulah al-Nu’man bin Thabit bin al-Marzuban atau nama panggilannya, Abu Hanifah. Orang pertama yang menonjolkan keindahan fikah Islam dan orang pertama yang memperlihatkan kehebatan fikah ini. * * *

Abu Hanifah berkesempatan untuk hidup pada akhir zaman pemerintahan Bani Umayyah dan permulaan zaman Bani Abhasiyyah. Pada zaman beliau hidup, para khalifah dan pemerintah sentiasa mendampingi mereka yang berkebolehan Iungga mereka ini hidup dalam keadaan mewah dan rezeki mereka datang mencurah-curah tanpa dicari-cari. Namun demikian, Abu Hanifah tetap menjaga harga diri dan nilai ilmunya. Dia berazam untuk bergantung hanya pada hasil tangannya sendiri. Dia mahu tangannya sentiasa berada di atas. * * *

Suatu ketika, al-Mansur menjemput Abu Hanifah rnenziarahinya Apabila Abu Hanifah tiba, al-Mansur menyambut dengan penuh hormat dan mesra. Abu Hanifah dipersilakan duduk berhampiran dengannya. Al-Mansur kernudian mengemukakan pelbagai soalan yang berkaitan dengan agama dan dunia. Ketika Abu Hanifah mahu berangkat pulang, al-Mansur menghadiahkan kepada Abu Hanifah satu uncang wang yang berisi 30 ribu dirharn, walaupun al-Mansur sebenarnya seorang yang sangat terkenal dengan kebakhilannya. Sambil tersenyum Abu Hanifah berkata: “Wahai Amirul Mukrninin, saya ini orang asing di Baghdad. Saya tiada tempat untuk menyimpan wang ini. Saya juga rasa bimbang keselamatannya. Simpankanlah wang ini di Baitul Mal. Apabila saya rnernerlukannya saya akan datang memintanya nanti.” Al-Mansur menerima alasannya itu.

Walau bagaimanapun, hayat Abu Hanifah tidak lama selepas peristiwa itu. Setelah kematiannya, orang ramai menemui sejumlah harta di rurnahnya yang jauh berlipat ganda berbanding hadiah yang diterimanya tadi. Apabila al-Mansur mendengar khabar tersebut menitis air matanya, dia berkata: “Moga Allah merahmati Abu Hanifah, beliau telah memperdaya saya. Beliau enggan menerima hadiah saya tetapi rnenolaknya dengan penuh sopan.” Ini bukanlah suatu yang menghairankan bagi Abu Hanifah kerana beliau meyakini makanan terbaik yang dijarnah oleh seseorang ialah makanan yang diperolehi oleh hasil usahanya sendiri. Untuk tujuan itu, beliau rnemperuntukkan sebahagian rnasanya untuk berniaga. Beliau menjual kain bulu dan pakaian yang diperbuat daripada bulu. Perniagaannya ini menyebabkan beliau terpaksa berulang alik ke kotakota di Iraq. Beliau juga mempunyai sebuah kedai yang menjadi tumpuan orang rarnai. Orang ramai menerirna layanannya yang jujur dan amanah ketika memberi dan menerima daripada Abu Hanifah. Tidak bairanlah jika para pelanggannya dapat rnerasai kepuasan yang tinggi berurusan dengannya. Dengan izin Allah, perniagaan yang dijalankannya ini memberikan pulangan yang lumayan kepadanya. Beliau menerima daripada sumber yang halal dan melaburkannya pula di tempat yang sepatutnya. Setiap kali tiba akhir tahun, beliau akan menilai segala keuntungan hasil perniagaannya. Beliau akan mengambil apa yang cukup untuk perbelanjaannya kemudian bakinya akan digunakan untuk membeli barangan keperluan para qari, ahli hadis, ulama dan penuntut ilmu seperti makanan, pakaian dan sebagainya. Malah Abu Hanifah menyediakan peruntukan khas dalam bentuk wang untuk mereka. Beliau akan menyerahkan wang ini kepada mereka dan akan berkata: “Ini adalah basil keuntungan perniagaan yang Allah jalankan untuk kamu rnelalui saya. Demi Allah, saya tidak memberikan karnu wang saya sendiri sebaliknya mi adalah kurniaan Allah untuk karnu rnelalui saya. Tiada siapa yang dapat menghalang rezeki Allah kepada sesiapa.” Sifat pernurah Abu Hanifah tersebar begitu luas, terutarnanya di kalangan teman-temannya. Suatu han seorang temannva datang ke kedainya. Sambil melihat kain-kain yang tersusun rapi di kedai tersebut dia berkata: “Saya memerlukan sehelai baju bulu, wahai Abu Hanifah.” Sambil tersenyurn Abu Hanifah bertanya: Warna apa yang kamu inginkan? Temannya menjawab: “Warnanya...

“Tunggulah hingga saya memperolehinva dan saya akan bawakan kepadamu.” jawab Abu Hanifah sambil tersenyurn. Apabila han Jurnaat, baju yang dipesan pun tiba. Lantas baju ini dibawa kepada temannya. Sambil mengeluarkan kain bulu tersebut Abu Hanifah berkata: “Saya telah menenima pesanan yang engkau perlukan.” Dengan harganya?” wajah yang girang, ternannya bertanya: “Berapakah

“Satu dirham1“ jawab Abu Hanifab. “Satu dirham?!” balas temannya dengan terkejut. “Ya.”, tegas Abu Hanifah. Temannya merasa tidak percaya dengan kata-kata Abu Hanifah. “Apakah engkau bergurau, wahai Abu Hanifah.” Abu Hanifah mengunturn senyurn seraya berkata: “Saya tidak bergurau. Saya beli baju ini bersama satu lagi baju dengan harga 20 dinar emas dan satu dirham perak. Sehelai saya telah jual dengan harga 20 dinar emas dan tinggal yang ini saya jual dengan satu dirham. Saya tidak mahu ambil untung daripada teman saya.” * * *

Suatu hari seorang wanita tua datang bertanya tentang baju bulu. Lantas Abu Hanifah menunjukkan baju yang dimaksudkan. Sambil membelek-belek baju tersebut, wanita itu berkata: “Saya wanita yang sudah tua dan tidak tahu menahu tentang harga. Ini adalah amanah. Juallah baju ini dengan harga yang engkau terima dan tambahkan sedikit harganya untuk keuntunganmu. Tambahan pula, saya ini orang yang tidak berkemampuan.” Abu Hanifah menjawab: “Saya beli dua helai baju ini dalam satu akad. Saya telah menjual baju yang pertama dengan harga modal, ditambah pula dengan empat dirham. Ambillah baju ini dengan harga modal. Saya tidak mahu ambil untungnya.” * * *

Pada suatu han, Abu Hanifah ternampak temannya memakai baju yang telah lusuh. Apabila orang lain beredar, tinggallah mereka berdua, sambil memandang kedua-dua mata temannya Abu Hanifah berkata: “Angkatlah sejadah ini dan ambillah apa yang ada di bawahnya. Apabila temannya mengangkat sejadah itu didapatinya ada seribu dirham di bawahnya.”
1

Dirham adalah wang perak sementara dinar adalah wang emas.

“Ambiliah wang itu dan gunakan untuk kemaskan dirimu. kata Abu Hanifah. Temannya dalam keadaan terperanjat berkata: “Saya ini berharta. Allah telah berikan saya nikmat-Nya, saya tidak memerlukan wang mi.” Dengan wajah yang kesal Abu Hanifah berkata: “Jika Allah telah memberikan engkau nikmat, di manakah nikmat itu?! Tidakkah engkau pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah suka melihat tanda nikmat-Nya pada hamba-Nya. Jadi, engkau sepatutnya kemaskan din supaya engkau tidak membuatkan temanmu sedih.” * * *

Sifat pemurah Abu Hanifah ini begitu tinggi sehinggakan setiap kali beliau membelanjakan sesuatu untuk keluarganya, beliau akan memberikan jumlah yang sama kepada orang lain yang memerlukannya. Apabila beliau membeli pakaian yang baru beliau akan memberikan pakaian kepada orang-orang miskin dengan harga yang sama. Apabila makanan dihidangkan di hadapannya, beliau akan mengasingkan bahagian yang biasanya dimakan dan bakinya akan diberikan kepada fakir miskin. * * *

Pernah diceritakan bahawa Abu Hanifah berjanji dengan diri sendiri bahawa setiap kali beliau bersumpah dengan nama Allah, beliau akan bersedekah sebanyak satu dirham perak. Selepas itu beliau berjanji setiap kali beliau bersumpah dengan nama Allah, beliau akan bersedekah sebanyak satu dinar emas. Jadi, setiap kali beliau bersumpah beliau akan memberikan satu dinar sebagai sedekah. * * *

Hafs bin Abdul Rahman adalah rakan kongsi Abu Hanifah dalam beberapa urusan perniagaan. Abu Hanifah akan menyiapkan barangan yang diperbuat daripada bulu dan menyerahkannya kepada Hafs bin Abdul Rahman untuk dijual di beberapa kota Iraq. Suatu han Abu Hanifah berjaya menyiapkan sejumlah besar baju untuk dijual. Walau bagaimanapun beliau tidak lupa untuk memberitahu Hafs bin Abdul Rahman tentang kecacatan yang ada pada beberapa helai baju tersebut. Abu Hanifah berpesan kepada Hafs : “Jika engkau ingin menjual baju ini, beritahulah pembelinya tentang kecacatan yang ada.” Hafs berjaya menjual kesemua baju-baju tensebut tetapi dia terlupa

memberitahu pembeli tentang kecacatan yang ada pada baju-baju tersebut. Puas dia cuba mengingat orang-onang yang membeli baju yang cacat itu, tetapi tidak benjaya. Apabila Abu Hanifah mengetahui penkara itu dan dia tidak berjaya menemui onang-orang yang tertipu itu, beliau merasa tidak Senang hati. Akhinnya beliau memberikan kesemua hasil jualan tersebut sebagam sedekah. * * *

Apa yang lebih menarik, Abu Hanifah juga seorang yang amat peramah dan mudah mesra. mi menyebabkan semua yang bersamanya pasti akan merasa senang hati. Dia tidak akan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik walaupun kepada musuhnya. Seorang sahabatnya pernah berkata: “Saya dengar Abdullah bin alMubarak berkata kepada Sufyan al-Thaurie1: Wahai Abu Abdullah, Abu Hanifah tidak pernah mengumpat. Saya tidak pernah dengar beliau menyebut-nyebut keburukan musuhnya.” Sufyan rnenambah: “Abu Hanifah arnat bijak memastikan segala kebaikannya tidak dicemar oleh sesuatu yang boleh melenyapkannya.” * * *

Abu Hanifah juga adalah seorang yang terlalu menjaga hubungan baiknya dengan orang lain dan sentiasa memastikan hubungan mereka berpanjangan. Apabila ada seseorang duduk dalam majlisnya, walaupun tanpa niat dan secara kebetulan, beliau akan bertanya. Jika orang tersebut ada sesuatu permintaan, beliau akan memberikannya. Jika orang itu sakit, beliau akan memberikan rawatan. Jika orang itu ada sesuatu hajat, beliau akan tunaikan. Sehinggalah orang mi akan terus berada bersamanya. * * *

Selain itu, Abu Hanifah juga adalah seorang yang sentiasa berpuasa, bersembahyang malam dan mendampingi al-Quran. Salah satu sebab beliau memperbanyakkan ibadatnya ialah pada suatu hari beliau terserempak dengan beberapa orang yang sedang berbual. Beliau terdengar mereka berkata: “Orang yang kamu lihat ini tidak tidur sepanjang malam.” Apabila mendengar sahaja kata-kata mereka itu, terdetik di hatinya: “Di hadapan mereka saya sebenarnya berbeza sama sekali dengan saya di hadapan Allah. Demi Allah, semenjak han ini mereka tidak akan katakan lagi apa yang saya tidak lakukan. Saya tidak akan tidur lagi pada waktu malam hinggalah saya bertemu Allah.”
1

Salah seorang Irnam hadis yang paling mengetahui tentang halal dan haram di zamannya.

Semenjak han itu, beliau mendirikan sembahyang sepanjang malam. Setiap kali malam berlabuh menutup tirai dan semua manusia berdengkur, beliau akan bangun dengan berpakaian kemas, menyikat janggutnya, memakai haruman dan berhias. Beliau akan berdiri di mihrabnya menghabiskan masa rnalamnya dengan bersembahyang atau membaca alQuran atau bermunajat kepada Tuhan. Kadang kala beliau membaca seluruh al-Quran dalamysatu rakaat dan ada kalanya belinu menghabiskan sepanjang malamnya dengun hanya satu ayat. Pernah dicenitakan bahawa suatu mala beliau menghabiskan masa malamnya membaca berulang kali firman Allah Azza wa Jalla: “(Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuhpenuhnya). Dan (azab seksa hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit” (maksud Al-Qamar : 46) Dia menangis teresak-esak kerana takutkan Allah. Suaranya mendayudayu sungguh menyayat hati. * * *

Selama 40 tahun beliau bersembahyang Subuh dengan air wuduk yang diambil ketika sembahyang Isvak. Tidak pernah sekalipun beliau meninggalkannya. Beliau telah menamatkan bacaan al-Quran di tempat beliau menghembuskan nafas terakhirnya sebanyak tujuh ribu kali. Setiap kali membaca surah al-Zalzalah, tubuhnya akan menggeletar dan hatinya gementar. Lantas beliau memegang janggutnva sambil berkata: “Wahai Tuhan yang membalas setiap zarah kebaikan dengan kebaikan. Wahai Tuhan yang membalas setiap zarah keburukan dengan keburukan. Jauhkanlah hamba-Mu ini, al-Nu’man daripada api neraka. Jauhkanlah dia daripada sesuatu yang boleh mendekatkannya dengan api neraka. Masukkanlah dia ke dalam rahmat-Mu yang luas, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

ABU HANIFAH AL-NU’MAN Kisah-hisah kepintarannya “Abu Hanifah al-Nu’man sangat berhati-hati dengan larangan Allah, tidak banyak bercakap dan sentiasa berfikir.” [Imam Abu Yusuf] Suatu ketika Abu Hanifah datang berternu dengan Imam Malik yang ketika itu berada bersarna sejumlah sahabatnya. Setelah Abu Hanifah beredar, Imarn Malik rnenoleh ke arab sahabat-sahabatnya dan bertanya: “Adakah engkau kenal siapakah itu?” “Tidak”, jawab mereka tertanya-tanya. “Itulah al-Nu’man bin Thabit. Orang ini jika dia berkata tiang ini emas, dia akan mengeluarkan segala hujah yang akan menyokong apa yang dikatakan itu dan akhirnya tiang ini akan menjadi seperti apa yang dikatakan itu.” jelas Imam Malik. * * *

Bukanlah keterlaluan apabila Imam Malik rnenyifatkan Abu Hanifah sebagai seorang yang bijak berhujah, pantas berfikir, geliga dan tajam pandangannya. Buku-buku sejarah memuatkan begitu banyak kisah-kisah menarik berkenaan Abu Hanifah bersama mereka yang tidak sependapat dengannya dan mereka yang mencabar akidahnya. Semua kisah-kisah ini menjadi bukti kepada sifat yang dinyatakan oleh

Imam Malik tadi. “Jika Abu Hanifah mendakwa debu yang ada di hadapan engkau ialah emas, engkau akan terpaksa akur dengan segala hujahnya dan menerima segala dakwaannya itu.” Jadi bayangkanlah jika beliau mempertahankan kebenaran dan berhujah demi rnempertahankannya. Suatu ketika ada seorang penduduk Kufah yang mernpunyai kedudukan dan berpengaruh rnendakwa bahawa Uthrnan bin Affan berketurunan Yahudi. Malah baginya Uthman bin Affan masih beragama Yahudi walaupun selepas zaman Islam. Apabila Abu Hanifah mendengar dakwaan orang mi, beliau terus menemui lelaki tersebut. Setelah dipelawa duduk, beliau memulakan bicaranya: “Saya datang ini ingin meminang anak perempuanmu bagi pihak seorang sahabat saya.” “Persilakan, pinangan orang sepertimu sudah tentu tidak boleli ditolak, wahai Abu Hanifah. Tapi, siapakah orang yang meminang itu?”, lelaki tersebut membalas ingin tahu. Sambil tersenyum, Abu Hanifah menjawab: Seorang yang terkenal. Beliau rnempunyai kedudukan dan kekayaan di kalangan kaumnya. Sangat pemurah dan dermawan.Beliau menghafal Kitab Allah Azza wa Jalla, bersembahyang sepanjang malam hanya dengan satu rakaat dan sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Lelaki tersebut berkata: “Hebat, hebat.. cukuplah wahai Abu Hanifah. Apa yang engkau cakapkan itu sudah cukup meletakkannya setaraf dengan anak perempuan Amirul Mukminin.” Abu Hanifah mencelah: “Cuma ada satu sifatnya yang perlu anda ketahui.” “Apa dia?!” Tersentak lelaki tersebut. Abu Hanifah berkata dengan bersahaja: “Orang ini beragama Yahudi.” Merah padam muka lelaki tersebut mendengar jawapan Abu Hanifah: “Yahudi?! Apakah engkau mahu saya kahwinkan anak saya dengan seorang Yahudi wahai Abu Hanifah. Demi Allah. saya tidak akan kahwinkan anak saya dengannya walaupun segala sifat mulia ada padanya.” Dengan tenang Abu Hanifah menjawab: “Engkau tidak mahu kahwinkan anak perempuanmu dengan Yahudi dan engkau tolak sekeraskerasnya. Namun engkau canangkan ke seluruh manusia bahawa Rasulullah s.a.w. kahwinkan dua orang anak perernpuannya dengan seorang Yahudi Tergamam orang itu mendengar kata-kata itu lalu berkata: “Saya memohon ampun kerana kesalahan saya itu. Saya bertaubat kerana fitnah

yang saya timbulkan itu.” * * *

Pada suatu hari seorang ahli Khawarij1 yang bernama al-Dahhak alShari datang bertemu Abu Hanifah lalu berkata: Wahai Abu Hanifah bertaubatlah.” Sambil mernandang al-Dahhak Abu Hanifah bertanya: “Kenapa?!” Al-Dahhak berkata: “Engkau berpendapat pengadilan antara Au dan Muawiyah adalah dibenarkan.” Setelah mendengar dakwaan al-Dahhak, Abu Hanifah pun bertanya: “Apakah engkau mahu berdebat dengan saya dalam masalah ini?” “Boleh!” kata al-Dahhak sambil membetulkan tempat duduknya. Abu Hanifah tersenyum seraya berkata: “Jika kita berselisih dalam masalah yang kita bincangkan ini, siapakah yang akan menjadi pengadil antara kita?” Lantas al-Dahhak menjawab: “Pilihlah siapa yang engkau mahu. Abu Hanifah menoleh ke arah salah seorang sahabat Khawarij itu dan berkata: “Bolehkah engkau menjadi pengadil dalam masalah yang kami bincangkan mi.” Abu Hanifah memaling semula mukanya kepada al-Dahhak lalu berkata : “Saya setuju dengan sahabatmu ini, apakah engkau setuju dengannya?” “Baiklah saya setuju,” al-Dahhak tersenyum lebar kerana pengadil yang dipilih adalah daripada penyokongnya sendiri. Abu Hanifah membentak: “Celakalah engkau, engkau setuju menerima pengadilan untuk perkara yang kita bincangkan ini, tetapi engkau tidak setuju dengan apa yang dilakukan oleh dua orang sahabat Rasulullah saw.?!” Tergamam al-Dahhak mendengar hujah tersebut dan terdiam tidak terkata apa. * * *

Suatu kisah lagi pernah diceritakan bahawa Jahm bin Safwan, ketua kumpulan Jahmiyyah yang sesat dan mengamalkan bid’ah serta
1

Golongan yang menentang Mi dan Muawiyah.

menimbulkan porak peranda di bumi Islam, datang berternu Abu Hanifah. Jahrn memulakan kata-katanya: “Saya datang untuk bertanya tentang beberapa perkara yang saya sediakan untukmu.” Abu Hanifah menjawab: “Bercakap dengan orang sepertimu adalah suatu yang mengaibkan dan hanya akan menghumban saya ke dalam gejolak api neraka.” Jahm berang mendengarnya sambil rnengherdik: “Bagaimana engkau boleh berkata demikian sedangkan engkau tidak pernah bertemu dengan saya dan tidak pernah mendengar kata-kata saya?!” “Telah sampai kepada saya kata-katamu yang tidak sepatutnya keluar daripada ahli kiblat1.”’ jawab Abu Hanifah merenung tajam. Jahm bingkas bangun lalu berkata: “Apakah engkau menghukum saya tanpa kehadiran saya.” Dengan tenang Abu Hanifah membalas: “Semua yang engkau katakan telah diketahui umum dan tersebar luas. Sernua orang mengetahuinya, jadi saya boleh menghukum berdasarkan apa yang sah daripada engkau secara mutawatir.” “Saya hanya mahu bertanya tentang iman!” suara Jahm semakin tinggi. “Apakah engkau tidak pernah tahu tentang iman sebelum ini?!” tanya Abu Hanifah sambil tersenyum sinis. “Bukan begitu, saya cuma keliru tentang sesetengahnya.” “Meragui iman adalah kufur,” dengan nada tegas Abu Hanifah membalas kata-kata Jahm. “Tidak sepatutnya engkau menuduh saya kufur kecuali setelah engkau dengar sesuatu yang boleh menyebabkan saya dianggap kufur.” Jahrn semakin marah dengan kata-kata Abu Hanifah. “Tanyalah apa yang engkau ingin tahu,” tanya Abu Hanifah. Jahrn cuba menduga Abu Hanifab dan berkata: “Beritahu saya tentang seseorang yang mengenali Allah melalui hatinya dan mengetahui bahawa Allah adalah Maha Esa dan tiada sekutu bagiNya. Orang ini mengetahui sifatsifat-Nya, tiada yang seperti dengan-Nya kemudian orang ini mati tanpa memaklumkan imannya melalui lidahnya. Apakah orang ini mati sebagai orang yang beriman atau orang yang kufur?”
1

Umat Islam, mereka dinarnakan dernikian kerana mereka inenghadap ke kiblat ketika sembahyang.

“Orang ini mati sebagai orang yang kufur dan termasuk dalam ahli neraka jika dia tidak memaklumkan melalui lidahnya apa yang diketahui oleh hatinya selagi tiada sebarang halangan yang menghalang dia memaklumkannya,” jelas Abu Hanifah. Dengan nada hairan Jahm bertanya: “Kenapa engkau katakan dia bukan orang yang beriman sedangkan dia benar-benar telah mengenali Allah?!” Abu Hanifah membalas: “Jika engkau beriman dengan alQuran dan engkau terimanya sebagai hujah, saya akan jawab menggunakan al-Quran. Tetapi jika engkau tidak beriman dengan al-Quran dan tidak menerima alQuran sebagai hujah, saya akan gunakan hujah bagi orang yang tidak menerima Islam.” Jahm berkata: “Ya, saya berirnan dengan al-Quran dan terima al-Quran sebagai hujah.” Abu Hanifah berkata: “Allah Taala telah menetapkan iman melalui dua anggota iaitu hati dan lidah, iman tidak hanya bergantung kepada satu sahaja. Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. cukup untuk membuktikan fakta itu. Firman Allah: “Dan apabila mereka mendengar al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad saw), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui kitab mereka) dan kebenaran (al-Quran), sambil mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan kitab suci al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w). “Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman hepada Allah dan kepada kebenaran (al-Quran) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin (dengan sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam syurga) bersama-sama orang-orang yang soleh” Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan (pengakuan iman yang ikhlas) yang telah mereka ucapkan, (iaitu mereka dibalas dengan) syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka pula tetap kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu, adalah balasan orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan. [maksud Al-Maidah: 8385] Orang-orang ini mengenali kebenaran melalui hati mereka dan mereka mengucapkannva melalui lidah mereka. Oleh kerana itu berdasarkan ucapan mereka tadi, Allah memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai di bawahnya.

“Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nahi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang engkau -Yahudi dan Nasrani membeza-bezakannya) dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah sematamata “. [maksud Al-Baqarah: 136] Allah memerintahkan mereka mengucapkan iman mereka dan tidak hanya memadai dengan pengetahuan dan ilmu mereka. Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda: “Ucapkan tiada Tuhan melainkan Allah, engkau akan berjaya.1“ Baginda tidak hanya rneletakkan pengetahuan sebagai asas kejayaan sebaliknya baginda mengaitkan dengan ucapan. Rasulullah saw. bersabda lagi: “Akan keluar dari neraka orang yang mengucapkan tiada Tuhan melainkan Allah.” Baginda tidak pula menyatakan orang yang keluar dan neraka ialah orang yang mengenali Allah. Jika ucapan itu tidak perlu dan pengetahuan itu sudah memadai, sudah tentu Iblis juga dianggap beriman. Sebabnya, Iblis juga mengenali Tuhannya dan dia tahu Tuhan inilah yang mencipta dan mematikannya. iblis mengetahui Tuhan inilah yang akan rnernbangkitkannya dan menyesatkannya. Allah berfirman memetik kata-kata Iblis: “Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.” [maksud Al-A’raf: 12] “Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)” [maksud Al-Hijr: 361] “lblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnva aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus;” [maksud Al-A’ratf: 16]
1

Berjaya memperolehi keredaan Allah dan syurga-Nya.

Jika apa yang engkau dakwa itu benar sudah tentu kebanyakan orang kafir itu dikira beriman kerana mereka mengenali Tuhan mereka walaupun lidah mereka menolaknya. Firrnan Allah: “Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya.” [maksud Al-Nami: 14] Allah tidak mengiktiraf mereka mi sebagai orang yang beriman walaupun hati mereka meyakininya, sebaliknya Allah meletakkan mereka sebagai orang kafir kerana lidah mereka rnenolaknya. Abu Hanifah terus membentangkan satu demi satu ayat-ayat alQuran diikuti dengan hadis-hadis hingga Jahm kelihatan hampa. Jahm kemudiannya meminta izin untuk beredar sambil berkata: “Engkau mengingatkan saya kepada satu perkara yang saya terlupa. Saya akan kembali berbincang dengan engkau nanti.” Kekesalan dan kehampaan jelas terbayang pada mukanya. Jahm pun beredar dan tidak datang-datang lagi selepas itu. * * *

Suatu kisah lagi diceritakan, suatu ketika, Abu Hanifah berternu dengan sekumpulan mulhid yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan yang mencipta alam mi. Dengan penuh kebijaksanaan, beliau mengemukakan satu persoalan kepada mereka: “Apakah pendapat karnu tentang sebuah kapal yang sarat dengan barangan dan muatan. Kapal mi dilambung gelombang laut yang bergelora dan dipukul angin ribut. Walau bagairnanapun, kapal ini dengan tenang meneruskan pelayaran menuju haluannya tanpa sebarang masalah dan tidak tersasar sedikitpun sedangkan tiada seorang pelayar pun yang rnengemudinya atau seorang jurumudi yang menentukan arahnya. Apakah ini logik menurut fikiran engkau?!” Orang-orang mulhid itu dengan pantas menjawab: “Tidak, ia sudah tentu tidak dapat diterima oleh akal, wahai sheikh.” Abu Hanifah dengan penuh yakin membidas Si mulhid: “Maha suci Allah!! Kamu tidak menerirna sebuab kapal dapat belayar dengan baik jika tidak dikemudi oleh seorang juru mudi tetapi kamu menerima jika alam ini dengan lautannya yang meluas, kapalnya yang belayar, burung berterbangan dan haiwan yang bebas boleh wujud tanpa sebarang pembuat yang rnembuatnya dengan balk atau oleh seorang pentadbir yang mentadbir dengan baik.Binasalah karnu kerana pendustaan karnu.” * * *

Abu Hanifah telah rnenghabiskan seluruh hidupnya memperjuangkan agarna Allah berbekalkan kebolehan berhujah yang Allah berikan kepadanya. Dia berbahas mempertahankan syariat Allah dengan berbekalkan bakat berfikir yang dikurniakan oleh Allah. Apabila beliau meninggal dunia, melalui wasiatnya, beliau merninta agar ahli keluarganya mengebumikannya di kawasan tanah yang baik dan melarang mereka sama sekali daripacla mengebumikannya di kawasan tanah yang disyaki dirampas. Apabila wasiat ini sampai ke pengetahuan al-Mansur, dia berkata: “Siapakah yang akan melindungi kita selain daripada Abu Hanifah, ketika hidupnya dan selepas ketiadaannya.” * * *

Abu Hanifah telah rnewasiatkan agar jenazahnya dimandikan oleh alHasan bin ‘Ammarah. Apabila al-Hasan memandikan jenazahnya. beliau berkata: “Sernoga Allah merahmatimu, wahai Abu Hanifah. Semoga Allah mengampuni engkau sebagai ganjaran kepada apa yang telah engkau lakukan. Sepanjang 30 tahun, engkau tidak pernah berhenti berpuasa. Selama 40 tahun setiap malam engkau tidak pernah rnelelapkan mata. Engkau telah memberikan tanggungjawab yang berat kepada ulama selepasmu ABU MUSLIM AL-KHAULAANI Abdullah bin Thuwab “Abu Muslim terlalu fana dengan ibadatnya hingga beliau pernah berkata: Jika saya melihat syurga atan neraka dengan mata kepala saya sekalipun saya tidak akan dapat melakukan lebih daripada ini.” [Uthman bin Abu Atikah] Berita mengenai Rasulullah saw jatuh sakit selepas menunaikan haji wada’ tersebar luas ke seluruh Tanah Arab. Kesempatan ini membuka ruang kepada syaitan untuk memperdaya al-Aswad al-Ansi untuk beralih sernula kepada kufur setelah beriman. Dia berdusta dengan mendakwa di hadapan kaumnya di Yaman bahawa dia adalah nabi yang diutuskan Allah. Al-Aswad al-Ansi merupakan seorang yang gagah, bertubuh tegap, kejam dan bengis. Di zaman jahiliyyah, dia adalah seorang ahli nujum dan mahir dalam silap mata. Selain itu dia juga seorang yang petah berucap, bijak berbicara,

mampu mempengaruhi fikiran orang ramai dan mampu menarik sokongan orang lain dengan bakat dan harta yang ada padanya. Setiap kali berada di khalayak ramai, dia akan rnemakai kain selubung berwarna hitarn supaya kelihatan berlainan dan hebat. * * *

Dakyah al-Aswad al-Ansi ini begitu cepat tersebar ke seluruh Yaman ibarat api yang marak membakar. Apatah lagi apabila dia disokong oleh kabilahnya, Bani Mazhij. Bani Mazhij ketika itu merupakan kabilah yang terbesar daripada segi jumlah, pengaruh dan kuasa. Di samping kemarnpuannya untuk menipu dan memperdaya, dia juga rnenggunakan bijak pandai di kalangan pengikutnya untuk rnembantunya. Dia pernah mendakwa di hadapan orang ramai bahawa malaikat telah turun dan langit membawa wahyu kepadanyn dan menyampaikan kepadanya perkara-perkara yang ghaib. Bagi meyakinkan orang ramai bahawa dakwaan itu benar, din menggunakan pelbagai cara. Din turut menghantar pengintip-pengintipnya ke selurub tempat untuk memerhatikan keadaan dan masalah orang ramai di samping mengorek segala rahsia mereka. Malah, pengintip-pengintip ini cuba rnenyelami segala harapan dan masalah orang ramai. Dalam masa yang sama, dia mempengaruhi orang ramai supaya datang menemuinya dan meminta sebarang bantuan danpadanya. Apabila orang ramai datang, din membenitahu setiap orang yang menemuinya apa yang mereka hajatkan ataupun masalah yang mereka hadapi. Dia cuba menonjoikan seolah-olah din mengetahui segala rahsia hati mereka dan tahu apa sahaja yang tersembunyi di dalam dada rnereka. Dia juga akan menonjolkan pelbagai perkara yang ajaib dan luar biasa untuk rnemperdaya mereka. Ini menyebabkan pengaruhnya begitu cepat tersebar dan begitu masyhur. Pengikutnya semakin ramai. Dengan pengikut-pengikut yang semakin rarnai ini, dia berjaya menguasai Sanaa’. Danipada Sanaa’ pengaruhnya berkembang pula ke kawasan-kawasan yang lain. Akhirnya, seluruh kawasan antara Hadrarnaut dan Taif, Bahrain dan Eden jatuh ke tangannya. * * *

Apabila pengaruhnya mula stabil dan seluruh kawasan serta masyarakat di situ tunduk kepadanya, din mula mengalih pandangan kepada penentangnya iaitu orang-orang yang mempunyai keimanan yang teguh dengan agama yang benar. Orang-orang yang berkeyakinan penuh dengan Nabi saw dan orang-orang yang memberikan segala ketundukan mereka kepada Allah dan Rasui-Nya. Orang-orang yang menegakkan kebenaran dan

menentang kepalsuan. Dia bertindak kejam terhadap orang-orang ini dan mengenakan hukuman yang berat ke atas mereka. Di antara orang pertama yang merasai kekejaman al-Aswad al-Ansi ialah Abdullah bin Thuwab atau dikenali sebagai Abu Muslim al-Khaulaani. * * *

Abu Muslim al-Khaulaani adalah seorang yang teguh pegangan agama dan imannya serta tegas menyatakan kebenaran. Beliau telah menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada Allah dan menolak segala kesenangan dunia. Beliau mengenepikan segala keseronokan hidup dan mewakafkan hayatnya untuk mentaati Allah dan menyeru manusia ke arah mengabdikan din kepada Allah. Beliau melaburkan dunia yang fana’ ini untuk mengecapi alarn akhirat yang kekal abadi. Oleh itu, orang ramai amat menyanjung tinggi kepenibadiannya. Bagi mereka, Abu Muslim al-Khaulaani adalah seorang yang suci, mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah dan doanya pasti diperkenankan oleh Allah. * * *

Al-Aswad al-Ansi berhasrat untuk mengenakan hukuman yang amat berat kepada Abu Muslim. Tujuannya bagi menakutkan dan menguasai orang-orang yang cuba menentang dakyahnya secara terang-terang mahupun secara sembunyi. Dia mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya mengumpulkan kayu api di tengah-tengah kota Sanaa, kemudian kayu-kayu ini dinyalakan. Dia mengajak orang ramai supaya datang menyaksikan upacara pengakuan seorang ulama dan abid Yaman, Abu Muslim al-Khaulaani akan kenabiannya. Pada masa yang ditetapkan al-Aswad al-Ansi pun muncul di medan yang kini penuh sesak dengan orang ramai. Din diiringi oleh penasihatpenasihat dan pembesar-pembesarnya. Para pengawal dan panglimapanglima tentera turut mengelilinginya. Dia duduk di singgahsananya yang berhadapan dengan api yang sedang marak menyala. Beberapa ketika kemudian, Abu Muslim al-IKhaulaani diheret di hadapan orang ramai hingga sampai ke hadapan pendusta besar itu. Pendusta itu melihat dengan penuh takjub. Al-Aswad melihat ke arah api yang merah menyala dan kernudian mernandang ke arah Abu Muslim sambil berkata: “Apakah engkau mengaku bahawa Muhammad itu utusan Allah?” Dengan berani Abu Muslim menjawab: “Ya, saya mengaku bahawa bagmnda adalah hamba dan utusan Allah. Saya juga mengaku bahawa Muhammad adalah ketua segala rasul dan Nabi yang terakhir.”

Merah padam muka al-Aswad mendengar jawapan itu dan dia memarahi pengawal-pengawalnya. Al-Aswad bertanya lagi: “Apakah engkau mengaku saya adalah utusan Allah.” “Telinga saya ini tersumbat tidak dapat mendengar apa yang engkau katakan,” perli Abu Muslim. Sambil menunding ke arah api yang marak menyala: “Kalau begitu, saya akan humban engkau ke dalam api.” ancam AlAswad. Dengan tenang Abu Muslim menyindir pedas: “Jika demikian. api yang bahan bakarnya kayu ini akan menyelamatkan saya daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, yang dijaga oleh malaikat yang bengis lagi keras. Mereka itu tidak akan melanggar perintah Allah dan akan melakukan apa yang diperintahkan.” Al-Aswad cuba menenangkan suasana: “Saya tidak akan bunuh engkau sekarang. Saya akan beri engkau peluang untuk berfikir semula.” Setelah itu, al-Aswad hertanya semula: “Apakah engkau mengaku bahawa Muhammad adalah utusan Allah?” Abu Muslim menjawab: “Ya, saya mengaku bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan Allah. Allah telah mengutus Muhammad membawa agama yang benar dan sebagai Nabi yang terakhir.” Al-Aswad semakin marah mendengar jawapan itu dan bertanya lagi: “Apakah engkau mengaku bahawa saya adalah utusan Allah?” “Bukankah saya sudah katakan tadi, telinga saya ini tersumbat tidak dapat mendengar apa yang engkau katakan itu’?!” tegas Abu Muslim. Kemarahan al-Aswad semakin meluap-luap mendengar jawapan yang begitu tegas dan bersahaja itu. Mahu saja dia rnengarahkan para pengikutnya supaya menghumban Abu Muslim ke dalam api. Walau bagaimanapun, sebelum dia berbuat demikian seorang penasihatnya membisikkan ke telinganya: “Orang ini, seperti yang engkau tahu adalah seorang berjiwa suci dan diperkenankan doanya. Allah tidak akan mengkhianati seorang mukrnin yang tidak mengkhianati-Nya ketika susah. Jika engkau humban dia ke dalarn api kemudian Allah selamatkan dia, sudah tentu apa yang engkau bina selama ini akan musnah dalarn sekelip mata. Semua orang akan menolak kenabianmu. Jika sebaliknya api membakar tubuhnya, orang ramai akan kagum dan semakin menghormatinya. Mereka akan rneletakkan dia sebagai seorang syahid. Adalah lebih baik jika engkau bebaskan dia dan halau dia daripada negeri ini supaya engkau selamat daripada ancamannya.” Al-Aswad menerirna nasihat syaitannya ini dan mengarahkan supaya

Abu Muslim al-Khaulaani dihalau dan negeri itu.1 * * *

Abu Muslim al-Khaulaani berangkat menuju he Madinah. Beliau sememangnya berhasrat untuk bertemu Rasulullah saw.. Walaupun beliau telah beriman namun tidak berpeluang untuk melihat sendiri Baginda dan mengecapi nikmat persahabatan dengan Baginda. Malangnya, sebaik sahaja tiba di pinggir Madinah, beliau mendengar berita kewafatan Nabi s.a.w. dan Abu Bakar telah dilantik menjadi khalifah selepas Baginda. Hatinya terasa amat sedih mendengar kewafatan Nabi saw ini. * * *

Setelah tiba di Madinah, beliau terus menuju ke masjid Rasulullah s.a.w.. Beliau menambat untanya berdekatan dengan pintu masjid kemudian masuk he dalam masjid dan memberi salam kepada Rasulullah s.a.w.. Setelah itu beliau berdiri berdekatan sebuah tiang di dalarn masjid itu dan mendirikan sembahyang. Sebaik sahaja selesai bersembahyang, Urnar bin al-Khattab datang kepadanya sambil bertanya: “Saudara ini datang dari mana’?” “Dan Yaman,”jawab Abu Muslim ringkas. “Apakah yang dilakukan oleh Allah kepada sahabat kami yang dihumban ke dalam api oleh musuh Allah tetapi Allah menyelamatkannya?” tanya Urnar ingin tahu. Sambil tersenyum Abu Muslim membalas: “Dia sihat, dengan nikmat Allah.” Umar cuba meneka: “Bukankah engkau orang itu?!” “Ya,” jawab Abu Muslim. Lantas Umar mengucup dahi Abu Muslim sambil berkata: “Apakah engkau tahu apa yang telah Allah lakukan kepada musuh Allah dan musuh engkau itu?” “Tidak, saya tidak mendengar khabarnya semenjak saya meninggalkan Yaman,”jawab Abu Muslim “Allah telah membunuh dan menjatuhkan kuasanya melalui tangan orang-orang mukmin yang sejati. Selepas itu Allah telah mengembalikan pengikut-pengikutnya kepada agama Allah semula,”jelas Umar. “Segala puji bagi Allah yang memberikan kesempatan untuk sava melihat kematiannya dan melihat penduduk Yaman kembali kepada Islam sebelum saya mati,” balas Abu Muslim dengan penuh ke syu kuran. Umar pula menyambut seraya berkata: “Saya juga memanjatkan
1

Menurut sumber yang kuat beliau telah dihumban ke dalam api tetapi api itu menjadi sejuk dan selamat untuknya sama seperti mana yang berlaku kepada Nabi Ibrahirn as

pujian kepada Allah yang telah mempertemukan sava dengan umat Muhammad yang telah diperlakukan seperti mana yang diperlakukan kepada Nabi Ibrahim, Khalil al-Rahman as.” Setelah itu, Umar membawa Abu Muslim menemui Abu Bakar. Apabila bertemu dengan Abu Bakar beliau memberikan taat setianya kepada Abu Bakar. Abu Bakar mempersilakan beliau duduk di antaranya dengan Umar. Mereka berdua meminta beliau menceritakan apa yang telah berlaku antaranya dengan al-Aswad al-Ansi. * * *

Abu Muslim menetap di Madinah untuk suatu tempoh yang agak lama. Dalam tempoh itu beliau sering berulang-alik ke masjid Rasulullah saw. Beliau mendirikan sembahyang di Raudhah dan mempelajari banyak perkara daripada para sahabat yang terkemuka seperti Abu Ubaidah al-Jarrah, Abu Zar al-Ghifari, Ubadah bin al-Samit, Mu’az bin Jabal dan Auf bin Malik alAshjaie. Tidak berapa lama kemudian, Abu Muslim berhasrat untuk berpindah dan menetap di Sham. Tujuan utamanya ialah untuk berada berhampiran dengan sempadan di Sham supaya dapat turut sama tentera Islam memerangi Rom dan beroleh pahala bersama berada di barisan hadapan tentera Islam. Apabila jawatan khalifah beralih kepada Amirul Mukminin, Muawiyah bin Abu Sufyan r.a., beliau sering kali turut sama dalam majlis Muawiyah. Banyak kisah-kisah yang menarik diceritakan mengenai mereka berdua yang memperlihatkan kehebatan kedua-dua tokoh ini. Suatu han ketika Abu i\iuslim masuk menghadap Muawiyah r a., beliau melihat Muawiyah kelihatan agak menonjol dalam majlis yang dihadiri oleh ramai kenamaan termasuk pembesar-pembesar negara, panglima tentera dan pemimpin-pemimpin masvyrakat. Beliau dapat melihat bagaimana hegitu ramai yang menghormati dan menyanjungi Muawiyah. Keadaan itu membimbangkannya, lalu dia berkata: “Salam ke atasmu, wahai Khadam Mukminin.” Orang ramai menoleh dan cuba memperbetulkan kata-katanya: “Amirul Mukminin, wahai Abu Muslim.” Beliau tidak mengendahkan kata-kata mereka sebaliknya beliau sekali lagi mengulanginya: “Salam atasmu, wahai Khadam Mukminin.” “Amirul Mukminin, wahai Abu Muslim,” orang ramai terus menegurnya. Namun beliau tetap tidak mengendahkan malah tidakpun menoleh kepada mereka. Beliau tetap dengan pendiriannya. Beliau menyambung lagi: “Salam atasmu, wahai Khadam Mukminin.” Apabila orang ramai menuntut supaya beliau menarik semula kata-

katanya itu, Muawiyah mencelah: “Biarkan Abu Muslim, dia lebih tahu apa yang dikatakannya.” Lalu Abu Muslim bangun menuju kepada Muawiyah lalu berkata: “Sebenarnya setelah Allah melantik engkau memimpin manusia, engkau hanyalah ibarat orang yang diberikan satu kerja dan diamanahkan untuk menjaga sekawan kambing. Jika engkau menjaganya dengan baik, engkau jaga bulu dan susunya, engkau akan diberjkan upah.” “Jika orang suruhan mi melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik sehingga kambing yang kecil membesar sementara yang kurus menggemuk serta sihat daripada sebarang penyakit, orang suruhan ini akan diberikan upah,” tambah AbuMuslirn. “Tetapi jika orang suruhan ini tidak menjaga dengan baik gembalaanya hingga menyebabkan semuanya mati atau kurus atau tidak mengeluarkan bulu dan susu, orang suruhan ini tidak akan diberikan upah malah akan dimarah dan dihukum.” “Oleh itu, pilihlah yang mana baik untuk dirimu,” Ahu Muslim menamatkan kata-katanya. Lalu Muawiyah yang semenjak tadi tertunduk kembali mengangkat kepalanya dan berkata: “Semoga Allah memberi kebaikan untukmu wahai Abu Muslim. Setahu saya. engkau adalah orang yang memberi nasihat kerana Allah, Rasul-Nya dan umat Islam.” * * *

Suatu ketika, Abu Muslim mendirikan sembahyang Jumaat di masjid Damsyik dan Muawiyah pada ketika itu sedang menyampaikan khutbah. Muawiyah menyebut tentang perintah yang dikeluarkannya supaya menggali Sungai Barada dengan tujuan untuk memberikan air minuman yang bersih kepada penduduk Damsyik. Di tengah orang ramai itu, Abu Muslim bangun dan berkata: “Wahai Muawiyah, ingatlah bahawa engkau akan mati hari ini atau esok dan tempat engkau nanti adalah di dalam kubur. Jika engkau ada membawa bekalan, bekalan itu adalah untuk engkau di dalam kubur nanti. Jika engkau membawa tangan yang kosong engkau akan dapati kubur engkau nanti akan sunyi sepi.” “Saya mohon kepada Allah, semoga engkau wahai Muawiyah tidak merasakan bahawa jawatan khalifah ini adalah untuk menggali sungai atau mengumpulkan harta. Jawatan mi adalah untuk engkau menegakkan kebenaran dan melaksanakan keadilan serta memimpin manusia ke arah yang diredai oleh Allah.” “Wahai Muawiyah, kami tidak kisah jika sungai itu keruh, selagi kepala

kami jernih dan engkau adalah kepala kami. Pastikanlah supaya engkau sentiasa jernih.” “Wahai Muawiyah, jika engkau menzalimi seseorang, kezaliman engkau akan dihapuskan jika engkau melakukan keadilan. Jangan sekali engkau bersikap zalim kerana kezaliman bererti malang di han akhirat nanti.” Apabila selesai Abu Muslim berucap, Muawiyah turun daripada mimbar dan berkata: “Moga Allah merahmatimu, wahai Abu Muslim dan semoga engkau beroleh kebaikan.” * * *

Suatu ketika, Muawiyah naik ke atas mimbar untuk berucap. Dua bulan sebelum itu, beliau telah memberhentikan bantuan kepada orang ramai. Ketika itu Abu Muslim bangun dan berkata: “Wahai Muawiyah: wang itu bukan wang engkau atau wang bapa engkau atau ibu engkau. Jadi, apa hak engkau untuk menghentikan bantuan ini kepada orang ramai?!” Muawiyah kelihatan marah mendengar kata-kata itu. Orang ramai ingin melihat apa yang bakal dilakukannya. Namun Muawiyah hanya meminta orang ramai supaya kekal di tempat masing-masing Beliau kemudian turun danipada mimbar dan mengambil wuduk. Beliau menjiruskan sedikit air ke kepalanya. Setelah itu beliau kembali ke atas mimbar dan memanjatkan pujian kepada Allah kemudian berkata: “Abu Muslim telah menyebut bahawa wang itu bukan wang saya atau bapa saya atau ibu saya. Apa yang dikatakan oleh Abu Muslim itu benar. Saya pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: “Marah itu daripada syaitan, syaitan danipada api, air pula memadamkan api. Jika kamu marah hendaklah kamu berwuduk.” Wahai manusia, ambillah hak-hak kamu dengan berkat Allah Azza wa Jalla.” * * *

Semoga Allah memberikan kebaikan kepada Abu Muslim. Beliau merupakan satu contoh unggul yang berjuang menegakkan kebenaran Moga Allah meredai Muawiyah bin Abu Sufvan. Beliau juga merupakan teladan yang baik bagi mereka yang bersedia mendengar kebenaran. Tepat sekali kata hikmah orang bijak pandai: Janganlah kamu cerca mereka,

Sebaliknya ikutilah apa yang telah mereka lakukan.

AL-AHNAF BIN QAIS Pernimpin Bani Tatnirn “Al-Ahnaf bin Qais telah mencapai darjat kemuliaan dan kepimpinan yang menyehabkan belian tidak lagi memandang kepada kuasa dan tidak bimbang jika dipecat.” [Ziyad] Ketika Damsyik sedang menikmati musim bunga yang sedang mekar bunga-bunganya di taman-taman yang menyegar dan mengharumkan, istana Amirul Mukminin, Muawiyah bin Abu Sufyan turut bersiap sedia untuk menerima para tetamunya. Sebaik sahaja tetamu pertama dipelawa masuk menghadap khalifah, adik perempuannya, Ummu al-Hakam bin Abu Sufyan bergegas mengambil tempat duduknya di sebalik tabir. Ummu al-Hakam mahu mendengar hadishadis Rasulullah saw yang diperdengarkan di dalam majlis khalifah ini. Selain daripada ingin mengambil kesempatan untuk mendengar kisah-kisah menarik, syair-syair yang indah dan bimbingan nasihat yang akan disampaikan dalam majlis ini. Ummu al-Hakam adalah seorang wanita yang pintar, bersemangat tinggi dan sentiasa mencari sesuatu yang baik. Ummu al-Hakam mengetahui abangnya akan mengizinkan rakyatnya menghadap berdasarkan darjat mereka. Muawiyah akan menjemput terlebih ahulu para sahabat Rasulullah s.a.w. kemudian diikuti oieh tabiin yang ternama para ulama dan mereka yang berkedudukan. * * *

Cuma kali ini, Ummu al-Hakam mendapati abangnya tetamu pertama

yang tidak disenanginya. Ummu al-Hakam mendengar Muawiyah berkata: “Wahai Ahnaf, setiap kali saya teringat Perang Siffin saya akan teringatkan engkau dan pendirianmu yang rnenyebelahi Ali bin Abu Talib. Ia rnenggores luka di hati ini hingga ke akhir hayat saya.” Dengan berani Ahnaf menjawab: “Wahai Muawiyah, hati-hati yang memarahimu masih tersimpan dalam jiwa ini. Pedang yang kami gunakan untuk memerangi engkau masih lagi ada di tangan karni. Jika engkau bersedia untuk berdamai kami akan lebih bersedia untuk berdamai. Namun jika engkau bersedia untuk berperang kami akan lebih bersedia untuk berperang. Demi Allah, kami datang ke sini bukan kerana mengharapkan hadiahmu atau kerana kami takut kepada ancamanmu. Kami datang untuk memperbaiki hubungan, buat mengukuhkan perpaduan dan suara umat Islam” Sebaik sahaja habis berkata-kata, lelaki mi berpaling dan beredar. Apabila mendengar kata-kata itu, Ummu al-Hakarn terdorong untuk menyelak tabir di hadapannya. Dia ingin melihat siapakah yang memulangkan buah keras dan memberikan jawapan yang begitu keras kepada khalifah. Ummu al-Hakam lihat lelaki itu memiliki tubuh yang rendah dan kecil, kepalanya botak, gigi yang tidak teratur, dagu yang senget, mata yang kuyu dan kakinya tempang. Malah segala kecacatan yang ada pada manusia lain ada padanya. Ummu al-Hakam memandang abangnya sambil berkata: “Wahai Amirul Mukrninin, siapakah orang yang mengugut dan mengancam khalifah di tengah-tengah istana itu?” “Orang ini jika dia marah, 100 ribu orang Bani Tamim lagi akan marah tanpa mengetahui sebab mereka marah. Dia ialah al-Ahnaf bin Qais pemimpin Bani Tamim. Orang Arab yang unggul seorang pejuang dan penakluk,” jawab Muawiyah sambil memandang Ahnaf berlalu pergi. Marilah kita hayati kisah hidup al-Ahnaf bin Qais. * * *

Dalam tahun ketiga sebelum Hijrah, Qais bin Muawiyah al-Sa’di menerima seorang cahaya mata yang diberi nama al-Dahhak. Namun orang rarnai memanggilnya dengan narna al-Ahnaf yang bermaksud si tempang kerana kakinya yang tempang hingga akhirnya panggilan mi kekal sebagai namanya. Qais, ayah kepada al-Ahnaf bukanlah seorang yang berkedudukan

tinggi dalam kaumnya dan bukan juga dalarn golongan bawahan. Mereka berada dalam keluarga pertengahan. Kelahiran al-Ahnaf disambut di perkampungan mereka di sebelah Barat Yamamah di negeri Najd. Anak ini membesar sebagai anak yatim apabila ayahnya terbunuh ketika beliau masih rnerangkak lagi. Tidak lama kernudian, cahaya Islam menembusi jendela hatinya ketika din masih muda remaja. Sebelum kewafatan Rasulullah saw, baginda telah mengutus beberapa orang sahabatnya rnenemui kaum al-Ahnaf bin Qais mengaiak mereka memeluk Islam. Para pendakwah ini menemui pemimpin-pemimpin kaum menggesa mereka supaya beriman dan membentangkan kepada mereka hakikat Islam. Namun mereka hanya berdiam diri dan masing-masing memandang antara satu sama lain. Akhirnya al-Ahnaf yang ketika itu ada bersama mereka berkata: “Wahai kaum, kenapa kamu teragak-agak, sekejap ke hadapan sekejap ke belakang. Utusan yang datang kepada kamu ini adalah utusan yang baik. Mereka mengajak kamu supaya mengamalkan akhlak yang baik dan melarang kamu melakukan yang tidak baik. Demi Allah, semua yang dikatakan oleh mereka itu adalah baik. Terimalah seruan mereka ini supaya kamu akan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.” Apabila mendengar kata-kata itu, kaum mereka dengan mudah menerima Islam, termasuklah anak muda tadi. Setelah itu, beberapa orang pemimpin kaurn ini berangkat untuk menemui Rasulullah s.a.w.. Namun al-Ahnaf tidak termasuk dalam rombongan mi kerana usianya yang masih terlalu muda. Walaupun beliau tidak berpeluang untuk menemui Nabi saw, namun beljau masih menerima keredaan dan doa baginda. * * *

Pernah suatu ketika al-Ahnaf bercerita: “Suatu ketika saya melakukan tawaf di Baitullah pada zaman Umar bin al-Khattab ra. Tiba-tiba seorang lelaki yang saya kenali datang memegang tangan saya dan berkata: “Bolehkah saya sampaikan berita gembira untuk engkau?” “Sudah tentu,” jawab saya. Lelaki itu berkata: “Ingatkah ketika saya diutuskan oleh Rasulullah saw kepada kaummu mengajak mereka memeluk Islam. Saya mengajak dan mempelawa mereka supaya menerima agama Allah. Ketika itu engkau ada berkata sesuatu?”

“Ya, betul,” al-Ahnaf mengiyakannva sambil mengangguk-angguk. “Selepas itu, saya kembali menemui Rasulullah saw, dan saya sampaikan kepadanya kata-katamu itu. Lalu baginda bersabda:Ya Allah, ampunilah al-Ahnaf,”jelas lelaki tersebut. Dengan penuh kegembiraan al-Ahnaf menerima berita tersebut dan berkata: “Inilah amalan yang amat-amat saya harapkan di hari akhirat kelak iaitu doa Rasulullah saw.” * * *

Setelah Rasulullah saw kembali menemui Allah, muncul Musailamah alKazzab yang membawa pembohongannya hingga menyebabkan ramai yang murtad. Ketika itu, al-Ahnaf bin Qais bersama bapa saudaranya, alMutashammas mengunjungi Musailamah untuk mendengar dakwaannya. Al-Ahnaf ketika itu masih di usia remajanya. Setelah bertemu dengan Musailamah, al-Mutashammas bertanya kepada anak saudaranya: “Apakah pandangan kamu tentang orang itu, wahai Ahnaf.” “Bagi saya dia seorang penipu dan mereka-reka perkara yang tidak benar,” jawab Ahnaf sambil mengetap bibirnya. Secara bergurau bapa saudaranya berkata: “Tidakkah engkau takut jika saya sampaikan kepadanya yang engkau tidak mempercayainya.” Al-Ahnaf membalas: “Jika demikian, saya akan meminta engkau bersumpah di hadapannya nanti; Apakah engkau akan bersumpah bahawa engkau tidak mempercayainya seperti mana saya tidak mempercayainya.” Lalu kedua-duanva ketawa dan berpegang teguh bersama Islam. * * *

Tidak hairanlah jika anda merasa takjub mendengar kisah ini yang memperlihatkan sikapnya yang begitu tegas ketika berhadapan dengan sesuatu walaupun usianya ketika itu masih terlalu muda. Namun ketakjuban kamu pasti akan terjawab apabila kamu mengenali anak muda Bani Tamini ini sememangnya seorang yang tiada menandingan di zamannya. Seorang yang pintar, berfikiran bernas dan memiliki fitrah yang suci. Semenjak kecil lagi, al-Ahnaf telahpun mendampingi pemimpinpemimpin kaumnya dan duduk bersama-sama dalam majlis mereka, Beliau sentiasa bersama-sama dalam pertemuan mereka dan belajar daripada kalangan bijak pandai mereka.

Al-Ahnaf sendiri pernah berkata dalam salah satu majlis ilmunya: “Saya selalu mengunjungi majlis ilmu Qais bin ‘Asim al-Minqari untuk mempelajari adab sopan sama seperti kami mengunjungi majlis ilmu ulama lain untuk mempelajari ilmu.” Seorang muridnya bingkas bertanya: “Bagaimanakah adab sopannya?” Al-Ahnaf pun mula menerangkan kepada murid-munidnya: “Suatu ketika saya mengunjunginya yang ketika itu sedang duduk di halaman rumahnya dengan tali sarung pedangnya dibelitkan di dadanya. Dia ketika itu sedang berbual dengan kaumnya. Saya memberi salam dan duduk bersamanya.” “Tidak berapa lama kemudian kami terdengar suara hiruk pikuk. Tibatiba kami pun melihat seorang anak muda sedang diheret dengan tangan terikat bersama-sarna satu jenazah. Mereka berkata kepadanya: Anak saudaramu ini telah membunuh anakmu.” “Demi Allah, dia tidak sedikitpun memperlihatkan kemarahannya dan tidak memintas kata mereka.” sambil beliau menghela nafas. Ahnaf meneruskan ceritanya: “Setelah mereka habis berkata, dia mernandang anak saudaranya sambil berkata: Wahai anak saudaraku engkau telah membunuh sepupumu sendiri dan engkau telah memutuskan hubungan engkau dengan tanganmu sendini. Engkau sendiri telah mencampak anak panah ke dadamu sendiri.” “Setelali itu dia berkata kepada anaknya yang lain: Anakku, ikatan sepupumu itu dan uruskanlah saudaramu ini. Setelah itu bawalah seratus ekor unta kepada ibunya sebagai diyat anaknya kerana ibunya kini keseorangan.” * * *

Al-Ahnaf bin Qais telah berkesempatan untuk berguru dengan para sahabat yang ternama terutama sekali Umar al-Faruq ra. Al-Ahnaf berkesempatan untuk hadir ke majlis Umar dan mendengar nasihatnya selain berpeluang mendengar majlis penghakiman Umar. Malahan al-Ahnaf merupakan murid yang paling menyerlah pernah dikeluarkan daripada madrasah Umar. Beliau sangat terpengaruh dengan gurunya yang amat bijaksana. Al-Ahnaf pernah ditanya: “Dan manakah kamu memperolehi segala sifat mulia dan bijaksana ini?” Al-Ahnaf menjawab dengan merendah din: “Semuanya daripada kata-

kata yang saya dengar daripada Umar bin al-Khattab. Umar pernah berkata: Orang yang bergurau akan dipandang rendah. Orang yang banyak mengetahui sesuatu akan lebih dikenali. Orang yang banyak bercakap akan banyak melakukan kesalahan. Orang yang banyak kesalahan akan kurang sifat malunya. Orang yang kurang sifat malunya akan kurang sifat waraknya. Orang yang kurang sifat waraknya akan mati hatinya.” * * *

Walaupun A1-Ahnaf bin Qais bukanlah berasal daripada keluarga yang ternama, tetapi beliau begitu menonjol di kalangan kaumnya. Ayah dan ibunya juga bukanlah orang yang berada. Oleh kerana itu, ada yang bertanya kepadanya: “Siapakah orang yang sepatutnya dilantik mengetuai kaumnya, wahai Abu Bakr?” “Orang yang ada empat sifat ini sepatutnya memimpin kaumnya,” jawab Al-Ahnaf. “Apakah sifat-sifat itu?” “Orang yang mempunyai agama yang akan rnempertahankannya, kedudukan yang akan memeliharanya, fikiran yang akan membimbingnya dan rasa malu yang akan mengawalnya,” jelas Al-Ahnaf. * * *

Bukan itu sahaja, malah al-Ahnaf juga dianggap sebagai orang Arab yang amat beradab dan adab sopannya ini menjadi suri teladan untuk semua. Adab sopan yang dimilikinya menyebabkan suatu hari ketika Amru bin al-Ahtam mengupah seseorang untuk melemparkan caci maki kepadanya, alAhnaf hanya membisu mendiamkan diri. Apabila lelaki ini melihat tiada sebarang tindak balas daripada al-Ahnaf, malah beliau tidak mempedulikan caciannya, lelaki itu mengetap ibu jarinya sambil berkata: “Alangkah malunya. Keengganannya membalas kata-kata kesat saya tadi amat memalukan saya.” * * *

Suatu han ketika al-Ahnaf berjalan bersendirian di pinggir Basrah, seorang lelaki menahannya. Orang ini mencerca mengaibkannya dan mengeluarkan kata-kata yang kesat. Walau bagaimanapun, al-Ahnaf hanya membisu meneruskan jalannya seperti biasa. Apabila hampir mendekati orang ramai, al-Ahnaf berkata kepada lelaki tadi: “Anakku, jika masih ada lagi yang belum engkau katakan, katakanlah sekarang kerana jika kaum saya mendengar apa yang engkau katakan itu, mereka akan melakukan sesuatu yang tidak baik kepadamu.”

*

*

*

Apa yang lebih hebat ialah al-Ahnaf juga seorang yang kuat beribadat, berpuasa, sembahyang malam, seorang yang zuhud dan tidak mengharapkan pemberian orang. Apabila malam menjelma, beliau akan menyalakan lampunya dan diletakkan berdekatan dengannya sambil beliau mendirikan sembahyang di mihrabnya. Beliau akan mengerang seperti orang sakit dan akan menangis seperti orang yang kematian anak kerana mengharapkan belas ehsan Allah supaya dijauhkan daripada azab dan kerana takutkan kemurkaan-Nya. Setiap kali terlintas di fikirannya dosa yang telah dilakukannya atau suatu kesalahan yang pernah dilakukannya, beliau akan mendekatkan jari ke api pelitanya. Beliau akan berkata: “Rasakan wahai Ahnaf kenapa engkau lakukan perkara itu pada hari itu. Celakalah engkau wahai Ahnaf. Jika engkau tidak mampu menahan api pelita ini dan tidak dapat menahan kepanasannya, mungkin engkau akan dapat menahan kepanasan api neraka dan mampu menahan seksaannya?!” “Ya Abah, jika Engkau ampuni aku, itu sememangnya hak-Mu dan Engkau mengazab aku, aku sememangnya layak menerimanya.” * * * Semoga Allah meredai al-Ahnaf bin Qais. Tokoh agung dalam sejarah dan contoh yang unggul buat umat manusia.

AL-AHNAF BIN QAIS Anak Murid Umar al-Faruq “Demi Allah, budak ini adalah seorang pemimpin dan dia adalah pemimpin penduduk Basrah. [Umar bin al-Khattab] Cerita kita kini berkisar pada awal zaman pemerintahan Umar al-Faruq ra. Kelihatan satria-satria yang gagah perkasa kaum al-Ahnaf bin Qais daripada Bani Tamim sedang menunggang kuda mereka sambil rnenghunus pedang yang berkilauan. Mereka berangkat meninggalkan kediaman mereka di Ahsa’ dan Najd menuju Basrah. Mereka mahu turut serta bersama angkatan tentera Islam yang berkumpul di sana di bawah pimpinan Utbah bin Ghazwan dengan matlamat untuk memerangi bumi Parsi demi jihad kerana Allah. Mereka hanya mengharapkan ganjaran Allah. Turut serta bersama mereka ialah anak muda mereka, al-Ahnaf bin Qais. * * *

Pada suatu hari, Utbah bin Ghazwan menerima sepucuk surat daripada Amirul Mukminin, Umar bin al-Khattab rnemerintahkannya supaya beliau menghantar sepuluh orang yang terbaik dalam pasukan tenteranya dan yang berperanan besar dalam peperangan. Umar mahu mendapatkan berita rnengenai tentera Islam dan mahu mendengar pendapat mereka. Utbah dengan segera melaksanakan perintah tersebut dan memilih sepuluh orang yang terhaik di kalangan tenteranya. Salah seorang di antara mereka ialah al-Ahnaf bin Qais. Mereka diperintahkan supaya berangkat menuju Madinah. * * *

Kesemua utusan mi akhirnya sampai di hadapan Amirul Mukminin. Mereka disambut dan dipersilakan duduk. Khalifah Umar kemudiannya bertanya mereka tentang keperluan mereka dan keperluan umat amnya. Masing-masing membalas: “Urusan umat amnya terserah kepadamu kerana engkau adalah pemerintah mereka dan pentadbir urusan mereka. Kami akan hanya bercakap mengenai urusan yang berkaitan dengan kami.” Setelah itu masing-masing mengemukakan perkara yang berkaitan dengan mereka. A1-Ahnaf bin Qais adalah orang terakhir yang berucap dalam majlis itu kerana beliau adalah yang termuda. Beliau memuji dan memuja Allah kemudian berkata: “Wahai Amirul Mukminin, tentera Islam yang menakluk Mesir kini telah

mendiami bumi yang subur dan kaya di bumi Firaun. Tentera-tentera yang menakluk Sham pula telah menikmati kehidupan yang senang lenang dikelilingi buah-buahan dan taman-taman di bumi Kaisar. Tentera-tentera yang menakiuk bumi Parsi pula kini telah mendiami tebing sungai yang subur dengan dikelilingi oleh taman-taman yang menyegarkan di bumi Kisra. Namun, kaum saya di Basrah mendiami bumi yang berpaya dan bergaram. Buminya tidak pernah kering dan tidak subur untuk tanaman. Ia terletak antara laut yang masin dan tanah lapang yang kontang. Wahai Amirul Mukminin, selesaikanlah masalah mereka ini dan berilah mereka kehidupan yang baru. Perintahkanlah gabenormu di Basrah supaya menggali terusan yang akan mengalirkan air yang segar dan dapat mengairi ternakan dan tanaman mereka. Langkah ini akan memperbaiki keadaan mereka, membantu keluarga mereka dan akan dapat menurunkan harga barangan. Langkah ini seterusnya akan membantu usaha jihad di jalan Allah.” Umar bin al-Khattab merenung ke arah al-Ahnaf dan kemudian berkata kepada wakil-wakil tadi: “Bukankah elok jika kamu lakukan perkara yang sama. Demi Allah, dia ini adalah seorang pemimpin.” Umar bin al-Khattab kemudiannya menyampaikan hadiah-hadiah untuk mereka. Apabila Umar menyerahkan hadiah tersebut kepada al-Ahnaf, alAhnaf berkata: “Wahai Amirul Mukminin, demi Allah kami datang merentasi bumi yang tandus dan menunggang unta kami siang dan malam bukan untuk menerima segala hadiah mi. Saya tidak memerlukan semua ini. Apa yang saya perlukan ialah keperluan kaum saya seperti yang saya katakan tadi tercapai. Jika engkau tunaikan untuk mereka, itu sudah mencukupi.” Apabila mendengar kata-kata itu, Umar semakin merasa kagum dengan al-Ahnaf dan baginda berkata: “Budak ini adalah pemimpin penduduk Basrah.” Apabila semuanya bersurai dan semua wakil tadi bersedia untuk berangkat ke khemah untuk tidur, Umar meninjau beg-beg pakaian mereka. Umar terlihat sehelai baju yang terkeluar daripada salah satu beg-beg tersebut. Umar bangun rnenyentuhnya dan bertanya: “Milik siapakah baju ini?” “Milik saya , wahai Amirul Mukminin,” jawab Al-Ahnaf Al-Ahnaf menyedari Umar merasakan baju tersebut sudah tentu mahal harganya.

“Berapakah harganya?” tanya Umar ingin tahu. “Lapan dirham,” jawab Ahnaf tersekat-sekat. Itulah sekali dalam sejarah hidupnya beliau berbohong kerana baju itu dibeli dengan harga dua belas dirham. Dengan penuh terharu, Umar berkata kepadanya: “Bukankah satu sudah memadai dan engkau serahkan lebihan harta engkau bagi membantu orang Islam yang lain.” Umar menyambung: “Gunakanlah harta untuk menampung keperluan engkau dan bakinya letakkan di tempat yang sepatutnya. Di tempat yang engkau rasa senang dan menguntungkan.” Al-Ahnaf tertunduk malu mendengarnya. * * *

Amirul Mukminin mengizinkan para wakil tadi untuk kembali ke Basrah. Walau bagaimanapun baginda tidak mengizinkan al-Ahnaf berangkat bersama mereka. Umar meminta supaya al-Ahnaf kekal bersamanya selama setahun. Melalui pemerhatiannya, Umar dapat merasakan pemuda Bani Tamim ini adalah seorang yang bijak, petah berbahasa, berjiwa besar, bersemangat tinggi dan berbakat. Oleh itu, Umar mahu al-Ahnaf berada berdekatan dengannya supaya beliau dapat memerhatikannya dengan lebih dekat. Dengan ini pemuda ini dapat bergaul dengan para sahabat ternama. Beliau akan dapat menerima bimbingan mereka dan dapat mempelajari agama Allah daripada mereka. Selain itu, Umar juga mahu mengujinya dengan lebih mendalam dan dapat menyelami lubuk hatinya sebelum baginda melantik pemuda ini mentadbir urusan umat Islam. Umar amat berhati-hati dengan mereka yang terlalu bijak dan petah berkata-kata. Jika mereka ini baik, kebijaksanaan mereka akan membawa kebaikan kepada seluruh dunia. Namun jika mereka ini sebaliknya, kebijaksanaan mereka merupakan malapetaka untuR seluruh manusia. Setelah genap setahun, Umar berkata kepada al-Ahnal: “Wahai Ahnaf, setelah saya kenali dan uji engkau, tidak ada yang tidak baik saya lihat padamu. Saya lihat perbuatan zahirmu semuanya baik dan saya berharap semoga di sebaliknya juga adalah baik seperti mana zahirnya.” Umar kemudian mengarahkan al-Ahnaf supaya bersama tentera Islam memerangi Parsi. Umar menulis surat kepada panglima perangnya, Abu Musa al-Asha’ari:

“Tempatkan al-Ahnaf bin Qais ini berdekatan denganmu. mintalah pandangannya dan dengarlah nasihatnya.” * * *

Al-Ahnaf kini bernaung di bawah panji tentera Islam yang berkibar di tirnur dan barat bumi Parsi. Beliau memperlihatkan kepahlawanannya yang tinggi sehingga menyebabkan namanya tersohor dan bintangnya menyerlah. Bersama-sama kaumnya, Bani Tamim, beliau memainkan peranan yang penting dalam serangan ke atas musuh mengakibatkan banyak yang berkorban. Hingga akhirnya, Kota Tustar, pusat kerajaan Kisra jatuh ke tangan mereka dan Hurmuzan berjaya ditawan. * * *

Hurmuzan adalah seorang panglima tentera Parsi yang gagah perkasa dan sangat bengis. Dia juga seorang yang nekad dan sangat mahir dalam taktik peperangan. Kemenangan yang dicapai oleh umat Islam kerap kali memaksa Hurmuzan supaya berdamai. Namun setiap kali peluang terbuka di hadapannya, dia akan membelot kerana masih yakin akan memperolehi kemenangan. Suatu ketika, umat Islam berjaya mengepungnya, Hurmuzan berkubu di sebuah kubu yang kukuh dan berkata kepada tentera Islam: “Saya ada seratus batang anak panah. Demi tuhan, kamu tidak akan dapat menangkap saya selagi saya memilikinya. Kamu tahu panahan saya tidak akan tersasar. Apa gunanya kamu menangkap saya jika seratus orang kamu terpaksa mati atau cedera terlebih dahulu.” Apa yang kamu mahu? tanya tentera muslimin. Dengan angkuh Hurmuzan berkata: “Saya mahu dihukum oleh khalifah kamu, Umar dan terserah padanya untuk memutuskannya.” “Baiklah,”jawab tentera muslimin serentak. Hurmuzan melemparkan busarnya dan turun menyerah diri. Tentera Islam mengikat tangannya dan membawanya ke Madinah dengan diiringi oleh pahlawan penaklukan Iraq. Mereka diketuai oleh Anas bin Malik, pelayan Rasulullah saw dan al-Ahnaf bin Qais, anak murid rnadrasah Umar. * * *

Utusan tentera Islam mi bergegas menuju ke Madinah membawa bersama mereka Hurmuzan dan berita gembira tentang kemenangan tentera Islam untuk Amirul Mukminin. Mereka turut membawa bersama satu perlima hasil perolehan perang

dan sang pengkhianat yang sentiasa mencabul perjanjian kepada khalifah Islam untuk diadili. Apabila mereka tiba di pinggir Madinah, mereka mempersiapkan Hurmuzan supaya umat Islam melihat gayanya yang sebenar. Mereka menyarungkan pakaian yang diperbuat daripada kain sutera yang mahal dan dijahit dengan benang emas. Mereka memakaikan mahkotanya yang bertatah intan permata dan memberikan cokmarnya yang diperbuat daripada emas tulen dan bertatah intan permata. Sebaik sahaja tiba di Madinah mereka dikerumuni oleh penduduk Madinah, yang tua dan muda. Semuanya memerhati tawanan yang dibawa ini. Mereka sangat kagum dengan rupa dan pakaian yang dipakainya. * * *

Utusan ini terus menuju ke rumah Umar tetapi tidak menemuinya. Mereka diberitahu bahawa Urnar telah pergi ke rnasjid untuk menyambut utusan yang datang menemuinya. Mereka pun berangkat ke masjid tetapi tidak menemuinya di sana. Semakin lama mereka mencari semakin ramai yang mengerumuni mereka dan keadaan menjadi semakin sesak. Dalam kebingungan ini beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain ternampak mereka. Kanak-kanak itu bertanya: “Kenapa kamu ke sana dan ke sini, mungkin kamu sedang mencari Amirul Mukminin?” “Ya, kami sedang mencarinya,” jawab mereka. “Amirul Mukminin sedang tidur di sebelah kanan masjid dengan berselimutkan burnusnya1,” beritahu kanak-kanak tersebut kepada tenteratentera muslimin. Umar ra sebenarnya menyambut kedatangan utusan daripada Kufah dengan memakai kain selubungnya. Apabila utusan tersebut beredar, beliau menanggalkan kain selubungnya dan dijadikan alas kepalanya lalu tidur. Utusan tentera Islam tadi pun membawa Hurmuzan ke bahagian kanan masjid dan mereka mendapati khalifah sedang nyenyak tidur. Mereka pun duduk di sebelahnya bersama-sama tawanan mereka. * * *

Hurmuzan tidak memahami bahasa Arab sama sekali. Tidak terlintas di kepalanya sama sekali bahawa orang yang terbaring di sudut masjid itu adalah Arnirul Mukminin, Umar bin al-Khattab. Walaupun pernah mendengar tentang kesederhanaan hidup Umar dan sikapnya yang menjauhi
1

Rain selubung yang mempunyai tutup kepala.

kesenangan dunia, namun tidak pernah terbayang di kepalanya bahawa penakluk Horn dan Kisra akan tidur di sudut masjid tanpa sebarang tirai, penyandar. pengawal atau pengining. Apabila Hurmuzan melihat orang lain duduk dan mendiamkan diri, dia menyangka mereka sedang bersiap sedia untuk sembahyang dan menunggu kedatangan khalifah. Al-Ahnaf bin Qais memberi isyarat kepada orang ramai supaya jangan bercakap dan tidak membuat bising supaya tidak mengganggu tidur khalifah. Sepanjang pengenalannya dengan Umar ra dia mengenali khalifah ini jarang sekali melelapkan matanya di malam hari. Apa yang dilakukannya di sepanjang inalam ialah sembahyang di mihrabnya rnenyembah Allah atau menyamar sambil meronda di seluruh Madinah untuk rnengetahui keadaan rakyatnya atau berkawal bagi menjaga kediaman umat Islam daripada perompak. Isyarat al-Ahnaf tadi menarik perhatian Hurmuzan. Dia berpaling kepada al-Mughirah bin Shu’bah yang memahami bahasa Parsi dan bertanya kehairanan: “Siapakah orang yang tidur itu?!” “Itulah Amirul Mukminin, Umar ra,”jawab A1-Mughirah. Ternganga Hurmuzan mendengarnya kemudian berkata: “Umar?!! Di manakah pengawal dan pengiringnya?!” “Beliau tidak mempunyai pengawal atau pengining,” jelas AlMughirah. “Sudah tentu beliau seorang nabi,” telah Hurmuzan. “Tidak, beliau cuma mencontohi amalan para nabi kerana tiada nabi lagi selepas Muhammad saw,” dengan tenang A1-Mughirah menjawab. Orang ramai semakin bertambah dan keadaan semakin bising. Umar r.a. terjaga dan terus duduk. Beliau kehairanan melihat orang yang ramai disekelilingnya. Umar ra ternampak panglima Parsi dengan mahkota yang bertatah batu permata berkilau-kilauan dipancar sinaran mentari. Kelihatan di tangannya ada cokrnar yang menarik mata memandangnya. Umar merenung dan bentanya: “Inikah Hurmuzan?” “Ya, wahai Amirul Mukminin,” jawab al-Ahnaf. `Umar merenung pakaian Hurmuzan yang dihiasi emas, permata, intan dan sutera. Baginda kemudiannya memalingkan mukanya sambil bertitah: “Saya memohon sernoga Allah menjauhkan saya dari neraka dan menyelamatkan saya dari dunia. Segala puji-pujian bagi Allah yang telah menundukkan orang ini dan para pengikutnya kepada Islam.” Baginda kemudiannya bangun menghadap orang ramai lalu

berkhutbah: “Wahai umat Islam, berpegang teguhlah dengan agama ini dan turutilah petunjuk nabi kamu yang mulia. Janganlah kamu diperdaya oleh dunia kerana dunia ini amat memperdaya.” Setelah selesal berucap, al-Ahnaf menyampaikan khabar gembira tentang kemenangan tentera Islam. Al-Ahnaf juga menyampaikan berita tentang hasil perolehan perang yang telah dikurniakan oleb Allah kepada umat Islam. Kata al-Ahnaf: “Wahai Amiru Mukminin, Hurmuzan telah menyerah diri kepada kami dan meminta tuan mengadilinya. Jika tuan sudi bcrbicaralah dengannya.” Umar berpaling seraya berkata: “Saya tidak akan berbicara dengannya selagi kamu tidak tanggalkan semua tanda kezaliman yang ada padanya” Lalu mereka pun menanggalkan segala hiasan dan mahkota yang ada pada Hurmuzan. Cokmar yang ada padanya turut diambil. Selepas itu mereka menyarungkan sehelai baju yang kasar kainnya untuk menutup tubuh Hurmuzan. Setelah itu barulah Umar memandang ke arab Hurmuzan sambil berkata: “Wahai Hurmuzan, bagaimana rasanya hukuman Allah akibat pengkhianatanmu?!” Hurmuzan nienundukkan kepalanya dengan penuh rasa hina: “Wahai Umar, dahulu kita sama-sama dalam jahiliyyah. Allah tidak ada bersama kami dan tidak ada bersama kamu. Oleh kerana itu kami dapat menewaskan kamu. Namun setelah kamu memeluk Islam, Allah bersama kamu dan kamu berjaya menewaskan kami.” “Kamu berjaya menewaskan kami kerana sebab yang kamu katakan itu. Satu sebab lagi ialah kerana kamu bersatu dan kami berpecah.” Umar merenung tajam ke arab Hurmuzan: “Apakah alasan kamu setiap kali kamu melanggar perjanjian, wahai Hurmuzan?” Sambil terketar-ketar Hurmuzan menjawab: “Saya takut engkau akan bunuh saya” “Jangan bimbang kamu tidak akan diapa-apakan sehingga kamu memberitahu saya.” kata Umar cuba meyakinkan Humuzan. Apabila mendengar kata-kata Umar itu, Hurmuzan merasa lega dan tenang sedikit. “Saya dahaga,” kata Humuzan sambil mengurut-ngurut lehernya. Umar mengarahkan supaya memberinya minum. Lalu dibawa air dalam bekas yang agak kotor untuknya. Hurmuzan melihat bekas tersebut

dan kemudian berkata: “Saya tidak dapat minum dalam bekas ini walaupun saya terpaksa mati kehausan.” Lantas Umar rnengarahkan supaya disediakan air dengan bekas yang disukainya. Apabila Hurmuzan memegangnya. kelihatan tangannya rnenggigil. “Kenapa dengan karnu?” tanya Urnar kehairanan. “Saya takut saya akan dibunuh ketika saya minum air ini,” jawab Hurnuzan terketar-ketar. “Jangan bimbang karnu tidak akan diapa-apakan sehingga kamu minum” balas Umar. Mendengar kata-kata Umar. Hurmuzan sengaja menjatuhkan bekas air tadi. “Bawakan air untuknya, jangan biarkan dia dibunuh dalam keadaan dahaga,” seru Urnar “Saya tidak perlukan air, saya curna mahu gunakan air mi untuk menyelamtkan saya daripada dibunuh,” dengan pantas Hurmuzan rneluahkan helanya. “Saya akan bunuh engkau,” tegas Umar. “Engkau telh memberikan saya aminan sebentar tadi,” kata Hurmuzan lagi. “Tetapi, engkau berbohong,” bantah Umar Dalam ketegangan itu, Anas bin Malik mecelah: “Wahai Amirul Mukminin, apa yang dikatakan itu benar, engkau telah memberikan jamian kepadanya” “Celaka engkau wahai Anas, apakah aku akan memberi jminan kepada orang yang telah membunuh saudaramu, al-Barra’ bin Malik dan Majza’ah bin Thaur1? Tidak sama sekali.” bentak Umar dalam nada yang tinggi. Anas cuba rnenerangkan kembali kata-katanya tadi kepada Umar: “Engkau telah katakan tadi; “Jangan bimbang kamu tidak akan diapaapakan sehingga kamu memberitahu saya,” dan engkau juga ada katakan; “Jangan bimbang kamu tidak akan diapa-apakan sehingga kamu minum.” A1-Ahnaf cepat-cepat menyokong kata-kata Anas tadi. Malah orang ramai yang berada bersama mereka juga turut mengakui bahawa Amirul
1

Al-Barra’ bin Malik dan Majza’ah bin Thaur adalah dua orang pejuang yang terkemuka di kalangan sahabat.

Mukminin telah memberi jaminan kepada Hurmuzan. Umar berpaling melihat Hurmuzan dengan penuh kemarahan lantas berkata: “Engkau telah memperdaya saya. Derni Allah saya akan hanya diperdaya oleh seorang muslim.” Lantas Hurmuzan memeluk Islam dan Umar mewajibkannya membayar sebanyak dua ribu. * * *

Sikap bangsa Parsi yang kerap melanggar perjanjian yang dimeterai dengan umat Islam menyebabkan Umar merasa agak bimbang. Baginda pun menghimpunkan utusan yang membawa Hurmuzan dan bertanya kepada mereka: “Apakah umat Islam telah menindas ahli zimmi dan memberikan layanan buruk kepada mereka sehingga menyebabkan mereka melanggar perjanjian.” “Wahai Amirul Mukminin, demi Allah, sepanjang pengetahuan kami tiada seorang pun yang memberikan layanan buruk kepada mereka atau melanggar perjanjian dengan mereka atau menipu mereka.” “Jadi kenapa mereka menyerang kamu setiap kali mereka memperolehi peluang walaupun kamu telah mengikat perjanjian dengan mereka?” soal Umar lagi untuk mendapatkan kepatian. Jawapan yang diberikan oleh utusan itu tidak meyakinkan Umar. Lantas al-Ahnaf bin Qais yang turut berada di situ rnencelah: “Saya boleh menjawab masalah yang tuan timbulkan itu, wahai Amirul Mukminin. “Kalau begitu silalah kemukakan,” pinta Umar. A1-Ahnaf pun terus menyambung: “Wahai Amirul Mukminin, engkau telah melarang kami mara ke seluruh bumi Parsi. Engkau telah perintahkan kami supaya hanya berpada dengan kawasan dan kota yang telah kami takluki. Bangsa Parsi ini selagi mana raja mereka masih hidup dan kerajaan mereka masih wujud, mereka akan melancarkan serangan demi serangan ke atas kita untuk merampas semula bangsa dan negara mereka. Mereka yang telah membuat perjanjian dengan kita pun akan menyertai mereka setiap kali diseru dan setiap kali peluang terbuka di hadapan mereka.” “Wahai Amirul Mukminin, sebenarnya tidak bolek wujud dua raja dalam satu negara. Salah seorang di antara mereka perlu dihapuskan. Jika engkau benarkan karni mara ke seluruh bumi mereka, kami akan hapuskan raja mereka dan kami akan hapuskan kerajaan mereka. Dengan itu segala harapan mereka akan terkubur dan segala gerakan mereka akan pupus. Akhirnya keadaan akan kembali reda.” jelas al-Ahnaf lagi bersungguhsungguh.

Umar tertunduk seketika. Beliau kelihatan memikirkan sesuatu. Kemudian beliau melangut dan berkata: “Benar apa yang dikatakan oleh alAhnaf itu. Dia telah memperlihatkan kepada saya apa yang tidak saya sedar tentang mereka selama ini.” * * *

Pendirian al-Ahnaf ini di samping pendirian-pendiriannya yang lain telah membuka lembaran baru kepada sejarah manusia.

AL-HASAN AL-BASRI “Tidak mungkin manusia boleh sesat jika ada orang seperti al-

Hasan al-Basri bersama inereka.” [Maslamah bin Abdul Malik] Seseorang telah datang membawa berita gembira kepada isteri Nabi s.a.w., Ummu Salamah1 bahawa hambanya, Khairah telah melahirkan seorang anak lelaki. Hati Ummu Mukminin r.a. terasa begitu gembira hingga tampak kegembiraan itu pada raut wajahnya yang mulia. Ummu Salamah pun menghantar utusan untuk membawa si ibu dan si anak ke rumahnya sepanjang tempoh berpantang si ibu. Khairah adalah seorang wanita yang amat dihormati dan dikasihi Ummu Salamah. Ummu Mukminin merasa tidak sabar-sabar untuk melihat anak kecilnya itu. * * *

Tidak berapa lama kemudian, Khairah pun datang membawa anak kecilnya. Melihat anak kecil tersebut, hatinya terasa sayang dan gembira. Bayi itu comel, sempurna anggota tubuhnya, tertarik mata memandang dan sejuk hati melihatnya. Ummu Salarnah memandang hambanya yang masih kelihatan lemah sambil berkata: “Khairah, sudahkah engkau berikan nama untuk anak ini?” “Belum, ibu. Saya serahkan kepada ibu. Pilihlah nama yang ibu kehendaki,”jawab Khairah sambil tersenyum. Ummu Salamah merenung bayi tersebut seraya berkata: “Dengan keberkatan Allah, saya namakan bayi ini dengan nama al-Hasan.” Beliau kemudiannya mengangkat tangannya mendoakan bayi mi. * * *

Kegernbiraan menyambut kelahiran al-Hasan ini bukan sahaja dirasai oleh Ummu Mukminin, Ummu Salamah ra, malah turut dikongsi bersama sebuah keluarga lain di Madinah. Keluarga itu adalah keluarga seorang sahabat yang agung, Zaid bin Thabit2, seorang penulis wahyu Rasulullah saw. Sebabnya, Yasar, ayah kepada anak kecil itu adalah hamba Zaid. Bukan itu sahaja, Yasar juga adalah orang yang amat dihormati dan dikasihinya. Al-Hasan bin Yasar (lebih dikenali selepas ini sebagai al-Hasan al-Basri) membesar di salah sebuah rumah Rasulullah s.a.w. dan dididik di rumah salah seorang isteri Nabi s.a.w., Hindun binti Suhail atau lebih dikenali sebagai Ummu Salamah.
1 2

Sila lihat buku, Suwar Min Hayat al-Sahabah, karangan penulis, penerbit Dar al-Adab al-Islami. Sila lihat buku, Suwar Min Hayat al-Sahabah, karangan penulis, penerbit Dar al-Adab al-Islami.

Jika anda belum kenal, Ummu Salamah adalah seorang wanita Arab yang sangat cerdik. Seorang yang sangat dihormati dan tinggi semangatnya. Ummu Salamah adalah seorang isteri Nabi saw yang sangat berilmu. Beliau merupakan isteri Nabi s.a.w. yang paling banyak meriwayatkan hadis daripada Baginda. Beliau meriwayatkan sehingga 387 buah hadis. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang daripada segelintir kecil kaum wanita yang celik huruf di zaman jahiliyyah. Namun dernikian hubungan anak kecil yang bertuah ini dengan Ummu Mukminin, Ummu Salamah tidak terhenti setakat itu sahaja. Malah hubungan mereka menjangkau lebih jauh daripada itu. Khairah, ibu al-Hasan mi selalu keluar rumah kerana melakukan kerja-kerja untuk Ummu Mukminin. Jadi apabila anak kecil ini menangis kelaparan, Ummu Salamah akan membawa anak kecil ini ke biliknya. Beliau akan rnenyusukannya sendiri untuk menenangkan anak ini sepanjang ketiadaan ibunya. Dengan ini, Ummu Salamah menjadi ibu kepada al-Hasan kerana dua sebab. Pertama, kerana beliau adalah Ummu Mukminin. Kedua, kerana beliau adalah ibu susuannya. Hubungan yang begitu erat dengan kesemua Ummu Mukminin selain kedudukan rumah-rumah mereka yang berdekatan membolehkan anak kecil yang bertuah ini sering mengunjungi rumah-rumah ini. Malah, anak kecil ini juga berpeluang mencontohi akhlak dan menerima bimbingan mereka. Al-Hasan sendiri pernah menceritakan bahawa rumah-rumah Ummu Mukminin menjadi tempat beliau bermain. Menurutnya, apabila beliau melompat, tangannya boleh mencecah atap rumah Ummu Mukminin. * * *

Al-Hasan membesar dalam suasana yang penuh dengan haruman dan sinaran nubuwwah. Beliau berpeluang menikrnati keindahan yang mewarnai rumah-rumah Ummu Mukminin ini. Selain itu, Al-Hasan juga turut berpeluang menerima didikan para sahabat agung di masjid Rasulullah saw. Beliau berkesempatan menerima hadis daripada Othman bin Affan, Ali bin Abu Talib, Abu Musa aI-Ash’ari, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah dan ramai lagi1. Al-Hasan begitu tertarik dengan Amirul Mukminin, Ali bin Ahu Talib ra. Beliau dapat melihat kekuatan pegangan Ali kepada agamanya. Beliau tertarik dengan kesempurnaan ibadat dan kezuhudannya menjauhi segala kesenangan dunia. Beliau turut tertarik dengan kepetahan, kebijaksanaan, kefasihan dan tunjuk ajarnya yang mampu menyentuh hati manusia. Oleh
1

Sila lihat buku, Suwar Min Hayat at-Sahabiyyat, karangan penulis.

kerana itu, al-Hasan cuba mencontohi segala akhlak, ketakwaan dan ibadah Ali bin Abu Talib. Beliau juga turut mencontohi kepetahan dan kefasihan Ali bin Abu Talib. Apabila al-Hasan berusia 14 tahun dan semakin dewasa, beliau mengikut ayahnya berpindah ke Basrah. Beliau menetap di sana bersama keluarganya. Di sinilah al-Hasan mula dikaitkan dengan Basrah dan dikenali sebagai al-Hasan al-Basri. * * *

Basrah ketika kehadiran al-Hasan merupakan salah sebuah kota terbesar dalarn negara Islam. Masjidnya yang tersergam, menjadi tumpuan para sahabat agung dan para tabiin yang terkemuka. Perbincanganperbincangan ilmu dalam semua segi memakmurkan laman masjid mi. Al-Hasan sering mengunjungi masjid ini. Beliau akan turut bersama dalam majlis ilmu Abdullah bin Abbas, pena umat Muhammad1. Beliau mempelajari tafsir, hadis dan qiraat daripada Abdullah bin Abbas. Selamn Abdullah bin Abbas, al-Hasan juga mendalami ilmu daripada para sahabat yang lain dalam ilmu fikah, bahasa, sastera dan sebagainya. Akhirnya al-Hasan menjadi seorang ilmuwan dalam segala bidang dan seorang fakih yang dipercayai. Orang ramai mengunjungi beliau untuk mendalami segala ilmunya. Masyarakat sentiasa mengerumuni al-Hasan untuk mendengar segala bimbingannya yang mampu melembutkan hati dan mampu membuatkan air mata mereka berlinangan. Masyarakat menerima dan menghayati segala nasihatnya yang mampu membuka fikiran mereka. Mereka turut mencontohi kehidupannya yang sungguh murni dan mengharum semerbak haruman kasturi. Kemasyhuran al-Hasan al-Basri tersebar ke merata-rata tempat. Namanya menjadi sebutan oleh sesiapa sahaja. Malah para khalifah dan para pembesar tertanya-tanya dan tercari-cari berita mengenainya. * * *

Khalid bin Safwan2 menceritakan: “Suatu ketika saya bertemu Maslamah bin Abdul Malik3 di Herat4. Katanya: Wahai Khalid, ceritakan kepada saya tentang al-Hasan al-Basri. Saya rasa engkau lebih mengenalinya daripada orang lain.” Saya pun menjawab: “Memang benar, saya adalah orang yang paling
1 2

Pena umat Muhammad bermaksud seorang yang berilmu dan ahli ibadat dalam umat Muhammad.

Seorang sasterawan Arab yang menjadi penasihat kepada tJmar bin Abdul aziz dan Hisham bth Abdul Malik. Khalid hidup hingga ke zaman al-Saffah al-Abbasi. 3 Seorang ketua tentera Bani Umayyah, beliau melancarkan serangan ke atas Konstantinopal dan membina Masjid Maslamah di sana. 4 Herat kota lama di Iraq yang terletak tiga batu dan Kuf’ah. Kota ini telah pupus.

arif untuk menceritakannya kerana saya adalah jirannya. Sayajuga sering bersamanya. Saya adalah penduduk Basnah yang paling mengenalinya.” “Ceritakanlah apa yang engkau tahu,” desak Maslamah lagi. Saya pun memulakan cerita: “Al-Hasan adalah seorang yang sama luaran dan dalamannya. Setiap yang diucapnya pasti selari dengan perbuatannya. Apabila heliau mengajak manusia melakukan kebaikan, beliau adalah orang yang pertama me1akukannya. Apabila beliau melarang manusia melakukan kejahatan, beliau adalah orang pertama meninggalkannya. Saya lihat beliau adalah seorang yang tidak mengharapkan bantuan manusia. Beliau seorang yang zuhud dan menjauhi daripada mengambil segala yang ada di tangan manusia lain. Namun saya melihat manusia amat mengharapkannya dan sentiasa meminta apa yang ada padanya.” Maslamah mengangguk-anggukkan kepalanya tanda bersetuju seraya berkata: “Cukuplah Khalid, cukuplah. Tidak mungkin manusia akan sesat jika ada orang seperti ini di kalangan mereka?!” * * *

Apabila al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi dilantik sebagai pemerintah Iraq dan bertindak zalim serta kejam di wilayah pemerintahannya, al-Hasan alBasni adalah di antara segelintir manusia yang menentang kekejamannya. Beliau adalah di antara segelintir manusia yang menegur keburukan al-Hajjaj dan menegakkan kebenaran. Sebagai contoh, suatu ketika al-Hajjaj membina sebuah bangunan miliknya di Wasit1. Apabila pembinaan tersebut siap, al-Hajjaj menjemput orang ramai untuk melihat dan mendoakan keberkatannya. Al-Hasan tidak mahu kesempatan orang ramai berkumpul ini dilepaskan begitu sahaja. Beliau berhasrat untuk membeikan mereka nasihat. Beliau mahu mengingatkan mereka supaya bersederhana dengan kesenangan dunia serta menggalakkan mereka mengejar ganjaran Allah Taala. Apabila sampai ke tempat tersebut, beliau melihat orang ramai mengelilingi istana yang tersergam indah. Mereka kelihatan kagum dengan hasil binaan, keluasan dan keindahan binaannya. Lantas al-Hasan berucap. Di antara isi ucapannya: “Kita pernah melihat bangunan yang dibina oleh manusia yang paling keji di dunia. Kita dapati Firaun telah membina bangunan yang lebih besar dan lebih tinggi. Namun akhirnya Allah binasakan Firaun dan semua bangunan yang dibinanya. Mudah-mudahan al-Hajjaj mengetahui penghuni langit amat memurkainya dan penghuni bumi sedang memperdayanya.”

1

Sebuah bandar yang tenletak di antara Basrah dan Kufah.

Al-Hasan terus menyampaikan ucapannya dengan nada yang sedemikian rupa. Ada di kalangan pendengar yang bimbang dengan tindakan jahat al-Hajjaj berkata kepadanya: “Cukuplah wahai Abu Said, cukuplah.” Namun al-Hasan membalas: “Sesungguhnya Allah telah membuat perjanjian dengan mereka yang berilmu supaya mereka menyampaikan ilmu mereka kepada seluruh manusia.” * * *

Pada hari berikutnya al-Hajjaj masuk ke balai dengan perasaan yang amat marah. Dia berkata kepada ahli majlisnya: “Celaka kamu! Seorang hamba penduduk Basrah ini telah mencerca saya tetapi tiada siapa di kalangan kamu yang membalas dan menafikannya!! Demi Allah, saya akan hidangkan darahnya kepada kamu, wahai pengecut.” Al-Hajjaj pun memerintahkan supaya seorang pengiringnya mengambil pedang dan alas1. Dia kemudiannya memerintahkan pemenggal supaya hadir. Pemenggal pun datang berdiri di hadapannya. Setelah itu, dia mengarahkan beberapa orang pengawalnya supaya membawa al-Hasan ke hadapannya. Tidak berapa lama kemudian al-Hasan pun dibawa menghadap. Semua yang ada di situ merenung ke arahnya. Semuanya ketakutan. Apabila alHasan melihat pedang, alas dan pemenggal di hadapannya, bibirnya pun kelihatan terkurnat-kamit. Al-Hasan kemudiannya menghadap al-Hajjaj dengan nasa penuh kewibawaan seorang rnukmin. Dia menunjukkan kehebatan seorang muslim dan ketulusan seorang pendakwah. Melihat keadaan itu, al-Hajjaj terasa gementar. Dia berkata: “Wahai Abu Said, silakan ke sini. Silakan ke sini.” Orang ramai tercengang penuh kehairanan. Al-Hasan dipersilakan duduk. Apabila al-Hasan duduk, al-Hajjaj menghadapnya sambil bertanya beberapa masalah agama. Al-Hasan pun menjawab segala pertanyaan itu dengan penuh tabah serta disertakan huraian ilmu yang amat mendalam. Al-Hajjaj berkata: “Abu Said, engkau adalah pemimpin ulama.” Al-Hajjaj kemudiannya meminta pengawalnya mengambil minyak wangi. Minyak wangi itu dihadiahkan kepada al-Hasan. Setelah al-Hasan keluar, seorang pengawal al-Hajjaj mengekorinya dan bertanya: “Wahai Abu Said, al-Hajjaj sebenarnya memanggil tuan atas sebab
1

Alas diperbuat daripada kulit yang dibentangkan di bawah orang yang bakal dihukum pancung.

yang lain daripada apa yang dilakukannya tadi. Saya lihat ketika tuan menghadap al-Hajjaj dan melihat pedang serta alas tadi, bibir tuan berkumat-kamit, apakah yang tuan ucapkan? Al-Hasan menjawab: “Saya sebenarnya berdoa: Wahai Tuhanku yang memberikan nikmat dan menjadi tempat aku berlindung ketika menghadapi malapetakaku, jadikanlah kejahatannya itu sejuk dan selamat untukku seperti mana Engkau jadikan api itu sejuk dan selamat untuk Ibrahim.” * * *

Banyak kisah-kisah yang menceritakan pengalaman al-Hasan al-Basri ketika berhadapan dengan para pembesar dan pemimpin. Pada setiap pertemuan in beliau akan semakin dihormati oleh para pembesar. Malah alHasan turut memperlihatkan keyakinannya dengan Allah dan yakin dengan lindungan-Nya. Suatu ketika pennah diceritakan, setelah khalifah yang zuhud, Umar bin Abdul Aziz’ kembali menemui Tuhannya. Tampuk khalifàh diserahkan kepada Yazid bin Abdul Malik. Yazid telah melantik Umar bin Hubairah alFazani sebagai pemerintah di Iraq. Wilayah pemenintahan Umar kemudian dipenluaskan lagi hingga rnenangkumi Khunasan. Corak pemerintahan Yazid jauh berbeza dengan khalifah sebelumnya. Yazid seringkali mengutus surat demi surat kepada Umar bin Hubairah. Dia memerintahkan Umar melaksanakan segala kandungan surat tersebut walaupun ia bertentangan sama sekali dengan kebenanan. Jadi Uman bin Hubairah memanggil al-Hasan al-Basri dan Amir bin Shurahabil yang lebih dikenali sebagai al-Sha’bi untuk menghadapnya. Setelah mereka datang menghadapnya, Umar berkata: “Amirul Mukminin, Yazid bin Abdul Malik telah dilantik sebagai khalifah oleh Allah untuk memimpin hambahamba-Nya dan mentaatinya adalah wajib. Seperti mana yang tuan-tuan tahu, saya telah dilantik untuk memerintah Iraq dan kemudian diberikan pula kuasa untuk mentadbir seluruh Parsi. Ada kalanya Yazid mengutuskan surat kepada saya memerintahkan saya untuk melakukan sesuatu yang saya tidak setujui keadilannya. Apakah pada pandangan tuan-tuan jika saya menuruti perintah-perintah ini, adakah saya telah melanggar hukum agama ini?” Lantas Al-Sha’bi memberikan jawapan yang bersesuaian dengan kehendak khalifah dan sesuai dengan kehendak gabenor. Namun al-Hasan berdiam diri. Umar bin Hubairah pun mengalihkan pandangannya kepada al-Hasan dan berkata: “Apakah pandanganmu pula, wahai Abu Said?” Al-Hasan dengan penuh keyakinan memulakan bicara setelah diam sekian lama: “Wahai Ibnu Hubairah, takutilah Allah dalam melaksanakan perintah Yazid. Janganlah kamu takuti Yazid dalam melaksanakan perintah

Allah. Sedarlah bahawa Allah akan melindungimu daripada tindakan Yazid. Namun Yazid tidak akan mampu melindungimu daripada tindakan Allah.” “Wahai Ibnu Hubairah, engkau akan didatangi oleh malaikat yang bengis dan ganas yang tidak akan melanggar segala perintah Allah. Malaikat ini akan mengasingkan engkau dan katilmu. Dia akan memindahkan engkau daripada istana yang luas kepada kubur yang sempit. Di sana nanti tiada lagi Yazid. Apa yang ada hanyalah amalan yang engkau lakukan untuk Tuhan Yazid.” “Wahai Ibnu Hubairah, jika engkau tabah bersama Allah dan tabah mentaati-Nya, engkau akan terpelihara daripada kejahatan Yazid bin Abdul Malik di dunia dan di akhirat. Jika engkau bersama-sama Yazid melanggar perintah Allah, nescaya Allah akan membiarkan engkau bersendirian menghadapi kejahatan Yazid.” “Sedarlah, wahai Ibnu Hubairah, kita tidak boleb mentaati sesiapapun semata-mata untuk melanggar perintah Allah Taala” Umar bin Hubairah yang asyik mendengar kata-kata al-Hasan menangis teresak-esak sehingga air mata mengalir membasahi janggutnya. Umar bin Hubairah pun rnengalihkan pandangannya daripada al-Sha’bi kepada al-Hasan. Dia rnengucapkan sanjungan dan hormatnya kepada alHasan. Setelah keluar, mereka terus pergi ke masjid. Di sana mereka dikerumuni oleh orang ramai. Orang ramai bertanya mereka apa yang berlaku di antara mereka dengan pemerintah Iraqain.1 Al-Sha’bi menenangkan orang ramai dan mula berucap: “Wahai hadirin, jika kamu sedia mengutamakan Allah dalam apa jua keadaan hendaklah kamu lakukan. Demi Tuhan yang memegang nyawa saya, apa yang diucapkan oleh al-Hasan kepada Umar bin Hubairah bukanlah suatu yang asing bagi saya. Apa yang saya katakan kepada Umar bin Hubairah sebenarnya hanya kerana mengharapkan keredaan Ibnu Hubairah. Namun al-Hasan mahukan keredaan Allah Taala. Oleh kerana itu, Allah jauhkan saya daripada Ibnu Hubairah. Sebaliknya Allah jadikan Ibnu Hubairah lebih mendekati dan mengasihi al-Hasan.” * * *

Al-Hasan al-Basni hidup selama 80 tahun. Sepanjang tempoh itu, beliau berjaya mengisi dunia ini dengan limpahan ilrnunya, hikmahnya dan ilmu fikahnya. Warisan yang ditinggalkan untuk generasi seterusnya ialah kata-kata nasihatnya yang begitu menyentuh hati hingga ke hari ini. Bimbingan nasihatnya masih segar dan sentiasa menggegarkan hati
1

Kufah dan Basra

manusia sehingga menyebabkan mereka menitiskan air mata. Nasihatnasihat ini juga membimbing mereka yang sesat ke jalan yang lurus. Mereka yang hanyut dan leka dengan hakikat dunia akan tersedar apabila mendengan bimbingan-bimbingannya ini. Mereka akan disedarkan tentang sikap sebenar manusia terhadap dunia ini. Antaranya nasihat yang diberikan kepada seorang yang bertanya mengenai dunia ini: “Engkau bertanya tentang dunia dan akhirat. Dunia dengan akhirat ini ibarat timur dengan barat. Setiap kali engkau cuba menghampini ke satu arah engkau akan menjauhi arah yang satu lagi.” “Engkau meminta saya supaya memberikan gambaran tentang dunia ini. Bagaimana mungkin saya dapat gambarkan tentang suatu dunia yang bermula dengan kepayahan dan berakhir dengan kehancuran. Perkara yang dihalalkan di sini akan dihitung jika kita mengerjakannya. Manakala perkara yang diharamkan pula akan menyebabkan kita diazab. Orang yang tidak mencari kesenangannya akan diuji. Orang yang mencari kesenangannya pula akan menyesal.” Dalam nasihat lain, ketika seorang bertanya tentang dirinya dan manusia-manusia lain, jawabnya: “Celakalah kita! Apakah yang telah kita lakukan dengan diri kita sendiri. Kita telah kuruskan agama kita, sebaliknya kita gemukkan dunia kita. Kita tidak pernah memperbaharui akhlak kita. Sebaliknya kita sentiasa memperbaharui kain dan pakaian kita. Kita masih mampu tidur walaupun kita makan dengan wang yang haram. Makanan yang kita makan, kita rampas daripada orang lain. Layanan yang kita terima, kita minta secara paksa. Makanan kita bertukar ganti daripada manis kepada masam, panas kepada sejuk, kering kepada basah. Apabila sendawa kekenyangan kita akan berkata: Hai budak, bawakan ke sini pencuci mulut buat menghadam makanan” “Alangkah bodohnya, apa yang hadam sebenarnya ialah agamanu. Di manakah jiranmu yang memerlukan bantuanmu? Di manakah anak yatim yang sedang kelaparan? Di manakah orang miskin yang sentiasa memerhatikanmu? Di manakah amanah Allah padamu?” “Mudah-mudahan engkau sedar bahawa engkau sekadar menghitung hari. Setiap kali matahari terbenam bermakna satu hari telah hilang daripada kiraanmu. Itu juga bermakna sebahagian hidupmu juga turut hilang.” * * *

Pada malam Jumaat di awal bulan Rejab tahun ke 110, al-Hasan alBasri menyahut panggilan Tuhannya. Sesudah subuh apabila orang ramai menerima khabar kematiannya, gempar seluruh bumi Basrah. Jenazahnya dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan selepas sembahyang Jumaat di masjid yang menjadi tempat beliau menghabiskan usianya belajar dan mengajar serta mengajak manusia menuju Allah.

Selepas itu, seluruh penduduk Basrah mengiringi jenazahnya. Malahan pada han itu sembahyang Asar berjemaah tidak didirikan di Masjid Basrah kerana tiada seorangpun yang masih tinggal untuk mendirikannya. Tidak pernah berlaku dalam sejarah seMnjak Masjid Basrah dibina, sembahyang berjemaah tidak didirikan di situ kecuali pada hari itu.Pada hari ketika al-Hasan al-Basri pergi menemui Tuhannya.

AL-QASIM BIN MUHAMMAD BIN ABU BAKAR “Jika saya ada kuasa dalam hal ini sudah tentu saya akan melantik al-Qasim bin Muhammad sebagai khalifah.” [Umar bin Abdul Aziz] Pernahkah anda mendengar kisah ulama tabiin yang agung ini? Segala kegemilangan bersatu dalam jiwanya. Bapanya adalah Muhammad bin Abu Bakar al-Siddiq dan ibunya ialah anak perempuan Kisra, Yazdajurda, maharaja terakhir kerajaan Parsi. Ibu saudaranya ialah Aisyah, Ummu Mukminin. Malah apa yang lebih utama ialah beliau telah memahkotakan dirinya dengan mahkota takwa dan ilmu. Adakah selain daripada kemuliaan ini, ada lagi kemuliaan lain yang dicari-cari oleh manusia. Beliau ialah al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar al-Siddiq. Salah seorang daripada tujuh ulama Madinah1 dan orang yang paling terkehadapan dalam keilmuan di zamannya. Seorang yang tajam fikirannya dan sangat warak. Marilah kita ikuti kisah hidupnya. Al-Qasim bin Muhammad dilahirkan di akhir zaman pemerintahan Uthman bin Affan ra. Ketika anak kecil ini masih dalam buaian lagi, negara Islam telah terjebak dalam kancah yang melanda. Ketika inilah Khalifah Uthman bin Affan yang digelar sebagai Zu Nurain, seorang yang terkenal dengan ibadat dan zuhudnya terkorban rebah di atas lembaran al-Qurannya. Setelah itu, timbul pula pertembungan yang hebat antara Amirul Mukminin, Ali bin
1

Ulama yang terkemuka di Madinah ada tujuh orang, mereka ialah Said bin a!Musayyab, Urwah bin al-Zubair, Abu Bakar bin Abdul Rahrnan al-Makhzumi, Kharijah bin Zaid, Sulaiman bin Yassar, Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah dan al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar.

Abu Talib dengan Gabenor Sham, Muawiyah bin Abu Sufian. Dalam suasana yang penuh kegawatan dan genting, anak kecil ini bersama-sama dengan adik perempuannya terpaksa berpindah dan Madinah ke Mesir. Mereka terpaksa mengikut ayah mereka yang baru sahaja dilantik oleh Amirul Mukminin, Ali bin Abu Talib sebagai gabenor di sana. Malangnya tangan-tangan khianat menjerut ayahnya dan membunuhnya dengan kejam. Peristiwa malang ini memaksa anak kecil ini berpindah semula ke Madinah setelah Madinah ditawan oleh pengikut Muawiyah. Anak kecil ini kini menjadi yatim. * * * sendiri kisah malang yang

Al-Qasim pernah menceritakan menimpanya. Beliau menceritakan:

“Setelah ayah dibunuh di Mesir, bapa saudara saya Abdul Rahman bin Abu Bakar datang untuk membawa saya dan adik perempuan saya ke Madinah. Sebaik sahaja kami sampai di Madinah ibu saudara saya, Aisyah ra datang mengambil kami dan mebawa kami ke rumahnya. Kami kini diasuh dalam belaiannya.” “Saya tidak pernah melihat seorang ibu atau ayah yang begitu baik dan pengasih sepertinya. Beliau menyuapkan sendiri makanan ke mulut kami dengan tangannya, Malah beliau tidak makan ketika kami makan dan hanya sisa-sisa makanan kami yang menjadi makanannya. Kami dibelai olehnya seperti seorang ibu yang menyusukan anaknya. Beliau akan memandikan kami dan menyikat rambut kami dan sentiasa memakaikan kami dengan pakaian yang putih bersih. Beliau tidak pernah lupa menyemai kami dengan nilai budi yang baik dan mendidik kami supaya melakukannya. Beliau juga tidak lupa melarang kami daripada melakukan kejahatan dan mendidik kami supaya tidak melakukannya. Kami sentiasa diajar Kitab Allah dan dididik supaya menghafal hadis-hadis Rasulullah s.a.w. mengikut keupayaan kami. Ketika hari raya, kemesraannya lebih terasa, apatah lagi dengan hadiah yang diberikannya. Pada malam hari Arafah, beliau mencukur rambut saya dan kemudian memandikan saya dan adik perempuan saya. Ketika pagi raya behau menyarungkan kami pakaian baru. Setelah itu beliau menyuruh seseorang membawa saya ke masjid untuk menunaikan sembahyang hari raya. Apabila saya pulang, beliau memanggil saya dan adik saya berkumpul, beliau kemudianya melakukan upacara korban di hadapan kami. * * *

Pada suatu hari, beliau menyarungkan kami pakaian berwarna putih dan saya didudukkan di pehanya manakala adik saya didudukkan di pehanya

yang satu lagi. Rupa-rupanya beliau telah memanggil bapa saudara saya Abdul Rahman. Apabila Abdul Rahman sampai, beliau menyambutnya dan bercakap sambil memuji-muji Allah Azza wa Jalla dengan segala sifat yang terpuji. Saya tidak pernah melihat seorang lelaki mahupun perempuan sebelum atau selepas itu yang bercakap dengan begitu petah dan indah sepertinya. Beliau berkata dengan lembut: “Saudaraku, saya melihat engkau selalu menjauhkan diri dan saya semenjak saya mengambil dan membela kedua-dua budak ini. Demi Allah, apa yang saya lakukan ini bukan kerana membelakangkan hakmu atau kerana wasangka denganmu atau kerana merasakan engkau akan mengabaikan mereka. Cuma engkau mempunyai isteri yang ramai sedangkan budak-budak ini belum lagi pandai menjaga diri sendiri. Jadi, saya takut isteri-isterimu tidak sanggup melihat kecomotan mereka sehingga menyebabkan mereka merasa tidak senang hati. Oleh itu, dalam usia ini saya merasakan saya sepatutnya membela mereka ini.” Namun sekarang mereka sudah besar dan sudah pandai menjaga din. Ambil dan belalah mereka. Lalu bapa saudara kami mengambil kami dan membela kami di rumahnya. * * *

Walau bagaimanapun, anak kecil keturunan Abu Bakar ini lebih suka dengan rumah ibu saudaranya, Aisyah Ummu Mukminin ra. Rumah ini lebih selesa baginya kerana rumah ini segar dengan suasana nubuwwah. Di rumah mi juga beliau membesar dan dididik dengan belaian isteri Baginda. Dengan belaiannya juga beliau memperolehi segala-galanya. Oleh kerana itu, beliau sering berulang-alik antara rumah ibu saudaranya dengan rumah bapa saudaranya. * * *

Kenangan selama membesar di rumah ibu saudaranya yang sungguh indah menjadi ingatan sepanjang hayatnya. Cuba dengarkan ceritanya mengenai kenangan manis yang dilaluinya itu. Dia bercerita: “Pada suatu hari saya bercakap dengan ibu saudara saya, Aisyah ra: Wahai ibuku, Tolonglah tunjukkan kepada saya makam Nabi saw dan makam-makam sahabat Baginda. Saya teringin untuk melihatnya.” Pada masa itu, makam ketiga-ketiga mereka masih berada di dalam rumahnya. Beliau telah menutup kubur-kubur itu supaya tidak kelihatan. Atas permintaan saya, beliau menunjukkan saya ketiga-ketiga makam tersebut. Ketiga-tiga makarn tersebut tidaklah tinggi dan juga tidaklah rendah. Pada bahagian atasnya dilitupi batu-batu kecil berwarna rnerah yang diambil dan laman masjid.

Dengan berdebar-debar Rasulullah s.a.w.?”

saya

bertanya:

“Di

manakah

makam

“Ini dia,” jawab beliau perlahan sambil menunjukkan kedudukan makam tersebut dengan tangannya. Kelihatan airmatanya mula mengalir tetapi segera disapunya. Makam Nabi saw terletak di hadapan makam dua orang sahabatnya. Saya bertanya lagi: “Yang mana satukah kubur datuk Abu Bakar?” “Itu dia,”jawab beliau lagi. Abu Bakar dikebumikan di sebelah bahagian kepala Rasulullah saw. “Inikah makam Umar?” saya bertanya inginkan kepastian. Beliau mengiyakan dan menjawab: “Ya.” Bahagian kepala makam Umar terletak di bahagian pinggang datuk saya dan berhampiran dengan bahagian kaki Nabi saw. * * *

Apabila anak kecil keturunan Abu Bakar ini meningkat dewasa, beliau telahpun menghafaz Kitab Allah Azza wa Jalla. Beliau juga banyak menerima hadis Rasulullah saw melalui ibu saudaranya, Aisyah ra. Beliau kemudiannya beralih ke Masjid Nabawi dan mengikuti kelas-kelas ilmu yang bertaburan di segenap penjuru masjid ibarat bintang yang bergemerlapan memenuhi ruang angkasa. Di sini, beliau menerima hadis daripada Abu Hurairah, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin al-Zubair. Abdullah bin Jaafar, Abdullah bin Khabbab, Rafi’ bin Khadij, Aslam hamba Umar bin al-Khattab dan ramai lagi. Setelah sekian lama mendalami ilmu, akhirnya beliau menjadi seorang imam dan mujtahid. Malah beliau merupakan orang yang paling mahir dengan sunnah di zamannya. Pada zaman itu, seorang lelaki tidak dianggap sebagai lelaki sejati kecuali setelah dia benar-benar mahir tentang sunnah. * * *

Apabila anak muda ini memiliki segala ilmu, orang ramai mula berlumba-lumba menimba ilmunya. Beliau pula dengan murah hati mencurahkannya kepada orang ramai. Beliau akan datang ke masjid Rasulullah saw setiap pagi pada waktu yang sama. Perkara pertama yang dilakukannya ialah mendirikan sembahyang tahiyyatul masjid dua rakaat, kemudian mengambil tempatnya di hadapan khaukhah1 Umar yang terletak dalam kawasan Raudhah yang mulia antara kubur Rasulullah s.a.w. dengan mimbar Baginda.

1

Tingkap kecil untuk membolehkan cahaya masuk atau pintu kecil yang terdapat pada pintu besar

Seketika kemudian, tempat ini dipenuhi oleh penuntut ilmu dan segenap tempat. Mereka begitu dahaga untuk menikmati segala limpahan ilmunya. Akhirnya, al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar dan sepupunya, Salim bin Abdullah bin Umar terkenal sebagai imam Madinah yang dihormati, pemimpin yang ditaati dan tokoh yang disegani walaupun mereka tidak memiliki sebarang kuasa, Mereka dilantik sebagai pemimpin oleh masyarakat Madinah kerana ketakwaan dan kewarakan mereka, kerana ilmu pengetahuan yang memenuhi dada mereka, kerana sikap mereka yang zuhud dengan apa yang ada di tangan manusia dan hanya mengharapkan kurnjaan Allah Azza wa Jalla. * * *

Kedudukan yang mereka kecapi dalam masyarakat ini menyebabkan para khalifah dan pemerintah Bani Umayyah sentiasa mengambil kira pandangan mereka sebelum membuat sesuatu keputusan yang membabitkan Madinah. Ini dapat dilihat apabila suatu ketika, al-Walid bin Abdul Malik bercadang untuk membesarkan Masjid Nabawi al-Sharif. Namun pembesaran ini tidak dapat dilakukan kecuali dengan memecahkan keempat-empat dinding masjid dan merobohkan rumah-rumah para isteri Rasulullah s.a.w. kerana kawasan rumah-rumah ini ingin dimasukkan ke dalam kawasan yang dibesarkan. Sudah tentulah cadangan mi berat untuk diterima dan tidak disenangi oleh masyarakat Madinah. Oleh kerana itu, al-Walid menulis sepucuk surat kepada Umar bin Abdul Aziz, gabenornya di Madinah ketika itu. Surat mi menyebut: “Saya bercadang untuk membesarkan masjid Rasulullah saw seluas 200 hasta kali 200 hasta. Pecahkanlah keempat-empat dindingnya dan masukkan bilik-bilik para isteri Rasulullah saw ke dalam kawasan yang baru ini. Belilah rumah-rumah yang termasuk dalam pembesaran ini. Jika boleh hendaklah ia menghadap kiblat.” “Engkau akan berjaya melakukannya dengan bantuan saudarasaudaramu keluarga al-Khattab yang disegani di kalangan penduduk Madinah. Jika penduduk Madinah enggan bekerjasama, mintalah bantuan alQasim bin Muhammad dan Salim bin Abdullah bin Umar. Bawalah mereka bersama dalam perkara ini. Berilah bayaran yang tinggi sebagai ganti rugi kepada pemilik rumahrurnah yang dirobohkan. Engkau boleh lihat contoh yang pernah dilakukan oleh Umar bin al-Khattab dan Uthman bin Affan.” * * *

Sebaik sahaja menerima surat al-Walid, Umar bin Abdul Aziz terus memanggil al-Qasim bin Muhammad dan Salim bin Abdullah dan beberapa orang tokoh lain di Madinah. Beliau membacakan kepada mereka surat Amirul Mukminin. Mereka gembira mendengar cadangan khalifah ini dan

mereka bersedia melaksanakannya. Apabila orang ramai melihat dua orang ulama dan imam besar Madinah sendiri memecahkan dinding masjid, mereka pun turut serta bersama-sama memecahkannya dan melaksanakan cadangan yang termaktub dalam surat Amirul Mukminin. Dalam masa yang sama, tentera-tentera Islam yang gagah sedang mara menghadapi kota-kota yang berada di sepanjang jalan menuju Kota Konstantinopal. Satu demi satu kota ini berjaya ditawan oleh tentera-tentera yang dipimpin oleh panglima agung Maslamah bin Abdul Malik bin Marwan1 yang akhirnya akan membuka jalan ke arah penaklukan Kota Konstantinopal. Apabila Maharaja Rom mengetahui cadangan Amirul Mukrninin untuk memperbesar Masjid Nabawi al-Sharif, baginda berhasrat melakukan sesuatu yang disenangi oleh Amirul Mukminin dengan tujuan mengambil hatinya. Untuk tujuan itu dia menghantar 100,000 karat emas. Sebagai tambahan dihantar pula 100 orang pekerja mahir yang bertanggungjawab membina bangunan di Rom dan setiap pekerja dibekalkan 40 kotak Fusaifisa.2 Semua hadiah ini dihantar kepada Umar bin Abdul Aziz untuk digunakan dalam pembinaan masjid. Lalu Umar menggunakan barangbarang ini menurut pandangan al-Qasim bin Muhammad dan Salim bin Abdullah. * * *

Al-Qasim bin Muhammad memiliki sifat-sifat yang tidakjauh berbeza daripada datuknya Abu Bakar al-Siddiq ra. Malah ada yang berkata: “Tiada seorangpun anak-anak Abu Bakar yang menyerupai Abu Bakar seperti anak muda ini.” Al-Qasim memiliki sifat-sifat ketinggian akhlak dan keperibadian Abu Bakar. Beliau juga memiliki keteguhan iman, kewarakan, mudah bertolak ansur dan pemurah. Terdapat banyak riwayat yang menceritakan tindakannya yang menunjukkan sifat-sifat ini. kata-kata dan

Antaranya suatu ketika, seorang Arab dan pedalaman datang ke masjid dan bertanya kepadanya: “Siapakah yang lebih berilmu, engkau atau Salim bin Abdullah?” Al-Qasim tidak menghiraukan soalan itu. Lalu lelaki tadi bertanya lagi:

1

Salah seorang panglima tentera Islam yang menyeraflg negara-negara Armenia dan Rem hingga berjaya sampai ke Teluk Konstantinopal 2 Kepingan kecil kaca yang berwarna-warni dan disusun dengan bentuk menarik untuk menjadi hiasan di dinding istana.

Dia menjawab: “Maha suci Allah...” Lelaki tadi mengulangi soalannya lagi. Dia pun membalas: “Di sana itu Salim bin Abdullah, wahai anakku...” Orang yang hadir di situ berkata: “Alangkah hebatnya, beliau tidak mahu berkata: Saya lebih berilmu daripadanya, kerana itu bermakna dia memuji dirinya sendiri dan beliau tidak mahu berkata, dia lebih berilmu daripada saya, kerana itu bermakna beliau menipu.” Beliau sebenarnya lebih berilmu daripada Salim. * * *

Suatu ketika, beliau berada di Mina. Ketika itu, para jemaah haji dan seluruh wilayah sedang mengerumuninya untuk bertanya soalan. Beliau menjawab setiap soalan yang diketahui jawapannya dan bagi soalan yang tidak diketahui jawapannya, beliau berkata: “Saya tidak tahu... Saya tidak tahu... Saya tidak tahu...” Jawapannya ini memeranjatkan mereka. Namun beliau berkata: “Tidak semua yang kamu tanya itu saya tahu. Jika saya tahu, sudah tentu saya tidak akan menyembunyikannya. Malah tidak seharusnya saya menyembunyikannya. Hidup dalam keadaan jahil adalah lebih baik bagi seseorang (setelah mengenali hak Allah) daripada dia bercakap apa yang tidak diketahuinya.” * * *

Pada suatu ketika, beliau diamanahkan mengagihkan zakat kepada mereka yang berkelayakan. Jadi beliau memberikan setiap yang berhak mengikut ijtihadnya. Cuma ada seorang di kalangan mereka tidak berpuas hati dengan bahagian yang diterimanya. Lalu orang ini datang ke masjid ketika al-Qasim sedang mendirikan sembahyang. Orang ini terus mempertikaikan bahagian zakatnya. Ketika itu, anak al-Qasim membalas: “Demi Allah, kamu mempertikaikan seorang yang tidak menyentuh sedikitpun zakat kamu walau sedirham malah walau seperenam dirham. Malah sebiji tamar pun tidak usik.” Mendengar suara lelaki tadi, al-Qasim mempercepat sembahyangnya dan kemudian berpesan kepada anaknya: “Wahai anakku, lain kali jangan engkau berkata perkara yang tidak engkau ketahui.” Walau bagaimanapun orang ramai berkata: “Apa yang dikatakan oleh anaknya itu benar. Namun beliau mahu mendidik anaknya supaya menjaga mulutnya agar tidak terlalu banyak bercakap.”

*

*

*

al-Qasim bin Muhammad hidup sehingga berusia melebihi 72 tahun. Ketika usianya semakin lanjut matanya mula kabur. Pada tahun-tahun akhir hayatnya, beliau berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji. Ketika dalam perjalanan mi, beliau menemui ajalnya. Sebelum menemui ajalnya beliau berpesan kepada anakandanya: “Apabila ayah mati, kafankan ayah dengan pakaian yang selalu ayah pakai untuk sembahyang. Baju ayah, kain ayah dan selubung ayah. Itulah kain kafan datukmu, Abu Bakar. Selepas itu, masukkan ayah dalam hang lahad dan teruslah pulang kepada keluargamu. Jangan sekali-kali kamu berdiri di kubur ayah dan kamu katakan: Dahulu ayah saya.... Dahulu ayah saya... Sedangkan ayah tidak memiliki apa-apapun.”

AMIR BIN ABDULLAH AL-TAMIMI “Sifat zuhud boleh dilihat pada lapan orang terutama pada Amir bin Abdullah al-Tamimi.” [Alqamah bin Marthid] Kisah kita kali ini berkisar di sekitar tahun ke-14 Hijrah. Kelihatan beberapa orang sahabat yang ternama bersama beberapa orang tabiin yang terkemuka sedang menggariskan sempadan kota Basrah menurut perintah Khalifah Umar bin al-Khattab ra. Mereka berhasrat menjadikan kota baru ini sebagai markas tentera Islam yang akan berfungsi untuk melancarkan serangan ke atas negara Parsi dan sebagai pusat pengembangan dakwah. Kota ini bakal menjadi mercu bagi memartabatkan kalimah Allah di muka bumi. Pada ketika yang sama, umat Islam datang berduyun-duyun masuk ke kota baru ini dan segenap pelusuk tanah Arab, dan Najd, Hijaz, dan Yaman. Mereka mahu berada bersama di persempadanan umat Islam. Salah seorang pendatang dan Najd ini ialah seorang pemuda Bani Tamim yang dikenali sebagai Amir bin Abdullah al-Tamimi al-Anbari * * *

Amir bin Abdullah ketika itu masih muda remaja, waja semangatnya, wajahnya berseri, jiwanya bersih dan hatinya suci. Basrah, walaupun sebuah kota yang masih baru tetapi merupakan

bumi umat Islam yang terkaya. Di sinilah terkumpulnya semua hasil peperangan termasuklah emas-emas tulen. Walau bagaimanapun, pemuda Bani Tamim, Amir bin Abdullah tidak berhasrat untuk memperolehi semua itu. Beliau tidak mengharapkan apa yang ada di tangan manusia tetapi hanya mahukan apa yang ada di sisi Allah. Beliau menolak segala kekayaan dunia. Hanya keredaan Allah yang dicarinya. * * *

Basrah ketika itu dipimpin oleh seorang sahabat yang agung, Abu Musa al-Ash’ari yang diredai Allah dan diserikan wajahnya di syurga nanti. Beliau adalah gabenor Basrah yang disegani, ketua tentera Islam yang sedang mara ke semua arah dan jugah imam penduduk Basrah dan guru serta pembimbing mereka. * * *

Amir bin Abdullah sentiasa mendampingi Abu Musa al-Ash’ari di medan perang mahupun ketika di luar medan perang. Beliau juga menemani Abu Musa ketika dalam perjalanan dan ketika menetap di sesuatu tempat. Kitab Allah yang dipelajarinya daripada Abu Musa dirasakan seolaholah dipelajarinya sendiri daripada Nabi Muhammad s.a.w. Beliau meriwayatkan daripada Abu Musa hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang sahih dan terus daripada Rasulullah s.a.w. Melalui Abu Musa juga beliau mempelajari agama Allah Taala. Apabila segala ilmu telah hayatnya kepada tiga bahagian: diperolehinya, beliau membahagikan

Satu bahagian dihabiskan dalam kumpulan zikir dan dalam kumpulan inilah beliau membacakan al-Quran kepada orang ramai di masjid Basrah. Satu bahagian lagi dikhususkan untuk ibadah sehinggakan apabila beliau berdiri menghadap Allah habis kebas kakinya. Satu bahagian lagi dihabiskan di medan menghunuskan pedangnya berperang di jalan Allah. jihad tempat beliau

Seluruh hidupnya tidak terpisah daripada semua ini sehinggakan

beliau digelar sebagai ahli ibadah dan ahli zuhud Basrah. * * * Suatu kisah mengenai Arnir bin Abdullah pernah diceritakan oleh seorang penduduk Basrah, ceritanya: “Saya bermusafir dalam satu rombongan bersama Amir bin Abdullah. Apabila malam tiba, kami berhenti di sebuah wadi. Amir mengumpulkan barangannya, mengikat kudanya di sebatang pokok dengan talinya dibiarkan panjang, kemudian kudakudanya itu diberikan rumput-rumput secukupnya. Setelah itu Amir pun masuk ke celahcelah wadi. Saya berkata: Demi Allah, saya mahu rnengikutnya. Saya mahu lihat apa yang dilakukannya di tengah-tengah wadi di tengah malarn mi. Amir berjalan hingga sampai ke kawasan lapang yang dikelilingi pokok. Tempat itu agak tersembunyi daripada orang ramai. Dia menghadap ke kiblat dan berdiri sembahyang. Saya tidak pernah melihat sembahyang yang sebegini elok, begitu sempurna dan begitu khusyuk. Selepas mendirikan sembahyang, Amir berdoa dan bermunajat kepada Allah, antara munajatnya: “Tuhanku, Engkau telah menciptaku dengan perintah-Mu dan Engkau berikanku ujian di dunia ini menurut kehendak-Mu kemudian Engkau berkata kepadaku: bertahanlah. . “Bagaimana mungkin aku dapat bertahan jika Engkau tidak membantuku dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa. Tuhanku, Engkau tahu jika aku miliki segala isi dunia ini kemudian Engkau minta segalanya itu daripadaku sebagai tanda redaku kepada-Mu, nescaya aku akan serahkan segalanya untuk mendapatkan keredaan-Mu. Oleh itu, kurniakanlah kepadaku jiwaku ini wahai Tuhan yang Maha Pengasih... Tuhanku, aku amat mencintai-Mu sehingga aku rela menerima segala musibah untuk cintaku dan aku juga reda dengan segala ketentuanMu Demi cintaku ini, aku menerima segala apa yang aku hadapi sepanjang hidupku.

*

*

*

Pemuda Basrah mi menyambung ceritanya: “Tiba-tiba saya rasa terlalu mengantuk dan terlena. Apabila saya terjaga, saya dapati Amir masih berada di tempatnya bersama sembahyang dan munajatnya hinggalah menjelang Subuh. Apabila Amir menyedari masuk waktu subuh beliau pun menunaikan sembahyang dan menyambung doanya: Tuhanku, kini telah tiba waktu Subuh dan manusia mula bekerja mencari kurnia-Mu. Masing-masing ada hajat mereka. Dan hajat Amir hanyalah Engkau mengampuninya. Tuhanku, kabulkan hajatku dan hajat mereka, wahai Tuhan yang Maha Pemurah. Tuhanku, aku pernah meminta kepada-Mu tiga perkara namun Engkau tunaikan dua sahaja dan Engkau tolak yang ketiga. Tuhanku, berikanlah aku yang satu itu supaya aku dapat menyembahMu menurut kemahuanku. Sebaik selesai, beliau pun bangun lalu ternampak saya. Beliau sedar saya melihat perkara yang dilakukannya pada malam itu. Beliau merasa amat bimbang dan berkata kepada saya dengan nada sedih: “Saya rasa engkau mengintip saya pada malam tadi wahai pemuda Basrah.” Saya menjawab: “Ya.” Amir menyambung lagi dengan perlahan: “Sembunyikanlah apa yang engkau lihat, moga-moga Allah menyemnbunyikan kesalahanmu.” “Demi Allah sama ada engkau ceritakan kepada saya tiga perkara yang engkau minta daripada Tuhan-Mu ataupun saya akan beritahu pada orang lain apa yang saya lihat,” kata saya. “Tolonglah, jangan lakukan,” pujuk Amir bersungguh-sungguh. Saya cuba meyakinkannya: “Buatlah seperti apa yang saya pinta.” Apabila beliau melihat kesungguhan saya, beliau berkata:

“Saya akan ceritakan kepadamu dengan syarat engkau berjanji demi Allah engkau tidak akan menceritakannya kepada sesiapa.” Saya berkata: “Saya berjanji demi Allah tidak akan membocorkan rahsia ini selama engkau hidup.” Beliau pun memulakan ceritanya: “Satu perkara yang paling saya takuti menggugat agama saya ialah wanita. Jadi saya memohon agar Tuhan menjauhkan hati saya daripada mencintai mereka. Allah memperkenankan doa saya hingga saya tidak menghiraukan wanita yang saya lihat. Saya berkata lagi: “Itu yang pertama, apa yang kedua.” Beliau pun menyambung: “Kedua, saya mohon daripada Tuhan agar saya tidak merasa takut kepada sesiapa selain daripada-Nya. Allah kabulkan doa saya sehingga demi Allah saya tidak pernah merasa takut kepada sesiapa pun baik di bumi mahupun di langit selain-Nya. “Apakah yang ketiga?” tanya saya lagi Beliau pun berkata: “Saya memohon agar tuhan menghilangkan keinginan saya untuk tidur supaya saya dapat menyembah-Nya sepanjang siang dan malam menurut kemahuan saya tetapi Dia tidak perkenankan permintaan ini.” Apabila saya mendengar apa yang dikatakan itu, saya berkata: “Kasihanilah dirimu, engkau menghabiskan bersembahyang dan sepanjang siang berpuasa.” sepanjang malam

“Syurga akan engkau diperolehi dengan walaupun sedikit daripada apa yang engkau lakukan; dan neraka akan engkau jauhi dengan sedikit daripada apa yang engkau elakkan.” Beliau berkata: “Saya takut saya akan menyesal pada hari yang tiada gunanya segala kekesalan.” “Demi Allah saya akan beribadah seboleh rnungkin.” “Jika saya selamat, itu adalah kerana rahmat Allah.” “Jika saya dimasukkan ke neraka, itu adalah kerana kecuaian * * *

Amir bin Abdullah ini bukan sahaja seorang rahib pada malam hari,

malahan juga seorang perwira di siang hari. Setiap kali jihad dilaungkan, beliaulah antara orang yang terawal menyahutnya. Setiap kali beliau bersiap sedia untuk berjuang bersama para mujahidin, beliau meninjau untuk memilih kumpulan yang akan disertainya. Apabila beliau menemui kumpulan yang sesuai beliau akan berkata kepada mereka: “Saudara-saudara! saya mahu bersama kamu dengan syarat kamu memberikan saya tiga perkara.” Mereka bertanya kehairanan: “Apa dia?” Amir pun menjawab: “Pertama, saya akan menjadi pelayan kamu dan tiada siapa yang boleh mengambil alih tugas ini selama-lamanya.” “Kedua, saya adalah muazzin kamu dan tiada siapa yang akan mengambil alih tugas menyeru untuk sembahyang ini daripada saya.” “Ketiga, saya kemampuan saya.” akan menanggung perbelanjaan kamu menurut

Jika kumpulan itu mempersetujuiya barulah beliau akan menyertai mereka. Tetapi jika ada yang mengambil alih tugas yang telah dipersetujuinya itu, beliau akan berpindah ke kumpulan lain. Amir adalah antara pejuang yang sentiasa berada di barisan hadapan ketika saat-saat genting, tetapi beliau adalah yang terkebelakang ketika pembahagian hasil perang. Dalam sesuatu peperangan, beliau akan berjuang seolah-olah hanya beliau seorang yang melawan semua musuh. Namun ketika pembahagian hasil perang, beliau hanya menyepikan diri jauh daripada orang lain. * * *

Ketika in Saad bin Abu Waqqas1 berada di Istana Kisra setelah selesai peperangan di Qadisiyyah.2
1

Salah seorang di antara sepuluh sahabat yang dijanjikan syurga dan juga ketua tentera Islam di peperangan Qadisiyyah. Sila lihat buku Suwar min hayat al-Sahabah, karangan penulis, penerbit Dar al-Adab al-Islami 2 Sebuah kawasan di Iraq yang menjadi medan peperangan Qadisiyyah. Di situ tentera Islam berjaya mencapai kemenangan besar mengalahkan Parsi.

Beliau memerintahkan Amru bin Muqarrin supaya mengumpulkan semua hasil perang untuk dinilai dan dihitung satu perlima daripadanya ke Baitul Mal. Selebihnya akan dibahagi-dibahagikan kepada para pejuang. Hasilnya, harta dan barangan berharga yang tidak terhingga berjaya dikumpul. Ada raga besar yang ditutup dengan tembaga, sarat dengan barangan diperbuat daripada emas dan perak yang digunakan sebagai bekas hidangan maharaja Parsi. Ada juga kotak besar yang diperbuat daripada kayu berharga berisi penuh dengan pakaian diraja termasuk jubah rasminya yang bertatah intan permata. Ada juga kotak hiasan yang dipenuhi dengan perhiasan berharga dan barang-barang yang mahal. Ada juga sarung-sarung pedang milik maharaja-maharaja Parsi. Ditambah pula dengan pedang-pedang milik raja-raja dan pemerintahpemerintah yang selama ini tunduk di bawah kuasa Parsi. * * *

Ketika para petugas sibuk menilai hasil-hasil perang dengan dikelilingi oleh tentera-tentera Islam, tiba-tiba seorang lelaki yang kusut masai datang membawa sebuah bekas yang amat besar dan amat berat. Dia menggunakan kedua-dua tangannya untuk mengangkat bekas itu. Masing-masing melihat bekas itu dan ternyata mereka tidak pernah melihat bekas yang setanding atau hampir setanding dengannya. Mereka melihat isinya dan ternyata isinya penuh dengan batubatu permata yang sungguh menawan. “Di manakah engkau temui harta yang amat berharga ini?” rnereka bertanya kehairanan. “Saya perolehinya dalam satu pertempuran di satu tempat,” jawab lelaki itu. “Apakah engkau ada mengambil apa-apa ?“ tanya mereka lagi. “Moga Allah memberi petunjuk kepada kamu,” jawab lelaki itu sambil menggeleng kepalanya. “Demi Allah, bekas ini malah semua harta yang dimiliki oleh maharajamaharaja Parsi tidak bernilai sedikitpun.”

“Jika tidak kerana ia adalah hak umat Islam1, sudah tentu saya tidak akan mengusiknya dan saya tidak akan membawanya ke sini.” Tergamam mereka mendengar jawapannya. “Siapakah engkau wahai orang yang dimuliakan Allah?” tanya mereka lagi. “Demi Allah, saya beritahu kamu semua ini bukan supaya kamu memuji saya dan bukan tujuan saya beritahu semua ini supaya semua orang memuji saya,” jelasnya lagi. “Saya hanya memuji Allah dan hanya mengharapkan pahalaNya,” katanya sebelum kemudiannya pergi meninggalkan mereka. Namun, orang ramai mengarahkan seseorang supaya mengikut lelaki tadi dan mencari siapakah sebenarnya lelaki ini. Pesuruh ini mengekori lelaki tadi tanpa disedari hinggalah lelaki itu sampai di tempat sahabat-sahabatnya. Apabila pesuruh ini bertanya mereka mengenai lelaki tadi, mereka berkata: “Engkau tidak kenal dia? Itulah ahli zuhud Basrah, Amir bin Abdullah al-Tamimi.” * * * Namun demikian, kehidupan Amir bin Abdullah, walaupun setelah kita kenali segala sifat-sifatnya, tidak terlepas daripada melalui pelbagai cubaan dan angkara manusia. Amir turut merasai apa yang dirasai oleh penegak kebenaran dan mereka yang tidak dapat menerima kemungkaran dan yang berusaha menghapuskannya. Punca utama Amir menerima segala angkara jahat ini ialah suatu ketika beliau ternampak seorang lelaki yang bertugas di bawah ketua polis Basrah memegang leher seorang ahli zirnmi2 dan mengheretnya. Ketika itu dia menjerit-jerit meminta tolong daripada orang ramai: “Selamatkanlah saya moga-moga Allah menyelamatkan kamu.” “Selamatkanlah orang yang tunduk di bawah janji Nabi kamu, wahai umat Islam.” Lalu Amir yang kebetulan berada di situ datang dan bertanya kepada ahli zimmi itu: “Adakah engkau membayar jizyah?” Dia menjawab terketarketar: “Ya, saya membayarnya.” Lalu Amir pun bertanya kepada lelaki yang memegang leher ahli zimmi tadi: “Apakah yang engkau mahu daripadanya?” Dia menjawab: “Saya mahu dia ikut saya untuk membersihkan taman ketua
1

Islam menetapkan satu perlima hasil perang adalah untuk Baitul Mal dan bakinya untuk para pejuang. Ahli zimmi ialah orang yang tunduk di bawah pemerintahan dan perlindungan umat Islam

2

polis.” Amir bertanya lagi kepada ahli zimmi tadi: “Apakah engkau tidak mahu melakukan kerja itu?” Dia menjawab: “Tidak, tidak sama sekali.” “Kerja itu memenatkan saya dan mengganggu kerja saya mencari makan untuk keluarga saya,” jelasnya lagi. Lalu Amir berkata kepada lelaki tadi: “Lepaskan dia.” Lelaki itu menjawab dengan keras: “Tidak, saya tidak akan lepaskan dia.” Amir pun terus menghulurkan kainnya kepada ahli zimmi tadi sambil berkata: “Demi Allah saya tidak akan benarkan janji Muhammad dikhianati selagi saya hidup.” Maka berlakulah satu pergaduhan di antaranya dengan lelaki tersebut. Orang ramai pun mula mengerumuni sambil membantu Amir melawan lelaki tadi dan berusaha melepaskan ahli zimmi tadi. Akibat peristiwa itu, pegawai-pegawai ketua polis mula menuduh Amir melanggar perintah. Mereka menuduh Amir seorang yang menyeleweng daripada Sunnah dan Jamaah. Mereka menuduh Amir seorang yang tidak mahu berkahwin, tidak makan daging dan susu serta tidak suka duduk bersama-sama pemerintah. Mereka turut membawa masalah Amir kepada Amirul Mukminin, Uthman bin Affan ra. * * *

Khalifah seterusnya memerintahkan gabenor Basrah agar rnemanggil Amir bin Abdullah dan bertanya mengenai tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Setelah itu dilaporkan kepadanya. Gabenor Basrah pun memanggil Amir dan menjelaskan: “Amirul Mukminin memerintahkan saya supaya bertanya mengenai tuduhan yang dilemparkan kepada engkau.” Amir dengan tenang berkata: “Tanyalah apa yang diminta oleh Amirul Mukminin.” “Kenapa engkau menjauhi Sunnah Rasulullah s.a.w. dan enggan berkahwin?” soal si gabenor memulakan siasatan. “Saya tidak berkahwin bukan kerana saya menjauhi Sunnah Nabi s.a.w.. Malah saya bersumpah tidak wujud amalan kerahiban dalam Islam.

Sebenarnya saya berpendapat bahawa saya hanya memiliki satu jiwa. Saya mahu jadikan jiwa ini hanya untuk Allah. Saya takut jiwa ini akan dirampas oleh seorang isteri,” jelas Amir bersungguh-sungguh. “Kenapa engkau tidak mahu makan daging?” tanya Gabenor itu lagi. “Tidak benar, saya akan makan daging jika saya mahu dan jika saya memilikinya. Jika saya tidak mahu ataupun ketika saya mahu tetapi daging ini tiada, saya tidak akan makan,”jelas Amir. Gabenor pun menyoal lagi: “Kenapa engkau tidak makan keju?” “Kita berada di kawasan Majusi dan mereka ini yang membuat keju. Mereka tidak membezakan antara bangkai dan haiwan yang disembelih. Saya takut bahan yang digunakan untuk membuat keju diperbuat daripada kambing yang tidak disembelih. Mana-mana keju yang diperbuat daripada bahan kambing yang disembelih dan diperakui oleh dua saksi Islam saya akan makan,”jelas Amir panjang lebar. Gabenor bertanya lagi: “Apakah sebab engkau tidak mahu bertemu pemerintah dan duduk bersama mereka? Amir menjawab: “Di pejabat kamu ada ramai orang yang memerlukan bantuan, jemputlah orang-orang ini menemui kamu dan penuhilah segala permintaan mereka. Abaikanlah orang yang tidak memerlukan apa-apa bantuan daripada kamu.” * * *

Jawapan Amir bin Abdullah ini dihadapkan kepada Amirul Mukminin, Uthman bin Affan. Khalifah kemudiannya mendapati tidak timbul soal penderhakaan atau penyelewengan daripada Sunnah dan Jamaah. Walau bagaimanapun, masalah ini tidak selesai setakat itu. Masih banyak yang diperkatakan tentang Amir bin Abdullah. Malah, hampir-hampir menimbulkan kekacauan antara penyokong dan musuh Amir. Oleh itu, Uthman ra meminta agar Amir dibawa ke Sham dan diberikan kediaman di sana. Malah gabenor di Sham, Muawiyah bin Abu Sufyan diarahkan agar memberikan layanan yang baik dan penghormatan kepadanya. Pada hari Amir bin Abdullah bersedia untuk berangkat meninggalkan Basrah, ramai di kalangan sahabat dan anak-anak muridnya keluar mengucapkan selamat jalan kepadanya. Mereka mengiringinya hingga sampai ke pinggir Marbid1. Di situ beliau
1

Kawasan di pinggir Basrah

berkata kepada mereka yang mengiringinya: “Saya akan berdoa. Mohonlah agar doa saya ini diperkenankan.” Semua yang ada di situ menjenguk ke arahnya. Mereka terdiam, namun mata mereka merenung ke arah Amir. Lantas, Amir mengangkat tangannya: “Ya Allah, siapa yang memfitnah saya hingga menyebabkan saya dihalau keluar daripada negeri saya dan memisahkan saya dengan sahabat-sahabat saya, ya Allah, saya maafkan mereka. Oleh itu Engkau maafkanlah mereka. Berikanlah mereka kesejahteraan agama dan dunia. Limpahkanlah kepada saya, mereka dan seluruh umat Islam akan rahmat, keampunan dan ehsan-Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih.” Selesai sahaja berdoa, Amir mengalihkan mukanya ke Sham dan memulakan perjalanannya... * * *

Amir bin Abdullah menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Sham. Beliau memilih Baitul Maqdis sebagai kediamannya. Beliau turut menerima layanan yang baik dan terhormat daripada gabenor di Sham, Muawiyah bin Abu Sufyan, sesuai dengan kedudukannya. Ketika sedang sakit tenat, sahabat-sahabatnya yang datang menziarahinya melihat beliau sedang menangis. Mereka berkata: “Kenapakah engkau menangis sedangkan engkau…”1 Amir berkata dengan perlahan: “Demi Allah, saya bukan menangis kerana inginkan dunia atau kerana takutkan mati. Saya menangis kerana perjalanan ini panjang, namun bekalan yang ada hanya sedikit. Kehidupan saya sentiasa turun naik. Mungkin ke syurga dan rnungkin ke neraka. Saya tidak tahu ke manakah haluan saya.” Amir menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika lidahnya basah menyebut nama Allah. Di mana? Di sana, di kiblat yang pertama tanah haram yang ketiga, tempat Rasulullah saw. rneIakukan israknya, di sanalah Amir bin Abdullah al-Tamimi bersemadi. Moga Allah mengurniakan cahaya-Nya kepada Amir di dalam makamnya dan semoga wajahnya berseri di dalam syurga yang abadi.

1

Merujuk kepada ketakwaan dan kebaikannya

AMIR BIN SHURAHABIL Masyhur dengan al-Sha’bi “Al-Sha‘bi merupahan seorang yang berpengetahuan luas, berbudi pekerti dan berjasa kepada Islam.” [Al-Hasan al-Basri] Setelah enam tahun kemangkatan Khalifah Umar al-Faruq ra, lahirlah seorang anak yang bertubuh kecil. Kata orang, ini disebabkan saudara kembarnya turut sama berebut tempat di dalam rahim ibunya hingga tiada ruang untuk beliau membesar secukupnya. Namun selepas itu tiada siapa mampu menandinginya dalam bidang ilmu dan hikmah. Anak ini bernama Amir bin Shurahabil al-Himyari atau lebih dikenali dengan panggilan alSha’bi. Seorang cendikiawan Islam di zamannya. * * *

AI-Sha’bi dilahir dan dibesarkan di Kufah. Namun demikian Madinah alMunawwarah tetap menjadi pilihan hatinya. Beliau seringkali berkunjung ke Madinah untuk bertemu dan belajar dengan para sahabat Rasulullah saw. Sama seperti para sahabat yang mulia, mereka berkunjung ke Kufah untuk menjadikan Kufah sebagai tempat mereka melancarkan jihad di jalan Allah. Ada juga kalangan mereka menetap terus di sana. Peluang ini memberi kesempatan kepada al-Sha’bi untuk menemui hampir 500 orang para sahabat yang mulia. Beliau turut berpeluang menerima hadis daripada para sahabat yang terkemuka seperti Ali bin Abu Talib, Saad bin Abu Waqqas, Zaid bin Thabit, Ubadah bin al-Samit, Abu Musa al-Ash’ari, Abu Said al-Khudri, al-Nu’man bin Bashir, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Adi bin Hatim, Abu Hurairah, Aisyah Ummu Mukminin dan ramai lagi. * * *

A1-Sha’bi merupakan seorang anak muda yang amat pintar, peka, berfikiran tajam, dan mempunyai daya hafalan yang amat kuat. Beliau sendiri pernah menceritakan: “Saya tidak pernah menulis walaupun setitik dakwat1. Setiap kali seseorang membacakan sebuah hadis, saya pasti akan menghafalnya. Jika saya mendengar seseorang berkata sesuatu yang menarik, saya tidak perlu meminta dia mengulanginya.” Anak muda ini amat cintakan dan terlalu asyik mencari ilmu. Beliau sanggup mengorbankan jiwa raganya demi mencari ilmu. Malah demi memperolehi ilmu, beliau tidak pernah mengenal erti penat lelah.
1

Maksudnya dia tidak pernah menulis di atas kertas.

Beliau pernah berkata: “Jika seseorang berjalan dan hujung Syam hingga ke hujung Yaman untuk menghafal satu perkataan yang boleh memberi manfaat untuk hari mukanya, bagi saya perjalanannya itu tidak siasia.” Oleh kerana memiliki ilmu yang terlalu tinggi, Sha’bi pernah berkata: “Ilmu yang paling sedikit saya pelajari ialah syair. Walau bagaimanapun jika mahu, saya boleh bacakan syair-syair itu untuk kamu selama sebulan tanpa mengulanginya.” * * *

Di Masjid Kufah, tersedia satu tempat khusus untuk majlis ilmunya. Orang ramai tidak henti-henti datang mengerumuninya. Walaupun pada ketika itu masih ramai para sahabat Rasulullah s.a.w. yang masih hidup bahkan ada bersama-sama mereka. Malah suatu ketika, Abdullah bin Umar ra terdengar beliau mencenitakan tentang kisah-kisah peperangan Islam dengan begitu mendalam. Kata-kata al-Sha’bi ini menarik perhatian Abdullah bin Umar lalu berkata: “Mata saya sendiri melihat dan telinga saya sendiri mendengar beberapa kisah yang diceritakannya itu, namun beliau mampu menceritakannya lebih baik daripada saya.” Contoh-contoh kehebatan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan alSha’bi terlalu banyak untuk diceritakan. Antaranya diceritakan sendiri oleh beliau: “Satu hari dua orang lelaki berkelahi lantaran mereka memuji keturunan masing-masing. Seorang daripada mereka berketurunan Bani Amir dan seorang lagi keturunan Bani Asad. Lelaki Bani Amir akhirnya berjaya mengalahkan lelaki Bani Asad. Dia menggenggam baju lelaki Bani Asad dan menolaknya ke hadapan saya. Sambil meronta-ronta lelaki Bani Asad yang tewas itu berkata: “Lepaskan saya, lepaskan saya.” “Demi Allah, saya tidak akan lepaskan engkau kecuali setelah al-Sha’bi menjatuhkan keputusan yang memihak kepada saya,”jegil lelaki Bani Amir tersebut. “Saya memandang lelaki Bani Amir: “Lepaskan sahabat kamu itu agar saya dapat menjatuhkan hukuman.” Selepas itu saya katakan kepada lelaki Bani Asad: “Bagaimana engkau boleh tewas, sedangkan Bani Asad mempunyai enam peristiwa yang boleh menjadi kebanggaan mereka. Malah tiada orang Arab lain yang boleh menandingi mereka: Pertama: Seorang wanita daripada kaummu telah dipinang oleh Nabi Muhammad bin Abdullah s.a.w.. Allah menurunkan perintahkan-Nya daripada tujuh petala langit agar Baginda mengahwini wanita tersebut. Manakala Jibril as pula menjadi Utusan antara mereka. Wanita itu ialah Zainab bin Jahsh. Peristiwa mi menjadi kebanggaan kaummu dan kelebihan mi tidak dibenikan kepada orang Arab lain.

Kedua: Ada di antara kamu telah menjadi penghuni syurga walaupun dia sedang berjalan di atas muka bumi. Dia ialah Ukashah bin Muhsoin.1 Kelebihan ini hanya ada pada kamu sahaja wahai Bani Asad. Tidak ada pada orang lain. Ketiga: Panji pertama yang dikibarkan dalam Islam ialah panji yang dipimpin oleh salah seorang daripada kamu iaitu Abdullah bin Jahsh.2 Keempat: Harta perolehan perang yang pertama dibahagikan adalah daripada perolehan perang Abdullah bin Jahsh. Kelima: Orang pertama yang memberi sumpah setia ketika Bai’atul 3 Ridwan adalah salah seonang danipada karnu, iaitu Abu Sinan bin Wahab. Beliau datang menemui Rasulullah saw dan berkata: “Wahai Rasulullah saw hulurkan tanganmu untuk saya bersumpah setia bersamamu.” “Untuk apa?” tanya Rasulullah saw. “Apa yang ada di dalam hatimu.” Abu Sinan kembali bertanya kepada Rasulullah. “Apa yang ada di dalam hati saya…?” soal Rasulullah. “Menang atau mati syahid?” pintas Abu Sinan “Ya,” jawab Baginda. Beliaupun memberikan sumpah setia lalu sahabat-sahabat lain turut memberikan sumpah setia mereka seperti mana Abu Sinan. Keenam: Kaummu Bani Asad merupakan satu pertujuh daripada muhajirin yang terlibat dalam peperangan Badar.” Mendengar kata-kata al-Sha’bi. lelaki Bani Amir terkejut dan terdiam. Sudah tentu al-Sha’bi bertujuan membantu orang lemah yang dikalahkan oleh orang yang kuat. Jika lelaki yang dikalahkan berketurunan Bani Amir, sudah tentu beliau akan menyebut segala keistimewaan Bani Amir yang lelaki itu sendiri tidak mengetahuinya. * * *

Apabila takhta khalifah diserahkan kepada Abdul Malik bin Marwan,
1
2

Seorang sahabat yang telah menyertai kesemua peperangan. Dia mati syahid ketika peperangan mernerangi kernurtadan. Salah seorang sahabat pemimpin pasukan peronda. Dia adalah ipar kepada Rasulullab s.a.w. Sila lihat buku, Suwar Min Hayat al-Sahabah, karangan penulis, penerbit Dar al-Adab al-Islami. 3 Pada akhir tahun keenam Hijrah.

baginda menulis surat kepada al-Hajjaj, gabenor Iraq: “Utuskan kepada saya seorang yang boleh memberi rnanfaat kepada agama dan dunia untuk saya lantik menjadi ahli majlis saya.” A1-Hajjaj pun menghantar al-Sha’bi kepada khalifah. A1-Sha’bi kemudiannya dilantik sebagai orang kanannya. Segala masalah akan dirujuk kepadanya. Segala pandangannya akan diambil kira dalarn apa jua masalah. Malah al-Sha’bi turut dilantik sebagai duta khalifah menemui raja-raja lain. * * *

Suatu ketika, khalifah menghantar al-Sha’bi kepada Justinian, Maharaja Rom. Apabila Maharaja Rom bertemu dengan al-Sha’bi dan mendengar katakatanya, baginda kagum dengan kepintaran dan kehebatan pengetahuannya. Baginda turut terpegun dengan pandangan-pandangan alSha’bi yang begitu bernas. Lantaran Maharaja Rom meminta al-Sha’bi melanjutkan tempoh lawatannya untuk beberapa hari lagi. Walaupun baginda jarang sekali membuat permintaan sedemikian. Apabila al-Sha’bi berhasrat menamatkan lawatannya, beliau merninta izin Maharaja Rom untuk pulang ke Damsyik. Ketika itu maharaja bertanya: “Apakah engkau ahli keluarga diraja?” “Tidak, saya adalah rakyat biasa,” jawab al-Sha’bi. Apabila Maharaja Ram mengizinkan beliau berangkat, baginda bertitah: “Apabila engkau selamat sampai bertemu dengan rajamu (maksudnya Abdul Malik bin Marwan) dan setelab engkau sampaikan semua yang mahu diketahuinya, serahkan warkah ini kepadanya.” Setiba di Damsyik. al-Sha’bi terus menemui Abdul Malik. Beliau menyampaikan kepada khalifah segala yang dilihat dan didengarnya. Beliau juga menjawab segala persoalan khalifah. Setelah selesai dan ingin mengundur diri beliau berkata: “Wahai Amirul Mukminin, Maharaja Rom telah mengirimkan warkah ini kepadamu,” sambil menyerahkan warkah tersebut. Kemudian beliau minta mengundur diri. Setelah Abdul Malik membacanya, pengawalnya: “Panggilkan al-Sha’bi ke sini.” A1-Sha’bi pun datang. “Apakah engkau tahu kandungan surat ini?” tanya Khlalifah. “Tidak, wahai Amirul Mukminin,” jawab Al-Sha’bi sambil mengelengbaginda berkata kepada

geleng kepalanya Dengan tersenyum sinis Abdul Malik berkata: “Maharaja Rom menulis kepada saya, katanya: Saya kagum dengan orang Arab, bagaimana mereka boleh melantik seorang raja yang lain daripada pemuda ini?” A1-Sha’bi segera membalas: “Dia berkata demikian kerana dia tidak pernah melihat khalifah. Jika dia melihat khalifah, sudah tentu dia tidak akan berkata begitu.” Sambil mengusap pipinya Abdul Malik bertanya lagi: “Apakah engkau tahu kenapa Maharaja Rom menulis demikian kepada saya?” “Tidak, wahai Amirul Mukminin, balas al-Sha’bi. “Dia mahu saya merasa irihati denganmu. Jadi, dia mahu memperdayakan saya supaya membunuh dan menyingkirmu,” jelas khalifah kepada Al-Sha’bi. Berita ini sampai ke pengetahuan Maharaja Rom lalu baginda berkata: “Demi Tuhan, itulah yang saya mahu.” * * *

Al-Sha’bi memiliki tahap ilmu yang tinggi hingga sebaris dengan tiga lagi tokoh ulama di zamannya. A1-Zuhri pernah berkata: “Ada empat orang ulama, Sa’id bin al-Musayyab di Madinah. Amir al-Sha’bi di Kufah, al-Hasan al-Basri di Basrah dan Makhul di Sham.” Walau bagaimanapun, kerana sifatnya yang merendah diri, al-Sha’bi rasa malu apabila digelar sebagai seorang yang berilmu. Malah apabila ada orang berkata kepadanya: “Jawablah soalan saya wahai orang yang faqih dan alim.” Al-Sha’bi membalas: “Alangkah baik jika engkau tidak kaitkan saya dengan apa yang tidak ada pada saya. Orang faqih iaiah orang yang warak terhadap apa yang diharamkan oleh Allah dan orang alim iaiah orang yang takutkan Allah. Sesungguhnya saya tidak layak dengan gelaran itu?!” Suatu ketika beliau ditanya tentang suatu masalah lalu beliau menjawab: “Dalam masalah ini Umar bin al-Khattab berpandangan…Ali bin Abu Talib pula berpandangan...” Beliau terus ditanya: “Jadi apakah pandangan tuan, wahai Abu Amru?” Sambil tersenyum beliau menjawab : “Adakah engkau penlu pandangan saya setelah engkau dengar pandangan umar dan Ali.” * * *

Al-Sha’bi memiliki sifat-sifat yang mulia dan istimewa. Antara sifatnya

iaiah beliau tidak suka berdebat dan tidak mahu terlibat dengan perkara yang tiada kena mengena dengannya.Pernah suatu ketika seorang sahabatnya memanggil: “Wahai Abu Amru.” “Ya, saya datang,” sahut beliau. Sahabatnya memandang ke arahnya lalu bertanya: “Apakah pandanganmu tentang pandangan orang ramai terhadap dua orang ini?” “Siapa yang engkau maksudkan?” tanya A1-Sha’bi. “Uthman dan Ali,” jawab sahabatnya sambil mengerutkan dahinya. Al-Sha’bi segera menjeiaskan pendiriannya: “Demi Allah, saya tidak berhasrat sama sekali untuk bermusuh dengan Uthman bin Affan ra atau dengan Ali bin Abu Taiib radi hari akhirat kelak.” * * *

Selain mempunyai ilmu yang luas, al-Sha’bi juga seorang yang berbudi bahasa dan berpekerti mulia. Suatu ketika seorang lelaki telah mencerca beliau dengan cercaan yang amat buruk. Orang itu mengeiuarkan kata-kata yang amat kesat. Namun demikian beliau hanya berkata: “Jika tuduhan itu benar, moga-moga Allah ampunkan saya. Jika tuduhan itu dusta, moga-moga Allah ampunkan engkau.” * * *

Walaupun al-Sha’bi seorang yang berkedudukan tinggi dan mempunyai pelbagai keistimewaan, namun beliau tidak pernah merasa malu untuk menerima ilmu daripada sesiapapun. Walau serendah manapun kedudukan orang tersebut. Ada seorang Arab badwi sering mengunjungi majlis ilmunya tetapi dia lebih suka mendiamkan diri. Lalu al-Sha’bi bertanya: “Kenapa engkau tidak berkata apa-apa?!” Lelaki mendengar, seseorang dikeluarkan lain.” itu menjawab: “Jika saya diam, lebih selamat dan jika saya lebih banyak ilmu yang saya dapat. Apa yang diterirna oleh melalui telinganya akan menguntungkannya. Apa yang oieh seseorang melalui lidahnya akan menguntungkan orang tersebut, al-Sha’bi sering

Selepas mendengar kata-kata badawi menyebut-nyebutnya sepanjang hayatnya. * * *

Al-Sha’bi dianugerahkan dengan kemampuan mengungkap kata-kata

yang indah dan petah berpidato. Jarang sekali kebolehan ini dimiliki kecuali oleh segelintir daripada kalangan mereka yang fasih berbicara. Suatu ketika beliau berbual dengan gabenor Iraq, Umar bin Hubairah al-Farazi berkenaan beberapa orang yang telah dipenjara. Beliau berkata: “Wahai gabenor, jika engkau memenjara mereka tanpa sebab yang sah, kebenaran akan membebaskan mereka. Jika engkau memenjara mereka dengan sebab yang sah, keampunan akan melapangkan mereka.” Gabenor merasa kagum dengan kata-katanya itu. Lalu dia membebaskan mereka semua semata-mata kerana menghormati al-Sha’bi. Meskipun al-Sha’bi seorang yang mempunyai maruah dan kedudukan yang tinggi dan segi ilmu dan pegangan agama, namun beliau tetap ceria dan suka berjenaka. Malahan beliau sentiasa bergurau dalam setiap ketika. Suatu ketika seorang lelaki datang menemuinya. Ketika itu beliau sedang duduk bersama isterinya. Lelaki itu bertanya: “Siapakah al-Sha’bi?” “Ini dia,” jawab al-Sha’bi dengan senyurn sambil menunding ke arah isterinya. Suatu hari beliau ditanya: “Siapakah nama isteri Iblis?” “Maaf kerana saya tidak pernah pergi ke majlis perkahwinannya,”jawab beliau. Mungkin suatu kisah yang dapat menggambarkan peribadi al-Sha’bi ialah kisah yang diceritakannya sendiri. Beliau berkata: “Saya tidak pernah mencari sesuatu yang sentiasa mendapat perhatian manusia. Saya tidak pernah memukul hamba saya. Apabila seorang saudara saya meninggal dunia dan dia berhutang, saya yang akan melunaskannya.” * * *

Usia al-Sha’bi mencecah lebih 80 tahun. Apabila beliau pergi menemui Tuhannya, berita kematiannya disampaikan kepada al-Hasan al-Basri. Beliau berkata: “Moga Allah merahmatinya. Al-Sha’bi seorang yang berpengetahuan luas, baik budi pekerti dan berjasa untuk Islam ini.”

‫عطاء‬ ATO’ BIN ABU RABAH “Saya tidak pernah melihat orang yang benar-benar mencari ilmu hanya kerana Allah seperti mereka bertiga; Ato’, Towuus dan Mujahid” [Salamah bin Kuhail] Kisah kita kini berkisar pada penghujung bulan Zul Hijjah tahun ke-79 Hijrah. Ketika ini Baitullah sedang menerima tetamu-tetamu Allah dan segenap pelusuk dunia. Ada yang berjalan kaki dan ada yang berkenderaan. Ada yang tua dan ada yang muda. Ada lelaki dan ada wanita. Ada yang berkulit hitam dan ada yang berkulit putih. Ada yang berbangsa Arab dan ada yang bukan Arab. Ada yang di kalangan pemimpin dan ada yang dipimpin. Semuanya menuju Tuhan yang memiliki seluruh manusia dengan penuh ketundukan dan pasrah, mengharap dan menaruh harapan. Di celah-celah gelombang manusia ini turut bersama ialah Sulaiman bin Abdul Malik1, Khalifah muslimin dan seorang raja terkemuka di zamannya. Baginda turut bersama seperti manusia lain mengelilingi Kaabah dengan kepala yang terdedah dan berkaki ayam. Tubuhnya hanya ditutupi kain sarung dan kain selendang. Pakaiannya ketika itu sama seperti pakaian rakyatnya yang juga saudara-saudara seagamanya. Turut di belakangnya ialah dua orang anaknya yang berseri ibarat bulan purnama dan segak mekar ibarat kelopak bunga. Salah seorang khalifah kerajaan Bani Umayyah. Orang yang bertanggungjawab menyerahkan jawatan khalifah kepada Umar bin Abdul Aziz. Sebaik
1

sahaja

menamatkan

tawaf,

khalifah

terus

bertanya

Salah seorang khalifah kerajaan Bani Umayyah. Orang yang bertanggungjawab menyerahkan jawatan khalifah kepada Umar

bin Abdul Aziz.

pengiringnya: “Di manakah sahabat karnu?” “Dia berada di sana sedang sembahyang,”jawab pengiringnya sambil tangannya menunjuk ke sebelah barat Masjid al-Haram. Khalifah diiringi oleh kedua-dua anaknya pun melangkah menuju ke arah yang dimaksudkan. Para pengiring khalifah cuba mendahului khalifah bagi membuka laluan dan mengurangkan kesesakan. Namun khalifah melarang mereka sambil berkata: “Di tempat ini raja dan rakyat adalah sama.” “Perbezaan ketakwaannya.” antara seorang dengan seorang di sini hanyalah

“Barangkali orang yang datang menernui Allah dengan kusut masai akan lebih diterima amalannya daripada amalan raja-raja.” Khalifah melangkah menuju ke arah lelaki yang dimaksudkannya tadi. Namun lelaki itu masih lagi sembahyang, tenggelam bersama rukuk dan sujudnya. Ramai yang duduk di belakang, di kanan dan kirinya. Khalifah pun duduk di bahagian hujung dan menyuruh anakanaknya duduk bersama. Anak-anak Quraisy ini pun merenung orang yang ingin ditemui oleh Amirul Mukrninin mi. Mereka hairan melihat khalifah sanggup duduk bersama orang ramai menunggu lelaki ini menamatkan sembahyangnya. Lelaki ini kelihatan sudah berusia, berketurunan Habsyah. kulitnya hitam, rambutnya kerinting dan hidungnya peset. Ketika duduk rupanya tidak ubah seperti seekor gagak hitarn. Setelah selesai sembahyang, lelaki itu mengalihkan tubuhnya menghadap khalifah. Lalu Sulaiman bin Abdul Malik pun mengucapkan salam dan dia membalasnya dengan ucapan yang sama. Khalifah pun menghadap lelaki itu, bertanya rnengenai ibadat haji satu persatu. Lelaki itu pula menjawab kesernua soalan khalifali dengan panjang lebar. Dia memberikan huraian yang amat mendalam. Tidak perlu lagi kepada huraian lanjut. Setiap jawapannya bersandarkan kepada Rasulullah saw. Setelah selesai bertanya, khalifah mendoakan untuk lelaki itu sambil

berkata kepada anak-anaknya: “Bangun.” Mereka berdua pun bangun. Lalu mereka bertiga beredar menuju ke Saie. Dalam perjalanan ke tempat Saie, antara Safa dan Marwa anak-anak ini terdengar satu suara yang nyaring: “Wahai umat Islam, tiada siapa yang boleh memberi fatwa di tempat ini selain Ato’ bin Abu Rabah! Jika dia tiada, tanyalah Abdullah bin Abu Najih.” Lantas salah seorang anak khalifah ini bertanya bapa mereka: “Bagaimana mungkin seorang pembantu Amirul Mukrninin memerintahkan orang ramai supaya hanya meminta fatwa daripada Ato’ bin Abu Rabah atau sahabatnya. Sedangkan kita meminta fatwa daripada seorang lelaki yang tidak mempedulikan seorang khalifah dan tidak memberikan penghormatan yang sepatutnya!!l” Sambil tersenyum melihat anaknya, Sulaiman berkata: “Wahai anakku, orang yang engkau lihat itu. Engkau lihat bagairnana bapa merendah diri di hadapannya tadi. Orang itulah Ato’ bin Abu Rabah. Orang yang memberi fatwa di Masjid al-Haram.” “Beliau adalah pewaris Abdullah bin Abbas. Beliaulah orang yang mewarisi kedudukan yang amat tinggi mi.” Khalifah menyambung lagi: “Wahai anakku, belajarlah.. "Dengan ilmu, orang yang hina akan dihormati." "Orang biasa akan dikenali" "Dengan ilmujuga hamba-hamba akan melebihi tarafseorang raja." Apa yang dinyatakan oleh Sulaiman bin Abdul Malik tentang ilmu ini adalah suatu kenyataan. Ketika kecil, Ato' bin Abu Rabah adalah seorang hamba milik seorang wanita Mekah. N am un Allah mahu memberi penghormatan kepada hamba Habsyi ini apabila Dia meletakkan anak kecil ini di lorong ilmu. Ato' membahagikan waktunya kepada tiga. Satu bahagian untuk memberikan khidmat yang sebaik-baiknya kepada tuannya dan beliau menyempurnakan segal a tugasnya dengan baik. Satu bahagian untuk Tuhannya untuk beliau memberikan satu masa yang amat murni untuk mengabdikan diri menyembah Allah. Masa ini dihabiskan semata-mata untuk Allah. Ata' bin Abu Rabah Satu bahagian lagi untuk mencari ilmu, menemui mana-mana sahabat yang masih ada untuk menccduk ilmu mereka yang mclimpah ruah.

Bcliau pcrnah belajar daripada Abu Hurairah, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin al-Zubair1 dan bcberapa orang sahabat yang lain hingga dadanya penuh dengan segala ilmu dan riwayat yang dipcrolchi daripada Rasulullah s.a.w. Apabila tuannya melihat kesungguhan Ato' menycrahkan seluruh jiwanya untuk Allah Taala dan mewakafkan hidupnya untuk menuntut ilmu, beliau pun membclakangkan haknya lalu mcmbcbaskan hambanya ini sebagaijalan mcndckatkan diri dengan Allah Taala. Moga-moga Allah jadikan hambanya itu untuk kcbaikan Islam dan umat Islam. Scmenjak hari itu Ato' bin Abu Rabah mcnjadikan Baitullah sebagai tcmpat tinggalnya. Bcliau menjadikan Baitullah scbagai tempat berlindung. Juga scbagai sekolah tempat beliau bclajar. Tempat sembahyangnya untuk mendekatkan diri dcngan Allah, bcrtakwa dan mentaati-Nya. Malah ahli sejarah pcrnah bcrkata: "Masjid adalah tempat tidur Ato' bin Abu Rabah selama 20 tahun." Ato' bin Abu Rabah, scorang tabiin yang ulung tclah berjaya mencapai tahap ilmu yang tinggi dan tiada tandingannya. Bcliau berjaya mcncapai satu tahap yang tidak dapat dicapai kecuali oleh scgclintir manusia di zamannya. Menurut satu riwayat, suatu hari kctika Abdullah bin Umar datang kc Mekah untuk mcnunaikan umrah, orang ramai mcngerumuninya bcrtanyakan soalan dan mcminta fatwa tetapi bcliau berkata: "Saya hairan dengan kamu wahai pcnduduk Mekah, kamu mengumpulkan semua masalah untuk bcrtanya saya sedangkan Ato' bin Abu Rabah ada bersama kamu?!" Ada dua sifat utama Ato' bin Abu Rabah yang mcmbolehkan beliau mcmperolehi pegangan agama dan ilmu yang tinggi ini. Sila rujuk buku, Suwar Mil! lIayat al-Sahabah, karangan penulis. Terbitan Dar al-Adab al-lslami. Pertama; beliau benar-benar mengawal dirinya dan tidak mem benarkan dirinya terpesona dengan perkara yang tidak bermanfaat. Kedua; beliau benar-benar mengawal masanya dan tidak membe narkan masanya disia-siakan dengan cakap kosong dan tidak bcrfaedah. Muhammad bin Suqahl pernah menceritakan suatu kisah kepada orang-orang yang menziarahinya; "Adakah kamu ingin mendengar satu kisah yang boleh memberi faedah kepada kamu seperti mana yang saya perolehi?"

"Sudah tentu," jawab mereka serentak. "Suatu ketika Ato' bin Abu Rabah menasihatkan saya, katanya: Wahai anakku! Orang-orang sebelum kita sebenarnya sarna sekali tidak suka bercakap kosong." Muhammad mula bercerita. Saya bertanya: "Apakah perkara yang mereka anggap sebagai cakap kosong?" "Bagi mereka semua percakapan yang bukan untuk membaca clan memahami kitab Allah adalah cakap kosong.". "Atau untuk meriwayat at au memahami hadis Rasulul1ah s.a.w." "Atau untuk mencegah yang mung-kar dan menyuruh yang makruf." "Atau untuk memahami ilmu yang mendekatkan diri dengan Allah 'raala. . ." "Atau engkau bercakap ten tang keperluan hidup yang perlu," jawab beliau. Beliau kemudiannya merenung muka saya sambil berkata: "Apakah kamu lupa:" "Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan Iwnw, (Merelw adalah mahhluh) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal hamu);" [AI-Inf'itaar: 10-11) "Setiap orang ada dua malaikat yang mengawasinya:" "Satu duduh di sebelah Iwnannya, dan yang satu lagi di Seorang ahlj ibadat dan ulama di Kufah. Ato' bin Abu Rabah sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakulwnnya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)." [Qaaf" 17-18] Ato' berkata lagi: "Tidakkah kita merasa malu nanti apabila menerima lembaran yang mencatat amalan kita di siang hari tetapi kita dapati kebanyakan kandungannya tiada kaitan langsung dengan agama atau dunia." Melalui ilmu Ato' bin Abu Rabah ini, Allah telah memberikan faedah yang amat besar kepada banyak golongan: Ilmuwan dalam semua bidang. Usahawan dalam semua bidang. Dan ramai lagi.

Imam Abu Hanifah al-Nu'man suatu ketika menceritakan tcntang dirinya: "Saya pernah melakukan lima kesalahan dalam ibadah haji di Mekah. Namun saya telah diajar oleh seorang tukang cukur." "Ketika itu saya inbrin bercukur untuk menamatkan ihram saya. Jadi saya datang kepada seorang tukang cukur. Saya bertanya: "Berapa bayaran untuk mencukur kepala saya?" Jawab tukang cukur itu: "Moga Allah memberi hidayah kepadamu. Dalam ibadah tidak boleh tawar-menawar. Sila duduk dan berikan ikut kemampuanmu." "Saya merasa malu dan terus duduk. Cuma saya duduk membclakangkan kiblat. Lalu tukang cukur itu mengarahkan saya supaya mengadap ke kiblat. Saya menuruti katanya. Saya rasa bertambah malu." "Saya hulurkan sebelah kiri kepala saya. Lantas dia berkata: "Pusingkan kepalamu. Saya pun pusingkan kepala saya." "Dia pun mencukur kepala saya. Saya hanya mendiamkan diri melihat dengan penuh kehairanan. Lalu dia berkata: "Kenapa saya lihat engkau diam sahaja?" "Bertakbirlah.. ." "Saya pun bertakbir hinggalah selesai dan saya bangun untuk pergi. " "Hendak pergi ke mana?" tanya beliau. "Saya ingin balik ke khemah saya," saya menjawab sambil berpaling kepadanya. Beliau berkata: "Sembahyanglah dua rakaat, kemudian pergilah ke mana sahaja yang engkau mahu." "Saya pun bersembahyang dua rakaat tetapi hati saya tertanya-tanya: Tidak mungkin semua ini lahir daripada seorang tukang cukur ; kecuali sememangnya dia seorang yang berilmu." Setelah saya selesai bersembahyang, sayapun bertanya: "Dari mana tuan tahu semua ibadah yang tuan ajarkan kepada saya ini?" Sambil merenung saya dia menjawab: "Demi Allah. Saya melihat Ato' bin Abu Rabah melakukannya. Saya belajar daripadanya dan saya ajarkannya kepada orang lain." Kekayaan dunia datang mencurah-curah kepada Ato' bin Abu Rabah namun beliau menolaknya mentah-mentah. Beliau enggan menerimanya sarna sekali. Sepanjang hidupnya, Ato' hanya memakai sehelai baju yang harganya tidak lebih lima dirham.

Para khalifah sentiasa mengajak Ato' untuk bersama mereka. N amun Ato' menolaknya kerana bimbang pegangan agamanya akan terpengaruh dengan dunia mereka. N amun demikian beliau tetap mengunjungi mereka jika ada perkara yang membabitkan kepentingan Islam dan urn at Islam. Uthman bin Ato' al-Khurasani pernah menceritakan: "Suatu hari saya bersama bapa saya pergi menghadap Hisham bin Abdul Malik. Apabila hampir tiba di Damsyik, kami menemui seorang tua menunggang seekor keldai hitam. Dia memakai baju yang kasar dan jubah yang kusam. Kopiahnya melekat di kepala dan pelapik duduknya diperbuat daripada kayu." "Saya tersenyum melihatnya dan saya bertanya bapa saya: "Siapa ini?" "Diam! Ini adalah pemimpin ulama Hijaz, Ato' bin Abu Rabah.", jawab bapa saya. "Apabila beliau menghampiri kami, bapa saya turun dari baghalnya dan diapun turun dari keldainya. Mereka berdua saling berpelukan dan bertanya khabar. Kemudian mereka berdua menunggang semula dan berangkat hingga sampai ke pintu istana Hisham bin Abdul Malik." "Sebaik sahaja mereka duduk, merekapun dijemput masuk. Apabila bapa saya keluar, saya bertanya: "Ceritakanlah kepada saya apa yang berlaku." Bapa saya menjawab: "Apabila Hisyam mengetahui bahawa Ato' bin Abu Rabah sedang berada di pintu, baginda terus menjemputnya masuk. Demi AJlah, ayah hanya dapat masuk disebabkan olehnya." "Apabila Hisyam melihat Ato' bin Abu Rabah, baginda pun berkata: "Selamat datang, selamat datang..." "Di sini, di sini,. .." Baginda terus berkata: "Di sini, di sini..." "Hinggalah Ato' duduk bersamanya di tcmpat duduknya. Mereka duduk bertemu lutut..." "Di situjuga ada pembesar-pembesar negara yang sebelumnya sedang sibuk berbual tetapi kini semuanya mendiamkan diri." "Hisham pun menghadap Ato' sambil bertanya: "Apakah permintaanmu wahai Abu Muhammad?"

"Wahai Amirul Mukminin, penduduk Mekah dan Madinah adalah keluarga Allah dan jiran Rasul-Nya. Berikanlah rezeki dan bantuan untuk mereka." jawab beliau. Sambil menganggukkan kepala, Hisham menjawab: "Baik." "Wahai juru tulis wartakan, bahawa penduduk Mekah dan Madinah akan menerima bantuan dan sara hidup selama setahun." "Adakah permintaan lain selain itu, wahai Abu Muhammad'?" tanya baginda bersungguh-sungguh. "Ya, wahai Amirul Mukminin, penduduk Hijaz dan Najd adalah asal-usul bangs a Arab dan peneraju Islam. Kembalikanlah kepada mereka lebihan sedekah mereka" Ato' meneruskan bicaranya. "Baiklah." jawab Hisham. "Wahai juru tulis wartakan lcbihan sedckah mereka akan dikembalikan kepada mcrcka." "Adakah pcrmintaan lain selain itu, wahai Abu Muhammad'?" Ato' mcnjawab: "Ada ... wahai Amirul Mukminin." "Tcntcra-tcntcra di scmpadan berhadapan dengan musuh. Mereka membunuh orang yang cuba bcrtindakjahat ke atas umat Islam. Bcrikanlah mcreka sara hidup yang dapat mcmbantu mercka mcnjalankan tugas itu. Andainya mercka ini mati, musuh akan mcmbolosi sempadan. "Baiklah. ..Wahai juru tulis, wartakan supaya dihantar sara hidup untuk mereka..." jawab Hisham. "Adakah pcrmintaan lain selain itu'?" Hisham bcrtanya lagi kepada Ato' "Ya, wahai Amirul Mukminin, janganlah engkau bebankan ahli zimmi di luar kcmampuan mereka. Apa yang engkau kutip daripada mcrcka adalah sebagai bantuan untuk engkau mcnghadapi musuhmu." "Wahai juru tulis, wartakan untuk ahli zimmi, mercka tidak akan dibebankan di luar kemampuan mcreka." "Apakah ada pcrmintaan lain, wahai Abu Muhammad?" Ato' mcnjawab: "Ada, takutlah Allah wahai Amirul Mukminin." "Sedarlah, kau diciptakan seorang diri." "Engkau akan mati seorang diri." "Engkau akan dibangkitkan seorang diri." "Engkau akan dihakimi scorang diri." "Demi Allah, orang yang engkau lihat kini tidak akan bersamamu

nanti." Lantas Hisham pun melutut ke bumi sambil menangis. Lalu Ato' bangun dan ayah pun bangun bersamanya. "Apabila kami menghampiri pintu istana, tiba-tiba seorang lclaki membawa satu uncang. Lelaki itu berkata kepada Ato': "Amirul Mukminin mengirimkan ini untuk tuan." Ato' berkata: "Tidak.. ." "Aku tidah meminta hepada hamu sebarang upah mengenai apa yang aIm sampaihan (dari Tuhanhu); balasanhu hanyalah terserah I,',pada Allah Tuhan sehalian alam." [Al-Shua'ara': lO9} "j)emi Allah, beliau masuk dan keluar daripada majlis khalifah tanpa minum walaupun setitik air..." Ato bin Abu Rabah telah diberikan umlir yang panjang hingga mcncecah 100 tahun.. Usianya dipenuhi dengan ilmu dan amal. Disirami dengan amal kebajikan dan ketakwaan. Hidupnya tidak pemah mengharapkan apa yang ada di tangan manusia. Beliau hanya mengharapkan apa yang ada di sisi Allah Taala. Apabila ajal menjemputnya, tiada bebanan dunia yang dipikulnya.. . Dirinya kaya dengan bekalan amal akhirat... Malah sebenamya lebih daripada itu. . . Dia pemah 70 kali mengerjakan haji... 70 kali juga dia berdiri di Arafah. . . Dia memohon keredaan dan syurga Allah. . . Dia memohon moga Allah menjauhi kemurkaan dan neraka-Nya.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->