You are on page 1of 4

PENCIPTAAN ALAM SEMESTA Teori Big Bang

(Dia lah) Yang menciptakan langit dan bumi. (Al-Anam: 101)

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya [Al-Anbiyaa':30]
Syeikh Tantawi Jauhari (Al-Jawahir) menulis sekitar 1920-1930 menyatakan; Apa yang dijelaskan oleh Al-Quran ialah, langit yang banyak dan bumi ini Termasuk matahari, bintang-bintang dan segala alam ini, asalnya bercantum Padu, kemudian Allah pisahkan kesemuanya. Ayat ini ialah mukjizat, Kerana ilmu ini belum diketahui kecuali hari ini

Mengikut teori Big Bang, alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlaku letupan kuat 10 20 billion tahun dahulu yang dinamakan BIG BANG
Saksikan video klip ini

Sejak dari itu berlaku pengembangan dan penyejukan (expanding & cooling) sehingga lahir bintang-bintang, galaksi dan seumpamanya Teori ini asalnya diasaskan dari formula General Theory Of Relavity yang dikemukakan oleh Elbert Einstein pada 1915.

Elbert Einstein Model teori Big Bang

Kemudian pada 1922 ahli fizik Rusia, Alexander Friedman, mengembangkan lagi teori Big Bang ini. Pada 1929, Edwin Hubble, menemui bukti kukuh yang menyokong teori ini. dengan menggunakan alat canggih, beliau mendapati alam ini sememangnya sedang mengembang

Alexander Friedman

Edwin Hubble

Persamaan diantara ayat Al-Quran dan teori Big Bang tidak boleh dinafikan lagi! Bagaimana sebuah kitab yang muncul di padang pasir Arab 1400 tahun lalu, mengandungi fakta sains begini? Saksikan video klip ini yang menerangkan Hubungan teori Big Bang dengan fakta Al-Quran

You might also like