You are on page 1of 2

Bincangkan faktor-faktor remaja terlibat dalam aktiviti antimoral 2011 Dalam menelusuri ambang modenisasi ini, kita telah

menyaksikan pertumbuhan fizikal yang pesat dan rancak silih berganti di bumi bertuah kita, Malaysia. Namun , dalam keasyikan mengejar kebendaan dan mengagulkan cara kebaratan , kita sering mengetepikan isu remaja terlibat dalam aktiviti antimoral. Fenomena ini telah mencapai tahap kronik dan kritikal dan sentiasa mendominasi media massa tempatan terutamanya media perdana seperti TV3 dan The Star.Bidalan Melayu lama ada mengingatkan keruh air di muara tentulah bermulanya di hulu. Remaja merupakan bakal pewaris pucuk pimpinan dan toggak aspirasi Negara , maju mundurnya sesebuah Negara terletak pada pundak mereka. Persoaalannya, apakah faktor-faktor togggak aspirasi Negara tercinta kita terlibat dalam aktiviti antimoral? Jika sindrom ini dibedahkan siasat, memang tidak dapat disangkal bahawa kurangnya didikan agama dan moral dalam sanubari seseorang remaaj merupakan puna perdana dalam konteks ini. Hal ini demikian kerana golongan remaja masih tidak tahu membezakan yagn mana kaca dan yang mana intan. Sekiranya iman mereka senipis kulit bawang , maka mereka akan kehilangan pegangan hidup dan mudah terjerumus ke kancah kehinaan. Remaja yang mempunyai pegangan agama ang goyah akan hidup terumbang-ambign diumpamakan kapal hilang nakhoda. Oleh itu, nilai-nilai murni dalam didikan agama haruslah dipasakkan dalam sanubari setiap remaja supaya gejala antimoral dapat diminimumkan kalau tidak disifarkan . Sementelahan itu, pengaruh rakan sebaya dalam fenomena ini tidak dapat dipisahkan bagai lagu dengan irama. Seperti yang kita sedia maklum , zaman remaja merupakan satu zaman yang penuh dengan pancaroba kerana rasa ingin diterima oleh rakan sebaya, remaja tidak akan teragakagak untuk bertindak sebagaimana yang dikehendaki oleh kumpulannya. Malah , pemikiran yang sama dengan rakan sebaya lain mendorong remaja kini melibatkan diri dalam aktiviti antimoral , bak kata peribahasa dekat tersumbu menjadi merah, dekat tinta menjadi hitam pada kebiasannya. Sehubungan dengan itu, remaja yang tidak dapat membezakan antara haram dan halal juga akan melibatkan diri dalam kegiatan antimoral. Pendek kata, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dan menebal dalam jiwa remaja. Tambahan pula , pengaruh media massa turut menyumbang dan meninggalkan kesan yagn mendalam dalam fenomen a ini . Media penyalur maklumat , media juga penghancur umat. Akibat penyelewengan dalam proses penyaluiran maklumat , vandalaisme dan pembunuhan akan membangkitkan keinginan remaja untuk terlibat dalam gejala antimoral.

Lembaga Penapisan Filem haruslah setiasa menyediakan rancangan televisyen yang sihat demi mengelakkan masalah ini. Tegasnya , pengaruh media massa tidak dapt dipandang enteng kerana media massa merupakan infrastruktur global. Susulan itu, konflik sesebuah kelaurga juga mendorong remaja terlibat dalam aktiviti antimoral. Anak-anak diibaratkan sehelai kain suci putih , ibu bapalah yang bakal mencorakwarnakkannya. Sekiranya pergaduhan dan perselisihan faham sering berlaku dalam sesebuah institusi kekeluargaan , nescayalah anak-anak akan merasakanjiwa mereka kosong kerana keperluan emosi mereka tidak dipenuhi belaian kasih sayang ibu bapa. Bukan itu sahaja , remaja akan mencontohi keganasan ibu bapa mereka seperti saranan pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya , bagaimana contoh begitulah gubahannya Sesungguhnya, institusi keluarga mampu menentukan masa depan seseorang remaja. Akhirulkalam , tiada keruh yang tidak dapat dijernihkan , tiada kusut yang tidak dapat dileraikan . Sebagai warga Malaysia yang cinta akan Negara, marilah kita bersendel bahu dan bersatu tenaga mengatur strategi untuk mengatasi masalah remaja terlibat dalam aktiviti antimoral. Semoga buana Malaysia gah di persada antarabangsa . Tanggungjawab Dijunjung Negara Disanjung.

You might also like