You are on page 1of 11

PENGAJIAN KULIAH MAGHRIB DI MASJID: KESANNYA TERHDAP PERKEMBANGAN ILMU DI KALANGAN MASYARAKAT1 Oleh: Dr.

Mohd Afendi Bin Mat Rani Prof Madya Dr Hasan Bahrom Prof Madya Dr. Huzaimah Hj Ismail

Abstrak Masjid telah memberi sumbangan yang besar terhadap keagungan masyarakat Islam terutama dari aspek pendidikan. Setelah berlakunya zaman kemunduran umat Islam, institusi masjid tidak lagi berperanan sebagaimana era kegemilangan umat Islam yang berjaya melahirkan ulul albab yang berwibawa. Justeru, penulisan ini cuba untuk menilai tahap pencapaian dan keberkesanan pengajian yang dibuat melalui kuliah Maghrib di masjid-masjid negeri Selangor, dari aspek metode pengajaran, pengisian dan penerimaan di kalangan masyarakat awam. Penggunaan kaedah dan pendekatan komtemporari telah dikemukakan dalam penulisan ini serta beberapa cadangan lain sebagai penambahbaikan dalam meningkatkan keberkesan dan relevansinya institusi masjid sebagai pusat kecemerlangan ilmu.

1.0

Pendahuluan

Pada zaman baginda Rasulullah saw, masjid menjadi tempat penyampaian wahyu kepada para sahabat. Perbincangan dan perbahasan serta majlis-masjlis ilmu dimarahkan di masjid dan menjadi institusi pengajian yang penting. Masjid adalah lambang kekuatan dan keutuhan umat di sepanjang zaman. Ia adalah institusi terpenting kerana kaitannya dengan persoalan pembinaan dan pembangunan insan. Tidak dinafikan bahawa perkembangan masa kini, institusi masjid dalam negara telah dan sedang melaksanakan peranan masing-masing. Pihak pengurusan masjid sememangnya sentiasa berusaha ke arah menjadikan masjid sebagai pangkalan dan pusat kegiatan ilmu.2 Kekuatan umat Islam bergantung kepada fungsi masjid. Institusi masjid mampu berperanan secara cemerlang melalui pentadbiran dan pengurusan yang baik. Masjid dilihat sebagai institusi kecemerlangan umat Islam dalam semua aspek kehidupan dan tidak hanya tertumpu kepada medan ibadat semata-mata. Masjid telah memberi

1 2

Kertas kerja ini dibentang di Seminar Ismail Sualman, Zulkifli Abu Bakar (2007 ), Jaringan Pengurusan Masjid, dalam Islam hadhari: Kekuatan Masjid dalam Menjana Masyarakat Gemilang, cet.1, Sekretariat Islam Hadhari, hlm.59

sumbangan yang besar terhadap keagungan masyarakat Islam suatu ketika dahulu. Namun sejarah telah menyaksikan bagaimana peranan masjid ini semakin menguncup bersama-sama dengan kelesuan umat Islam selepas berlalunya era kegemilangannya Islam. Masjid hanya dihadkan peranannya sebagai pusat pengabdian kepada Allah. Justeru, tidak dinafikan umat Islam kini menjadi lemah akibat daripada kegagalan mereka untuk meletakkan dan mengembangkan peranan masjid sebagaimana yang dilakukan oleh ulul albab yang terdahulu. Pengecilan peranan institusi masjid masa kini mencerminkan pemercilan peranan agama dalam masyarakat. Penulisan ini cuba untuk melihat sejauhmanakah peranan pengajian di masjid mampu melahirkan ilmuan , Kajian ini hanya menumpukan kepada pengurusan dan pentadbiran masjid/ surau di negeri Selangor dari aspek pendidikan sahaja. Lokasi kajian pula terdiri daripada Masjid-masjid dan surau di sekitar Daerah Klang dan Shah Alam. Maklumat daripada responden adalah terdiri dari pelbagai usia dan latar belakang yang terdiri daripada seramai 161 orang.

.0

Konsep Pengajaran dan Pendidikan di Masjid

Kaedah yang dibuat selama ini di sebahagian besar masjid/ surau belum mendatangkan kesan yang mendalam kepada para jemaah. Kaedah pengajian secara mendengar sematamata tidak mencukupi, walaupun apa yang diajar itu adalah perkara yang sama. Dari aspek yang lain, di masjid/ surau juga didapati kaedah pengajiannya tidak sistematik. Kebanyakan masjid/ surau lebih menumpukan kepada pengajian fiqh ibadat yang diulangi sejak dari dahulu. Pengajian seperti ini tidak dapat mengimbangi tuntutan syarak agar kita mendalami ilmu Akidah, Syariat dan Akhlak yang menjadi keperluan dan fardhu ain kepada umat Islam. Hasil daripada apa yang dinyatakan ini dapat dilihat sebahagian besar masjid/ surau pada hari ini tidak dapat berfungsi dengan baik dari aspek perkembangan ilmu kepada masyarakat setempat. Sedangkan bagi masyarakat umum yang agak sibuk dengan bekerja dan tidak mempunyai masa untuk mempelajari ilmu agama, masjid/ surau adalah medan untuk mereka mencari dan mendalami ilmu agama. 1. 2. Pengurusan dan pentadbiran masjid/ surau yang tidak sistematik dan tersusun dan masih diurustadbir secara tradisional Aktiviti pengajian di masjid telah lama dijalankan, namun ia dilihat tidak memberi impak yang besar kepada peningkatan budaya ilmu di kalangan masyarakat awam. Corak pendidikan yang lebih menumpukan kepada pengajian fiqh ibadat, tidak dapat mengimbangi tuntutan syarak agar kita mendalami ilmu Akidah, Syariat dan Akhlak yang menjadi keperluan dan fardhu ain kepada umat Islam. Tidak ada suatu kaedah atau metod dalam pengajaran dan pendidikan di masjid menyebabkan wujud tanggapan pengajian di masjid sebagai program sampingan.
2

3.

4.

5.

6.

Masjid dijadikan medan untuk membincangkan isu-isu Khilafiyah yang akhirnya mengundang kepada perpecahan dan salah faham terhadap agama, terutama di kalangan masyarakat yang baru mengenali dan mendekati ilmu agama Sikap masyarakat yang masih beranggapan negatif bahawa masjid sebagai tempat beribadat semata-mata dan pengajian di masjid/ surau bukan pendidikan formal.

Pengajian-pengajian di masjid adalah didominasi oleh kaum lelaki. Ini selaras dengan kewajipan ke atas para lelaki agar mendirikan solat secara berjemaah di masjid. Kajian ini mendapati hanya 12 % sahaja kaum wanita menjadikan masjid sebagai medan untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Namun demikian, jika dilihat kepada waktu-waktu pengajian yang ada disebahagian besar masjid, program bagi wanita adalah lebih tertumpu pada waktu siang seperti selepas selepas Zohor atau Asar pada hari minggu. Justeru, tidak hairanlah masjid-masjid 88 % adalah dipenuhi oleh kaum lelaki. Melihat kepada fenomena kurangnya budaya ilmu di kalangan wanita, sepatutnya penyediaan aktiviti pengajian khusus untuk kaum wanita tidak boleh di kesampingkan dalam arus perdana pada hari ini. Wanita sebagai tempat rujukan dan sumber awal pendidikan bagi anak-anak sudah semestinya perlu mempunyai ilmu yang mendalam tentang pengetahuan agama dan tidak hanya terletak semata-mata di bahu suami. AJK masjid perlu peka dengan subjek-subjek pengajian yang menjurus kepada persoalan-persoalan wanita. Ini secara tidak langsung para ibu dapat menjadikan masjid sebagai pusat pertemuan yang dapat mengukuhkan ukhwah di kalangan mereka. Dari aspek kehadiran ke pengajian di masjid, sebagaimana yang dimaklumi dimana-mana masjid sekalipun sama ada di bandar atau di luar bandar adalah terdiri daripada mereka yang telahpun bersara daripada pekerjaan atau mereka yang melepasi usia 55 tahun ke atas. Kajian dibuat mendapati 54% peserta yang mengikut pengajian di masjid adalah terdiri daripada golongan tersebut, kemudian disusuli oleh mereka yang berusia antara lingkungan 45-54 tahun. Ini bermakna menjadi satu budaya di kalangan masyarakat kita mula mendekati pengajian-pengajian agama apabila mencapai usia pencen setelah menghabiskan sebahagian umur muda dengan kesibukan tugas dan tanggungjawab kerja. Ini bertentangan dengan apa yang diperkatakan oleh Imam Malik3 bahawa sewajarnya seorang muslim yang baik sentiasa mendalami ilmu agama dan menumpukan sepenuh perhatian sehingga usia 40 tahun. Usia yang selebihnya mereka menumpukan kepada amal ibadat sebagai bekalan amal Akhirat. 61% respondan bersetuju bahawa kurangnya penyertaan ahli jemaah di masjid adalah disebabkan oleh tiadanya kesedaran masyarakat terhadap ilmu-ilmu agama. Pengajian agama di masjid-masjid tidak mendapat sambutan dari kalangan golongan muda sejak dahulu. Malah sehingga kini program-program yang diadakan di masjid tidak mendapat sambutan di kalangan belia remaja. Situasi ini menimbulkan persoalan, adakah

Habib Abdullah Haddad (1987), Peringatan Tentang Umur Insan (terj.), cet.3, Pustaka Nasional PTE LTD, hlm.40.

program yang diadakan di masjid tidak menepati dengan kehendak dan selera belia remaja atau sikap mereka yang sukar untuk diubah? Program dan bentuk pengajian di masjid/ surau didapati lebih tertumpu kepada selera orang-orang dewasa. Justeru, antara program yang boleh menarik minat remaja ialah seperti sukan, komputer, program berbentuk acara pertandingan, atau keperluan asas yang lain seperti tuisyen bagi mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Di kalangan jemaah masjid, pula sebahagian besar iaitu 22% daripada mereka mula mempelajari ilmu agama di masjid sejak usia 15 tahun lagi. Namun sejauhmana tahap keberkesanan pengajian di masjid ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam tempoh jangka masa yang lama, berbanding dengan mereka yang belajar di institusi pengajian yang berbentuk formal? Sebagai contoh pelajar-pelajar lepasan Empat Thanawi daripada sekolah menengah agama telah diiktiraf tahap keilmuan mereka untuk menjadi pendidik atau guru agama dan diakui kemampuan mereka. Namun begitu peratusan mereka yang mula mendekati pengajian di masjid pada usia lingkungan 45 juga agak besar iaitu 18%. Ini juga menggambarkan mentaliti masyarakat yang kurang peka dengan ilmu-ilmu agama, khususnya berkaitan soal ibadat. Mereka mendahului amal ibadat daripada ilmu. Sedangkan Imam al-Ghazali di dalam kitab Manhaj al-Abidin menyebutkan bahawa:4 ilmu lebih mulia berbanding ibadat. Ilmu diibaratkan sebagai pokok. Jadi buahnya adalah ibadat. Maka kemuliaan itu bagi pokoknya yang asal. Apa yang mendatangkan manfaatnya adalah terhasil daripada buahnya. Justeru, ilmu itu tidak dapat tidak mesti diutamakan yang menjadi dalil petunjuk kepada ibadat. Nabi saw menjelaskan di dalam hadith baginda bahawa ilmu adalah Imam kepada amal, dan amal pula menjadi pengikutnya sebagai makmum. Manusia perlu mengejar habuan daripada dua bahagian ini, tanpa mengabaikan salah satu daripadanya.

Sumber Rujukan Pengajian dan Kaedah Pengajaran Berkenaan dengan sumber pengajian yang digunakan di masjid, angka menunjukkan 36% para jemaah yang menghadiri majlis ilmu tidak mengetahui dengan pasti tentang sumber rujukan yang digunapakai oleh tenaga pengajar dalam pengajian mereka. Bahkan lebih separuh daripada mereka tidak memiliki bahan rujukan, iaitu 52%. Keadaan ini amat berbeza dengan kaedah pengajian sebelum ini bahawa guru-guru tidak membawa buku, sebaliknya para pelajar yang membawa untuk mentelaah dan merujuk agar mudah difahami. Jika dilihat kepada senario yang ada dimana-mana tempat, tenaga pengajar langsung tidak mempedulikan tentang sumber rujukan. Cukup berbeza realiti yang ada pada hari ini dengan zaman sebelumnya. Murid akan membawa buku atau nota, dan guru akan mengajar berdasarkan ilmu yang penuh di dada, sebagaimana pepatah arab yang

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad (1999), Manhaj Abidin (terj.), Cet.5, jld.1, Aspirasi Teras Sdn Bhd, hlm.86.

berbunyi: al-ilm fi al-Sudhur, la fi al-Kutub, ilmu itu terletak di dada, dan bukannya di dalam buku-buku. Pandangan awal ini telah menzahirkan sejauhmana kesungguhan dan keperihatinan ahli jemaah untuk mendapatkan ilmu daripada kuliah di masjid. Metod pengajian sebegini pada hakikatnya tidak banyak membantu para jemaah yang hadir kerana nabi saw menyebut di dalam hadis baginda saw: Ertinya: Ikatkanlah ilmu itu dengan menulis Ini juga berkait dengan saranan tenaga pengajar yang sebahagiannya ada yang mencadangkan supaya para jemaah memiliki bahan pengajaran agar mereka lebih memahami apa yang dibincangkan semasa kuliah. Namun 32% daripadanya tidak mencadangkan kepada para jemaah memiliki sama ada dengan membeli atau sekadar nota ringkas yang diedarkan oleh tenaga pengajar. Oleh kerana pengajian di masjid yang dilakukan secara tidak formal, maka di kalangan jemaah tidak dapat memastikan adakah topik pengajian yang dibincangkan adalah merujuk kepada sumber rujukan yang digunakan atau sebaliknya. Ada juga di kalangan tenaga pengajar yang agak tersasar daripada topik perbincangan dan subjek pengajian yang diajar. Ini kerana kemungkinan kurangnya persediaan atau tidak menyedari tajuk yang dibincangkan itu jauh tersasar daripada tajuk yang diberikan kepadanya. Maka mereka terpaksa mengambil tempoh masa agak lama yang ada kalanya menyentuh isu-isu yang tidak berkaitan dengan tajuk pengajian. Suasana ini akan mendatangkan sikap jemu para jemaah kerana topik yang dibincangkan ada kalanya berulang-ulang. Bagi mengelakkan suasana ini berlaku adalah dicadangkan AJK masjid menyediakan jadual waktu pengajian dan menetapkan masa, serta subjek yang diperlukan, bukannya bergantung kepada kehendak tenaga pengajar. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan pengajian di masjid, 74.5% para jemaah yang mengikuti pengajian bersetuju dengan cadangan sekiranya pengajian kuliah masjid dijadikan sebagai pengajian yang berbentuk formal sebagaimana yang dipelajari di institusi pengajian yang lain. Melalui kaedah ini

Organisasi Masjid Hampir keseluruhan ahli jemaah yang mengikuti pengajian di masjid berpuashati dengan pihak pengurusan dan pentadbiran masjid dari aspek penyediaan peralatan pengajian seperti pembesar suara, LCD, lampu, penghawa dingin dan sebagainya. Jadual pengajian yang diedarkan kepada orang ramai dan maklumat tentang pengajian pada setiap malam disediakan, malah diumumkan juga sebelum solat Jumaat. Terdapat juga dibeberapa masjid yang tidak menyediakan peralatan mengajar yang mencukupi seperti LCD khususnya. Ia amat banyak membantu dalam konteks

kaedah pengajaran pada masa ini. Berdasarkan kepada kajian yang dibuat oleh Yuseri Ahmad, Naim Hj Ahmad dan lain-lain,5 Hasil dapatan kajian ini mendapati peralatan seperti OHP, LCD, VCD, VHS dan lain-lain jarang digunakan di masjid. Ini kerana kurang daripada 7% daripada pegawai-pegawai masjid yang mahir mengendalikan peralatan tersebut yang dianggap canggih dan terkini pada masa ini. Namun demikian sebahagian besar dari kalangan pegawai masjid bersetuju bahawa peralatan moden dan teknologi terkini ini amat diperlukan dalam menyampaikan dakwah. Kajian ini juga mendapati terdapat juga kesulitan untuk mendapatkan tenaga pengajar yang bersesuaian dalam bidang-bidang tertentu seperti Tauhid, Pengurusan Harta Pusaka dan lain-lain. 54% daripada AJK masjid menyatakan kesukaran tersebut. Maka, berdasarkan kepada maklumat ini, terdapat masjid-masjid di negeri Selangor yang tidak mempunyai jadual yang seimbang dari segi bidang pengajian. Terdapat di kalangan mereka yang lebih tertumpu kepada bidang Fiqh sahaja, dengan mengabaikan bidang Tauhid atau Tasawuf. Bagi menguruskan pengajian di masjid agar lebih bersistematik dan tersusun, 64% daripada AJK masjid bersetuju supaya program pengajian di masjid diuruskan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), dan AJK masjid menjadi pihak yang melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh MAIN. Keadaan ini juga ada kaitan dengan kesukaran untuk mendapatkan tenaga pengajar dalam bidang-bidang tertentu dan berlakunya kelas pengajian dibatalkan kerana tenaga pengajar tidak hadir. Sikap Peserta Oleh kerana telah wujud tanggapan daripada awal lagi, bahawa pengajian di masjid adalah program sampingan, atau pengajian tidak formal, maka budaya memandang remeh dan tidak begitu bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu. Ini dapat dibuktikan 33% ahli jemaah yang datang hanya kadang-kadang sahaja membawa nota atau buku sebagai bahan catatan. Mereka lebih suka mendengar daripada mencatit yang menjadi amalan dalam konsep pengajian ilmu iaitu habit (mencatat). Manakala 24% daripada ada mengulangi pelajaran setelah menghadiri pengajian. Tetapi separuh daripada ahli jemaah yang hanya kadang-kadang sahaja mengulangi pelajaran yang diajar. Keadaan ini menggambarkan mereka yang hadir tidak bersedia untuk belajar dan menerima sahaja apa jua ilmu yang dibincangkan oleh guru tanpa mempersoalkan ilmu yang diajar. Malah jika diperhatikan di kalangan guru yang sentiasa mengulangi tajuk yang diajar, bahkan sepanjang pengajian dengan menggunakan buku dan sumber rujukan yang sama. Maka kajian menunjukkan, 36% daripada mereka kurang yakin dengan sistem pengajian di masjid dan ilmu yang diperoleh mampu membentuk ulamak yang alim tentang selok belok agama, sebagaimana di institusi pengajian lain yang telah berjaya melahirkan ahli bijak pandai dan intelektual Islam atau ulamak, atau sebagaimana peranan yang dimainkan oleh masjid pada zaman sebelum kejatuhan empayar Islam. Secara keseluruhannya dari aspek tahap kepuasan pengajian kuliah Maghrib, 55% berpuashati dengan corak pengajian yang ada pada hari ini, selebihnya 44% menyatakan kurang memuaskan dan perlu kepada penambahbaikan sama ada di kalangan pihak pengurusan masjid dan juga tenaga pengajar yang terlibat. Ini kerana sebahagian besar

Yuseri Ahmad, Naim Hj Ahmad, Marina Munira Abdul Mutalib, Mohd Azhar Ibrahim Residi (2007), op.cit., hlm.193

mereka berpandangan bahawa tahap pengajian dan kaedah yang digunapakai sekarang ini masih berada pada tahap lama. Oleh kerana kedudukan negeri Selangor yang begitu tinggi populasi pendudukannya, maka sudah pasti di kalangan mereka ini ramai yang mendapat pendidikan yang tinggi. Maka sewajarnya tahap ilmu yang diberikan oleh tenaga pengajar perlu ditingkatkan selaras juga dengan keperluan semasa pada hari ini. Tenaga pengajar perlu peka dengan perkembangan semasa dan tahap pendidikan ahli jemaah. Mereka ini tidak boleh berada di dalam kedudukan yang statik dengan menggunakan buku/ kitab yang sama dan kaedah penyampaian yang tidak berubah. 10.0 Cadangan Pengajian Kuliah Masjid Bermodul

Antara signifikan pembentukan modul dan pengajaran ini adalah untuk mengembalikan fungsi dan peranan masjid sebagaimana yang dikehendaki oleh Syarak. Masjid perlu berperanan sebagai pusat penyebaran dan perkembangan ilmu serta maklumat yang menjadi pemangkin kepada kemajuan Umat Islam di dunia dan di akhirat. Pengajian yang diwujudkan melalui modul yang disediakan ini adalah kesinambungan antara pengajian secara tradisional yang biasa diadakan di masjid/ surau dan moden. Kaedah pengajian ini juga dilihat lebih sistematik di mana para pelajar akan disediakan dengan modul pengajian masing-masing bergantung kepada permintaan ahli jawatankuasa masjid/ surau berkenaan. Kebiasaan yang dilaksanakan sebelum ini adalah berbentuk tradisional, pelajar tidak disediakan buku rujukan, malah tenaga pengajar yang diundang ke masjid/ surau ini juga tidak menggunakan buku rujukan yang khusus. Maka setiap kali kuliah yang dibuat selama 45 atau sejam sebelum Isyak disampaikan dalam bentuk umum. Kaedah yang dibuat selama ini di sebahagian besar masjid/ surau belum mendatangkan kesan yang mendalam kepada para jemaah yang datang mendengar. Kaedah pengajian secara mendengar semata-mata tidak mencukupi, walaupun apa yang diajar itu adalah perkara yang sama. Dari aspek yang lain, di masjid/ surau juga didapati kaedah pengajiannya tidak sistematik. Kebanyakan masjid/ surau lebih menumpukan kepada pengajian fiqh ibadat, yang diulangi sejak dari dahulu. Pengajian seperti ini tidak dapat mengimbangi tuntutan syarak agar kita mendalami ilmu Akidah, Syariat dan Akhlak yang menjadi keperluan dan fardhu ain kepada umat Islam. Lebih daripada itu, terdapat juga masjid/ surau yang tidak mempunyai kelas pengajian (kuliah Maghrib) dengan alasan tidak ada tenaga pengajar yang datang. Hasil daripada apa yang dinyatakan ini dapat dilihat sebahagian besar masjid/ surau yang ada pada hari ini tidak dapat berfungsi dengan baik dari aspek perkembangan ilmu kepada masyarakat setempat. Sedangkan bagi masyarakat umum yang agak sibuk dengan bekerja dan tidak mempunyai masa untuk mempelajari ilmu agama, masjid/ surau adalah medan untuk mereka mencari dan mendalami ilmu agama. Di dalam penulisan Norrodzoh binti Hj Siren6 ada menyentuh tentang bahanbahan penerbitan dan sebaran yang dibuat di masjid. Selain mencadangkan bahan penerbitan yang berbentuk ringkas dan mudah difahami seperti buletin masjid, pihak pengurusan juga perlu menyediakan modul bagi setiap kursus dan pengajian yang dijalankan di masjid. Ia dapat meningkatkan kefahaman peserta sebagai sumber rujukan

Norrodzoh binti Hj Siren (2007), op. Cit., hlm.5758.

merangkumi modul pengajian Syariah, Usuludin dan Kterampilan Diri. Penyediaan modul ini memperlihatkan kesungguhan dan keprihatinan pegawai masjid menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Objektif pelaksanaan pembangunan modul pengajian kuliah Mahgrib ini, antaranya ialah menjadikan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu secara profesional, dinamik dan komprehensif. Selain itu ia dapat berfungsi sebagai penyelaras yang akan menyeragamkan sistem pengajian di masjid/ surau sebagai universiti terbuka bagi masyarakat awam. Pihak pengurusan masjid juga dapat menambahkan jaringan dan kerjasama yang erat antara pihak universiti, pengurusan masjid.dan Majlis Agama Islam. Sebagai menghargai mereka yang mengikuti program ini, mereka diberi pengiktirafan dengan menganugerahkan sijil penyertaan. Pengajian ini boleh dinamakan sebagai Sijil Pengajian Kuliah Maghrib. Ia menjadi sebahagian daripada pengajian yang berbentuk luar kampus. Ini kerana para pelajar yang berjaya menamatkan modul pengajian ini, mereka akan dianugerahkan sijil penyertaan yang dikeluarkan oleh pihak institusi. Untuk jangka masa panjang, institusi ini boleh mewujudkan Sijil Pengajian Islam yang akan dilaksanakan dan pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka di peringkat ini akan diberi kelayakan untuk melanjutkan pengajian mereka di peringkat sijil lanjutan. Sebagai contoh di negeri Selangor mempunyai 362 masjid.7 Setiap masjid sekurang-kurangnya mempunyai 25 orang ahli jawatankuasa. Pada peringkat permulaan ini AJK masjid perlu menonjolkan diri menyertai program ini bagi menggalakkan masyarakat di luar sana mengikuti program. Ini bermakna program ini akan berjaya melahirkan seramai 9050 para peserta yang mendapat pendidikan formal di masjidmasjid. Secara tidak langsung golongan ini mampu menandingi tahap peningkatan yang setara dengan pengajian-pengajian formal yang lain di peringkat institusi pengajian tinggi. Dari sudut aspek kewangan, pihak pengurusan masjid boleh mendapatkannya daripada Masjlis Agama Islama Negeri, Pusat Zakat dan badan-badan lain sama ada daripada pihak kerajaan atau swasta. Sebahagian daripada sumber kewangan ini boleh didapati juga daripada peserta program itu sendiri bagi meningkatkan daya inisiatif mereka untuk mendapatkan ilmu secara formal. 11.0 Pembangunan Modul Kursus

Pihak pengurusan masjid boleh mengadakan kerjasama secara langsung dengan manamana institusi pengajian tinggi yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan untuk menghasilkan modul pengajian yang berkualiti setara dengan tahap keilmuan masyarakat awam dan keperluan ilmu semasa merangkumi ilmu Akidah, Syariah dan Akhlak. Seterusnya bagi memantapkan lagi program ini, pihak pengurusan atau institusi boleh mengadakan bengkel Training & Traineer (TOT) secara bersama dengan MAIN kepada semua tenaga pengajar yang terlibat dengan modul ini, sebelum mereka mendapat Sijil Tauliah daripada MAIN. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan tahap metode

Hasan Bahrom (2007), Menjana Sumber Kewangan Masjid Pemangkin Pembangunan Ekonomi Ummah, dalam dalam Masjid Pemangkin Pembangunan Modal Insan, Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid 2007, Anjuran Universiti Teknologi Malaysia, Pada 28-29 April 2007, hlm.197

pengajaran dan pembelajaran di kalangan tenaga pengajar di masjid-masjid yang selama ini dilakukan secara ..pihak institusi juga boleh mengambil peranan tersendiri dengan mewujudkan konsep dan metodologi pengajian di masjid yang sudah pasti berbeza dengan kaedah dan metode pengajaran di sekolah, universiti dan lain-lain institusi pengajian. Ini kerana peserta yang datang dari pelbagai aliran pengajian, umur yang berbeza, latar belakang agama yang pelbagai dan lain-lain lagi. Justeru, ia tidak hanya terhad kepada tenaga pengajar modul ini, malah ia terbuka kepada orang ramai yang ingin menjadi tenaga pengajar di seluruh masjid negeri berkenaan bagi memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran di masjid-masjid masing-masing. Sebagaimana yang dimaklumi negeri Selangor antara negeri yang mensyaratkan tenaga pengajar mesti terlebih dahulu mendapatkan tauliyah daripada Majlis Agama sebelum mengadakan kelas pengajian di mana-mana masjid di negeri Selangor. Sebelum ini hasil daripada pengalaman penulis, ia dilakukan temuduga secara bersemuka dengan pihak pengurusan masjid MAIS dan diberikah sijil tauliyah tanpa mengikuti apa-apa kursus atau kelas pemantapan, latihan dan sebagainya. Penutup Melalui cadangan pembangunan modul kuliah Maghrib yang akan dilaksanakan oleh CITU ini mampu mengubah fungsi dan peranan masjid sebagai medan untuk masyarakat umum mendapatkan ilmu secara formal. Ini secara tidak langsung dapat menggantikan sistem ceramah atau kuliah secara umum atau kaedah mendengar semata-mata yang dilihat tidak efektif, malah tidak sesuai lagi pada zaman ini. Masyarakat hari ini yang sangat dahagakan ilmu agama perlu diajar dan didedahkan secara sistematik dan tersusun bagi melahirkan masyarakat Islam yang komited terhadap masjid. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti dan program pengimarahan seluruh masyarakat ke arah pembangunan masjid cemerlang, khususnya di negeri Selangor. Ia juga selaras dengan matlamat dan usaha kerajaan negeri Selangor untuk menjadi rakyat dan negeri Selangor maju dalam bidang ilmu pengetahuan. Rujukan Abu Hassan Othman (Masalah Penyelidikan di Kota: Suatu Analisis Ringkas, dalam Kaedah Penyelidikan Sosial, et al. (Ed), Wan hashim, Ting Chew Peh dan Shamsul Amri Baharuddin, cet.1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Adel M. Abdul Aziz, Ahmad Kamel Mohamed dan Nidzamudin Zakaria (2007), Kepentingan dan Peranan Masjid dari Sudut Pendidikan dalam Masyarakat Islam, dalam Masjid Pemangkin Pembangunan Modal Insan, Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid 2007, Anjuran Universiti Teknologi Malaysia, Pada 28-29 April 2007 Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad (1999), Manhaj Abidin (terj.), Cet.5, jld.1, Aspirasi Teras Sdn Bhd

Azam Hamzah dan Huzaimah Ismail (2007), Masjid Sebagai Kampus Terbuka, dalam Islam Hadhari: Kekuatan Masjid dalam Menjana Masyarakat Gemilang, cet.1, Yayasan Islam Hadhari: Putrajaya Idris Awang (2001), Kaedah Penyelidikan Suatu Sorotan, cet.1, Kuala Lumpur: Intel Multimedia and Publication Mohd Sheffie Abu Bakar (1991), Metodologi Penyelidikan untuk Ekonomi dan Bidangbidang Berkaitan, cet.ke-2, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia Norrodzoh binti Hj Siren (2007), Komunikasi Penulisan untuk Masjid, dalam Masjid Pemangkin Pembangunan Modal Insan, Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid 2007, Anjuran Universiti Teknologi Malaysia, Pada 28-29 April 2007 Norani Mohd Salleh (2004), Etika dan Penyelidikan Kualitatif, dalam Marohaini Yusoff et. al (ed), Penyelidikan Kualitatif Pengalaman Kerja Lapangan Kajian, cet.2, Kuala Lumpur: Universiti Malaya Rahimi Md. Saad (2007), Pendekatan dan Pengisian Pelajaran dalam Menjadikan Masjid Sebagai Pusat Kecemerlangan Ilmu, dalam Islam Hadhari: Kekuatan Masjid dalam Menjana Masyarakat Gemilang, cet.1, Yayasan Islam Hadhari: Putrajaya Habib Abdullah Haddad (1987), Peringatan Tentang Umur Insan (terj.), cet.3, Pustaka Nasional PTE LTD Hasan Bahrom (2007), Menjana Sumber Kewangan Masjid Pemangkin Pembangunan Ekonomi Ummah, dalam Masjid Pemangkin Pembangunan Modal Insan, Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid 2007, Anjuran Universiti Teknologi Malaysia, Pada 28-29 April 2007 Ismail Sualman, Zulkifli Abu Bakar (2007), Jaringan Pengurusan Masjid, dalam Islam hadhari: Kekuatan Masjid dalam Menjana Masyarakat Gemilang, cet.1, Sekretariat Islam Hadhari Kamarudin Ngah, Roslim Md. Akhir (1990), Kaedah Penyelidikan Panduan Mudah Kerja Luar, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd Kartini Kartono (1976), Pengantar Metodologi Research Sosial, cet.1, Bandung: Penerbit Alumni Kenneth D. Bailey (1984), Kaedah Penyelidikan Sosial, (terj. Hashim Awang), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Koentjaraningrat (1977), Metode Wawancara, dalam Koentjaraningrat et. al (ed), Metode-metode Penelitian Masyarakat, cet.1, Jakarta: Penerbit PT Gramedia

10

Othman Lebar (2007), op. cit., hlm.109. Lihat Juga: Harsja W. Bachtiar (1977), Pengamatan sebagai Suatu Metode Penelitian, dalam Koentjaraningrat et. al (ed), Metode-metode Penelitian Masyarakat, cet.1, Jakarta: Penerbit PT Gramedia Suseela Malakolunthu (2004), Etika dan Penyelidikan Kualitatif, dalam Marohaini Yusoff et. al (ed), Penyelidikan Kualitatif Pengalaman Kerja Lapangan Kajian, cet.2, Kuala Lumpur: Universiti Malaya Syeikh Ali Mohammad Mohktar (1997), Peranan Masjid Dalam Islam, cet. 1, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia: Kuala Lumpur Tiun Ling Ta (1995), Panduan Asas Penyelidikan Sosioekonomi, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, hlm.28 Yuseri Ahmad, Naim Hj Ahmad, Marina Munira Abdul Mutalib, Mohd Azhar Ibrahim Residi (2007), Tahap Kemudahan Dan Penggunaan Peralatan Audio-Visual Dan Komputer Di Masjid-Masjid di bawah Kelolaan Jabatan Agama Islam (JAIS)-Satu Kajian Awal, dalam Masjid Pemangkin Pembangunan Modal Insan, Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid 2007, Anjuran Universiti Teknologi Malaysia, Pada 2829 April 2007 Zulkiflee Haron, Mohd Nasir Ripin, Farahwahida Mohd Yusof (2007), Masjid sebagai Pengantara dalam Proses Pendidikan: Sorotan Abad ke-3H hingga ke-5H, dalam Masjid Pemangkin Pembangunan Modal Insan, Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid 2007, Anjuran Universiti Teknologi Malaysia, Pada 28-29 April 2007 http://pkumweb.ukm.my (16/5/02009)

11

You might also like