You are on page 1of 18

KESAHAN Membawa maksud sejauh mana sesuatu alat pengukuran berguna untuk membuat keputusan yang relevan.

Ia membawa maksud keberkesanan alat ujian mengukur apa yang telah dipelajari.

a) Kesahan kandungan (kesahan isi) Sesuatu ujian dianggap mempunyai kesahan isi yang tinggi apabila ia menguji apa yang telah dipelajari. Oleh itu untuk memastikan sesuatu ujian itu mempunyai kesahan isi yang tinggi, maka seseorang guru hendaklah membina ujian berdasarkan: Kurikulum yang telah ditentukan Kandungan sukatan pelajaran Apa yang telah dipelajari Jadual Penentuan Ujian Tahap pelajaran yang telah diajar Kefahaman murid Objektif mata pelajaran Perimbangan antara markah yang diberi dengan isi kandungan mata pelajaran dan masa yang diperuntukkan Bilangan item dengan masa ujian

b) Kesahan kriteria Serentak Bermaksud dua ujian yang berlainan tetapi

mempunyai aras kesukaran yang sama. Ramalan Bermaksud ketepatan ujian itu meramal kebolehan sebenar dalam ujian sebenar pada masa akan datang. Terdapat koefisien korelasi yang tinggi antara ujian ramalan dengan ujian yang sebenar.

Kesahan gagasan Dikaitkan dengan kebolehan sesuatu ujian itu menguji gagasan, idea, teori dan hipotesis yang dikemukakan. Untuk menentukan kesahan gagasan ini, kita boleh menggunakan teknik pemerhatian, soal selidik, temu bual dan eksperimen

Kesahan muka Merupakan kesahan luaran sesuatu ujian Sesuatu ujian dianggap mempunyai kesahan muka yang tinggi apabila disediakan dengan teliti dan tahap profesionalisme yang tinggi dengan tidak ada kesalahan ejaan, arahan yang jelas, tidak tersilap cetak, tulisan yang terang, bahasa yang jelas dan sebagainya.

KEBOLEHPERCAYAAN Ia didefinisikan sebagai sejauh manakah ujian itu dapat mengukur dengan tepat apa yang hendak diukur. Ujian yang boleh dipercayai akan memberi markah yang sama apabila menguji kebolehan murid yang sama.

Terdapat beberapa faktor kebolehpercayaan iaitu: i.Faktor ujian Ujian objektif lebih tinggi kebolehpercayaan daripada ujian subjektif ii.Faktor murid/guru Jika murid mengambil ujian sambil lewa, kita tidak akan dapat mengukur kebolehpercayaan ujian itu secara tepat.

iii.Pentadbiran ujian Jika arahan tidak jelas, masa tidak cukup, penyelia panas baran, maka ujian yang dijalankan itu diragui kebolehpercayaannya atau mungkin tidak ada kebolehpercayaan langsung. iv.Persekitaran Suasana bilik yang panas, kurang cahaya, berdebu dan sebagainya mungkin mempengaruhi kebolehpercayaan sesuatu ujian yang dijalankan

v. Pemarkahan Biasanya soalan-soalan subjektif akan diberi markah yang berbeza

antara seorang pemeriksa dengan seorang pemeriksa yang lain. Jika ini berlaku, maka kebolehpercayaan ujian itu diragui.

Ukuran kebolehpercayaan dilakukan dengan: a)Uji-Ulang Ujian (Test-Retest Method) Ujian yang sama dikendalikan dua kali pada masa yang berlainan kepada kumpulan murid atau pelajar yang sama

b) Ujian Setara Dua ujian yang dibina dan ditadbir dalam bentuk yang sama. c) Ujian Bahagi Dua Menguji dua bahagian yang sama bagi sesuatu ujian http://www.scribd.com/doc/21268372/Prinsip-prinsip-Pembinaan-Ujian

KESAHAN Sesuatu ujian sepatutnya mengukur apa yang mengukur apa yang sepatutnya diukur (Umum) Wood (1991) menekankan bahawa kesahan adalah lebih penting daripada keboleh-percayaan tetapi bergantung semata-mata kepadanya dianggap sebagai kesahan pemerhatian. Jenis Kesahan Kesahan Kandungan (Content Validity) Kesahan Semasa (Concurrent Validity) Kesahan Ramalan (Predictive Validity Kesahan Berkaitan Kriteria (Criterian-related Validity) Kesahan Konstruk (construct validity) Kesahan muka (Face Validity) Kesahan Berkaitan Kriteria (Criterian-related Validity) Kesahan Konstruk (construct validity) Kesahan muka (Face Validity

Kesahan Kandungan Item ujian merangkumi kandungan ujian yang hendak diukur. merujuk kepada objektif pengajaran yang jelas dan bahan-bahan pengajaran atau

kepada bidang pengajaran. merujuk kepada objektif pengajaran yang jelas dan bahan-bahan pengajaran atau kepada bidang pengajaran.

Ciri-Ciri Kesahan Kandungan Mewakili perkara yang hendak diukur Digunakan dalam ujian pencapaian Mengukur penguasaan pengetahuan atau kemahiran bagi mata pelajaran tertentu Konstruk yang diuji mewakili setiap aspek penting pelajaran yang diajar Relevensi atau sesuai dengan tingkah laku yang ingin diperhatikan atau diketahui Perlu memenuhi Huraian Sukatan Pelajaran, JSU dan Spesifikasi Ujian

Kesahan Semasa/Serentak Hubungkait antara skor ujian dengan kumpulan pelajar berdasarkan kriterian tertentu ditadbir pada masa yang sama atau dalam jangka masa yang pendik. skor ujian/pep. akhir tahun bagi sampel pelajar dibandingkan dengan jangkaan guru tentang kebolehan pelajar, misalnya dalam ilmu hisab dalam pep. SPM

Kesahan Ramalan *ditentukan dengan menilai setepat mana ramalan yang dibuat (menggunakan instrumen) masa kini dapat disahkan daripada maklumat yang dikumpulkan pada masa hadapan. Contoh:- Maklumat dikumpul melalui ujian/ kriteria/tingkahlakudan tunggu sehingga tingkah laku yang hendak diukuroleh ujian berlaku - Bandingkan maklumat yang dikumpuldengan skoryang diperolehi daripada pelajar yang mengambilujian Kesahan Berkaitan Kriteria (Criterian-related Validity) Perbezaan antara kesahan semasa dengan kesahan ramalan bergantung kepada prosedur tadbiran ujian:tadbiran pada jangka masa yang singkat bagiujian piawaian (concurrent), atau setelah masa beberapa bulan atau lebih (predictive) Kesahan Konstruk

vSejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur konstruk hipotetikal berkenaan dengan sifat semula jadi & tingkah laku manusia, misalnya, kecerdasan, kreativiti, atau ketidaktentuan perasaan. vTidak boleh diperhatikan secara langsung tetapi telahan boleh dibuat berdasarkan tingkah laku yang diperhati

vContoh:-satu ujian ditadbir kepada pelajar merangkumi julat kebolehan yang luas. Jika keputusan ujian dapat membezakan pelajar yang berkebolehan tinggi dengan berkebolehan rendah Kesahan Muka Satu peringkat dimana ujian dilihat mengukur apa yang sepatutnya diukur. Pelajar/calon akan bertindak lebih baik kepada ujian yang mempunyai kesahan muka yang tinggi. Kepetingan Kesahan Muka

Meningkatkan motivasi ketika ujian Mengurangkan perasaan tidak puas hati dari golongan skor rendah Menyakinkan pengguna yang berpotensi (guru, pentadbir sekolah) menggunakan ujian Memperbaiki hubungan awam, bila mana orang kebanyakan dapat melihat hubungkaitantara ujian dengan pencapaian atau ciri-ciriujian itu sepatutnya mengukur

KEBOLEHPERCAYAAN Tahap ketekalan antara skor-skor ujian yang senantiasa tetap dengan tidak adanya ralat pengukuran (Test Style Manual, ETS, New Jersey, USA) Merupakan satu pertunjuk bagi konsistensi skor-skor antara pemeriksa, mengikut masa, atau tugasan-tugasan yang berlainan atau item-item yang mengukur perkara yang sama(http://www.cresst96.cse. ucla.edu/glossary)

Pengaruh Kebolehpercayaan Prosedur pengujian yang baik dijangka akan menghasilkan keputusan baik Tidak semata-mata bergantung kepada satu set soalan tertentu yang digunakan Masa ujian dilaksanakan Pemeriksa ujian tersebut. Pengaruh faktor luaran (set soalan, masa, pemeriksaan kertas) yang menjejaskan sesuatu ujian dikenali sebagaiskor ralat/ralat pengukuran (error measurement). oBergantung kepada ketekalan keputusan yang dihasilkannya walaupun diulang uji beberapa kali. oKebolehpercayaan yang tinggi bagi sesuatu

kumpulan itu tidak semestinya menghasilkan kebolehpercyaan yang sama bagi kumpulan lain. oJika kumpulan pelajar yang sama mendapat skor yang berlainan terhadap satu ujian maka ujian tersebut tidak mempunyai kebolehpercayaan. Format ujian juga mempengaruhi kesukaran sesuatu item itu dan seterusnya kebolehpercayaan ujian. Arahan yang jelas, mudah difahami dan penyusunan mengikutkesukaran item boleh memberi kesan kepada kebolehpercayaan ujian. Lebih panjang sesuatu ujian, atau lebih banyak bilangan itemnya, lebih tinggi kebolehpercayaannya Kebolehpercayaan ujian objektif akan meningkat dengan meningkatnya bilangan pilihan jawapan bagi setiap item. Jawapan dua pilihan pada item adalah paling kurang kebolehpercayaannya Item yang terlalu sukar akan membawa kepada kebolehpercayaan yang rendah Item seharusnya mendiskriminasi antara pelajar yang pandai dengan lemah Item mestilah bebas daripada ayat-ayat yang mengelirukan atau masalah-masalah berkaitan dengan teknikal

Mengelakkan Ralat Pengukuran Kebolehpercayaan Rendah

Ditadbirkan dalam suasana yang sesuai:Mengikut masa yang ditetapkan bebas daripada gangguan/ bising Terdapat langkah untuk mengelakkan penipuan Had masa hendaklah memadai Kunci jawapan hendaklah senantiasa betul bagi setiap item Perlu mempunyai dua atau lebih pemeriksa atau pemberi gred untuk menilai kertas ujian yang sama.

Elemen Yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan Dorongan pelajar untuk meneka Jawapan menekamenghasilkanskor yang tidak tekal. Konsep kebolehpercayaan tidak terhad kepada skor ujian, malah lain-lain jenis maklumat terhadap pelajar. Misalnya rekomen guru terhadap seseorang pelajarnya. Adakah guru yang berlainandapat memberikan testimoni yang sama apabila mereka menilai pelajarnya.
http://www.scribd.com/doc/3282506/Kesahan

http://kheru2006.i8.com/Kesahan_dan_Kebolehpercayaan.htm

PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN PPEX2101 Penjaminan Kualiti dan Isu Kebolehpercayaan dan Kesahan Setiap individu yang melibatkan diri dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran adalah bertanggungjawab dalam memastikan pentaksiran yang dijalankan adalah terjamin kualiti dan mutu. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama ketika membina sistem pentaksiran; memilih atau membina prosedur pentaksiran; mentadbir prosedur pentaksiran; dan ketika memberi skor, membuat pelaporan dan mengunakan keputusan. Pentaksiran yang berkualiti rendah adalah rendah tahap pengunaannya.Informasi yang dihasilkan tidak akan menunjukkan keadaan sebenar tahap pembelajaran pelajar dan ini membantu atau memberi maklumat yang mencukupi untuk pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan sistem pendidikan dan pembelajaran. Masa dan sumber yang diperuntukkan untuk perancangan dan pentadbiran sistem akan terbuang dan menjadi sia-sia. Indikator atau petunjuk utama bagi jaminan kualiti adalah kesahan, kebolehpercayaan dan keadilan.. Lima faktor utama yang perlu dan penting bagi menjamin kualiti pentaksiran adalah disenaraikan, Tiga faktor pertama iaitu kesahan (validity), kebolehpercayaan (reliability) dan keadilan (fairness) sering digunakan disekolah dan juga diperingkat nasional bagi tujuan menumpukan perancangan pembangunan. Dua lagi faktor seperti pentadbiran pentaksiran dan penyelarasan (alignment) juga merupakan faktor kritikal dalam memastikan kejayaan bagi proses peningkatan pentaksiran Kesahan (validity) adalah keadaan dimana pentaksiran mengukur apa yang diperlukan bagi tujuan tertentu dan keputusan seperti yang diterjemahkan dan digunakan, adalah bermakna dan mewakili pengetahuan atau kemahiran spesifik. Kebolehpercayaan (reliability), adalah nilai ketekalan, kestabilan keputusan atau hasilan pentaksiran. Definisi kebiasaan bagi kebolehpercayaan adalah darjah atau tahap dimanan pentaksiran adalah bebas dari ralat pengukuran. Keadilan (fairness) bermaksud prosedur pentaksiran yang tidak mendiskriminasikan kumpulan pelajar tertentu (sebagai contoh, pelajar dari pelbagai kaum, etknik, kumpulan gender atau pelajar yang kurang upaya). Ketiga-tiga faktor ini mewakili elemen-elemen sebuah sistem pentaksiran yang baik. Prosedur atau hasilan pentaksiran yang menunjukkan nilai kesahan yang tinggi tetapi nilai kebolehpercayaan yang rendah sebenarnya menunjukkan kesahan yang rendah dan tidak boleh digunakan secara terus kerana perbezaan skor pelajar dan masa berkemungkinan disebabkan oleh ralat rawak dan bukan disebabkan perbezaan sebenar pencapaian mereka. Pentaksiran yang mempunyai bilangan kebolehpercayaan yang tinggi tetapi nilai kesahan yang rendah

menunjukkan dengan tepat pengukuran sesuatu yang bukan dihajati dan keputusannya adalah tidak bermakna jika dikaitkan dengan tujuan yang dikehendaki.Oleh kerana ianya hanya mewakili pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya diukur, ianya menjadi tidak perlu. Pentaksiran yang dianggap mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi tetapi mendiskriminasikan kumpulan pelajar tertentu hendaklah tidak digunakan kerana ianya didapati tidak adil dan seterunya tidak sah. Sungguhpun ketiga-tiga indikator tersebut adalah menjadi keperluan, kesahan merupakan faktor yang terpenting. Namun begitu, pendidik atau guru banyak memberi tumpuan dan mencari bukti mengenai kebolehpercayaan dan tidak menitikberatkan hal kesahan. Kesahan dan Kebolehpercayaan (Validity and Reliability) Untuk memastikan pentaksiran adalah sah dan bolehpercayai, mereka hendaklah bebas dari ketidakadilan dan menyeleweng.Kesahan dan kebolehpercayaan adalah dua konsep penting dalam mendefinisikan dan mengukur dan penyelewengan. Kesahan (Validity) Kesahan (validity) , merujuk kepada ketepatan pentaksiran samada ianya mengukur apa yang patut diukur. Walaupun ujian itu dikatakan boleh dipercayai tetapi ia mungkin tidak memberikan pengukuran yang sah. Kita ambil contoh pengunaan alat penimbang berat badan yang menunjukkan secara konsisten berat badan anda adalah 50 Kg. Kebolehpercayaan atau reliabiliti skala tersebut adalah baik tetapi ianya adalah tidak tepat atau sah (valid) kerana berat badan anda yang sebenar adalah 70 Kg (mungkin anda telah melaras semula alat penimbang badan anda diwaktu pagi). Oleh kerana pendidik dan guru, ibubapa dan pihak sekolah membuat keputusan terhadap murid berdasarkan pentaksiran (seperti gred, kenaikan atau penempatan dan pengraduan), kesahan yang dimaksudkan dari pentaksiran adalah memadai bahkan lebih bermakna dari nilai kebolehpercayaan. Ujian yang mempunyai nilai kesahan adalah biasanya boleh dipercayai. Kesahan adalah dimana pengukuran dan pentaksiran diperlukan bagi sesuatu tujuan dan keputusan, dimana mereka diterjemahkan dan digunakan secara bermakna dan menyeluruh untuk mewakilil pengetahuan dan kemahiran tertentu. Definisi ini menekankan kepentingan dan tujuan kegunaan apabila membentuk dan memilih prosedur pentaksiran. Prosedur tersebut mestilah mentaksir pengetahuan dan kemahiran (atau matlamat pembelajaran, hasilan atau objektif) yang dikatakan diukur. Jenis maklumat yang dihasilkan hendaklah berguna bagi tujuan tertentu. Sejak dahulu lagi, pakar pengukuran membincangkan mengenai jenis-jenis kesahan termasuk kesahan kandungan (content), kesahan konstruk (construct), kesahan serentak (concurrent) dan kesahan ramalan (predictive). Terdapat tiga cara yang mana kesahan boleh diukur. Bagi mendapatkan keyakinan terhadap kesahan sesuatu ujian dan seterusnya membuat kesimpulan bahawa uian tersebut adalah sah ketiga-tiga bukti kesahan hendaklah diambilkira.
Jenis Kesahan Kandungan Definisi Tahap dimana kandungan ujian adalah berpadanan atau bersamaan dengan objektif arahan pembelajaran Tahap dimana skor ujian adalah dalam konteks persamaan dengan kriteria kesahan serentak atau kesahan ramalan Tahap dimana pentaksiran bertindakbalas atau berkaitan dengan pembolehubah lain, seperti

Ujian semester atau ujian pertengahan semester yang hanya terakhir bukanlah ukuran kesahan bagi keseluruhan objektif k kesahan yang rendah.

Kriteria

Jika ujian matematik akhir tahun bagi Tahap 4 mempunyai nil maka mereka mungkin mempunyai nilai kesahan serentak ya

Konstruk atau Gagasan

Jika anda berjaya menghipotesiskan pelajar ESOL akan men berbanding dengan murid aliran Inggeris (secara teori), penta

yang diramalkan oleh teori atau lain perkara rasional.

Kebolehpercayaan (Reliability ) Kebolehpercayaan (reliability) merujuk kepada ketekalan atau kestabilan keputusan pentaksiran. Kebiasaannya, persoalan mengenai kebolehpercayaan telah pun menyoal respon murid tentang perolehan yang sama terhadap ransangan (stimulus) seperti ujian. Seminggu kemudian atau dalam masa yang terdekat perkara yang sama atau hampir sama diberikan. Persoalan mengenai kebolehpercayaan dalam pentaksiran ujian prestasi akan menunjukkan samada respon murid adalah sama jika kumpulan lain pula menjawabnya atau individu yang sama berjaya memberi skoran pada masa yang berlainan. Kebolehpercayaan (Reliability) merujuk kepada sejauh manakah pentaksiran yang dijalankan adalah konsisten atau tekal. Seperti mana kita bergembira dengan motokar yang kita beli (iaitu motokar yang dibeli terus menderum enjinnya dan boleh digunakan apabila kita hendak mengunakannya), kita juga inginkan dan mahukan instrumen yang berkebolehpercayaan bagi mengukur prestasi murid. Satu lagi cara untuk memahami apa itu kebelohpercayaan adalah pengunaan alat mesin timbang didapur. Jika kita menimbang ubi kentang seberat 5 kilo diwaktu paginya dan skala tersebut boleh dipercayai keberkesannya, skala yang sama akan merakamkan pemberatan yang sama iaitu 5 kilo sejam kemudian (kecualilah anda telah mengopek ubi ketang itu untuk dimasak). Begitu juga, instrumen seperti ujian bilik darjah dan ujian piawai kebangsaan hendaklah mempunyai nilai kebolehpercayaan dan ianya tidak sepatutnya menunjukkan sebarang perbezaan samada murid mengambil ujian di waktu pagi maupun petang atau hari berikutnya. Satu lagi kaedah pengukuran bagi kebolehpercayaan adalah ketekalan dalaman item. Sebagai contoh jika anda menjalankan kuiz persamaan bagi mengukur kebolehan murid untuk menyelesaikan masalah matematik, anda boleh menganggap bahawa jika murid mendapat jawapan yang betul bagi satu item, maka beliau akan berupaya menjawab dengan betul bagi item yang bertahap sama. Jadual dibawah menunjukkan garispanduan biasa bagi mengukur tiga nilai kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan adalah keperluan dalam kesahan. Prosedur pentaksiran yang tidak mempunyai nilai kebolehpercayaan tidak mempunyai nilai kesahan. Murid akan memberi respon yang berlainan ketas satu ujian yang sama (contohnya, oleh kerana murid tidak mempunyai mood yang baik ketika mengambil ujian kerana bergaduh disekolah atau dirumah, hasilan ujian adalah agak berlainan). Sebaliknya, sesuatu prosedur pentaksiran boleh mempunyai nilai kebolehpercayaan tetapi tidak sah (iaitu ianya tidak mengukur apa yang sepatutnya diukur). Satu ujian aneka pilihan bagi ejaan akan menghasilkan skor kebolehpercayaan yang tinggi dan adalah sah menunjukkan prestasi murid dalam ejaan adalah tidak bermasaalah. Tetapi jika kita ingin mengetahui samada murid boleh mengeja dengan betul ketika menulis maka skor kebolehpercayaan mungkin tidak sah. Sesuatu tugasan berasaskan prestasi atau kebolehan seperti bermain alat musik mungkin menpunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi kerana murid yang bermain alat musik tersebut akan berjaya memainkannya berulangkali dan penilai yang berlainan akan tetap memberikan ulasan yang sama mengenai persembahan murid tersebut. Namun tugasan tersebut akan mempunyai nilai kesahan yang rendah sebagai petunjuk terhadap kebolehan murid tersebut memainkan sebuah persembahan musik. Jenis Kebolehpercayaan Kestabilan (Stability or Test-Retest) Bentuk Alternatif (Alternate Form) Kaedah Mengukur Berikan atau ulangi pentaksiran yang, berikan pentaksiran yang sama sebanyak dua kali, hari yang berlainan minggu atau bulan. Kebolehpercayaan dikatakan korelasi diantara skor pada masa 1 dan masa 2 Bina dua bentuk kaedah atau cara pada ujian yang sama (beza atau ubah bentuk item sedikit). Kebolehpercayaan adalah dinyatakan sebagai korelasi diantara skor Ujian 1 dan Ujian 2

Ketekalan Dalaman (Internal Consistency~ (Alpha, a)

Bandingkan satu bahagian ujian dengan satu bahagian ujian yang sama ataumengunakan formula Kuder-Richardson 20 (KR20) atau Cronbach's Alpha.

Nilai julat pekali kebolehpercayaan (reliability coefficients) adalah diantara 0 hingga 1.0. Pekali 0 bermaksud tiada nilai kebolehpercayaan dan nilai 1.0 bermaksud nilai kebolehpercayaan yang penuh. Oleh kerana semua ujian mempunyai ralat, pekali korelasi tidak pernah mencapai 1.0. Kebiasaannya, jika nilai kebolehpercayaan bagi sesuatu ujian piawai adalah melebihi .80, dan ia dikatakan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang amat baik; tetapi jika nilai kebolehpercayaan adalah dibawah .50, ujian tersebut dianggap tidak mempunyai nilai kebolehpercayaan. Keadilan (Fairness) Pentadbir sekolah hendaklah memastikan prosedur pentaksiran adalah adil bagi semua murid, dan ianya tidak mendiskriminasikan kumpulan murid dengan masalah etknik, perkauman, jantina, gender, atau kumpulan kurang upaya atau istimewa. Prosedur pentaksiran akan menjadi tidak adil jika ianya menunjukkan ketidakadilan dengan menyinggung kumpulan murid, atau dengan cara mereka merujuk kepada kumpulan murid dan merendahkan skor yang diberikan atau lain-lain prosedur kualiti yang menurunkan prestasi dan kebolehan murid dalam menjawab soalan dengan betul. Keputusan pentaksiran dari kumpulan yang berlainan tetapi mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sama hendaklah serupa. Jika skor murid diturunkan oleh kerana masalah atau kedudukan kumpulan maka prosedur pentaksiran adalah mendiskriminasikan. Pendidik kadang-kadang memperolehi bukti bahawa ujian bebas yang dijalankan telah dikajisemula dan/atau telah dianalisa secara statistik bagi meghapuskan ketidakadilan. Bagaimanapun , mereka tidak seharusnya terus menerima bukti tersebut, mereka hendaklah mengkaji bukti yang dikemukakan bagi memastikan pentaksiran dijalankan secara adil. Mereka harus mengkaji kaedah yang digunakan untuk memastikan keadilan, tumpuan terhadap kumpulan, perwakilan atau representativeness dan kredibiliti pengkajisemula reviewers, dan isu dan sensitiviti pengkajisemula yang biasanya sangat prihatin. Jika maklumat yang disediakan tidak memberi keadilan, pendidik hendaklah menjalankan analisa tambahan. Mereka juga harus mengkaji keadilan terhadap prosedur pentaksiran yang diperolehi dari organisasi selain dari penerbit ujian komersial (seperti penerbit bukuteks atau dari lain-lain badan pentaksiran) atau dibina ditempat sendiri. Lain-Lain Topik Penting Diantara lain-lain topik yang turut memainkan peranan dalam memastikan kualiti program pentaksiran adalah berkualiti adalah pentadbiran pentaksiran dan penyelarasan. Pentadbiran Pentaksiran (Assessment administration) Prosedur pentaksiran hendaklah ditadbir secara seragam jika tidak skor murid akan didapati berbeza selain dari faktor pengetahuan dan kemahiran. Mari kita lihat contoh dimana prosedur pentaksiran dijalankan disebuah bilik darjah yang mana pentaksiran dijalankan: Didalam kelas pertama, seorang guru telah mengumpul sejumlah 40 buah skrip jawapan sebaik sahaja ujian 40 minit telah dijalankan. Dalam kelas kedua, seorang guru telah membenarkan muridnya meneruskan ujian dengan tambahan masa selama 10 minit iaitu sehingga loceng tamat kelas berbunyi. Seorang guru telah membaca arahan kepada muridnya dan telah menyemak semula dua soalan sampel seperti yang telah diarahkan didalam manual pentadbiran. Guru yang seorang lagi telah menyerahkan ujian yang diberikan kepada murid dan meminta mereka membaca arahan dan meminta muridnya meneruskan tugasan soalan dan menyelesaikan masalah tersebut sendiri. Murid dari kelas pertama meneruskan kerja secara senyap tanpa gangguan sambil menyelesaikan

tugasan yang diberikan.Kelas kedua pula diganggu sebanyak empat kali oleh panggilan telefon dari pejabat dan dari dari murid yang menghantar mesej yang telah sampaikan. Guru kelas pertama telah memohon dari pejabat agar tidak diganggu dan mengantungkan notis "Do not disturb" pada pintu kelas. Kelas kedua pula tidak membuat sebarang permohonan seperti kelas pertama. Dari perhatian diatas, satu kelas telah menerima keputusan purata skor yang lebih tinggi dari kelas lain. Namun begitu, skor yang diperolehi bukanlah petunjuk kebolehpercayan kepada pengetahuan atau kemahiran murid, Skor yang diperolehi mungkin meyimpang kerana murid telah diberikan lebihan masa untuk menjawab. Yang lainnya skor adalah lebih rendah kerana guru tidak membaca arahan tugasan. Perbezaan dalam keadaan ujian berbeza telah mengakibatkan perbezaan dalam hasilan keputusan dan menyebabkan skor berstatus tidak mempunyai nilai kebolehpercayaan (unreliable). Contoh ini menunjukkan mengapa data pentaksiran dari kelas berlainan tidak boleh dibandingkan kecuali pentadbiran ujian adalah dalam situasi yang sama. Bagi memastikan pentaksiran dijalankan secara seragam, pihak sekolah hendaklah memastikan semua arahan pentadbiran wujud untuk semua prosedur pentaksiran dan semua arahan hendaklah dikaji dan digunakan ole pentadbir ujian. Pihak sekolah hendaklah mendapatkan manual pentadbiran dari pembina prosedur pentaksiran asal dan memberikan salinan kepada guru dan pentadbir pentaksiran. Bagaimanapun, dalam beberapa kes, manual memang tidak dapat diperolehi. Pentadbir pejabat hendaklah membina prosedur pentadbiran pentaksiran yang boleh diambil dari mana-mana buku teks , sekolah atau badan pentaksiran lain yang berkaitan. Prosedur pentaksiran boleh digunakan untuk menyeragamkan pentadbiran jika pendidik tahu mengenainya dan mengunakannya sebelum, ketka dan selesai sahaja ujian ditadbir. Ini adalah untuk memastikan pentadbiran pentaksiran berjalan lancar, mengurangkan kelewetan dan karenah dan memastikan keadilan. Sesetengah aktiviti boleh dijalankan oleh seorang individu di sekolah atau daerah. Yang lainnya memerlukan kerjasama dan intergriti dari pentadbir, guru, murid dan ibu bapa. Sebelum pentaksiran bermula adalah perlu bagi guru-guru termasuk yang tidak terlibat dengan pemilihan atau pembangunan dijelaskan dan dimaklumkan mengenai segala aspek pentaksiran yang berlaku dalam kelas. Pastikan mereka tahu akankandungan dan format semua aspek pentaksiran dan memahami objektif dan hasilan pembelajaran disekolah. Ini akanmembolehkan kurikulum dan arahan dapat diselaraskan dengan arahan hasilan tanpa menumpukan kepada pengetahuan dan kemahiran yang akan ditaksir. Juga turut ditentukan adalah samada bahan-bahan pentaksiran adalah mencukupi bagi mentadbir pentaksiran yang akandijalankan. Jika perlu, kotak dan bahan pentaksiran hendaklah dibuka dan di dikira. Pastikan semua yang diperlukan untuk tujuan pentaksiran adalah tersedia seperti buku jawapan, buku ujian, kertas menulis, pencil atau pen, kalkulator atau peralatan sains sudah tersedia. Tugasan ini hendaklah disediakan terlebih dahulu dan dapatkannya sekiranya tidak tersedia. Simpan bahan pentaksiran ditempat yang selamat, dengan menguncikan bahan-bahan pentaksiran dilokasi yang sesuai. Murid tidak sepatutnya melihat dimana bahan pentaksiran ditempat sehingga pentaksiran dijalankan. Guru juga jika di minta mengajar konsep tertentu item atau tugasan dari pentaksiran turut tidak terkecuali dari mengetahui apa yang akan ditaksir kelak. Pastikan semua yang terlibat dengan pentaksiran menerima arahan pentadbiran dalam tempoh dan masa yang sesuai agar dapat mereka bersedia selepas membaca, menyoal dan memperolehi maklumat yang diperlukan. Jika perlu taklimat atau latihan adalah diperlukan Maklumkan kepada murid dan ibubapa mengenai pentaksiran yang akan dijalankan terlebih dahulu. Pastikan juga bilik dimana pentaksiran yang akan dijalankan di susunatur dengan baik . Jika perlu kenalpasti bilik yang tidak terdapat gangguan ketika pentaksiran dijalankan. Ketika pentaksiran berjalan semua arahan pentadbiran hendaklah dipatuhi. Pentadbiran yang kelam kabut dan tidak konsisten akan menyebabkan respon yang diberikan adalah lemah dan seterusnya menjejaskan

kebolehpercayaan. Juga didapati jika tugasan tidak dimaklumkan tempoh masa, pastikan murid mendapat masa yang mencukupi untuk menyelesaikan pentaksiran. Jika pentaksiran diberi tempoh masa, pastikan tempoh masa adalah tepat. Jangan biarkan atau berikan tempoh masa yang kurang atau berlebihan dari tempoh masa yang telah dinyatakan. Maklumkan kepada murid berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan pentaksiran. Maklumkan dengan menulis di papan tanda secara berperingkat (seperti setiap 15 minit). Menulis akan tidak menganggu berbanding pengumuman yang dilakukan. Jika terdapat item atau tugasan latihan, semak bersama murid seperti yang diarahkan didalam manual, Jika tidak, murid akan memberi respon yang tidak betul atau tidak sesuai dengan kehendak tugasan dan akan mendapat skor yang rendah. Maklumkan akan kepentingan pentaksiran. Terangkan kepada murid sebab mengapa mereka ditaksir dan apakah akibat dan hasilan dari pentaksiran yang dijalankan. Adalah digalakkan agar pentadbir pentaksiran memberi dan membentuk sikap yang serious dan positif agar murid dapat mempertingkatkan prestasi mereka. Perlakuan murid juga hendaklah dipantau sepanjang pentaksiran dijalankan. Pastikan murid mengikut arahan yang telah diberikan.Maklumkan bahawa jawapan hendaklah mengikut prosedur pentaksiran dan bukan mengenai kandungan. Murid sering mendapat petunjuk tentang bagaimana untuk bertindak terhadap sesuatu pentaksiran dari guru mereka. Mereka perlu tahu bagaimana maklumat boleh digunakan dan guru menanggap perkara yang penting. Jika guru membaca arahan dengan betul dan memaklumkan akan kehendak pentaksiran, murid akan cenderung untuk memberi hasilan yang terbaik. Sebaliknya, jika guru menjalankan pentaksiran secara tidak kemas dan kelam kabut, dengan tidak memberi tumpuan kepada arahan atau perlakuan murid dan kelas, murid akan bertindak sebagaimana yang dikehendaki dan hasilan keputusan akan mungkin lebih rendah dari tahap prestasi sebenar. Selepas Pentaksiran Selesai (When assessment is completed ) Jika pentaksiran (buku ujian, manuskrip jawapan atau kerta penulisan) dihantar ke organisasi lain bagi tujuan skoran dan analisa, pastikan semua arahan penyediaan dan pembungkusan adalah dipatuhi. Kumpulkan semua bahan secepat mungkin, secara teratur dan tersusun agar murid tahu bahawa tugasan mereka adalah selamat. Seperti yang telah dinyatakan pada arahan manual, pastikan semua kertas jawapan mengandungi nama atau pengenalan murid dan dan mengandungi tanda-tandan pengenalan yang diperlukan, Kembalikan atau hapuskan bahan yang tidak digunakan. Jelaskan sebarang arahan terutama opsyen skoran, laporan atau ringkasan atau permohonan pengendalian. Permohonan semak semula atau analisa semula akan menambahkan kos. Jika pentaksiran pemarkahan diadakan setempat, pastikan ianya dikumpulkan setempat bagi mengelak tugasan murid tidak bercampur aduk atau hilang, Sebarang permasalahan yang berlaku ketika pentadbiran pentaksiran dijalankan akan menjejaskan skoran murid, oleh itu, pendidik boleh menentukan samada agar prosedur pentaksiran adalah berjalan dengan baik dan lancar. Pastikan pentaksiran skoran adalah tepat dan seragam. Membenarkan murid membuat skoran terhadap diri sendiri atau rakan adalah dianggap tidak berkebolepercayaan. Pentaksiran prestasi hendaklah dijalankan oleh guru atau lain-lain pentaksir yang telah dilatih; dan pentaksir hendaklah mengunakan rubrik bagi menjamin kebolehpercayaan. Pastikan juga semakan dibuat agar kunci skoran yang dibina adalah betul dan menyemak respon sampel yang kecil akan membantu memastikan ketepatan
Kriteria Contoh Pilihan Aneka Pilihan Jenis dan Sumber Prosedur Pentaksiran Pentaksiran Prestasi Prestasi

Kegunaan Kelebihan

Kekurangan

Betul-Salah Padanan Mengisi Tempat Kosong Mentaksir pengetahuan Berkesan, boleh dipercayai Merangkumi bidang yang luas Menumpu pada pengetahuan dan kefahaman Tidak berupaya mentaksir pentaksiran kemahiran Lebih banyak menumpu kepada pemikiran aras rendah Ujian yang dibina adalah dari unsur kandungan yang jelas Item berkualiti tinggi Sah, boleh dipercaya dan adil Item lemah dibina Keadaan pentadbiran yang lemah Murid menjawab dengan meneka

Produk Esei Portfolio Mentaksir kemahiran, aplikasi , pengetahuan Menyelesai masalah Bermakna dan mendalam Menguji kebolehan dengan tujuan mengaplikasi pengetahuan

Keputusan mungkin tidak memberi gambaran kepada kandungan domian yang ditaksir Mengambil masa dan mahal Kemungkinan dalam bilangan yang kecil

Kunci Kejayaan

Kriteria skor dibina dengan berhati-hati dan dimaklum kepada pengguna Skala skor yang jelas dan ditaksir oleh penilai terlatih Sah, boleh dipercaya dan adil Tugasan yang bermakna dan kaya dengan kandungan Tugasan ditulis dengan tidak baik Terlalu sedikit tugasan Skala skor yang samar dan dijalankan oleh penilai tidak terlatih Kandungan sampel tidak memadai

Sumber Ralat

Penafian/Disclaimer. Pengendali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan permasalahan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam lamanini
Page Created 23 Apr 07 and last updated on 10 January 2009 by Pengendali@ 2006

You might also like