You are on page 1of 1

FUNGSI KEHAKIMAN

PENGENALAN Badan Kehakiman (Judicirial) badan yang menjalankan kuasa kehakiman di negara ini. Kuasa-kuasa kehakiman di negara ini terletak di Mahkamah Agong, Mahkamah Rayuan, Mahkamah-Mahkamah Tinggi dan Mahkamah-Mahkamah Bawahan. Bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Hakim, ianya mestilah tidak terpengaruh atau menyebelahi mana-mana pihak. Kebebasan untuk menjalankan tugas-tugas hendaklah terjamin. Pihak kehakiman mestilah mempunyai kebebasan untuk bertindak sebagai sebuah institusi. Kehakiman merupakan satu BADAN hakim-hakim (body of judges) dalam satu sistem perlembagaan. Terdapat kehakiman berbeza-beza antara satu negara dan negara lain dari segi kuasa dan peranan. Para Hakim diberi kuasa mentafsir dan melaksanakan undang-undang dengan kuasa atau autoriti yang diberikan kepada mereka. Kuasa ini termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia

 Fungsi-fungsi Kehakiman di Malaysia - Fungsi utama: o Mentadbir keadilan o Mentafsirkan undang-undang o Mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan o Mengesahkan undang-undang dan membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan. o Mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan itu tidak sah sekiranya bercanggah dengan Perlembagaan o Memelihara hak-hak warganegara daripada sebarang pencabulan oleh pihak kerajaan. o Menyelesaikan pertikaian antara individu dengan individu, dan antara individu dengan pihak kerajaan. * Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan telah dipinda pada 19 Mac 1988. *Menurut pindaan, kuasa kehakiman (judiciary powers) tidak lagi terletak secara eksklusif di tangan mahkamah-mahkamah. *Bagaimanapun, mahkamah masih mempunyai kuasa untuk mentafsirkan sesuatu undang-undang yang kurang jelas.

You might also like