You are on page 1of 45

TAMADUN ISLAM DAN ASIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA MELAYU

JOM MEMPELAJARI TENTANG: HAK ASASI MANUSIA MENURUT PANDANGAN ISLAM

PENGENALAN HAK ASASI MANUSIA


Konsep Hak asasi manusia terdiri daripada dua segi iaitu dari segi perundangan dan juga dari segi moral. Dari segi perundangan, hak asasi manusia merupakan satu bentuk hak yang dinikmati oleh seorang warganegara seperti yang telah termaktub dalam undang-undang negara berkenaan.

Contohnya,dalam undang-undang yang menerangkan tentang hak kemanusiaan yang terlindung di bawah perlembagaan. Pencabulan hak kemanusiaan yang berkenaan, mungkin akan membawa kepada tindakan undang-undang yang sewajarnya. Penakrifan hak kemanusiaan dari segi undang-undang adalah berbeza dari satu negara dengan negara yang lain.

Dari satu segi moral, Hak asasi manusia merupakan satu tanggapan moral yang didukung oleh anggota masyarakat dengan mengakui wujudnya hak tertentu yang harus dinikmati oleh setiap individu. Individu tersebut dianggap sebagai "sebahagian daripada sifatnya sebagai manusia", walaupun ia mungkin tidak termaktub dalam undang-undang.

Selain itu, anggota-anggota masyarakat berkenaan akan cuba mengelakkan diri daripada mencabuli hak masing-masing dengan penuh perasaan moral. Kewujudan dan kesahihan dalam isi kandungan hak asasi manusia telah menjadi isu pendebatan dalam bidang falsafah dan sains politik.

HAK ASASI MANUSIA MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM


Hak asasi dalam Islam berbeza dengan hak asasi menurut pengertian umum. Dalam islam, hak merupakan kewajiban bagi negara mahu pun individu yang tidak boleh diabaikan.

Setiap individu mempunyai kewajipan untuk menjamin dan melaksanakan hak-hak ini. Sebagai contoh, negara berkewajipan menjamin perlindungan sosial bagi setiap individu tanpa membezakan jenis kelamin iaitu jantina seseorang, agama mahupun bangsa.

Islam tidak hanya menjadikan perkara tersebut sebagai kewajipan negara, bahkan islam juga memerintahkan negara untuk berperang demi melindungi hak-hak ini. Contohnya,sejarah islam iaitu Abu Bakar as telah memerangi orang-orang yang tidak mahu membayar zakat untuk menjaga hak muslimin yang lain.

Islam juga memberikan hak untuk memerintah kepada pemerintah agar melaksanakan pemerintahannya dengan penuh tanggungjawab, adil dan saksama serta mengamalkan suruhan Allah SWT. Seperti mana firmanNya: Iaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukannya di muka bumi, niscaya mereka menegakkan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat maruf dan mencegah perbuatan mungkar. Dan kepada Allah-lah kembali semua urusan." (QS. 22: 4)

CONTOH HAK ASASI MANUSIA DI DALAM ISLAM (HAM)


Hak untuk hidup. Hak Kebebasan Beragama Hak Atas Keadilan Hak Persamaan Taraf Hak untuk mendapatkan pendidikan. Hak Kebebasan Memberikan Pendapat Hak Mendapat Pekerjaan Hak Pemilikan

HAK UNTUK HIDUP


` Hak hidup merupakan hak asasi paling utama bagi manusia. ` Hak hidup merupakan kurniaan Allah s.w.t kepada setiap manusia. ` Perlindungan hukum islam terhadap hak hidup manusia dapat dilihat daripada ketentuan-ketentuan syariah yang melindungi dan menjunjung tinggi nilai setitik darah dan nyawa seseorang manusia. Ini dapat dilihat melalui larangan membunuh qisas dan larangan membunuh diri.

Membunuh merupakan salah satu daripada dosa besar yang diancam oleh Allah SWT dengan balasan api neraka. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al-Nisa ayat 93 yang membawa erti berikut : Dan barang siapa membunuh seorang muslim dengan sengaja maka balasannya adalah neraka jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah s.w.t murka keatasnya dan melaknatnya serta menyertakan azab yang berat keatasnya.

Qisas merupakan sambungan daripada larangan membunuh dan juga merupakan saksi hukum mengenai kejahatan terhadap diri dan jiwa orang lain. Qisas diwajibkan oleh Allah SWT sebagai satu tindakan pencegahan untuk memelihara kelangsungan hidup umat manusia yang adil, aman, dan tenteram.

Firman Allah SWT dalam surah A-Baqarah ayat 178 yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu Qisas dalam masalah pembunuhan, orang merdeka dengan orang merdeka, hamba sahaya dengan hamba sahaya, dan perempuan dengan perempuan.

HAK KEBEBASAN BERAGAMA


Kebebasan dan kemerdekaan merupakan salah satu elemen dalam Hak Asasi Manusia, ini termasuklah hak kebebasan untuk memeluk agama yang sesuai dengan keyakinannya. Islam turut melarang keras terhadap adanya pemaksaan terhadap keyakinan orang lain mengenai agama yang telah dianutinya.

` Hal ini telah dijelaskan dalam surah Al-Baqarah ayat 256: Tidak ada paksaan untuk (memeluk) agama islam, sesungguhnya telah jelas mengenai jalan yang benar dan sebaliknya. Kemerdekaan untuk beragama telah wujud dalam pelbagai cara. Antaranya tiada paksaan untuk memeluk sesuatu agama atau kepercayaan tertentu atau meninggalkan agama yang telah diyakininya.

` Selain itu, islam memberikan kekuasaan kepada orang-orang bukan islam ( ahli agama) untuk melakukan apa sahaja asalkan tidak bertentangan dengan agama islam. ` Islam turut menjaga kehormatan dan status ahli kitab, bahkan mereka juga turut diberi kebebasan untuk mengadakan perdebatan dan bertukar pemikiran serta pendapat dan mengelakkan kekerasan dan paksaan.

HAK ATAS KEADILAN


Keadilan merupakan prinsip dasar dalam agama islam. Keadilan juga merupakan disiplin mutlak untuk menegakkan dan menjaga kehormatan manusia. Surah Al-Nahl ayat 90, yang membawa maksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan membuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah s.w.t melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan .

Keadilan merupakan hak setiap manusia dan telah menjadi elemen utama dalam keharmonian setiap perhubungan setiap individu. Disebabkan itulah, telah menjadi hak setiap individu untuk memohon perlindungan daripada penguasa yang sah, dan telah menjadi kewajipan bagi para pemimpin untuk menegakkan keadilan dan memberikan jaminan keamanan yang cukup kepada warganya.

HAK PERSAMAAN TARAF


Islam adalah agama yang tidak memandang perbezaan darjat hanya berdasarkan warna kulit, bangsa, kekayaan dan sebagainya Pembahagian manusia berdasarkan bangsa atau warna kulit hanyalah bertujuan untuk menjadikan kita untuk saling berkenalan antara satu sama lain.

 Al quran telah menjelaskan definisi persamaan taraf antara manusia di dalam Surah Al-Hujarat ayat 13 yang membawa erti :Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu pelbagai bangsa, bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu adalah mereka yang paling bertakwa .

` Pembahagian manusia mengikut bangsa dan warna kulit bukanlah untuk menjadikan bangsa terbabit berbangga dengan bangsanya. ` Secara dasarnya, keunggulan seseorang manusia adalah berdasarkan ketakwaannya dan keimanan kepada Allah s.w.t.

` Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya : Orang Arab tidak memiliki kelebihan terhadap orang bukan Arab, juga orang kulit putih tidak memiliki kelebihan terhadap orang kulit hitam atau orang kulit hitam tidak memiliki kelebihan terhadap orang kulit putih. Kamu merupakan anak-anak Adam dan Adam diciptakan dari tanah .

` Islam telah memberikan hak yang sama kepada umatnya berkaitan hukum. Hal ini bermakna bahawa setiap orang mempunyai kewajipan dan hak-hak yang sama di hadapan Allah SWT. ` Oleh itu, setiap orang haruslah diperakukan dan diberikan mandat yang sama dalan menjalankan ketentuan hukum.

HAK MENDAPATKAN PENDIDIKAN


` Setiap orang memiliki hak untuk mendapatkan pendidikan dan pembelajaran. ` Setiap orang juga mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan yang bersesuaian dengan tahap kemampuan dirinya. ` Menurut agama islam, mendapatkan pendidikan bukan hanya merupakan satu hak, tetapi ianya merupakan satu kewajipan bagi setiap manusia.

` Hak ini telah dinyatakan oleh hadis Nabi Muhammad s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Bukhari: Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap manusia . Selain itu, pendidikan dapat membuka dan mengembangkan akal pemikiran manusia terhadap kenyataan hidup di alam semesta ini.

Pendidikan juga dapat memberikan kesedaran kepada manusia untuk memperjuangkan haknya. Allah SWT telah memberikan penghargaan kepada orang yang berilmu, dimana dalam Surah Al-Mujadilah ayat 11 dinyatakan bahawa Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berilmu.

HAK KEBEBASAN MEMBERIKAN PENDAPAT


Setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan pendapat namun tidak boleh melebihi batasbatas hukum dan norma-norma yang lainnya. Ertinya, tidak seorang pun dibolehkan untuk menyebarkan fitnah dan berita-berita yang mengganggu tatatertib umum dan mencemarkan nama baik orang lain.

Malahan, sewaktu mengemukakan pendapat, kita haruslah melontarkan idea yang dapat memberikan kebaikan dan menggelakkan kemungkaran. Sejak dari dahulu lagi, islam telah mengamalkan prinsip kebebasan memberikan pendapat. Pada zaman nabi, telah menjadi satu kelaziman para sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad SAW mengenai beberapa masalah berkaitan dengan perintah Allah s.w.t.

Kebebasan memberikan pendapat juga dijamin oleh Lembaga Syura dan Lembaga musyawarah dengan rakyat, yang dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam surah Asy-Syura ayat 38 yang diertikan: Dan urusan mereka diputuskan dengan musyawarah di antara mereka.

Prinsip musyawarah ini sangat penting dalam islam, kerana menurut Al-Quran setiap orang diperintahkan untuk mengadakan musyawarah dalam menyelesaikan pelbagai urusan dunia yang dihadapinya.

HAK MENDAPAT PEKERJAAN


Islam bukan hanya menyatakan bekerja sebagai hak malahan ianya wajib. Bekerja merupakan satu kehormatan yang perlu dijamin, sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad s.aw : Tidak ada makanan yang lebih baik dimakan oleh seseorang daripada makanan yang telah dihasilkan dari tangannya sendiri . ( HADIS RIWAYAT BUKHARI )

` Selain itu, islam turut menjamin hak seseorang itu sebagai pekerja, seperti yang terdapat di dalam hadis dibawah : Berilah pekerja itu upahnya sebelum kering keringatnya . ( HADIS RIWAYAT IBNU MAJAH ) ` Antaranya adalah bekerja dan berusaha dalam islam adalah wajib, maka setiap orang muslim dituntut bekerja dan berusaha dalam memakmurkan hidupnya.

` Sebaliknya agama islam tidak menyukai orang yang malas bekerja (menggangur). ` Islam turut memandang rendah kepada orang yang mengemis, yang bergantung hidupnya kepada orang lain dengan meminta-minta. ` Kedua, islam mengalakkan kebebasan dalam mencari rezeki dan kebebasan untuk mengumpulkan kekayaan.

Setiap muslim berhak memilih pekerjaan yang hendak dilakukan, dan apa yang dilakukan mestilah berlandaskan syariat islam. Selain itu, islam juga menyatakan bahawa bekerja merupakan satu ibadah kepada Allah s.w.t.

HAK PEMILIKAN
Islam merupakan agama yang menjamin hak pemilikan yang sah dan mengharamkan penggunaan cara yang salah dan songsang untuk mendapatkan harta orang lain yang bukan haknya. Hak ini telah dibuktikan melalui firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud:-

Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dan janganlah kamu bawa urusan harta itu kepada hakim agar kamu dapat memakan harta benda orang lain itu dengan jalan berbuat dosa padahal kamu mengetahuinya . ` Disebabkan faktor inilah islam melarang perbuatan riba dan setiap usaha yang merugikan. ` Islam turut melarang perbuatan penipuan seperti riba dalam menjalankan proses perniagaan.

RUMUSAN HAM MENURUT PANDANGAN ISLAM


Islam telah mengariskan Hak Asasi Manusia mengikut dua kategori utama iaitu HAK ALLAH S.W.T dan HAK INSAN. Kedua-dua kategori ini mempunyai akibat yang berbeza untuk insan dan amalannya.

Walaubagaimanapun, hak insan tidaklah bersifat mutlak. Pemerintah negara islam bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan hak-hak tersebut seperti yang telah digariskan oleh maqasid syariah yang ke-5 iaitu melindungi agama, akal, nyawa, keturunan dan harta. Islam juga merupakan satu ajaran agama yang asy-syamul (lengkap).

` Ajaran islam meliputi aspek dan kehidupan manusia tanpa mengira taraf dan darjat. ` Pemerintah negara islam telah diberikan tugas untuk menjaga masyarakat dan mengembalikan hak-hak yang sepatutnya kepada pihak yang berwajib jika berlakunya pencabulan hak-hak tersebut. ` Islam telah memberikan tuntutan kepada manusia bermula daripada urusan yang paling kecil hingga urusan manusia yang besar.

`Pembinaan tamadun yang mantap mestilah disertakan dengan elemen hak asasi manusia yang adil, dan saksama. ` Keruntuhan dan kemajuan sesebuah tamadun atau bangsa berpunca dan bergantung kepada hak asasi manusia. Adakah mereka menggunakannya dengan adil ataupun tidak.

Kebebasan mutlak sebenarnya tidak wujud dalam masyarakat madani kerana masyarakat bertamadun ialah masyarakat yang dikawal oleh sistem, peraturan dan undang-undang. Golongan yang menjadikan hawa nafsu sebagai panduan bukanlah masyarakat yang bebas, sebaliknya adalah masyarakat yang sesat.

RUJUKAN
http://mlatiffauzi.wordpress.com/2007/10/1 4/konsep-hak-asasi-manusia-dalam-uunomor-39-tahun-1999-telaah-dalamperspektif-islam http://www.scribd.com/doc/22500662/EUU -LECT-10-Islam-Hak-Asasi.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like