You are on page 1of 2

Pengaruh Internet Terhadap Pelajar Sekolah

Pengaruh Internet Terhadap Pelajar Sekolah oleh: yieMEGA Penyalahgunaan internet dikalangan pelajar sekolah semakin membinbangkan dewasa ini terutamanya membabitkan pelayaran laman web berunsur lucah yang turut menjadi kegilaan pelajar masakini.

INTERNET kini menjadi medium perhubungan komunikasi yang popular di kalangan rakyat Malaysia malahan ia turut menjadi medium pilihan rakyat Dunia sebagai satu cara baru dalam berkomunikasi dan juga bakal menjadi medium komunikasi utama dunia tambahan pula talian telefon internet berasaskan IP semakin popular dewasa ini. Kewujudan internet banyak juga pro dan kontranya terhadap masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia khasnya. Kini di Malaysia Internet menjadi medium penyampaian baru apabila kebanyakkan pemimpin menggunakan platform blog untuk menyampaikan maklumat termasuklah Perdana Menteri Malaysia sendiri yang juga turut menggunakan blog sebagai medium penyampaian.

Pelajar Sekolah Di Kafe Siber Penulis tidak nafikan memang banyak kebaikkan penggunaan internet tetapi adalah tidak adil jika kita sekadar membincangkan kebaikkan tetapi tidak membincangkan keburukanya. Terlebih dahulu penulis bukanlah anti internet tetapi penulis lebih kepada untuk membimbing ibu-bapa agar dapat membimbing anak-anak mereka menggunakan internet untuk jalan-jalan yang lurus. Pelajar sekolah hari ini adalah antara pengguna internet di Malaysia. Sekiranya di rumah mereka tidak ada kemudahan internet mereka akan ke kafe siber untuk mendapatkan kemudahan internet jadi kebanyakkan mereka sudah terdedah kepada penggunaan internet. Portal-portal sosial seperti Myspace, Friendster, Hi-5, Tagged, Facebook dan bermacam-macam lagi yang wujud umpama cendawan tumbuh selepas hujan telah menjadi kegilaan pelajar-pelajar zaman sekarang maklumlah dunia sudah serubah zaman sudah maju.

Selain daripada portal-portal sosial, permainan komputer atas talian (Online Games) turut menjadi kegilaan pelajar sekolah masa kini. Antara permainan komputer atas talian yang popular adalah Risk Your Life 2 Incomplete Union, Cabal SEA, FiFa Online dan bermacam-macam lagi. Penyalahgunaan internet dikalangan pelajar sekolah semakin membinbangkan dewasa ini terutamanya membabitkan pelayaran laman web berunsur lucah yang turut menjadi kegilaan pelajar masakini. Paling mengejutkan apabila penulis membuat tinjauan di Kafe Siber sekitar Kota Bharu, Kelantan Pelajar Sekolah seawal darjah empat sudah terdedah dengan laman web lucah apabila penulis secara tidak sengaja terlihat kumpulan pelajar sekolah terbabit melayari laman web lucah di sebuah Kafe Siber berdekatan dengan bangunan PKINK. Mungkin menyedari tindak-tanduk mereka diperhatikan penulis cepat-cepat mereka menutup laman web tersebut. Pada mulanya penulis membiarkan sahaja mereka tetapi atas dasar ingin tahu, penulis cuba bertanya mereka tentang umur mereka kesemua mereka adalah pelajar darjah empat sebuah sekolah rendah yang berdekatan. Di samping itu, semasa mahu pulang penulis terserempak dengan dua kumpulan pelajar sekolah yang bertengkar dan saling memarahi antara satu sama lain. Penulis cuba memasang telingga untuk mengetahui sebab mereka bertengkar, akhirnya tahulah penulis bahawa mereka bertengkar mengenai item permainan atas talian Risk Your Life Incomplete Union yang hilang dan mereka menuduh satu kumpulan lagi yang bertanggungjawab mencuri item tersebut. Nampaknya, permainan atas talian itu menjadi punca pergaduhan mereka ini bermakna permainan atas talian itu secara tidak langsung mengajar pelajar-pelajar bertindak ganas. Selain daripada itu, bahasa-bahasa yang digunakan semasa permainan itu dijalankan juga tidak sesuai dengan kedudukan mereka sebagai pelajar kerana ada yang mencarut, ada yang menyumpah dan ada juga yang mengungut. Penulis tidak nafikan kebanyakaan perkataan lucah telah disekat oleh penyedia permainan atas talian tersebut, namun mereka tetap mencarut dengan menggunakan perkataan yang tidak mampu dikesan oleh pengesan perkataan buruk permainan itu dengan menambahkan aksara-akasara tertentu seperti ****. Jelas sekali pelajar-pelajar sekolah masakini perlu dibimbing oleh ibu-bapa semasa menggunakan internet ataupun bermain permainan video atas talian seperti RYL2 Incomplete Union.

You might also like