You are on page 1of 1

REFLEKSI Dalam kerja kursus pendek kali ini, kami telah diberi tugasan untuk menjalankan satu tinjauan

bagi mengumpul data mengenai satu isu atau senario yang dikenalpasti. Oleh itu, selepas saya menerima tugasan ini, saya pun segera duduk berbincang dengan ahli kumpulan saya dan akhirnya, kumpulan kami telah memilih untuk membuat tinjauan tentang penggunaan jenis tuala wanita dalam kalangan penghuni blok A. Saya telah memperolehi banyak pengetahuan dan pengalaman semasa membuat tugasan kali ini. Melalui tugasan ini, saya telah memperoleh pengetahuan yang lebih mendalam dan jelas tentang tajuk statistik dan mengetahui cara-cara untuk mengurus data dengan menggunakan Jadual Taburan kekerapan. Selain itu, saya juga telah mengetahui cara-cara untuk

mempersembahkan data yang dikumpul dengan menggunakan persembahan visual seperti carta bar, carta pie dan graf garis. Di samping itu, saya juga telah mengetahui kegunaan statistik dalam pelbagai tugas. Sebagai seorang bakal guru, saya rasa kita harus mengetahui sedikit sebanyak tentang statistik dan cara-cara untuk menguruskannya. Melalui tugasan ini juga, saya juga telah mengetahui pentingnya semangat kerjasama dalam kalangan ahli-ahli kumpulan. Ini kerana sekiranya tiada kerjasama antara ahli-ahli kumpulan, maka kami tidak akan berjaya untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu, sekiranya tanpa ada kerjasama daripada ahliahli kumpulan, maka kami tidak mungkin akan dapat menjalankan tinjauan ini dengan sempurna. Oleh itu, saya rasa sangat bersyukur kerana semua ahli-ahli kumpulan saya sangat bekerjasama dan memberi komitmen yang tinggi semasa membuat tugasan ini.

You might also like