P. 1
Kaedah Gabungan Bunyi Kata

Kaedah Gabungan Bunyi Kata

|Views: 941|Likes:
Published by shafikalni

More info:

Published by: shafikalni on Feb 13, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/16/2013

pdf

text

original

Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK

)
(copyright) Profesor Isahak Haron 2006

Modul 1: Pengenalan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK): Latar belakang dan Prinsip
Objektif:
y y

supaya guru mengetahui latar belakang dan prinsip Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) sebagai alternatif kepada kaedah abjad/fonik dan kaedah Seluruh Perkataan. Guru dapat menggunanya dalam modul-modul 6 ± 8.

Seperti yang dihuraikan dalam Modul 2, 3 dan 4, terdapat dua mazhab dan pendekatan besar dalam pengajaran awal membaca bahasa Inggeris, iaitu pendekatan fonik dan pendekatan seluruh perkataan. Pendekatan fonik bermula dengan mengajar kanak-kanak huruf abjad dan bunyinya, kemudian baru membaca perkataan. Pendekatan seluruh perkataan pula terbalik: ia bermula dari mengajar µperkataan¶ kemudian µanalisis perkataan¶ supaya murid tahu suku kata, huruf dan bunyinya. Salah satu sebab pengajaran awal membaca dan menulis tidak mudah ialah kerana sistem ejaannya celaru dan tidak fonemik. Jadi sebenarnya terdapat sekumpulan perkataan yang mudah diajar dalam kaedah fonik, dan sekumpulan lagi lebih berkesan diajar secara seluruh perkataan melalui µpandang dan sebut¶. Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) bagi pengajaran awal Bahasa Melayu berbeza dengan µpendekatan fonik/abjad¶ atau µseluruh perkataan¶ dalam bahasa Inggeris. KGBK berasaskan kepada ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam Bahasa Melayu, yang tidak terdapat dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Arab atau Bahasa Cina. a) Ia mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu yang sistematik dan fonemik: maksudnya, setiap huruf mewakili satu bunyi, kecuali huruf e, di mana terdapat dua bunyi. Misalnya, huruf a bunyinya µaa¶, huruf b bunyinya µbh¶, c bunyinya µch¶, d bunyinya µdh¶, m bunyi µmm¶ dan sebagainya. Hanya e mempunyai dua bunyi, iaitu e taling seperti dalam perkataan µemak¶, µenam¶ dan e pepet seperti dalam µekor¶ dan µelok¶. Untuk mengetahui lebih lanjut sistem ejaan Bahasa Melayu (Rumi) rujuk, Dewan Bahasa dan Pustaka (1991), Pedoman umum ejaan rumi Bahasa

b) membaca perkataan yang bermakna serentak dalam suatu pelajaran. iaitu mengabung µbunyi¶ dengan terus membentuk perkataan dan membacanya. µjam ba tan¶.µka ki¶. dan frasa seperti µbubu baba¶. ubi. µper ja la nan¶ dan sebagainya. Dengan ini mereka mendapati proses belajar membaca itu memberi makna dan berguna. ibu abu¶. dengan melihat bunyi hurufnya dan suku katanya. untuk membentuk bunyi suku kata µba bi bu¶. Misalnya dalam Bahasa Melayu tidak ada perbezaan bentuk bagi gender (laki. baca. µma kan¶. Misalnya setelah murid boleh membaca suku kata µba bi buµ dan µca ci cu¶ dan boleh membaca perkataan µcucu. Kajian kami menunjukkan kebanyakan murid bermotivasi untuk mencuba lagi membaca setelah mereka mula tahu membaca beberapa patah perkataan begini. µta nya¶ µpe nyu¶ µsu ngai¶ µpan tai¶. Dalam kaedah ini murid diberi asas kemahiran untuk a) mengesan (attack) sesuatu perkataan. kita sudah mengguna apa yang dipanggil kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK). Kuala Lumpur. µibu abu¶ yang bermakna. dalam satu atau dua pelajaran saja. µi tik¶.Melayu. Ini penting untuk memberi kemahiran atau kecekapan mereka membaca sendiri perkataan baru. Bila kita gabungkan bahagian (a) dan (b) di atas. jika ia tidak tahu membacanya. present tense) seperti dalam bahasa Inggeris.laki atau perempuan) untuk menyatakan µbanyak¶ (plural). b) Suku kata Bahasa Melayu jelas. µi tu¶. bubu. bibi. µka kak¶. Dewan Bahasa dan Pustaka. misalnya bunyi µb¶. c) Tatabahasa Bahasa Melayu lebih mudah berbanding dengan tatabahasa Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Dengan itu pengajaran membaca Bahasa Melayu peringkat awal untuk kanak-kanak (atau kepada sesiapa saja yang mula belajar Bahasa Melayu) boleh dibuat dengan menggabungkan a) pengajaran µbunyi¶ asas (fonem) beberapa huruf vokal µa i u¶ dan bunyi satu atau dua huruf konsonan. kerana dalam satu set pengajaran-pembelajaran. µbu nga¶. µbunyi huruf dan suku kata terus digabung menjadi µperkataan¶ dan dibaca. kam pung¶. cuci¶ mereka sendiri akan boleh membaca µcuba¶ dan µbucu¶. Dalam KGBK . misalnya µba tu¶. untuk menyatakan perbezaan waktu (past tense. Kaedah ini dinamakan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK). µse ko lah¶. dan b) terus membaca perkataan mudah µbaba.

3 bulan di setengah sekolah). Jika dicantum pula dengan suku kata µba bi bu¶ yang dipelajari sebelumnya. sebelum murid boleh diajar membaca perkataan dan ayat. 4. Setiap unit baru berkembang berasaskan unit sebelumnya. Ini mengambil masa panjang (2. . µbu kit¶ atau kvk+kv) seperti µlam pu¶ µlembu¶ dan sebagainya. Fasa berikutnya murid belajar jenis-jenis perkataan suku katanya diftong (seperti sungai. 2. membentuk dan membunyikan suku kata µka ki ku¶ dan terus membaca perkataan atau frasa µkuku kaki aki¶. murid tidak perlu diajar µmengecam seluruh perkataan¶ (pandang dan sebut perkataan) dan menghafal bentuknya. 3. abu buka buku¶. ca ci cu ce ce co. melawan¶ dan sebagainya. kemudian µcerakin¶ perkataan untuk mengenal huruf dan bunyi huruf. z seperti dalam kaedah abjad/fonik. di mana pelajaran yang lalu terus diguna untuk belajar membaca pelajaran yang baru. fasa kedua membina perkataan suku kata tertutup (kv +kvk seperti µka sut¶. murid boleh disambung berikutnya untuk belajar bunyi konsonan µk¶ pula. Fasa pertama kanak-kanak menguasai membina dan membaca perktaan suku kata terbuka. Dalam KGBK kanak-kanak terus µmembina¶ dan µmembaca perkataan¶ berdasarkan suku kata yang mereka belajar dalam satu pelajaran itu. setelah murid belajar membaca µb dan ba bi bu¶ dan perkataan-perkataan daripada suku kata ini seperti µibu baba. b. y. Perkembangan unit-unit pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat secara sistematik berturutan (sequential) berkembang.1. Misalnya. dsb¶ yang mengambil masa sebulan lagi. murid boleh membina dan membaca perkataan dan ayat seperti µbuku abu. Murid juga tidak perlu diajar semua suku kata terbua seperti ba bi bu be be bo. µmemberi¶. murid tidak perlu diajar mengenal dan menghafal semua huruf abjad secara berturutan dari a. ubi abu¶. seperti dalam kaedah seluruh perkataan. Murid juga terus membaca ayat mudah dalam sesuatu pelajaran itu. pulau) dan imbuhan seperti ber me. mem seperti µberjalan¶. c sampai x.

Kaedah ini dinamakan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata. . 2003. beserta Panduan Guru. Bina rangkai kata atau ayat. Perkenalkan bunyi konsonan mudah seperti b dan cara menulisnya 3. Ini didapati lebih mudah dan cepat untuk murid belajar membaca dan menulis. Bina perkataan dari suku kata (kv + kv). 1990. iaitu murid menulis apa yang dibaca. 1982. Bina frasa atau ayat seperti cucu aci. dan buku Bahasa Malaysia. Perkenalkan bunyi vokal mudah a i u. Pendekatan ini membolehkan pembinaan dan susunan bahan pengajaran-pembelajaran dan peningkatan kemahiran membaca dibuat secara berturutan (sequential) dan berkembang (developmental). 4. Murid salin apa yang dibaca. Contoh langkah-langkah pengajaran KGBK secara terperinci seterusnya. Ulang pelajaran unit yang lalu Perkenalkan huruf konsonan baru. diberi dalam Modul 4. Contohnya adalah seperti dalam buku saya Mari Membaca. untuk membina lagi perkataan seperti baca bucu cuba 6. Fajar Bakti. 6 dan 7. 4. untuk pra sekolah. 2. Fajar Bakti. dan Mudah Membaca Bahasa Melayu. suku kata dan perkataan. supaya menjadi ba bi bu dan cara menulisnya. Ini bererti unsur µmembunyikan¶ huruf dengan membina dan µmembaca perkataan¶ boleh digabungkan dalam sesuatu pengajaran-pembelajaran membaca. dan cara menulisnya 2. 1. dan buku Ceria 2M terbitan Ilmu Bakti. frasa atau ayat bermakna. 3. 5. seperti µbaba bibi bubu babu. dsb 7. misalnya µc¶ Bina suku kata ca ci cu Bina perkataan kvkv seperti µcaca cucu cuci aci acu¶ Guna suku kata pelajaran yang lalu ba bi bu. babu baba¶ 6. 5. siri Genius.Langkah-langkah asas dalam pengajaran membaca dan menulis KGBK. Murid menulis menyalin apa yang mereka baca: huruf. Murid tidak perlu mengenal dan menghafal semua huruf sebelum belajar membaca. Semua langkah di atas dibuat dalam satu atau dua pelajaran saja. kerana dalam satu set pengajaranpembelajaran. µbunyi huruf dan suku kata terus digabung menjadi µperkataan¶ dan dibaca. seperti µibu abu. Pelajaran berikutnya 1. Utusan Publications. Bentuk suku kata terbuka (kv) darinya. ibu¶ 5. ibu cuci ubi. Pada akhir setiap pelajaran kanak-kanak µboleh¶ membaca µperkataan¶.

sampai. murid boleh membaca dengan lancar µcerita mudah¶ dalam tempoh kurang dari tiga bulan. y. Guru hendaklah juga selang selikan aktiviti pengajaran membaca dengan membaca kuat (read aloud) buku kepada murid.Dari kajian kami. Dari pemerhatian dan laporan guru.. z dahulu sebelum membaca. Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) digubal secara sistematik untuk mengajar kanak-kanak 2M. frasa atau ayat. Ini menyusahkan dan melambatkan kebolehan kanak-kanak membaca . atau menyanyi semasa mengajar 2M. atau µpendekatan eklektik¶ yang diguna sekarang untuk mengajar Bahasa Inggeris. Pendekatan KGBK menyatakan bahawa tidak perlu dipisahkan µsequence¶ antara mengenal µbunyi-huruf¶ dengan membina-dan-membaca µperkataan¶. Dalam kaedah abajd / fonik. Maka kadang-kadang timbul konflik di antara guru tadika yang mengajar kanak-kanak membaca mengguna KGBK (dan kanak-kanak itu boleh membaca ). murid dan murid berbual. Nota: Ada guru mengguna kaedah dan buku Awal Membaca Siri Genius Fajar Bakti 2006 atau buku yang umpama dalam pengajaran mereka. mendengar dan bercakap. Kepercayaan ini didasarkan kepada pengalaman mereka diajar dan belajar membaca di zaman kanak-kanak dahulu. Kemahiran murid mendengar dan bertutur terselit secara informal semasa guru dan murid. c . jika diajar sejam sehari. Pendekatan µgabungan¶ dan susunan bahan secara kumulatif seperti dalam KGBK ini tidak mungkin berlaku dalam µpendekatan abjad/fonik¶. Ramai guru masih percaya kuat bahawa kalau murid µtidak kenal huruf abjad. tetapi ibu bapa masih tidak puas hati dan mahu anak mereka diajar a b c. Guru hendaklah membina keempat-empat kemahiran berbahasa ini. supaya mereka mudah membaca. Ibu bapa juga percaya anak-anak hendaklah diajar a b c dahulu sebelum boleh diajar membaca.. dan menokok tambah aktiviti untuk .. ada kaedah dan teknik tertentu khusus untuk mengajar kanak-kanak ¶membaca dan menulis¶ pada peringkat permulaan. Pendekatan KGBK ini juga tidak memulakan pengajaran membaca dengan memperkenalkan µperkataan¶ (whole word) dahulu dan kemudian µmencerakinkannya¶ menjadi suku kata dan µbunyi¶ setiap huruf.x.. Begitu juga guru yang mengajar Bahasa Inggeris. Walau pun terdapat pendekatan gabung jalin sebagai µpendekatan am¶ untuk mengajar bahasa. Ini juga melambatkan dan menyusahkan setengah murid dan mereka akan tercicir. supaya murid seronok belajar. iaitu mengenal huruf abjad a. b. Nota Dalam pengajaran 2M kita perlu juga mengajar kemahiran berbahasa lain. iaitu mendengar dan bertutur. lima hari seminggu mengikut susunan KGBK dalam buku itu.. kumulatif dan sistematik ini memudahkan guru mengajar 2M dan memudah murid belajar 2M bahasa Melayu. murid perlu belajar dahulu nama huruf dan bunyi semua huruf a b c«sampai «x y z sebelum mereka diajar membaca perkataan. murid itu tidak boleh diajar membaca Bahasa Melayu.x y z mengikut susunan dalam abjad. susunan bahan pengajaran-pembelajaran secara berturutan (sequential) dan µdevelopmental¶. µpendekatan seluruh perkataan¶. Guru tentu sekali harus mengajar murid menyebut sesuatu perkataan itu dengan sebutan standard.

saya pun berfikir bagaimanakah ini boleh terjadi. Maka dengan mengguna pengetahuan teori dan amalan pengajaran Bahasa Melayu yang saya ada untuk menggubal satu kaedah yang boleh menggabung pendekatan µfonik¶ (berasaskan bunyi) dan pendekatan µseluruh perkataan¶.40% murid di sekolah rendah. dan tatabahasanya yang mudah berbanding dengan sistem ejaan yang celaru dan tatabahasa yang lebih kompleks dalam Bahasa Inggeris. dalam tahun 1979. dan buku pilihan. puisi. dan tertanam tabiat dan minat membaca. Sebahagian kecil mengguna kaedah µpandang dan sebut¶ (look and say). Ringkasnya Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) menyatakan bahawa kita boleh menggabungkan proses mengajar µmengenal bunyi-huruf¶ dengan µmembina-dan-membaca perkataan¶ dalam satu atau dua pelajaran. dengan memberi berbagai nama untuknya. maka fasa seterusnya ialah murid diberi dorongan dan peluang membaca berbagai bahan bacaan: cerita. dan dakwaan orang lain yang mereka mencipta atau menggubah kaedah KGBK ini. frasa atau ayat. suku katanya jelas. ia akan menjadi bekalan dan asas untuk µpendidikan sepanjang hayat¶. iaitu kaedah seluruh perkataan yang popular di kalangan guru yang mengajar bahasa Inggeris di peringkat awal.memperkayakan pembelajaran. supaya mereka terus membaca sendiri. bahawa 30 . dan kanak-kanak terus membaca perkataan. Pada 8 ± 10 Disember 1979 saya membentang satu kertas kerja di KONPEN IV anjuran Persatuan Suluh Budiman di Kuantan. Dalam kertas ini saya meninjau beberapa kaedah mengajar membaca BM di peringkat awal. dan murid boleh membaca sendiri ayat dan cerita mudah. terutama huruf tulisan rumi. Haruslah diingat bahawa KGBK adalah fasa pertama untuk memudahkan murid mula belajar membaca. Setelah asas awal membaca dikuasai oleh murid. dan memperkenalkan Kaedah . Ini amat digalakkan.´ . saya perturunkan sedikit sejarah pembinaan kaedah ini dan penerbitan buku-buku saya tentang kaedah ini. kerana pada pendapat saya bahasa Melayu sangat mudah untuk diajar membaca dan menulisnya. ada pengarang yang mengarang dan menerbitkan buku berdasarkan pendekatan ini. Jika ini berlaku. Sedikit tentang latar belakang dan sejarah KGBK: Bila dan bagaimanakah KGBK digubal? Untuk mengelak daripada kekeliruan tentang sejarah dan asal usul Kaedah Gabungan Bunyi Kata ini. Setelah membaca laporan dalam akhbar. di mana sistem ejaannya fonemik dan sistematik. Dari tijauan saya saya dapati kebanyakan guru mengguna µkaedah abjad¶. dan kurang latihan. terutama di Sekolah Kebangsaan yang tidak boleh membaca. Ia digubal atas keistimewaan yang terdapat dalam sistem ejaan Bahasa Melayu. Saya berpendapat mungkin salah satu sebeb kenapa ramai murid tidak boleh membaca ialah kerana kaedah pengajaran 2M yang kurang berkesan. Sejak kebelakangan ini. Kertas bertajuk ³Beberapa Kaedah Mengajar MuridMurid Membaca Bahasa Malaysia di Peringkat Awal.

7. dengan jodol Mudah Membaca dan Menulis 1 & 2. Buku ini digunakan di setengah Sekolah SRJK Cina dan Tamil. juga diterbitkan oleh Fajar Bakti * 2003 buku Bahasa Malaysia 1 ± 6 Siri Genius (beserta Panduan Guru) diterbitkan oleh Fajar Bakti. (KBSR) terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia. sebagai lanjutan kepada buku Kegiatan Tadika 2 Bahasa Malaysia di atas. Kaedah yang menjadi pegangan ialah µ Kaedah Cerakin¶ (yang dianggap sebagai kaedah PPK) dan Kaedah Abjad. Kaedah ini dianggap berguna dan dijadikan salah satu kaedah pilihan (ke-4) dalam Buku Panduan Am. sebagai panduan guru mengajar. Buku ini banyak diguna di tadika swasta di bandar-bandar. untuk murid Tahun 1. (Lihat contoh Lampiran 3). ‡ Bulan April 1980 Kaedah ini dibentang di Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). ‡ 1982 Utusan Publications menerbitkan buku saya µMari Membaca¶ yang mengguna kaedah KGBK ini (lihat contoh Lampiran 2). ( lihat Lampiran 1). ‡ 1990 buku Mudah Membaca Bahasa Malaysia diterbitkan oleh Fajar Bakti. terutama di Sekolah Kebangsaan. * 2001 buku Ujian Membaca dan Menulis 1 & 2 yang diedit dari buku asal pada 1990. ‡ Tetapi Panduan Guru Bahasa Malaysia (KBSR) Tahun 1 (1981) bagi Sekolah Kebangsaan tidak mengguna KGBK untuk mengajar Bahasa Malaysia Tahun 1. di Jalan Duta. 63 ± 69. Guru mendapati ia mudah diguna. * Kaedah Gabungan Bunyi-Kata dijadikan asas untuk Panduan Guru Bahasa Malaysia KBSR Tahun I (Jun 1981) untuk SRJK Cina dan SRJK Tamil. dan murid mudah belajar 2M. untuk dicuba di sekolah kebangsaan. ‡ Pada Februari 1980 satu bengkel diadakan bersama guru-guru sekolah kebangsaan di Kuala Terengganu. Kurikulum Baru Sekolah Rendah. untuk membina bahan pengajaran/pembelajaran mengguna kaedah ini. yang tidak boleh membaca.Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) sebagai cadangan untuk mengatasi ramai murid di sekolah rendah. ‡ Kertas kerja ini diterbit dalam Jurnal Dewan Bahasa Jilid 24 Bil. Julai 1980. Pemerhatian rambang guru mendapati kaedah ini berkesan. * 2001 buku di atas telah diedit semula dan diterbit oleh Fajar Bakti dalam siri Tadika Fajar Bakti. 1981. * 1986 Fajar Bakti menerbitkan buku saya Kegiatan Tadika 2: Mari Membaca untuk tadika. untuk prasekolah (Lihat Lampiran 4) . ms.

KGBK ini diasaskan kepada ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam bahasa Melayu. suku kata perkataan bahasa Melayu yang jelas. Membaca : Satu Pengenalan. Kajian empirikal. Kuala Lumpur. menjadikannya suku kata dan terus membina dan membaca µperkataan¶ atau frasa atau ayat. sebagai alternatif kepada model atau pendektan µAbjad/Fonik¶ dan pendekatan µSeluruh Perkataan¶ ( whole word). Kuala Lumpur. Beberapa kajian dibuat tentang keberkesanan kaedah KGBK (untuk huruf rumi dan jawi) oleh pelajar disertasi sarjana pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka (1991). menggunakan kaedah ini. Pelajar boleh merujuk artikel dan buku-buku di atas untuk melihat contoh-contoh bahan p & p dan alat ujian. dan tatabahasa Melayu agak mudah berbanding dengan sistem ejaan dan tatabahasa bahasa Inggeris. Dalam Safiah Osman (ed). iaitu sistem ejaannya fonemik (terdapat hubungan yang jelas antara bunyi dan simbol (huruf) (sound-simbol relationship). Rujukan tambahan * Isahak Haron (1990). Dewan Bahasa dan Pustaka. dalam satu dua pelajaran saja. yang banyak diperkatakan dalam pengajaran membaca Bahasa Inggeris sejak lebih lima puluh tahun lalu. dibuat dalam dua konteks: pertama. Kanak-kanak prasekolah dan murid µpemulihan¶ dengan mudah boleh diajar membaca Bahasa Melayu dalam jangka masa yang pendek. Untuk mengetahui sistem ejaan Bahasa Melayu (Rumi) rujuk. Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu: Keberkesanan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata untuk Prasekolah dan untuk Pemulihan (2004) Abstrak Kajian ini menyemukakan pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) untuk pengajaran-pembelajaran membaca dan menulis Bahasa Melayu peringkat awal (early reading and writing). 2004). yang bertajuk dan abstraknya di bawah. Mengajar Membaca Peringkat Awal. Berita Publishing. Kajian juga dibuat di UPSI misalnya kajian (Laporan. untuk menguji keberkesanan model atau pendektan KGBK. Pedoman umum ejaan rumi Bahasa Melayu. Konteks kedua ialah di mana KGBK digunakan oleh guru-guru pendidikan khas untuk µmemulihkan¶ murid sekolah rendah di Perak dan Pulau Pinang yang µtidak boleh¶ membaca atau . Setelah tiga bulan guru tadika Kemas mengajar kanak-kanak membaca dan menulis mengguna KGBK.* 1996 Dewan Bahasa dan Pustaka terbitkan buku saya µBahasa Malaysia¶ Tahun 1. kemajuan kebolehan membaca 326 orang murid di tadika ini agak ketara. konteks pengajaran kanak-kanak prasekolah di 12 tadika Kemas di Hulu Selangor. Pendekatan KGBK menyatakan bahawa pengajaran membaca BM boleh dibuat dengan mengajar kanak-kanak µbunyi¶ beberapa huruf vokal dan konsonan.

dan untuk µmemulihkan¶ masalah µtidak boleh membaca¶ pelajar sekolah rendah dengan berkesan. PPD Kerian dan PPD Timur Laut Pulau Pinang. Dipos oleh Siti Salamah Mohd Yusof pada pukul 12:35 PM E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook . berbanding dengan golongan guru yang mengguna µseparuh saja¶ Kaedah ini. Aplikasi praktikal dapatan kajian ini ialah KGBK boleh diguna untuk mengajar kanak-kanak prasekolah dan Tahun 1 membaca dan menulis Bahasa Malaysia dengan lebih mudah dan cepat. atau untuk mengajar µmemulih¶ murid yang µtidak boleh¶ atau lemah membaca BM di sekolah rendah. KGBK merupakan model Ketiga dan pendekatan alternatif yang berasas dan µviable¶ untuk pengajaran awal membaca Bahasa Melayu atau bahasa-bahasa yang seumpama Bahasa Melayu. Dari segi sumbangan kepada teori atau model pengajaran awal membaca. Soalselidik survey digunakan untuk mendapat repons dan penilaian tentang keberkesanan KGBK daripada sampel 75 orang guru pendidikan khas sekolah rendah di tiga daerah pendidikan: PPD Hilir Perak. dapatan kajian keberkesanan KGBK ini µmenolak¶ anggapan bahawa terdapat µkonflik¶ antara kaedah µfonik¶ dan kaedah µseluruh perkataan¶ seperti yang terdapat dalam pengajaran awal membaca Bahasa Inggeris. Dapatan dari kajian penggunaan KGBK di kedua-dua konteks menunjukkan yang KGBK berkesan sebagai kaedah alternatif kepada kaedah yang guru amalkan sekarang untuk mengajar murid prasekolah membaca.lemah membaca. Dapatan menunjukkan kumpulan guru yang mengguna µsepenuhnya atau sebahagian besar¶ KGBK mendapati Kaedah ini mudah dan berkesan untuk µmemulih¶ murid membaca dan menimbulkan minat mereka membaca.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->