You are on page 1of 13

GARIS PANDUAN PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PENDAHULUAN Anugerah Perkhidmatan Cemerlang merupakan penghargaan Kerajaan kepada Anggota

Perkhidmatan Awam yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang. Perkhidmatan cemerlang adalah perkhidmatan yang diberikan oleh seseorang Anggota Perkhidmatan Awam yang mutu atau penghasilannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Perkhidmatan yang diberikan itu boleh dijadikan contoh dan ikutan, seta memberi pengaruh yang menggerakkan kecergasan bekerja dan daya usaha anggota perkhidmatan yang lain. Kerajaan telah melaksanakan sistem saraan Malaysia berkuatkuasa mulai 1 November 2002. Berikutan dengan itu, kerajaan telah menetapkan supaya dasar dan kaedah pemberian APC diubahsuai sewajarnya. Dengan itu, mulai dari tarikh keluarnya pekeliling ini semua peraturan dan rujukan mengenai pemberian APC hendaklah menggunakan kaedah pekeliling ini. KRITERIA-KRITERIA UMUM PEMILIHAN PENERIMA APC PPSM hendaklah memastikan anggota yang dipertimbang untuk menerima APC perlu memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dalam PKPA Bil 2 Tahun 2002 seperti berikut: 2.1 Anggota Perkhidmatan Awam dalam semua kumpulan, gred, dan kategori yang dilantik oleh mana-mana pihak berkuasa melantik berkenaan, untuk berkhidmat dengan agensi awam sama ada secara tetap, sementara atau kontrak. lni termasuk anggota yang berada di atas tangga gaji dan syarat-syarat perkhidmatan di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976, Sislem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia (SSM); 2.2 2.3 telah berkhidmat bagi tempoh genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian;dan anggota berkenaan telah memberi sumbangan kepada organisasi, Perkhidmatan Awam, komuniti, daerah negeri, Negara dan peringkat antarabangsa; dan
1

2.4

memperolehi markah sekurang-kurangnya 85% ke atas.

3. KRITERIA-KRITERIA TAMBAHAN YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN DALAM PEMILIHAN PENERIMA APC 3.1 Selain daripada kriteria-kriteria umum di para 3, PPSM juga boleh mengambilkira kriteria-kriteria tambahan dalam memilih penerima APC seperti berikut: 3.1.1 bebas tindakan tatatertib/Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia/ mahkamah pada tahun yang dipertimbang; 3.1.2 mempunyai rekod kehadiran bertugas yang bersih; 3.1.3 tidak pernah menerima APC tiga (3) tahun ke belakang;dan 3.1.4 Bagi pemilihan peringkat sekolah selain kriteria-kriteria umum dan kriteria-kriteria tambahan, antara kriteria- kriteria khusus yang boleh diambilkira adalah seperti berikut: a) pencapaian dalam Pembelajaran dan Pengajaran (P&P); b) pencapaian aktiviti ko-kurikulum; dan c) bebas teguran audit. 3.2 Selain daripada kriteria-kriteria tambahan seperti di para 4.1, PPSM juga boleh mengambilkira perkara-perkara berikut semasa memilih penerima APC: 3.2.1 bangsa; 3.2.2 gender; dan 3.2.3 lokasi tempat bertugas (bandar, luar bandar dan pedalaman)

4.. PEMILIHAN PENERIMA APC MENGIKUT KATEGORI ANGGOTA YANG DIPERTIMBANG 4:l Bagi memastikan pemilihan penerima APC lebih adil dan menyeluruh, anggota yang dipertimbang boleh dibahagikan berdasarkan kategori-kategori berikut: 4.1.1 Jenis kumpulan anggota yang dipertimbang (pengurusan dan profesional dan anggota kumpulan sokongan); 4.1.2 Cawangan/sektor/unit; (Ketua Cawangan/Sektor/Unit boleh mencadangkan mana-mana pegawai yang memenuhi syarat dan layak di bawah seliaan masing-masing kepada PPSM untuk menerima APC) 4.1.3 skim perkhidmatan; dan 4.1.4 gred jawatan anggota yang dipertimbang Contoh pembahagian kuota penerima APC mengikut kategori anggota yang dipertimbang sepertimana yang dilaksana diperingkat PPSM lnduk Kementerian pelajaran dan Bahagian Pengurusan sumber Manusia adalah seperti di Lampiran A dan B . 4.2 Pembahagian kotegori anggota yang. dipertimbang perlu disesuaikan mengikut jabatan/agensi/institusi.

BILANGAN PENERIMA APC 5.1 Bilangan penerima APC bagi setiap agensi tidak boleh melebihi 8 peratus daripada jumlah anggota yang berkhidmat pada 3l Disember tahun penilaian berkenaan. Walau bagaimanapun had maksimum ini tidak semestinya dipenuhi jika jumlah anggota yang layak tidak mencukupi. sekiranya pada tahun berkenaan tidak ada yang layak menerima APC, maka agensi tidak perlu melaksanakan APC bagi tahun berkenaan. contoh pengiraan bagi menetapkan kuata 1 peratus tersebut adalah seperti di lampiron C.

5.2 Guru Sandaran Tidak Terlatih dan Guru Sandaran Terlatih tidak boleh diambilkira dalam pengiraan jumlah keseluruhan anggota yang sedang berkhidmat dalam sesebuah organisasi bagi tujuan pemilihan B peratus penerima APC kerana pegawai berkenaan tidak dan belum lagi dilantik oleh pihak Berkuasa Melantik.

KUASA PPSM Walau bagaimanapun, pemilihan penerima APC adalah tertakhluk kepada PKPA Bil 2 Tahun 2002 dan PPSM mempunyai kuasa mutlak untuk memilih penerima APC. kepada PKPA Bil 2 Tahun 2002 dan PPSM mempunyai kuasa mutlak untuk memilih penerima APC. INSENTIF DAN HADIAH Insentif dan hadiah APC adalah seperti berikut: a) Sijil Perkhidmatan Cemerlang b) Hadiah prestasi sebanyak RM1000
c) Peluang dan keutamaan untuk memajukan kerjaya seperti menghadiri kursus seminar

atau seminar atau persidangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi d) Peluang dan keutamaan bagi pencalonan untuk menerima pingat, bintang dan darjah kebesaran persekutuan dan negeri e) Nama dan gambar penerima dipamerkan di pejabat di lokasi strategic atau yang biasa dikunjungi orang ramai PEMAKAIAN Tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing- masing, peruntukan Pekeliling ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, pihak berkuasa berkanun (persekutuan dan negeri) dan pihak berkuasa tempatan TARIKH KUATKUASA Pekelilimg ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2003. Bagaimanapun oleh kerana borang laporan penilaian prestai yang baru hanya akan digunapakai mulai tahun 2003, maka bagi tahun penilaian 2002, pemberian APC mengikut dasar dan kaedah baru dibawah pekeliling ini

hendaklah menggunakan asas penilaian prestasi anggota berdasarkan borang laporan penilaian prestai tahunan yang digunapakai untuk tahun 2002. PEMBATALAN Dengan berkuatkuasanya Pekeliling ini, pekeliling kemajuan pentadbiran awam bilangan 2 tahun 1993 bertajuk Garis panduan mengenai pemberian Anugerah perkhidmatan cemerlang perkhidmatan awam serta pindaan-pindaan yang berkaitan, iaitu pekeliling kemajuan pentadbiran awam Bil 2. Tahun 1993 (pindaan No 1/1993); pekeliling kemajuan pentadbiran awam bil. 2 tahun 1993 ( pindaan No 2/1993) ; pekeliling kemajuan pentadbiran awam bil 2 tahun 1993 (pindaan No 1/1995) pekeliling kemajuan pentadbiran awam bil 2 tahun 1993 (pindaan No 1/2000) adalah dibatalkan RUMUSAN Anugerah Perkhidmatan Cemerlang merupakan penghargaan Kerajaan kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang. Terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi untuk mendapat anugerah tersebut. Walau bagaimanapun, guru yang cemerlang dalam erti kata yang sebenar ialah guru yang mampu mendidik pelajar menjadi insan yang mampu berbakti kepada orang lain. Guru saya pernah berpesan, jadilah orang yang mampu memberi manfaat kepada orang lain dan kerana itulah saya memilih guru sebagai pilihan pertama. Namun begitu, peranan guru pada masa kini amat jauh berbeza sekali dengan peranan guru pada zaman dahulu. Pada zaman dahulu, tugas guru hanya tertumpu pada mendidik tapi pada masa kini hampir separuh daripada tugas guru di bebani dengan kerja- kerja perkeranian. Guru menjadi kurang fokus, hilang masa dan tenaga yang sepatutnya ditumpukan kepada tugasan sebenar, iaitu mengajar di dalam kelas. Perkara ini jika berlarutan, kalau ditambah bilangan guru 10 kali ganda pun, tapi kalau semuanya hendak buat kerja pentadbiran, memang tidak berubah keadaan sekolah. Lihatlah bagaimana pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, prestasi melintang (sudah tidak akan diamalkan lagi) pelantikan guru pakar, guru bestari dan guru cemerlang. Adakah mereka yang diberi semua penghargaan ini dilantik di kalangan guru yang anak murid mereka menunjukkan peningkatan prestasi akademik? Tidak! Kebanyakan penerima anugerah dan pentadbir-pentadbir sekolah, pejabat pelajaran daerah dan jabatan pelajaran negeri dilantik di kalangan orang yang menonjol di bidang pentadbiran
5

semata-mata. Sebab itulah kita lihat masih ada murid yang gagal subjek-subjek tertentu walaupun diajar oleh guru pakar, guru cemerlang dan guru bestari. Ini kerana yang bestari, cemerlang dan pakar ialah kerja pentadbiran guru itu, bukan teknik P&Pnya. Sekarang ini dengan peperiksaan PTK, guru yang malas masuk kelas pun boleh dapat kenaikan gaji dan pangkat. Bagaimana boleh berlaku, dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, guru yang pandai mengajar diketepikan berbanding guru yang hanya pandai menaip dan mengemas fail? Di manakah profesionalisme guru? Bagi saya, seorang guru itu profesional jika dia pandai mengajar kerana itulah sebenarnya tugas hakiki seorang guru. Tapi hari ini, guru yang membuat kerja yang betul tidak diberi penghargaan sepatutnya, dan guru yang tidak pandai mengajar pula yang diletakkan di tempat tinggi, diberi elaun, kuasa dan jawatan. Jika hari ini masyarakat melihat guru sebagai tidak professional, itu ialah kerana hampir semua guru terpaksa membuat kerja menaip dan mengemas fail, dan mengetip kertas soalan peperiksaan suatu kerja yang boleh dibuat oleh budak lepasan SPM. Jika hari ini masyarakat melihat guru tidak berilmu, ia adalah kerana guru asyik mengisi borang, bukan mengisi dada dengan ilmu. Harapan saya adalah supaya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini diubahsuai syaratnya dan diberikan hanya kepada mereka yang benar-benar layak. Syukur alhamdulilah, pembentangan Bajet Belanjawan 2012 banyak memberi kelebihan dari segi kenaikan gaji dan bonus kepada guru. Kelebihan ini adalah satu daripada penghargaan kepada seorang guru.

10

11

12

13

You might also like