P. 1
Modul 1 Kaedah Bunyi Kata

Modul 1 Kaedah Bunyi Kata

|Views: 281|Likes:
Published by Nur Zahwa Zakiah

More info:

Published by: Nur Zahwa Zakiah on Feb 14, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/12/2014

pdf

text

original

Modul 1: Pengenalan Kaedah Gabungan BunyiKata (KGBK): Latar belakang dan Prinsip

Objektif:

supaya guru mengetahui latar belakang dan prinsip Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) sebagai alternatif kepada kaedah abjad/fonik dan kaedah Seluruh Perkataan. Guru dapat menggunanya dalam modul-modul 6 – 8.

Seperti yang dihuraikan dalam Modul 2, 3 dan 4, terdapat dua mazhab dan pendekatan besar dalam pengajaran awal membaca bahasa Inggeris, iaitu pendekatan fonik dan pendekatan seluruh perkataan. Pendekatan fonik bermula dengan mengajar kanak-kanak huruf abjad dan bunyinya, kemudian baru membaca perkataan. Pendekatan seluruh perkataan pula terbalik: ia bermula dari mengajar ‘perkataan’ kemudian ‘analisis perkataan’ supaya murid tahu suku kata, huruf dan bunyinya. Salah satu sebab pengajaran awal membaca dan menulis tidak mudah ialah kerana sistem ejaannya celaru dan tidak fonemik. Jadi sebenarnya terdapat sekumpulan perkataan yang mudah diajar dalam kaedah fonik, dan sekumpulan lagi lebih berkesan diajar secara seluruh perkataan melalui ‘pandang dan sebut’.

Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) bagi pengajaran awal Bahasa Melayu berbeza dengan ‘pendekatan fonik/abjad’ atau ‘seluruh perkataan’ dalam bahasa Inggeris. KGBK berasaskan kepada ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam Bahasa Melayu, yang tidak terdapat dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Arab atau Bahasa Cina.

a) Ia mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu yang sistematik dan fonemik: maksudnya, setiap huruf mewakili satu bunyi, kecuali huruf e, di mana terdapat dua bunyi. Misalnya, huruf a bunyinya ‘aa’, huruf b bunyinya ‘bh’, c bunyinya ‘ch’, d bunyinya ‘dh’, m bunyi ‘mm’ dan sebagainya. Hanya e mempunyai dua bunyi, iaitu e taling seperti dalam perkataan ‘emak’, ‘enam’ dan e pepet seperti dalam ‘ekor’ dan ‘elok’.

Untuk mengetahui lebih lanjut sistem ejaan Bahasa Melayu (Rumi) rujuk,

Dewan Bahasa dan Pustaka (1991).‘ka ki’. ‘se ko lah’. ‘per ja la nan’ dan sebagainya. ‘ta nya’ ‘pe nyu’ ‘su ngai’ ‘pan tai’. ‘ma kan’. ‘i tik’. ‘jam ba tan’. Dewan Bahasa dan Pustaka. dan . c) Tatabahasa Bahasa Melayu lebih mudah berbanding dengan tatabahasa Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. untuk membentuk bunyi suku kata ‘ba bi bu’. misalnya bunyi ‘b’. misalnya ‘ba tu’. Misalnya dalam Bahasa Melayu tidak ada perbezaan bentuk bagi gender (laki. ‘bu nga’. b) Suku kata Bahasa Melayu jelas. kam pung’. present tense) seperti dalam bahasa Inggeris. ‘i tu’. Dengan itu pengajaran membaca Bahasa Melayu peringkat awal untuk kanak-kanak (atau kepada sesiapa saja yang mula belajar Bahasa Melayu) boleh dibuat dengan menggabungkan a) pengajaran ‘bunyi’ asas (fonem) beberapa huruf vokal ‘a i u’ dan bunyi satu atau dua huruf konsonan. untuk menyatakan perbezaan waktu (past tense. ‘ka kak’.laki atau perempuan) untuk menyatakan ‘banyak’ (plural). Kuala Lumpur. Pedoman umum ejaan rumi Bahasa Melayu.

Misalnya setelah murid boleh membaca suku kata ‘ba bi bu‘ dan ‘ca ci cu’ dan . kita sudah mengguna apa yang dipanggil kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK). Kaedah ini dinamakan Kaedah Gabungan BunyiKata (KGBK). ibu abu’. iaitu mengabung ‘bunyi’ dengan terus membentuk perkataan dan membacanya. Dalam kaedah ini murid diberi asas kemahiran untuk a) mengesan (attack) sesuatu perkataan. dalam satu atau dua pelajaran saja. bibi. ‘bunyi huruf dan suku kata terus digabung menjadi ‘perkataan’ dan dibaca. jika ia tidak tahu membacanya. kerana dalam satu set pengajaran-pembelajaran. Ini penting untuk memberi kemahiran atau kecekapan mereka membaca sendiri perkataan baru. dengan melihat bunyi hurufnya dan suku katanya. Bila kita gabungkan bahagian (a) dan (b) di atas. bubu. ubi. ‘ibu abu’ yang bermakna.b) terus membaca perkataan mudah ‘baba. dan frasa seperti ‘bubu baba’.

sebelum murid boleh diajar membaca perkataan dan ayat. Dalam KGBK murid tidak perlu diajar mengenal dan menghafal semua huruf abjad secara berturutan dari a. c sampai x. cuci’ mereka sendiri akan boleh membaca ‘cuba’ dan ‘bucu’. b) membaca perkataan yang bermakna serentak dalam suatu pelajaran. kemudian ‘cerakin’ perkataan untuk mengenal huruf dan bunyi huruf. z seperti dalam kaedah abjad/fonik. dsb’ yang mengambil masa sebulan lagi. Murid juga tidak perlu diajar semua suku kata terbua seperti ba bi bu be be bo. y. Ini mengambil masa panjang (2. 3 bulan di setengah sekolah). Dalam KGBK kanak-kanak terus ‘membina’ dan ‘membaca perkataan’ berdasarkan suku kata yang mereka belajar dalam satu pelajaran itu. baca. 1.boleh membaca perkataan ‘cucu. b. 2. Dengan ini mereka mendapati proses belajar membaca itu memberi makna dan berguna. ca ci cu ce ce co. seperti dalam kaedah seluruh perkataan. Kajian kami menunjukkan kebanyakan murid bermotivasi untuk mencuba lagi membaca setelah mereka mula tahu membaca beberapa patah perkataan begini. murid tidak perlu diajar ‘mengecam seluruh perkataan’ (pandang dan sebut perkataan) dan menghafal bentuknya. .

abu buka buku’. Perkembangan unit-unit pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat secara sistematik berturutan (sequential) berkembang. Misalnya. Setiap unit baru berkembang berasaskan unit sebelumnya. murid boleh membina dan membaca perkataan dan ayat seperti ‘buku abu. Jika dicantum pula dengan suku kata ‘ba bi bu’ yang dipelajari sebelumnya. murid boleh disambung berikutnya untuk belajar bunyi konsonan ‘k’ pula. ubi abu’. .3. di mana pelajaran yang lalu terus diguna untuk belajar membaca pelajaran yang baru. setelah murid belajar membaca ‘b dan ba bi bu’ dan perkataan-perkataan daripada suku kata ini seperti ‘ibu baba. membentuk dan membunyikan suku kata ‘ka ki ku’ dan terus membaca perkataan atau frasa ‘kuku kaki aki’.

Perkenalkan bunyi konsonan mudah seperti b dan cara menulisnya . Murid juga terus membaca ayat mudah dalam sesuatu pelajaran itu. Perkenalkan bunyi vokal mudah a i u. 4. dan cara menulisnya 2. melawan’ dan sebagainya. Fasa berikutnya murid belajar jenisjenis perkataan suku katanya diftong (seperti sungai. ‘bu kit’ atau kvk+kv) seperti ‘lam pu’ ‘lembu’ dan sebagainya.Fasa pertama kanak-kanak menguasai membina dan membaca perktaan suku kata terbuka. Langkah-langkah asas dalam pengajaran membaca dan menulis KGBK. ‘memberi’. 1. mem seperti ‘berjalan’. pulau) dan imbuhan seperti ber me. fasa kedua membina perkataan suku kata tertutup (kv +kvk seperti ‘ka sut’.

babu baba’ 6. Guna suku kata pelajaran yang lalu ba bi bu. dsb 6. Bina perkataan dari suku kata (kv + kv). Perkenalkan huruf konsonan baru. ibu’ 5. misalnya ‘c’ 2. ‘bunyi huruf dan suku kata terus digabung menjadi ‘perkataan’ dan dibaca. Pelajaran berikutnya Ulang pelajaran unit yang lalu 1. . Murid salin apa yang dibaca. Bina suku kata ca ci cu 3. kerana dalam satu set pengajaranpembelajaran. 4. seperti ‘ibu abu. Kaedah ini dinamakan Kaedah Gabungan BunyiKata. ibu cuci ubi.3. Bentuk suku kata terbuka (kv) darinya. seperti ‘baba bibi bubu babu. Bina rangkai kata atau ayat. Bina perkataan kvkv seperti ‘caca cucu cuci aci acu’ 4. Murid menulis menyalin apa yang mereka baca: huruf. supaya menjadi ba bi bu dan cara menulisnya. Bina frasa atau ayat seperti cucu aci. untuk membina lagi perkataan seperti baca bucu cuba 5. suku kata dan perkataan.

untuk pra sekolah. diberi dalam Modul 4. Fajar Bakti. susunan bahan pengajaranpembelajaran secara berturutan (sequential) dan ‘developmental’. 1990. 6 dan 7. Pendekatan ini membolehkan pembinaan dan susunan bahan pengajaran-pembelajaran dan peningkatan kemahiran membaca dibuat secara berturutan (sequential) dan berkembang (developmental). iaitu murid menulis apa yang dibaca. dan buku Bahasa Malaysia. frasa atau ayat bermakna. dan buku Ceria 2M terbitan Ilmu Bakti.Contoh langkah-langkah pengajaran KGBK secara terperinci seterusnya. beserta Panduan Guru. Utusan Publications. Ini bererti unsur ‘membunyikan’ huruf dengan membina dan ‘membaca perkataan’ boleh digabungkan dalam sesuatu pengajaranpembelajaran membaca. Dari kajian kami. 1982. 5. kumulatif dan sistematik ini memudahkan guru mengajar 2M dan memudah . siri Genius. Ini didapati lebih mudah dan cepat untuk murid belajar membaca dan menulis. Murid tidak perlu mengenal dan menghafal semua huruf sebelum belajar membaca. 2003. dan Mudah Membaca Bahasa Melayu. Semua langkah di atas dibuat dalam satu atau dua pelajaran saja. Fajar Bakti. Contohnya adalah seperti dalam buku saya Mari Membaca. Pada akhir setiap pelajaran kanak-kanak ‘boleh’ membaca ‘perkataan’.

lima hari seminggu mengikut susunan KGBK dalam buku itu. murid boleh membaca dengan lancar ‘cerita mudah’ dalam tempoh kurang dari tiga bulan. Begitu juga guru yang . Pendekatan KGBK ini juga tidak memulakan pengajaran membaca dengan memperkenalkan ‘perkataan’ (whole word) dahulu dan kemudian ‘mencerakinkannya’ menjadi suku kata dan ‘bunyi’ setiap huruf. murid itu tidak boleh diajar membaca Bahasa Melayu. Dalam kaedah abajd / fonik. Pendekatan ‘gabungan’ dan susunan bahan secara kumulatif seperti dalam KGBK ini tidak mungkin berlaku dalam ‘pendekatan abjad/fonik’. murid perlu belajar dahulu nama huruf dan bunyi semua huruf a b c…sampai …x y z sebelum mereka diajar membaca perkataan. Ini juga melambatkan dan menyusahkan setengah murid dan mereka akan tercicir. frasa atau ayat. Dari pemerhatian dan laporan guru.murid belajar 2M bahasa Melayu. Pendekatan KGBK menyatakan bahawa tidak perlu dipisahkan ‘sequence’ antara mengenal ‘bunyihuruf’ dengan membina-dan-membaca ‘perkataan’. Ini menyusahkan dan melambatkan kebolehan kanak-kanak membaca . ‘pendekatan seluruh perkataan’. Ramai guru masih percaya kuat bahawa kalau murid ‘tidak kenal huruf abjad. atau ‘pendekatan eklektik’ yang diguna sekarang untuk mengajar Bahasa Inggeris. jika diajar sejam sehari.

supaya mereka mudah membaca. Nota Dalam pengajaran 2M kita perlu juga mengajar kemahiran berbahasa lain.. iaitu mengenal huruf abjad a. sampai. tetapi ibu bapa masih tidak puas hati dan mahu anak mereka diajar a b c. Maka kadang-kadang timbul konflik di antara guru tadika yang mengajar kanak-kanak membaca mengguna KGBK (dan kanak-kanak itu boleh membaca ). c .. Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) digubal secara sistematik untuk mengajar kanakkanak 2M.. ada kaedah dan teknik tertentu khusus untuk mengajar kanak-kanak ’membaca dan menulis’ pada peringkat permulaan. Ibu bapa juga percaya anak-anak hendaklah diajar a b c dahulu sebelum boleh diajar membaca. Guru hendaklah membina keempat-empat kemahiran berbahasa ini. b..mengajar Bahasa Inggeris..x. iaitu mendengar dan bertutur. Kepercayaan ini didasarkan kepada pengalaman mereka diajar dan belajar membaca di zaman kanak-kanak dahulu. y. Kemahiran murid mendengar dan bertutur terselit . z dahulu sebelum membaca.x y z mengikut susunan dalam abjad. Walau pun terdapat pendekatan gabung jalin sebagai ‘pendekatan am’ untuk mengajar bahasa.

Ia digubal atas . mendengar dan bercakap. Guru hendaklah juga selang selikan aktiviti pengajaran membaca dengan membaca kuat (read aloud) buku kepada murid. Ini amat digalakkan. dan kanak-kanak terus membaca perkataan. Nota: Ada guru mengguna kaedah dan buku Awal Membaca Siri Genius Fajar Bakti 2006 atau buku yang umpama dalam pengajaran mereka. atau menyanyi semasa mengajar 2M. dengan memberi berbagai nama untuknya. ada pengarang yang mengarang dan menerbitkan buku berdasarkan pendekatan ini. dan menokok tambah aktiviti untuk memperkayakan pembelajaran. Ringkasnya Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) menyatakan bahawa kita boleh menggabungkan proses mengajar ‘mengenal bunyi-huruf’ dengan ‘membina-dan-membaca perkataan’ dalam satu atau dua pelajaran. frasa atau ayat. Sejak kebelakangan ini. supaya murid seronok belajar.secara informal semasa guru dan murid. Guru tentu sekali harus mengajar murid menyebut sesuatu perkataan itu dengan sebutan standard. murid dan murid berbual.

dan tatabahasanya yang mudah berbanding dengan sistem ejaan yang celaru dan tatabahasa yang lebih kompleks dalam Bahasa Inggeris. di mana sistem ejaannya fonemik dan sistematik.keistimewaan yang terdapat dalam sistem ejaan Bahasa Melayu. . dan dakwaan orang lain yang mereka mencipta atau menggubah kaedah KGBK ini. dan murid boleh membaca sendiri ayat dan cerita mudah. dan buku pilihan. puisi. maka fasa seterusnya ialah murid diberi dorongan dan peluang membaca berbagai bahan bacaan: cerita. Jika ini berlaku. Sedikit tentang latar belakang dan sejarah KGBK: Bila dan bagaimanakah KGBK digubal? Untuk mengelak daripada kekeliruan tentang sejarah dan asal usul Kaedah Gabungan Bunyi Kata ini. Haruslah diingat bahawa KGBK adalah fasa pertama untuk memudahkan murid mula belajar membaca. ia akan menjadi bekalan dan asas untuk ‘pendidikan sepanjang hayat’. saya perturunkan sedikit sejarah pembinaan kaedah ini dan penerbitan buku-buku saya tentang kaedah ini. suku katanya jelas. dan tertanam tabiat dan minat membaca. supaya mereka terus membaca sendiri. Setelah asas awal membaca dikuasai oleh murid.

Setelah membaca laporan dalam akhbar. dan kurang latihan. Sebahagian kecil mengguna kaedah ‘pandang dan sebut’ (look and say). bahawa 30 . Kertas bertajuk “Beberapa Kaedah Mengajar Murid-Murid Membaca Bahasa Malaysia di Peringkat Awal. iaitu kaedah seluruh perkataan yang popular di kalangan guru yang mengajar bahasa Inggeris di peringkat awal. dalam tahun 1979. terutama di Sekolah Kebangsaan yang tidak boleh membaca. kerana pada pendapat saya bahasa Melayu sangat mudah untuk diajar membaca dan menulisnya. saya pun berfikir bagaimanakah ini boleh terjadi. Pada 8 – 10 Disember 1979 saya membentang satu kertas kerja di KONPEN IV anjuran Persatuan Suluh Budiman di Kuantan. Dalam kertas ini saya meninjau beberapa kaedah mengajar membaca BM .” . terutama huruf tulisan rumi. Maka dengan mengguna pengetahuan teori dan amalan pengajaran Bahasa Melayu yang saya ada untuk menggubal satu kaedah yang boleh menggabung pendekatan ‘fonik’ (berasaskan bunyi) dan pendekatan ‘seluruh perkataan’.40% murid di sekolah rendah. Dari tijauan saya saya dapati kebanyakan guru mengguna ‘kaedah abjad’. Saya berpendapat mungkin salah satu sebeb kenapa ramai murid tidak boleh membaca ialah kerana kaedah pengajaran 2M yang kurang berkesan.

Pemerhatian rambang guru mendapati kaedah ini berkesan. dan memperkenalkan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) sebagai cadangan untuk mengatasi ramai murid di sekolah rendah. dan murid mudah belajar 2M. untuk membina bahan pengajaran/pembelajaran mengguna kaedah ini. untuk dicuba di sekolah kebangsaan. terutama di Sekolah Kebangsaan. Julai 1980. 63 – 69. ms. yang tidak boleh membaca.di peringkat awal. ( lihat Lampiran 1). • Kertas kerja ini diterbit dalam Jurnal Dewan Bahasa Jilid 24 Bil. Kurikulum Baru Sekolah Rendah. . 1981. • Pada Februari 1980 satu bengkel diadakan bersama guru-guru sekolah kebangsaan di Kuala Terengganu. Guru mendapati ia mudah diguna. 7. • Bulan April 1980 Kaedah ini dibentang di Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). di Jalan Duta. Kaedah ini dianggap berguna dan dijadikan salah satu kaedah pilihan (ke-4) dalam Buku Panduan Am. (KBSR) terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia.

• Tetapi Panduan Guru Bahasa Malaysia (KBSR) Tahun 1 (1981) bagi Sekolah Kebangsaan tidak mengguna KGBK untuk mengajar Bahasa Malaysia Tahun 1. * 1986 Fajar Bakti menerbitkan buku saya Kegiatan Tadika 2: Mari Membaca untuk tadika. • 1982 Utusan Publications menerbitkan buku saya ‘Mari Membaca’ yang mengguna kaedah KGBK ini (lihat contoh Lampiran 2). sebagai panduan guru mengajar. sebagai lanjutan kepada buku Kegiatan Tadika 2 Bahasa Malaysia di atas. Buku ini banyak diguna di tadika swasta di bandar-bandar. Kaedah yang menjadi pegangan ialah ‘ Kaedah Cerakin’ (yang dianggap sebagai kaedah PPK) dan Kaedah Abjad.* Kaedah Gabungan Bunyi-Kata dijadikan asas untuk Panduan Guru Bahasa Malaysia KBSR Tahun I (Jun 1981) untuk SRJK Cina dan SRJK Tamil. • 1990 buku Mudah Membaca Bahasa Malaysia diterbitkan oleh Fajar Bakti. . (Lihat contoh Lampiran 3). Buku ini digunakan di setengah Sekolah SRJK Cina dan Tamil. untuk murid Tahun 1.

* 2001 buku di atas telah diedit semula dan diterbit oleh Fajar Bakti dalam siri Tadika Fajar Bakti. Mengajar Membaca Peringkat Awal. Rujukan tambahan * Isahak Haron (1990). * 2001 buku Ujian Membaca dan Menulis 1 & 2 yang diedit dari buku asal pada 1990. Berita Publishing. untuk prasekolah (Lihat Lampiran 4) * 1996 Dewan Bahasa dan Pustaka terbitkan buku saya ‘Bahasa Malaysia’ Tahun 1. Kuala Lumpur. juga diterbitkan oleh Fajar Bakti * 2003 buku Bahasa Malaysia 1 – 6 Siri Genius (beserta Panduan Guru) diterbitkan oleh Fajar Bakti. Pelajar boleh merujuk artikel dan buku-buku di atas untuk melihat contoh-contoh bahan p & p dan alat ujian. Dalam Safiah Osman (ed). Membaca : Satu Pengenalan. menggunakan kaedah ini. dengan jodol Mudah Membaca dan Menulis 1 & 2. .

Untuk mengetahui sistem ejaan Bahasa Melayu (Rumi) rujuk. Kajian juga dibuat di UPSI misalnya kajian (Laporan. 2004). Kuala Lumpur. Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu: Keberkesanan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata untuk Prasekolah dan untuk Pemulihan (2004) Abstrak Kajian ini menyemukakan pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) untuk pengajaranpembelajaran membaca dan menulis Bahasa Melayu peringkat awal (early reading and writing). sebagai alternatif kepada model atau pendektan ‘Abjad/Fonik’ dan pendekatan ‘Seluruh Perkataan’ ( whole word). yang banyak diperkatakan dalam pengajaran membaca Bahasa Inggeris sejak lebih . Beberapa kajian dibuat tentang keberkesanan kaedah KGBK (untuk huruf rumi dan jawi) oleh pelajar disertasi sarjana pendidikan. yang bertajuk dan abstraknya di bawah. Dewan Bahasa dan Pustaka (1991). Dewan Bahasa dan Pustaka. Pedoman umum ejaan rumi Bahasa Melayu.

dibuat dalam dua konteks: pertama. konteks pengajaran kanak-kanak prasekolah di 12 tadika Kemas di Hulu Selangor. untuk menguji keberkesanan model atau pendektan KGBK. Kajian empirikal. Konteks kedua ialah di mana KGBK digunakan oleh guru-guru pendidikan khas untuk ‘memulihkan’ murid sekolah rendah di Perak dan Pulau Pinang yang ‘tidak boleh’ membaca atau lemah membaca. Soalselidik survey digunakan untuk mendapat repons dan penilaian tentang keberkesanan KGBK daripada sampel 75 orang guru . dalam satu dua pelajaran saja. Kanak-kanak prasekolah dan murid ‘pemulihan’ dengan mudah boleh diajar membaca Bahasa Melayu dalam jangka masa yang pendek. Pendekatan KGBK menyatakan bahawa pengajaran membaca BM boleh dibuat dengan mengajar kanak-kanak ‘bunyi’ beberapa huruf vokal dan konsonan. suku kata perkataan bahasa Melayu yang jelas. menjadikannya suku kata dan terus membina dan membaca ‘perkataan’ atau frasa atau ayat. iaitu sistem ejaannya fonemik (terdapat hubungan yang jelas antara bunyi dan simbol (huruf) (sound-simbol relationship).lima puluh tahun lalu. Setelah tiga bulan guru tadika Kemas mengajar kanak-kanak membaca dan menulis mengguna KGBK. KGBK ini diasaskan kepada ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam bahasa Melayu. kemajuan kebolehan membaca 326 orang murid di tadika ini agak ketara. dan tatabahasa Melayu agak mudah berbanding dengan sistem ejaan dan tatabahasa bahasa Inggeris.

berbanding dengan golongan guru yang mengguna ‘separuh saja’ Kaedah ini. dan untuk . Dapatan menunjukkan kumpulan guru yang mengguna ‘sepenuhnya atau sebahagian besar’ KGBK mendapati Kaedah ini mudah dan berkesan untuk ‘memulih’ murid membaca dan menimbulkan minat mereka membaca. PPD Kerian dan PPD Timur Laut Pulau Pinang. dapatan kajian keberkesanan KGBK ini ‘menolak’ anggapan bahawa terdapat ‘konflik’ antara kaedah ‘fonik’ dan kaedah ‘seluruh perkataan’ seperti yang terdapat dalam pengajaran awal membaca Bahasa Inggeris. atau untuk mengajar ‘memulih’ murid yang ‘tidak boleh’ atau lemah membaca BM di sekolah rendah.pendidikan khas sekolah rendah di tiga daerah pendidikan: PPD Hilir Perak. KGBK merupakan model Ketiga dan pendekatan alternatif yang berasas dan ‘viable’ untuk pengajaran awal membaca Bahasa Melayu atau bahasa-bahasa yang seumpama Bahasa Melayu. Dari segi sumbangan kepada teori atau model pengajaran awal membaca. Dapatan dari kajian penggunaan KGBK di kedua-dua konteks menunjukkan yang KGBK berkesan sebagai kaedah alternatif kepada kaedah yang guru amalkan sekarang untuk mengajar murid prasekolah membaca. Aplikasi praktikal dapatan kajian ini ialah KGBK boleh diguna untuk mengajar kanak-kanak prasekolah dan Tahun 1 membaca dan menulis Bahasa Malaysia dengan lebih mudah dan cepat.

kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf yang . Menurut Azman Wan Chik (1993).‘memulihkan’ masalah ‘tidak boleh membaca’ pelajar sekolah rendah dengan berkesan Kaedah Pengajaran Bacaan KAEDAH ABJAD 1.

sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenalpasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru. 6. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari A hingga Z.digunakan di dalam tulisan Melayu iaitu A. Kemudian. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan. murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing. 8. 7. Selepas itu. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad kad di papan hitam berdasarkan apa yang disebut oleh guru. Seterusnya. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenalpasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar. B. Suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal. Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid. guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. …… hingga Z. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan . 2. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku. C. 2. KAEDAH SUKU KATA 1. 5. 4. 3.

dekat).konsonan. KV + KVK (bukan. Kaedah ini memnetingkan dua perkara iaitu: (a) Membunyikan perkataan rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar. Contoh : K + V + K (b) Kata tunggal dua suku kata. KV + V + KV (kaedah). Kad gambar. VK + KV (anda. Sentuhan secara fizikal mendorong murid mengingati pelajaran dengan mudah dan berkesan. Suku kata yang berakhir dengan huruf vokal dipanggil Suku Kata Terbuka. emas). Contoh : V + KV (ibu. (d) Kata tunggal empat suku kata. kad suku kata dan kad perkataan boleh digunakan di peringkat awal pengajaran untuk memperkembangkan kemahiran membaca. Dalam Bahasa Melayu. unda). (c) Kata tunggal tiga suku kata. Manakala kad perkataan pula boleh digunakan bagi melatih murid untuk menyebut perkataan yang . 4. dan (b) Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita. Contoh : KV + V + KV (biasa. VK + KVK (untuk. 5. Contoh : KV + KV + KV + KV (panorama) KAEDAH PANDANG SEBUT 1. 3. V + VK (air. V + KVK (adat. aib). ela). terdapat sebelas pola suku kata. cuaca). entah). 3. 4. Suku kata yang lain adalah Suku Kata Tertutup kerana diakhiri dengan huruf konsonan. Murid sendiri akan memegang kad-kad tersebut dan menyusunnya supaya menjadi perkataan yang bermakna. Beberapa jenis suku kata : (a) Kata tunggal satu suku kata. kad huruf. 2.

4. ‘da’. ‘ba’. Pada akhir tiga atau empat pelajaran saja. ‘batu’. Kaedah ini menggabungkan kemahiran membunyi beberapa huruf. .’. KAEDAH FONIK 1. Contoh : “a” dibunyikan ‘aaaa…. Misalnya. suku kata dan membaca perkataan.dipaparkan oleh guru (secara flashcard) secara cepat dan pantas tanpa perlu mengeja terlebih dahulu. “u” dibunyikan ‘uuuu……. suku kata pula dibina. Seterusnya. Menurut Azman Wan Chik. 2. Contohnya murid boleh membaca sendiri buku-buku cerita.’. beransur-ansur memperkembangkan kemahiran sebelumnya. Tiap-tiap pelajaran berikutnya. 3. muridmurid sudah boleh membaca beberapa perkataan dan rangkai kata yang mudah. kaedah fonik adalah untuk mengajar murid melihat hubungan antara simbol (huruf) dengan bunyi supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataanperkataan baharu yang mereka jumpa. Ini bagi mempertingkatkan keupayaan murid untuk membaca. KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA 1. Setelah tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya. 2. Ertinya lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. ‘ibu’ dan sebagainya. Bunyi-bunyi huruf diajar.. 4. ayat (yang bermakna) dalam satu atau dua pelajaran. 3. Gabungan ini dibuat secara sistematik. rangkai kata. digabungkan suku kata ini menjadi perkataan seperti ‘baba’. ‘tu’ dan sebagainya.

(1993). Dewan Bahasa dan Pustaka. Mengajar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. .Rujukan Azman Wan Chick.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->