1.0 PENGENALAN. Perkataan µkomunikasi¶ berasal dari perkataan Latin µcommunicare¶ yang bermaksud ³persamaan´.

Beberapa definisi lain menitikberatkan idea persamaan atau perkongsian satu contoh ialah definisi Alexander Gode (petikan daripada µWhat is Communication?´1959): ´Komunikasi adalah satu proses persamaan dua atau lebih perkara yang menjadi monopoli kepada satu atau lebih perkara yang menjadi monopoli kepada satu atau lebih perkara lain´(m.s 5). Definisi yang lebih khusus adalah dari ahli teori komunikasi Wilbur Scharamm (1971) : ³hari ini kita boleh mendefinisikan komunikasi dengan berkata bahawa ia adalah perkongsiaan dan penyesuaian sekumpulan lambang-lambang bermaklumat ³(m.s 13). Shramm (1971) telah menyatakan bahawa komunikasi boleh bertindak sebagai fungsi pemujukan, pemberitahuan, pengajar, penghibur. Sesetengah sarjana mendefinisikan semua komunikasi sebagai pemujukan sebenarnya. Satu contoh dalam definisi ini oleh ahli psikologi Carl Hovland, Irving Janis dan Horold Kelley (1953) : ³Komunikasi merupakan satu proses seorang individu komunikator) menghantar rangsangan (selalunya suara) untuk mengubahsuai tingkah laku individu lain (penonton) ³(m.s 12). Selain itu Hovland, Janis dan Kelley yang dikemukakan oleh Forsdale (1981) adalah ahli sosiologi Amerika, mengatakan bahawa, ³communication is the process by which an individual tranmitis stimuly (usually verbal) to modify the behaviour of other individuals´. Dengan kata lain komunikasi adalah proses individu mengirim stimulus yang biasanya dalam bentuk verbal untuk mengubah tingkah laku orang lain. Pada definisi ini mereka menganggap komunikasi sebagai proses, bukan sesuatu hal. Satu contoh lain datang daripada ahli teori komunikasi David Berlo (1960) yang menulis : ³Semua tingkah laku komunikasi mempunyai tujuan menarik keluar tindakbalas yang khusus dari seorang individu yang khusus atau sekumpulan individu´ (m.s 16). Definisi yang memasukkan apa jua jenis pengaruh atau tidak balas dengan tujuan atau tanpa tujuan. Definisi dalam kategori ini adalah definisi komunikasi yang luas bidangnya. Mereka melibatkan pendapat Warren Weawer 1949, (M.S 3 )´ kesemua prosedur yang menyebabkan pemikiran boleh mempengaruhi yang lain´ dan pendapat S.S Steven ³tindak balas yang tidak membezakan dari satu organisme kepada satu rangsangan´ (dipetik dari cherry.1966,m.s 7). Definisi oleh Forsdale, menurut beliau ahli komunikasi dan pendidikan ³communicaton is the process by which a system is established, maintened and altered by means of shared signal that operate according to rules´. Komunikasi adalah suatu proses memberi signal menurut
1

aturan tertentu sehingga dengan cara ini suatu sistem dapat didirikan,dipelihara dan diubah. Pada definisi ini komunikasi juga dipandang sebagai proses. Kata signal maksudnya yang berupaya verbal dan nonverbal yang mempunyai aturan tertentu. Dengan adanya aturan ini menjadikan orang yang menerima yang telah mengetahui aturannya akan dapat memahami maksud dari signal yang diterimanya. Forsdale mengatakan bahawa pemberian signal dalam komunikasi dapat dilakukan dengan maksud tertentu atau dengan disedari atau tidak disedari. Menurut Brent D.Ruben (1988) memberikan definisi mengenai komunikasi manusia lebih komprehensif sebagai berikut komunikasi manusia adalah suatu proses melalui mana individu dalam hubungannya, dalam kelompok, dalam organisasi dan dalam masyarakat menciptakan, mengirimkan dan menggunakan informasi untuk mengkoordinasi lingkungan dan orang lain. Pada definisi ini komunikasi juga dikatakan sebagai suatu proses iaitu suatu aktivis yang mempunyai beberapa tahap yang terpisah antara satu sama lain tetapi berhubungan (Dr. Arni Muhammad:3). Menurut William J.Seller(1988) definisi komunikasi bersifat universal. Dia mengatakan komunikasi adalah proses dengan mana simbol verbal dan nonverbal dikirimkan, diterima dan diberi erti. Dalam definisi ini proses komunikasi sangat sederhana, iaitu mengirim dan menerima pesan tetapi komuniksai adalah sesuatu fenomena yang kompleks dan sulit difahami tanpa mengetahui prinsip dan kompenan yang penting dari komuniksasi tersebut.

2.0 BIDANG KOMUNIKASI DI BARAT DAN MALAYSIA. Bidang pendidikan komunikasi di Malaysia mempunyai kesan pengaruhnya daripada penyelidikan di Amerika Syarikat. Bidang komunikasi berkembang daipada perkara yang kecil hingga menjadi bidang utama. Kita melihat perkembangan di barat dan kemudian diikuti perkembangan bidang ini di Malaysia. Dalam tahun-tahun 1930an ramai sarjana Amerika Syarikat tertarik untuk mengkaji tentang proses proses dan kesan komunikasi. Namun begitu, komunikasi pada ketika itu bukan merupakan satu displin ilmu seperti matematik, kimia, atau ekonomi, tetapi merupakan bidang yang sangat popular dan menarik bagi penyelidikpenyelidik dan ahli-ahli teori. Ini kerana komunikasi merupakan ³the busiest crossroads in the study of human behavior´ (Schramm 1963: 1) kerana sifat komunikasi itu sebagai satu proses sosial yang asas.

2

Permulaan kajian dalam bidang komunikasi menjadi satu kontroversi akademik. Penyelidikan komunikasi telah bermula sebelum perang dunia kedua tetapi lebih berbentuk propaganda (Cmiel 1996). Ini bermaksud, pada masa itu komunikasi merupakan satu cara untuk memanupulasi atau memutar belitkan fikiran dan sikap orang ramai. Tujuan komunikasi ini berlanjutan sehingga perang dunia kedua apabila konotasinya berubah ini kerana pada masa itu usaha untuk menukar fikiran orang ramai dan utusan yang dikirim begitu sahaja dengan tidak ada niat yang tertentu ( Merton 1996). Masalah wujud apabila sesuatu komunikasi yang disampaikan mempunyai tujuan maka ianya dikatakan sebagai satu bentuk propaganda. Terdapat empat tahap dalam perkembangan penyelidikan komunikasi di Amerika Syarikat yang boleh dibahagikan berdasarkan tahun-tahun tertentu. Tahap pertama, antara tahun 1760-1870 an, tahap kedua 1870 hingga 1990 an, tahap ketiga 1920-1950 an dan tahap keempat pula iailah dari tahun 1950 hingga hari ini. Umumnya, pada tahap satu hingga ketiga, penyelidikan berorientasikan kepada kewartawanan kerana ini disebabkan kewartawanan merupakan bidang utama dan yang terawal dalam pengajian komunikasi di pusat-pusat pengajian tinggi. Ianya dipelopori oleh bekas-bekas wartawan yang kemudiannya membentuk Jabatan Kewartawanan seperti yang terdapat di Wisconsin dan Minnesota yang

menggantikan Jabatan Bahasa Inggeris. Seterusnya, penyelidikan yang dilakukan pada ketika itu lebih berorientasikan kepada penyelidikan kewartawanan secara deskriptif. Schramm menggariskan tiga tahap dalam penyelidikan dalam komunikasi. Tahap pertama ialah kemunculan komunikasi sebagai satu bidang dalam sains sosial. Kedua pengaruh yang dibawa oleh empat tokoh dalam penyelidikan komunikasi iaitu Lazarfeld, Lassweld Kurt Lewin dan Carl Havlond dan terakhir sekali ialah kemajuan yang diperolehi dalam bidang kewartawanan. Dalam masa tahap pertama, Schramm mengatakan sejarah penulisan paling awal tetapi hanya pada abad 19 dan 20 barulah komunikasi diterima sebagai satu bidang kajian di university. Di Amerika Syarikat aktiviti di Chicago School banyak menyumbang kepada kemajuan dalam penyelidikan komunikasi. Ramai sarjana mempunyai kepakarannya asing dari bidang komunikasi dan hanya tampil seketika untuk membuat penyelidikan di dalam bidang komunikasi sebelum mereka kembali ke displin masing-masing. Cooley contohnya adalah seorang yang mempelajari bidang kejuruteraan tetapi mengajar sosiologi. Sapir pula adalah seorang ahli antropologi linguistic. Park, Cooley dan Sapir membawa kajian dalam bidang komunikasi manusia sebelum kajian komunikasi menjejak kepada tahap kedua (Schramm, 1996).
3

masyarakat. Hanya selepas Perang Dunia Kedua barulah bidang komunikasi diakui sebagai bidang pengajain yang sah dan penting. satelit. Selain itu kajian-kajian dalam bidang psikologi sosial tentang tayangan wayang gambar terhadap kanak-kanak. 4 . perbincangan kumpulan dan kesan amalan komunikasi di dalam bilik darjah. televisyen. Ada kajian yang bertujuan mengetahui tentang penggunaan teknologi baru seperti radio dalam pengajaran. Oleh itu. Kebanyakan kajian komunikasi di Amerika Syarikat dan Eropah adalah kebaratan dan keeropahan. kajian awal di universiti-universiti di Amerika bertumpu kepada memenuhi keinginan sektor pemasaran untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang komunikasi. pengajaran kemahiran asas komunikasi seperti pidato umum. propraganda dan pembujukan. manakala para penyelidik di Eropah pula lebih dipengaruhi oleh sejarah. Ada juga percubaan untuk memahami komunikasi daripada perspektif Timur. Pada masa itu timbul keperluan untuk mengetahui apakah kesan perkembangan teknologi komunikasi terhadap individu. rangkaian computer. dan rakyat jelata sesebuah negara. Begitu juga timbul keinginan di kalangan para penyelidik untuk mengetahui kesan ucapan-ucapan politik terhadap masyarakat.0 PERKEMBANGAN BIDANG KOMUNIKASI DI BARAT Bidang komunikasi hanya dikenali sebagai bidang pengajian yang penting pada abad ke-20. Ketegangan di antara dua tradisi ini bertambah setiap tahun walaupun ada percubaan antara kedua pihak untuk melihat kedua-dua pendekatan pendekatan ini. dan dinamik kelompok turut dijalankan. Ini menjadikan bidang komunikasi sebagai bidang pengajian yang baru berbanding bidangbidang lain. Komunikasi mula menjadi tumpuan dengan perkembangan pesat teknologi komunikasi seperti radio.3. Teori-teori komunikasi yang banyak dibincangkan di dalam bukubuku diutarakan mengikut tradisi barat. sehingga timbul kajian-kajian tentang propaganda dan pendapat umum. Pergiklanan juga menjadi penting pada separuh pertama abad ke-20. telefon. Walau bagaimanapun ada perbezaan pendekatan dalam mengkaji komunikasi di antara sarjana Amerika Syarikat dan Eropah. budaya dan minat untuk mengkritik. serta perkembangan perindustrian dan politik dunia. Di Amerika Syarikat penyelidik komunikasi mengkaji tajuk-tajuk berkaitan secara objektif dengan mengunakan kaedah kuantitatif. Percubaan oleh Kincaid (1987) untuk membezakan di antara Teori Komunikasi daripada perspektif Barat dan Timur adalah salah satu daripadanya.

Selain itu. Dari segi pengajian komunikasi dalam era ini tidak wujud secara formal. Walau bagaimanapun bidang ini masih tidak sekata. Pada sekitar tahun 1960-an dan 1970-an keperluan latihan secara formal bagi ilmu komunikasi diperluaskan (Syed Arabi. sosiologi. 5 . Namun begitu. Ini dapat dibuktikan dengan tertubuhnya beberapa institusi yang bersifat profesional berhubung komunikasi. matematik. Keadaan ini sama seperti mana yang pernah di utarakan oleh Wilbur Schram mengenai penyelidikan komunikasi di Amerika Syarikat dimana ahli psikologi. 1996). Sebelum mencapai kemerdekaan. 4. Jabatan Komunikasi Massa bagi menambah kepada jabatan-jabatan yang sedia ada. Pada peringkat awal. sekitar tahun 1970-an pula bidang komunikasi di Malaysia berkembang lagi dengan wujudnya bidang.´ (1988:1). sejarah dan bahasa telah turut sama menyumbang dalam membangun dan memperkembang bidang ini. Dan yang terus kekal ini adalah sarjana komunikasi. Jabatan Pengucapan. Salah satu titik awal perkembangan tersebut dalam fasa ini ialah apabila operasi persuratkhabaran berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur. ekonomi. Perpindahan ini telah menjana sektor baru iaitu media cetak negara ini. Kepelbagaian teori komunikasi mengambarkan komunikasi adalah sesuatu yang kompleks. Fasa kedua yang bermula selepas Malaysia mencapai kemerdekaan memperlihatkan bidang komunikasi menjadi semakin berkembang dan mula mendapat perhatian. Di peringkat ini peranan komunikasi ialah untuk politik dan sosioekonomi. Namun menurut Schram ³Penyelidikan komunikasi telah menjadi prsimpangan akademik yang telah dilalui oleh ramai tetapi hanya segelintir sahaja yang terus kekal. bidang komunikasi di Malaysia dipengaruhi oleh bidang kewartawanan. media cetak khususnya surat khabar memainkan peranan penting dalam masyarakat untuk memupuk semangat kebangsaan (Mohd Safar. kita dapati penubuhan Jabatan Komunikasi. Sejak dari awal lagi. jika kita lihat perkembangan bidang komunukasi di Amerika Syarikat dan Eropah. daripada pelbagai pilihan (elektif) dan pelbagai displin.0 PERKEMBANGAN BIDANG KOMUNIKASI DI MALAYSIA Bidang komunikasi di Malaysia berkembang dengan pesat dan berperingkat-peringkat. Menurut Syed Arabi (2002) sejarah dan perkembangan pengajian komunikasi di Malaysia dapat ditinjau menerusi empat fasa. antropologi. sains politik. 2002). persoalan mengenai komunikasi memang menarik minat para sarjana daripada pelbagai bidang. perkembangan pengajian komunikasi di Malaysia banyak dipengaruhi oleh faktor keperluan industri media dan komunikasi negara.Sementara itu.

Boleh dikatakan hampir kesemua bidang komunikasi hari ini turut menjadi teknologi komunikasi sebagai komponen ilmu bersama.Antara institusi yang dimaksudkan ialah Berita Nasional Malayisa (BERNAMA) pada tahun 1968 yang memfokus terhadap hal-ehwal kewartawanan.komunikasi menjadi semakin signifikan apabila ia berjaya muncul sebagai salah satu bidang komersial. teknologi komunikasi merupakan komponen pengajian komunikasi yang semakin penting dan popular. Sebaliknya. 6 . teknologi komunikasi dan telekomunikasi di universitiuniversiti awam. periklanan. ilmu yang merupakan amalan komunikasi mula memperlihatkan bidang-bidang baru selain bidang kewartawanan dan penyiaran.maka bidang komunikasi di Malaysia telah memperlihatkan kemunculan bidang-bidang baru seperti komunikasi keorganisasian. Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan institusi pengajian tinggi awam yang pertama menawarkan pengajian komunikasi dan diikuti dengan universiti-universiti awam lain. televisyen dan agensi berita mula digandingkan dengan bidang periklanan dan perhubungan awam. Malah kini. Dengan erti kata lain ianya bersifat interdisiplin. Bidang teknologi komunikasi tidak muncul sebagai satu aliran yang tersendiri. Pertengahan tahun 1970-an merupakan tahap kemunculan komunikasi sebagai satu bidang pengajian formal. Latihan serta profesion dalam penyiaran radio. Pada fasa ini juga menyaksikan penubuhan beberapa institusi pengajian tinggi yang menawarkan bidang komunikasi massa khususnya sebagai satu program pengajian. komunikasi korporat. Pada fasa ini. Fasa terakhir iaitu yang keempat bermula sekitar 1980-an telah menunjukkan perkembangan pesat dan meluas dalam bidang komunikasi di samping pengajian. bidang komunikasi pada fasa ini lebih bersifat terbuka tetapi masih tertumpu kepada komunikasi massa khususnya penyiaran dan kewartawanan. senario 1990-an dengan berkembangnya bidang perniagaan. Pada tahun 1971 pula memperlihatkan tertubuhnya Institut Perhubungan Awam Malaysia dan penubuhan Institut Penyiaran Tun Abdul Razak pada tahun 1972 untuk memberi latihan dalam bidang penyiaran dan media elektronik. Namun. Fasa ketiga pula telah menyaksikan anjakan paradigma dalam bidang komunikasi negara. Hakikatnya pendidikan komunikasi pada fasa ini tidak terhad kepada para pengamal media sahaja sebagaimana fasa-fasa sebelum ini. Pada peringkat awal hampir keseluruhan pusat pengajian tinggi awam di Malaysia menawarkan pengajian komunikasi massa. Seiring dengan perkembangan sosio ekonomi negara.

bidang komunikasi ini dianggap tidak begitu penting untuk diajar di peringkat universiti dan ianya hanya diterima sebagai satu pengetahuan teknikal yang harus dipelajari oleh mereka yang berada dalam bidang kewartawanan. Contohnya Roff yang telah menulis tentang pergerakan Kaum Muda dan Kaum Tua melalui bahan-bahan yang ada dalam akhbar Malaysia.5. Sebelum mencapai kemerdekaan. Pada peringkat awal iaitu fasa pertama. keperluan latihan secara formal bagi ilmu komunikasi diperluas (Syed Arabi. media cetak khususnya surat khabar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat untuk memupuk semangat kebangsaan (Mohd Safar. perkembangan pengajian komunikasi di Malaysia adalah banyak dipengaruhi oleh fakor keperluan industri media dan komunikasi negara. Dunia kewartawanan amat menarik dikaji kerana ia terlibat dalam pelbagai peristiwa politik tanah air. Namun begitu. Salah satu titik awal perkembangan dalam peringkat ini ialah apabila operasi persuratkhabaran berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur dan perpindahan ini telah menjana satu sektor baru iaitu media cetak. Dalam fasa ini. 2002). peranan komunikasi adalah untuk politik dan sosioekonomi. pengajian komunikasi tidak wujud secara formal. 1996). Antara institusi yang dimaksudkan ialah Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) yang ditubuhkan pada tahun 7 . Pada mulanya iaitu sebelum tahun 1970 an. Pada sekitar tahun 1960 an dan 1970 an. bidang komunikasi di Malaysia adalah dipengaruhi oleh bidang kewartawanan. Terdapat ahli akademik yang bukan dari bidang komunikasi telah menggunakan bahan dalam akhbar-akhbar untuk menulis tentang politik dan juga sejarah tanah air. pada sekitar tahun 1970 an bidang komunikasi di Malaysia berkembang disebabkan kewujudan bidang penyiaran yang mampu membawa bidang komunikasi berkembang dengan lebih jauh. Pada fasa ini.0 KRONOLOGI PERKEMBANGAN BIDANG PENGAJIAN KOMUNIKASI DI MALAYSIA Bidang komunikasi adalah merupakan satu bidang akademik yang telah berkembang dengan begitu pesat di Malaysia iaitu selepas tahun 1970 an dan bidang ini berkembang secara berperingkat. Hal tersebut dapat dilihat dengan penubuhan beberapa institusi yang bersifat profesional berhubung bidang komunikasi ini. Fasa kedua pula telah bermula selepas Malaysia mencapai kemerdekaan dan ini telah memperlihatkan bidang komunikasi menjadi semakin berkembang dan bidang ini juga telah mula mendapat perhatian daripada masyarakat. Dan. Syed Arabi (2002) mengatakan bahawa sejarah dan perkembangan pengajian komunikasi di Malaysia dapat dilihat menerusi empat fasa.

Dalam fasa ini. radio dan juga agensi berita telah mula digabungkan digandingkan dengan bidang pengiklanan dan juga perhubungan awam. komunikasi keorganisasian. hampir keseluruhan institut pengajian tinggi awam di Malaysia ada menawarkan pengajian komunikasi massa.1968 dan penubuhannya adalah memberi fokus terhadap hal-ehwal kewartawanan. Namun. bidang komunikasi telah menjadi semakin bermakna apabila ia telah berjaya muncul sebagai salah satu bidang komersial. latihan dan profesion dalam penyiaran televisyen. Bidang komunikasi ini berkembang secara meluas di Malaysia selepas tahun 1970 an dan ianya dibuktikan dengan penubuhan jabatan-jabatan komunikasi di Malaysia dan penubuhan jabatan-jabatan tersebut adalah merupakan titik tolak perkembangan bidang komunikasi ini di Malaysia. Malah. teknologi komunikasi. Pada peringkat ini. bidang komunikasi di Malaysia telah memperlihatkan kemunculan bidang-bidang baru seperti bidang komunikasi korporat. Ini diperlihatkan oleh penubuhan Jabatan komunikasi pertama pada tahun 1970 di Universiti Sains Malaysia (USM). Namun. pada hakikatnya pendidikan komunikasi pada fasa ketiga ini adalah tidak terhad kepada para pengamal media sahaja seperti dalam fasa pertama dan fasa kedua dan sebaliknya bidang komunikasi pada fasa ini adalah lebih bersifat terbuka tetapi ia masih tertumpu kepada komunikasi massa khususnya dalam bidang penyiaran dan juga bidang kewartawanan.Dan pada tahun 1971 pula telah tertubuhnya Institut Perhubungan Awam Malaysia dan juga pada tahun 1972 penubuhan Institut Penyiaran Tun Abdul Razak untuk memberi latihan dalam bidang penyiaran dan media elektronik. periklanan dan telekomunikasi di universiti-universiti awam di Malaysia. Fasa yang terakhir ialah fasa keempat yang telah bermula dalam sekitar tahun 1980 an. Peringkat seterusnya adalah fasa ketiga yang menyaksikan anjakan paradigma dalam bidang komunikasi di negara Malaysia. Pertengahan tahun 1970 an adalah merupakan tahap kemunculan komunikasi sebagai satu bidang pengajian formal dan pada fasa ini juga menyaksikan penubuhan beberapa institusi pengajian tinggi yang ada menawarkan bidang komunikasi massa khususnya sebagai satu program pengajian. pada tahun 1990 an iaitu dengan berkembangnya bidang perniagaan. Pada peringkat awal fasa ini. ilmu komunikasi mula memperlihatkan bidang-bidang baru selain daripada bidang kewartawanan dan bidang penyiaran. bidang komunikasi di samping pengajian telah menunjukkan perkembangan yang pesat dan begitu meluas sekali. Seiring dengan perkembangan sosioekonomi Negara. Dan seterusnya diikuti oleh universiti8 .

Jabatan Komunikasi telah dibentuk di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan. Seperti bidang-bidang yang lain.universiti awam malaysia yang lain iaitu penubuhan Sekolah Komunikasi Massa di Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1972. Prof. perkembangan bidang komunikasi di Malaysia adalah dipengaruhi oleh apa yang telah berlaku di barat kerana kebanyakkan pengasas bidang komunikasi di Malaysia mendapat pendidikan dan latihan di barat dan ilmu yang diperolehi mereka seterusnya 9 .Salleh Hassan. Ini dapat dilihat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Vincent Low dan Prof. Prof. Dr.Mereka telah mula menceburi dalam bidang komunikasi seawal tahun 1976. Jabatan Komunikasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1976.Madya Dr. Prof. Namun.Musa Abu Hassan. Prof. Prof. manakala di Universiti Putra Malaysia pula ia dikenali sebagai Jabatan Komunikasi Pembangunan iaitu yang diletakkan dibawah Pusat Pengembangan dan Penyelidikan Lanjutan (PPPL).Shamsuddin A. malah kini program komunikasi juga terdapat di Universiti Malaysia Sabah.Madya Dr. Datin Sharifah Mariam. ini tidak menghalang para sarjana yang terdiri daripada pegawai akademik untuk menjalankan peranan mereka sebagai tenaga pengajar iaitu dengan melaksanakan tiga fungsi utama seperti pengajaran.Bukhori (ITM).Mereka adalah seperti Prof.Rahmah Hashim (UKM).Md.Dr.Ramli Mohamad (USM).Saodah Wok (yang dahulu di UPM dan kini di UIA).Madya Dr. Oleh itu. Dr. penyelidikan serta penulisan dan manakala di UPM pula.Rahim. tenaga pengajar di Jabatan Komunikasi Pembangunan melaksanaksanakan satu lagi fungsi tambahan iaitu pengembangan. Universiti Malaysia Sarawak dan juga di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Prof. Jabatan Komunikasi Pembangunan di Universiti Pertanian Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1979. walau di manapun jabatan komunikasi dtempatkan. bidang komunikasi ini juga mempunyai pengasas yang telah memulakan penyelidikan ke atas bidang komunikasi di Malaysia.Sulaiman Yassin. Penubuhan jabatan dan program komunikasi dalam institut-institut pengajian awam Malaysia telah mampu membawa bidang komunikasi ini berkembang lebih jauh lagi dan ia mendapat sambutan yang amat baik daripada kalangan pelajar yang mengikuti pengajian komunikasi walaupun di Institut Teknologi MARA sahaja bidang komunikasi mendapat tempat yang utama iaitu dengan pembentukan µSchool of Mass Communication¶ tetapi di universiti lain ia adalah di jabatan dalam fakulti yang berbeza.Madya Dr. Narimah Ismail. Dr.Ezhar Tamam dan Dr.Mohd Yusof Hussain (yang dahulu bertugas di UPM dan kini beliau berada di UIA).Dr.

Di seminar AMIC semasa latihan komunikasi dan selidik yang diadakan di Kuala Lumpur dari 29 Mei hingga 1 Jun 1972. selain pendidikan dan latihan dalam kewartawanan. Keempat-empat pensyarah tersebut merupakan pensyarah malaysia. tetapi tiada seorang pun yang mempunyai pengalaman dalam praktikal media.diaplikasi dan diperkenalkan di Malaysia dan melahirkan para pakar komunikasi yang terlatih di dalam negara. perbincangan dan kritikan positif yang dihasilkan. yang kesemuanya mempunyai M. Terdapat kekurangan Penyelarasan dan kerjasama antara sarjana-sarjana. ia bersifat kurang akademik. Dalam kajian ini. dan usaha-usaha untuk penyelidikan hanya bermula apabila selepas rangka kerja program penyelidikan komunikasi antarabangsa yang dilakukan oleh UNESCO. Anderson menggambarkan ini sebagai satu tragedi kerana tiada perancangan dan rundingan. Anderson turut menekankan perlunya penyelidikan komunikasi di Malaysia. Anderson 10 . pegawai kerajaan. pada masa itu banyak persoalan sama ada sebuah negara kecil seperti malaysia mampu menyediakan gaya program komunikasi Amerika yang mewah berbanding kemudahan sedia ada yang terhad.A. 6. Merujuk kepada dua program di USM dan ITM. Turut dinyatakan yang kebanyakan daripada usaha-usaha penyelidikan juga berbeza-beza dan lebih bercorak individualistik. dan golongan yang berkemahiran agar dapat menerajui kedua-dua institusiinstitusi tersebut untuk bergerak secara unilitari dalam mencapai tujuan sama. walaubagaimanapun masih ada di kawasan tertentu dimana penyelidikanya terbatas bukan sahaja bagi penyelidik dari luar malahan penyelidik dari negara Asia sendiri. Politik kewartawanan dan pendidikan komunikasi massa di Malaysia mempunyai tempoh tertentu. Anderson mengatakan tradisi penyelidikan tidak wujud di negara membangun. Pensyarah yang kelima tidak mempunyai pengalaman dalam bidang media tetapi mempunyai pengalaman dalam bidang majalah. Ini telah dibuktikan dengan hasil penyelidikan yang tidak menepati kualiti penyelidikan kerana tidak ada dialog secara professional. Menurut Anderson. ijazah-ijazah dari universiti-universiti Amerika. kakitangan ITM mengandungi lima pensyarah sepenuh masa. Dalam ketiadaan tradisi intelektual dalam bidang komunikasi. UNESCO mlibatkan diri melalui pelaksanaan program penyelidikan komunikasi antarabangsa. Peserta-peserta telah diberitahu bahawa negara Asia berupaya membina asas penyelidikan komunikasi yang agak baik.0 PENGENALAN DAN PENUBUHAN PROGRAM KOMUNIKASI DI UNIVERSITI-UNIVERSITI DI MALAYSIA. yang bekerja sebagai sukarelawan pasukan keamanan di Malaysia selama tiga tahun.

Sejak 1971. Jabatan mengantikan jabatan pembangunan komunikasi universiti pada 1979. terdapat Sekolah Komunikasi di USM. Ini diperlihatkan oleh penubuhan Jabatan komunikasi pertama pada tahun 1970 di Universiti Sains Malaysia (USM). dan Falkulti Komunikasi dan Pengajian Media di UITM yang pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Komunikasi pada tahun 1972. Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media (FKPM) (dahulunya dikenali sebagai Fakulti Sebaran Am) telah ditubuhkan pada tahun 1972 dengan kerjasama Universiti Ohio dan telah menjadi pusat pembelajaran bidang media yang pertama di Malaysia.menyatakan sebagai salah satu ciri pembangunan pesat. sekarang mempunyai Jabatan Pengajian Media yang pada mulanya dikenali sebagai Jabatan Pengajian Melayu. dan sekarang diasingkan menjadi Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden. Dari itu. program-program komunikasi berprestij memerlukan penyelarasan dan kerjasama dari pelbagai arah tetapi ia perlu bergerak secara satu haluan bagi mencapai tujuan yang sama. Universiti Malaya yang merupakan universiti terawal yang menolak cadangan program komunikasi. Universiti Malaysia Sarawak yang ditubuhkan pada 1993. di bawah Pusat pengajian Lanjutan yang di tubuhkan 3 tahun terawal. ahli akademik yang berasal dari pakistan. Jabatan Komunikasi di Universiti Kebangsaan 11 . program komunikasi telah beroperasi di bawah nama Jabatan Penulisan yang turut terletak bersama Falkulti Kesenian dan Sains Sosial. Jabatan Komunikasi ditubuhkan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1975 telah berkembang kepada sekolah media dan pengajian komunikasi di bawah fakulti sains sosial dan kemanusiaan. Fakulti Kesenian pada tahun 1976. Dan seterusnya diikuti oleh universitiuniversiti awam malaysia yang lain iaitu penubuhan Sekolah Komunikasi Massa di Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1972. Sebelum dinamakan bahagian Pengajian Media. diasaskan oleh Sharif Muhajid. Manakala. Di Universiti Putra Malaysia sekarang mempunyai jabatan komunikasi di bawah fakulti komunikasi dan bahasa moden. Universiti Malaysia Sabah pada tahun 1994 di bawah Sekolah Sains Sosial. terdapat sembilan bidang pengajian komunikasi dan media di universiti awam di malaysia. penubuhan program Komunikasi terbaru iailah pada tahun 1999 di Universiti Utara Malaysia dibawah Sekolah Pembangunan Sosial. Pada tahun 1990. Bidang komunikasi ini berkembang secara meluas di Malaysia selepas tahun 1970 an dan ianya dibuktikan dengan penubuhan jabatan-jabatan komunikasi di Malaysia dan penubuhan jabatan-jabatan tersebut adalah merupakan titik tolak perkembangan bidang komunikasi ini di Malaysia. Universiti Islam Antarabangsa menubuhkan Jabatan Komunikasi. Pada tahun 1990 juga. terdapat 3 lagi program komunikasi di Fakulti Sains Sosial. Manakala.

Sulaiman Yassin. Mereka telah mula menceburi dalam bidang komunikasi seawal tahun 1976. Apa yang berlaku di Malaysia pada awal tahun 1970 adalah lebih kepada meniru gaya kewartawanan Amerika dan menghasilkan graduan menara gading dengan banyak yang tidak berkebolehan membuat praktikal dalam usaha membangunkan negara. Bukhori (ITM). manakala di Universiti Putra Malaysia pula ia dikenali sebagai Jabatan Komunikasi Pembangunan iaitu yang diletakkan dibawah Pusat Pengembangan dan Penyelidikan Lanjutan (PPPL). Namun.Madya Dr. Mereka adalah seperti Prof. Prof. Prof. Md. Jabatan Komunikasi Pembangunan di Universiti Pertanian Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1979.Malaysia (UKM) pada tahun 1976. Salleh Hassan.Ramli Mohamad (USM). walau di manapun jabatan komunikasi dtempatkan.Rahmah Hashim (UKM). Prof.Rahim. Kebimbangan 12 . penyelidikan serta penulisan dan manakala di UPM pula. ini tidak menghalang para sarjana yang terdiri daripada pegawai akademik untuk menjalankan peranan mereka sebagai tenaga pengajar iaitu dengan melaksanakan tiga fungsi utama seperti pengajaran. Narimah Ismail. Prof. tenaga pengajar di Jabatan Komunikasi Pembangunan melaksanaksanakan satu lagi fungsi tambahan iaitu pengembangan. Seperti bidang-bidang yang lain. Universiti Malaysia Sarawak dan juga di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Prof. Dr. Mohd Yusof Hussain (yang dahulu bertugas di UPM dan kini beliau berada di UIA). Dr. Dr. Datin Sharifah Mariam.Shamsuddin A. Menurut Anderson lagi. Ezhar Tamam dan Dr. Penubuhan jabatan dan program komunikasi dalam institut-institut pengajian awam Malaysia telah mampu membawa bidang komunikasi ini berkembang lebih jauh lagi dan ia mendapat sambutan yang amat baik daripada kalangan pelajar yang mengikuti pengajian komunikasi walaupun di Institut Teknologi MARA sahaja bidang komunikasi mendapat tempat yang utama iaitu dengan pembentukan µSchool of Mass Communication¶ tetapi di universiti lain ia adalah di jabatan dalam fakulti yang berbeza. Dr. Jabatan Komunikasi telah dibentuk di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan. Musa Abu Hassan. Madya Dr. Madya Dr. Madya Dr. Saodah Wok (yang dahulu di UPM dan kini di UIA). malah kini program komunikasi juga terdapat di Universiti Malaysia Sabah. bidang komunikasi ini juga mempunyai pengasas yang telah memulakan penyelidikan ke atas bidang komunikasi di Malaysia.Vincent Low dan Prof. Prof. dia tidak melihat pembangunan pesat bidang komunikasi di malaysia.Ini dapat dilihat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dr.

selepas tahun 1970-an bidang komunikasi sebagai satu bidang akademik yang telah berkembang dengan begitu pesat sekali. iailah telah mewujudkan penyimpangan. Kedua. Dalam susur galur perkembangan bidang pengajian komunikasi di Malaysia pada tahun 1970 mengikut Syed Arabi Idid dapat dikenalpasti kepada 3 perkara utama iaitu. Institusi pengajian tinggi awam pada tahun 1970-an adalah merupakan titik permulaan kepada penyelidikan komunikasi di Malaysia. atau pendekatan gaya British (pendekatan vokasional) atau gabungan kedua-dua pendekatan tersebut. bermula pertengahan tahun merupakan tahap kemunculan komunikasi sebagai satu bidang pengajian formal. Sebelum itu. penawaran kursus adalah pada peringkat sarjana dan Doktor Falsafah. Di Malaysia. program-program pengajian komunikasi mula diperkenalkan 13 . 7. 1981 dalam Idid) sebelum televisen. Idid turut mengatakan sejak penginstitusian penyelidikan pengajian komunikasi di malaysia pada awal tahun 1970. pengubahsuaian. Ketiganya penyelidikan masih kekal terbatas hanya melibatkan media cetak ( Tham. Selain itu. Kenyataan ini dapat membuktikan dari segi jumlah pelajar dan juga jumlah tenaga pengajar serta jumlah institusi yang menawarkan kursus komunikasi. bidang komunikasi tidak mempunyai tumpuan dalam kalangan masyarakat seperti pada masa kini. pertama penubuhan universiti di malaysia dan penerimaan pengajian komuniksi sebagai bidang akademik pada peringkat ijazah dan lepasan graduan. pelajar-pelajar juga berpeluang untuk mendapatkan didikan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.kemudian dijelaskan oleh Anderson yang sama ada Malaysia mengambil pendekatan gaya Amerika (pendekatan akademik). Di samping itu. radio dan filem. Dengan itu. dan aplikasi dari aliran utama pengajian komunikasi Amerika. perhatian daripada beberapa sarjana bidang komunikasi maka muncullah beberapa institusi-institusi pendidikan mula membuka tirai untuk mengembangkan bidang komunikasi di tanah air. pensyarah yang mengajar dalam bidang komunikasi di universiti malaysia kebanyakanya mereka mendapat pendidikan dari Amerika.0 BIDANG KOMUNIKASI DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) Di Malaysia. Peranan daripada institusi-institusi ini bidang pengajian komunikasi menjadi suatu bidang yang popular dan menjadi fokus daripada pelbagai pihak. Pada masa kini. Inisiatif awal dalam memantapkan sesebuah bidang pengajian ialah melalui penubuhan program-program pengajian dan institusi-institusi pendidikan tinggi.

Selain itu. Selain itu. not at universities. Sebelum itu. Selain itu. Southeast Asia Press Centre (SEAPC) dan Pusat Latihan Penyiaran Kebangsaan (National Broadcasting Training Centre. Universiti Sains Malaysia (USM) yang dikenali sebagai APEX universiti telah meningkatkan atau menaiktarafkan program komunikasi ke peringkat sekolah iaitu bertaraf sebagai sebuah fakulti. tidak ada institusi pendidikan tinggi yang menawarkan program pengajian komunikasi. pertubuhan jabatan-jabatan komunikasi menjadi asas kepada penyelidikan komunikasi di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia. Selain itu. Mereka juga mula sedar bahawa bidang ini akan memberikan manfaat kepada mereka pada masa hadapan. dan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diperkenalkan pada tahun 1990. USM juga mengambil kakitangan akademik dari beberapa institusi luar termasuk Asian Mass Communication and Information Center (AMIC). Jabatan Komunikasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Program Pengajian Media di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1976 dan Jabatan Pembangunan Komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1979. Universiti Malaysia Sabah (UMS). Apabila terlalu ramai pelajar mengambil program ini maka berlaku kekurangan tenaga pengajar di Universiti tersebut. Program Komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Hal ini jelas menunjukkan bahawa pelajar-pelajar mula menceburi bidang ini dan menjadikan bidang ini sebagai kerjaya mereka. Hasil daripada ini. 1993. Program komunikasi adalah program bidang komunikasi yang pertama telah diperkenalkan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1970 diikuti Universiti Teknologi Mara (UITM) pada tahun 1972di sekolah komunikasi Massa. penawaran kursus komunikasi telah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pelajar. USM juga membelanjakan banyak wang terhadap tenaga pengajar yang melanjutkan pelajaran di 14 . NBTC). 1994 dan 1999. Tambahan pula.dalam dekad 1970-an. Perkembangan yang lembab dalam bidang pendidikan komunikasi mempunyai kaitan rapat dengan tradisi keilmuan di Britain sebagaimana pendapat Lent (1972): Malaysia was at a disadvantage since until the late 1960s the indigineous attitude was the same as that of the British: Journalism should be taught on the job and in technical schools. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Selain itu. sumber perpustakaan serta silibus program yang kurang cekap. John Lent. para kakitangan akademik yang bekerja sambilan juga mengekrut daripada pelbagai tempat seperti SEAPC dan AMIC dari Kuala Lumpur dan Singapura. Tambahan lagi. Audio Visual Media. komunikasi antarabangsa dan pendekatan komunikasi budaya kepada komunikasi pembangunan. pengiklanan dan akhir sekali directing skills. Di samping itu. penyuntingan. pihak UPM yang memulakan program ijazah sarjana dahulu telah memulakan program ijazah sarjana muda pada masa itu. Dengan itu. Selain itu. Selain itu. para pelajar juga harus mempelajari Kaedah Kuantitatif selama tiga tahun dan melibatkan diri dalam lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur yang diadakan pada setiap minggu di sesebuah organisasi yang dipilih. Dengan itu. kurikulum bagi bidang komunikasi di USM berbeza dengan kurikulum pada masa kini. Kurikulum di USM lebih menekankan kemahiran media massa. pengiklanan. bekas penyelaras Program Komunikasi di USM telah mengatakan dan mendapati bahawa wujud beberapa implikasi dalam pengurusan program tersebut. bidang komunikasi terus berkembang dengan maju melalui inisiatif yang telah diimplimentasikan oleh institusi pengajian tinggi. Selain itu. kajian dan umum. pelajar-pelajar dapat mempelajari bidang komunikasi dengan menyeluruh dan menimba ilmu dengan lebih mendalam dalam bidang tersebut. Keempat-empat kursus ini telah digeneralisasikan kepada pelajar tahun dua yang mengambil program komunikasi manakala pelajar tahun tiga telah dikhususkan dengan kursus bidang komunikasi seperti percetakan. beliau juga mengeluarkan kenyataan bahawa Program Komunikasi di USM bermula dengan persediaan yang kurang cekap. Tambahan pula. dan Mass Communication. peralatan yang berkaitan dengan bidang. Selain itu. USM juga menghadapi kepincangan dari segi pengurusan Program Komunikasi. Mereka mengajar kursus komunikasi asas seperti µWriting for Mass Media¶ (1 dan 2). para pelajar juga berpeluang untuk mengaplikasikan ilmu komunikasi dalam aktiviti harian mereka. Kursus-kursus ini juga bermain dengan kaedah menulis. Mass Media in Education dan Development. kakitangan akademik yang tetap. UPM juga salah satu Universiti tertua yang menawarkan pengajian komunikasi kepada pelajar-pelajarnya. Bangunan. tidak juga dilupakan bahawa institusi pengajian tinggi awam seperti Universiti Putra Malaysia (UPM) menyumbangkan tenaga dalam perkembangan bidang komunikasi di Malaysia. Hal ini disokong dengan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang tersebut dan membentuk para pelajar dengan lebih bersistematik. program komunikasi juga telah diperkenalkan di beberapa Universiti tempatan bermula dengan program sarjana muda. Selain 15 .Universiti-Universiti terkemuka di dunia. Oleh itu.

pada tahun berikutnya kursus Penyiaran telah diperkenalkan. Pada tahun yang sama Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memulakan kursus komunikasi setelah tertubuhnya Jabatan Komunikasi Pembangunan di bawah Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan. Dari segi pemberian markah atau proses penilaian di IPTA yang disenaraikan mempunyai kaedah yang sama dan pada masa yang sama sebahagian IPTA mempunyai kaedah penilaian yang tersendiri. di mana pelajar diperlukan memenuhi 134 jam kredit bagi minimum 6 semester. beberapa jabatan/program telah memulakan program siswazah seperti yang terdapat di USM. Selain itu. Apabila kursus-kursus seperti ini diperkenalkan maka program tersebut telah menjadi satu program yang sistematik dan lengkap. Kemudian. Pada akhir sekali pelajar tersebut dinilai 16 . Malahan bidang komunikasi ini terus mendapat pengiktirafan dan perhatian apabila beberapa institusi pengajian tinggi telah menubuhkan pusat pengajian dan fakulti seperti Universiti Sains Malaysia (USM). Dengan itu. Di UITM proses penilaian kursus berdasarkan kepada Model Amerika. manakala Universiti Malaya memulakan satu projek yang berkaitan dengan Penyelidikan Media sebagai Program percubaan di bawah Jabatan Bahasa Inggeris pada tahun yang sama. dan UIAM. Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UITM). Universiti termuka di Malaysia seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menubuhkan Jabatan Komunikasi pada tahun 1975. Melalui model ini program tersebut dinilai oleh sistem semester dengan jam kredit. Program komunikasi di UITM di bawah Sekolah Komunikasi Massa telah ditubuhkan pada tahun 1972. Pada tahun 1972 salah satu IPTA iaitu Institut Teknologi Mara kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UITM) memulakan program Kajian Sebaran Am. satu laporan daripada Ralph Kliesch dari Ohio Universiti telah memberi pandangan bahawa Program Komunikasi Massa perlu diperkenalkan dengan segera dan meletakkan Program tersebut di Sekolah yang tersendiri. Kini. kemudian ia bertukar kepada Jabatan Penulisan pada tahun 1987. UKM. Program komunikasi di Universiti Malaya berpayung di bawah Rancangan Penulisan Kreatif dan Deskriptif 1977. Program tersebut meliputi dan berkhususkan kepada tiga bahagian iaitu Kewartawanan. UM. program komunikasi di Universiti tersebut ditawarkan oleh Jabatan Pengajian Media. Di UITM proses penilaian kursus yang agak baik dan tepat. Dengan pengenalan ilmu komunikasi di Malaysia kita dapati bahawa hampir semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menawarkan program komunikasi. Perhubungan Awam dan Pengiklanan.dari program sarjana muda.

penentuan Ijazah Sarjana Muda telah ditentukan oleh sistem 3-22-1. Di UKM jabatan Komunikasi telah mengikuti sistem Major dan Minor dalam penilaian kursus. Sejak daripada 1980. Dalam Jabatan Komunikasi terdapat pelajar-pelajar daripada seluruh Malaysia dan luar Negara seperti Nepal. di UKM terdapat keperluan untuk menawarkan kursus Kewartawanan kepada para pelajar yang bakal mengambilnya. UPM hanya menawarkan Program Master of Science dan Ijazah Kedoktoran kepada pelajar yang berkelayakan dan telah menghabiskan Bachelor¶s dan Master¶s degree dari Kolej atau Universiti-Universiti yang disahkan oleh UPM. Populasi pelajar bagi program tersebut iaitu bilangan 42 meningkat kepada 700 pada tahun berikutnya. Selain itu. Selain itu. Akibat peningkatan populasi pelajar maka wujudlah kekurangan tenaga pengajar bagi program tersebut. UPM telah menawarkan lebih daripada 20 kursus yang bermula dengan Diploma ke Ijazah dan pascasiswazah.A). Bilangan pelajar bergraduasi telah meningkat daripada 26 pelajar pada tahun 1975 kepada jumlah kumulatif 724 pada tahun 1987. (Lent. Untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda para pelajar perlu bertungkus-lumus untuk mendapatkannya. Pembelajaran dan Pengajaran Kursus adalah dalam Bahasa asing seperti Bahasa Inggeris kecuali dalam sesebuah Kursus yang pelajarnya daripada Malaysia akan diajarkan dalam Bahasa Malaysia. Students enroll in three departments in the first year and continues in two departments in the second and third year and majoring in one department in the final year.P. Selain itu. pihak UPM juga menggunakan kaedah sistem Jam Kredit dalam penilaian kursus. Tambahan lagi. Di UPM pula.oleh Markah Purata (G. UKM adalah institusi pengajian awam yang ketiga menawarkan Program Komunikasi. Di Universiti Malaya (UM). Selain itu. Sistem ini telah diperkenalkan semasa British menjajah Malaysia. Selain itu. 1988:110). Pihak UPM berfokuskan kepada bagaimana seseorang individu melahirkan kendiri diri melalui program tersebut. Bilangan ini tidak dicampur dengan pelajar yang mengambil program ini pada waktu petang. populasi pelajar bagi program tersebut meningkat dengan drastik pada tahun selepasnya. lebih menekankan kepada disiplin akademik dengan aplikasi praktikal. pengambilan pelajar adalah dua kali setahun di universiti tersebut iaitu pada bulan Januari dan julai. tenaga pengajar 17 . Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) penilaian kursus menjadi fokus dan melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti. masih menggunakan Sistem Semester dan Continuous Assessment bagi mengukur keupayaan pelajar yang berkelayakan. Filipina dan Thailand. Bagi Diploma pihak UPM tidak akan mengesahkannya.

Kebanyakannya buku-buku rujukan di Universiti itu dalam Bahasa Inggeris dan ditulis oleh Pensyarah-pensyarah luar Negara yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini. buku rujukan dan buku teks berdasarkan kepada pendidikan di Amerika Syarikat. 8. Universiti Islam Antarabangsa (UIA). 18 . Syed Arabi Idid (dulu UKM. Prof.Vincent Low (USM). tidak boleh mewujudkan generasi intelek yang mempunyai kemahiran dalam apa saja bidang yang diceburinya. Begitu juga. Tenaga pengajar atau kakitangan akademik adalah golongan yang sangat penting dalam pembangunan sesebuah Negara. Ini dapat dibuktikan melalui peranan IPTS dalam menawarkan bidang komunikasi untuk pelajar di Malaysia.sekarang UIA). dalam bidang Komunikasi kakitangan akademik memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi yang berilmu. IPTA amat memerlukan kakitangan akademik yang mempunyai kemahiran dalam sesebuah bidang.0 BIDANG KOMUNIKASI DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS). Dr. Md Salleh Hassan (UPM) dan ramai lagi. unsur-unsur asing telah diterapkan dalam sistem pembelajaran dan pengajaran. dan Australia. Akan tetapi. Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) juga dilihat memainkan peranan yang penting dalam perkembangan pengajian tinggi yang mana setiap bidang dibangunkan bagi mencapai taraf yang berkualiti setaraf dengan peringkat antarabangsa. dan sebagainya. Dr. Tanpa mereka. Dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Prof. Kini. Universiti Sains Malaysia (USM).daripada Universiti tersebut kebanyakkannya memperoleh pendidikan dari Amerika Syarikat. Di Malaysia. Universiti Malaya (UM). sarjana-sarjana Komunikasi di IPTA menjalankan tugas mereka dengan melatih atau melahirkan para pelajar yang cemerlang berpandukan kepada matlamat IPTA. Di antara pengasas bidang komunikasi di Malaysia ialah Prof. keupayaan seseorang pelajar mudah dikenalpasti melalui Sistem Jam kredit dan kaedah ini membantu pihak Universiti untuk mengenalpasti pelajar yang berkelayakan. Sarjana komunikasi di Malaysia kebanyakannya mendapat Masters dan PhD dalam bidang tersebut dari luar Negara seperti Amerika Syarikat. United Kingdom. Dengan itu. fokus kerajaan bukan sahaja terhadap universitiuniversiti awam seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). bidang pengajian komunikasi semakin berkembang dan merupakan bidang pengajian yang penting. Para pelajar juga berminat dalam bidang ini dan menerokai ilmu komunikasi supaya mereka bersaing dalam dunia yang mencabar nanti. Selain itu. Selain itu. Pihak IPTA juga memastikan bahawa para pelajar memenuhi syarat untuk mengambil Program ini dalam pengajian mereka.

New Zealand. Antara IPTS yang menawarkan bidang pengajian komunikasi di Malaysia ialah Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR). Kanada. Kanada dan Perancis. Pada tahun 1997. Ini dapat dilihat apabila banyak IPTS yang mula menawarkan kursus pengajian di peringkat sijil. IPTA dan IPTS telah meningkatkan tahap kualiti kursus pengajian yang ditawarkan di IPTS. Pada tahun 1980-an. Universiti Selangor (UNISEL). Melalui institusi ini. ianya menawarkan kursus-kursus pengajian di peringkat sijil dan diploma secara kerjasama dengan universiti atau badan professional dari luar negara iaitu United Kingdom (UK). Kolej Antarabangsa Selangor (KUIS) dan sebagainya. Seterusnya. computer dan teknomlogi maklumat melalui program kerjasama dengan United Kingdom. kejuruteraan. Hingga tahun 2000. IPTS menawarkan kursus pengajian di peringkat sijil. sebanyak 32 IPTS telah diberi kelulusan mengendalikan program 3+0. IPTS telah mendapat pengalaman dalam jaminan kualiti kursus pengajian yang ditawarkan. 19 . Amerika Syarikat (AS). Melalui program ini.Pengalaman luas IPTS dalam mengadakan program kerjasama dengan negara luar telah membuka pintu untuk pelaksanaan program kerjasama antara IPTS dan IPTA melalui francais. Kesemua IPTS ini menawarkan bidang pengajian komunikasi yang telah diiktiraf MCQ dan diberi pengiktirafan kualiti yang setanding dengan kursus komunikasi yang ditawarkan di Universiti Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Oleh itu. Melalui pengurangan penghantaran secara besar-besaran pelajar dibawah tajaan kerajaan ke luar negara. kegawatan ekonomi dunia telah memberi impak yang signifikasi kepada kemajuaan pendidikan tinggi swasta di peringkat tempatan. Kemajuan pendidikan komunikasi IPTS di Malaysia menawarkan bidang komunikasi dalam senarai bidangnya dapat dilihat bermula daripada tahun 1980-an sehingga akhir tahun 2000 sehingga sekarang. diploma dan ijazah dalam bidang seperti perniagaan. Australia. Kolej IACT.telah memberi pengalaman berguna kepada IPTS dalam mengendalikan kursus pengajian di peringkat ijazah pertama dan dalam masa yang sama telah berjaya menarik lebih ramai pelajar antarabangsa untuk mengikuti pengajian tinggi di Malaysia. Kolej IKIP. IPTS bukan bertaraf universiti telah dibenarkan untuk mengendalikan kursus pengajian dengan kerjasama universiti luar negara melalui program 3+0. New Zealand dan Australia. pada 1990 pendidikan tinggi swasta semakin meningkat. komunikasi. di mana pelajar dapat menamatkan keseluruhan pengajian di IPTS tempatan. diploma dan ijazah. IPTS telah berkembang dengan pesat. Amerika Syarikat. Melalui langkah ini.

Diploma Komunikasi Massa (Pengajian Media). Falkuti Sais Sosial dan Masyarakat pula ditubuhkan pada tahun 1999. pelatih atau sesiapa sahaja yang sangat berminat dengan profesion yang dapat membawa kepada penambahan kemajuan bidang pengajar. Secara terperinci. Kolej Tunku Abdul Rahman ini ditubukan pada 24 Februari 1969 dengan sokongan daripada (MCA). impak-impak negatif media tradisional seperti televisyen dan filem diberi perhatian. Diploma Komunikasi Massa (Komunikasi Penyiaran) dan Diploma Lanjutan Komunikasi Massa ( Pengajian Media). journalism. Di bawah kursus Komunikasi Efektif dan Pengajar. Selain itu. bentuk media massa yang baru dan maju dapat 20 . kolej ini juga beroperasi dengan subsidi sebanyak 50% daripada kerajaan Malaysia. Kampus utamanya terletak di Kuala Lumpur iaitu seluas 186 ekar. Dibawah bidang komunikasi massa program-program yang ditawarkan ialah pengiklanan. guru. Seterusnya. Falkuti Sains Sosial dan Masyarakat di Kolej TAR merupakan bidang pengajian yang terbaru diperkenalkan dan terletak di kolej tersebut. Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR) atau juga dikenali sebagai TARC atau KTAR. Sains Sosial dan Pengurusan Hospitaliti ditawarkan. komunikasi penyiaran. Nama kolej ini diberi sempena nama Bapa Kemerdekaan Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Dari tahun 1969 seramai 764 pelajar menyambung pengajian di kolej ini dan kini dianggarkan seramai 30. program ini direka bagi para pensyarah. Kolej ini mempunyai enam cawangan kampusnya yang terletak di enam negeri di Malaysia dan menjadi sebuah institusi di bawah Persatuan Cina Malaysia (Malaysian Chinese Association). Sudah lama. Program ini juga dapat membangunkan interpersonal seseorang individu dan meningkatkan kemahiran komunikasinya. terdapat lima program yang ditawarkan dibawah bidang komunikasi massa iaitu Komunikasi Efektif dan Pengajar. dan pengajian media.8. Melalui teknologi moden. Di bawah falkuti ini adanya bidang-bidang seperti Komunikasi Massa.1 Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR). Falkuti Teknologi dan Falkuti Seni dan Sains ditubuhkan di kolej berkenaan. Kolej ini bermula dengan penubuhan falkuti Pra-Universiti pada tahun 1969 dan diikuti dengan Falkuti Pengajian Perniagaan pada tahun 1971. di bawah program Diploma Komunikasi Massa (Pengajian Media) program ini bertujuan untuk mempromosi kebolehan menulis dalam masyarakat bermaklumat dimana audien akan didedahkan kepada pelbagai bentuk kandungan media. Majoriti pelajar di kolej tersebut adalah terdiri daripada pelajar kaum Cina. Pada 1972.000 pelajar menyambung pengajian mereka di kolej TAR ini. Diploma Komunikasi Massa (Kewartawanan).

kursus ini penting kerana wujudnya keperluan untuk memilik pengetahuan yang mendalam terhadap media massa misalnya seperti fungsi media. Melalui program ini. penulis. Ini akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teori dan kemahiran teknikal bagi menjadi pakar dalam industri media elektronik moden termasuklah pembuat skrip. filem dan internet. Ini akan menjadikan mereka lebih bertanggugjawab dan berpengatahuan sebagai penerbit informasi atau maklumata dalam sektor awam dan swasta di peringkat tempatan dan paras antarabangsa. Pelajar yang mengikuti kursus ini perlu mempunyai minat dalam mengikuti perkembangan peristiwa terbaru yang berlaku samada di peringkat tempatan mahupun dalam konteks dunia. pelajar akan lebih memahami isu-isu budaya dan polisi politik yang mempengaruhi masyarakat plural di Malaysia yang mana pengetahuan ini akan memberi persediaan kepada mereka untuk menjadi wartawan media yang professional. Mereka juga boleh menjadi penulis atau penerbit informasi atau maklumat dan menjadi sebahagian daripada µ creative team ¶ dalam membawa atau membentuk idea-idea dan konsep-konsep baru serta sebagai pengajar. penerbitan. filem dan penyiaran. persembahan dan membentuk penyiaran tradisional dan media elektronik yang baru. 21 . pemasaran. pengacara program televisyen. Selain itu. penulisan. editor.menghantar sesuatu mesej dengan pantas dan merentasi dunia. dan sebagainya. mereka juga berpeluang terlibat dalam bidang pengiklanan. Graduan dyamg memiliki diploma dari program ini. wartawan. skrip. Disamping itu. hubungan awam. atau pengkaji maklumat dalam organisasi media massa. boleh mencari peluang kerjaya dalam industri media seperti pengiklanan. media pencetakan. kesan dan mengetahui hala tuju media pada masa akan datang. Program Diploma Komunikasi Massa ( Komunikasi Penyiaran) pula berfokus kepada pengetahuan dan kemahiran untuk pemahaman teknikal. Graduan-graduan boleh menyambung pengajian mereka ke peringkat Diploma Lanjutan Komunikasi Massa (Pengajian Media) di Kolej TAR dan kursus Sarjana Dengan Kepujian di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) atau universiti lain. Tahap standart Diploma Komunikasi (Pengajian Media) ini adalah setaraf dengan Ijazah Sarjana tahun pertama mahupun tahun kedua. DJ. majalah. pengurusan media dan perhubungan awam. radio. Pelajar akan menganalisis secara kritikal semua bentuk komunikasi massa melalui televisyen. surat khabar. Mereka juga akan mendapat peluang pekerjaan sebagai penulisan kewartawanan. Diploma Komunikasi Massa (Kewartawanan) pula berfokus sebagai pembekal bagi para pelajar yang mempunyai bakat dan kemampuan untuk dibangunkan di dalam bidang kewartawanan samada sebagai wartawan.

kemahiran menyelidik dalam diri pelajar dikembangkan melalui unit komunikasi kaedah penyelidikan dalam diri penuntut akan dibangunkan semasa melakukan projek-projek kerja dalam program tersebut. Selain itu. 22 . wujudnya Falkuti Pengajian Komunikasi Dan Media. Diploma Lanjutan Komunikasi Massa (Pengajian Media) yang ditawarkan di TAR merupakan program yang menyediakan pengetahuan lebih lanjut yang akan mempersiapkan mereka dengan tanggungjawab. Falkuti ini terletak di kampus satelitnya iaitu di Shah Alam. Bagi bidang pengajian komunikasi di UNISEL. Graduan daripada program ini akan diperlukan untuk menjadi profesion komunikasi di stesen-stesen televisyen dan radio. UNISEL merupakan universiti milik penuh kerajaan Negeri Selangor dan taraf universiti ini berada dalam kategori universiti swasta yang mana universiti ini dikelola oleh Pendidikan YS. United Kingdom. Universiti Selangor atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai µ University of Selangor¶. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi (Korporat Komunikasi) . Semasa program. polisi kerajaan dan amalan budaya. teknologi informasi. perkhidmatan berita secara on-line dan industri elektronik. Dibawah falkuti ini terdapat tiga kursus dibawahnya di peringkat Diploma dan Ijazah. 8. Ianya melatih individu media professional yang mahir dalam kepelbagaian budaya. positif. Sdn. diploma diploma ini setaraf dengan Ijazah Sarjana dan boleh menyambung Ijazah Seni Dalam Komunikasi. Antara Diploma Komunikasi & Media. Bhd. Dahulunya dikenali sebagai Universiti Industri Selangor tetapi telah diubah kepada nama Universiti Selangor bermula pada 14 Februari 2011. Universiti ini telah ditubuhkan pada tahun 1999 dan mempunyai dua kampus induk yang terletak di Bestari Jaya yang siap dibina pada tahun 2005 dan cawangan atau satelit utama kampus berkenaan yang terletak di Shah Alam.pengiklanan dan komunikasi untuk komuniti dengan elektronik baru. pelajar juga akan belajar mengenai undang-undang media. Selangor. Bhd iaitu sebuah perbadanan milik kerajaan Negeri Selangor Kumpulan Darul Ehsan Sdn. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi (Jurnalisme). sosio-ekonomi dan sifat politik sesebuah negara.2 Universiti Selangor (UNISEL). Budaya dan Media di Conventry Universiti.

Diploma Kreatif Multimedia. Selain daripada pengajian Diploma Komunikasi Massa. Kebanyakkan tenaga pengajar di Kolej IACT ini terdiri daripada pelatih dari industri professional yang mana akan berfungsi bagi memberi pendedahan kepada para penuntutnya secara meluas dalam dunia komunikasi di semester pertama mereka. Diploma Penyiaran. para pelajar akan berupaya untuk membuat pilihan di dalam memilih jurusan utama mereka seperti kewartawanan. Keunikan bidang pengajian komunikasi di Kolej IACT ini dapat dilihat yang mana para pelajar yang mengikuti Kursus Komunikasi Massa ini akan diberi latihan praktikal iaitu mereka diberi peluang untuk berurusan dengan pelanggan-pelanggan daripada organisasi korporat sebagai langkah menyediakan diri mereka apabila melangkah ke dunia pekerjaan sebenar. Kolej IACT ini menawarkan jurusan Diploma Komunikasi Massa bagi memberi pendedahan yang sepenuhnya kepada pelajar lepasan SPM agar dapat memilih jurusan secara bijak selepas diberi pendedahan sepenuhnya. penyiaran. dan Sijil Komunikasi Massa. pengurusan majlis dan sebagainya. Diploma Reka Bentuk Grafik.3 Kolej IACT. Melalui pendedahan ini. Australia. Kolej IACT turut diakreditasi oleh International Advertising (IAA) New York sebuah organisasi antarabangsa yang mewakili hak asasi semua pengiklan. United Kingdom dan New Zealand. Selepas menjadi graduan dalam bidang jurusan komunikasi. penerbitan.8. komunikasi korporat. agensi dan juga media. kesemua graduan ini mendapat akses bagi menyambung ijazah mereka selama satu hingga satu setengah tahun di universiti-universiti yang bergabung dengan Kolej IACT di Amerika. Bidang pengajian yang popular dan terbukti kesahihanya dalam kalangan kolej swasta tempatan ialah bidang Komunikasi Massa. Kolej IACT merupakan salah satu kolej yang menawarkan jurusan Komunikasi Massa tetapi jurusan ini disampaikan dengan cara yang berbeza dan unik berbanding dengan kolej-kolej swasta lain yang turut menawarkan kursus ini. 23 . perhubungan awam. Kolej IACT ini juga menawarkan program Diploma Pengiklanan dan Komunikasi Pemasaran. Kolej ini merupakan institusi pengajian tinggi yang dibangunkan dan diiktiraf oleh Association of Acccredited Advertising Agents Malaysia (4As) dan Malaysia Advertisers Associations (MAA) yang mengkhusus dalam bidang pengiklanan dan komunikasi.

Sebuah pusat latihan yang dinamakan sebagai Pusat Latihan Penyiaran Negara ditubuhkan pada tahun 1971 di Rumah Persekutuan. cemerlang dan berkebolehan. Selain berfungsi sebagai pusat penyiaran peringkat tempatan. IPPTAR merupakan satu-satunya institusi sosial yang menyediakan kursus-kursus professional dalam bidang penyiaran terutamanya penerbitan rancangan dan kejuruteraan radio dan televisyen. Objektif lain IPPTAR adalah mengadakan kajian keperluan latihan secara berterusan seiring dengan 24 . dua badan penyiaran antarabangsa iaitu AIBD (Asia-Pasific Institute for Broadcasting Development) dan Asia-Pasific Broadcasting Union (ABU) turut menjadikan IPPTAR sebagai ibu pejabatnya. pusat ini juga melatih penyiarpenyiar luar negara melalui Program Kerjasama Teknikal (PKTM) sejak tahun 1984. persidangan. IPPTAR dijadikan sebagai sebuah institusi latihan di bawah Kementerian Penerangan. dan Kebudayaan Malaysia seterusnya dikenali sebagai Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdu Razak (IPPTAR). dialong media dan latihan yang sesuai untuk karyawan penyiaran di rantau Asia dan Pasifik.9. Komunikasi dan Kebudayaan ke arah melahirkan modal insan yang bersifat profesional. Terdapat beberapa objektif IPPTAR yang dilaksanakan. pada tahun 1975 pusat latihan ini dipindahkan ke Kompleks Angkasapuri. Komunukasi.0 PUSAT LATIHAN DAN KURSUS KOMUNIKASI. Asia Media Summit. Bukit Putra dan diubah kepada nama Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPPTAR).1 Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR). Komunikasi dan Kebudayaan melalui latihan dan kursus. Pada 16 Ogos 2008. Melalui misi IPPTAR ini iaitu bagi meningkatkan tahap profesionalisma bagi warga kerja Kementerian Penerangan. IPPTAR mengubah hala tujunya supaya bergerak seiring dengan kemajuan media massa pada masa kini. 9. Visi IPPTAR pula adalah untuk menjadikan IPPTAR sebagai sebuah institusi latihan Penerangan. Dibawah IPPTAR ini. Antaranya ialah. Fungsi kedua-dua badan ini melaksanakan program dan aktiviti berkaitan untuk para ahlinya. Penubuhan pusat ini mengikut keperluan latihan untuk kakitangan Jabatan Penyiaran di Malaysia. Seterusnya. Komunikasi dan Kebudayaan yang cemerlang dan bertaraf dunia. Seterusnya. Antara aktiviti tersebut ialah mengadakan seminar. komunikasi dan kebudayaan. menyediakan latihan kepada para pekerja dalam KPKK dalam bidang yang mengkhususkan dalam bidang penerangan. Kuala Lumpur. IPPTAR menyediakan latihan dan kursus yang diiktiraf bagi warga kerja di dalam kerjaan iaitu jabatan Penerangan. Latihan dan kursus ini diberikan kepada pekerja yang terlibat secara lansung. Jalan Ampang.

0 PERBEZAAN INSTITUSI SEKOLAH. pusat ini akan menghebahkan projek kursus kepada pelanggan satu bulan sebelum kursus tersebut bermula. Komunikasi dan Kebudayaan. tempat menerima dan memberi ilmu. IPPTAR berfungsi bagi merancang dan menyediakan program latihan untuk warga kementerian. Akhir sekali dibawah piagam pelanggan IPPTAR ini. fungsi terakhir IPPTAR adalah menyediakan infrastruktur dan khidmat sokongan selaras dengan keperluan latihan. Permulaan sesuatu bidang pengajian IPT bermula dengan tertubuhnya jabatan komunikasi kemudian barulah ialah ditukar kepada sekolah komunikasi.kemajuan dan perkembangan semasa. Sekolah membawa maksud tempat untuk belajar dan mengajar. Piagam pelanggan di bawah IPPTAR adalah melaksanakan 80 latihan dan kursus yang berkualiti setiap tahun selaras dengan keperluan semasa pelanggan. Selain itu IPPTAR juga berfungsi melaksanakan program latihan yang berkualiti selaras dengan keperluan semasa pelanggan. Fungsi lain IPPTAR adalah bekerjasama dengan agensi-agensi di dalam dan luar negara dalam bagi latihan dalam bidang penyiaran. IPPTAR juga mempunyai piagam pelanggannya yang tersendiri bagi memastikan latihan atau kursus yang disediakan dapat mencapai tahap yang dimahukan. Penubuhan IPPTAR ini mempunyai beberapa fungsi yang dijalankan di bawahnya. Disampaing itu. Dibawah piagam pelanggan IPPTAR. 10. Sekolah juga lebih kepada mengkaji bidang bagi sesuatu aliran ilmu secara khusus. Seterusnya. IPPTAR antara lainya berobjektif bagi melatih warga kementerian kearah memperkasakan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia. JABATAN. IPPTAR juga menawarkan 10 bidang kepakaran latihan yang professional. dan cabang ilmu pengajian lebih banyak. mereka akan mengadakan keperluan kursus setiap dua bulan. IPPTAR juga bekerjasama dengan agensi-agensi dalam dan luar negara dalam penyediaan latihan kepada Penerangan. DAN FAKLUTI. jabatan atau agensi-agensi yang berada di bawahnya. perfileman dan komunikasi korporat. Selain itu. Tahap pengajian di sekolah lebih khusus. Dato¶ Seri Najib Razak melalui modul kursus khas atau dalam modul setiap kursus anjuran IPTTAR. bidang pengajian ilmu lebih luas. IPPTAR juga akan menerbit dan mengedar buku program dan kalendar kursus tahunan kepada pelanggan sebulan sebelum tahun berakhir. 25 .

Jabatan Sekolah Fakulti Pusat Fakulti merupakan cabang ilmu yang terdapat dalam sesuatu bidang. Ini bermakna jabatan merupakan unit-unit kecil yang mengkaji sesuatu pengajian. 26 . Fakulti merupakan penaung satu jabatan di universiti atau kolej yangg mengajarkan sesuatu cabang ilmu atau yang khusus dalam sesuatu jurusan pengajian. Jabatan di Universiti yang mengajar sesuatu cabang ilmu atau yang khusus dalam sesuatu jurusan pengajian seperti pengajian komunikasi. Jabatan ditubuhkan secara penghususan hanya dalam satu-satu bidang sahaja. Pensyarah-pensyarah dan mahasiswa-mahasiswa dari sesuatu jabatan akan mempelajari ilmu pengetahuan yang terdapat dalam di universiti. Jabatan merupakan bahagian daripada sesuatu badan pentadbiran kerajaan yang menguruskan tugastugas tertentu. seperti Jabatan Komunikasi yang mengfokuskan pembelajaran dan penyelidikan Komunikasi sahaja. Jabatan Komunikasi ditubuhkan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1975 telah berkembang kepada sekolah media dan pengajian komunikasi di bawah fakulti sains sosial dan kemanusiaan. Perubahan dapat dilihat dalam urutan di bawah yang menunjukkan semakin tinggi tahap dalam pengistitusian dalam pengajian semakin luas skop pengajian. taraf sekolah akan berubah menjadi taraf fakulti apabila berkembagan cabang-cabang bidang pengajian yang banyak dan terdapat di universiti tersebut . Seperti Falkulti Komunikasi dan Pengajian Media di UITM yang pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Komunikasi pada tahun 1972.Program yang terdapat dalam institusi sekolah tidak begitu kompleks dan cabang-cabang ilmu pengajian yang disediakan juga spesifik. Dalam bidang komunikasi. Sekolah boleh dikatakan penghususan bagi sesuatu pengajian aliran ilmu dengan lebih mendalam sebelum berubah kepada fakulti.

Graduan bidang pengajian komunikasi dari IPTA mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Australia. Dengan penawaran program ini di IPTA maka sudah pasti ia akan berkembang dan menjadi opsyen kepada para pelajar yang mengikutinya. Tenaga pengajar di IPTA hanya terdiri daripada tenaga pengajar yang menamatkan pelajaran mereka di luar negara seperti United Kingdom.0 GENERALISASI BIDANG KOMUNIKASI DI IPTS DAN IPTA DI MALAYSIA. Amerika Syarikat dan lain-lain berbanding dengan tenaga pengajar di IPTS sebilangan besar tenaga pengajar yang menamatkan pengajian bidang komunikasi di luar negara. radio. tidak semua IPTA yang menawarkan program komunikasi dengan harapan pada masa akan datang seluruh IPTA akan menawarkan bidang ini dan memberi perhatian secara menyeluruh. Dengan itu. Mereka juga lebih dekat dengan sosiobudaya negara. Namun. Tetapi dari segi peluang pekerjaan kerja graduan IPTS lebih mudah mendapat kerja berbanding IPTA dalam kerajaaan dan swasta tetapi graduan IPTA lebih mudah mendapat pekerjaan di sektor kerajaan sahaja (UKM. Mereka lebih menekankan aspek teori daripada pratikal. graduan daripada IPTA ini mempunyai kekurangan yang mana apabila mereka membuat pratikal harus membuat pratikal sewaktu masuk fasa pekerjaan mereka tidak dapat kedepan disebabkan mereka bergantung dengan pembelajaran secara teori yang banyak bergantung pada pensyarah dan buku. Sementara di IPTS bidang pengajian komunikasinya lebih menekankan kepada latihan pratikal kepada penuntut-penuntut pengajian komunikasi di IPTS diberi latihan industri atau amali mendedahkan pelajar kepada pengalaman professional di industri luar sebagai persediaan graduat kepada dunia sebenar. persekitaran ekonomi dan politik tempatan serta dapat memahami kehendak rakyat dan aspirasi kerajaan. Bidang pengajian komunikasi di Malaysia iaitu di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dapat dilihat perbezaanya melalui tenaga pengajarnya. dan pengurusan media massa seperti akhbar kampus. 27 . produksi program televisyen. filem dan dokumentari. Pelajar pengajian komunikasi di IPTS didedahkan kepada pengeluaran. Sebagai generalisasi. institut pengajian tinggi yang menawarkan program komunikasi di Malaysia telah berkembang secara berperingkat. graduan dalam bidang pengajian komunikasi yang dihasilkan melalui IPTA lebih berkebolehan dan ada kelebihan daripada IPTS. Mereka yang mengambil bidang pengajian komunikasi di IPTA lebih menekankan aspek teori dalam kursus-kursus yang ditawarkan.2010). Sebagai bukti. maka wujudlah perbezaan dari segi teknik pembelajaran dan pengajaran dalam bidang komunikasi antara IPTA dan IPTS.11. Akan tetapi. penerbitan. berbentuk cetak dan elektronik.

Komunikasi atau media masyarakat. Dibawah Jabatan Komunikasinya yang ditubuhkan pada tahun 1976. isyarat dan bahasa diikuti dengan penulisan. proses dan perantaraan yang digunakan. Beberapa penerbitan jurnal yang ditemui terdapat pengaruh ideologi dalam sistem pembelajaran dan penyelidikan komunikasi. kaedah analisis dilakukan melalui struktur kursus mereka. terutamanya pada peringkat ijazah sarjana dengan jangkaan bahawa UPM yang menjalankan program bagi peringkat ijazah (Master). dan radio. psikologi. pengajian komunikasi dan perubahan perfileman. ia banyak dipengaruhi oleh bidang-bidang sains sosial yang lain seperti psikologi. ekonomi dan juga sains tulen seperti kejuruteraan dan 28 . jika ditinjau latar belakang ilmu komunikasi pada peringkat awalnya. Namun yang membezakan penelitian terhadap ilmu komunikasi banyak berkaitan dengan cara. politik. Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (sebelumnya dikenali Universiti Pulau Pinang) menempatkan bidang komunikasi sebagai kursus yang signifikan. Manusia zaman kuno sudah pun berkomunikasi. Di bawah Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan terdapat dua jabatan ekonomi yang dinamakan Jabatan Penggembangan Pendidikan dan Jabatan Komunikasi Pembangunan yang diwujudkan pada tahun 1979.0 KESIMPULAN Kesimpulannya. televisyen. Program komunikasi wujud pada tahun 1970 an di Universiti Teknologi Mara (sebelumnya dikenali Institut Teknologi MARA). bidang komunikasi bukan satu perkara yang baru. Justeru itu. Pada peringkat awalnya perbincangan komunikasi berkisar tentang simbol. 12. seperti Komunikasi Massa. Komponen kemahiran pula terdiri daripada penulisan dan penghasilan bagi kewartawanan. Selain daripada komunikasi antarabangsa dan komuniksai pembangunan. rangkaian Komunikasi Pembangunan diperkenalkan di UPM. Dalam menjejak pembangunan institusi pengajian komunikasi di Malaysia. berlakunya penubuhan Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan (PPPL) untuk menlaksanakan penggembangan bidang komunikasi . Bidang ini terus berkembang seiring dengan kemunculan peralatan-peralatan berkomunikasi dan media massa. Pada tahun yang sama. sosiologi. sains politik dan geografi. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Komunikasi Pengurusan dan teori komunikasi. sosiologi.Perhatian yang diberikan terhadap penggunaan komunikasi untuk pembangunan telah menarik para sarjana bukan sahaja dari bidang komunikasi tetapi juga bidang-bidang lain seperti antropologi. terdapat penawaran kursus yang terdiri daripada komunikasi atau media yang berasaskan teori.

Ilmu komunikasi mempunyai hubung kait dengan ilmu-ilmu sains sosial yang lain. teknologi komunikasi. ia banyak dikaitkan dengan ilmu-ilmu lain yang lebih kelihatan dominan. maka idea utamanya secara tidak langsung juga turut tenggelam. komunikasi pembanguan. Oleh yang demikian. 1994). Hasil daripada inisiatif beliau maka muncullah pusat-pusat pengajian ilmu komunikasi baru di universiti-universiti Amerika Syarikat. Sebagai contoh.Selepas tahun 1960-an barulah horizon komunikasi ini diterima luas mencakupi komunikasi antara budaya. Jelas komunikasi merupakan mengenai ilmu komunikasi sebagai disiplin ilmu sains sosial. komunikasi sebagai satu bidang ilmu yang dikendalikan oleh institusi pengajian tinggi mula diperkenalkan oleh Schramm. telekomunikasi dan sebagainya. Schramm yang sering dikenali sebagai tokoh dan bapa komunikasi telah memperkenalkan program komunikasi massa pertama dunia pada tahun 1943 semasa beliau menjadi Pengarah Iowa Journalism School. Dalam pada itu. Manakala teori Freud iaitu Teori Psikoanalitik pula dibuktikan telah menyumbang kepada kerangka pengajian ilmu pemujukan yang dipelopori oleh Carl Hovland. perhubungan awam. Usaha Schramm dikatakan sebagai pencetus kepada pengajian ilmu komunikasi secara formal dan di peringkat pengajian tinggi serata dunia. Hal ini berlaku kerana komunikasi sering memerlukan bidang lain bagi menyokong penjelasannya. tidak menghairankan jika pengajian komunikasi sering kali disinonimkan dengan ilmu media massa. Perkembangan bidang komunikasi di Malaysia semakin berkembang dari pelbagai aspek. Ini terbukti apabila pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta sudah banyak menawarkan kursus-kursus komunikasi seperti 29 . Ternyata bahawa bidang komunikasi merupakan satu ilmu yang mempunyai hubung kait dengan ilmu-ilmu sains sosial yang lain. Justeru itu. Teori Evolusi oleh Darwin akhirnya telah mencetuskan idea dan penelitian terhadap komunikasi bukan lisan. Teori Kritikal oleh Karl Marx pula membantu bidang kajian kesan media dari politik-ekonomi komunikasi. Tidak menghairankan jika ada yang berpendapat bahawa komunikasi merupakan satu bidang yang agak baru. periklanan. Menurut Rogers (1994).Pada ketika itu kajian dan bidang komunikasi amat menumpukan kepada soal-soal kewartawanan seiring dengan keperluan dan senario semasa. Hasil penelitian terhadap bidang-bidang sains sosial yang lain didapat ibeberapa teori utama bidang berkaitan telah menyumbang kepada kerangka ilmu komunikasi. komunikasi organisasi. Ini kerana pengajian media massa merupakan antara bidang pelopor yang telah menjadikan pengajian komunikasi popular serta terkenal.elektronik (Rogers. pemujukan.

Ini dapat dilihat sudah banyak institusiinstitusi yang muncul selaras dengan perkembangan bidang komunikasi di Malaysia.Selain itu juga. utusan Malaysia melaporkan sebanyak 59250 graduan gagal mendapatkan perkerjaan yang sewajarnya sebahagian besar ialah graduan dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ini menyumbang 3.5 peratus kadar pengangguran di Malaysia ini jelaslah faktor komunikasi merupakan masalah yang dialami oleh graduan masa kini. Peranan kerajaan sebagai pemerintah sangat penting kerana kerajaan memainkan peranan untuk membangunkan bidang komunikasi agar dapat berkembang dan mewujudkan lebih banyak pusat untuk membangunkan bidang komunikasi di Malaysia. tidak dapat dinafikan lagi komunikasi sangat penting untuk kehidupan kerana tanpa komunikasi manusia tidak dapat berinteraksi antara satu sama lain untuk menyampaikan maklumat yang hendak disampaikan iaitu melalui perhubungan sosial. Bidang komunikasi semakin mendapat perhatian daripada masyarakat.Ini terbukti menurut kajian yang dilakukan oleh Mohammad Mahdi Abas iaitu kelemahan berkomunikasi dalam kalangan graduan menurut beliau pada tahun 2005.ini menunjukkan graduan-graduan tidak mampu untuk bersaing dengan pasaran kerja yang ditawarkan kerana kurangnya kemahiran komunikasi dalam kalangan graduan-graduan.komunikassi massa. Oleh iti jelaslah.Komunikasi bukan sahaja untuk berinteraksi melalui perbualan sahaja tetapi meliputi perbagai aspek iaitu setiap tingkah laku yang memberi makna kepada orang lain untuk menilai.Bidang komunikasi tidak seharusnya dipandang rendah iaitu sebagai bidang yang tidak penting dalam pembangunan negara seperti dalam bidang ekonomi yang sering dianggap bidang yang mampu memberi keuntungan kepada negara. Untuk meningkatkan bidang komunikasi di Malaysia agar lebih berdaya saing dengan bidang komunikasi di negara barat yang lebih dahulu wujud. 30 . bidang komunikasi semakin penting kepada negara kerana selaras dengan era globalisasi agar dapat melahirkan lebih ramai graduan-graduan komunikasi selaras perkembangan semasa yang memerlukan lebih ramai graduan-graduan yang berilmu dan bijak dalam menyuarakan pendapat agar dapat bersaing dengan masyarakat luar khususnya masyarakat dari negara-negara maju yang lebih lantang dan tegas dalam menyuarakan pendapat dan berani bersaing untuk mencapai kemajuan. ini terbukti apabila bidang komunikasi dapat melahirkan ramai graduan setiap tahun tetapi tetap menjadi masalah apabila graduan tidak mampu berkomunikasi dengan baik walaupun mengambil jurusan komunikasi . kewartawanan dan sebagainya. Campurtangan daripada badan pemerintah amat penting.

Teori Komunikasi: Kuala Lumpur. and Samsudin A. Bahktiar Mohammad & Syd Abdul Rahaman. Sintok :Universiti Utara Malaysia. Forum Komunikasi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Bangi: Jabatan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia. Dr.13. Lent. 2000 . 1998. Communication Education in Malaysia: A Retropective. Teori-Teori Komunikasi: Kuala Lumpur. Komunikasi Organisasi. Vincent Lowe & Abdullah bin Hassan .0 RUJUKAN Soadah Wok. 31 . 1979. Isu dan Cabaran Alaf Baru. Sekolah Komunikasi Massa: Universiti Teknologi Mara. 1991. Majlis Ketua-ketua Pengajian Komunikasi. Jakarta : Bumi Askara. John. Northern Illinois University. 2008. Prospective Introspective View. 2006.Bhd. PTS Professional Publishing Sdn. Narimah bt Ismail & Mohd Yusof. Malaysian Studies Present Knowledge and Research Trend. Rahim.Arni Muhammad. 2010. Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia. Lent. Putrajaya: Jabatan Kementerian Pengajian Tinggi. John A. Center for Southeast Asian Studies. Pengantar Komunikasi.1988.

Bahktiar Mohammad & Syed Abdul Rahaman. Blind By The Light: Journalism and Comunication Study in Malaysia Since 1971. Komunikasi Asas.my/pdf/press/110 http:ftp.iact.my. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Samsudin A. Adnan Hussein. 32 .edu.A.hotcourse. Rahim. Universiti Sains Malaysia.es/EURdoc/JRCF8707.my/index.jrc. Pasca Sidang Seminar Penyelidikan Komunikasi. Shah Alam: UPENA./Modul-Teori-Komunikasi .mohe.pdf http://jpt.php?option=com_content&view=article&id=286&Itemid=21 &lang=bm www.co. Isu dan Cabaran Alaf Baru.gov. Murad Merican. Sintok: Universiti Utara Malaysia. 2008.gov.kpkk. 1993. http://www. 2008.php http://www. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Bidang (Penyelidikan) Komunikasi Di Malaysia-Realiti Kini atau masam muka?.TN. Syed Arabi Idid..com/doc/..IPT%20MALAYSIA/perkembangan%20ipts.communication/2139109/program. Pengajian Komunikasi di Malaysia: Satu Retrospektif.scribd.html http://www.id/study/course/Malaysia/diploma mass communication broadcast. Universiti Teknologi Mara.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful