You are on page 1of 1

1.

Air yang suci lagi menyucikan dan tidak makruh menggunakannya (air mutlak) Terdapat 7 jenis air mutlak iaitu air laut, air sungai, air telaga, air hujan, air mata air, air embun, dan air batu atau salji. 2. Air yang suci lagi menyucikan, tetapi makruh menggunakannya (air musyammas) Air yang berada dalam bekas yang diperbuat daripada logam yang bukan emas atau perak, yang terjemur di bawah panas matahari di tempat (kawasan, negeri, atau negara) yang panas. 3. Air yang suci tetapi tidak menyucikan. Air ini dibahagi pula kepada 3 jenis iaitu:

1.

2.

3.

Air musta mal, yaitu air yang kurang dari 2 kolah, yang telah digunakan untuk mengangkat hadas pada basuhan pertama wudhuk yang wajib dan mandi yang wajib, atau air yang telah digunakan untuk menghilangkan najis dan air itu tidak berubah dari segi kuantiti isipadunya. Air mutaghayyir, iaitu air yang berubah salah satu daripada rasa, warna, atau bau, dengan sebab bercampur sesuatu yang suci seperti gula, milo, kopi, teh, dakwat, dan sebagainya hingga berubah nama air mutlaknya. Tetapi jika berubah kerana lama bertakung, kerana lumpur dan tanah, atau kerana jatuh daun kayu ke dalamnya, maka air itu dihukumkan air yang suci lagi menyucikan. Air muqayyad, iaitu air yang dikaitkan dengan nama asalnya seperti air tebu, air kelapa dan sebagainya.

4. Air yang tidak suci lagi tidak menyucikan (air mutanajjis) Ia dikira bernajis apabila terjadi 2 keadaan, iaitu (1) termasuk najis dalam kuantiti air yang tidak sampai 2 kolah, atau (2) berubah salah satu sifat air itu samada berubah rasa, bau dan warna, disebabkan termasuk najis tersebut.

You might also like