You are on page 1of 17

jerat ialah sejenis alat perangkap untuk menangkap binatang di hutan seperti ayam hutan, rusa, burung, pelanduk

dan banyak lagi. Kebanyakan pemburu menggunakan jerat kerana lebih berkesan dan tidak perlu diawasi. Jerat ini juga tidak mencemarkan alam kerana ia menggunakan bahan semulajadi seperti pohon atau ranting dan buahbuahan sebagai umpan. Terdapat jerat yang boleh membawa mati kepada mangsanya dan ada juga yang ditangkap hidup-hidup. Jerat ini dibentuk melalui sebuah pohon kecil atau sesuatu yang berat yang ditegangkan oleh seutas tali yang dililitkan pada tongkat yang ditancapkan ke tanah. Pada hujung tali terdapat simpul yang dipasangkan ke sebuah tangkai. Bila binatang yang sedang mencari makanan menyentuh tangkai ini maka jerat akan lepas/bingkas dan menjerat binatang tersebut. Biasanya binatang yang telah terjerat jarang dapat melepaskan diri. Jerat yang dipasang akan ditinggal selama sehari atau dua hari. Jerat ini biasanya dipasang di kawasan semak-semak, celah-celah pohon, di banir pohon, kebun dan kawasan yang berdekatan dengan sungai atau sumber makanan.

Ilmu jerat dan perangkap...

Salam.... Semalam dah mulenyer program perkhemahan Alam Sekitar Sekolah Rendah Daerah Bera kat Pusat Kokurikulum Bera.. Lebih kurang pukul 11 pagi lebih koi sampai kat situ bersama sorang rodong dari Purun nih.. Tengok kepada agihan tugas yg diberi, koi diletakkan kepada aktiviti ikatan & simpulan dan ilmu jerat. Di samping aktiviti lain yang menguruskan kraf perkhemahan sereta taklimat memasang khemah. Bab tali nih, sokmo le kene bile ade aktiviti perkhemahan nih, memang tokleh lari dah sebab tak ramei jurulatih yg mahir dalam ikatan dan simpulan nih... Masalahnye hari keduanye iaitu hari ni, koi takde sebab sekolah koi buat sambutan hari guru. Sedangkan hari ini le semua aktiviti tersebut dijalankan. Begitu juga dengan tokey jerat, pun takde jugak hari nih...

Bincang punye bincang, bahagian jerat, takpe le, kome siapkan dulu dan bab tali, nasib baik ade sorang rodong jurulatih tu tahu sikit2 bab ikatan yg asas nih. Lepas habis siapkan keje2 mane yg perlu, kome bertiga masuk le ke dalam belukor kat tepi tapak perkhemahan tu memasang dan menyiapkan jerat dan perangkap. Dah siap, mudoh le keje jurulatih yg tinggal tu, cume bagi penerangan aje kat bebudak tu nanti. Yang dalam belukar tu, sebab dah lama tok dikunjungi, berpestalah nyamuk kat dalam tu....jenuh lalu bertepis....sampai berbulu kat kaki ngisap darah kome. Rase koi kalo semalam tidur kat dalam tu...mboh kering daroh kome kene hisap gamoknye... Maka, setelah hampir kat 2 jam campur pening kepala mengingatkan balik gone nak pasang pesawat kat perangkap kancil tu, siap jugak le dua jenis jerat dan satu perangkap kancil. Hajatnye nok buat banyak2 bagi bebudok tahu ilmu jerat ni, tapi mengenangkan mase semakin suntuk dan dah tak tahan kene gigit dek nyamuk, kome buat 3 jenis je le yang mudah2. Boleh sgt kome nak buat jerat belantik ke, jerat ranjau ke, jerat tupai ke, jerat tikus , monyet atau serkap ayam, tapi maklum le....tenaga cume 3 orang, badan pulak dah letih...tak jadi le nak buat banyak2.... Cume sekadar nak bagi ilmu, 3 contoh tupun dah memadai sebab kebanyakan konsep jerat ni sama je.....

Yang ni jerat burung, terutama spesis merbah yang payoh nak hinggap kat tanah. Kome siap umpan dengan buah betik lagi, kot2 ade mengena nanti.

Jerat biase koi buat mase kecik2 dulu. namanye jerat sembat. Biasanye dulu2 koi letak beras sebagai umpan sebab nak tangkap ayam...ni saje je letak umpan betik kat situ. Nak harapkan ayam hutan, mane mboh datang tempat orang riuh rendah kat situ...

Sorang rodong tengah memasang perangkap kancil yang kome buat dengan cara paling mudah . Cume susun je kayu dalam 13 batang, pas tu jalin kiri dan kanan sebelum bengkokkan dan letakkan 2 kayu penahan sebelah kiri dan kanan.

Koi ambik gambor suis atau pesawat jerat tu, sebab nanti kalo lama tok buat, puas ngingat balik ke gone gaya nak pasangnya...

Yang ni perangkap kancil dah siap dipasang ....biasanya orang guna daun maya sebagai umpan , tapi kali ni, kome takdan nak cari daun tu kat sebelah belakang kem ni, kome guna daun kayu yang ada kat situ je sebagai contoh umpan die... Lepas siap aje pasang, kome turunkan pulak ilmu penerangan kat jurulatih yang tinggal supaya dapat memberi penerangan yang lebih jelas apa beza jerat dan apa beza perangkap serta cara dan bagaimana memasangnya. Selain tu ilmu2 lain yang ada kaitan dengan ilhtiar hidup nih turut diterangkan kepada murid2 zaman sekarang nih yang sudah lupa ilmu2 orang dahulukala bagaimana cari makanan di dalam hutan... Sebelum koi akhiri coretan nih, koi nak tanya le rodong2 kat luar tu...... Apa beza jerat dengan perangkap ?

Sape2 yang dapat beri jawapan yang tepat, awokme memang bijak.....hehehehe Sekian....

9 jerat warisan Jakun


Oleh Mohd Azis Ngah azis@bharian.com.my 2010/06/20 Tanpa senapang, kaum Jakun Kampung Peta di Mersing, Johor hanya gunakan kaedah tradisional untuk memerangkap burung hinggalah gajah, mamalia terbesar di darat yang digelar mereka'orang kuat' BERBANDING masyarakat pribumi di pedalaman Sarawak yang rata-rata memiliki dan menggunakan senapang untuk berburu atau menjaga kebun mereka, lain pula ceritanya bagi masyarakat Orang Asli di Semenanjung yang kebanyakannya masih bergantung kepada kaedah tradisional. Mereka tidak memiliki senapang untuk menangkap binatang sama ada bagi dijadikan makanan atau mencegah hasil tanaman dirosakkan, terutama pada musim buah-buahan, sebaliknya lebih banyak bergantung kepada kaedah tradisi, iaitu jerat. Setidak-tidaknya itu cara berburu diamalkan kaum Jakun di Kampung Peta, Taman Negara EndauRompin, Johor yang masih bergantung harap kepada tradisi nenek moyang, cuma ketika ini kaedah itu tidak begitu dipraktikkan berbanding 50 tahun lalu. Jika ke perkampungan kecil terletak paling jauh di kawasan Kahang, sempadan daerah Mersing dan Kluang itu, anda pasti tertarik dengan sembilan jenis jerat atau perangkap binatang warisan keturunan kampung berkenaan yang sehingga kini kekal dipulihara. Setiap perangkap dipasang mengikut musim atau keperluan, misalnya Jerat Gau dipasang khas untuk menangkap monyet terutama ketika buah-buahan sedang masak. Ia diletakkan di atas pokok yang sering menjadi laluan kumpulan monyet. Jerat Gau menggunakan sebatang kayu panjang bersambung yang dijadikan laluan selamat monyet manakala laluan sekitarnya akan ditutup dengan rimbunan daun dan dahan kecil bertujuan memastikan monyet tidak menggunakan laluan lain. Tidak menggunakan umpan, jerat itu akan memerangkap monyet yang melalui laluan tengah berbentuk seakan-akan kepak rama-rama menghubungkan dua batang kayu laluan utama kerana di situlah jerat rotan dipasang. Tali jerat akan terjatuh apabila monyet menghulurkan kepala untuk melintasinya kerana tanpa disedari binatang itu sebenarnya sudah pun menyentuh suis tali kecil di muka jerat.

Penduduk kampung berkenaan, Awang Kuli, 51, berkata biasanya monyet yang terkena jerat di leher akan terus mati dan jika terkena pada pinggang haiwan itu pula, ia boleh patah disebabkan beban berat kayu penarik jerat. Katanya, jerat Kumbang Berayun juga digunakan untuk menangkap monyet dan konsepnya seakanakan sama dengan Jerat Gau, cuma berbeza pada bentuk tali jeratnya yang bulat dan lebih kecil. Masyarakat dulu biasanya tinggal jauh di pedalaman, cuma tiga atau empat keluarga dan mudah jadi mangsa serangan harimau, jadi mereka cipta jerat Penjara menggunakan umpan anjing dalam sangkar. Harimau cukup tertarik dan marah bila dengar salakan anjing dan sebab itulah anjing dijadikan umpan, tetapi haiwan itu akan selamat daripada harimau kerana berada dalam sangkar kecil yang dipasang dalam sangkar utama, jelasnya. Jerat Penjara berbentuk empat segi dibina setinggi lelaki dewasa dan lebarnya boleh memuatkan seekor harimau dewasa berusia puluhan tahun. Ia mempunyai pintu masuk dipasang tali kecil yang akan menjatuhkan pintu perangkap sebaik sasaran masuk dan cuba membaham umpan. Jika harimau terperangkap, Orang Asli akan membunuhnya beramai ramai menggunakan lembing yang direjam di celah dinding kayu jerat yang mungkin bagi sesetengah orang, cara itu agak kejam. Bagaimanapun, satu lagi jenis jerat dipanggil Pelantik sebenarnya lebih ganas dan boleh membunuh binatang dengan hanya satu hentakan lembing dipasang padanya. Jika gajah boleh mati terkena tusukan kuat lembing, pasti haiwan kecil lain seperti harimau, babi dan pelanduk lebih mudah untuk dibunuh. Dalam kata mudah, Pelantik umpama pelancar lembing yang sebenarnya digunakan bagi tujuan kawalan kampung kerana ia kerap dipasang di sekitar kediaman yang sering diancam harimau dan gajah. Pelantik juga direka untuk membentuk laluan khas bagi memastikan binatang terperangkap, tapi binaannya lebih tegap dan banyak menggunakan pokok hidup sebagai tiang pelancar lembing yang diikat tali bagi memastikan binatang terkena tusukan tidak melarikan diri. Di bahagian depan laluan binatang, Orang Asli akan memasang kayu penahan kukuh bagi memastikan haiwan sasaran terus terperangkap sebaik terkena panahan lembing. Jika tidak dipasang penahan, mungkin haiwan sekadar jatuh dan masih boleh melarikan diri. Zaman dulu, kami gunakan buluh tajam sebagai senjata kerana ia lebih bisa daripada lembing. Binatang juga biasanya tidak mengesyaki buluh itu adalah perangkap berbanding jika kita guna senjata daripada besi, katanya. Jerat untuk menangkap tikus dan tupai pula lebih ringkas, hanya memerlukan sebatang rotan yang

bertindak sebagai joran untuk menarik jerat. Ia digelar Cenangong dan menggunakan umpan seperti jagung dan ubi yang dipasang pada laluan haiwan kecil itu. Sebaik tupai menarik umpan, tali kecil terlepas daripada penahan kecil lalu membidas dan menjerat. Namun, jika tali jerat terkena pada kaki atau ekor tupai, haiwan itu biasanya akan menggigit tali rotan hingga putus dan kerana itu, kini Orang Asli menggantikannya dengan tali dawai. INFO: Jenis jerat digunakan Jakun Kampung Peta y Leher. y Penjara. y Gau. y Kaki. y Perangkap Pelanduk. y Kumbang Berayun. y Pentu. y Pelantik. y Cenangong. Jerat Pentu y Sejenis perangkap burung. y Dipasang pada musim panas antara Jun hingga Ogos. y Dipasang di tempat mandian burung seperti sungai, paya dan lopak. y Berbentuk seperti tali ampaian pakaian. y Tali diperbuat daripada rotan kecil dan disambung kepada tali halus untuk ditarik pemburu. y Apabila burung bertenggek atau berjemur atas rotan, pemburu akan menarik tali lalu membidas. y Keupayaan rotan yang boleh membidas sebanyak tiga kali dengan kuat boleh memerangkap burung. y Burung akan patah kepak, putus kepala, cedera atau tidak boleh terbang. y Pemburu akan menyorok di dalam semak kira-kira 10 meter daripada jerat. Jerat Kaki y Menangkap pelanduk dan burung.

y Tidak menggunakan umpan. y Berbentuk seperti joran dan mempunyai tali panjang. y Biasa dipasang di tempat makan ayam hutan berdasarkan kesan tapak kaki. y Bila binatang terpijak jerat, tali joran akan membidas lalu menjerat kaki. y Binatang biasanya akan hidup selepas dijerat. y Pemburu akan memeriksa jerat dua hari sekali. Jerat Pelanduk y Berbentuk seperti serkap ayam tetapi panjang. y Menggunakan kayu panjang diikat rapi dan dibentuk separuh bulat. y Menggunakan umpan daun Udai (makanan pelanduk). y Umpan diikat tali yang akan menjatuhkan kayu penahan apabila ditarik. y Daun duri dijadikan atap jerat bagi mengelak pelanduk mati kesejukan jika hujan. Jerat Leher y Perangkap musang, pelanduk dan napuh. y Menggunakan konsep joran sebagai pembidas tali jerat. y Dipasang di denai haiwan, tepi paya, sungai atau laluan sumber air. y Sekeliling jerat akan ditutup dengan daun dan hanya laluan jerat dibiarkan terang. y Pemburu akan memeriksa jerat setiap pagi.

JERAT DAN PERANGKAP

Jerat Adalah tali Bantu untuk menghubungkan/menarik benda. Ada bebarapa macam yang bisa digunakan untuk perangkap dan jerat binatang. 1. Jerat yang mematikan 1. Jerat mengikat Mekanisme kerja adalah menjerat leher/jalan nafas. Obyeknya : binatang buas seperti babi hutan, kera, dll.

2. Jerat tusuk Mekanisme kerja seperti anak panah dengan arah tusukan muka, lambung, atau dari atas. Bisa berwujud jebakan lubang atau tusukan benda runcing. Obyek : binatang. 3. Jerat pukul Mekanisme kerja adalh memukul/menindas obyek dengan benda berat. Obyek : binatang buas besar. 2. Jerat/perangkap hidup 1. Jerat mengikat Mekanisme seperti jerat 1.a tapi tidak mematikan Obyek : rusa, menjangan, ayam hutan, dll. 2. Perangkap kurungan Mekanisme adalah bila binatang masuk kurungan akan tertutup. Obyek : sam seperti 2.a. 3. Perangkap getah. 4. Perangkap jaring untuk burung atau kelelawar. 5. Pancing untuk binatang/ikan. 6. Perangkap khusus misal : kelapa berlubang untuk monyet
|

rap

perangkap n. 1 jerat, jebakan, jerat, jerat, perangkap, ranjau: Setelah Pied Piper yang kiri, Hamelin tidak perlu lagi untuk perangkap tikus. 2 trik, akal, tipu daya, kelicikan, tipu, penyerangan, penipuan, perangkat, artifice, cara: Oscar adalah manusia yang Ester untuk menetapkan rapi perangkap. 3 mulut, Logat mendengkung, mulut, bubur, muka Shut Anda perangkap atau keluar. - v. 4 jerat, menjerat, memikat, menangkap, bersih: Kami ke lubang yang digali perangkap yang perampokan singa. 5 menginternir, perbatasan, kunci, terus, terus: Anak yang terperangkap dalam gua tanpa sarana jalan keluar. 6 mengelabui, menipu, membodohi, membohongi, menghibur, membujuk: Esther akhirnya terperangkap dalam Oscar menikahi dia.
id #217912 exesyn-dictionary

trap
[V] (Penutupan): menutup, menutup jalan, steker, blok atas, menutupi, mengisi atas, cork, menutup, menutup, menutup, blokade, menghambat, merintangi, bar, baut, menghentikan, cap, choke, perangkap, paku. [N] (Hiding): kamuflase, peniruan, persembunyian, tempat rahasia, reses, terus, crypt, oubliette, penyerangan, perangkap, mundur, perlindungan, layar, penutup, kerudung, gorden, buta, mantel, awan, masker. [V] (Hiding): berbaring dalam penyerangan, menunggu untuk mengatur perangkap untuk, menipu, penyerangan, perangkap, kamuflase. [N] (Hiding): kamuflase, peniruan, persembunyian, tempat rahasia, reses, terus, crypt, oubliette, penyerangan, perangkap, mundur, perlindungan, layar, penutup, kerudung, gorden, buta, mantel, awan, masker. [V] (Hiding): berbaring dalam penyerangan, menunggu untuk mengatur perangkap untuk, menipu, penyerangan, perangkap, kamuflase. [N] (Endangerment): tubir, kekuatan yg merusak, penyerangan, kesulitan, trapdoor, perangkap, jerat, ancaman thd keamanan diri.
id #356424 wrdnet-dictionary

trap
perangkap n 1: perangkat yang ada (biasanya binatang) dapat tertangkap dan penned 2: memperkurus terdiri dari U-berbentuk bagian yang drainpipe berpendapat cair dan mencegah agar kembali aliran gas penjahit 3: sesuatu (sesuatu deceptively menarik sering) bahwa Anda menangkap dgn tak disangka-sangka; "ujian yang penuh dengan perangkap Pertanyaan ";" itu semua jerat dan sebuah angan-angan "[syn: (terangkap)] 4: perangkat melantingkan ke tanah pigeons ke udara untuk trapshooters 5: perbuatan yang concealing sendiri dan berbaring di tunggu untuk menyerang terperanjat [syn: (penyerangan), (ambuscade), (berbaring di tunggu)] 6: informal terms for the mouth [syn: (cakehole), (lubang), (perut), mendengkung (), (mulut)] 7: ringan beroda dua gerbong 8: bahaya di sebuah lapangan golf [syn: (bunker), (perangkap pasir)] [also: () perangkap, terperangkap ()] perangkap

v 1: di tempat yang mengikat atau embarassing posisi; "Dia terperangkap dalam situasi yang sulit " 2: menangkap atau seolah-olah dalam perangkap; "yang memerangkap orang Foxes" [syn: () memikat, terangkap (), (memerangkap), (mengongkong)] 3: terus atau menangkap seperti dalam perangkap; "The kesenjangan antara gigi perangkap pangan partikel " 4: untuk terus berpuasa atau mencegah dari pindah; "Anak itu pinned jatuh di bawah pohon "[syn: (pin), (menghentikan), (immobilise)] [also: () perangkap, terperangkap ()]
id #356448 wrdnet-dictionary

trapped
perangkap n 1: perangkat yang ada (biasanya binatang) dapat tertangkap dan penned 2: memperkurus terdiri dari U-berbentuk bagian yang drainpipe berpendapat cair dan mencegah agar kembali aliran gas penjahit 3: sesuatu (sesuatu deceptively menarik sering) bahwa Anda menangkap dgn tak disangka-sangka; "ujian yang penuh dengan perangkap Pertanyaan ";" itu semua jerat dan sebuah angan-angan "[syn: (terangkap)] 4: perangkat melantingkan ke tanah pigeons ke udara untuk trapshooters 5: perbuatan yang concealing sendiri dan berbaring di tunggu untuk menyerang terperanjat [syn: (penyerangan), (ambuscade), (berbaring di tunggu)] 6: informal terms for the mouth [syn: (cakehole), (lubang), (perut), mendengkung (), (mulut)] 7: ringan beroda dua gerbong 8: bahaya di sebuah lapangan golf [syn: (bunker), (pasir perangkap)] [also: () perangkap, terperangkap ()] perangkap v 1: di tempat yang mengikat atau embarassing posisi; "Dia terperangkap dalam situasi yang sulit " 2: menangkap atau seolah-olah dalam perangkap; "yang memerangkap orang Foxes" [syn: () memikat, terangkap (), (memerangkap), (mengongkong)] 3: terus atau menangkap seperti dalam perangkap; "The kesenjangan antara gigi perangkap pangan partikel " 4: untuk terus berpuasa atau mencegah dari pindah; "Anak itu pinned jatuh di bawah pohon "[syn: (pin), (menghentikan), (immobilise)] [also: () perangkap, terperangkap ()] terperangkap adj: terpaksa berbelok dan wajah penyerang; "yang mengintip di teluk"; "dia saya bersudut antara serambi dan dia mobil ";" seperti terperangkap hewan "[syn: (at bay (p)), (bersudut), (treed)] terperangkap Lihat perangkap ()

JENIS-JENIS JERAT TRADISIONAL


Posted on January 12, 2011 by admin

9 Jerat Warisan Jakun

Jerat Cenanggong Tanpa senapang, kaum Jakun Kampung Peta di Mersing, Johor hanya gunakan kaedah tradisional untuk memerangkap burung hinggalah gajah, mamalia terbesar di darat yang digelar merekaorang kuat BERBANDING masyarakat pribumi di pedalaman Sarawak yang rata-rata memiliki dan menggunakan senapang untuk berburu atau menjaga kebun mereka, lain pula ceritanya bagi masyarakat Orang Asli di Semenanjung yang kebanyakannya masih bergantung kepada kaedah tradisional.

Jerat Pelantik Mereka tidak memiliki senapang untuk menangkap binatang sama ada bagi dijadikan makanan atau mencegah hasil tanaman dirosakkan, terutama pada musim buahbuahan, sebaliknya lebih banyak bergantung kepada kaedah tradisi, iaitu jerat. Setidak-tidaknya itu cara berburu diamalkan kaum Jakun di Kampung Peta, Taman Negara Endau-Rompin, Johor yang masih bergantung harap kepada tradisi nenek moyang, cuma ketika ini kaedah itu tidak begitu dipraktikkan berbanding 50 tahun lalu.

Jerat Kumbang Berayun Jika ke perkampungan kecil terletak paling jauh di kawasan Kahang, sempadan daerah Mersing dan Kluang itu, anda pasti tertarik dengan sembilan jenis jerat atau perangkap binatang warisan keturunan kampung berkenaan yang sehingga kini kekal dipulihara. Setiap perangkap dipasang mengikut musim atau keperluan, misalnya Jerat Gau dipasang khas untuk menangkap monyet terutama ketika buah-buahan sedang masak. Ia diletakkan di atas pokok yang sering menjadi laluan kumpulan monyet. Jerat Gau menggunakan sebatang kayu panjang bersambung yang dijadikan laluan selamat monyet manakala laluan sekitarnya akan ditutup dengan rimbunan daun dan dahan kecil bertujuan memastikan monyet tidak menggunakan laluan lain. Tidak menggunakan umpan, jerat itu akan memerangkap monyet yang melalui laluan tengah berbentuk seakan-akan kepak rama-rama menghubungkan dua batang kayu laluan utama kerana di situlah jerat rotan dipasang. Tali jerat akan terjatuh apabila monyet menghulurkan kepala untuk melintasinya kerana tanpa disedari binatang itu sebenarnya sudah pun menyentuh suis tali kecil di muka jerat. Penduduk kampung berkenaan, Awang Kuli, 51, berkata biasanya monyet yang terkena jerat di leher akan terus mati dan jika terkena pada pinggang haiwan itu pula, ia boleh patah disebabkan beban berat kayu penarik jerat. Katanya, jerat Kumbang Berayun juga digunakan untuk menangkap monyet dan konsepnya seakan-akan sama dengan Jerat Gau, cuma berbeza pada bentuk tali jeratnya yang bulat dan lebih kecil.

Masyarakat dulu biasanya tinggal jauh di pedalaman, cuma tiga atau empat keluarga dan mudah jadi mangsa serangan harimau, jadi mereka cipta jerat Penjara menggunakan umpan anjing dalam sangkar. Harimau cukup tertarik dan marah bila dengar salakan anjing dan sebab itulah anjing dijadikan umpan, tetapi haiwan itu akan selamat daripada harimau kerana berada dalam sangkar kecil yang dipasang dalam sangkar utama, jelasnya. Jerat Penjara berbentuk empat segi dibina setinggi lelaki dewasa dan lebarnya boleh memuatkan seekor harimau dewasa berusia puluhan tahun. Ia mempunyai pintu masuk dipasang tali kecil yang akan menjatuhkan pintu perangkap sebaik sasaran masuk dan cuba membaham umpan. Jika harimau terperangkap, Orang Asli akan membunuhnya beramai ramai menggunakan lembing yang direjam di celah dinding kayu jerat yang mungkin bagi sesetengah orang, cara itu agak kejam. Bagaimanapun, satu lagi jenis jerat dipanggil Pelantik sebenarnya lebih ganas dan boleh membunuh binatang dengan hanya satu hentakan lembing dipasang padanya. Jika gajah boleh mati terkena tusukan kuat lembing, pasti haiwan kecil lain seperti harimau, babi dan pelanduk lebih mudah untuk dibunuh. Dalam kata mudah, Pelantik umpama pelancar lembing yang sebenarnya digunakan bagi tujuan kawalan kampung kerana ia kerap dipasang di sekitar kediaman yang sering diancam harimau dan gajah. Pelantik juga direka untuk membentuk laluan khas bagi memastikan binatang terperangkap, tapi binaannya lebih tegap dan banyak menggunakan pokok hidup sebagai tiang pelancar lembing yang diikat tali bagi memastikan binatang terkena tusukan tidak melarikan diri. Di bahagian depan laluan binatang, Orang Asli akan memasang kayu penahan kukuh bagi memastikan haiwan sasaran terus terperangkap sebaik terkena panahan lembing. Jika tidak dipasang penahan, mungkin haiwan sekadar jatuh dan masih boleh melarikan diri.

Zaman dulu, kami gunakan buluh tajam sebagai senjata kerana ia lebih bisa daripada lembing. Binatang juga biasanya tidak mengesyaki buluh itu adalah perangkap berbanding jika kita guna senjata daripada besi, katanya. Jerat untuk menangkap tikus dan tupai pula lebih ringkas, hanya memerlukan sebatang rotan yang bertindak sebagai joran untuk menarik jerat. Ia digelar Cenangong dan menggunakan umpan seperti jagung dan ubi yang dipasang pada laluan haiwan kecil itu. Sebaik tupai menarik umpan, tali kecil terlepas daripada penahan kecil lalu membidas dan menjerat. Namun, jika tali jerat terkena pada kaki atau ekor tupai, haiwan itu biasanya akan menggigit tali rotan hingga putus dan kerana itu, kini Orang Asli menggantikannya dengan tali dawai. INFO: Jenis jerat digunakan Jakun Kampung Peta
y Leher. y Penjara. y Gau. y Kaki. y Perangkap Pelanduk. y Kumbang Berayun. y Pentu. y Pelantik. y Cenangong.Jerat Pentu y Sejenis perangkap burung. y Dipasang pada musim panas antara Jun hingga Ogos. y Dipasang di tempat mandian burung seperti sungai, paya dan lopak. y Berbentuk seperti tali ampaian pakaian. y Tali diperbuat daripada rotan kecil dan disambung kepada tali halus untuk ditarik pemburu.

y Apabila burung bertenggek atau berjemur atas rotan, pemburu akan menarik tali lalu membidas. y Keupayaan rotan yang boleh membidas sebanyak tiga kali dengan kuat boleh memerangkap burung. y Burung akan patah kepak, putus kepala, cedera atau tidak boleh terbang. y Pemburu akan menyorok di dalam semak kira-kira 10 meter daripada jerat.Jerat Kaki y Menangkap pelanduk dan burung. y Tidak menggunakan umpan. y Berbentuk seperti joran dan mempunyai tali panjang. y Biasa dipasang di tempat makan ayam hutan berdasarkan kesan tapak kaki. y Bila binatang terpijak jerat, tali joran akan membidas lalu menjerat kaki. y Binatang biasanya akan hidup selepas dijerat. y Pemburu akan memeriksa jerat dua hari sekali.Jerat Pelanduk y Berbentuk seperti serkap ayam tetapi panjang. y Menggunakan kayu panjang diikat rapi dan dibentuk separuh bulat. y Menggunakan umpan daun Udai (makanan pelanduk). y Umpan diikat tali yang akan menjatuhkan kayu penahan apabila ditarik. y Daun duri dijadikan atap jerat bagi mengelak pelanduk mati kesejukan jika hujan.Jerat Leher y Perangkap musang, pelanduk dan napuh. y Menggunakan konsep joran sebagai pembidas tali jerat. y Dipasang di denai haiwan, tepi paya, sungai atau laluan sumber air. y Sekeliling jerat akan ditutup dengan daun dan hanya laluan jerat dibiarkan terang. y Pemburu akan memeriksa jerat setiap pagi.

You might also like