You are on page 1of 17

PELAJARAN KAWAD KAKI (KETUA SYEKSEN)

TUJUAN KAWAD

1. Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat
setia (memerima arahan dan menjalankan arahan tersebut)
2. Membentuk anggota penguatkuasa supaya berkerjasama dalam satu kumpulan
3. Huraian
a. Berkawad adalah asas untuk panduan membentuk tatatertib didalam
Pasukan, asas dan perpaduan tatatertib semasa bertugas adalah
berdasarkan kepada kawad yang diperbaiki berkali-kali.
b. Apabila berkawad hendaklah diterangkan apakah sebab-sebab berkawad
itu, berkawad sangat-sangat dikehendaki oleh pasukan, bukanlah sebagai
hukuman atau mendera tetapi untuk membina tatatertib serta darjat sesuatu
pasukan itu
KEDUDUKAN SEDIA

Kesalahan-kesalahan biasa

1. Kedudukan yang terlalu tegang, menyebabkan sedutan nafas terbatas


2. Tiada sedia dan mengerakkan mata.
3. Kaki dan badan tiada menghadap kehadapan, tumit tidak rapat
4. Lengan tangan bengkok sedikit dan menjalar kehadapan.
5. Bahagian belakang tangan hala kehadapan dan dengan hal yang demikian
membuka tulang belikat dan menyesakkan dada.
6. Pergelangan tangan bengkok dan tegang, buka jari telunjuk terlalu kebawah
daripada jari lain.
KEDUDUKAN SENANG DIRI

Kesalahan-kesalahan biasa

1. Kegagalan mengangkat kaki tidak paras dan tidak menghala ke kiri.


2. Membengkokkan lengan-lengan ketika membengkokkan lutut
3. Mengerakkan kaki kanan dengan menyebabkan barisan jadi tidak lurus.
4. Bengkok pada bahagian pinggang apabila membetulkan kaki.
KEDUDUKAN REHATKAN DIRI

Kesalahan-kesalahan biasa

1. Menggerakkan kaki, dengan itu menyebabkan hilang lurus barisan.


2. Berdiri kuat diatas kaki sebelah dan bercakap-cakap
PANGGILAN MASA

Anggota yang baru (pelatih) dan untuk permulaan berkawad hendaklah berteriak
panggilan masa pada semua pergerakan

1. Tiap orang didalam skuad itu akan faham masa itu apabila mereka berteriak
beramai-ramai.
2. Mereka akan membuat pergerakan itu dan belajar bersama-sama.
MASA DAN LANGKAH

Masa dan jarak langkah didalam berkawad adalah sperti berikut:

. MASA BERJALAN
o Masa capat jalan biasa -116 � 120 langkat seminit
o Masa cepat jalan rekrut -140 -sama
o Masa perlahan jalan -65 -sama
o Masa berlari -180 -sama
. JARAK LANGKAH
o Masa cepat dan perlahan jalan -30 inci
o Langkah panjang -33 inci
o Langkah pendek -21 inci
o Langkah berlari -40 inci
o Langkah sebelah -12 inci
o Senang diri -12 inci
*Masa berkawad kaki adalah dikira 40 pergerakan dalam satu minit

MASA UNTUK MEMBERI BAHASA HUKUMAN KAWAD

Untuk mendapatkan kawad yang baik kepada platun atau skuadnya anda mestilah tahu
cara-cara memberi bahasa hukuman kawad serta mengunakan harkat-harkatnya:

1. Semasa berhenti iaitu 3 harkat sperti 1 � 2 � 3 � 1


2. Semasa pergerakan cepat jalan 4 langkah
3. Semasa pergerakan perlahan jalan 3 langkah
MEMBINA BAHASA HUKUMAN KAWAD

Sebagai pegawai perbarisan ia mesti tahu cara-cara memberi bahasa hukuman kawad:

1. Gunakan bahasa hukuman kawad dengan teran dan jelas.


2. Gunakan suara dan harkat yang sesuai mengikut bahasa hukuman kawad
3. Percaya diri sendiri dan selalu membuat latihan.
PERHUBUNGAN KEPADA ANGGOTA

Sebagai seorang Platun Sarjan yang bijak dan berdisiplin tiggin serta mempunyai
ciri-ciri
kepimpinan ia selalu bergaul dan bermesra dengan anggota semasa selesai
menjalankan
tugas. Walau bagaimana pun pergaulan itu ada batasannya diantara platun sarjan
dengan
anggota bawahannya.

Perhubungan kepada anggota yang baik adalah melalui kaedah-kaedah sperti berikut:

1. Melalui aktiviti-aktiviti pasukan


2. Melalui riadah/sukan
3. Melalui percambahan minda.
4. Melalui penyelesaian masalah
5. Melalui sifat-sifat dan budaya.
6. Adakan buku catitan
#catitkan permasalahan tugas atau kebajikan anggota

PERSIAPAN PERBARISAN ANGGOTA

Anda telah diarahkan sebagai platun sarjan, sebelum mengambil perbarisan anda
dikehendaki membuat perbarisan tersebut.

1. Perkara-perkara yang perlu dilakukan


a. Beri bahasa hukuman sedia.
b. Bariskan dalam tiga barisan.
c. Beri bahasa hukuman buka barisan gerak.
d. Beri hukuman ke kanan lurus.
e. Bahasa hukuman pandang depan
f. Dari kanan nombor, jumlah anggota
2. Persiapan melapur perbarisan
a. Beri bahasa hukuman, rapat tumit rapat tangan, langut terus pandang
depan.
b. Terus melapor, assalamualaikum atau selamat pagi, petang, malam tuan
atau encik.
c. Anggota berbaris seramai.........orang dalam buka barisan sedia diperiksa
atau menerima taklimat dari tuan atau encik.
d. Mengiringi pegawai tersebut, bermula dari kanan barisan hadapan dan
seterusnya barisan tengah dan belakang.
e. Pemerisa barisan (Pegawai) memberi taklimat atau terguran kepada
anggota.
3. Platun sarjan melapur semula
a. Beri bahasa hukuman tutup barisan.
b. Beri bahasa hukuman kekanan lurus dan pandang depan.
c. Lapur kepada pegawai tuan, encik minta kebenaran menjalankan tugas.
d. Beri bahasa hukuman senang diri dan rehatkan diri.
e. Platun sarjan memberi taklimat dan teguran kepada anggota semasa
pegawai membuat pemeriksaan atau taklimat, diatas kata-kata nasihat dan
membina
f. Beri bahasa hukuman sedia:
i.Apabila dapat arahan menjalankan tugas
ii.Beri bahasa hukuman keluar baris

PEMERIKSAAN PAKAIAN

AM

1. Perkara-perkara yang diterangkan dibawah ini mengambil peranan dari segi


tatatertib dalam sebuah pasukan yang baik, yang mana mereka dilihat dalam
pemeriksaan dalam perhatian si pemeriksa.
2. Kegunaan sepenuhnya mestilah diperolehi daripada pakian mereka dan berapa
lama boleh dipakai. Walau bagaimana pun tidak ada sebab pakaian tidak dipakai,
tidak mesti digosok dan dibasuh dalam keadaan baik. Pakaian yang tidak sesuai
dipakai mestilah diperhatikan dalam pemeriksaan, teguran sewajarnya mesti
dilakukan.
3. Adalah menjadi kebiasaan untuk pemeriksaan dimulakan pada orang yang
disebelah kanan barisan hadapan dalam buka barisan.
4. TUJUAN MEMBUAT PEMERIKSAAN
a. Menentukan pakaian dipakai dengan betul
b. Menentukan pakaian boleh digunakan.
c. Menentukan senjat bersih dan boleh digunakan.
d. Menentukan mereka cergas dan sihat.
5. PANDANGAN AM
a. Sebelum memeriksa, perhatikan sebarang kedudukan, mesti diiring oleh
orang yang berpangkat rendah darinya untuk mencatitkan apa-apa yang
diberitahu serta menentukan kesalahan dan betulkan dengan segera.
6. AMBIL PERHATIAN SEPINTAS LALU SEMASA ANDA MEMERIKSA:
a. Menentukan mereka berdiri dengan betul.
b. Menentukan mereka lurus dan beratur dengan baik.
c. Menentukan mereka bercukur dan bersih.
d. Menentukan mereka berpakaian bergosok, bersih serta betul ukurannya,
jangan terkecil atau terbesar
7. PAKAIAN KEPALA
Dari hadapan.

Cap -Pakai khidmat lencana ditengah-tengah dahi dan paras.


Beret -Dipakai dengan ketat dan paras, satu jari dari atas mata kiri.
8. BAJU PANDANGAN DARI HADAPAN
a. Hendaklah dipakai mengikut ukuran badan supaya kelihatan kemas.
b. Dalam perbarisan barang-barang yang menggelembungkan saku tidak
dibenarkan.
c. Barang-barang dan jahitan yang berlebihan mestilah dipotong
d. Lencana-lencana dan pangkat mestilah bersih, dipasang dengan betul.
e. Pingat-pingat dan riben-riben mestilah dipasang ditengah-tengah diatas
saku sebelah kiri atau kanan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
BAJU PANDANGAN DARI BELAKANG

f. Tentukan baju ditarik dengan kemas tidak meleweh


g. Landyard dipakai dibawah ketiak, pengujung landyard hendak
dimasukkan kesaku kiri ditempatnya
9. TALI PINGGANG DARI BELAKANG
a. Mesti dipakai dengan kemas dan ketat.
b. Bakel mestilah berada ditengah-tengah dihadapan dan sejajar dengan
tulang baju/seluar.
10. SELUAR PANDANGAN DARI HADAPAN
a. Dihadapan seluar panjang mestilah sampai diatas kekura dan belakang ia
mestilah separas sedikit tumit kasut.
b. Dari belakang seluar panjang mestilah rata pada punggung dan muat
dengan kemasnya diatas baju dan dibawah tali pinggang hujung-hujung
benang dari jahitan mestilah dipotong
11. KASUT PANDANGAN DARI HADAPAN
a. Kasut mestilah bersih, berkilat mengikut ukuran masing-masing, tali
mestilah kuat tidak bersimpul diikat kuat menutup lubang-lubang menjaga
kekura, kaki dan hujung talinya diikat dengan kemas.
b. Semua bahagian kasut hendaklah dibersihkan dan berkiwi.
12. PERKARA YANG JANGAN DILAKUAKAN
a. Jangan bertengkar denganya
b. Jangan sentuh. (melainkan rekrut)
c. Jangan maki hamun sampai keluar batasan dan jangan sebab seseorang
semua dimarahi.
d. Perkara yang mustahil atau kesalahan yang tidak patut dimarahi seperti
warna baju turun atau sebaliknya
13. PERKARA YANG PATUT DILAKUKAN
a. Tunjuk contoh teladan.
b. Beri hukuman terang dan tepat, ambil teguran kepada perkara yang telah
berlaku.
c. Puji mereka yang segak dan kemas.
14. JENIS-JENIS PAKAIAN SERAGAM
a. Pakaian Istiadat.
b. Pakaian Kerja.
c. Pakaian Operasi
d. Pakaian Latihan.
Catatan: Tatacara pemakaian diedar dari masa kesemasa.
15. PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM
a. Anggota dikehendaki memakai pakaian seragam lengkap semasa bertugas
seperti yang diarahkan dari masa kesemasa.
b. Pegawai Memerintah boleh pada bila-bila masa membenarkan mana-mana
anggota untuk memakai pakaian biasa (pereman) selain daripada pakaian
seragam lengkap.
c. Anggota pada setiap masa hendaklah menjaga kebersihan pakaian
seragam.
d. Anggota dilarang
i.Mengubahsuai pakaian aksesorinya
ii.Merosakkan dengan sengaja mana-mana bahagian pakaian seragam
iii.Menyerah, memberi, menjual atau meminjamkan pakaian seragam
kepada orang yang tidak dikenali.
iv.Anggota yang kehilangan pakaian seragam hendaklah membuat
laporan Polis dan melaporkan kehilangan kepada Pegawai
Memerintah melalui Pegawai bertugas berserta salinan laporan
polis.

v.Anggota hendaklah memakai apa-apa lencana pengiktirafan dan


pingat yang dianugerahkan kepadanya mengikut kekannanya
seperti mana yang diarahkan.
BAHASA HUKUMAN DAN JENIS-JENIS PARAS

Sesuatu skuad, Unit atau Bahagian. Cantik perbarisannya, yang cukup baik
diparaskan terlebih dahulu memberi kesan-kesan yang baik kepada anggota-anggota
peluang untuk berkawad bersama-sama. Oleh itu anggota hendaklah diparaskan pada
awal-awal lagi.

Paras boleh dilakuakan samada �Yang Tinggi ke Kanan, Rendah ke Kiri�


atau �Yang Tinggi di Tengah-Tengah�. Ini boleh dilakukan dengan cermat dengan
menjadikan semua orang ke dalam satu barisan dan menyusun mereka mengikut tinggi
rendah atau sebaliknya sebagaimana yang dikehendaki. Ini boleh dilakukan dengan
cara
mereka dalam bertiga-tiga atau beberapa banyak sekalipun barisan yang dikehendaki.

CARA DAN BAHASA HUKUMAN PARAS

1. Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri dalam satu barisan paras.


Semua anggota berpusing seperti dalam berhenti, terus berjalan dan selepas itu
mengatur diri mereka mengikut paras tinggal dalam keadaan sedia. Susunan yang
betul selepas itu diperiksa oleh Jurulatih.
2. Nombor
Skuad menyebut nombor dari kanan ke kiri.
3. Nombor ganjil satu langkah kehadapan, nombor genap satu langkah ke
belakang gerak.
Jurulatih mesti memeriksa pergerakan ini

4. Orang yang disebelah kanan sekali diam. Nombor ganjil ke kanan, nombor
genap ke kiri. Barisan kanan dan kiri pusing
Semua berpusing sebagaimana yang diperintahkan, orang yang disebelah kanan
sekali dibarisan hadapan yang tinggal diam menghadap arah hadapan.

5. Jadikan tiga barisan cepat jalan


Skuad itu jadi tiga barisan, nombor genap mengikut belakang nombor ganjil,
misalnya nombor 1 dalam barisan hadapan, nombor 3 jadi 1 dalam barisan tengah,
nombor 5 jadi nombor 1 dalam barisan belakang, nombor 7 jadi nombor 2 dalam
bairsan hadapan dan seterusnya, bila berhenti dalam kedudukan setiap orang
berpusing kehadapan serta luruskan barisan dan tinggal dalam keadaan sedia atau
senang diri.
JENIS-JENIS PARAS

. Yang tinggi ke kanan rendah ke kiri.


. Yang rendah ke kanan tinggi ke kiri.
. Yang tinggi di tengah-tengah, rendah kiri kanan
. Yang rendah di tengah-tengah, tinggi kiri kanan.
BAHASA HUKUMAN PARASKAN SKUAD

1. Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan paras


Buat satu barisan paras, yang tinggi sekali di sebelah kanan bahu ke bahu dalam
berdiri sedia

2. Nombor
Beri bahasa hukuman nombor, bermula orang di sebelah kanan berteriak satu,
orang kedua dan seterusnya.

3. Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah ke


belakang gerak.
Semua sekali membuat pergerakan tersebut.

4. Orang yang disebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke kanan pusing,
nombor genap ke kiri pusing. Barisan kanan dan kiri pusing
Orang yang disebelah kanan sekali diam, yang lain buat pergerakan kanan dan
kiri pusing dalam satu deretan.

5. Jadikan tiga barisan cepat jalan


Orang nombor 1 barisan hadapan, orang nombor 3 barisan tengah dan orang
nombor 5 barisan belakang dan seterusnya.

6. Beri bahasa hukuman senang diri dan taklimat sebelum menjalani latihan kawad
atau arahan-arahan latihan yang lain.
CARA-CARA HORMAT DAN PEMAKAIAN

1. Memberi hormat
a. Anggota dikehendaki memberi hormat yang sepatutnya kepada Ser
Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia
Sultan dan Raja Permaisuri dan Pewaris Tahta, Yang Di Pertua Negeri,
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri,
Ketua Negara Luar, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ketua
Menteri, Yang Berhormat Menteri Dan Timbalan Menteri (Kabinet),
Pegawai atasan Kerajaan, Yang Berbahagia Datuk Bandar Kuala Lumpur,
Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan, Pengarah, Timbalan
Pengarah dan Penolong Pengarah Direktorat Penguatkuasaan serta
Pegawai-pegawai Penguatkuasa yang lebih Kanan.
2. Pemakaian semasa memberi hormat
a. Berpakaian seragam lengkap, atau tidak memakai cap dan beret semasa
berjalan atau berhenti serta boleh memberi hormat dengan membuat
pergerakan hormat, kehadapan hormat, ke kiri hormat atau ke kanan
hormat.
3. Cara memberi hormat dan penggilan semasa perseorangan
a. Buat pergerakan hormat, seperti kehadapan hormat, jika buat pergerakan
hormat, ke kiri atau ke kanan, semasa berjalan dengan panggilan
assalammualaikum atau selamat pagi mengikut kesesuaian waktu dan
gelaran.
4. Memberi hormat dalam kumpulan
a. Memberi hormat dalam kumpulan ialah dimana anggota yang terkanan
pangkatnya atau no. Perkhidmatannya. Semasa berhenti, cara memberi
hormat, memberi bahasa hukuman, Skuad.........Baris..Sedia... buat
pergerakan hormat, serta panggilan yang bersesuaian. Jika semasa berjalan
dalam kumpulan atau dereta, cara memberi hormat, memberi bahasa
hukuman. Skuad.......Baris..... Pandang kanan atau kiri dimana ketua
kumpulan sahaja yang membuat pergerakan hormat ke kanan atau kekiri
serta panggilan yang bersesuaian.
5. Pakaian semasa memberi hormat dalam kumpulan
a. Berpakaian seragam lengkap atau tidak memakai cap atau beret semasa
berjalan atau berhenti dalam kumpulan
6. Dilarang membuat pergerakan hormat
a. Semasa berpakaian seragam (uniform) tanpa memakai cap atau beret dan
bertali pinggang adalah dilarang membuat pergerakan hormat
b. Semasa berpakaian awam iaitu pakaian persendirian dilarang membuat
pergerakan hormat
BERJALAN BARISAN MELINTANG DALAM MASA PERLAHAN

1. Berjalan barisan melintang adalah diajar pada permulaannya dengan perlahan.


Jurulatih mesti menerangkan lagi tentang kegunaan amaran hukuman kawad
kehadapan dan kebelakang dan arah rusuk semasa latihan, panjangnya langkah
dan jarak diantara barisan-barisan satu langkah mestilah diperbetulkan selalu.
2. Perkara-perkara yang berikut mestilah ditunjuk ajar dan dilatih
a. Memilih satu tanda hadapan dan berjalan menujunya supaya memelihara
barisan mara yang lurus.
b. Membetulkan barisan yang sudah tidak lurus dengan beransur-ansur.
c. Bagaimana memelihara jarak dan lurus barisan
d. Berjalan pada satu langkah yang penuh dan berhenti supaya lurus barisan
tidak hilang.
3. Kesalahan-kesalahan biasa
a. Tidak memelihara jarak, jauh dan lurus barisan dengan betul.
b. Berlari atau membetul dengan mengejut bagi mendapatkan balik lurus
barisan sepatutnya dibuat dengan beransur-ansur.
c. Berjalan dan berhenti dengan panjang yang tidak sama dan tidak betul.
d. Melangkah satu langkah lebih dari 30 inci.
KANDUNGAN PELAJARAN KAWAD

1. Pentadbiran Kawad
2. Kawad Kaki
3. Kawad Senjata
4. Kawad Tongkat
5. Kawad Pedang
6. Kawad Istiadat
PENTADBIRAN KAWAD

1. Tujuan Berkawad
2. Arahan Hormat
3. Pemeriksaan Pakaian
4. Berjalan Barisan Melintang
5. Bahasa Hukuman dan Jenis-jenis Paras
6. Jenis Pakaian dan Kelengkapan Pasukan
7. Kawad Kawalan Lalulintas
8. Kawalan Keselamatan Fizikal
9. Pengenalan Kepada Senjatapi
10. Pengenalan kepada Alat Perhubungan Radio
11. Pelajaran Kawad Kaki
PELAJARAN KAWAD KAKI

1. Sedia � PP
2. Senang Diri � PP
3. Rehatkan Diri � PP
4. Berbaris dalam Tiga Barisan � PP
5. Buka dan Tutup Barisan � 2P
6. Luruskan Barisan � 2P
7. Nombor dan Nyatakan � PP
8. Langkah ke Hadapan dan Belakang � PP
9. Langkah
10. Berpusing ke Kiri, Kanan dan Belakang � 2P
11. Bersurai dan Keluar Baris � PP
12. Paras Skuad � PP
13. Jadikan Dua Barisan dari Tiga Barisan � PP
14. Berjalan dalam Masa Cepat � 3P
15. Berhenti masa Cepat Jalan � 3P
16. Perlahan Jalan � P
17. Berhenti masa Perlahan Jalan � 2P
18. Membelok � P
19. Hentak Kaki, Berhenti, Cepat Jalan
20. Hentak Kaki, Berhenti, Perlahan Jalan
21. Tukar Langkah Masa Berjalan � 3P
22. Berpusing Kiri & Kanan � 4P
23. Kebelakang Pusing Cepat Jalan � 6P
24. Berjalan dalam Barisan Melintang Perlahan Jalan � p
25. Buka dan Tutup Barisan Perlahan Jalan � P
26. Membelok ke Kiri & Kanan � P
27. Tukar Haluan dan Henti � P
28. Jadikan Skuad masa Berjalan dan Berhenti (cepat jalan � PP
29. Jadikan Skuad Masa Perlahan Jalan � PP
30. Jadikan Satu Barisan dari Barisan Memanjang � PP
31. Hormat Semasa Berhenti � 2P
32. Kehadapan Hormat � PP
33. Kekanan dan ke Kiri Hormat � 5P
34. Hormat Selaku Terima Gaji
PELAJARAN KAWAD SENJATA

1. Sedia � PP
2. Senag Diri � PP
3. Rehatkan Diti �PP
4. Rusuk Senjat dari Turun Senjata �2P
5. Turun Senjata dari Rusuk �2P
6. Kalih Senjat dari Turun �2P
7. Ke Hadapan Hormat �2P
8. Hormat Senjata dari Rusuk �3P
9. Rusuk Senjata dari Hormat � 2P
10. Hormat Senjata dari Turun �3P
11. Turun Senjata dari Hormat � 3P
12. Kalih Senjata dari Rusuk � 4P
PELAJARAN KAWAD TONGKAT KEN

1. Sedia Rusuk Tongkat �PP


2. Senang Diri �PP
3. Rehatkan Diri �PP
4. Kepit Tongkat dari Rusuk � 2P
5. Tusuk Tongkat dari Kepit � 2P
6. Bimbit Tongkat dari Rusuk � 2P
7. Rusuk Tongkat dari Bimbit �2P
8. Kepit Tongkat dari Bimbit � 2P
9. Bimbit Tongkat dari Kepit - 2P
10. Kalih Tongkat �2P
11. Berhenti Tongkat dalam keadaan Kepit, berjalan dalam Bimbit dan Berhenti dalam

keadaan Kepit Tongkat Semula � P


12. Kalih Tongkat masa Berjalan (Rusuk dan Bimbit saja �PP)
13. Hormat masa Berjalan bersama Tongkat � PP
14. Hormat ke Kiri & ke Kanan bersama Tongkat � 9P
PELAJARAN KAWAD PEDANG

Pengenalan kepada Pedang saja

PELAJARAN KAWAD ISTIADAT

1. Kawalan Suku
2. Kawalan Kehormat
HUKUMAN KAWAD

HUKUMAN CEPAT JALA DIBERI


APBILA
PERLAHAN JALAN
DIBERI APABILA
LAIN-LAIN HAL
Berhenti masa berjalan Kaki kiri melalui kaki kanan Kaki kanan melalui kaki kiri
Dalam berlari apabila
kaki kiri sampai ke bumi
Cepat atau perlahan jalan
bersama masa dengan
Pasukan yang sedang
berjalan
Cepat atas kaki kiri
Jalan atas kaki kanan
(berturut-turut)
Perlahan atas kaki kanan
(berturu-turut)
-
Pusing setengah kanan Kaki kanan melalui kaki kiri Kaki kiri melalui kaki kanan -
Hentak kaki Kaki kanan melalui kaki kiri Kaki kiri melalui kaki kanan Dalam
berlari kaki
kanan sampai ke bumi
Belakang pusing Kaki kanan melalui kaki kiri Kaki kiri melalui kaki kanan -
Berhenti (hentak kaki) Kaki kiri sedang naik Kaki kanan naik penuh -
Tukar langkah Tukar atas kaki kiri
Langkah atas kaki kanan
Tukar atas kaki kiri
Langkah atas kaki kanan
(berturu-turut)
-
Maju Kaki kiri sedang naik Kaki kanan naik penuh -
Tukar langkah cepat
cepat jalan
-Cepat atas kaki kiri
Jalan atas kaki kanan
(berturut-turut)
Daripada langkah berlari
cepat atas kaki kiri jalan
atas kaki kanan
(berturut-turut)
Tukar langkah perlahan
Perlahan jalan
Kaki kiri rata melalui kaki
kanan
--
Buka dan tutup barisan -Kaki kanan melalui kaki kiri -
Tukar haluan ke kiri Kaki kanan melalui kaki kiri
(sebaliknya)
Kaki kiri melalui kaki kanan
(sebaliknya)
-
Disebelah kanan atau kiri
jadikan skuad
Seperti pusing ke kanan atau
kiri
Seperti pusing ke kiri atau ke
kanan pusing
-
Semua hormat termasuk
pedang dan kawad tongkat
melainkan hormat
kehadapan atau selaku
pengawal
Kaki kiri sampai ke bumi Kaki kanan sampai ke bumi Melainkan hormat
kehadapan atau selaku
pengawal (kaki kanan
melalui kaki kiri)
Semasa berjalan latihan
senjat
Mengikut di tangan mana
senjata berada
Di tangan mana berada Melainkan tukar semsa
dalam sendenga senjata
di sebelah bagu kanan di
buat

13
TAKLIMAT DAN LATIHAN
SEBELUM MENJALANI LATIHAN KAWAD

Anda adalah sebagai platun sarjan. Sebelum menjalani latihan kawad terlebih dahulu

anda dikehendaki membuat persiapan untuk latihan tersebut.

1. Tempat latihan (Padang kawad)


2. Tarikh dan masa
3. Jenis latihan
4. Jenis pakaian
5. Kekuatan anggota
6. Makan/Minum
TAKLIMAT KAWAD

Bariskan skuad dalam keadaan sedia

1. Selamat pagi skuad.......


Pada pagi ini saya akan mengawadkan skuad...
Penanda kanan..(sebutkan pangkat dan nama)
Penanda kiri (sebutkan pangkat dan nama)
2. Itu adalah barisan hadapan, barisan tengah, tengah juga, barisan belakang,
belakang
juga.
3. Hukuman salah jangan dibuat, hukuman saya yang betul skuad hendaklah buat
dengan betul dan cergas.
4. Faham itu skuad.
*Beri bahasa hukuman sedia/senang diri

KAWALAN KEHORMAT

Kawalan Kehormat biasnya dikelolakan oleh anggota penguatkuasa dalam perkhidmatan


Kerajaan Tempatan dan jabatan yang lain, serta mempunyai peruntukan pakaian
Istiadat.

Tujuan utama memberi hormat keistimewaan kepada orang kenamaan yang setaraf
denganya serta ketua-ketua Negara Asing.

JENIS KAWALAN

1. Kawalan Kehormat
2. Kawalan Kuater
HORMAT TERTINGGI

1. Hormat Diraja
2. Hormat Perdana
3. Hormat Panglima
KEKUATAN KAWALAN KEHORMAT

. 1 Pegawai -Penolong Penguasa atau Ketua Inspektor


Sebagai Ketua Perbarisan.
. 2 Pegawai -Inspektor/ Pen. Inspektor
Sebagai Pegawai Perbarisan
. 1 Sub. Insp - Sarjan Mejor Perbarisan
. 2 Sarjan - Sarjan penanda kiri dan kanan
. 69 Anggota - Anggota Perbarisan
. Jumlah -3 Pegawai
72 Anggota
KEKUATAN KAWALAN KUATER

� 1 Sarjan -Ketua Kawalan Kuater


� 1 Kopral -Penolong Ketua Kawalan
� 6 Anggota -Sebagai Pengawal
. 2 Anggota -Peniup Tentuang
Jumlah -10 orang

You might also like