You are on page 1of 9

GOTONG-ROYONG PERDANA S.M.K. AMINUDDIN BAKI 2009 1.

0 PENDAHULUAN
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2006-2010 merupakan satu dokumen perancangan pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan menyeluruh yang menjadi garis panduan kepada semua warga pendidik agar matlamat menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua dapat dicapai. Enam teras strategik telah dikenalpasti untuk memperkukuh sistem pendidikan negara. Berpandukan kepada teras strategik kedua, iaitu Membangunkan Modal Insan, program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) wajib diperkukuhkan dan diperkembangkan di sekolah agar amalan kebersihan yang disemai dan dipupuk sejak awal dari rumah akan menjadi amalan sepanjang hayat. Sekolah yang bersih ialah sekolah yang ceria, indah dan wangi, tanpa contengan, sampah, sawang serta tidak berbau, berhabuk dan berlumut. Kemudahan sekolah juga perlu dijaga dan diselenggarakan dengan baik agar ia terus berfungsi. Sekolah juga perlu selamat dan tidak menjadi tempat pembiakan serangga atau haiwan perosak.

2.0

OBJEKTIF
Antara objektif program yang ingin dicapai adalah: 1. 2. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan, serta menghargai kemudahan yang disediakan. 3. 4. 5. Memupuk semangat kepunyaan serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan sekolah. Mewujudkan iklim serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah dan ceria.

3.0 MATLAMAT
1. 2. 3. 4. Mewujudkan semangat cinta akan sekolah yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Mewujudkan perasaan cinta akan kebersihan fizikal dan mental dalam diri pelajar. Mewujudkan semangat kerjasama dan amalan bergotong-royong dalam kalangan pelajar dan guru. Menerapkan nilai-nilai mencintai alam sekitar dalam diri pelajar dan guru.

4.0

KUMPULAN SASARAN
Semua warga sekolah.

5.0
Bil 1. 2. 3. 4. 5.

IMPLIKASI KEWANGAN
Perkara 100 keping beg plastik sampah besar 10 pasang sarung tangan pembersihan 5 pasang penyepit sampah Wang saguhati kepada pekerja DBKL Pelbagai Jumlah (RM) 50.00 60.00 100.00 100.00 200.00 RM 510.00 Sumber Suwa Kokurikulum Suwa Kokurikulum Suwa Kokurikulum PIBG Suwa Kokurikulum

JUMLAH PERBELANJAAN

6.0 Bil.
1.

LAPORAN GOTONG-ROYONG Tempat Aktiviti Laporan Guru Penyelia Penilaian

Semua Bilik Darjah

Secara keseluruhan, guru-guru dan Aktiviti membersih dan para pelajar telah menjalankan menceriakan setiap kelas tugas membersih dan menceriakan telah dilaksanakan dengan kelas seperti baik, tetapi perlu dipantau mengelap tingkap dan kipas, serta dari semasa ke semasa. menyusun atur perabot-perabot di dalam papan Sudut papan kenyataan, kenyataan juga telah dikemaskini terutamanya Tingkatan 6 dengan maklumat yang pelbagai. rendah masih perlu Sudut bacaan kelas juga ditambah dikemaskini. Terdapat juga dengan bahan-bahan bacaan yang beberapa kelas yang masih pelbagai. Perabot yang telah rosak belum menambahbaik dihantar ke tempat pelupusan. sudut bacaan kelas. kelas. Sudut masing-masing,

2.

Bilik Air Blok A & E

Bilik air bagi Blok A & E telah Penyeliaan perlu dilaksana dibersihkan dan keadaan lebih dari semasa ke semasa baik dengan adanya doa masuk oleh guru yang bertugas dan keluar tandas. Sabun pencuci bagi memantau kebersihan tangan turut dibekalkan bagi tandas. memastikan kebersihan individu dan warga sekolah terjamin.

3.

Makmal Komputer & Pusat Akses

Brigade Bestari telah menjalankan AJK kerja-kerja inventori,

perlu

memastikan

tugas membersih, mengemaskini pelajar dan guru merekod serta penggunaan komputer ke dalam buku yang telah disediakan. menyusun atur perabot.

4.

Bilik Rawatan Lelaki & 3

Perempuan.

Aktiviti mengelap

pembersihan tingkap dan

seperti Pelajar sakit yang berehat kipas, di bilik rawatan diminta

membuang sawang, dan mencuci memaklumkan kepada PK, langsir dan sarung bantal kerusi guru bertugas atau guru settee telah dilaksanakan. Bilik PBSM. rawatan dengan juga telah diceriakan dan hiasan poster

mengemaskini papan kenyataan. 5. Bilik Mesyuarat Lantai telah divakum, hiasan pada Pihak yang menggunakan dinding telah dibaiki keadaannya, bilik mesyuarat diingatkan dan kerusi-kerusi di dalam bilik supaya memastikan suis mesyuarat juga telah disusun ditutup setelah digunakan, dan menjaga kebersihan bilik mesyuarat. 6. Theatrette Peralatan yang terdapat di dalam Pemantauan bilik theatrette theatrette telah dikemaskini dan perlu lantai telah divakum. dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan selesa digunakan. 7. BOSS Guru dan AJK SPBT telah sama- Bilik BOSS berada dalam sama membersihkan bilik BOSS, keadaan bersih, kemas dan mengemop lantai, mengelap rak- semakin rak buku dan meja, menyusun dan aktiviti mengemaskini semula buku-buku dijalankan. dan bahan bacaan, serta menghias dan menceriakan bilik BOSS. ceria selepas pembersihan theatrette dengan baik dan teratur.

8.

Gimnasium & Bilik Kecergasan

Peralatan-peralatan gimnasium 4

di

dalam Memuaskan. dan

dikemaskini

disusun

atur

dengan yang

baik. masih

Peralatan-peralatan

berfungsi dengan baik diperiksa bagi memastikan boleh digunakan 9. Makmal Bahasa 1 & 2 Lantai dimop. ditambah telah dibersihkan dan Mana-mana pihak yang

Label bagi

bermaklumat menggunakan menambahkan bahasa perlu

makmal menjaga

keceriaan makmal bahasa. 10. Bilik Kaunseling

kebersihan bilik bahasa.

Guru kaunseling bersama pelajar- Bilik kaunseling kelihatan pelajar PRS sama-sama membantu lebih ceria, kemas dan membersihkan bilik kaunseling, bersih. papan informasi dikemaskini, dan hiasan bunga diletakkan dalam bilik kaunseling bagi menambah keserian tersebut. dan keceriaan bilik

11.

Surau dan Bilik Pendidikan Islam

Guru

bersama

pelajar kawasan

telah Guru-guru

dan

pelajar

membersihkan

sekitar Islam yang menggunakan sentiasa berada

surau. Pelajar membantu guru surau perlu memastikan membuang habuk dan sawang, surau mengelap semula tingkap, kitab-kitab semula langsir, dan menyusun al-Quran dengan baik. Tandas surau juga telah dibersihkan. 12. Kantin Kantin sekolah dibersihkan, meja- Kebersihan kantin perlu meja dilap, sampah dan sisa sentiasa makanan juga telah dibersihkan. dipantau dari semasa ke semasa bagi memasang dalam keadaan bersih.

memastikan kantin sentiasa kebersihannya. 13. Pusat Sumber Sekolah Bahan-bahan bacaan yang terdapat Pelajar-pelajar di dalam pusat sumber disusun diingatkan

kawasan terjaga

perlu supaya

semula dengan baik, kerusi-kerusi meletakkan semula bahan disusun dengan teratur, dan setiap bacaan yang telah dibaca sudut dalam pusat sumber di tempat yang sepatutnya, dan menyusun kerusi setelah digunakan. 14. Koperasi Lantai disapu dan dibersihkan, Kemas dan barang-barang barang-barang disusun atur semula kelihatan tersusun dengan dengan baik di rak-rak, dan teratur. sampah sarap dibuang. 15. Makmal Sains Tugas kerja pembersihan mengelap dilakukan Kemas dan teratur. dilakukan, dikemaskini dan diceriakan.

bersama pembantu makmal. Kerjaperalatan disusun dengan baik dan secara teratur di tempat yang selamat, dan kabinet radas, rak-rak serta peralatan dan diberi peralatan label. serta Perkakas

bangku yang rosak dihantar ke tempat pelupusan. 16. Bengkel Kemahiran Hidup & Bilik LKJ Habuk dan sawang dibersihkan. Baik, tetapi masih perlu Kayu-kayu, perkakas-perkakas dan penambahbaikan. peralatan yang telah rosak dihantar ke tempat pelupusan. Lantai dan

tingkap juga telah dicuci. Bengkel dan bilik LKJ dikemaskini. 17. Bilik Seni Lantai dan tingkap dicuci. Baik, tetapi masih perlu

Perkakas-perkakas dan peralatan diperbaiki. disusun atur dengan baik. 18. Taman Bumi Hijau & kawasan sekitar berhampiran Tumbuhan perosak dicabut dan Sekitar dibuang. tumbuhan dengan baik. 19. Laman sawit, kawasan sekitar semua blok bangunan Pelajar-pelajar blok bangunan. KRS mengutip Kawasan sekitar blok-blok setelah aktiviti gotongPokok-pokok disiram dan taman kelihatan dan kawasan

dicantas. Daun-daun kering juga menghijau, dan menceriakan dijaga sekolah.

cantik

sampah di sekitar kawasan semua bangunan kelihatan bersih royong dijalankan.

20.

Taman Herba & kawasan Sekitar kawasan dan tapak Taman Memuaskan. sekitar berhampiran Herba dibersihkan oleh guru dan pelajar-pelajar Persatuan Pencinta Alam, sampah dan daun-daun kering dikutip, dan pasu-pasu bunga disusun atur dengan baik.

21.

Sekitar Dewan

Sekitar

dewan

dibersihkan, Dewan setelah

kelihatan untuk aktiviti

lebih

sampah dikutip, dan longkang juga selesa telah dibersihkan.

digunakan / tugas

pembersihan dijalankan. 22. Bilik Guru Guru-guru telah bekerjasama Bilik guru telah berjaya

membersihkan bilik guru dengan dikemaskini dengan baik, menyapu sampah, mengelap meja tetapi masih perlu dan tingkap, membersihkan sinki, diperbaiki dari semasa ke membuang sawang-sawang, dan semasa. Guru-guru perlu mengemas meja guru masing- bersama-sama dibawa ke tempat pelupusan. 23. Bilik Pengurusan HEM & Bilik Pengawas menjaga masing. Perabot yang telah rosak kebersihan bilik guru bagi memastikan keselesaan.

Guru dan pengawas sekolah telah Memuaskan. menyusun atur perabot-perabot, mengelap, dan menjalankan kerjakerja pembersihan.

24.

Bilik Pengurusan Peperiksaan

Bilik pengurusan peperiksaan telah Baik. dibersihkan, perabot dan peralatan tertentu disusun atur, dan fail-fail telah disusun semula dan dikemaskini.

25.

Laluan Gemilang, Laluan Guru Unggul, Laluan Perkasa

dan

pekerja

kebersihan Memuaskan. cermin

sekolah telah menjalankan kerja pembersihan, mengelap papan notis, mengemaskini papanpapan kenyataan dan lain-lain lagi.

7.0

LAMPIRAN
7.1 Jadual Kerja Jawatankuasa Gotong-Royong 2009: Ahli Jawatankuasa, Agihan dan Spesifikasi Tugas (Rujuk Lampiran I) 7.2 Gambar-gambar pada hari gotong-royong (Rujuk Lampiran II)

8.0

PENUTUP
Gotong-royong Perdana 2009 merupakan suatu usaha berterusan dalam

merealisasikan program 3 K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) di sekolah bagi memupuk amalan kebersihan sejak dari awal dalam diri setiap individu. Selaras dengan teras strategik kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), iaitu Membangunkan Modal Insan, program gotong-royong peringkat sekolah ini diharapkan mampu mendidik dan menyemai rasa tanggungjawab dan kerjasama setiap individu dalam memastikan persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih, selamat, indah dan ceria. Ini sekaligus dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa, selamat dan berkualiti kepada setiap warga sekolah. Oleh yang demikian, sewajarnya projek gotong-royong ini dilaksanakan dan diperkembangkan secara berkesan, bagi melahirkan dan melatih individu dan masyarakat yang mengamalkan tanggungjawab menjaga kebersihan sepanjang hayat walau di mana sekalipun berada. Bagi memastikan objektif program ini tercapai, semua pihak, terutamanya warga sekolah seharusnya sama-sama berganding bahu dan menggembleng tenaga dalam menjayakan matlamat program ini demi kesejahteraan bersama.

You might also like