You are on page 1of 107

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPG

MODUL PENDIDIKAN JASMANI PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada Nov 2009

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Nov 2009 Bahagian Pendidikan Guru Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan Kementerian Pelajaran Malaysia

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

FalFalsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Nov 2009 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apaapa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

KANDUNGAN MUKA Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Notis Hak Kerajaan Kata Alu-aluan Panduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI 1.1 1.2 1.3 Tajuk 2 : Konsep asas anatomi dan fisiologi Organisasi Struktur Tubuh Regulasi homeostasis oleh sistem organ

i i ii v vi - vii viii ix - x 1- 12

43 72 PERINGKAT KIMIA, SELULAR DAN TISU ORGANISMA 2.1 2.2 Tajuk 3: Bahan Atom dan Molekul Tisu-tisu Badan 73 79

SISTEM SARAF 3.1 3.2 3.3 Pengenalan Struktur dan Fungsi Perjalanan Impuls 80 89

Tajuk 4: SISTEM ENDOKRIN 4.1 Pengenalan 4.2 Fungsi dan Ciri-ciri Hormon 4.3 Kalenjar Endokrin Utama Tajuk 5 : SISTEM INTEGUMENTARI 5.1 Pengenalan 5.2 5.3 Tajuk 6 : SISTEM RESPIRASI 6.1 6.2 Pengenalan Jenis-jenis Respirasi

90 96

97 - 107

Tajuk 7 : SISTEM URINARI 7.1 Pengenalan 7.2 Struktur dan Fungsi Tajuk 8 : SISTEM PENGHADAMAN 8.1 Pengenalan 8.2 Struktur dan Fungsi Tajuk 9 : PEMAKANAN DAN METABOLISMA 4

9.1 Pengenalan 9.2 Konsep dan Definasi 9.3 Mekanisma Kabohidrat, Lipid dan Protein

Rujukan Panel Penulis Modul Panel Pemurni Modul

108 109 110

PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. TIP UNTUK MEMBANTU ANDA MELALUI KURSUS INI 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 7

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

PENGENALAN

Kursus PJM3106 Anatomi dan Fisiologi merupakan kursus wajib bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan major PJ. Kursus tiga kredit ini 3(2+1) meliputi 30 jam teori dan 30 jam amali. Terdapat lima belas tajuk kesemuanya seperti yang digariskan dalam pro forma kursus. Tajuk-tajuk yang dimaksudkan ialah pengenalan kepada anatomi dan fisiologi, Peringkat kimia, selular dan tisu organisma, Sistem integumentari, Sistem rangka, Sistem otot, Sistem saraf, Sistem endokrina, Darah, Jantung, Saluran dan Peredaran darah, Sistem limfatik dan imuniti, Sistem respirasi, Sistem penghadaman, Pemakanan dan metabolisma serta Sistem urinari. akan Kursus ini akan dijalankan dalam dua fasa iaitu , komponen teori menggunakan modul sepenuhnya manakala komponen amali akan dikendalikan

secara kuliah bersemuka.

AGIHAN TAJUK Panduan Kepada Pengguna Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma) Interaksi Bersemuka (jam) 2 8 8 4 1 6 2 4 1 4 2 1 1 1 Jumlah 45

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Tajuk/Topik Pengenalan kepada Anatomi dan Fisiologi Peringkat kimia, selular dan tisu organisma Sistem Rangka Sistem Otot Sistem Saraf Sistem Endokrina Jantung Darah Saluran Peredaran Darah Sistem Integumentari Sistem Respirasi Sistem Limfatik dan Imuniti Sistem Urinari Sistem Penghadaman Pemakanan dan metabolisme

Modul (jam) 1 1 4 1 1 4 1 1 1 15

Jum Jam 1 3 8 8 8 2 6 2 4 2 8 2 2 2 2 60

10

TAJUK 1

PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep asas, struktur dan fungsi serta regulasi homeostasis oleh sistem organ. senarai bahan rujukan. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan

Hasil Pembelajaran 1. 2. 3. Mengenal pasti konsep asas sains anatomi dan fisiologi Membincangkan struktur dan fungsi anatomi dan fisiologi Membincangkan regulasi homeostasis oleh sistem organ Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

Konsep Asas

Struktur dan Fungsi

Regulasi homeostasis oleh sistem organ

1.0

Konsep asas anatomi dan fisiologi 1.1 Pengenalan

Anatomi ialah kajian tentang struktur tubuh dan hubungan di antara bahagianbahagiannya. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek anatom yang bermakna memotong, maka anatomi boleh dianggap sebagai kajian dengan memotong (diseksi). Sementara itu, fisiologi pula boleh didefinisikan sebagai kajian tubuh manusia dalam keadaan normal. Kajian ini berkait rapat dengan pengetahuan tentang semua makhluk hidup yang terangkum dalam kajian biologi. Bidang ini juga berkait rapat dengan kajian tindakan fizikal dan pergerakan yang berlaku dalam badan.

11

Anatomi dan Fisiologi Manusia

Sains Anatomi dan Fisiologi

Sistem Rangka

Sendi

Sistem Otot

Rajah 1.1 : Pengenalan kepada Anatomi dan Fisiologi Terdapat beberapa jenis anatomi iaitu anatomi regional, anatomi fungsi dan anatomi makroskopik. Anatomi regional ialah kedudukan geografi bahagian tubuh dan setiap region atau daerah. Contohnya kaki, dada, kepala dan lain-lain anggota yang terdiri daripada struktur atau susunan umum yang terdapat pada semua bahagian tubuh badan. Anatomi fungsi pula adalah kajian tentang kedudukan dan hubungan antara satu bahagian tubuh dengan yang lain. Ia juga menerangkan tentang kegunaan setiap struktur dan sistem tisunya. Anatomi makroskopik adalah penglihatan strukturstruktur tertentu dengan hanya menggunakan mata kasar. Manakala, fisiologi pula adalah kajian yang berkaitan dengan fungsi pada keseluruhannya serta struktur dan organ-organ yang terdapat dalam tubuh badan. Oleh itu, mari kita lihat apa yang dikatakan sebagai anatomi dan fisiologi. 1.1 Organisasi Struktur Tubuh (a) Kepala dan leher Seperti yang kita ketahui, kepala adalah bahagian yang paling utama pada tubuh badan. Permukaan bahagian hadapan kepala dikenali sebagai muka. Manakala bahagian dalam kepala pula terdapat kaviti mulut, kaviti nasal, kaviti orbital, kaviti telinga dan kaviti kranium. Leher pula terletak di antara kepala dan toraks. Leher terdiri daripada bahagian atas esofagus, larinks, saraf-saraf kranial dan pembuluh darah. Selain daripada itu, kelenjar tiroid, paratiroid dan nodus-nodus limfa. (b) Badan Badan terbahagi kepada bahagian toraks, bahagian abdomen dan pelvis. Toraks terletak di antara leher dan abdomen. Toraks ialah bahagian atas trunkus. Terdapat beberapa bahagian utama di dalam toraks seperti jantung, paru-paru, pembuluh darah, trakea dan esofagus. Rangka dinding toraks terbentuk oleh

12

kolum vertebra di belakang, tulang-tulang rusuk di lateral dan tulang sternum di hadapan. Abdomen merupakan bahagian inferior trunkus badan. Ia dipisahkan daripada toraks oleh otot diafragma. Organ yang terletak di dalam abdomen terdiri daripada trek gastrousus, hepar, pankreas, pundi hempedu, limpa dan ginjal. Jika kita lihat, pelvis adalah bahagian paling bawah trunkus badan. Pelvis terletak di antara dua tulang pinggul. Organ yang terletak di dalam kaviti pelvis terdiri daripada pundi kencing, organ pembiakan internal dan juga bahagian bawah trek gastrousus. (c) Anggota Anggota tubuh badan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu anggota bahagian atas dan anggota bahagian bawah.

Rajah 1.2: Pandangan hadapan tubuh manusia menunjukkan bahagian dan kawasannya.

13

Untuk memahami badan manusia, kita mesti mengkaji organisasinya pada pelbagai tahap yang berbeza dari submikroskopik hingga makroskopik. Pertalian di antara pelbagai tahap organisasi ialah seperti di bawah.

Levels
Rajah 1.3 : Struktur organisasi tubuh badan Tahap Kimia. Unit bahan terkecil yang stabil ialah atom. Gabungan atom menjadi molekul dengan bentuk yang kompleks. Setiap bentuk khusus molekul menentukan fungsinya. Tahap Selular Pelbagai molekul berinteraksi menjadi struktur yang lebih besar dan mempunyai fungsi khusus di dalam sel. Sel merupakan unit hidup terkecil di badan Sel-sel ini menjadi organisasi tahap selular. Tahap Tisu Tisu terdiri daripada sel- sel yang serupa. Sel-sel ini bekerja bersama-sama melakukan fungsi tertentu. Sebagai contoh, sel-sel otot jantung membentuk tisu otot kardiak merupakan organisasi tahap tisu. 14

2 Ce Ce

Tahap Organ Organ terdiri daripada dua atau lebih tisu yang sama-sama bekerja melakukan fungsi tertentu. Sebagai contoh, jantung adalah organ dengan dindingnya terdiri daripada lapisan otot kardiak dan lain-lain tisu. Tahap Sistem Organ Organ-organ berinteraksi di sistem organ. Setiap kali menguncup, jantung mengepam darah ke talian saluran darah. Secara bersama, jantung, darah dan saluran darah membentuk sistem kardiovaskular iaitu organisasi tahap sistem organ. Tahap organisasi Semua sistem organ badan bekerja sama mengekalkan kehidupan dan kesihatan. Ini merupakan organisasi tahap tertinggi manusia.

Organisasi pada setiap tahap menentukan cirri-ciri struktur dan fungsi pada tahap yang lebih tinggi. Susunan atom dan molekul pada tahap kimia menghasilkan filamen protein. Sebagai contoh, filamen protein pada tahap selular menjadi sel-sel otot kardiak. Pada tahap tisu pula, sel-sel ini berkait menjadi tisu otot kardiak. Struktur tisu memastikan penguncupan yang selaras dan menghasilkan denyutan. Anatomi dalaman organ jantung membolehkan ia bertindak seperti pam. Jantung yang menakung darah bersambung dengan salur darah mengepam darah melalui atrium dan ventrikel dalam sistem kardiovaskular. Sesuatu yang menjejaskan sistem akan memberi kesan kepada komponen-komponen sistem tersebut. Sebagai contoh, jika berlaku kemalangan dan kehilangan darah yang banyak maka jantung tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Akibatnya bukan sahaja sistem kardiovaskular terganggu malah sel-sel, tisu-tisu dan organ-organ lain di seluruh akan badan turut terganggu kerana mengalami kekurangan oksigen yang dibekalkan oleh darah.

15

1.1.2 Homeostasis

H mo ta o es
Rajah 1.4 : Mekanisma Kawalan Homeostasis Homeostasis adalah satu tindakan yang dilakukan oleh organisma untuk mengekalkan kestabilan persekitaran dalaman melalui pengawalan suhu badan, peredaran oksigen dan kandungan mineral (potasium, sodium dan klorida) di dalam sel badan. Homeostasis dicapai melalui satu mekanisme yang dikenali sebagai pengawalan tindak balas negatif. Apabila keadaan tidak stabil dalam badan dikesan, maklumat ini akan dihantar kepada regulator fisiologikal. Seterusnya, regulator fisiologikal akan menyebabkan perubahan kepada fungsi badan bagi menentang atau mengatasi keadaan tidak stabil tersebut. Misalnya, apabila kita bersenam, otot akan bekerja keras dan menyebabkan bahagian otot tertentu mengalami kekurangan oksigen. Kesannya, ketegangan akan wujud dan mengakibatkan tindak balas negatif berlaku, misalnya kadar denyutan nadi dan kadar pernafasan akan meningkat. Perubahan ini akan menyebabkan oksigen dihantar ke bahagian otot yang memerlukan oksigen dan seterusnya menghapuskan ketegangan yang wujud. Gangguan homeostasis Gangguan homeostasis berlaku apabila permintaan terhadap sistem tubuh badan melebihi keupayaan sel tubuh badan untuk bertindak balas bagi mengekalkan keadaan asal. Namun, sistem tubuh badan akan bertindak untuk mewujudkan seseorang bersenam selama 60 minit, tetapi gangguan (peningkatan suhu badan) peningkatan (Power & Howley, 2001). Rajah 1.11 menunjukkan proses gangguan homeostasis. 16 keadaan yang stabil (homeostasis). Contohnya, suhu badan meningkat semasa

3 In t: pu In form a sen alo t afferen t path ay w

R pt ece

tersebut dapat diatasi selepas 40 minit, iaitu suhu badan dikekalkan tanpa

2 C an h ge dete cted by receptor

OTAK Perubahan persekitaran fizikal dan kimia Kekurangan oksigen Peningkatan kandungan asid dalam darah PENGESAN Dikesan oleh sel-sel PENYATU Membuat keputusan PENGAWAL ATUR/ REGULATOR Memberi maklum balas kepada sel-sel untuk mengawal pernafasan.

Gangguan homeostasis

Mula bersenam

HOMEOSTASIS

TINDAK BALAS Kadar pernafasan laju untuk menentang gangguan. Mengurangkan kecepatan membebaskan karbon dioksida dan meningkatkan penyerapan oksigen. Mengurangkan kandungan asid dalam darah.

Rajah 1.5 : Proses gangguan homeostasis

SEMAK KENDIRI 1.1 Apakah kepentingan anatomi dan fisiologi kepada kehidupan kita? 2. Bagaimana sistem-sistem organ yang lain berhubung kait dengan sistem rangka dari segi fisiologi?
1.

TUGASAN TERARAH Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan komponen kecergasan keseluruhan seperti kecergasan fizikal, mental, sosial dan emosi.

17

LAMAN WEB http://en.wikipedia.org/wiki/Physical_fitness http://www.cyberparent.com/fitness/five.htm http://www.cdc.gov/nccdphp/dnpa/physical/everyone/glossary/index.htm http://www.brianmac.co.uk/conditon.htm

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

RUJUKAN Teng Boon Tong. (1984). Pendidikan jasmani dan kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia. Wee Eng Hoe. (1998). Pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan(pengkhususan). Shah Alam: Fajar Bakti. Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th edition). San Francisco, CA: Benjamin Cummings.

18

Tajuk 2 Sinopsis

PERINGKAT KIMIA, SELULAR DAN TISU ORGANISMA

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep asas, struktur dan fungsi serta regulasi homeostasis dalam sistem organ. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Mengenalpasti bahan-bahan kimia utama 2. Menerangkan konsep keseimbangan 3. Struktur membran dan fungsi 4. Menjelaskan mekanisma pengeluaran penyimpanan dan penggunaan tenaga 5. Membincangkan jenis dan fungsi tisu utama Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Peringkat kimia, selular dan tisu

Pengenalan

Konsep Keseimban gan

Struktur Membran dan fungsi

Mekanisma Asas

Jenis dan Fungsi Tisu

19

1.1

Bahan: Atom dan Molekul

Rajah 1.1 : Atom dan Molekul

1.1.1 dan elektron. 1.1.2 molekul.

Struktur Atom Atom merupakan unit bahan yang terkecil dan terdiri daripada proton, neutron Unsur mengandungi atom-atom dengan jumlah proton yang sama banyak. Di dalam atom terdapat awan elektron yang mengelilingi nukleus. Ikatan dan Sebatian kimia Ikatan ion terhasil daripada tarikan di antara ion iaitu atom yang mendapat

atau kehilangan elektron. Kation adalah bercaj positif. Anion adalah bercaj negatif. Atom boleh bergabung menjadi molekul. Kombinasi atom daripada pelbagai unsur membentuk sebatian Setengah atom berkongsi electron untuk membentuk molekul yang bercantum berdasarkan ikatan kovalen. Ikatan hidrogen ialah daya tarikan di antara atom hidrogen yang bercaj positif dengan atom pada molekul lain yang bercaj negatif. Ikatan hidrogen boleh memberi kesan kepada bentuk dan kandungan

20

1.2

Notasi Kimia Notasi kimia membolehkan kita menerangkan tindakbalas di antara bahan

yang menjana satu atau lebih hasilan. 1.3 Reaksi Kimia Metabolisma merujuk kepada semua tindakbalas kimia di dalam badan. Sel-sel memerangkap, menyimpan dan mengguna tenaga untuk mengekalkan homeostasis dan menyokong fungsi yang diperlukan. 1.3.1 1.3.2 1.3.3 dekomposisi. seimbang. Pada tahap equilibrium, kadar tindakbalas sintesis dan dekomposisi adalah Konsep Asas Tenaga Kerja melibatkan pergerakan objek atau perubahan struktur fizikal, Tenaga ialah keupayaaan melakukan kerja. Dua jenis tenaga utama ialah tenaga kinetik dan tenaga keupayaan. Tenaga kinetik ialah tenaga pergerakan. Tenaga keupayaan ialah tenaga yang disimpan hasil daripada kedudukan atau struktur objek. Pertukaran dari tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik tidak seratus peratus efisyen. Setiap pertukaran tenaga akan menghasilkan haba. Jenis tindakbalas Tindakbalas kimia boleh dikelasifikasikan sebagai dekomposisi, sintesis atau pertukaran tindakbalas. Sel mendapat tenaga untuk melakukan fungsi melalui katabolisma iaitu pemecahan molekul kompleks. Anabolisma merupakan sintesis molekul organik baru. Tindakbalas Kebalikan Tindakbalas kebalikan terdiri daripada tindakbalas serentak sintesis dan

21

1.3.4 tindakbalas.

Enzim dan Tindakbalas Kimia Tenaga aktivasi ialah jumlah tenaga yang diperlukan untuk memulakan satu Enzim mengawal kebanyakan tindakbalas kimia badan. Enzim merupakan pemangkin yang terlibat di dalam tindakbalas tanpa

mengalami perubahan kekal. 1.4 inorganik. 1.4.1 dioksida. 1.4.2 Air dan kandungannya Air merupakan komponen inorganik terpenting badan. Air merupakan solvent yang amat baik, kapasiti haba yang tinggi dan terlibat di dalam tindakbalas metabolic badan. Banyak sebatian inorganik mengalami ionisasi atau larut di dalam air untuk membentuk ion. 1.4.3 dalam cecair. 22 Asid dan Alkali Inorganik Asid melepaskan ion hidrogen ke dalam cecair. Alkali mengeluarkan ion hidrogen daripada cecair. pH cecair menunjukkan konsentrasi ion hidrogen yang ia ada. Cecair dikelasifikasikan sebagai neutral jika ph ialah 7. Cecair dikelasifikasikan sebagai berasid jika ph kurang daripada 7. Cecair dikelasifikasikan sebagai alkali jika ph lebih daripada 7. Buffer mengekalkan pH pada had normal iaitu di antara 7.35 hingga 7.45 di Karbon dioksida dan Oksigen Sel badan yang hidup mengambil oksigen dan menghasilkan karbon Sebatian Inorganik Nutrient dan metabolik boleh dikelasifikasikan sebagai sebatian organik atau

1.4.4 elektrik. 1.5

Garam Garam adalah sebatian ionik di mana cationnya bukan H+ dan anion OH-. Garam adalah elektrolit, sebatian yang larut di dalam air dan konduksi arus

Sebatian Organik Sebatian organik mengandungi karbon dan hydrogen juga selalunya oksigen. Molekul organik yang besar dan kompleks termasuklah karbohidrat, lipid, protein dan asid nukleik. 1.5.1 Karbohidrat Karbohidrat merupakan sumber tenaga yang paling penting di dalam proses metabolik. Tiga jenis utama karbohidrat ialah monosakarida, disakarida dan polisakarida. 1.5.2 Lipids Lipid merupakan molekul yang tidak larut air seperti lemak, minyak dan lilin. Empat kelas utama lipid ialah asid lemak, lemak, steroid dan fosfolipid. Trigliserid merupakan tiga molekul asid lemak bercantum dengan molekul gliserol. Cholesterol adalah hormon steroid dan merupakan komponen membran sel. Fosfolipid merupakan komponen membran sel yang paling banyak. 1.5.3 Protein Protein melakukan pelbagai fungsi badan Jenis protein yang penting ialah protein structural, protein penguncupan, protein pengangkutan, enzim, hormon dan antibody. Protein adalah rantaian asid amino yang di ikat dengan ikatan peptide. Bentuk protein menentukan fungsinya. Setiap protein bekerja dengan baik pada kombinasi optimal suhu dan pH. 23

1.5.4 (RNA) 1.5.5

Asid Nukleik Asid nukleik menyimpan dan memproses maklumat pada tahap molecular. Dua jenis asid nukleik iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) dan asis ribonukleik Asis nukleik adalah rantaian nukleotida. Setiap nukleotida mengandungi gula, kumpulan fosfat dan bes nitrogenous. Sebatian Tenaga Tinggi Sel menyimpan tenaga di dalam bentuk sebatian tenaga tinggi. Sebatian tenaga tinggi yang paling penting ialah ATP (adenosine trifosfat). Bila terdapat tenaga, sel membuat ATP dengan menambah fosfat kepada

kumpulan ADP. Bila tenaga diperlukan, ATP dipecahkan kepada ADP dan fosfat

1.1.2 Tisu-tisu Tubuh Apakah yang dimaksudkan dengan tisu tubuh? Pernahkah anda dengar

mengenainya? Tisu adalah sekumpulan sel yang telah bersatu untuk menjalankan tugas-tugas yang tertentu. Terdapat empat jenis tisu utama tubuh manusia. Rujuk rajah 1.4

Tisu-tisu utama di dalam tubuh manusia

Tisu E pitelium

Tis u O tot

Tisu S araf

Tisu P engikat

Rajah 1.2: Empat jenis tisu utama di dalam tubuh manusia (a) Tisu Epitelium Terdapat tiga jenis tisu epitelium: (i) Epitelium Turus 24

Epitelium turus terdiri daripada satu lapisan sel sahaja dan berbentuk bulat. Hasil daripada tisu ini adalah kilang-kilang bendalir seperti kilang tiroid, kilang air liur dan kilang mamari (susu). Ianya terdapat juga di bahagian lapisan dalam perut, usus dan setengah dari lapisan saluran pernafasan. Fungsi tisu ini ialah untuk menghasilkan bendalir seperti lendir, bendalir perut, bendalir usus dan lain-lain. Selain daripada itu, tisu ini juga berfungsi untuk menyerap zat-zat makanan di dalam saluran penghadaman. (ii) Epitelium Turus Bersilia Ianya menyerupai epitelium turus, hanya dibezakan dengan bulu-bulu halus di hujung permukaan sel-sel yang dikenali sebagai silia. (berfungsi sebagai lapisan) dan rongga hidung. Silia akan sentiasa bergerak seperti pokok lalang yang ditiup angin. Pergerakkan ini akan menahan debu, kuman dan sebarang bendasing dari memasuki salur darah. Selain dari itu silia juga akan menyapu debu yang telah masuk keluar ke arah farinks. Tisu ini juga boleh didapati di lapisan dalam saluran fallopian dan di salur lengkar sperma. Fungsi tisu ini di saluran fallopian adalah untuk membantu pergerakan ovum dari ovari ke rahim, manakala di salur lengkar sperma pula ia membantu pergerakan sperma dari tempat penghasilannya iaitu buah zakar ke arah zakar. (iii) Epitelium Leper Terdapat dua jenis epitelium leper: Epitelium Leper Biasa Terdiri daripada satu lapisan sahaja dan dibentuk dari sel-sel leper dan nipis seperti sisik ikan. Tisu ini membentuk struktur lapisan salur darah, salur limfatika, selaput paru-paru, selaput selom dan selaput jantung. Selain daripada itu, gelembung tenggorok di dalam paruparu juga dibentuk daripada tisu ini. Epitelium Leper Berlapisan Tisu ini berlapisan di antara satu sama lain. Lapisan atasnya berbentuk leper manakala lapisan bawahnya pula berbentuk bulat. 25 Epitelium turus bersilia boleh didapati di bahagian-bahagian seperti saluran pernafasan

Terdapat sebanyak 12 lapisan atau lebih. Fungsi tisu ini adalah sebagai perlindungan. Ianya boleh didapati pada lapisan kulit luar (epidermis), selaput lapisan di mulut, farinks, kerongkong, faraj dan sesetengah bahagian salur kencing. Fungsi utama tisu epitelium: Perlindungan membentuk kulit luar, lapisan dalam mulut, farinks, faraj, pundi kencing, selaput paru-paru dan selaput selom. (b) Tisu Otot Penghasilan bendalir lapisan dalam perut dan usus. Penyerapan lapisan dalam usus. Pergerakan lapisan salur udara.

Rajah Rajah 1.3 : Jenis-jenis Tisu Terdapat tiga jenis tisu otot: (i) Tisu otot terkawal Terlekat pada semua rangka tulang di mana pergerakannya boleh dikawal dengan kuasa otak (kemahuan). Ia terbina daripada sel-sel otot (fiber otot) yang berbentuk silinder. Terkawal melalui sistem saraf dan penguncupan berubah

26

Rajah 1.4 : Tisu otot terkawal

(ii)

Tisu otot luar kawal Dikenali juga sebagai otot tanpa jalur atau otot licin. Luar kawalan - sistem saraf, ada perentak dan penguncupan otot perlahan Terdapat di dalam organ seperti perut, usus, salur darah, pundi kencing, rahim dan lain-lain. Gerakannya tidak dapat dikawal oleh kemahuan (gerakan pantulan). Berbentuk bujur telur dan tidak panjang seperti tisu otot terkawal. Dalam setiap sel terdapat satu nukleus yang terletak di tengah-tengah sel.

Rajah 1.5: Tisu otot luar kawal

(iii)

Tisu otot jantung Terdiri daripada jenis otot luar kawal. Terdapat hanya di jantung sahaja. Mempunyai fiber yang bercabang dan sarkoplasmanya menunjukkan jalur-jalur yang tidak begitu nyata. Mempunyai kuasa penguncupan berirama, berlaku secara automatik, tanpa pengaliran utusan sarafnya.

Rajah 1.6: Tisu otot jantung

27

Ciri-ciri tisu otot; Penguncupan berlaku apabila tisu otot menjadi tebal dan pendek. Berelastik tisu otot berupaya diregangkan dan kembali ke saiz asalnya. Lesu tisu otot menjadi lesu setelah melakukan penguncupan beberapa kali, ia perlu berehat seketika sehingga bekalan oksigen dan glukos yang baru di bawa oleh aliran darah kepadanya. Kemudian tisu otot boleh menguncup semula. Kesegaran otot tisu otot akan sentiasa berada dalam keadaan separun kuncup dalam keadaan rehat. Ini membolehkannya menguncup dengan segera tanpa membuang masa.

(c) Tisu Saraf

Rajah 1.7 : Tisu saraf

Tisu saraf terbentuk oleh neuron. Neuron terdiri daripada: (i) (ii) Badan sel; dan Fiber (gentian) terbahagi kepada dua iaitu dendrit dan akson.

Sel saraf tidak boleh membiak seperti sel tubuh yang lain. Jika sel tersebut rosak atau musnah, ia tidak dapat diperbaiki. Walau bagaimanapun, jika ia rosak atau separuh musnah, sel tersebut masih boleh dipulihkan. Pada otak dan saraf tunjang, sel saraf berbentuk jirim kelabu, manakala fiber saraf pula berbentuk jirim putih. 28

Fungsi utama Neuron: Gerak balas terhadap rangsangan (penggalak); dan Pengaliran rangsang saraf melalui fiber-fiber neuron kepada struktur-struktur lain. Sel neuroglia juga adalah jenis tisu saraf. Berfungsi sebagai tisu pengikat kepada sistem saraf dan melindungi sel-sel neuron daripada serangan bakteria.

Rajah 1.8: Tisu saraf

(d) Tisu pengikat Tisu pengikat dikenali juga sebagai tisu pengantara. Tisu pengikat merupakan tisu yang paling banyak berbanding tisu-tisu lain pada badan. Tugas tisu ini adalah sebagai penyangga dan mengikat struktur-struktur dalam tubuh. Tisu perantara terdiri daripada: (i) Tisu berfiber Terdapat dua jenis fiber: Fiber elastik fiber ini boleh diregangkan. Fiber ini boleh didapati pada dinding salur darah terutamanya pada salur nadi, cabang tenggorok dan gelembung tenggorok. 29

Fiber tak elastik terdapat pada tendon, ligamen, dura mater yang melitupi otak, fascia otot dan penutup berfiber yang melitupi pelbagai organ.

Rajah 1.9: Tisu berfiber

(ii)

Tisu areolar Terdiri daripada fiber elastik dan fiber tak elastik. Terdapat banyak ruang halus pada tisu ini. Tisu ini terdapat pada seluruh tubuh badan terutamanya di bawah kulit tubuh, di sekeliling salur darah dan urat saraf dan juga pada semua selaput lendir (mukosa).

(iii)

Tisu adipos Hampir serupa dengan tisu areolar cuma tisu ini dipenuhi oleh sel-sel lemak. Tisu adipos ini terletak di bawah kulit tubuh, mengelilingi jantung dan buah pinggang. Fungsi tisu ini adalah sebagai penyangga, perlindungan, penebatan dan juga sebagai stor penyimpanan bahan makanan kepada tubuh.

Rajah 1.10: Tisu adipos

30

(iv)

Tisu limfatik Terdiri daripada tisu fiber dan tisu areolar. Di dalam tisu ini terdapat berjutajuta sel limfatik. Fungsi utamanya adalah untuk menghasilkan sel limfatik, sel plasma darah dan monosit (sejenis sel darah putih). Tisu ini juga memainkan peranan penting dalam serangan bakteria dalam tubuh. Organ tubuh seperti kura, tonsil, kilang limfatik dan tompok Peyer pada usus kecil dibentuk oleh tisu limfatik.

(v)

Tisu rawan Tisu ini sangat liat dan kuat. Hampir kesemua tulang berasal dari rawan dan kemudian diganti oleh tisu tulang. Terdapat tiga jenis tisu rawan iaitu: Rawan-fiber Rawan ini membentuk piring rawan yang terletak di antara satu tulang ruas belakang dengan yang lain. Selain itu, ia juga membentuk rawan separuh bulat di sendi lutut dan sendi tulang simfisisis pubis. Rawan elastik Fiber-fiber elastik yang terdapat pada rawan ini membentuk rawan pinna (cuping telinga) dan di tudung tenggorok. Rawan hialin Rupa bentuk rawan ini licin dan berkilat seperti kaca. Ianya melitupi hujung tulang sendi. Selain itu, ia juga membentuk dinding rawan salur nafas dan rawan rusuk.

(vi)

Tisu tulang Merupakan tisu perantara yang paling kuat dalam tubuh manusia. Tisu tulang terbina daripada bahan organan dan bahan bukan organan.

(vii)

Tisu darah Terdiri daripada sel darah dan plasma yang mengandungi bahan terlarut. Sel darah menyumbang 45% daripada isi padu darah, manakala plasma pula menyumbangkan 55%.

31

Tajuk 3 Sinopsis

SISTEM SARAF

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi tisu neural, sistem saraf pusat, sistem saraf pinggir, sensori dan laluan motor, sistem saraf autonomik dan fungsi sensori. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Membincangkan terminologi dalam sistem saraf 2. Membezakan antara sistem saraf simpatetik dan parasimpatetik 3. Menjelaskan fungsi sensori deria umum keseimbangan dan pendengaran Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Sistem Saraf

Tisu Neural

Sistem Saraf Pusat

Sistem Saraf Pinggir

Sensori Laluan Motor

Sistem Saraf Autonomik

Fungsi Sensori

3.0 Sistem Saraf 3.1 Pengenalan Kawalan tubuh dan jaringan komunikasi adalah berpusat di sistem saraf. Tiga fungsi utama sistem saraf adalah untuk deria (sensori), integrasi dan motor. Deria (sensori) bertugas untuk mengesan perubahan di dalam tubuh dan persekitaran luar. Integrasi pula bertindak untuk mentafsir perubahan dan motor memberi respon kepada tafsiran di dalam bentuk kontraksi otot atau rembesan kelenjar.

32

Rajah 1.11 : Sistem Saraf

Rajah 1.12 : Kawalan Sistem Saraf

3.2

Struktur dan Fungsinya Menurut segi anatomi, sistem saraf dibahagi kepada dua bahagian utama. Bahagian pertama dikenali sebagai sistem saraf pusat dan kedua adalah sistem saraf periferi. Organisasi sistem saraf sangat kompleks. Namun begitu, organisasi sistem saraf yang 33

kompleks ini hanya mempunyai dua jenis sel iaitu neuron dan neuroglia. Neuron terbahagi kepada tiga bahagian: badan sel, dendrit dan akson. Badan sel mengandungi nukleus dan neukloleus yang dikelilingi oleh sitoplasma. Badan sel berfungsi melakukan proses sintesis bahan-bahan yang diperlukan oleh sel saraf. Dendrit terbina daripada sitoplasma badan sel yang memanjang dan kelihatan bercabang-cabang. Dendrit bertugas untuk menghantar impuls ke badan sel. Akson adalah satu cuaran yang panjang, nipis dan mengkhusus. Akson bertindak sebagai pembawa impuls dari badan sel ke neuron atau tisu lain. Akson mempunyai panjang yang berbeza mengikut tempat ia berada. Akson boleh sepanjang 1mm di otak hingga ke 1m atau lebih di antara korda spina ke jari kaki. Terdapat akson yang diseliputi oleh mielin. Sarung mielin berfungsi adalah untuk meningkatkan kelajuan perjalanan impuls. Sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai neurotransmiter terhasil di hujung saraf apabila neuron menerima rangsangan fizikal atau kimia. Reseptor akan menerima neurotransmiter yang menyebabkan berlaku perubahan elektrik dan mencetuskan potensial aksi.

Rajah 1.13: Struktur satu neuron. Anak panah menunjukkan arah penjalaran impuls

34

3.2.1

Sistem Saraf Pusat

Merupakan pusat kawalan seluruh sistem. Kawalan seluruh sistem ini terdiri daripada otak dan korda spina. Sistem saraf pusat menerima semua kederiaan tubuh melalui reseptor. Apabila sistem saraf pusat menerima maklumat kederiaan, ia akan ditafsir untuk menentukan tindakan yang perlu diambil. Rangsangan otot untuk berkontraksi dan rangsangan kelenjar untuk merembes juga dilakukan oleh sistem saraf pusat. 3.2.2 Sistem Saraf Periferi

Merupakan saraf yang berhubungan antara otak dan korda spina dengan reseptor, otot dan kelenjar. Boleh dibahagikan kepada dua iaitu sistem aferen dan sistem eferen. Di dalam sistem aferen terdapat sel saraf yang berfungsi untuk membawa maklumat dari reseptor di periferi tubuh ke sistem saraf pusat. Manakala sistem eferen pula mempunyai sel saraf yang membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot dan kelenjar. Sistem eferen terbahagi lagi kepada dua bahagian iaitu sistem saraf somatik dan sistem saraf autonomik. Sistem saraf somatik mempunyai neuron eferen yang bertugas membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot rangka. dianggap sebagai bersifat voluntari dan boleh dikawal. Sistem saraf autonomik pula mengandungi neuron eferen yang membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot licin, otot jantung dan kelenjar. Sistem saraf autonomik dianggap tidak voluntari dan di luar kawal. Kemudian, sistem saraf autonomik pula terbahagi kepada dua iaitu sistem saraf simpatetik dan sistem saraf parasimpatetik. Sistem saraf somatik

35

Rajah 1.14

Sistem saraf Simpatetik dan Parasimpatetik

36

3.3

Organisasi Sistem Saraf

Organisasi sistem saraf terbahagi kepada tiga iaitu otak, korda spina dan saraf. 3.3.1 Otak

Otak merupakan satu organ yang paling penting di dalam tubuh manusia. Otak dianggarkan mempunyai berat kira-kira 1.5kg bagi orang dewasa. Otak terletak di dalam rongga kranium dan merupakan sebahagian sistem saraf pusat. Tisu saraf yang berada di otak adalah lembut, berwarna kelabu dan putih dan berada di dalam tengkorak. Otak terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu medula oblongata, pons dan otak tengah), diensefalon (talamus dan hipotalamus), serebrum dan serebelum.

Medula oblongata

Berhubung dengan korda spina. Mempunayi panjang kira-kira 3cm dan dipisahkan dari pons oleh alur horizontal.

Terbina dan putih.

dari

jirim

putih

dan

pembentukan jaringan jirim kelabu Pada bahagian posterior bawahnya terdapat dua nukleus di setiap sisi yang dikenali sebagai nukleus grasilis Pons dan kuneatus. Terletak di atas medula. Pons mengandungi jirim putih dan nukleus. Nukleus saraf kranial ke 5 hingga ke 8 dan nukleus pernafasan berada di Otak tengah pons. Terletak di atas pons dan di bawah diensefalon. Dua unjuran iaitu pedunkel di dan serebrum ventralnya. 37 Unjuran ini berhubung dengan terdapat permukaan

serebrum -

selepas

lencongan

ke

anterolateral. Empat tuberkel bulat iaitu dua di atas dan dua di bawah terletak pada permukaan dorsalnya.

Diensefalon Terletak di antara otak tengah dan serebrum. Struktur utamanya adalah talamus dan hipotalamus. Fungsi talamus adalah sebagai stesen pemancar untuk impuls deria, semasa perjalanannya ke korteks serebrum. Talamus merupakan pusat untuk mentafsir impuls deria seperti sakit, suhu, sentuhan dan tekanan. Hipotalamus pula terdiri daripada banyak struktur. Kedudukan hipotalamus adalah di bawah talamus. Hipotalamus berfungsi mengawal suhu tubuh dan aktiviti autonomik organ-organ bahagian dalam. Selain itu, fungsi yang lain adalah mencetuskan reaksi emosi seperti ketakutan dan kemarahan. Di hipotalamus juga terdapat pusat makan, pusat kenyang dan pusat haus.

Serebrum Merupakan bahagian terbesar otak. Ia terbahagi kepada dua hemisfera yang berwarna kelabu. Kedua-dua hemisfera ini dipercayai mengawal aktiviti bagi sebelah tubuh sahaja. Contoh, deria tubuh sebelah kanan dikawal oleh hemisfera kiri dan begitulah sebaliknya. Fungsi serebrum adalah terlalu banyak dan kompleks. Namun secara umum, korteks serebrum terbahagi kepada tiga kawasan. Deria Berfungsi untuk menerima kederiaan dari kulit, otot dan bahagian dalam tubuh. Ia juga menerima impuls dari berbagaibagai deria seperti deria rasa, lihat, hidu, dengar dan sentuh. Motor Berfungsi mengawal atur pergerakan

otot, pertuturan dan sebagainya.

38

Asosiasi

Menghubungkan kawasan motor dan deria melalui traktusnya. Memainkan peranan penting dalam ingatan, emosi, taakulan, personaliti dan kecerdikan.

Serebelum Merupakan bahagian kedua terbesar otak. Memainkan peranan dalam pergerakan separa sedar pada otot rangka. Pergerakan separa sedar penting untuk koordinasi, keseimbangan tubuh dan penetapan kedudukan tubuh.

Rajah 1.15 : Bahagian-bahagian otak

39

3.3.2

Korda spina

Korda spina mempunyai kepanjangan kira-kira 45cm bagi orang dewasa. Kedudukan korda spina adalah bermula dari dasar tengkorak turun ke bahagian servikal, torasik dan seterusnya ke bahagian lumbar atas. Korda spina adalah terdiri daripada segmensegmen dan pada setiap segmen terdapat sepasang ganglion. Pasangan ganglion tersebut ialah ganglion akar dorsal dan ganglion akar ventral. Pada akar dorsal terdapat akson neuron deria yang bertugas untuk membawa maklumat dari periferi ke korda spina. Sementara akar ventral mengandungi akson neuron motor visera dan somatik yang mengawal organ efektor. Saraf spina pula terbentuk daripada gabungan ganglion akar deria dan akar motor. Saraf ini dikelaskan sebagai saraf campuran kerana mempunyai kedua-dua serat aferen dan eferen.

Rajah 1.16 : Korda spina

40

3.4

Sistem Saraf Autonomik

Merupakan sistem saraf di luar kawalan. Ia juga bertanggungjawab terhadap kawalan otot bebas dan kilang di dalam tubuh. Sistem ini terbahagi kepada dua iaitu: 3.4.1 Sistem saraf simpatetik Terbina daripada dua rantai ganglion saraf yang terletak di tiap-tiap sisi di hadapan vertebra. Semua komponen yang berada dalam sistem saraf simpatetik berhubung dengan saraf tunjang. Antara rangkaian-rangakaian penting yang terhasil daripada ganglion simpatetik adalah: Rangkaian saraf jantung membekalkan jantung dan paru-paru. Rangkaian saraf siliaka membekalkan perut usus, organ-organ di Rangkaian saraf hipogastrik membekalkan organ-organ di dalam

dalam abdomen serta kilang adrenal. ruang pelvis. 3.4.2 Sistem saraf parasimpatetik Sistem ini terbina daripada dua bahagian seperti berikut: Bahagian kranium Terdiri daripada ganglion yang didapati di beberapa bahagian otak serta gentian saraf yang terkandung di dalam urat saraf otak. Bahagian sakrum Terdiri daripada ganglion yang didapati di beberapa bahagian korda spina. Sistem ini membekalkan sebahagian daripada usus besar serta organ di dalam pelvis iaitu usus hujung, pundi kencing dan organ pembiakan.

41

Rajah 1.17 : Skema tapak laluan impuls saraf

Rajah 1.18 : Skema sistem saraf

42

Rajah 1.19 : Fungsi saraf pusat dan saraf periferi

3.4

Perjalanan Impul Tindakan pantulan atau impuls adalah suatu tindak balas automatik yang berlaku dengan cepat tanpa difikirkan terlebih dahulu. Tindakan impuls adalah tindak balas motor terhadap rangsangan deria. Terdapat beberapa struktur yang membawa kepada tindakan impuls membentuk lengkok impuls yang terbina daripada bahagian-bahagian berikut: (a) Organ deria, contohnya kulit tubuh ataupun hujung gentian saraf yang didapati di tendon, otot atau lain-lain binaan. (b) Saraf deria atau saraf penghantar yang membawa rangsang deria tersebut melalui bahagian saraf deria yang terkandung di dalam saraf pinggir kepada saraf tunjang. (c) Saraf tunjang dan neuron gegantinya. (d) Saraf motor atau saraf pengeluar yang membawa utusan motor melalui bahagian saraf motor di dalam saraf pinggir kepada organ motor seperti otot atau kilang.

43

(e) Organ motor seperti otot atau kilang, yang bertindak balas terhadap utusan motor tersebut.

Boleh dikatakan di sini bahawa tindakan pantulan atau refleks (impuls) adalah gerakan perlindungan yang membenarkan tindak balas motor berlaku dengan sangat cepat. Di bawah adalah beberapa contoh impuls: Bahagian Sistem Saraf Pusat Bahagian Sistem Saraf Autonomi Menarik tangan dengan segera Air liur akan terhasil dengan lebih apabila terkena benda tajam atau panas. dengan alat pemukul sendi di atas tendon tempurung lutut. Tapak kaki yang digarit dengan benda yang tumpul seperti kayu akan menyebabkan atau ibu jari membengkok ke bawah. Tersedak terbatuk terhasil apabila seseorang meminum dalam keadaan gopoh. Kadangkala ada juga impuls yang boleh dikawal. Bagi bayi dan kanak-kanak kecil, buang air besar dan buang air kecil merupakan impuls yang tidak boleh dikawal. Namun, bagi orang dewasa, gerakan-gerakan tersebut boleh dikawal. Tetapi jika berlaku kecederaan pada otak, ia akan merosakkan kuasa pengawalan pusat tinggi dan menyebabkan seseorang individu tidak dapat lagi mengawal gerakan buang air besar dan buang air kecil. Jalaran impuls atau jalaran saraf motor bermula di pusat motor di frontal serebrum. Akson sel saraf di pusat motor menjalar di dalam jirim putih otak dan di pangkal otak. Pada medula oblongata, jalaran ini melintas ke sebelah yang lain dan turun ke bawah jirim putih sisi luar saraf tunjang sebagai jalaran piramid. Di laras tertentu, fiber saraf ini akan keluar dari jalaran piramid dan tamat di keliling saraf di depan jirim kelabu saraf tunjang. Kemudian sel depan saraf tunjang membawa utusan tersebut melalui akar saraf depan iaitu saraf depan otot tertentu. banyak jika terhidu atau ternampak makanan yang lazat. Anak mata mengecil apabila cahaya terang dan membesar apabila cahaya gelap.

Sentakan sendi lutut apabila dipukul Impuls anak mata terhadap cahaya.

44

Bahagian neuron motor atas terbentuk daripada badan sel saraf di pusat motor serebrum serta aksonnya yang turun sehingga ke sel saraf di depan saraf tunjang. Bahagian neuron motor bawah pula terbentuk daripada badan sel saraf di pusat motor serebrum tunjang serta aksonnya yang membekalkan otot tubuh. Kedudukan fiber motor yang melintas di bahagian medula oblongata menyebabkan pusat motor di sebelah bahagian otak mengawal otot tubuh di sebelah yang lain.

Rajah 1.19 : Perjalanan saraf motor dan saraf deria dalam jirim putih saraf tunjang

45

Tajuk 4
Sinopsis

SISTEM ENDOKRIN

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi struktur dan fungsi hormon, kelenjar sistem endokrina dan cara interaksi hormon. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menjelaskan struktur dan fungsi hormon dalam Sistem Endokrina 2. Menjelaskan cara interaksi hormon

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Sistem Endokrina

Struktur

Fungsi Hormon

Cara interaksi

46

4.0 4.1

Sistem Endokrina Pengenalan Sistem endokrin menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan sebagai hormon. Sistem pengaliran darah bertanggungjawab untuk membawa hormon ke seluruh tubuh.

4.2

Fungsi dan Ciri-ciri Hormon Hormon yang dihasilkan oleh sistem endokrin mempunyai kesan yang banyak dan berbeza-beza. Walaupun begitu, terdapat empat fungsi utama yang dilakukan oleh hormon: (a) Fungsi pertama adalah menolong mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur kandungan kimia dan isi padunya di dalam tubuh badan; (b) Kedua, membantu tubuh dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan jangkitan, trauma, stres, pendehidratan, kebuluran, pendarahan dan perubahan suhu yang melampau; (c) Ketiga, memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh; dan (d) Keempat, memainkan peranan dalam pembentukan gamet, persenyawaan, pemakanan kepada embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanan kepada anak yang baru lahir. Hormon-hormon yang dirembeskan pada tisu perantara bertindak ke atas sel-sel sasaran di merata tubuh. Sistem endokrin mempunyai kesan yang perlahan tetapi berpanjangan dan lebih merata. Sel-sel sistem endokrin bertugas dengan mensintesis dan merembeskan hormon. Kelenjar endokrin terbina apabila sel-sel endokrin berkumpul. Hasil yang didapati dari kelenjar endokrin akan dirembeskan terus ke dalam tisu perantara. Kelenjarkelenjar endokrin yang terdapat di dalam sistem tubuh terdiri daripada kelenjar pituitari, tiroid, paratiroid, adrenal, pineal dan timus. Terdapat juga sel endokrin yang berkumpul di dalam organ tubuh badan seperti pankreas, ovari, testis, ginjal, hepar, trek gastrousus, plasenta dan otot jantung.

47

Rajah 3.1: Sistem Endokrin

Kelenjar Endokrin Utama Kelenjar-kelenjar utama pada sistem endokrin adalah kelenjar pituitari, tiroid, paratiroid, adrenal, pineal dan timus. 4.3.1 Kelenjar pituitari Digelar sebagai kelenjar induk kerana dapat menghasilkan banyak Bergaris pusat hanya 1.3cm sahaja dan berbentuk bulat; Dibahagikan kepada dua lobus: lobus anterior dan lobus posterior; Lobus anterior mewakili 75% daripada berat kelenjar pituitari; dan Kedua-dua lobus ini mengeluarkan beberapa hormon di dalam tubuh. hormon dan mengawal aktiviti tubuh;

Lobus anterior

Lobus posterior

Hormon pertumbuhan mengawal Hormon antidiuretik mengatur tumbesaran tubuh. jumlah air yang dikumuhkan Hormon tirotropik mengawal melalui ginjal. aktiviti kelenjar tiroid dalam Hormon oksitosik meransang menghasilkan tiroksin. pengecutan uterus sewaktu Hormon adrenokortikotropik melahirkan bayi dan mengawal aktiviti suprarenal pengeluaran air susu sewaktu 48

dalam menghasilkan kortisol dari korteks kelenjar suprarenal. Hormon gonadotrofik: a) Hormon perangsang folikel merangsang perkembangan folikel Graafian dalam ovari dan pembentukan spermatozoa dalam testis. b) Hormon luteinising mengawal rembesan estrogen dan progesteron dalam ovari dan testosteron dalam testis. c) Hormon prolaktin mengawal rembesan air susu dan mengekalkan bekalan korpus luteum semasa kehamilan.

menyusukan bayi.

Rajah 3.2: Skema kelenjar pituitari dan lobus-lobusnya

49

4.3.2

Kelenjar tiroid Terletak di bahagian depan leher, anterior dan lateral terhadap larinks dan trakea; Kelenjar tiroid kaya dengan bekalan darah; Sel kelenjar tiroid merembeskan koloid tiroid yang mengandungi sebatian iodin; Kelenjar tiroid berfungsi dalam mengatur susunan kimia tisu dan sebagai perangsang proses pengoksidaan; Secara tidak langsung kelenjar tiroid mengatur pengeluaran karbon dioksida; dan Terdapat dua keadaan dalam kelenjar tiroid iaitu hiperembesan dan hiporembesan.

Hiporembesan Berlakunya kretinisme iaitu kekurangan rembesan pada waktu bayi mengakibatkan pertumbuhan mental dan fizikal terencat. Bagi golongan dewasa, keadaan ini menyebabkan miksedema di mana proses metabolik sangat perlahan dan cenderung untuk menjadi gemuk, pergerakan lembap, kulit menjadi tebal dan kering, rambut gugur dan menjadi jarang, suhu badan di bawah normal dan denyut nadi perlahan.

Hiperembesan Kadar metabolisme menjadi tinggi dan suhu badan lebih tinggi daripada normal. Pada keadaan ini, pesakit kehilangan berat badan, gelisah dan mudah marah, kadar denyutan nadi naik, output jantung bertambah dan mengalami simptom kardiovaskular seperti fibrilasi atrium dan kegagalan jantung.

50

Rajah 3.3: Anterior kelenjar tiroid

51

4.3.3

Kelenjar Paratiroid Terbina daripada tisu yang kecil dan bulat dan dilapisi oleh fasia pratrakea berserta dengan kelenjar tiroid; Hormon tulang; Dua keadaan pada kelenjar paratiroid adalah paratiroid yang dikeluarkan berfungsi untuk mengatur metabolisma kalsium dan mengawal jumlah kalsium di dalam darah dan

Hipoparatiroidisma Kekurangan kalsium dalam kandungan darah. Keadaan ini menyebabkan keadaan seperti tetanus iaitu gejala kekejangan otot dan konvulsi terutamanya pada tangan dan kaki yang dikenali sebagai karpopedal spasma. Gejala di atas dapat diredakan dengan memberikan kalsium dalam kadar segera.

Hiperparatiroidisma Aktiviti kelenjar yang berlebihan berkaitan dengan pembesaran (tumor) kelenjar. Pengagihan kalsium terganggu di mana kalsium dikeluarkan semula dari tulang dan dimasukkan kembali ke serum darah. Ini akan menyebabkan penyakit tulang di mana bahagian tulang menjadi nipis. Kegagalan ginjal juga boleh berlaku jika kalsium terbina di dalam ginjal.

Rajah 3.4: Empat kelenjar paratiroid

52

4.3.4

Kelenjar timus Terletak dalam toraks; Berwarna kemerah-merahan dan terdiri daripada dua lobus; Saiznya sangat kecil dengan berat kira-kira 10 gram bagi bayi yang baru lahir; Beratnya bertambah kepada 30 hingga 40 gram pada waktu remaja dan kemudian ia mengecut semula; dan Kelenjar timus berkaitan dengan penghasilan antibodi.Kelenjar adrenal Terletak di bahagian atas setiap ginjal. Mengandungi darah yang banyak dan dilapisi dengan kapsul berserat. Kelenjar adrenal bahagian korteks mengeluarkan kortisol dan bahagian Rembesan akan menjadi banyak apabila berada dalam keadaan marah Keadaan ini menyebabkan tekanan darah naik dalam usaha melawan kejutan

medula menghasilkan adrenalin dan noradrenalin. atau takut, asfiksia dan kelaparan. yang disebabkan oleh situasi ini.

Rajah 3.5: Kedudukan kelenjar timus

53

Korteks adrenal Terbahagi kepada tiga zon. Zon pertama adalah glomerulosa menghasilkan rembesan mineralo- kortikoid. Zon tengah pula dikenali sebagai zon fasikulata dan merembeskan hormon glukokortikoid. Zon dalam dipanggil zon retikularis dan merembeskan hormon androgen.

Medula adrenal Mempunyai sel-sel kromafin yang menghasilkan hormon. Rembesan hormon dikawal oleh sistem saraf autonomik. 80% daripada rembesan medula adalah adrenalin dan ianya bersifat lebih poten daripada noradrenalin.

Rajah 3.6: Kelenjar suprarenal kanan dan kiri

4.3.5

Kelenjar pineal Terletak pada korpus kalosum dan bersaiz kecil dan berwarna merah. Dilapisi oleh kapsul yang bernama pia mater. Menghasilkan hormon melatonin dan adrenoglomerulotropin. Melatonin boleh merencatkan aktiviti pembiakan dengan cara merencatkan hormon gonadotropik. Sementara adrenoglomerulotropin pula merangsang korteks adrenal untuk merembeskan mineralokortikoid.

54

Rajah 3.7: Kedudukan kelenjar pineal pada otak

4.4 Tindakan Hormon Tindakan hormon ada dua jenis iaitu tindakan positif dan tindakan negatif. Tindakan positif Terdapat hormon yang terhasil dengan mengaktifkan kelenjar yang menghasilkan hormon tersebut. Hasilnya adalah berlawanan dengan tindakan negatif. Dalam tindakan positif, peningkatan sel hormon akan menghasilkan lebih banyak hormon. Contoh peningkatan hormon boleh dilihat pada kontraksi semasa ingin melahir bayi. Tindakan negatif Kekurang hormon akan menyebabkan kelenjar merembes dengan lebih banyak dan tekanan darah akan meningkat. Tindakan negatif berlaku di mana pembuluh-pembuluh akan tertarik semasa rembesan hormon yang banyak dikeluarkan. Boleh dikatakan seperti mengawal kelajuan pada kereta, apabila speedometer menunjukkan kelajuan melampau, kita akan megurangkan kelajuan. Apabila kita sedar kelajuan semakin berkurangan, kita akan menekan pedal minyak untuk menambah kelajuan. Kebanyakan kelenjar mempunyai kepekaan sebegitu untuk memberitahu tentang kelajuan endokrin. Oleh itu, kelenjar-kelenjar ini akan mengeluarkan rembesan yang sesuai untuk menyeimbangkan kandungan hormon dalam darah.

AKTIVITI 3.1
Dapatkan maklumat lanjut mengenai sistem endokrin dengan melayari laman web berikut: www.kumc.edu www.emc.maricopa.edu

55

Tajuk 5 Sinopsis

SISTEM INTEGUMENTARI

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi struktur dan fungsi sistem integumentari. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: . 1. Memerihalkan struktur dan fungsi sistem integumentari Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Sistem Integumentari

Struktur

Fungsi

56

5.0

Kulit Tubuh

Juga dikenali sebagai kutis. Salah satu fungsi tubuh adalah sebagai pembuangan. Peluh adalah bahan kumuh yang dikeluarkan oleh kulit. Kulit mempunyai dua lapisan iaitu epidermis dan dermis. 5.1 Epidermis

Epidermis adalah kulit luar. Ianya terdiri daripada tisu epitelium yang terbahagi kepada dua lapisan: 1. Lapisan bersisik (lapisan Horny) Lapisan paling luar. Sel-sel di bahagian ini leper dan tertekan. Kebanyakan sel-sel ini telah mati dan digantikan oleh sel baru dari janasel. 2. Lapisan janasel Sel di sini berbentuk bulat dan mempunyai nukleus. Sel di sini sentiasa membiak, membentuk sel baru untuk menggantikan sel yang terdapat pada lapisan bersisik. Ketebalan epidermis berbeza mengikut bahagian tubuh. Tapak kaki merupakan kulit yang paling tebal. Warna kulit manusia pula ditentukan oleh kandungan melanin dalam pigmen. 5.2 Dermis Dermis adalah kulit dalam. Mempunyai ketebalan kira-kira 0.25 ke 2.5mm. Ketebalan dermis juga berbeza mengikut kawasan tubuh, di mana ia sangat tebal di tapak tangan dan kaki, manakala sangat nipis di kelopak mata, penis dan skrotum. Antara struktur yang terdapat pada dermis adalah kelenjar peluh. Saiz kilang peluh adalah lebih besar di tapak tangan, tapak kaki, dahi dan ketiak berbanding di kawasan lain. Salur kilang peluh naik ke atas dan menembusi kulit di mana ia disebut sebagai liang roma atau liang peluh. Peluh sentiasa terhasil, namun ia akan menyejat dengan cepat pada masa rehat dan peluh menjadi tidak begitu nyata. Manakala, apabila peluh terhasil dengan banyak, seperti semasa melakukan aktiviti, penyejatan akan terganggu dan peluh menjadi nyata dan disebut sebagai perpeluhan nyata. Terdapat dua kelenjar peluh iaitu: 57

(i)

Kelenjar peluh ekrin (merokrin) Jumlah kelenjar peluh ekrin adalah banyak. Ia boleh didapati di seluruh kulit terutamanya di tapak tangan dan tapak kaki. Ia berfungsi sepanjang hidup dan menghasilkan rembesan yang lebih berair.

(ii)

Kelenjar peluh apokrin Kelenjar apokrin terletak di ketiak, bahagian pubik dan kawasan berpigmen buah dada (areola). Apabila manusia mencapai akil baligh, maka kelenjar ini akan berfungsi dengan mengeluarkan rembesan yang tidak berbau. Namun, rembesan akan terurai oleh mikrob permukaan kulit dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Rajah 3.18: Skema kulit dan struktur di dalamnya

58

Rajah : Folikel Rambut

Rajah

Kuku

59

Rajah :

Regulasi Suhu Badan

60

Tajuk 6 Sinopsis

SISTEM RESPIRASI

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengenalan dan fungsi sistem respirasi,pengurusan sistem respirasi, fisiologi respirasi, kawalan respirasi dan sistem respirasi dan umur. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menjelaskan sistem respirasi dan fungsinya 2. Memerihalkan pengurusan sistem respirasi dan fisiologi respirasi 3. Menjelaskan kawalan respirasi dan hubungan sistem respirasi dengan umur Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Sistem Respirasi

Pengenalan

Fungsi sistem

Fisiologi respirasi

Kawalan respirasi

Sistem Respirasi dan umur

61

6.0

Sistem respirasi

Untuk menjalankan aktiviti, setiap sel memerlukan oksigen. Hasil akhir daripada aktiviti sel adalah karbon dioksida. Sebelum ini, kita telah belajar mengenai sistem kardiovaskular. Untuk pengetahuan anda, dua sistem yang terlibat dalam proses mengangkut oksigen dan proses mengeluarkan karbon dioksida adalah sistem kardiovaskular dan sistem pernafasan.

Rajah 1.21 : Anatomi Sistemrespirasi

6.1 Jenis-jenis Respirasi Dalam fisiologi pernafasan, terdapat dua jenis pernafasan. Jenis pertama adalah pernafasan melalui paru-paru atau pernafasan eksternal. Jenis yang kedua pula adalah pernafasan tisu atau pernafasan internal. 6.1.1 Pernafasan Eksternal Pertukaran oksigen dan karbon dioksida adalah berlaku di paru-paru. Semasa bernafas, oksigen akan disalurkan melalui hidung dan mulut. Oksigen ini akan melalui trakea dan tiub bronkial ke alveoli. Proses ini mempunyai kaitan rapat dengan darah dalam kapilari pulmonari. 62

Membran alveolar-kapilari merupakan satu-satunya lapisan yang memisahkan oksigen dari darah. Bagaimanakah membran ini memisahkan oksigen dari darah? Oksigen akan menembusi membran ini dan hemoglobin sel darah merah akan membawa oksigen tersebut ke jantung. Kemudian, darah akan dipam ke seluruh tubuh melalui arteri. Pada keadaan ini, darah yang keluar dari paru-paru mempunyai tekanan oksigen 100mmHg. Pada ketika ini juga, bacaan hemoglobin adalah 95% tepu oksigen. Karbon dioksida yang terhasil akan menembusi aveolar-kapilari dari kapilari darah, kemudian melalui tiub bronkial dan trakea seterusnya dihembus keluar melalui hidung dan mulut. Pernafasan eksternal mempunyai empat proses. Proses-proses tersebut adalah: (i) (ii) (iii) (iv) Ventilasi pulmonari menggantikan udara dalam alveoli dengan udara luar; Aliran darah melalui paru-paru; Pengagihan aliran udara dan aliran darah sedemikian sehingga jumlah tepat dari setiapnya dapat sampai ke semua bahagian tubuh; dan Penggabungan gas yang menembusi membran pemisah alveolar kapilari. Karbon dioksida lebih mudah bergabung dengan darah berbanding oksigen. Semasa melakukan aktiviti senaman, darah yang datang ke paru-paru mengandungi lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen. Justeru itu, karbon dioksida itu tidak dapat dikumuhkan, maka pengecutan dalam arteri darah bertambah. Hal ini akan merangsang pusat pernafasan dalam otak untuk mempercepat dan memperdalamkan pernafasan. Dengan ini, karbon dioksida dapat dikumuh dan paruparu dapat mengambil oksigen dengan lebih banyak.

63

6.1.2

Pernafasan Internal Pernafasan internal berlaku pada semua tisu tubuh. Darah yang sampai di kapilari bergerak dengan lambat. Darah tersebut juga hemoglobinnya tepu dengan oksigen. Pengoksigenan akan berlaku apabila sel tisu mengambil oksigen dari hemoglobin dan hasilnya adalah karbon dioksida.

Rajah 2.7: Pernafasan Eksternal dan Internal

6.2

Komponen dan Fungsi Sistem Respiratori

Sistem pernafasan terjadi dengan adanya organ-organ tertentu. Organ-organ yang terlibat di dalam sistem pernafasan adalah hidung, farinks, larinks, trakea, bronkus dan paru-paru.

64

Rajah 2.8: Sistem Pernafasan

Rajah 2.9: Larinks, Trakea dan Bronkus

65

Organ Hidung Bahagian hidung boleh terbahagi kepada dua iaitu bahagian internal dan bahagian eksternal. Bahagian eksternal terletak pada permukaan muka. Ia terbentuk daripada tulang dan rawan yang berbentuk rangka penyokong. Rangka hidung ini dilitupi oleh kulit di bahagian luar dan membran mukus di lapisan dalamnya. Lubang hidung atau nares eksternal adalah dua bukaan yang terdapat di bawah hidung eksternal. Bahagian internal pula terletak di atas mulut dan di antara dua kaviti orbit. Septum hidung membahagi hidung kepada bahagian kanan dan kiri. Membran mukus yang melapisi kaviti hidung dipenuhi dengan pembuluh darah. Dikenali juga sebagai tekak. Mempunyai kira-kira 12 hingga 13 cm panjang tiub berotot. Merupakan satu salur yang bermula dari dasar tengkorak dan tamat di belakang peti suara di aras vertebra leher keenam. Bahagian paling atas farinks dikenali sebagai nasofarinks. Bahagian tengah pula dikenali sebagai orofarinks dan bahagian paling bawah dikenali sebagai laringofarinks. Juga dikenali sebagai peti suara. Merupakan laluan pendek yang menghubungkan laringofarinks dengan trakea. Terdapat beberapa tulang rawan di larinks. Tiga daripada tulang rawan ini tidak berpasangan dan tiga lagi

Fungsi Bulu hidung menapis debu dan mikroorganisma dari udara yang masuk. Lapisan mukus pula memerangkap debu dan mikroorganisma. Membran mukus menerima bekalan darah yang banyak dan berfungsi untuk mengawal udara yang masuk menjadi hampir sama dengan suhu badan dan melembapkannya. Untuk membau kerana terdapat reseptor bau di bahagian atas hidung. Membantu menghasilkan bunyi dengungan (fonasi).

Farinks

Menyediakan laluan bagi keluar masuk udara dan juga makanan dan minuman. Menyediakan ruang dengungan (resonasi) untuk bunyi percakapan. Memberi perlindungan daripada mikroorganisma yang masuk bersama udara, makanan dan minuman.

Larinks

Penghasilan suara. Laluan udara. Menghalang kemasukan bahan asing ke trek pernafasan bawah melalui lipatan-lipatan epiglotis dan vokal.

Trakea Bronkus

Paru-paru

berpasangan. Rawan yang berpasangan adalah aritenoid, kornikulat dan kuneiform. Manakala rawan yang tidak berpasangan adalah tiroid, epiglotis dan krikoid. Merupakan satu salur berukuran 12cm panjang. Terbentuk daripada rawanrawan yang berbentuk C. Permukaan belakang salur dilapisi dengan selaput. Otot bebas terdapat di ruang antara rawan-rawan. Trakea akan bercabang dan membentuk bronkus kiri dan kanan. Dilapisi oleh tisu epitelium. Bronkus kanan lebih pendek dan lebar daripada bronkus kiri. Bronkus kiri lebih panjang dan nipis. Terdapat banyak pencabangan pada bronkus dan membentuk seperti batang pokok dan sering dirujuk sebagai pepokok bronkus. Berbentuk kon dan berpasangan. Jantung dan struktur lain memisahkan paru-paru dari pasangannya. Paru-paru kiri mempunyai dua lobus, manakala paru-paru kanan tiga lobus. Dikelilingi oleh dua membran serosa yang dipanggil sebagai pleura.

Menyediakan tempat laluan bagi udara yang masuk dan keluar.

Menyediakan tempat laluan bagi pengagihan keluar dan masuk udara.

Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.

SEMAK KENDIRI 2.1


(a) (b) Nyatakan fungsi sistem pernafasan. Namakan struktur yang membentuk pernafasan dan huraikan struktur tersebut ringkas. sistem dengan

67

6.3
6.3.1

Mekanisme dan Kawalan Pernafasan Mekanisme pernafasan Mekanisme pernafasan melibatkan dua proses fizikal, iaitu tarikan nafas (inspirasi) dan hembusan nafas (ekspirasi). Mekanisme pernafasan melibatkan otot-otot interkosta (luar dan dalam) dan otot diafragma. Perubahan yang berlaku semasa mekanisme tarikan dan hembusan nafas ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Rajah 1.

Mekanisma Respirasi Inspirasi

Rajah 1.

Mekanisma Respirasi 68 Ekspirasi

Perubahan yang berlaku semasa mekanisme tarikan dan hembusan

Tarikan nafas (inspirasi) Otot interkosta luar mengecut Otot interkosta dalam mengendur Sangkar rusuk tertarik ke atas dan ke luar Otot diafragma mengecut Diafragma menjadi kurang melengkung Pergerakan otot-otot di atas menyebabkan isi padu rongga toraks bertambah dan tekanan udara di dalamnya berkurang Akibatnya udara dari luar masuk ke dalam peparu

Hembusan nafas (ekspirasi) Otot interkosta luar mengendur Otot interkosta dalam mengecut Sangkar rusuk tertarik ke bawah dan ke dalam Otot diafragma mengendur Diafragma melengkung ke atas seperti bentuk kubah Pergerakan otot-otot di atas menyebabkan isi padu rongga toraks berkurang dan tekanan udara di dalamnya bertambah Akibatnya udara dari peparu ditolak ke luar

Apabila kita menarik nafas, otot diafragma akan menguncup sekali gus menjadikan ruang toraks lebih luas. Pada masa ini, juga paru-paru akan mengembung dan menjadikan tekanan udara dalam paru-paru berkurangan. Akibat daripada tindakan itu, udara akan disedut masuk melalui salur udara ke dalam paru-paru. Semasa menghembus nafas, ruang dada menjadi lebih kecil. Ini berlaku kerana otot diafragma naik ke atas dan tulang rusuk ditarik ke bawah oleh otot interkosta dalam. Tekan udara menjadi lebih tinggi di dalam paru-paru dan ini menyebabkan udara berasak keluar dari paru-paru. Terdapat beberapa gerakan pernafasan yang dianggap istimewa kerana ia berbeza daripada gerakan pernafasan biasa. Ia berlaku pada keadaan; (i) (ii) (iii) Mengeluh dan menguap gerakan menarik nafas yang panjang. Batuk dan bersin gerakan menghembus nafas yang terpaksa. Tersedu gerakan menarik nafas dengan mengejut kerana sentakan otot diafragma. Bunyi tersedu terjadi kerana udara dihirup dengan segera melalui pita suara. 6.3.2 Kawalan Pernafasan 69

Dalam sehari kita menarik dan menghembus nafas tanpa henti. Pada setiap satu minit, orang dewasa melakukan gerakan pernafasan sebanyak 16 hingga 18 kali. Ada dua faktor yang mengawal pernafasan iaitu kawalan saraf dan kawalan kimia. (i) Kawalan saraf Sistem saraf mengawal gerakan pernafasan menjadikannya gerakan otomatik. Namun begitu manusia boleh mengawal gerakan pernafasan dengan kuasa kawalan pada jangka masa yang pendek sahaja. Pusat kawalan pernafasan yang terletak di medula oblongata bertanggungjawab menjadikan gerakan pernafasan menjadi gerakan otomatik. Di pusat inilah utusan saraf mengalir melalui gentian-gentian saraf khas dan sampai ke otot diafragma dan ke lain-lain otot pernafasan. (ii) Kawalan kimia Kepekaan pusat kawalan pernafasan terhadap kehadiran karbon dioksida dalam darah adalah sangat tinggi. Pusat kawalan pernafasan akan terangsang apabila penghasilan karbon dioksida bertambah. Ini akan menyebabkan pengaliran utusan pernafasan ke otot-otot pernafasan untuk mempercepatkan dan memanjangkan gerakan pernafasan untuk menyingkirkan karbon dioksida. Secara amnya boleh dikatakan bahawa pusat kawalan pernafasan mengawal atur jumlah karbon dioksida di dalam darah serta menentukan bilangan dan panjangnya sesuatu pernafasan.

70

Tajuk 7 Sinopsis

SISTEM URINARI

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi fungsi dan pengurusan sistem urinari, ginjal, penghantaran, penyimpanan dan pembuangan air kencing dan imbangan cecair, elektrolit dan asid alkalina. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: . 1. Memerihalkan struktur dan fungsi sistem urinari Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Sistem Urinari

Struktur

Fungsi

71

7.0

Pengenalan

Seperti yang telah kita ketahui pada sistem pencernaan, makanan akan dicernakan oleh enzim di dalam trek gastrousus. Makan yang dicerna akan diserap dan sampai ke sel-sel tertentu di dalam badan. Makanan yang tidak serap akan menjadi feses (najis) dan dikeluarkan melalui anus. Bahan buangan atau hasil akhir di bawa keluar bersama dengan air dan karbon dioksida. Karbon dioksida akan dibawa semula ke paru-paru oleh darah dan dikeluarkan melalui proses ekspirasi oleh sistem pernafasan. Sebahagian hasil akhir akan larut di dalam air; dari situlah terjadinya peluh yang kemudiannya dikeluarkan melalui kulit pada sistem integumentari. Sistem urinari adalah laluan bagi sebahagian besar bahan buangan yang mengandungi toksik dan bahan asas. Bahan-bahan buangan ini adalah bercampur dengan air dan dikeluarkan sebagai urin (air kencing). 7.1 7.1.1 Struktur dan Fungsinya Sistem Urinari

Tugas terpenting sistem urinari adalah mengeluarkan bahan buangan dan membantu badan mengekalkan hemeostasis. Hemeostasis dapat dikekalkan dengan mengawal kandungan dan isi padu darah. Sistem urinari mengekalkan homestasis dengan mengeluarkan atau menyimpan isi padu air dan bahan larutan terpilih.

72

Rajah 3.15: Ginjal dan sistem urinari yang berkaitan

Organ-organ di dalam sistem urinari adalah dua ginjal, dua ureter, satu pundi kencing dan satu uretra. 7.1.2 Ginjal seperti biji kacang hijau. Berukuran 10-12cm panjang, 5-7cm lebar dan 2.5cm tebal dan seberat kirakira 140gm bagi orang dewasa. Sempadan luarnya berbentuk cembung dan mempunyai pembukaan di tengahnya yang disebut sebagai hilum. Hilum merupakan pintu masuk dan keluar pembuluh-pembuluh ginjal. Ginjal kanan adalah lebih pendek dan lebih tebal daripada ginjal kiri. Ginjal diselaputi oleh tiga lapisan tisu: 1. 2. 3. Pertama, lapisan dalam adalah kapsul renal atau kapsul sebenar yang terdiri daripada membran berserat nipis; Kedua, lapisan yang dikenali sebagai fasia renal atau kapsul palsu terdiri daripada tisu perantara padat; dan Ketiga, lapisan berlemak yang terletak di antara lapisan dalam dan lapisan luar yang dikenali sebagai lemak perirenal.

Terletak di setiap sisi kolum vertebra, berwarna kemerahan dan berbentuk

73

Rajah 3.16: Struktur di luar dan struktur di dalam ginjal kanan

7.1.3

Ureter Juga dipanggil sebagai salur ginjal. Ureter merupakan tiub yang keluar dari setiap ginjal. Tugas ureter adalah membawa urin ke pundi kencing. Terdiri daripada tiub berotot dan mempunyai panjang kira-kira 25cm panjang. Dua bahagian ureter: 1. Pertama, corong atau pelvis ginjal. Bahagian atas yang kembang berbentuk seperti mangkuk dan dinamakan kaliks. 2. Kedua, salur buah pinggang. Mempunyai panjang lebih kurang 25.4cm. Ia bermula dari hadapan otot belakang abdomen terus ke ruang pelvis benar dan berakhir di permukaan belakang pundi kencing.

Tisu-tisu yang terdapat pada ureter adalah: 1. 2. Tisu berfiber lapisan bahagian luar; Tisu otot bebas lapisan tengah, gerakan peristalsis

bertanggungjawab mengalirkan urin dari ginjal ke pundi kencing; 3. Tisu epitelium peralihan lapisan dalam ureter berfungsi untuk

melindunginya daripada asid urik.

74

7.1.4

Pundi kencing Adalah organ yang berotot dan berongga. Berfungsi untuk menakung air kencing. Ianya berbentuk bulat apabila penuh dan berbentuk leper berlipat-lipat apabila kosong. Pundi kencing mempunyai apeks, dasar dan tiga dinding. Ruang dalam pundi kencing berbentuk segi tiga dan disebut sebagai trigon. Dasar segi tiga menghala ke atas, manakala bahagian puncaknya menghala ke bawah. Trigon mempunyai banyak hujung saraf deria dan sangat peka terhadap perubahan isi padu urin dalam pundi kencing. Otot pundi kencing terdiri daripada otot licin dan bersifat tidak voluntari. Lapisan dalamnya adalah kalis air di mana terbina daripada membran mukus jenis epitelium peralihan. Urin akan disimpan unutk sementara waktu sahaja sehingga ia dikeluarkan melalui uretra. Sebanyak 1 liter urin boleh ditakung oleh pundi kencing. Namun, dalam keadaan luarbiasa ia boleh menakung sebanyak 3 liter urin. Pada keadaan normal, apabila pundi kencing menakung 6 10 liter urin, perasaan hendak kencing akan timbul.

75

7.1.5 1. terletak di sini; 2. dan 3.

Uretra

Rajah 1. : Sistem Urinari Uretra berfungsi untuk membawa keluar urin dari pundi kencing

pada waktu yang sesuai. Ukuran panjang uretra wanita adalah 4cm panjang. Uretra wanita tidak mempunyai prostat dan bahagian spongiosa. Panjang uretra lelaki pula berukuran 20cm panjang. Terdapat tiga bahagian pada uretra lelaki: Bahagian prostat mengeliling uretra, otot pencerut uretra juga

Bahagian membranus uretra yang berlanjutan daripada prostat;

Bahagian spongiosa bahagian yang terdapat di dalam zakar.

SEMAK KENDIRI 7.0


(a) (b) Apakah ginjal? Tahukah kamu akan fungsinya? Nyatakan fungsi sistem urinari.

76

Tajuk 8 Sinopsis

SISTEM PENGHADAMAN

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi struktur dan fungsi sistem penghadaman dan penyerapan. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menjelaskan sistem penghadaman dan fungsinya Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Sistem Penghadaman

Struktur

Fungsi

8.0

Pengenalan

Penghadaman ialah satu proses penghancuran atau pengisaran makanan secara fizikal, kemudiannya diikuti dengan beberapa proses kimia bagi memecahkan molekul makanan yang kompleks menjadi molekul atau elemen yang lebih halus dan terasing bagi memudahkan proses penyerapan. Bahan yang tidak dapat dimanfaatkan atau dipecahkan akan dibuang menerusi proses seterusnya yang dikenali sebagai penyingkiran. Makanan merupakan komponen penting yang membekalkan tenaga untuk tubuh badan. Namun, makanan yang diambil tidak berada di dalam bentuk yang sesuai untuk

77

digunakan sebagai tenaga oleh sel. Oleh itu, makanan tersebut perlu dicernakan agar ia sesuai digunakan oleh sel-sel tubuh. Penghadaman bermula apabila makanan memasuki tubuh menerusi mulut. Poses ini juga turut melibatkan organ-organ lain seperti kelenjar liur, hati, pundi hempedu dan pankreas. Penjagaan bermula dari makanan yang kita pilih. Kebiasaannya, rakyat Malaysia suka makanan berminyak, berlemak, pedas dan banyak perisa yang berkemungkian akan membawa kemudaratan jika pengambilannya tidak dikawal. Kesederhanaan adalah penting dan makanlah makanan yang berkhasiat. Salur penghadaman jangan disalah guna seperti meminum racun atau memakan ubat tanpa mengikut dos yang ditetapkan.

Rajah Sistem Penghadaman 8.1 Struktur dan Fungsi 78

Sistem penghadaman menjalankan tugas yang penting iaitu menyediakan bahan-bahan makanan untuk diserap supaya bahan-bahan ini dapat digunakan oleh sel-sel tubuh. Ia terdiri daripada satu saluran yang bermula di mulut dan berakhir di dubur. Bahagian-bahagian yang terlibat untuk membina sistem penghadaman terdiri daripada struktur-struktur berikut: Struktur-struktur sistem penghadaman adalah seperti berikut: a. Mulut. b. Faring c. Esofagus d. Perut. e. Usus kecil. f. Usus besar. Organ yang turut membantu penghadaman ialah: a. Kilang air liur. b. Pankreas. c. Hati dan pundi hempedu.

8.1.1 Mulut Dikenali juga sebagai kaviti oral. Ruang mulut kita boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu ruang umum iaitu ruang tengah yang mengandungi lidah dan ruang vestibul iaitu ruang di antara gigi dan permukaan dalam pipi. Ruang mulut terdiri daripada atap, lantai, dinding, lateral dan dua pembukaan, anterior dan posterior. Atap mulut adalah lelangit yang membahagikan mulut daripada kaviti hidung. Lelangit keras yang terdiri daripada tulang memenuhi dua pertiga daripada anterior lelangit. Bahagian yang terdiri daripada otot adalah satu pertiga daripada posteriornya. Bahagian ini lembut dan digelar sebagai lelangit lunak. Lantai mulut pula dikenali sebagai diafragma mulut dan terdiri daripada otot.

79

Dinding lateral mulut dan pipi adalah otot yang dilapisi oleh membran mukus di bahagian dalam dan dilapisi kulit di bahagian luar. Vestibul mulut adalah ruang yang terdapat di antara pipi dan gigi. Pembukaan anterior mulut mempunyai dua bibir iaitu bibir atas dan bibir bawah. Bahagian luar bibir dilitupi oleh kulit dan bahagian dalamnya dilitupi oleh membran mukus. Kaviti mulut berhubung dengan bahagian tengah farinks membentuk pembukaan posterior.

farikks

80

Rajah 3.9: Ruang Mulut

8.1.2

Lidah Merupakan organ penting di dalam mulut dalam sistem penghadaman. Lidah terdiri daripada otot rangka di mana bahagian anteriornya bebas dan bahagian posteriornya melekat pada lantai mulut. Terdapat dua kumpulan otot lidah iaitu ekstrinsik dan intrinsik. Otot ekstrinsik adalah untuk pergerakan lidah, manakala otot intrinsik terlibat dalam perubahan bentuk lidah. Membran mukus melapisi lidah dan membentuk tonjolan-tonjolan kecil yang dipanggil papila. Papila terbahagi kepada tiga jenis iaitu filiform, fungiform dan sirkumvalat. Tunas rasa terletak pada fungiform dan sirkumvalat. tugas, iaitu: Lidah mempunyai beberapa

a. Deria rasa

Tugas lidah Lidah dapat mengenali pelbagai jenis rasa seperti manis, masin, masam dan pahit dan ini membantu sesorang menikmati makanan atau minuman.

b. Pertuturan c. Kunyahan dan telanan d. Sentuhan

Lidah adalah penting untuk pertuturan Lidah membantu tindakan kunyahan dan telanan Merupakan salah satu organ deria sentuhan

81

82

8.1.3

Gigi

Merupakan struktur tambahan di dalam sistem penghadaman. Jumlah gigi bagi orang dewasa adalah sebanyak 32 batang, terdiri daripada 8 gigi kacip, 4 gigi taring, 8 gigi geraham kecil dan 12 gigi geraham besar. Gigi mambantu memecahkan makanan pejal dan membantu menambah rasa lazat pada makanan tersebut.

Rajah 3.10: Lidah Reseptor rasa Rajah Lidah

Jenis gigi Gigi kacip Gigi taring Geraham kecil Geraham besar

Fungsi Untuk menggigit dan memotong. Mempunyai pinggir yang rata dan tajam. Untuk mengoyak dan menikam. Mempunyai kepala yang tirus. Untuk mengoyak dan mengisar. Mempunyai dua gerigi di permukaannya. Untuk mengisar dan melumatkan makanan. Mempunyai muka yang lebar dan tidak rata.

Rajah Gigi 83

8.1.4

Kelenjar Air Liur

84

Bertanggungjawab merembeskan air liur secara berterusan. Kelenjarkelenjar air liur terdapat di dalam mulut atau berhampiran mulut. Rembesan air liur akan bertambah banyak jika kita memakan sesuatu. Ini terjadi supaya proses pelinciran, pelarutan, dan permulaan pemecahan secara kimia dapat dilakukan. Terdapat banyak kelenjar air liur, tetapi terdapat tiga kelenjar air liur yang mengeluarkan air liur dengan banyak. Kelenjar-kelenjar tersebut adalah kelenjar parotid, submandibular dan sublingual. Sebanyak kira-kira 1.0 hingga 1.5 liter air liur terhasil dalam satu hari. Kandungan air liur adalah 99.5% air dan 0.5% bahan-bahan tertentu seperti garam klorida, bikarbonat dan fosfat, gas terlarut, urea dan asid urik, albumin, globulin, musin dan lisozim. Kelenjar parotid Terletak di hadapan dan di bawah telinga. Merupakan kelenjar air liur yang terbesar. Merembeskan air liur melalui duktus parotid yang membuka pada bahagian atas vestibul Kelenjar submandibular Kelenjar sublingual mulut. Terletak pada rahang bawah di kedu-dua sisi. Duktusnya membuka ke bahagian depan lantai mulut di bawah lidah. Terletak di atas lantai mulut dan di bawah setiap sisi lidah. Duktusnya membuka ke dalam mulut di bawah lidah.

85

8.1.5 Farinks Terletak di belakang hidung, mulut dan larinks. Terdiri daripada membran berotot dan dilapisi oleh 3.13: Pandangan kiri mulut Rajah selaput mukus. Ianya berukuran lebih kurang 12.5sm panjang. Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: (i) Nasofarinks terletak di belakang hidung dan terdapat lubang tiub eustachio pada dindingnya. Kelenjar yang terdapat pada nasofarinks adalah adenoid. (ii) Farinks oral terletak di belakang mulut. Pada dinding lateralnya terdapat tonsil. (iii) Farinks larinks bahagian terendah yang terletak di belakang larinks. 8.1.6 Esofagus Merupakan tiub berotot dan terletak di belakang trakea. Panjangnya adalah di antara 23 hingga 25 sm. Satu per tiga daripada bahagian atas esofagus adalah otot rangka yang bersifat voluntari. Manakala satu per tiga daripada bahagian bawahnya terdiri daripada otot licin dan bersifat tidak voluntari. Satu per tiga daripada bahagian tengahnya pula adalah gabungan antara otot licin dengan otot rangka. Berfungsi untuk menghantar makanan dan minuman dari farinks ke perut. 8.1.7 Perut Kawasan penyimpanan makanan sementara sebelum makanan tersebut dicerna oleh usus. Isi padu ruang perut adalah 2.5 liter bagi orang dewasa. Perut akan mengempis apabila kosong dan mengembang apabila berisi makanan kerana ia bersifat kenyal. Rongga perut terbahagi kepada empat bahagian iaitu kardia, fundus, badan dan pilorus. Terdapat kira-kira 40 juta sel kelenjar gaster pada perut. Jus gaster mempunyai enzim pepsin, renin, mukus dan asid hidroklorik. Pepsin
86

menguraikan protein kepada pepton dan polipeptida; manakala renin mengentalkan susu dengan menggumpalkan protein susu yang larut, kaseinogen kepada kasein yang tidak larut. Mukus adalah bendalir yang likat berfungsi melindungi perut dari asid hidroklorik. Fungsi asid hidroklorik pula adalah:
(i) Meneutralkan alkali pada air liur bagi menghentikan tindakan enzim amilase air liur; (ii)

Menyediakan medium berasid untuk membolehkan enzim pepsin dan renin bertindak; dan

(iii) Mensterilkan makanan daripada bakteria.

87

Rajah 3.14: Permukaan dalam gaster dan duodenum

88

8.1.8

Usus Kecil

Saluran makanan yang paling sempit. Berfungsi untuk pencernaan dan penyerapan hasil pencernaan. Tiga bahagian pada usus kecil adalah:
(i) (ii)

Duodenum menghubungkan perut dengan jejunum; Panjang kira-kira 25 sm dan berbentuk C. Kedudukan duodenum adalah mengelilingi kepala pankreas; dan

(iii) Jejunum dan ileum jejunum 2.4m panjang dan ileum pula 3.6m

panjang. Tugas usus kecil adalah:


(i) (ii)

Menyelesaikan semua proses penghadaman; Menyerap bahan-bahan makanan yang telah terhadam, asid amino dan glukosa ke dalam darah dan lemak hadam ke dalam salur limfatika; dan

(iii)

Menghasilkan beberapa hormon yang mengawal penghasilan bendalir pankreas, hempedu dan bendalirnya sendiri.

8.1.8

Usus Besar Usus besar bermula dari ileum hingga ke anus dan berukuran 1.5m panjang. Bentuknya adalah lebih besar daripada usus kecil dan bahagian pada usus besar adalah: (i) (ii) Sekum mempunyai apendiks, namun apendiks tidak mengambil bahagian dalam proses pencernaan. Kolon naik ke atas di sebelah kanan rongga abdomen, kolon melintang dan kolon bawah. Bersambung dengan rektum. (iii) Rektum saluran berotot yang pendek. Kanal anus adalah bahagian paling akhir pada usus besar berukuran 4 sm. Pembukaan kanal anus dikenali sebagai anus dan dikawal oleh otot licin yang tebal dikenali sebagai sfinkter internal (tak voluntari) dan di luar oleh otot rangka yang disebut sfinkter eksternal (voluntari). Fungsi usus besar adalah sebagai: Penyerap air, garam dan glukosa; Merembeskan musin oleh kelenjar pada lapisan dalam;
89

Menyediakan selulosa dalam bentuk karbohidrat dalam tumbuhan, buahan dan sayuran hijau; dan Menyediakan sisa protein yang belum dicerna oleh tindakan bakteria untuk kumuhan.

Rajah 3.15: Usus besar dan bahagian-bahagiannya

90

Jadual 3.1: Ringkasan proses kimia dalam pencernaan Sumber : Bantuan Studi Lengkap Biologi Tingkatan 4, Mah Chee Wai.
Bahagian Kelenjar salur pencernaan Mulut Kelenjar air liur Perut Kelenjar gaster Rembesan Air liur Jus gaster pH 6.5 6.8 1.5 Enzim Perubahan

Duodenum

Pankreas

Jus pankreas

7.8 8.5

Hati

Hempedu

Beralkali

Usus kecil Kelenjar (jejunum Brunner dan ileum) (kelenjar usus)

Jus usus Beralkali (sukus (7.6) enterikus)

Amilase air Kanji maltosa liur (ptialin) HCI (bukan Pepsinogen pepsin enzim) Pepsin Protein pepton + polipeptida Renin Kaseinogen kasein (kasein kemudiannya dicernakan oleh pepsin) Amilase Kanji maltosa pankreas Tripsin Protein pepton (polipeptida) Lipase Lemak asid lemak dan gliserol Garam Lemak titisan hempedu lemak (hempedu (bukan meneutralkan asid) enzim) Enterokinase Tripsinogen tripsin Erepsin Pepton polipeptida asid amino Maltase Maltosa glukosa Sukrase Sukrosa glukosa + fruktosa Laktase Laktosa glukosa + galaktosa Lipase Lemak asid lemak + gliserol

91

8.2
8.2.1

Mekanisme dan Kawalan Penghadaman


Mekanisme Penghadaman

Pencernaan berlaku terhadap makanan dan minuman yang kita ambil. Empat peringkat perubahan berlaku kepada bahan makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh kita. (i) Kunyahan dan telanan Makanan akan dihancurkan oleh mulut, gigi dan lidah apabila masuk ke dalam mulut. Tindakan ini dikenali sebagai tindakan mengunyah. Makanan yang dikunyah tadi akan bercampur dengan air liur dan menjadi lumat. Kemudian makanan yang telah lumat ditelan melalui farinks dan esofagus ke perut. Otot pencerut pada dinding farinks bertanggungjawab kepada tindakan menelan ini. (ii) Penghadaman Penghadaman bermula dari dalam mulut hinggalah ke dalam perut dan usus kecil. Usus kecil merupakan tempat di mana kebanyakan proses penghadaman berlaku. Dalam proses penghadaman bahan makanan diubah dari segi fizikal dan kimianya agar lebih mudah diserap. (iii) Penyerapan Selalunya bahan makanan akan diserap di bahagian usus kecil. Namun, penyerapan boleh juga berlaku di bahagian-bahagian lain dalam sistem penghadaman. (iv) Pembuangan bahan makanan yang tidak hadam Bahan buangan iaitu najis adalah hasil bahan-bahan yang tidak hadam. Pembuang bahan makanan tidak hadam dilakukan oleh usus besar. 8.2.2 Kawalan Pencernaan Pencernaan dapat dilakukan dengan adanya enzim-enzim di dalam sistem pencernaan. Enzim adalah mangkin organik yang berkebolehan mempercepatkan kadar tindak balas biokimia dalan organisma hidup. Enzim bertindak mengubah kimia bahan makanan yang kompleks menjadi bahan larut yang mudah diserap. Enzim tidak berubah hingga ke akhir proses 92

penghadaman, walaupun ia sendiri mengubah kimia dalam bahan makanan. Di dalam bendalir penghadaman, terdapat beberapa enzim penting dan setiap satunya hanya bertindak untuk satu tindak balas sahaja. Anda boleh rujuk pada jadual ringkasan proses kimia dalam pencernaan untuk nama dan tindakan enzim terbabit.

93

Tajuk 9 Sinopsis

PEMAKANAN DAN METABOLISMA

Tajuk-tajuk dalam modul ini pengenalan metabolisma selular, laluan metabolik, diet dan pemakanan dan bioenergetik. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Mengklasifikasikan kumpulan makanan 2. Menjelaskan metabolisma makanan Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Pemakanan dan Metabolisma

Metobolisma selular

Laluan Metabolik

Diet dan Pemakanan

Bioenegetik

94

9.0

Pengenalan

Metabolisma adalah berkaitan dengan segala perubahan yang berlaku di dalam badan berhubung dengan kegunaan bahan-bahan makanan. Semua makhluk yang hidup akan mengalami proses metabolisma. Kadar metabolisma akan bertambah secara berlipat ganda apabila seseorang melakukan pekerjaan seperti pergerakan atau penghadaman makanan. Sebaliknya semasa kita berehat, kadar metabolisma akan berkurangan. 9.1 Konsep dan Definisi

Metabolisma adalah jumlah tenaga yang diperlukan bagi menetapkan suhu badan. Selain itu, ia juga untuk menggalakkan organ-organ penting dalam tubuh untuk bekerja. Di dalam proses metabolisma ada dua perubahan yang berlaku: 9.1.1 Pembinaan (anabolisma)

Proses pembinaan otot dan lain-lain tisu dalam badan. Pembinaan ini boleh berlaku daripada asid amino yang diperolehi daripada protein, atau daripada lemak. Hasil daripada pembinaan asid amino dan lemak adalah asid lemak atau gliserol. Kadar anabolisma yang tinggi berlaku semasa pertumbuhan dan semasa penyembuhan daripada penyakit. 9.1.2 Pengungkaian (katabolisma)

Adalah proses untuk mengungkaikan lemak atau glukos kepada karbon dioksida dan air. Tujuannya adalah untuk membebaskan tenaga bagi melakukan kerja. Kadar katabolisma yang tinggi berlaku semasa seorang dijangkiti penyakit dan semasa waktu mati akibat kelaparan. Kita mendapat tenaga untuk tubuh badan melalui bahan makanan yang kita makan. Tiga jenis zat makanan yang membekalkan tenaga adalah karbohidrat, protein dan lemak. Tenaga daripada tiga jenis zat makanan di atas adalah untuk: Menetapkan suhu badan, Menggalakkan kecergasan tugas organ penting seperti bernafas, pengaliran darah dan penguncupan jantung, dan Menjalankan gerakan kerja seharian.

95

Istilah kadar metabolisma basal (BMR) diguna untuk menunjukkan jumlah keseluruhan aktiviti metabolisma. Kadar metabolisma ini diambil sewaktu badan dalam keadaan rehat dari segi fizikal dan mental. Kenapa dilakukan dalam keadaan rehat? Kerana pada waktu ini, tisu bekerja pada tahap yang paling minimum dan menyebabkan kadar oksigen yang diperlukan adalah sedikit. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar metabolisma seseorang. Faktorfaktor tersebut adalah saiz tubuh, umur, jantina, iklim, kepanasan, jenis pakaian dan jenis pekerjaan. Namun, kadar metabolisma bergantung kepada aktiviti yang dilakukan oleh individu. Kadar metabolisma individu yang berkerja manual seperti berkebun adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan individu yang bekerja di pejabat yang banyak duduk. Kadar metabolisma pada penyakit juga berbeza dan dipengaruhi oleh beberapa kelainan pada kelenjar tiroid. Keadaan hipertiroidisma akan meningkatkan kadar metabolisma kerana kelenjar tiroid melakukan kegiatan yang berlebihan. Manakala, penyakit yang aktiviti kelenjar tiroidnya kurang seperti kretinisma dan miksedema akan menurunkan kadar metabolisma. Kadar metabolisma disukat dengan mengira jumlah haba yang dihasilkan di dalam badan. Seseorang mestilah benar-benar berehat tanpa memakan apa-apa bagi tempoh 12 jam pada suhu udara biasa. Jika keputusannya adalah +10, ia membawa erti bahawa itu adalah 10% melebihi kadar biasa. Jika keputusannya -10 ia membawa erti bahawa ia adalah 10% kurang daripada kadar biasa. Kadar yang tinggi biasanya berlaku pada lelaki muda dan mempunyai permukaan badan yang luas. Faktor ini menyebabkan kehilangan haba dengan lebih banyak. Oleh itu, manusia perlu makan untuk menggantikan haba yang hilang. Kita juga perlu makan untuk mengekalkan penghasilan tenaga semasa penghasilan haba berlaku. Jumlah tenaga yang dikeluarkan oleh zat makanan dalam nilai kalori adalah: Protein Lemak Karbohidrat = 17kJ (4.1kcal) setiap gram = 38kJ (9.3kcal) setiap gram = 17kJ (4.1kcal) setiap gram

Manusia memerlukan kalori untuk: Mencegah kehilangan berat badan; 96

9.2 9.2.1

Mengekalkan suhu tubuh; dan Membekalkan tenaga bagi aktiviti semua sel, tisu, kelenjar dan organ. Mekanisme Karbohidrat, Lipid dan Protein Metabolisma Karbohidrat

Karbohidrat berubah menjadi kanji dan gula hasil daripada tindak balas dengan enzim dalam air liur. Gula dan kanji akan dicernakan menjadi glukosa dan diserapkan ke dalam darah. Glukosa yang dibawa oleh darah akan disimpan di dalam hati dan otot tulang dan dipanggil sebagai glikogen. Pada peringkat ini, aktiviti insulin adalah diperlukan. Semasa aktiviti otot berlaku, glikogen akan digunakan. Glikogen yang telah digunakan akan digantikan kembali dengan glukosa gula darah mengikut keperluan tubuh badan. Semasa kita sakit pula, badan memerlukan kalori yang banyak. Karbohidrat merupakan bahan makanan yang senang dicernakan dan diasimilasikan. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak makanan berkarbohidrat berbanding makanan berprotein dan lemak. Proses pencernaan adalah proses yang menukarkan bahan makanan kepada bentuk kimia yang boleh diserap oleh sel-sel dalam badan. Semasa pencernaan, ptialin bertugas untuk mengubah kanji masak menjadi maltosa. Enzim di dalam usus iaitu invertasi, maltase dan laktase bertugas menghasilkan pemecahan akhir pada maltosa menjadi pelbagai monosakarida. Monosakarida yang terhasil adalah laevulosa, glukosa dan galaktosa. Semasa penyerapan, monosakarida akan diserap ke dalam darah. Kawalan insulin dan aktiviti hati pada saat ini adalah berfungsi untuk mengekalkan peratus gula darah. Haba dan tenaga dibekalkan hasil daripada pengoksidaan karbohidrat dalam tisu. Selebihnya disimpan sebagai lemak dan menjadi penambah berat badan. Hasil muktamad metabolisma karbohidrat adalah dalam bentuk karbon dioksida dan air. Air disingkirkan melalui sistem perkumuhan iaitu sebagai air kencing (sistem

97

urinari) dan peluh (kulit). Manakala, karbon dioksida dikeluarkan dari sistem tubuh melalui paru-paru. Berikut adalah keperluan kalori bagi individu yang menjalankan aktiviti, umur dan jantina yang berbeza. Jadual 4.1: Keperluan Kalori Aktiviti /Jantina dan umur Lelaki yang sedentari Lelaki yang sederhana cergas Lelaki yang sangat cergas Perempuan yang sedentari Perempuan yang sederhana cergas Perempuan mengandung Perempuan menyusukan anak Kanak-kanak 2 3 tahun Kanak-kanak 4 5 tahun Kanak-kanak 6 7 tahun Kanak-kanak 8 9 tahun Kanak-kanak 10 11 tahun Kanak-kanak 12 15 tahun 9.2.2 Metabolisma Lipid (Lemak) Jumlah kalori 2,100kcal 2,500kcal 3,000kcal 1,750kcal 2,100kcal 2,000kcal 2,500kcal 750kcal 1,000kcal 1,300kcal 1,600kcal 1,800kcal 2,100kcal

Lemak disimpan di dalam tisu adiposa sehinggalah ia diperlukan oleh tubuh badan. Ia akan dikeluarkan apabila diperlukan dan berubah menjadi gliserol dan asid lemak semasa simpanan dalam hati. Lemak diubah menjadi gliserol dan asid lemak kerana ia adalah bentuk yang paling mudah dapat digunakan oleh tubuh badan. Untuk menghasilkan haba dan tenaga dalam tisu, lemak digunakan sebagai bahan api dalam proses pembakaran. Ia akan terbakar seluruhnya menjadi karbon dioksida dan air jika terdapat jumlah gula yang mencukupi. Tetapi jika jumlah gula yang ada hanya sedikit atau tiada langsung, pembakaran menjadi tidak lengkap. Hasil daripada pembakaran yang tidak lengkap ini adalah bahan keton. Jika zat keton yang dihasilkan terlalu banyak maka, ketosis akan berlaku. Selalunya ketosis berlaku kepada individu yang sedang dalam keadaan kelaparan di mana tubuh tidak mempunyai sesuatu untuk digunakan kecuali lemak dalam tisu adiposa. Ia juga berlaku pada pesakit diabetes dan pengamal diet yang mengambil terlalu banyak lemak tetapi kurang karbohidrat. 98

Dalam proses pencernaan, terdapat sedikit hidrolisis lemak yang dihasilkan oleh lipase gastrik. Manakala lipase pankreas dan lipase usus memecahkan lemak menjadi gliserin dan asid lemak. Dalam penyerapan pula, gliserin dan asid lemak akan diserap oleh lakteal. Apabila ia sudah diserap oleh lakteal, ia akan disalurkan ke duktus toraksik kemudian masuk ke dalam aliran darah. Apabila sudah berada di dalam darah, lemak akan dihantar ke setiap sel di tubuh badan. Lemak yang sudah dioksidasikan di dalam hati akan disimpan di dalam tisu. Semasa disimpan di dalam hati, sesetengah lemak dioksidakan oleh karbohidrat untuk menghasilkan haba dan tenaga. Sebahagian lemak yang mengandungi vitamin A dan D akan disimpan. Hasil akhir yang menjadi bahan buangan adalah sama seperti yang berlaku dalam metabolisma karbohidrat iaitu karbon dioksida dan air. Cara perkumuhannya juga sama iaitu karbon dioksida oleh paru-paru, manakala air oleh kulit dan sistem urinari. Keperluan lemak oleh seorang individu adalah tidak kurang daripada 50gm setiap hari. Tubuh memerlukan 30% kalori daripada lemak. 9.2.3 Metabolisma Protein

Protein diubah menjadi asid amino oleh tindakan dengan enzim bendalir perut, pankreas dan usus. Asid amino diperlukan untuk tugas pertumbuhan dan pembaikan tisu tubuh. Jumlah asid amino yang dipecahkan di dalam hati adalah banyak jika kita mengambil makanan yang mengandungi banyak protein. Asid amino dipecahkan untuk mengeluarkan nitrogennya, maka yang tinggal untuk penghasilan haba dan tenaga adalah karbon, hidrogen dan oksigen. Semasa proses pencernaan di dalam perut, pepsin menukarkan protein menjadi pepton. Sementara di dalam usus pula, tripsin bertugas untuk memecahkan protein dan pepton kepada polipeptida. Kemudian daripada polipeptida ditukarkan menjadi asid amino hasil tindak balas dengan erepsin. Pada proses penyerapan yang berlaku dalam darah, asid amino akan membawa nitrogen dan sulfur ke setiap sel dalam tubuh. Untuk pertumbuhan dan pembaikan, asid amino yang diperlukan akan dipisahkan oleh sel tubuh. 99

Hasil kumuh daripada metabolisma protein adalah urea, sedikit asid urik dan kreatinin. Semua bahan kumuh ini disingkirkan ke dalam bentuk urin oleh ginjal. Sebanyak lebih kurang 30gm urea disingkirkan setiap hari dari badan melalui jalan ini bersama dengan sedikit asid urik dan kreatinin. Berikut adalah peruntukan protein yang diperlukan di negara tropika. Jadual 4.2: Peruntukan protein yang diperlukan di negara tropika Lelaki dewasa Perempuan dewasa Budak lelaki Budak perempuan Budak 2 -9 tahun Perempuan mengandung Perempuan menyusukan anak 65gm setiap hari 55gm setiap hari 80gm setiap hari 70gm setiap hari 40 60gm setiap hari 80gm setiap hari 85gm setiap hari

Kawalan metabolisma dilakukan oleh dua faktor iaitu: (i) Sistem saraf pusat dan tidak sedar (involuntari) Apabila tiada bekalan saraf pada sekelompok otot maka kelumpuhan akan berlaku. Otot akan menjadi kurus, bahagian tersebut tidak dapat berfungsi dan pertumbuhan bahagian tersebut akan terbantut. (ii) Organ endokrin Seperti yang kita pelajari, dalam sistem endokrin terdapat organ-organ tertentu menghasilkan zat yang bersifat kimia untuk mengawal kesihatan tubuh. Contoh; aktiviti metabolisma menjadi berkurangan apabila rembesan kelenjar tiroid tiada, manakala metabolisma akan terjadi dalam kadar yang sangat besar apabila rembesan tiroid terlalu banyak.

9.3

Regulasi Haba Regulasi haba bermaksud bagaimana kita menyeimbangkan haba yang berada dalam tubuh badan. Keseimbangan haba adalah apabila kita berehat atau menggunakan sedikit tenaga, suhu badan adalah pada takat 37C. Sebagai 100

kesimpulannya, tenaga yang kita gunakan untuk aktiviti ringan sentiasa dibebaskan ke persekitaran. Oleh itu, keseimbangan suhu dapat dikekalkan. Regulasi Haba 1. Keseimbangan haba tercapai apabila kehilangan haba sama dengan penghasilan haba. 2. Kehilangan haba berlaku melalui perolakan, pengaliran, pancaran dan penyejatan. 3. Suhu badan dapat dikekalkan pada takat 37C ketika rehat atau semasa melakukan aktiviti melalui sistem regulasi termal (thermoregulation). 4. Pendedahan yang ekstrem kepada haba boleh mengurangkan prestasi kerja, malah mudah terkena penyakit serius berkaitan cuaca panas Serious Heat Illnesses dan kematian. 5. Heat Illnesses boleh dikurangkan melalui: Pengambilan air yang cukup dan penggantian elektrolit; Penyesuaian dengan iklim haba; dan Kesedaran tentang had bebanan melalui aktiviti yang dilakukan, pakaian dan haba persekitaran. 9.3.1 Kehilangan Haba

Kehilangan haba boleh berlaku pada tubuh badan melalui empat faktor iaitu: (i) Perolakan (convection) Pemindahan haba dari satu tempat ke tempat yang lain melalui pergerakan sesuatu bahan panas. Contoh; udara yang bertiup dari kipas ke atas permukaan kulit memindahkan udara panas daripada badan dan digantikan dengan udara sejuk. Begitu juga jika kita menghulurkan tangan keluar dari tingkap. Boleh disimpulkan di sini, kehilangan haba akan berlaku apabila udara sejuk bertiup di atas permukaan kulit. Seseorang individu yang berlari akan kehilangan haba secara perolakan sama seperti individu yang berdiri di udara. Kadar kelajuan dan suhu udara yang bertiup ke atas permukaan kulit menentukan jumlah haba yang hilang daripada tubuh badan. (ii) Pengaliran (conduction)

101

Pemindahan haba di antara dua objek yang berbeza suhu yang bersentuhan antara satu sama lain. Selalunya arah pengaliran haba adalah dari objek panas ke objek sejuk. Contoh; apabila kita memegang ais, haba dari tapak tangan akan mengalir ke ketulan ais dan mencairkannya. Begitu juga apabila kita menyentuh dapur yang panas, haba dari dapur akan berpindah ke tangan kita. (iii) Radiasi (radiation) Molekul dalam badan kita adalah sentiasa bergetar. Oleh itu, haba akan dikeluarkan Radiasi secara berterusan dari haba tubuh antara dalam objek bentuk melalui gelombang gelombang elektromagnet. adalah pemindahan elektromagnet. Contoh; apabila seseorang berada di dalam bilik, dia akan memancarkan haba ke dinding bilik dan pada masa yang sama perkara sebaliknya berlaku. Kita akan memperolehi haba apabila objek di sekeliling lebih panas daripada suhu badan, manakala kita akan kehilangan haba apabila badan lebih panas daripada objek di sekeliling kita. Oleh itu, kita akan kehilangan haba apabila hanya sedikit awan yang menutupi matahari dan apabila kita berada di tengah panas antara pukul 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang. (iv) Penyejatan (evaporation) Penyejatan berlaku melalui perpeluhan. Perpeluhan tidak nyata yang berlaku semasa berehat juga menyebabkan penyejatan. Penyejatan berlaku apabila air bertukar menjadi wap. Contoh; seorang bekerja kuat dan berpeluh, badan akan menjadi sejuk apabila penyejatan peluh berlaku iaitu bila ia bertukar kepada wap pada permukaan kulit. Namun, apabila peluh tidak dapat disejat dan mengalir ke bawah, penyejukan tidak berlaku. Pada setiap gram penyejatan peluh berlaku, kita kehilangan 0.580 kcal haba.

102

9.3.2

Penghasilan Haba

Unit tenaga haba yang digunakan adalah kalori yang telah diuraikan untuk menaikkan suhu 1gm air sebanyak 1C. Kilokalori (kcal) adalah jumlah haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1kg air sebanyak 1C. Haba khusus yang perlu untuk mengubah suhu air 1C adalah 1 kcal/kg/C. Haba khusus untuk suhu tisu badan adalah 0.83kcal/kg/C. Oleh itu, seseorang yang seberat 70kg harus menyimpan 58kcal haba untuk meningkatkan suhu badan sebanyak 1C. Jumlah haba atau tenaga yang dihasilkan semasa metabolisma bergantung kepada makanan yang dioksidakan. Penghasilan haba dari metabolisma bagi individu yang sedang berehat adalah sebanyak 1.45kcal/minit atau 87kcal/jam. Jika tiada haba yang hilang, sebanyak 1.5C suhu badan akan meningkat dari 37C ke 38.5C. Tetapi pada waktu berehat, peningkatan ini tidak berlaku kerana haba dihilangkan melalui penyejatan, pengaliran, radiasi dan perolakan. Haba juga boleh diperolehi melalui radiasi, pengaliran dan perolakan. Ini boleh berlaku apabila udara dan objek dipersekitaran adalah lebih panas daripada badan. Regulasi haba juga berlaku melalui sistem termal. Fungsi sistem termal ialah untuk mengekalkan suhu badan secara relatif. Sistem regulasi termal terdiri daripada reseptor termal dan efektor termal. (i) Reseptor termal Adalah organ-organ yang sensitif kepada stimulasi termal. Dua kawasan reseptor termal adalah bahagian hipotalamus otak (pusat reseptor) dan kulit (reseptor periferal). Kedua-dua kawasan ini mempunyai dua jenis pengesan iaitu peka kepada bahang dan peka kepada sejuk. Pusat reseptor peka kepada perubahan kecil suhu pada salur darah arteri yang berubah-ubah antara 0.2 0.4C. Reseptor pada kulit pula berubah mengikut keadaan suhu sekeliling. Reseptor kulit yang mempunyai saraf yang banyak dapat mengesan kehadiran bahang. Lokasi reseptor bahang adalah di seluruh tubuh dan 103

jumlah reseptor sejuk adalah lebih banyak daripada reseptor panas. Kedua-dua reseptor bersambung ke korteks dan pusat regulasi di hipotalamus. Tindakan dari kepekaan kepada panas dan sejuk adalah mencari tempat redup, menambah atau mengurangkan pergerakan dan lain-lain. (ii) Efektor termal Merupakan otot tulang yang merangkumi arteriol yang membekalkan darah pada kulit, kelenjar peluh dan kelenjar endokrin. Dalam keadaan sejuk atau menggigil akan meningkatkan bahang pemprosesan metabolik pada masa yang sama. Arteriol yang membekalkan darah ke kulit akan berada dalam keadaan pemvasocerutan apabila cuaca sejuk. Apabila suhu panas, ia akan menyebabkan keadaan sebaliknya. Perpeluhan mencegah kita daripada mengalami suhu lebih had kerana peluh mengewap dari kelenjar-kelenjar peluh yang berada di semua permukaan tubuh terutamanya di tapak tangan, kaki dan leher. Kelenjar endokrin yang terlibat dalam regulasi haba adalah tiroid dan medula adrenal. Kelenjar tiroid akan mengeluarkan tiroksin apabila keadaan sejuk dan

meningkatkan kadar metabolisma. Tahap adrenalin dan noradrenalin dan medula adrenal akan meningkatkan suhu dari pengurangan penegangan dan pengecutan.

Tenaga memberikan manusia kebolehan untuk melakukan sesuatu iaitu keupayaan melakukan kerja. Kita boleh membahagikan tenaga kepada tenaga aerobik dan tenaga anaerobik. Tenaga anaerobik terbahagi kepada dua iaitu tenaga fosfat dan tenaga asid laktik. Metabolisma adalah berkaitan dengan segala perubahan yang berlaku di dalam badan berhubung dengan kegunaan bahan-bahan makanan. Metabolisma adalah jumlah tenaga yang diperlukan bagi menetapkan suhu badan. Anabolisma ialah proses pembinaan otot dan lain-lain tisu dalam badan. 104

Katabolisma pula ialah proses untuk mengungkaikan lemak atau glukosa kepada karbon dioksida dan air. Tiga jenis zat makanan yang membekalkan tenaga adalah karbohidrat, protein dan lemak. Istilah kadar metabolisma basal diguna untuk menunjukkan jumlah keseluruhan aktiviti metabolisma. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar metabolisma seseorang. Faktor-faktor tersebut adalah saiz tubuh, umur, jantina, iklim, kepanasan, jenis pakaian dan jenis pekerjaan.

Karbohidrat berubah menjadi kanji dan gula hasil daripada tindak balas dengan enzim dalam air liur. Lemak disimpan di dalam tisu adiposa sehinggalah ia diperlukan oleh tubuh badan. Ia akan dikeluarkan apabila diperlukan dan berubah menjadi gliserol dan asid lemak semasa di dalam hati.

Regulasi haba bermaksud bagaimana kita menyeimbangkan haba yang berada dalam tubuh badan. Keseimbangan haba adalah apabila kita berehat atau menggunakan sedikit tenaga, suhu badan adalah pada takat 37C.

Kehilangan haba boleh berlaku pada tubuh badan melalui empat faktor iaitu perolakkan (convection), pengaliran (conduction), radiasi (radiation), dan penyejatan (evaporation).

Reseptor termal dan efektor termal merupakan sistem regulasi termal.

PANEL PENULISAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PJM3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI)

105

NAMA Dr NORIATI BINTI A. RASHID Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

KELAYAKAN Kelulusan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM Bac. Pend.(PBMP), UPM Kursus Sijil Pendidikan Khas (Pend. Jasmani) MPIK. Sijil Perguruan (Sejarah & Geografi) Kelulusan: M.Sc. (Pentadbiran Pendidikan), UPM B.A. Hons. (Sejarah & Sains Politik), USM Sijil Guru (P.A.R. Matematik), MPIK Pengalaman: Penolong Pengarah Unit Kurikulum (Pengajian Sosial & Bestari) Penulis Buku PSK dan Matematik (Sekolah Rendah) Penolong Pengarah Unit Sejarah, PPK (2 tahun) JE Sejarah PPK Guru Sekolah Menengah (7 tahun) Guru Sekolah Rendah (14 tahun) Guru Bestari (5 tahun) Kelulusan: M.Sc. Sports Science U. Essex, UK Bac.Edu. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sijil Perguruan Asas (TESL), MPSP Pengalaman: Pensyarah Jabatan Pend. Jasmani ( 16 tahun) Guru Pendidikan Jasmani (15 tahun)

EN. BAHARUDDIN BIN ABD.LATIFF Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia ujangseradang@yahoo.

HJ NORHIZAN BIN ZAINOL Pensyarah IPG Temenggong Ibrahim Jalan Datin Halimah 80350 Johor Bahru Johor norhizanzainol@yahoo.com.my HJ ROSLEY BIN ABDULLAH Pensyarah IPG Perlis Kangar Perlis

Kelulusan: Bac.Edu. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sarjana Pendidikan (Pengurusan Sukan) USM Pengalaman Pensyarah Pendidikan Jasmani (4 tahun) Guru Pendidikan Jasmani (15 tahun)

PANEL PEMURNI MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH ( PJM3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI)

106

NAMA Dr NORIATI BINTI A. RASHID Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia EN. BAHARUDDIN BIN ABD.LATIFF Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia ujangseradang@yahoo.com

KELAYAKAN Kelulusan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM Bac. Pend.(PBMP), UPM Kursus Sijil Pendidikan Khas (Pend. Jasmani) MPIK. Sijil Perguruan (Sejarah & Geografi) Kelulusan: M.Sc. (Pentadbiran Pendidikan), UPM B.A. Hons. (Sejarah & Sains Politik), USM Sijil Guru (P.A.R. Matematik), MPIK Pengalaman: Penolong Pengarah Unit Kurikulum (Pengajian Sosial & Bestari) Penulis Buku PSK dan Matematik (Sekolah Rendah) Penolong Pengarah Unit Sejarah, PPK (2 tahun) JE Sejarah PPK Guru Sekolah Menengah (7 tahun) Guru Sekolah Rendah (14 tahun) Guru Bestari (5 tahun) Kelulusan: M.Sc. Sports Science U. Essex, UK Bac.Edu. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sijil Perguruan Asas (TESL), MPSP Pengalaman: Pensyarah Jabatan Pend. Jasmani ( 16 tahun) Guru Pendidikan Jasmani (15 tahun)

HJ NORHIZAN BIN ZAINOL Pensyarah IPG Temenggong Ibrahim Jalan Datin Halimah 80350 Johor Bahru Johor norhizanzainol@yahoo.com.my PN. MAZLINA BT MAHMOOD Pensyarah IPG Sultan Mizan 22200 Besut Terengganu mazmd68@yahoo.com.my

Kelulusan: Bac.Edu. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, UPM Sarjana Pendidikan (Pengurusan Sukan) UKM Pengalaman Pensyarah Pendidikan Jasmani (13 tahun) Guru Pendidikan Jasmani (2 tahun)

107

You might also like