You are on page 1of 8

DARIPADA PENDATANG ASING KEPADA PENGARAH URUSAN

Posted by Haniza Talha


Tuesday, 08 January 2008 15:37

Oleh ‘Deep Throat’ Sabah

Isu pendatang asing tanpa izin (pati) memperolehi dokumen palsu atau memalsukan keterangan diri untuk
mendapatkan dokumen asal merupakan isu yang berlarutan sejak tiga dekad yang lalu.
Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah, Zainuddin Hassan @ Simon membidas Kerajaan
Persekutuan kerana menjadi ‘penaja’ utama pemberian dokumen pengenalan diri kepada pati semata-mata untuk
meramaikan pengundi dan memenangkan mereka dalam pilihanraya.
“Isu ini bukan rahsia lagi kerana dibicarakan secara terbuka di media massa dan secara perlembagaan di Parlimen,
namun ianya semakin meruncing dan sukar dikawal,” ujar Zainuddin yang menyatakan kerajaan tidak dapat berdolak-
dalik kerana beberapa buah buku khusus telah diterbitkan lengkap dengan bukti.

Kata Zainuddin, antaranya ialah IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah, Pengundi Untuk Disewa, IC Projek Agenda
Tersembunyi Mahathir, kesemuanya karya Mutalib M.D serta Sabah Problem, Kamunting Paper dan Justice For
Sabah karya Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Sehubungan itu, Zainuddin mendesak Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan tegas sebagaimana yang
diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuatkuasa terhadap Pengarah
Urusan Tunas Rakyat Sdn.Bhd yang juga pemegang saham Labuan Liberty Management Sdn.Bhd, Emelda Doliente
@ Norsiah Abdullah kerana menggunakan dokumen palsu dan memalsukan keterangan diri untuk membolehkannya
memegang jawatan dan berniaga.

“Mengikut rekod Imigresen, Emelda pernah ditangkap dan dihantar pulang beberapa kali kerana tidak memiliki
dokumen pengenalan diri dan terlibat dengan kegiatan maksiat,” ujar Zainuddin yang telah mendapatkan maklumat
peribadi Emelda melalui peguamnya yang menjalankan carian umum di Jabatan Pendaftaran Negara dan Imigresen.

Tegas Zainuddin, Emelda mendapat dokumen IMM13 yang dikhaskan untuk pelarian perang Filipina dengan
memalsukan keterangan diri dengan bantuan seorang lelaki Brunei, Alias Abdul Rahman.
LAPOR… Zainuddin (kiri) tidak gentar sekalipun menerima pelbagai ugutan, malah terus membuat
laporan polis terhadap Emelda Doliente @ Norsiah Abdullah (kanan) kerana yakin dengan keluhuran
perlembagaan dan masih wujud kedaulatan undang-undang.
“Saya hairan kerana Emelda pernah ditangkap dan diusir beberapa kali ke negara asalnya Filipina tetapi berjaya
menyusup semula ke Sabah dan bekerja di beberapa pusat maksiat di Labuan sebelum menjadi perempuan
simpanan lelaki Brunei berkenaan,” tegas Zainuddin lagi.

Dengan bantuan Alias, Emelda telah berjaya mendapat kad pengenalan hijau H8032925 yang digandingkan dengan
IMM13 iaitu suatu proses yang ganjil dan bercanggah dengan undang-undang.

Setelah lama menjadi wanita simpanan, Emelda memeluk Islam dan menukarkan namanya kepada Norsiah Abdullah
semata-mata kerana mahu menukar identitinya dan bernikah dengan Alias.

Alias yang mendapat taraf warganegara Malaysia menggunakan statusnya untuk menjamin isterinya mendapat status
kewarganegaraan secara songsang kerana melangkah banyak peringkat penting dan dibuat secara tidak teratur.

“Bagaimana seorang yang mendapat kad pengenalan bertaraf penduduk sementara tiba-tiba menjadi warganegara
sebelum mendapat taraf penduduk tetap,” tanya Zainuddin yang membidas Jabatan Imigresen Labuan agar tidak
tutup mata dengan kejalangan ini.

Menurut Zainuddin, Emelda merupakan wakil khas Istana Malacanang iaitu menjadi agen rasmi Kerajaan Filipina di
Labuan memproses dokumen perjalanan seperti pasport, visa, pusat rujukan dan pusat perlindungan sementara
warga Filipina. Selain itu, dia juga telah dipilih menjadi Ladies’ Captain di Golf Club Labuan. Seorang pati telah
diangkat begitu tinggi tanpa diselidik latarbelakangnya hanya kerana mempunyai wang yang banyak dan kelihatan
ada status.

Selain memegang saham di dalam Labuan Liberty Port Management Sdn.Bhd yang menjalankan pengswastaan
pelabuhan Labuan secara tidak sah, rasuah dan haram, Emelda juga memegang 20,000 unit saham di dalam Tunas
Rakyat Sdn.Bhd.

Jelas Zainuddin lagi, sehingga kini, Emelda masih menjadi pusat perlindungan warga Filipina yang masuk secara sah
atau haram ke Labuan untuk mencari pekerjaan dan kebanyakan mereka ditempatkan di lebih 25 pusat hiburan di
Labuan.

“Mengikut maklumat yang diterima, Emelda turut dikehendaki Interpol kerana terlibat dengan penyeludupan dan
pemerdagangan manusia ke Hong Kong dan Taiwan,” ujar Zainuddin yang yakin Labuan Liberty Port Management
Sdn.Bhd menjadi salah satu pintu masuk dan keluar pekerja seks kerana semua pelaut asing memerlukan khidmat
seks dan hiburan.

Emelda atau terkenal sebagai Amy di kalangan ‘bapa ayam’ dan pelanggan, kata Zainuddin turut memiliki beberapa
pasport Filipina di samping memiliki pasport antarabangsa Malaysia bagi membolehkannya bergerak bebas tanpa
dikesan meninggalkan negara ini untuk tujuan pemerdagangan manusia.

Tegas Zainuddin, beliau telah menghubungi Ignacio R.Bunye, jurucakap Istana Malacanang dan Ignacio telah
mengesahkan melalui telefon dan email bahawa Emelda adalah wakil sah kerajaan Filipina di Labuan.

“Melalui emailnya, Ignacio mengesahkan bahawa Datin Grace Q.Liao, Marilou Chin dan Juvy Ranjit adalah wakil sah
Kerajaan Filipina di Kota Kinabalu, manakala Vic Moran di Sandakan dan Emelda Doliente di Labuan,” ujar Zainuddin
lagi yang terpaksa menyamar sebagai warga Filipina yang mencari pekerjaan dan mendapat alamat email berkenaan
daripada seorang agen pencari pekerjaan di Sandakan.

Manakala wakil Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur, Luis Cruz juga mengakui bahawa terdapat lebih satu juta warga
Filipina di Malaysia dan 450,000 daripadanya berada di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Zainuddin turut menggesa Bank Negara Malaysia menyiasat bagaimana CIMB Bank Berhad dan Credit Guarantee
Corporation Malaysia Berhad (CGCM) boleh meluluskan pinjaman masing-masing RM833,000 dan RM1 juta kepada
Tunas Rakyat Sdn.Bhd yang dimiliki sepenuhnya oleh Emelda dan Alias.

“Pinjaman ini dibuat dengan cara yang tidak teratur, terutama kepada rakyat yang memiliki dua kerakyatan seperti
Emelda untuk menjalankan kegiatan yang tidak bermoral dan bercanggah dengan undang-undang,” ujar Zainuddin
lagi.

Bagi memperkukuhkan dakwaannya, Zainuddin telah membuat laporan polis di Balai Polis Sandakan melalui laporan
bernombor Skn/Rpt/14267/07 pada jam 12.24 tengah hari, 7 November 2007 yang berbunyi;

“Pada jam lebih kurang 11 pagi tadi, saya menerima beberapa dokumen daripada team Parti Keadilan Di Labuan
bahawa seorang Pemegang Saham Labuan Liberty Port Management Sdn.Bhd. yang juga pengarah dan pemegang
saham Tunas Rakyat Sdn.Bhd, Emelda Doliente @ Norsiah Abdullah adalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang
mendapat kad IMM13 secara tidak sah dan kini memegang kad pengenalan merah H8032925/670105-65-5058
kerana terlibat dengan kegiatan penyeludupan wanita Filipina untuk kegiatan maksiat di Labuan. Mengikut siasatan
saya, hanya pelarian perang yang beragama Islam yang datang ke Sabah sekitar 1970-an sahaja diberikan Kad
IMM13, sedangkan Emelda adalah berketurunan Visaya yang memeluk agama Islam sebelum bernikah dengan
Pengarah LLPM iaitu Mohd Alias Abd Rahman, seorang rakyat Brunei yang mendapat taraf warganegara Malaysia.
Saya turut mendapat maklumat daripada Istana Malacanang Filipina bahawa Emelda Doliente adalah Agen Khas
kerajaan Filipina di Malaysia. Pengesahan juga boleh dibuat melalui email totingbunye2000@yahoo.com.
Saya datang ke balai membuat laporan agar polis, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara menyiasat
bagaimana seorang PATI boleh memperoleh IMM13 dan kini mendapat taraf warganegara secara tidak sah dan
menangkap PATI berkenaan. Laporan juga dibuat terhadap Mohd Alias Abd Rahman kerana bersubahat dan membuat
akuan palsu sehingga isterinya memperoleh dokumen pengenalan diri secara tidak sah. Sekianlah laporan saya.”
Dalam pada itu, Malaysia Today yang telah lama memerhati pergerakan Emelda, mendapati Emelda pernah beberapa
kali berjumpa dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman di beberapa lokasi yang agak sulit, namun tidak
dapat mengenalpasti apakah Emelda sebagai wanita yang bernama Emelda yang diwar-warkan mempunyai
hubungan sulit dengan Musa Aman.

Namun, Malaysia Today telah mengenalpasti secara jelas, Emelda telah membantu Raja Syabu Asia, Chin Soon Goon
dan rakannya dari Negara China, Chai mendapat pasport Filipina ketika kedua penjenayah yang dikehendaki Interpol
menginap di Sheraton Manikar Labuan sebelum memindahkan operasi syabu ke Filipina.

Kedua-dua mereka diberkas dalam operasi khas Unit Khas Antidadah Filipina dengan bantuan Interpol dan
Suruhanjaya Kawalan Narkotik Kebangsaan China (NNCC) setelah kedua mereka begitu lama beroperasi di
Penampang Sabah.

Chin dan Chai dikaitkan dengan Jutawan Penyeludup atau Mafia di Labuan, Datuk Seri Panglima Goh Kian Guan @
Goh Swee Hing, namun Goh masih bebas menghirup udara segar sekalipun rumahnya bersempadan dengan tanah
perkuburan Cina yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan canggih.

Mengikut siasatan Team Malaysia Today di Labuan, Goh menjalinkan kerjasama bestari dengan pengendali kontena,
Labuan Liberty Port Management Sdn.Bhd yang diketuai oleh Mohd Alias Abd Rahman dan dikendalikan sepenuhnya
oleh Haji Yusoff Haji Mohammad daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Labuan.

Bagi memastikan operasinya ke tanah besar Sabah berjalan lancar, Goh turut mendapat sokongan Labuan Ferry
Corporation Sdn.Bhd bagi melicinkan kegiatan penyeludupan ke Sabah melalui perkhidmatan feri ulang alik
mengangkut kenderaan daripada Labuan ke Menumbuk.

Labuan Ferry diketuai oleh Kiong Ping Moon @ Peter Kong Ping Sen yang merupakan rakan paling akrab Yusoff
Mohammad, apatah lagi kerana mereka menjalankan perkhidmatan secara haram kerana tidak berlesen.

Abang Peter Kong, Edward Kong turut terlibat dengan kegiatan pelacuran China Doll dan Filipina Doll yang dibekalkan
ke rumah urut, karaoke, spa dan rumah pelacuran. Semua pelacur yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang
sah atau tamat tempoh telah dibawa dengan bot laju melalui jeti Labuan Ferry yang tidak mempunyai pemeriksaan
imigresen dan kastam.

Perkhidmatan pengangkutan kontena dan feri di Labuan Liberty Port Management Sdn.Bhd telah memberikan ruang
dan peluang kepada Goh yang turut menumpukan operasinya di Limbungan Kapal milik Sabah Ship Yard terutama
apabila melibatkan penyeludupan dadah dalam skala besar.

Dalam pada itu, Malaysia Today yang telah lama memerhati pergerakan Emelda, mendapati Emelda pernah beberapa
kali berjumpa dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman di beberapa lokasi yang agak sulit, namun tidak
dapat mengenalpasti apakah Emelda sebagai wanita yang bernama Emelda yang diwar-warkan mempunyai
hubungan sulit dengan Musa Aman.

Namun, Malaysia Today telah mengenalpasti secara jelas, Emelda telah membantu Raja Syabu Asia, Chin Soon Goon
dan rakannya dari Negara China, Chai mendapat pasport Filipina ketika kedua penjenayah yang dikehendaki Interpol
menginap di Sheraton Manikar Labuan sebelum memindahkan operasi syabu ke Filipina.

Kedua-dua mereka diberkas dalam operasi khas Unit Khas Antidadah Filipina dengan bantuan Interpol dan
Suruhanjaya Kawalan Narkotik Kebangsaan China (NNCC) setelah kedua mereka begitu lama beroperasi di
Penampang Sabah.

Chin dan Chai dikaitkan dengan Jutawan Penyeludup atau Mafia di Labuan, Datuk Seri Panglima Goh Kian Guan @
Goh Swee Hing, namun Goh masih bebas menghirup udara segar sekalipun rumahnya bersempadan dengan tanah
perkuburan Cina yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan canggih.

Mengikut siasatan Team Malaysia Today di Labuan, Goh menjalinkan kerjasama bestari dengan pengendali kontena,
Labuan Liberty Port Management Sdn.Bhd yang diketuai oleh Mohd Alias Abd Rahman dan dikendalikan sepenuhnya
oleh Haji Yusoff Haji Mohammad daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Labuan.

Bagi memastikan operasinya ke tanah besar Sabah berjalan lancar, Goh turut mendapat sokongan Labuan Ferry
Corporation Sdn.Bhd bagi melicinkan kegiatan penyeludupan ke Sabah melalui perkhidmatan feri ulang alik
mengangkut kenderaan daripada Labuan ke Menumbuk.

Labuan Ferry diketuai oleh Kiong Ping Moon @ Peter Kong Ping Sen yang merupakan rakan paling akrab Yusoff
Mohammad, apatah lagi kerana mereka menjalankan perkhidmatan secara haram kerana tidak berlesen.

Abang Peter Kong, Edward Kong turut terlibat dengan kegiatan pelacuran China Doll dan Filipina Doll yang dibekalkan
ke rumah urut, karaoke, spa dan rumah pelacuran. Semua pelacur yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang
sah atau tamat tempoh telah dibawa dengan bot laju melalui jeti Labuan Ferry yang tidak mempunyai pemeriksaan
imigresen dan kastam.

Perkhidmatan pengangkutan kontena dan feri di Labuan Liberty Port Management Sdn.Bhd telah memberikan ruang
dan peluang kepada Goh yang turut menumpukan operasinya di Limbungan Kapal milik Sabah Ship Yard terutama
apabila melibatkan penyeludupan dadah dalam skala besar.

COMMENTS (9)
...
written by IbnAbdHalim, January 08, 2008 16:08:20

Aduan tinggal aduan


Sipenjenayah mengaut kekayaan
Rakyat marhaen merempat di jalanan
Si PATI jadi jutawan

Rakyat tempatan buat bising


Hantar balik pendatang asing
Kerajaan pekak tak ambil pusing
"Sure something is missing"

Ada daya ada kehendak


Gunalah dengan bijak
Bila pilihanraya berjejak
UMNO/BN hendaklah ditolak.

report abuse
disagree 0
agree 25

Votes: +25

...
written by kamal, January 08, 2008 16:11:18

Our corrupt BN government administration is like this. U pay money and u can obtain ur Malaysian status.

The BN government will not admit their mistake. They will put anyone who complaints about these matters in prison
and just let the matter fade away.

Honestly is NOT BN style.

The time for the rakyat to get rid of this corrupt BN government only then can we clean our public service.
Read my blog KAMAL-TALKS http://kamal-talksmalaysia.blogspot.com for my comments.

report abuse
disagree 1
agree 22

Votes: +21

...
written by raven1958, January 08, 2008 16:18:04

Pity Sabah.....it looks like its a goner.....maybe the submarines will help to keep the remaining Malaysians in....

report abuse
disagree 0
agree 7

Votes: +7

...
written by Presiden Mesia, January 08, 2008 16:31:08

rasuah, wang, boleh beli undang2...

report abuse
disagree 0
agree 10

Votes: +10

...
written by AO Musa, January 08, 2008 17:55:19

Saya tidak terkejut jika satu hari nanti Malaysia menjadi seperti Bosnia, Iraq and Afganistan. Apabila manusia mula
membelakangkan Tuhan dan kemungkaran seolah-olah menjadi kebiasaan maka bala dari Tuhan pasti berlaku.
Ini bukan satu rekaan kerana disekeliling kita juga sudah berlaku. Di Thailand, Indonesia, Philippines dan macam
macam negara lagi. Buat masa ini, hanya Malaysia dan Singapore (di Asia Tenggara) yang masih selamat. Tapi untuk
berapa lama? Hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui

report abuse
disagree 0
agree 9

Votes: +9

...
written by GermanMachine, January 08, 2008 18:26:59

My dear fellow MT reader, please correct me if I'm wrong. I have frequently come across comments made by PDRM,
ASA and what-s**t-we-have lamenting about not being able to take action unless a report is made. With such stark
revelations, modes operandi, photo and all. NO ACTION IS TAKEN. I mean names of kingpins, wrong-doer and crooks
are mentioned instead of Mr XXX here, they certain can save a lot of time investigating but, no, no report is made. I
wonder why the IGP can initiate investigation into Chua Soi Lek's budding stardom even without the star making any
report...

report abuse
disagree 0
agree 6

Votes: +6

...
written by Bukit Chandan, January 08, 2008 18:34:33

Thanks Pete. The following names have been added to our C-List today:

41. Emelda Doliente @ Norsiah Abdullah


42. Mohd Alias Abdul Rahman
43. Chin Soon Goon
44. Goh Kian Guan @ Goh Swee Hing
45. Yusoff Mohammad
46. Kiong Ping Moon @ Peter Kong Ping Sen
47. Edward Kong

Best Regards.........
bukit-chandan.blogspot.com

report abuse
disagree 0
agree 1

Votes: +1

...
written by ahmadbadrul40, January 08, 2008 20:36:26

Prostitution is big business in Malaysia. Tell me which police is not involve? Tell me politician has not been to those
spa? Everybody knows many hotels in Malaysia provides those service.

report abuse
disagree 1
agree 4

Votes: +3

...
written by Ara Penang, January 08, 2008 23:50:51

assalam..may Allah bless us forever from the idiot person..takbir...only the holy way Malaysia will be peace and strong
of soul..wasalam
report abuse
disagree 1
agree 3

Votes: +2

WRITE COMMENT
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

Close Window

You might also like