You are on page 1of 22

Tutorial M3

Banding Dan Beza Dengan Menggunakan Borang Pengurusan Grafik (PG) Tentang Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya Dari Aspek Guru,murid, Sekolah Dan Kurikulum Tersirat. Yew Su Jian
Low Jian An Ng Sin Jie Lau Yen Hong

Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya kepada MURID


Budaya merupakan faktor pengaruh yang paling berkesan ke atas perkembangan individu. Menurut Marcelle, DuPraw dan Axner, terdapat enam corak asas budaya :
1 2 3 4 5 6 Gaya Komunikasi Sikap terhadap konflik Pendekatan dalam menyelesaikan tugasan Gaya menyelesaikan masalah Sikap terhadap pendedahan pandangan Pendekatan untuk mengetahui / belajar

Kemahiran dan Penguasaan Bahasa


Pelajar yang hanya menguasai dislek atau bahasa ibunda akan menghadapi masalah dalam pembelajaran, kurang faham terhadap penerangan guru dan seterusnya ketinggalan dalam pelajaran Sebalik itu, pelajar yang menguasai dua / lebih bahasa akan lebih mudah menguasai pembelajaran memandang sinapsis telah terbentuk dalam otaknya.

Kaum Etnik
Pelajar yang tinggal dan belajar dalam lingkungan satu etnik sendiri akan menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan kaum / etnik yang lain kerana mereka kurang mendapat pendedahan akan budaya kaum lain. Pelajar yang belajar di kawasan pelbagai kaum akan belajar bahasa etnik lain dan belajar menghormati serta menerima satu sama lain.

Kelas Sosial
Pelajar dari golongan miskin akan menghadapi maslah berkaitan dengan pembiayaan, kemudahan belajar, kurang kelengkapan untuk belajar. Pelajar dari golongan sederhana dan kaya dapat menghadiri tuisyen, mendapat bimbingan dan dorongan yang khusus daripada keluarganya.

Petempatan
Bandar / pinggir bandar lebih terdedah kepada kepelbagaian budaya etnik yang berbeza. Luar bandar / pendalaman selalu mengamalkan budaya yang sama , etnik yang sama. Tindakan dan pandangan mereka terhadap pendidikan yang ditunjukkan kurang mencabar berbanding dengan mereka di bandar besar.

Gaya Berfikir dan Gaya Belajar


Gaya Belajar
Auditori = mudah belajar melalui proses mendengar Visual = cepat belajar melalui proses mendengar dan melihat Kinestatik = Belajar melalui proses membuat, hands on

Gaya Berfikir
Bergantung latar = Perlu bantuan latar persekitaran untuk memahami dan menanggapi pembelajaran Bebas latar = Tidak memerlukan bantuan latar persekitaran untuk memahami pembelajaran Impulsif = Bertindak tanpa berfikir panjang. Cepat bertindak Reflektif = Bertindak selepas berfikir secara mendalam. Teliti dan lambat respons.

Gender
Perempuan lebih tekun, mematuhi peraturan sekolah. Perempuan lebih kemas dan teratur Perempuan menunjukkan prestasi baik di peringkat rendah manakala Lelaki menunjukkan prestasi baik di peringkat menengah. Lelaki biasanya mendapat perhatian guru dalam P & P. Lelaki lebih baik dalam subjek pengiraan dan lemah dalam bahasa.

Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya kepada GURU


Tugas guru adalah untuk membimbing pelajar mencapai potensi diri dalam pencapaian akademik, sosial dan vokasional. Guru perlu mengkaji dan memahami budaya setiap kaum etnik pelajar di dalam kelasnya untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memanfaatkan semua pelajar. Tidak seharusnya menggunakan cara yang sama untuk melayani pelajar.

Penerimaan dan Layanan Adil


Guru tidak seharusnya melayani pelajar sebagai satu kelompok individu, kelompok kelas sosial atau kelompok mengikut kaum etnik tetapi sebagai individu yang mempunyai keunikan sendiri. Guru perlu memberikan layanan yang adil mengikut keperluan individu pelajar.

Dengan memahami latar belakang pelajar, dapatlah guru merancang pembelajaran yang sesuai dan memberikan layanan yang adil terhadap pelajar daripada kelompok.

Strategi Pembelajaran Koperatif


Kesaksamaan pendidikan lebih bergantung pada persekitaran tempat tinggal pelajar, faktor status sosioekonomi keluarga dan gaya pembelajaran. Melalui pembelajaran koperatif, pelajar dalam kumpulan heterogenous dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman, belajar bersamasama, saling membantu dan berinteraksi untuk memastikan pencapaian kumpulan.

Pengurusan Bilik Darjah dan Pengurusan Hubungan


Dengan menggunakan kajian sosiometri, guru dapat melihat hubungan antara pelajar di dalam bilik darjah. Pelajar yang menjadi plihan ramai ialah bintang. Pelajar yang saling memilih ialah pasangan saling. Pelajar yang saling memilih dalam lingkungan bertiga atau berempat ialah klik. Pelajar A memilih pelajar B. Pelajar B memilih pelajar C ialah rantaian. Pelajar yang dipilih sebagai tidak disukai ialah singkiran. Pelajar yang tidak dipilih langsung ialah pengasing.

Aspirasi/Jangkaan Guru
Aspirasi guru merujuk kepada harapan yang diletakkan oleh guru ke atas pelajar untuk mencapai prestasi tertentu. Guru dan pelajar bergerak untuk mencapai matlamat tersebut. Jangkaan guru merujuk kepada matlamat yang dijangka akan dicapai pelajar dibuat pada awal tahun.

Pemilihan Bahan Sumber


Pembelajaran yang berkesan akan mudah berlaku sekiranya bahan sumber pembelajaran sesuai dengan pengetahuan dan budaya pelajar. Sumber pembelajaran yang memanfaatkan kepelbagaian sosiobudaya ialah bahan yang biasa kepada pelajar yang dapat meningkatkan pemahaman aspek yang dipelajari misalnya Matematik dan Sains.

Menghormati adat resam, kepercayaan dan amalan ritual pelbagai etnik di Malaysia adalah satu tuntutan yang perlu diberi perhatian oleh semua guru dalam melayani kepelbagaian di dalam bilik darjah.

Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya kepada SEKOLAH


Jenis Jenis sekolah
Peringkat Rendah , Peringkat Menengah
Setiap jenis sekolah mempunyai fokus dan budaya yang berlainan.

Lokaliti Sekolah
Bandar mempunyai latar belakang sosiobudaya : kelas sosial dan entik. Luar bandar / pedalaman biasanya merangkumi 1 / 2 kaum etnik yang mempunyai taraf sosioekonomi rendah.

Kepemimpinan Sekolah
Pengurus yang baik mewujudkan iklim sekolah yang mesra , motivati dan bekerjasama sebagai satu pasukan

KURIKULUM TERSIRAT
Kurikulum tersirat merujuk kepada cara budaya disalurkan dan sikap dibentuk melalui proses pengajaran pembelajaran dan pengurusan organisasi sekolah. Kurikulum tersirat merupakan nilai implisit atau yang tidak dirancang pencapaiannya tetapi terlaksana hasil daripada amalan di dalam bilik darjah sebagai kesan proses pelaksanaan kurikulum formal.

Kurikulum Terancang
Kurikulum formal: didokumentasikan pada setiap peringkat persekolahan. (KBSR, KBSM dan sukatan pelajaran) Kurikulum pengajaran: proses pelaksanaan kurikulum formal didalam bilik darjah. Amaln guru dalam melaksanakan kurikulum atau sukatan pelajaran.

RUMUSAN
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO - BUDAYA
GURU
y Penerimaan dan layanan adil kepada semua murid. Strategi pembelajaran kooperatif Pengurusan bilik darjah dan hubungan Pemilihan bahan sumber P & P y

MURID
Budaya mempengaruhi cara individu untuk berfikir, bertindak, memberi pandangan dan sebagainya. Kemahiran dan penguasaan bahasa Kepelbagaian kelas social / etnik Petempatan rumah Kepelbagaian gaya berfikir dan belajar Layanan dan perlakuan ikut jantina y

SEKOLAH
Kewujudan pelbagaian y jenis sekolah : SK, SMK, SJK ( C ), SJK ( T ), SMKA, SBP, SMS, dan SMT. y Lokasi sekolah dipenuhi dengan pelbagai latar belakang sosio budaya Kepimpinan sekolah

KURIKULUM TERSIRAT
Pelajar belajar melalui : struktur organisasi sekolah dan budaya sekolah Pelajar dapat mesej hasil tindakan & amalan guru, pemilihna isi pelajaran, teks, bahasa, layanan individu serta tindakan balas guru & pelajar.

y y y

y y y y y

You might also like