You are on page 1of 9

Pemikiran Emotivis

Definisi
Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih.

Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk kepada kebangkitan perasaan. Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah mengikut pernyataan fakta seperti yang dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah mengikut emosi, sikap atau perasaan.

emotivis berpendapat bahawa pentafsiranpentafsiran moral tidak menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dunia ini tetapi hanya merupakan pernyataan mengenai emosi atau perasaan orang yang membuat pentafsiran atau pernyataanpernyataan moral.

Berdasarkan pertimbangan moral, seseorang itu mula-mula menyatakan perasaannya dan kemudian akan cuba mengajak orang lain berkongsi perasaan itu.

Menurut pandangan emotivis, pertimbangan moral adalah subjektif, dan tidak memerlukan sebarang teori asas yang istimewa atau yang boleh mendukung perlakuan moral. Pandangan emotivis memberi sumbangan dengan memperkenalkan satu dimensi yang penting yang bukan sahaja berfokus kepada pemikiran rasional, malah emosi moral.

Contoh pemikiran emotivis


y

Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat letak kereta Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita tersebut enggan menyerah keretanya kepada perompak tersebut. Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir panjang lalu menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya. Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan murid tersebut Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar

Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan

Sifat-sifat emotivis
Agresif Pendiam Cepat tersinggung Kuat cemburu Sentiasa tertekan emosi Berat untuk bergaul dengan orang ( suka bersendirian ) Rajin memperbaiki diri

Kesan pemikiran emotivis


Wujudnya masalah moral disebabkan ketidakmantapan dalam mengawal emosi Kebangkitan emosi menyebabkan gugup, gementar, suka, duka, marah dsb. Bertindak secara tidak menentu disebabkan pengaruh keadaan semasa dan mengikut emosi

You might also like