You are on page 1of 3

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Gambar-gambar boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan. Latihan

pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambargambar yang dimasukkan dalam teks latihan. Di samping itu, kad-kad imbasan

bergambar, carta bergambar, bahagian filem dan slaid sering juga digunakan. Semua alat bantu ini digunakan dalam latih tubi supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang diperlukan oleh guru. Kaedah pandang dan sebut ini mementingkan dua perkara: i) Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar. ii) Menyembunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.

PROSES KAEDAH PANDANG DAN SEBUT. 1) Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya. Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan tidak juga dieja, tetapi terus disebut perkataan itu. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikut kaedah ini disertakan dengan gambar. 2) Dalam hal mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta mengecam terus ayatayat yang pendek dan mudah dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. untuk terus membaca. 3) Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan. 4) Kaedah ini dikenali juga dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat. 5) Kaedah ini sangat baik dan sesuai digunakan bagi mengajar bacaan Jawi terutama bagi perkataan-perkataan yang tidak tetap sistem bunyinya untuk dieja. Setelah mengecam, kanak-kanak tersebut diminta

KELEBIHAN KAEDAH PANDANG DAN SEBUT. 1) Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka dapat mempelajari sesuatu secara keseluruhan dan dapat menarik minat murid-murid. 2) Bersesuaian dengan resmi semulajadi kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu daripada keseluruhan kepada behagian-bahagiannya. 3) Kaedah ini daripada awal amat mementingkan makna. Dengan itu kanak-kanak daripada mula sudah mendapat latihan untuk memahami apa yang dibaca oleh mereka. 4) Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul daripada mulanya.

KELEMAHAN KAEDAH PANDANG DAN SEBUT. 1) Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayatayat yang telah dipelajari sahaja. 2) Kaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf secara formal. Mereka mungkin agak lambat dalam mengenal bunyi dan suku kata. 3) Murid-murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri.

PERINGKAT PENGAJARAN KAEDAH PANDANG DAN SEBUT. i. ii. iii. iv. v. Latihan menyebut perkataan. Latihan mencerakinkan perkataan menjadi suku kata. Latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama. Latihan membina dan membaca ayat. Menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai.

Peringkat pengajaran kaedah pandang dan sebut untuk murid-murid pra sekolah harus dimulakan daripada peringkat awal dan rendah. Sebagai contoh, proses

pengajaran hendaklah dimulakan dengan tunjuk ajar, cara-cara dan teknik untuk membatang suku kata dan perkataan berpandukan gambar-gambar yang disediakan. Kemudian, murid-murid dilatih dan diajar untuk membaca ayat dengan intonasi yang betul oleh guru. membina ayat-ayat yang ringkas. Selain itu, guru-guru yang bertindak sebagai pembimbing kepada kanak-kanak perlu membina dan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai semasa proses pembelajaran. Hal ini termasuklah penggunaan gambar-gambar yang menarik Selepas itu, murid-murid akan dibimbing untuk

kepada murid-murid. Di samping itu, guru-guru juga harus menggunakan kad-kad huruf yang sesuai kepada kanak-kanak. pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk menggalakkan

murid-murid supaya ingin belajar dan menarik minat mereka dalam proses

You might also like