You are on page 1of 4

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 1.0 PENDAHULUAN Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan bahasa puisi / prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang bertindak sebagai konduktor. Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk menyampaikan mesej pasukan atau kumpulan. Dalam kumpulan/ pasukan itu akan ditonjolkan pelbagai intonasi suara seperti suara-suara halus dan garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang nyaring serta berbagai-bagai lagi. Suara individu boleh digunakan sebagai suara solo. 2.0 PENGENALAN Bicara Berirama adalah pertandingan yang dianjurkan oleh Sub Unit Bahasa Melayu, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Diharapkan dengan pertandingan ini akan dapat menggalakkan dan meningkatkan penguasaan serta penggunaan bahasa Melayu Baku dan bahasa Melayu yang indah dalam kalangan murid-murid sekolah menengah khasnya. 3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 3.1 Sasaran Pertandingan ini terbuka untuk murid sekolah rendah (Tahun 3 hingga 6) sahaja. Setiap kumpulan / pasukan mestilah dari sekolah yang sama. Digalakkan penyertaan berbilang kaum. 3.2 Masa Persembahan hanya dihadkan selama 12 hingga 15 minit.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

32

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH KERTAS KONSEP

3.3 Kumpulan Setiap kumpulan/ pasukan mestilah berjumlah 27- 30 orang ( termasuk seorang konduktor ). Setiap kumpulan / pasukan mestilah diiringi oleh 3 orang guru pengiring. 3.4 Teks/ Skrip Skrip adalah bertema sama ada dalam puisi atau prosa. Skrip mestilah dikarang / reka sendiri dan autentik. Setiap pasukan TIDAK DIBENARKAN membaca atau merujuk nota / teks / bahan bercetak dan bertulis semasa membuat persembahan. Skrip yang dikarang / reka mestilah tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti agama, kaum, budaya dan peribadi seseorang. Skrip yang dikarang hendaklah dihantar kepada penganjur selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum pertandingan. 3.5 Pakaian Semua peserta mesti memakai pakaian seragam yang mengikut tema pertandingan yang akan ditetapkan. Hanya konduktor dibenarkan memakai sarung tangan putih. 3.6 Alatan Penggunaan mikrofon adalah tidak digalakkan. Sekiranya ada, mikrofon tersebut hendaklah diletakkan dua (2) meter daripada peserta. 3.7 Sokongan Sebarang alatan/ sokongan seperti muzik, nyanyian, lakonan, berdrama, prop, bahan latar yang bertujuan untuk membantu persembahan, latar bunyi sama ada dalam bentuk elektronik, bercetak atau bertulis tidak dibenarkan. Gerakan fizikal dibenarkan tetapi peserta tidak dibenarkan membuat langkahan ke sebarang arah. 3.8 Pentas Susunan pasukan di pentas adalah bebas mengikut kreativiti pasukan masing-masing. Susunan yang dbenarkan tidak melebihi tiga baris. Susunan pasukan 3 tetingkat baris dibenarkan. (Peraturan pergerakan masih kekal seperti di atas). 4.0 LARANGAN Peniruan bunyi dan suara dibenarkan tetapi tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama dan budaya masyarakat Malaysia secara langsung

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

32

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH KERTAS KONSEP

5.0 KRITERIA PENGHAKIMAN 5.1 Persembahan Ujaran (30 markah) Kejelasan, ketepatan dan keseragaman kata, frasa atau ungkapan dengan intonasi, rima dan irama yang sesuai. 5.2 Keseragaman Persembahan (15 markah) Formasi berbentuk objek dan pergerakan. 5.3 Kreativiti (10 markah) Kesesuaian, kepelbagaian dan keselarasan suara dan gerak bermakna. yang

5.4 Kesan Bunyi (5 markah) Bunyi gerakan fizikal seperti tepuk tangan, petikan jari, hentakan kaki dan lain-lain lagi. 5.5 Penghayatan (10 markah) Ekspresi mimik muka dan bahasa tubuh. 5.6 Tempo dan Ritma (10 markah) Sela masa yang tetap dan dalam bentuk kumpulan, Jeda antara segmen, Ad-lib (sahut-menyahut) antara SUARA SOLO dan SUARA RAMAI. 5.7 Konduktor (20 markah) Keselarasan gerak tangan, mimik muka, tempo dan kepimpinan. 5.8 Penalti (tolak 10 markah) Sekiranya menyentuh isi-isu yang dinyatakan dalam syarat-syarat pertandingan, membawa dan menggunakan bahan sokongan, melebihi had masa atau kurang 5 minit dan persembahan yang keterlaluan. 5.9 Skrip 5.9.1 Tema/ Mesej (10 markah) Isi yang bernas, sesuai dan jelas mengikut tema dan mencapai kehendak audiens. 5.9.2 Bahasa ( 40 markah) Baku dan gramatis. Penggunaan kata, frasa dan ungkapan. Bahasa percakapan (dialog) yang digunakan sesuai. Penggunaan bahasa bombastik dan dialek tidak digalakkan.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

32

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH KERTAS KONSEP

5.9.3 Cerita (30 markah) Ada kesinambungan cerita. Jalan cerita jelas dan menampakkan keaslian (originality). Arahan dalam skrip dinyatakan dengan jelas dan difahami. 5.9.4 Watak (10 markah) Mempunyai watak SUARA SOLO dan SUARA RAMAI. Kesesuaian penampilan watak dengan ujaran. 5.9.5 Kreativiti (5 markah) Mempunyai unsur kecindan untuk melengkapkan jalan cerita, Menggunakan frasa ujaran tertentu yang biasa didengar khalayak dan sesuai dengan tema. 5.9.6 Markah Bonus (5 markah) Memperaga dan mempersembahkan skrip memperlihat kesungguhan pasukan. Menyediakan sinopsis atau kandungan dalam skrip. 6.0 7.0 KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD HAL- HAL LAIN Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat pertandingan pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusan adalah muktamad. untuk

9.0 AM Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

32

You might also like