You are on page 1of 12

MINGGU 3 : Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

Aplikasi Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet

ETIKA KOMPUTER  Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).  Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat MASALAH MORAL DAN ETIKA Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:
y y y y y Penggertak Penyalahgunaan internet Virus Hak cipta Perisian cetak Rompak

Penggertak:
y Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan. y Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuankemusnahan

Penyalahgunaan internet
y Konsep langit terbuka yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.

Virus:
y Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian computer.

Hak cipta terpelihara

y Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undangundang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu

Perisian cetak rompak:


y Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual

PRINSIP ETIKA KOMPUTER Keseimbangan keizinan temaklum keadilan Meminimum-kan risiko PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT 1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain. 2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain. 3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain. 4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri. 5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu. 6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah 7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran. 8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri. 9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan. 10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.

http://bmm3105wanie.blogspot.com/2011/02/aplikasi-garis-panduan-etika-penggunaan.html

1.0 Tujuan Etika ini adalah bertujuan bagi memastikan penggunaan Internet dan e-mel kementerian yang teratur dan terkawal oleh warganya. Ianya berpandukan dan hendaklah dibaca bersama-sama Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 1 Tahun 2003 iaitu Garispanduan Panduan Mengenai Tatacara Pengunaan Internet Dan mel Elektronik Di Agensi-agensi Kerajaan. Etika ini merupakan maklumat tambahan kepada PKPA tersebut dan bagi memenuhi keperluan persekitaran khusus bagi pengguna Internet dan e-mel di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. 2.0 Latar Belakang Dalam era globalisasi penggunaan internet dan e-mel tidaklah dapat disangkal lagi tentang betapa pentingnya kemudahan ini dalam urusan kerja seharian. Begitu juga dengan sektor awam telah bersama-sama menggunakan saluran ini untuk menyebarkan maklumat sama ada dengan dunia luar atau antara agensi, jabatan, cawangan, bahagian, unit dan juga orang ramai. Sungguh pun penggunaan internet dan e-mel tiada sempadan, pengguna hendaklah menyalurkan maklumat yang berkualiti dan positif supaya tidak menjejaskan imej Kementerian. Dengan itu garis panduan penggunaan internet dan e-mel ini dibuat untuk dijadikan sebagai panduan kepada pengguna di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani semasa menggunakan kemudahan internet dan e-mel. 3.0 Etika Penggunaan E-mel 3.1 E-mel adalah alat untuk komunikasi rasmi kementerian dan semua pengguna mempunyai tanggungjawab untuk menggunakan sumber ini dengan betul, cekap, berkesan, beretika dan berbudi bahasa pada sepanjang masa dan

keadaan. 3.2 Semua akaun e-mel di dalam sistem e-mel kementerian adalah hak milik kementerian dan bukannya individu serta kementerian mempunyai hak untuk mengawasi dan memantau sebarang penggunaan akaun e-mel. 3.3 Penyelaras Komputer atau Ketua Pembantu Tadbir setiap Bahagian/Cawangan/Unit perlu menghantar memo kepada Bahagian Teknologi Maklumat untuk membuat permohonan untuk mewujudkan akaun e-mel kepada pengguna baru yang berkelayakan untuk mendapat perkhidmatan e-mel. 3.4 Pengguna bertanggungjawab bagi memaklumkan kepada pentadbir e-mel sekiranya bercuti panjang atau berkursus panjang atau akan bertukar keluar dari MOA. Akaun e-mel yang didapati tidak digunakan atau tidak aktif lebih 2 daripada 30 hari secara berterusan akan dihapuskan terus dari sistem e-mel kementerian. 3.5 Pengguna tidak dibenarkan menyimpan e-mel di server e-mel kementerian (bagi yang menggunakan client outlook express dan Microsoft outlooks) kecuali pengguna yang telah dibenarkan berbuat demikian. Semua e-mel perlu dimuat turun ke local disk di PC masing-masing dan mana-mana kotak e-mel pengguna di pelayan (server) yang didapati penggunaan 80% dari saiz 200MB akan diberi peringatan untuk membuat house keeping. 3.6 Bagi para pengguna yang mencapai e-mel menggunakan web mel perlu membuat penyenggaraan kotak e-mel sendiri agar tidak melebih kuota 200MB. 3.7 E-mel kementerian tidak boleh disalahgunakan bagi penyebaran atau memperolehi sebarang bahan berunsur fitnah, seks, perkauman dan lain-lain

yang menyalahi undang-undang. 3.8 E-mel adalah satu kemudahan dan sepatutnya digunakan dengan penuh tanggungjawab. Tujuan utama sistem e-mel kementerian adalah untuk kemudahan komunikasi rasmi namun tujuan kegunaan sendiri adalah dibenarkan jika ianya adalah wajar dan tidak menjatuhkan imej kementerian, bukan untuk kepentingan peribadi, tidak menyumbang ke arah yang tidak berguna dan tidak menganggu produktiviti urusan kerja seharian. 3.9 Jangan menghantar salinan mesej kepada orang lain yang tidak memerlukannya terutama kepada kumpulan e-mel kementerian (email groups). Ini akan membebankan sistem e-mel kementerian terutama sekiranya mesej mempunyai lampiran yang banyak dan bersaiz besar. 3.10 Jangan melampir fail melainkan ianya benar-benar diperlukan. Semua lampiran menggunakan format .exe, .com dan .bat tidak dibenarkan kerana format ini adalah berisiko virus. 3.11 Penerimaan e-mel dari yahoo.groups melalui sistem e-mel kementerian adalah disekat. Pengguna bolehlah menggunakan e-mel percuma lain bagi mendaftar dan menggunakan kemudahan ini. 3.12 Semua e-mel yang telah diimbas dan didapati adalah spam atau bervirus atau tidak dibenarkan oleh sistem SOPHOS puremessage kementerian akan disekat atau dihapuskan dari dikirim atau diterima. 3.13 Hadkan saiz dan bilangan fail yang ingin anda lampirkan ke dalam mesej (jangan terlalu besar). Semua e-mel (termasuk lampiran) tidak boleh melebihi saiz 20MB, bagi mengelakkan serangan e-mel bombing atau penafian perkhidmatan ke atas sistem e-mel kementerian. 3.14 Memaklumkan penerimaan melalui kemudahan acknowledge receipt atau

minta penerima (dalam mesej anda) untuk memaklumkan penerimaan. 3 3.15 Peraturan Asas bagi Pengurusan E-mel yang baik : a) Pengurusan kandungan dan penyenggaraan kotak mel pada komputer mikro (PC) masing-masing adalah menjadi tanggungjawab pengguna sendiri. b) Periksa mailbox anda di server e-mel MOA sekurang-kurangnya sekali sehari kecuali atas sebab-sebab yang dibenarkan atau tidak dapat dielakkan. c) Baca semua mesej e-mel baru dan berilah perhatian kepada priority (keutamaan) mesej yang dilabelkan (sekiranya ada) oleh pengirim mesej tersebut. d) Membalas mesej secepat mungkin terutamanya yang melibatkan para pelanggan kementerian (seperti pelajar, pesara, penjawat awam, agensi awam dan swasta) serta membuat anggaran untuk membalas mesej dalam waktu yang sepatutnya. e) Jangan biarkan mesej bertambah di dalam folder inbox anda. Anda mungkin terlepas pandang mesej yang lebih utama yang tersorok di antara yang lama ataupun mesej-mesej yang sudahpun dibaca. Sebaiknya buatlah folder-folder berasingan yang khusus dan bersesuaian serta memindahkan mesej-mesej tersebut ke folder berkenaan untuk rujukan di masa depan. f) Memadamkan mesej-mesej yang tidak lagi diperlukan terutamanya yang mempunyai lampiran di mana ini dapat menjimatkan ruang storan di PC anda. g) Memadamkan mesej yang tidak berkaitan sebaik sahaja anda

menerimanya terutamanya spam dan e-mel bervirus. h) Membuka folder Sent Item sekurang-kurangnya sekali seminggu dan memadamkan salinan mesej-mesej lama yang telah berjaya dikirim sekiranya tidak lagi diperlukan. i) Sentiasa memastikan buku alamat anda dikemaskini. 3.16 Keselamatan e-mel a) Lindungi sebarang maklumat terperingkat (rahsia, sulit, terhad dan sensitif) yang dihantar melalui e-mel. Antara kaedahnya ialah dengan menggunakan teknik penyulitan (encription) atau katalaluan. b) Simpan salinan mesej yang penting terutamanya lampiran. c) Jangan menghantar e-mel kepada seseorang dengan mengunakan akaun penguna dan katalaluan orang lain melalui apa cara sekalipun. 4 d) Anda adalah dilarang menggunakan cara-cara tertentu untuk menyamar sebagai penghantar e-mel yang sah. Hubungilah helpdesk Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) dengan segera jika anda mengesan atau mengesyaki alamat e-mel anda telah disalahgunakan oleh orang lain atau berlakunya kes penyamaran alamat e-mel. Pentadbir e-mel akan mengambil langkah keselamatan dan pengesanan yang perlu untuk mendedahkan identiti penyamar dan memastikan kejadian itu tidak berulang. e) Simpan katalaluan secara sulit dan hendaklah diubah dari semasa ke semasa melalui penggunaan sistem web mel. f) Anda hendaklah sentiasa mengimbas fail dalam kotak mel dengan perisian anti-virus. Berwaspadalah kerana e-mel adalah cara paling mudah untuk menghantar virus dari sebuah komputer ke komputer

yang lain. Anda juga hendaklah mempastikan fail yang akan dihantar melalui lampiran (attachment) bebas dari virus. Jika tidak ,dengan cara tidak sengaja anda mungkin telah menyebabkan virus itu merebak dengan meluas dan merumitkan langkah-langkah pembaikan. g) Jangan daftarkan diri anda menggunakan e-mel rasmi kementerian dalam senarai e-mel, kumpulan perbincangan, muat turun, pendaftaran di internet yang menyebabkan anda menerima sejumlah e-mel berbentuk komersil, porno dan lain-lain yang tidak diundang dengan banyak pada setiap hari (e-mel spam). Jika berlaku demikian, hubungi pentadbir e-mel untuk dibuat sekatan di gateway melalui sistem antispamming MOA. 4.0 Etika Penggunaan Internet 4.1 Pihak Kementerian berhak menyekat sebarang laman web dan kandungan internet dari semasa ke semasa terutamanya yang berunsur negatif, pornografi, permainan dan perjudian melalui internet. 4.2 Sebarang penggunaan Instant Messaging (IM) dan web chatting adalah dilarang kecuali dengan kebenaran pihak pentadbir rangkaian MOA. 4.3 Pilihlah masa lawatan yang sesuai iaitu masa di luar waktu beban puncak untuk memastikan anda mendapat maklumat dengan cepat tanpa membazir masa dan kos semasa capaian. Masa penggunaan yang dicadangkan adalah dari jam sebelum 8.15 pg., 1.15 ptg hingga 2.15 ptg. dan selepas 5.00 ptg. 4.4 Kebanyakan laman merekodkan pelawat yang melawat lamannya. Berwaspadalah apabila berkunjung ke sesuatu laman terutamanya yang dilarang atau yang boleh menjejaskan maruah anda, organisasi dan negara anda. Maklumat anda yang mereka perolehi mungkin akan digunakan untuk tujuan tertentu. 5

4.5 Browse atau carilah maklumat menerusi WWW yang berkaitan dengan tugas anda sebagai penjawat awam sahaja. Bertindaklah sebijak mungkin di dalam membuat carian (searching) dengan mengkhususkan bahan atau perkara yang diingini dan memilih search engine yang popular agar carian itu dapat dilakukan dengan lebih efisyen dan mendapat tindak balas yang lebih cepat. 4.6 Sebagai penjawat awam, anda dilarang daripada melawat laman-laman pornografi, jenayah dan tidak bermoral yang boleh mencemarkan nama baik anda dan kementerian. 4.7 Sebagai penjawat awam, anda juga dilarang daripada melawat laman-laman yang memuatkan maklumat anti kerajaan atau subversif yang bertentangan dengan undang-undang negara dan lebih merbahaya lagi jika anda sendiri menjadi ejen penghantar maklumat yang berunsur fitnah yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman negara dan proses keadilan yang diterima pakai. 4.8 Bertindaklah secara profesional kepada pengguna lain yang ingin mendapat maklumat dari pembekal yang sama. Hadkan masa capaian atau pemindahan dan tamatkan segera sambungan apabila sesi anda selesai untuk memberi peluang kepada pengguna lain. 4.9 Pilihlah masa yang sesuai untuk memindahkan fail. Fail yang bersaiz besar (yang melebihi 2MB) wajar dipindahkan di luar waktu beban puncak. Waktu beban puncak bergantung kepada masa tindak balas di tempat pengguna (rangkaian tempatan) dan masa di tempat pembekal jika ia dilawat oleh ramai pengguna. 4.10 Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk menyemak keperluan hakcipta dan mematuhi segala peraturan mengenainya.

4.11 Segala bentuk perjanjian perkhidmatan dan urusniaga elektronik (kad kredit) yang dilakukan adalah menjadi tanggungjawab pengguna. Jika anda terpaksa mendapatkan perkhidmatan melalui urusniaga elektronik, pastikan pembekal memproses permohonan itu dengan menggunakan pelayan selamat (secured server). Perkara ini amatlah penting untuk memastikan maklumat kad kredit anda tidak di curi (tampered) oleh penceroboh-penceroboh yang melakukan aktiviti pemalsuan urusniaga dengan kad kredit. 4.12 Keselamatan menggunakan internet bagi mengelakkan dari jangkitan spyware, adware, trojan dan virus. a) Pengguna tidak dibenarkan memasang memuat turun (download) sebarang perisian gambling, hotbar, games, searchbar, gator atau melayari laman-laman web yang terlarang seperti pornografi, cracked, games dan lain-lain. Pengguna adalah tidak dilarang untuk memuat turun perisian percuma untuk digunakan sebagai alat bantuan dalam kerja seharian.6 b) Pengguna hendaklah memastikan komputer mereka bebas dari spyware dan virus dengan membuat imbasan yang berkala, sekurangkurangnya seminggu sekali. c) Hanya perisian antivirus SOPHOS yang dibekalkan oleh kementerian sahaja boleh digunakan. 5.0 Pemakaian 5.1 Penyalahgunaan sumber internet dan sistem e-mel kementerian dianggap sebagai salah laku yang membolehkan tindakan tatatertib diambil ke atas individu yang melakukan kesalahan. 5.2 Kementerian mempunyai hak untuk menarik balik atau menggantung sebarang akaun e-mel dan akses internet pengguna yang dikesan atau

dipercayai telah disalahgunakan pada bila-bila masa. 5.3 Semua penggunaan e-mel dan internet MOA adalah tertakluk kepada Etika Penggunaan Internet dan E-mel Kementerian. 5.4 Etika ini mesti dipatuhi sepenuhnya oleh semua peringkat pengguna internet dan e-mel di MOA pada sepanjang masa. http://www.moa.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=3d0c5c18-ea52-4591-93b2ad462628afbc&groupId=10136

Etika Penggunaan Internet KPKT KPKT telah menggunakan kemudahan ICT dalam usaha untuk mewujudkan penyampaian perkhidmatan. Walaupun sistem ICT digunakan bagi meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan sektor awam, terdapat segelintir penjawat awam menyalahgunakan aset ICT jabatan seperti muat turun bahan-bahan (lagu, video, gambar), chatting, melayari laman web yang tidak berkaitan dengan tugas jabatan dan sebagainya dalam atau luar waktu pejabat. Dalam menggalakkan amalan baik serta menangani isu salah laku guna aset ICT, Kerajaan telah menerbitkan kaedah dan penggunaan teknologi yang sesuai berpandukan kepada dokumen-dokumen berikut yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna ICT jabatan: Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan (Pekeliling Am Bil 3 Tahun 2000); Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan ICT (Pekeliling Am Bil 1/2001 bertarikh 4 April 2001); Garis Panduan Pengurusan Keselamatan ICT Sektor Awam (MyMIS); dan Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi Kerajaan (PKPA Bil 1 Tahun 2003) Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) KPKT telah melaksanakan peningkatan infrastruktur keselamatan ICT bagi membendung penularan aktiviti negatif yang mudah dicapai melalui ICT di samping melindungi aset ICT Kerajaan bagi menjamin kesinambungan urusan kerajaan dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan. Justeru, beberapa polisi keselamatan ICT dilaksanakan dan berkuatkuasa serta-merta bagi perkara-perkara berikut: Kemudahan Chatting melalui internet dihentikan dan sekatan secara automatik akan dilaksanakan bagi sebarang cubaan akses; Kemudahan melayari laman web yang tidak berkaitan dengan tugas jabatan seperti laman web porno, chat forum, P2P (termasuk KAZAA, Napster) dan sebagainya turut disekat secara automatik; Kemudahan memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan atas talian seperti permainan elektronik, video, lagu dan gambar yang tidak berkaitan dengan tugas jabatan turut disekat secara automatik Langkah-langkah pelaksanaan polisi keselamatan di KPKT dilaksanakan untuk tidak menjejaskan sistem ICT di pejabat dan memastikan kelancararan tugas rasmi. Ini adalah kerana kegiatan-kegiatan seperti melayari laman web porno atau memuat turun pelbagai gambar, lagu dan video melalui internet pada waktu pejabat akan menggunakan bandwidth (The amount of data that can be transmitted in a fixed amount of time expressed in bits per second or bytes per second) yang tinggi boleh memberi gangguan kepada sistem rangkaian. Sekiranya YBhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan mematuhi polisi yang dimaklumkan tetapi masih menghadapi masalah penggunaan internet, sila laporkan kepada Helpdesk BTM di talian 03-2099 3001 untuk tindakan susulan. Jika terdapat keperluan khusus melayari laman web yang telah disekat, sila e-mel kepada kpktsecurity@kpkt.gov.my untuk semakan dan pengesahan.

Pihak BTM akan memaklumkan pelaksanaan polisi ini melalui e-mel rasmi Kementerian. Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan amat diperlukan untuk memaklumkan kepada semua pegawai dan kakitangan masing-masing supaya mematuhi segala polisi keselamatan ICT ini bagi memastikan kelancaran tugas rasmi.

http://www.kpkt.gov.my/kpkt/index.php/pages/view/209

You might also like