You are on page 1of 3

KRAF TRADISIONAL Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa

dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak, dan warnanya. Barang-barang kraf ini dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu. Bahan yang digunakan tidak terhad. Kebanyakan barang-barang kraf ini pada asalnya dihasilkan adalah untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian. Tukang pandai Melayu terus berusaha mencipta bukan sahaja untuk menghasilkan barang untuk tujuan kegunaan tetapi juga penghasilan bahan yang indah untuk berbagai-bagai tujuan. Terdapat juga ciptaan mereka ini untuk memenuhi ciri-ciri estetika iaitu untuk diamati dan dinikmati. Seni Melayu ini adalah penjelmaan unsur-unsur dari alam semula jadi kepada satu bentuk seni rupa. Karya ini terhasil daripada pengamatan dan pemikiran penciptaannya yang dijelmakan melalui impian, seterusnya mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan alam. Karya seni dalam kebudayaan Melayu ini mempunyai sifat yang tersendiri, bukan sahaja berbeza dengan karya seni kebudayaan-kebudayaan besar di dunia tetapi juga berbeza dengan karya seni daripada kebudayaan kelompok yang berhampiran dengannya. Seni kraf Melayu ini adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Setelah ribuan tahun orang Melayu menghuni alam Melayu dan menganut kepercayaan tradisi Animisme dan Hindu, akhirnya mereka mula mengenali Islam dengan kedatangan Islam ke rantau ini. Sebahagian besar orang Melayu telah memeluk agama Islam, sementara yang lain terus menganut tradisi lama. Sejak itu, kepercayaan orang Melayu telah berubah. Mereka telah meninggalkan pemujaan terhadap patung-patung dan tuhan-tuhan yang banyak. Mereka telah mengetahui dan menyedari tentang keesaan tuhan yang sebenar. Mereka menganggap alam ini sebagai suatu hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementara di dunia dan kehidupan kekal di akhirat. Dari kesedaran ini lahirlah ciptaan yang bukan sahaja sebagai fungsi tetapi memenuhi keperluan kehidupan dunia yang amat rapat kaitannya dengan akhirat. Perbezaan dalam menggarap, mentafsir dan memberikan sesuatu kepuasan dalam pembuatan kesenian telah menambahkan keanekaragaman dalam hasil seni. Ciptaan-ciptaan baru telah lahir dari hari ke sehari dari seorang pencipta kepada seorang pencipta yang lain. Ciptaan-ciptaan seni ini merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka dan ia juga digunakan sebagai kehidupan harian. Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menunjukkan pengaruh Islam di dalam penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif dalam sesuatu penghasilan kraf. Penggunaan ragam hias dan motif-motif dalam hasil karya ini jelas menunjukkan ciri-ciri keislaman. Tiada rupa figura manusia atau binatang yang sebenarnya digambarkan dalam ragam hias kraf tradisional Melayu. Ketiadaan motif ini dalam ragam hias kraf adalah disebabkan berdasarkan ajaran agama Islam menggambarkan bentuk figura manusia atau binatang yang sebenar adalah tidak dibenarkan atau diharamkan. Walaupun terdapat juga tukang Melayu menggunakan motif fauna sebagai subjek untuk mendapatkan sumber ilham dalam penghasilan karya mereka tetapi dengan menggunakan daya kreativiti, mereka telah membuat beberapa perubahan, mengubah bentuk tersebut dengan secara stailisasikan hingga bentuk asal fauna itu tidak jelas kelihatan lagi. Tiada gambaran tentang rupa manusia atau binatang sebenar dalam ragam hias, membuktikan bahawa Seni kraf Melayu adalah melambangkan seni Islam. Ciri-ciri seni Islam yang lain itu jelas diperlihatkan dalam ragam hias

seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur geometri. Subjek daripada flora yang paling banyak diilhamkan sebagai motif dalam ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun, bunga dan sebagainya, di samping penggunaan ayat-ayat daripada al-Quran dan rupa geometri Kesenian dan keaslian ragam hias yang terdapat dalam kraf tradisional tidak berubah dan tetap kekal dari dahulu hingga kini walau pun negara ini telah beberapa dijajah oleh negara luar seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Ini agak berbeza dengan apa yang berlaku di negara lain yang pernah dijajah. Penjajah berusaha untuk menyebar pengaruh budaya mereka. Mereka berusaha membudayakan masyarakat tempatan dengan budaya mereka dalam segala serbi.Ini termasuk juga penggunaan ragam hias penjajah dalam seni kraf tempatan. Ini jelas apa yang berlaku kepada negara Filipina. Penjajah Sepanyol telah berjaya membudayakan orang Filipina dengan ciri budaya mereka. Ragam hias yang terdapat dalam seni kraf Filipina jelas menampakkan pengaruh Sepanyol. Orang Melayu patut bersyukur kerana penjajah tidak menyebar pengaruh budaya mereka dalam budaya tempatan termasuklah seni kraf. Dari aspek pembuatan kraf, apa yang dihasilkan oleh masyarakat peribumi merupakan warisan yang menampakkan susur galur daripada zaman batu lagi. Kraf tangan ini juga mengingatkan kita tentang jati diri rakyat Malaysia umumnya. Kraf tangan masyarakat peribumi ini adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkait dengan alam Melayu. Sumber yang digunakan dalam proses pembuatan juga adalah yang mudah didapati di sekeliling mereka. Namun yang menariknya bagaimana masyarakat ini menggunakan pemikiran kreatif mereka dalam mengolah dan mengubah barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya, estetik dan fungsi. kraf tradisional Melayu mempunyai nilai estetik yang tinggi. Antara objek atau produk yang amat kaya dengan nilai dari aspek budaya, estetik dan fungsi ialah yang melibatkan kelengkapan domestik, tempat kediaman, alat muzik, alat permainan, alat perburuan dan kenderaan. Sebagai sebuah Negara berdaulat, seni kraf Melayu telah mendapat perhatian pihak yang berkuasa, diberi pengiktirafan dan merupakan salah satu komponen dalam warisan Seni Budaya Kebangsaan. Budaya kebangsaan merupakan lambang dan harga diri sesuatu bangsa dan negara. Mengenal dan menghayati kebudayaan sendiri bererti mengenal dan mencintai diri, bangsa dan negara sendiri. Setiap warganegara berhak serta berkewajipan untuk menerima, mengamalkan, menghayati, menjaga, menggali, menyelidik dan mempelajari mana-mana budaya tradisi daripada masyarakat berbilang kaum, lingkungan, keadaan, serta daerah. Kraf tradisional ini perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya ia tetap kekal dan tidak mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran, anyaman, tenunan, tekatan, wau, gasing, songket, tembikar dan barang perhiasan juga mempunyai nilai estetik yang tinggi dan keistimewaannya sama taraf dengan seni budaya tamadun luar. Melalui sistem pendidikan, pengajaran dan pembelajaran Kraf tradisional yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni KBSR dan KMBM, seni budaya bangsa ini dapat diperkenalkan, dikenali dan dipraktikkan oleh anak-anak muda zaman sekarang khasnya murid sekolah.

Rujuk laman web berikut untuk bacaan tambahan mengenai kraftangan

Malaysia, http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/agensi/?c=519

KRAF SEBAGAI HASIL SENI DAN UTILITI


Setiap hasil kraf tradisional Melayu mempunyai keunikannya dan tersendiri. Penghasilan kraf ini disesuaikan dengan bahan yang tertentu. Ini melibatkan budaya penghasilannya seperti penggunaan buluh, selain kayu, kulit kayu, daun seperti daun nipah, daun pandan, daun terap, daun palas dan daun mempelas. Semuanya memperlihatkan kecekapan tukang mahir memanipulasi bahan di persekitarannya. Hasil kraf yang diperbuat daripada buluh adalah seperti bekas air, alat muzik, alat memasak, pembungkusan, tikar, bekas barangan dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan penciptaan ragam hias dan ragam bentuk. Contohnya anyaman tikar. Bahan yang digunakan ialah daun mengkuang atau pandan. Ragam hias yang terdapat pada tikar adalah merupakan bentuk geometri. Ragam hias ini disesuaikan oleh penganyam ada kaitnya dengan bahan yang digunakan iaitu daun mengkuang atau pandan. Daun mengkuang atau pandan yang telah dipotong halus untuk dijadikan jalur- jalur garisan yang kemudiannya dianyam untuk mewujudkan ragam hias pada tikar tersebut. Penggunaan jalur-jalur atau garisan yang panjang ini adalah merupakan identiti atau ciri dan dijadikan satu teknik dalam penghasilan tikar. Anyaman mengkuang atau pandan mempunyai fungsi tertentu. Selain untuk membuat tikar ia juga boleh dijadikan sebagai tudung saji, beg, topi dan sebagainya. Penciptaan keris mempunyai fungsi tertentu. Keris adalah merupakan sejenis senjata tikam yang digunakan secara meluas di keperluan Melayu pada masa dahulu. Keris alah sebagai lambang kepahlawanan orang Melayu. Keunikan rupa bentuk dan hiasannya serta dipercayai mempunyai kesaktian yang luar biasa, keris dianggap sebagai sejenis senjata penting dan masyarakat dan kebudayaan tradisional Melayu.

Nota OUM

You might also like