You are on page 1of 4

Bubur nasi untuk kanak-kanak 1-3 thn

Bahan-bahan ( 1 org makan )


1 mangkuk nasi 1 cwn air suam 2 biji bawang putih 1.5 cm halia ayam atau kentang dipotong dadu (direbus dahulu beberapa minit) ikan bilis goreng daun sup bawang goreng garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-cara 1. nasi dan air dimasukkan dalam blender dan blend. blend jgn terlalu hancur jgn terlalu kasar. biar yg sedang2 jer rupanya.. 2. halia dan bawang putih ditumbuk lumat dan tumis hingga naik bau. 3. masukkan ayam atau kentang atau boleh digunakan kedua-duanya sekali. kacau rata. 4. kemudian masukkan nasi yg telah diblend dgn air. dlm gambar saya tu terkurang air. jd, kalau terkurang air boleh la ditambah air lagi. airnya boleh diadjust ikut kehendak hati masing2. kalau nak bubur tu pekat, kurangkan air, kalau nak bubur tu berkuah atau berair tambah la air ikut kehendak hati. 5. masukkan garam dan lada sulah secukup rasa dan bubur dah pun siap. 6. untuk menghidang, taburkan ikan bilis, daun sup dan bawang goreng utk rasa yg lebih enak.
Bubur Putih Mudah
Bahan-Bahan: 1 Cawan Beras(dibasuh bersih) Sudu Besar Margerin 1 ulas Bawang Putih(dicincang halus) inci Halia (dihiris) Sedikit isi ayam (didadu kecil) Sedikit daging (didadu kecil) Sedikit Lobak Merah(didadu) 1 Biji kecil Kentang (didadu) dan jika suka sediakan sayuran yang anda suka makan Air untuk mereneh garam secukup rasa Daun Sup dan Daun Bawang (sebagai penaik bau dan rasa)-dihiris halus

Cara: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Masukkan Margerin ke dalam periuk sederhana besar yang telah panas. Tumis Halia dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan isi daging dan isi ayam. Tunggu hingga isi ini masak. Masukkan sayuran seperti lobak merah dan kentang. Tunggu hingga separuh empuk. Masukkan beras. Kacau sebati dan di masukkan air. Air perlulah lebih banyak daripada beras. Jangan biarkan ia kering,sentiasa pastikan ianya cukup air dan tunggu hingga nasik betul-betul menjadi bubur..

7. Masukkan daun bawang dan daun sup dan garam secukup rasa. Cadangan Hidangan: Boleh di hidangkan bersama Bawang Goreng atau di masukkan daun bawang dan daun sup untuk menaikkan lagi rasa dan bau. Untuk 3-4 Orang Tambahan: Selamat Mencuba.. Bubur ini juga sesuai untuk semua peringkat umur lebih-lebih lagi kanak-kanak berusia 1 tahun keatas..

Bubur Nasi Pelangi


(Hidangan 10 orang) Bahan-bahan 195g beras wangi, dibasuh dan ditoskan 3l air 2 keping dada ayam 1 biji bawang bersaiz sederhana (potong 8 ala wedges) 1 cm halia, dihiris 1 biji lobak merah bersaiz kecil, diparut 50g kacang buncis, dihiris 1 biji kentang bersaiz kecil, diparut Cara memasak 1. Didihkan 3 cawan air. Masukkan halia, bawang dan ayam. Masak selama 10 15 minit. Asingkan ayam dari stok dan buang kulit, tulang serta siat isi ayam. 2. Masukkan semula tulang ayam ke dalam stok. Tambahkan 10 cawan air ke dalam stok. 3. Masukkan beras ke dalam stok ayam dan masak dengan api perlahan sehingga menjadi bubur. Asingkan tulang ayam dan bawang dari bubur. 4. Campurkan ayam dan sayur. Masak selama 10 15 minit. Bagi bayi yang berumur 6 8 bulan, resipi ini boleh dihidangkan selepas dilenyek. Bagi kanakkanak yang lebih besar, bubur tidak perlu dilenyek dan boleh dimakan terus.

Bubur Oat Dengan Buah


(Hidangan 2 orang) Bahan-bahan 15g oat 100ml susu perahan atau susu 10g pisang, epal, mangga atau betik segar dilenyek 100ml air

Cara memasak 1. Masak oat menggunakan cawan air. 2. Apabila campuran mula mendidih, perlahankan api dan renehkan sehingga likat dan lembut. 3. Tambahkan susu, masak selama seminit. 4. Padamkan api dan biarkan sejuk. 5. Campurkan buah sebelum dihidang. Resipi ini sesuai untuk semua peringkat umur kanak-kanak.

Bubur Nasi Bersama Ayam Cincang dan Lobak Merah


(Hidangan 2 orang) Bahan-bahan 10g beras 6g daging ayam dicincang halus 10g lobak merah dipotong dadu dan direbus hingga empuk 500ml rebusan stok ayam Cara memasak 1. Masak beras bersama stok di dalam periuk. Kacau sesekali. 2. Apabila beras sudah menjadi bubur, tambahkan lobak merah dan daging ayam cincang. Renehkan sehinga masak. 3. Sejukkan dan hidang. Bagi bayi yang berumur 6 8 bulan, resipi ini boleh dihidangkan selepas dilenyek. Bagi kanakkanak yang lebih besar, bubur tidak perlu dilenyek dan boleh dimakan terus.

Mi Ikan
(Hidangan 2 orang) Bahan-bahan 12g kepingan isi ikan dihiris nipis 20g ikan bilis ditumbuk halus 10g mi

3g bayam atau sayur berdaun (choy sum / sawi) dipotong halus 500ml rebusan stok ayam Cara memasak: 1. Rebus mi di dalam periuk sehingga lembut. Tapis dan bilas dengan air sejuk. 2. Cincang mi halus-halus. Asingkan ke dalam mangkuk berasingan. 3. Masak bayam atau sayur berdaun yang telah dipotong di dalam stok sehinga lembut. 4. Tambahkan kepingan isi ikan dan mi ke dalam sup dan didihkan selama satu minit. 5. Sejukkan dan hidang.

You might also like