You are on page 1of 17

TEKNIK BACAAN

BMM 3104
Disediakan oleh; Nor rahizah binti a rahim Bmm2 P p g a m b i l a n j u n 2 0 11

BACAAN INTENSIF
DEFINISI: Kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan ini adalah: -membaca telaah isi (membaca teliti, pemahaman, kritis dan idea) -membaca telaah bahasa (aspek-aspek berkaitan bahasa)

Konsep bacaan intensif


1.Kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru. 2.Asas kepada pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata. 3.Berkaitan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa, iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya 4.Memperkembangkan usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan 5.Gerak laju dan kelainan adalah dianggap penting

Tujuan bacaan intensif


a.Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik b.Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus c.Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya d.Menilai atau mengulas isi yang diperoleh daripada bahan yang dibaca

e. Mengesan, memahami dan menikmati unsur estetik dalam bahasa f. Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai g. Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan.

BACAAN EKSTENSIF
DEFINISI: Kegiatan membaca secara luas. Tujuannya adalah untuk: - memahami isi-isi penting dengan cepat - menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan.

Membaca ekstensif melibatkan perkaraperkara berikut:


a.Membaca tinjauan: dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. Pembaca akan memeriksa, meneliti indeks, daftar kata yang terdapat dalam buku atau melihat judul, bab, rangka kasar, kandungan dan sebagainya. b.Membaca sekilas: membaca melibatkan pergerakan mata yang cepat untuk melihat, memerhati bahanbahan bertulis bagi mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan c.Membaca dangkal: untuk mendapat pemahaman yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca. Bacaan ini tidak memerlukan pemikiran yang mendalam.

Konsep Bacaan Ekstensif


Di lakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru. Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok. Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata, sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita pelajar. Bahan-bahan yang berbeza

Tujuan Bacaan Ekstensif


a.Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada orang lain. b.Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari c.Mendapat pengetahuan sambil berhibur. d.Memperkaya bahasa- perbendaharaan kata, ungkapa, struktur ayat dan sebagainya e.Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan bacaan dan membina daya kreativiti f. Menambah minat membaca

g. Membina daya berfikirdan membentuk sikap yang baik h. Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca i. Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa j. Membentuk tabiat gemar membaca, membuat rujukan dan menggunakan perpustakaan k. Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa.

Pengertian Bacaan Skimming


Skimming merupakan satu kaedah membaca cepat

dengan cara mengumpul maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Merupakan satu proses melihat sepintas lalu atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama. Untuk mengetahui apakah suatu artikel sesuai dengan apa yang kita cari. Untuk menilai artikel tersebut, apakah menarik untuk dibaca lebih lanjut secara terperinci. Kecepatan membaca secara skimming biasanya sekitar 3-4 kali lebih cepat dari membaca biasa.

Tujuan Bacaan Skimming


skimming untuk membaca banyak bahan dalam

jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat penting sahaja.

Teknik Bacaan Skimming


Baca judul, sub judul dan subheading untuk

mengetahui maksud keseluruhan tajuk Perhatikan ilustrasi (gambar atau foto) agar Anda mendapatkan informasi lebih jauh tentang topik tersebut. Baca awal dan akhir kalimat setiap paragraph Jangan membaca kata per kata. Biarkan mata Anda melakukan skimming kulit luar sebuah teks. Carilah kata kunci atau keyword-nya Lanjutkan dengan berpikir mengenai arti teks tersebut

Pengertian Bacaan Scanning


Scanning digunakan untuk mendapatkan informasi

spesifik dari sebuah teks. Scanning juga adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara khusus. Scanning berkaitan dengan menggerakan mata secara cepat keseluruh bagian halaman tertentu untuk mencari kata dan frasa tertentu.

Tujuan Bacaan Scanning


scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan

kita mencari sesuatu maklumat tertentu(bukan menghabiskan bacaan dengan cepat). Kecekapan scanning bergantung kepada penumpuan mental.

Teknik Bacaan Scanning


Perhatikan penggunaan urutan seperti angka,

huruf, langkah, pertama, kedua, atau selanjutnya. Carilah kata yang dicetak tebal, miring atau yang dicetak berbeda dengan teks lainnya. Terkadang penulis menempatkan kata kunci di baris atas setiap perenggan.

SEKIAN

You might also like