You are on page 1of 41

PEMBELAJARAN KOPERATIF

DEFINISI PEMBELAJARAN KOPERATIF


Pembelajaran koperatif didefinisikan sebagai mana-mana situasi belajar dalam bilik darjah, di mana pelajar daripada pelbagai aras pencapaian bekerja bersamasama dalam kumpulan yang berstruktur untuk mancapai matlamat yang dikongsi bersama. Pembelajaran koperatif ialah pengajaran yang menggunakan kumpulan kecil di mana pelajar bekerja bersama-sama untuk memaksimumkan pembelajaran masing-masing dan pembelajaran sesama mereka. Pembelajaran koperatif memerlukan pelajar bekerja bersama-sama mencapai matlamat yang tidak boleh dicapai secara individu.

Dalam 10 tahun kebelakangan ini, PK merupakan pendekatan utama dalam pengajaran di bilik darjah. Kajian yang luas dan menyeluruh menunjukkan pelajar dalam kumpulan koperatif mencapai skor tinggi dalam ujian, mempunyai estim kendiri yang tinggi, berkemahiran sosial yang positif, kurang berpandangan stereotype terhadap bangsa dan etnik lain, dan lebih memahami isi kandungan serta kemahiran yang mereka pelajari.( Johnson, Johnson & Holubec, 1993; Slavin, 1991;`Stahl & VanSickel, 1992 )

Kerja Berkumpulan & Pembelajaran Koperatif


Bekerja dalam kumpulan tidak semestinya belajar secara koperatif. Pembelajaran koperatif menekankan kepentingan mencapai kejayaan bagi setiap ahli kumpulan dalam pembelajaran akademik. Kumpulan pembelajaran koperatif mempunyai beberapa elemen yang mesti dipenuhi sebelum boleh dipanggil kumpulan koperatif.

Elemen Dalam Pembelajaran Koperatif


Objektif jelas dan spesifik. Kenyataan tentang hasil pembelajaran mestilah jelas supaya pelajar boleh buat sendiri, walaupun selepas kerja berkumpulan itu selesai. Pelajar anggap objektif sebagai objektif mereka sendiri. Mereka faham dan setuju setiap ahli mestilah dapat menguasai maklumat atau kemahiran yang telah ditentukan oleh guru.

Elemen Dalam Pembelajaran Koperatif


Arahan jelas. Sebelum memulakan kerja, guru hendaklah memberi arahan yang jelas dan tepat tentang apakah pelajar perlu buat; dengan apa pelajar membuatnya; cara mana menunjukkan penguasaannya terhadap isi pelajaran atau kemahiran. Kumpulan heterogenous. Guru menentukan ahli kumpulan yang bercampur-campur- dari segi kebolehan akademik; etnik; bangsa; dan jantina. Pelajar tidak dibenarkan memilih berasaskan persahabatan dll.

Elemen Dalam Pembelajaran Koperatif


Peluang sama untuk berjaya. Setiap pelajar mendapat peluang yang sama banyak untuk belajar dalam mana-mana kumpulan lain. Saling kebergantungan positif. Pembelajaran distruktur supaya pelajar percaya mereka memerlukan antara satu sama lain- kejayaan atau kegagalan dialami bersama. Interaksi bersemuka. Pelajar disusun supaya dapat memandang muka rakan kumpulan dan boleh berbincang menggunakan suara 12 inci.

Elemen Dalam Pembelajaran Koperatif


Tingkah laku & sikap sosial yang positif. Pelajar belajar menggunakan kemahiran sosial seperti kebolehan memimpin, dirinya boleh dipercayai, boleh mengurus konflik, boleh memberi dan menerima kritikan membina, memberi galakan, bertolak ansur dlln. Akses kepada maklumat penting. Guru hendaklah menstukturkan tugasan supaya pelajar diberi akses kepada maklumat tersebut ( yang selaras dengan kenyataan objektif pembelajaran ).

Elemen Dalam Pembelajaran Koperatif


Peluang melengkapkan tugas memproses maklumat. Untuk berjaya, setiap pelajar mestilah diberi peluang untuk melengkapkan beberapa pemprosesan maklumat dalaman yang selaras dengan objektif seperti memahami, menterjemah, mengaitkan, memberi makna, mengkategori dan menilai kesesuaian maklumat yang dibaca. Cukup masa diberi untuk belajar. Setiap pelajar hendaklah diberi masa yang cukup untuk mempelajari maklumat atau kemahiran yang diharapkan. Tanpa masa yang memadai, manfaat PK hanya minimum.

Elemen Dalam Pembelajaran Koperatif


Akauntabiliti individu. Setiap pelajar bertanggungjawab kepada dirinya untuk berjaya dalam pembelajaran akademik. Setiap orang diuji secara individu untuk menentukan penguasaan mereka bagi isi pelajaran dan kemahiran yang ditetapkan. Penghargaan dan ganjaran bagi kejayaan kumpulan. Hanya ahli kumpulan yang memenuhi atau melebihi aras pencapaian akademik yang ditetapkan menerima penghargaan atau ganjaran. Penghargaan atau ganjaran adalah sesuatu yang dihargai pelajar.

Elemen Dalam Pembelajaran Koperatif


Refleksi selepas tugasan kumpulan atau proses kumpulan. Setelah selesai tugasan kumpulan, pelajar buat refleksi secara sistematik tentang: (1) sebaik manakah matlamat kumpulan tercapai?. ( 2) bagaimanakah mereka membantu satu sama lain memahami kandungan pelajaran, sumber dan prosedur tugasan? (3) Bagaimanakah mereka guna tingkah laku dan sikap positif untuk membolehkan setiap individu berjaya sebagai ahli kumpulan? (4) Apakah yang boleh dibuat supaya kumpulan lebih berjaya pada masa akan datang?

Peranan Guru dalam Pembelajaran


Reka bentuk tugasan yang bermakna yang memerlukan penglibatan aktif pelajar. Bentuk kumpulan heterogenous yang memerlukan pelajar bekerjasama mencapai matlamat bersama. Pada awal pelajaran, agihkan tugasan kepada kumpulan. Selepas itu, bertindak sebagai fasilitator atau jurulatih yang bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan sambil memantau proses pembelajaran. Beri maklum balas dan penilaian yang berterusan.

Peranan Pelajar Dalam Pembelajaran Koperatif


Fasilitator - memastikan rakan kumpulan tumpu perhatian kepada tugasan; ahli kumpulan bertingkah laku sesuai; mulakan perbincangan dlln. Pencatat - buat catatan tentang idea daripada perbincangan; tulis laporan tentang projek; buat rumusan untuk pembentangan dlln. Pelapor- sedia & hantar laporan projek/kerja akhir. Penyemak- membantu fasilitator; mengingatkan ahli kumpulan tentang peranan masing-masing dan tugas sebagai pemikir, penyokong dan penyoal.

Tingkah Laku Dalam Kumpulan


Bercakap dengan suara rendah hanya yang terdekat boleh dengar. Tekun dengan kerja/tugas masing-masing. Meminta bantuan rakan jika memerlukan. Sentiasa memberi sokongan. Meminta diberikan sebab-sebab. Mengkritik idea bukan mengkritik orangnya. Mengakaitkan pembelajaran semasa dengan pembelajaran lampau. Menjalankan peranan yang ditugaskan.

Kaedah Pembelajaran Koperatif


STAD Bahagian Pencapaian Pelajar Berpasukan. Kumpulan Penyiasatan Jigsaw II

Bahagian Pencapaian Pelajar Berpasukan


1) 2) 3) 4) 5)

Mengandungi 5 komponen utama: Pembentangan / kuliah Pasukan Kuiz atau ujian Skor individu; dan Penghargaan kepada kumpulan

Bahagian Pencapaian Pelajar Berpasukan


Pengajaran bermula dengan kuliah. Selepas itu, pelajar dipecahkan kepada kumpulan heterogenous. 4 atau 5 sekumpulan. Pelajar belajar bahan yafng disampaikan guru sebagai persediaan kepada uijian. Kuiz/ujian dijalankan. Dua gred/skor diberi individu & kumpulan Skor individu untuk individu. Sumbangan ahli kepada skor kumpulan dikiraperbezaan skor terkini dengan skor purata dalam ujian terdahulu. Skor kumpulan- menentukan kumpulan mana menerimag ganjaran seperti sijil, pengiktirafan dsb.

Kumpulan Penyiasatan
Langkah 1 Kenal pasti topik penyiasatan dan bentuk kumpulan koperatif. Langkah 2 Pelajar rancang bersama dalam kumpulan. Apa yang hendak disiasat; bagaimana menyiasat; Siapa buat apa; Tujuan penyiasatan dlln. Langkah 3 Menjalankan penyiasatan. Pelajar cari maklumat; analisis data; buat rumusan. Pelajar bincang, jelaskan dan rumus idea.

Kumpulan Penyiasatan
Langkah 4 Buat persediaan untuk hasilkan laporan. Pelajar rancang apa yang hendak dilapor dan bagaimana melaporkannya. Langkah 5 Membentang laporan dalam kelas. Kumpulan lain penilaian berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Langkah 6 Penilaian. Pelajar beri maklum balas tentang topik laporan dan pengalaman yang mereka lalui. Guru dan murid lain menilai pembelajaran kumpulan pembentang dari segi pemikiran aras tinggi.

Jigsaw II
Bentuk kumpulan koperatif yang heterogenous. Setiap ahli kumpulan diberikan bahagian maklumat yang berlainan tetapi diperlukan untuk membuat tugasan bersama. Kejayaan kumpulan bergantung kepada semua ahli membantu satu sama lain mempelajari/menguasai maklumat.

Jigsaw II
Aktiviti seterusnya ialah: Membaca bahan. Perbincangan dalam kumpulan pakar. Laporan pasukan. Ujian Penghargaan kumpulan.

1) 2) 3) 4) 5)

Faedah Pembelajaran Koperatif


Pencapaian: 1. Lebih peluang untuk penglibatan pelajar- setiap ahli kumpulan dapat bercakap- penglibatan serentak. 2. Lebih ramai beri bantuan-bukan guru sahaja- rakan tolong rakan lain. 3. Motivasi pencapaian lebih tinggipencapaian untuk kumpulan.

Faedah Pembelajaran Koperatif


Strategi belajar- boleh mencontohi rakan dalam kumpulan. Kebimbangan berkurang- tidak terpencil. Setiap pelajar ada tanggungjawab. Kejayaan menggalakkan kejayaan lain.

Faedah Pembelajaran Koperatif


Estim kendiri: 1. Pencapaian tinggi menaikkan rasa harga diri. 2. Pujian, penghargaan rakan sebaya dalam kumpulan. 3. Hubungan interpersonal lebih baik.

Faedah Pembelajaran Koperatif


Menyukai sekolah: 1. Manusia lebih sukakan tempat yang membawa kejayaan dan kegembiraan. 2. Suasana bekerjasama dalam BD seronok belajar. 3. Perasaan kekitaan.

Faedah Pembelajaran Koperatif


1. 2. 3. 4.

Hubungan antara kumpulan: Lebih peluang berinteraksi antara kumpulan. Mempunyai matlamat yang sama. Memberi sumbangan secara kumpulan. Mendapat galakan daripada guru kerana bekerjasama.

Faedah Pembelajaran Koperatif


Pemikiran aras tinggi: 1. Interaksi membolehkan pelajar menyusun semula pemikiran mereka meringkas, menjelaskan, memberi contoh pemikiran aras tinggi. 2. Menerima pandangan yang bertentangan/berlainan-menyusun semula kognitif. 3. Berkongsi strategi pemikiran orang lain.

Faedah Pembelajaran Koperatif


Latihan bertukar-tukar fikiran mengurangkan rasa bimbang untuk memberi pandangan. Mendengar pandangan orang lainkesedaran tentang ada pandangan lain daripada pandangan sendiri.

Beberapa Teknik Dalam Pembelajaran Koperatif

1. Temu Bual Tiga Langkah


Bentuk kumpulan 4 orang yang tidak begitu kenal antara satu sama lain. Setiap peserta dalam kumpulan dipanggil dengan abjad A, B , C dan D

Contoh Soalan Temu Bual


Nama orang yang ditemu bual. Pengalaman mengajar. Pengetahuan sedia ada tentang pembelajaran koperatif. Perasaan tentang pembelajaran koperatif. Pengalaman dalam penggunaan pembelajaran koperatif.

Langkah 1 (4 minit): A temu bual B; C temu bual D. Langkah 2 (4 minit): B temu bual A; D temu bual C. Langkah 3 (8 minit): Dalam kumpulan 4 orang: A perkenalkan B kepada C dan D; B perkenalkan A kepada C dan D; C perkenalkan D kepada A dan B; dan D perkenalkan C kepada A dan B.

3. Kepala Bernombor Sama


Aktiviti perbincangan dan kerjasama dalam kumpulan untuk menjawab soalan. Langkah 1: pelajar ikuti kuliah atau membaca bahan yang diberi. Langkah 2: pelajar bentuk kumpulan 4 orang (setiap orang ambil satu abjad sama ada A, B, C dan D)

Langkah 3: Guru kemuka soalan atau soalan boleh disediakan lebih awal. Langkah 4: Ahli kumpulan berbincang untuk dapatkan jawapan. Langkah 5: Guru panggil satu abjad, contohnya B. Langkah 6: B menjawab soalan.

4. Dua Tinggal Dua Merayau


Untuk beri peluang mendapat idea atau mengetahui apa yang dirancang oleh kumpulan lain. Langkah 1: Setiap kumpulan 4 orang membuat label tentang topik yang mereka bincangkan. 2 orang duduk dalam kumpulan, 2 lagi bergerak. Langkah 2: Ahli kumpulan yang bergerak boleh memilih untuk duduk dalam mana-mana kumpulan yang mereka minati. Ahli kumpulan yang tinggal menjelaskan rancangan kumpulan kepada yang merayau. Yang merayau boleh bertanya dan beri cadangan.

Langkah 3: Yang merayau kembali ke dalam kumpulan asal dan melaporkan apa kumpulan lain buat. Langkah 4: Peranan bertukar- yang merayau menunggu kumpulan, yang tinggal pula merayau. Setiap orang dalam kumpulan dapat peluang untuk sekali tinggi dan sekali merayau.

A. B. C. D.

Soalan 1: Apakah yang membezakan pembelajaran koperatif dengan kerja berkumpulan? Ahli kumpulan menerima gred yang sama. Murid bekerja dalam kumpulan kecil. Murid menghasilkan tugasan bersama. Murid saling bergantung antara satu samal lain.

A. B. C. D.

Soalan 2: Kumpulan yang dibentuk guru adalah lebih baik daripada dibentuk oleh murid sendiri, terutama pada peringkat awal, kerana kebiasaannya.. Guru membentuk kumpulan heterogenous Guru membentuk kumpulan berasaskan objektif pembelajaran. Guru menggalakkan pengajaran di kalangan rakan sebaya. Guru menggalakkan tingkah laku yang memberi tumpuan kepada tugasan.

A. B. C. D.

Soalan 3: Faktor yang TIDAK perlu dipertimbangkan oleh guru semasa membentuk kumpulan pembelajaran koperatif ialah: Sikap kerajinan pelajar Pencapaian pelajar Persahabatan di antara pelajar Bahasa ibunda pelajar

Soalan 4: Pelajar yang kerap tidak hadir mengganggu kerja kumpulan koperatifnya. Apakah yang boleh guru lakukan? I. Benarkan dia belajar secara individu. II. Jadikan dia ahli tambahan kepada mana-mana kumpulan. III. Gunakan tekanan rakan sebaya untuk ubah sikapnya. IV. Beri kerja yang boleh siap dalam satu sesi pelajaran. A. I sahaja B. I dan II C. II dan III D. II, III dan IV

Rujukan
Jacobs, G.M, Gan, S.L & Ball, J (1998). Pembelajaran kerjasama. Buku sumber untuk pendidikan perguruan, Serdang: Penerbit UPM. Johnson, D.W & Johnson, R.T (1999). Learning together and alone. Cooperative, competitive and individualistic learning.(5 th ed ) Boston: Allyn and Bacon. Slavin, R.E (1995). Cooperative learning (2 nd Ed. ). Boston: Allyn and Bacon.

You might also like