You are on page 1of 3

Akauntabiliti Keguruan

Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika
dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan
melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala
pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala
keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau
tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran
dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.

2.0 Konsep Akauntabiliti

Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai


bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan
Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan
dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk
mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin
dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban
terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.

3.0 Akauntabiliti keguruan.

Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan


oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan
tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau
tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru
terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion
keguruan amnya.

Akauntabiliti guru terhadap

: 3.1 Pelajar

Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah
termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah
mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal
lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-
pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial
dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di
bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya
guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan
mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik
dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus
juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang
guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah
guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan
tidak di hormati lagi oleh anak muridnya. 3.2 Diri

Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan
tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri
dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh
mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan
kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini
adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi
masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di
sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya
mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh
melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh
menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.

3.3 Sekolah

Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab
terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam
sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan
sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-
tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha
PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak
pentadbiran sekolah.

3.4 Masyarakat dan Negara

Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan
matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru
hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat
berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai
rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan
masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di
kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku
baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa
berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak
menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau
negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering
memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka
menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah
menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi
tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di
antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang
diterima oleh masyarakat .

3.5 Profesion Keguruan Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku
rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya
isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti
kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah.
Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi
mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan
fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.

4.0 Penutup

Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya


yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat
meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut
membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan
penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi
akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan
dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang
tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan
taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan
bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap
kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih
bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian,
akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu
mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka
tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal
insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion
perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di
berikan.

Rujukan Mok Soon Sang(2003),Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah


Rendah:Komponen 1&2 Psikologi Pendidikan & Pedadogi.Kumpulan Budiman,Subang
Jaya.

You might also like