You are on page 1of 64

PENGAKUAN Saya akui kertas kerja ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

dan tiap-tiap satu telah saya jelaskan sumbernya.

19 Mei 2011

Zakie Zamani bin Mohamad Faisal I19888

Declaration I hereby declare that the work in this assignment is my own except for quoatations and summaries which has been duly knowledge. 19 Mei 2011 Zakie Zamani bin Mohamad Faisal I19888

SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

BIODATA

ZAKIE ZAMANI BIN MOHAMAD FAISAL dilahirkan di Mukah, Sarawak pada 16 November 1982 dan kemudian mengikuti keluarga dan membesar di Sibu, Sarawak. Mendapat pendidikan awal di SRB Sacred Heart. Kemudian di SMB Sacred Heart dan mempunyai minat mendalam dalam bidang teknologi dan amat gemar bermain PS3, penulis juga berminat dalam bersenam dengan berenang dan bermainan sukan lasak. Melanjutkan pelajaran di Kolej UNIKOP dalam Diploma Pengajian Perniagaan Francais UITM. Pernah bekerja sebagai Jurujual Kereta di Sibu, Sarawak dan juga pernah bekerja di dalam Bank Tempatan sebagai pegawai bank bahagian kredit sebelum berkhidmat dengan Pasukan Polis pada 01 September 2008. Kini bertugas sebagai Seorang Inspektor dengan memegang jawatan pegawai penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK Terengganu.

SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

PENGHARGAAN Assalamualaikum Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan kertas kerja saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA. Kertas kerja yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada perkara yang dapat membantu meningkatkan taraf hidup saya. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada Pensyarah yang menyampaikan syarahan mengenai tajuk Ancaman Keselamatan Negara-Konsep dan Ancaman di Malaysia ketika Kursus Setara selama Dua Minggu bermula pada 02 May hingga 13 May 2011, Dr. Lee Bee Phang kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua yang hadir melalui penerangan yang mudah difahami. Sekalung penghargaan untuk Dr. Lee Bee Phang kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan kertas kerja ini selain memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk kertas kerja saya serta membantu saya dari semasa saya susah dan senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat. Seterusnya, terima kasih juga kepada rakan sejawat dan kawan-kawan saya kerana memberikan sokongan dan dorongankepada saya sepanjang kertas kerja ini dapat disiapkan walaupun di dalam masa yang sibuk dan kadang-kadang tidak mengizinkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai kertas kerja ini amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek kertas kerja saya ini dijalankan.

ABSTRAK
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 3

Keselamatan membawa erti bebas daripada ancaman. Dalam disiplin pengajian keselamatan pula,konsep ini sering dikaitkan dengan keselamatan Negara, iaitu idea asalnya dicetuskan oleh US selepastamatnya Perang Dunia ke-2 (Triut dan Harf 1982: 1). Justeru, keselamatan Negara bermaksud menjaga pertahanan sempadan daripada ancaman ketenteraan musuh supaya ianya wujud sebagai sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat.Keselamatan bukan hanya menahan benteng Negara daripada serangan ketenteraan tetapi juga termasuk isu-isu ekonomi dan isu-isu yang merantasi sempadan. Malah kebanyakan isu sebenarnya bergantung antara satu sama lain. Walaupun isu-isu seperti migrasi, perdagangan dadah dan penyeludupan manusia, pencemaran alam sekitar dan kemiskinan, tidak memberi kesan kepada keselamatan Negara secara mendadak, tetapi dalam jangka masa yang panjang ia mempunyai impak ke atas kelangsungan hidup sesebuah Negara. Contohnya, kita dapat lihat bagaimana isu kemiskinan yang menyebabkan beribu-ribu rakyat terpaksa berpindah dan menyeberangi sempadan untuk mencari nafkah dan keselamatan di Negara lain,seperti dari Indonesia ke Malaysia dan dari Myanmar ke Thailand. Pendatang atau imigran pula menjadi isu kepada sesebuah Negara terutamanya apabila mereka ini memasuki negara asing secara tanpa izin, iaitu tanpa dokumen perjalanan yang sah. Isu pendatang asing tanpa izin(PATI) Tindakan Malaysia dalam isu ini mengambil kira kepentingan nasionalnya dan juga dalam konteks hubungan istimewa dengan Indonesia. Beberapa langkah awal sebelum ini boleh dianggap sebagaimengambil kira dengan agak teliti supaya ia tidak menyonggung mana-mana pihak terutama sekali rakyat dan kerajaan Indonesia.Masalah PATI telah memberikan kesan kepada hubungan antara dua hala antara kerajaan Malaysia dengan Indonesia. Tidak dapat dinafikan banyak usaha perlu dilakukan bagi menyelesaikan isu yang menjadi duri dalam daging dalam hubungan Malaysia-Indonesia. Lebih daripada 1 juta PATI di Malaysia,merupakan satu beban ekonomi, sosial dan keselamatan. Malaysia mempunyai sebab untuk bertegasdalam mempertahankan kepentingan nasionalnya berbanding dengan kepentingan ikatan Melayuserumpun, yakni kedatangan mereka mestilah melalui saluran yang sah.

Kepentingan konsep Satu Malaysia


SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 4

Melihat kepada isu ini rakyat Malaysia tidak seharusnya memandang isu ini sebagai isu yang boleh dipandang rendah. Masalah PATI ini juga dapat menjejaskan keamanan dan keselamatan di Negara kita jika masalah ini tidak dibendung. contohnya, anak-anak PATI ini sering dikaitkan dengan masalah sosial yang berlaku di Negara ini seperti pergaduhan, curi, vandalism, perbuatan mengacau dan membuat bising, rogol dan sebagainya.Kekadang, kita juga berasa tidak selesa dan tidak selamat apabila ramai orang asing berada di sisi kita.Tidak dinafikan ramai juga golongan PATI yang benar-benar datang ke Negara ini untuk mencari rezeki halal dan mencari nafkah hidup. Namun, sejak hari-hari ini banyak kes yang sering dikaitkan dengandengan golongan PATI ini sebagai contoh pembinaan rumah setinggan yang banyak seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.Oleh yang demikian, rakyat Malaysia barulah bekerjasama dalam menangani isu ini dan tidak hanya berharap kepada pihak berkuasa sahaja. Jika terdapat aktiviti yang kurang sihat berlaku, kita perlumenghubungi pihak yang berkuasa bagi mengelak sesuatu perkara itu menjadi lebik teruk ataupun membendung sesuatu perkara yang tidak baik itu agar tidak berlaku. Isu kemiskinan di Malaysia Kemiskinan sememangnya menjadi isu penting terutama kepada negara dunia ketiga yang sedang membangun seperti Malaysia. Jurang kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia semakin menjadi-jadi.Daripada statistik keseluruhan, jurang kemiskinan bagi Bumiputra ialah 2.1 peratus berbanding Cina(0.1) dan India (0.6). Suatu angka yang mencabar bagi kepimpinan negara untuk diselesaikan.Kita lihat pula perbandingan dengan negara luar. Ketika ini pendapatan per kapita rakyat Malaysia ialah AS$6,146 setahun. Pada detik yang sama, pendapatan per kapita rakyat Singapura adalah AS$34,152 (Sumber IMF2007), lima kali ganda dari pendapatan perkapita rakyat Malaysia. Padahal, jika kita lihat kembali pada akhir tahun 1970-an pendapatan rakyat kedua-dua negara adalah lebih kurang sama.Isu keselamatan ini sebenarnya boleh menjejaskan keselamatan negara kerana disebabkan isu kemiskinan dan desakan hidup, maka aktiviti jenayah seperti ragut, rompak dan curi akan berlaku. Rasa tidak selamat akan muncul pada diri seseorang individu tersebut. Manakala, mangsa daripada aktiviti jenayah tersebut boleh menerima kecederaan, fobia malahan maut.

Kepentingan konsep Satu Malaysia.


SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 5

Dalam membasmi kemiskinan dan mengubah struktur ekonomi Malaysia, golongan atasan danbawahan perlu seiring. Inilah pentingnya konsep 1 Malaysia yang telah diwar-warkan. Berpandukan slogan Rakyat didahulukan ,pencapaian diutamakan Pemimpin dan rakyat perlu sama-sama bertekad untuk mengubah keadaan. Kalau yang di atas ingin mengubah tetapi yang dibawah belum bersedia untuk berubah, tidak ada apa pun akan berlaku. Perkara yang sama terjadi apabila yang dibawah berhempas-pulas ingin berubah, tetapi yang diatas tak membantu untuk perubahan. Keadaan tetap sama.Jadi kita sama-sama betulkan keadaan. Semoga wujud keberkesanan dalam mengubah nasib Malaysia. Sama-sama kita raikan kritikan membina dalam membentuk ekonomi Malaysia. Bersatu-padu kita gerakkan posisi masing-masing demi mencapai agenda ekonomi baru yang lebih cemerlang. Semoga kita dapat membentuk suatu sinergi yang lebih utuh dalam memacu ekonomi Malaysia. Isu penggunaan kalimah Allah 06/02/2009 | Utusan Malaysia Mengulas mengenai isu penggunaan kalimah Allah seperti yang digunakan oleh Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan kita bersama. Memang telah termaktub di antara larangan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia menerusi keputusan kabinet yang bertarikh 16 Mei 1986 bagaimana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah Malah ada sesetengah negeri yang menambahkan lagi beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam. Namun yang peliknya kenapa masih lagi ada yang cuba menuntut kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka? Mungkin kita boleh menjangkakan bahawa alasannya ialah kalimah Allah tersebut adalah kalimah terjemahan dari Bahasa Inggeris yang menggunakan kalimah God dalam Bible terbitan Bahasa Inggerisyang telah sekian lama digunakan. Sama ada kita sedar ataupun tidak, tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kepada umat Islam sekiranya dibenarkan, kerana ianya lebih banyak menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat. Cubalah kita bayangkan kekeliruan yang akan timbul di dalam masyarakat terutamanya kepada golongan muda dan juga kepada kanak-kanak Muslim apabila terbaca iklan-iklan atau papan-papan tanda yang berbunyi "...Aku adalah anak Allah" atau "...damai sejahtera dari Allah,Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "...anak Allah yang hidup" yang semuanya merupakan terjemahan terus dari Bible terbitan Bahasa Inggeris. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat atau ungkapanSETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 6

ungkapan yang diterjemahkan ini boleh mengundang kekeliruan yang akhirnya boleh membatilkan fahaman agama. Kepentingan konsep Satu Malaysia Isu ini sebenarnya agak sensitif untuk dibincangkan. Kita telah diwar-warkan mengenai konsep 1 Malaysia, namun kenapa mesti wujudnya hal sebegini yang hanya akan menjejaskan hubungan baik diantara masyarakat yang beragama Islam dan yang bukan beragama Islam. Kita seharusnya memerhatikan tingkah laku, percakapan dan perbuatan kita agar tidak menyinggung perasaan ataupun menyentuh mana-mana sensitiviti kaum ataupun agama di Negara ini. Sebagai rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum dan agama, peristiwa sedemikian hanya menjejaskan keharmonian dan keselamatan Negara yang kita kecapi sekarang. Isu keselamatan telah ditimbulkan apabila pembakaran gereja telah berlaku setelah isu penggunaan kalimah Allah iniditimbulkan.Bagi mengekalkan keamanan, keselamatan dan keharmonian Negara ini, kita seharusnya mengambil konsep 1 Malaysia ini sebagai satu acuan yang penting bagi mengeratkan hubungan antara kaum di Negara ini. Tragedi berdarah 13 Mei 1969 Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalahperpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Pra-pilihanraya 1969, parti-parti politik Gerakan dan DAP telah memainkan isu perkauman dengan lantang. Ia adalah lantaran dari slogan "Malayan Malaya" yang diperkenal oleh Lee Kuan Yew sebelum Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 1965.`Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (BahasaMelayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka. Pada pilihanraya umum 1969Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCAMIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.Terjadinya Perisitwa 13 Mei 1969 adalah rententan dari provokasi pihak pembangkang yang dimulakan sejak malam 10 Mei 1969 untuk meraikan kemenangan mereka. Penyokong-penyokong Parti DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalanraya di sekitar Kuala Lumpur. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969, bila mana sekumpulan orang melayuyang sudah hilang sabar mengambil tindakan balas. Kepentingan konsep Satu Malaysia Politik perkauman masih lagi menjadi politik mainstream sepertimana yang dilaksanakan oleh penjajah British dahulu. Sedar tak sedar, selepas lebih 50 tahun merdeka, kita masih lagi gagal dalam membentuk sebuah Negara Bangsa iaitu Bangsa Malaysia. Kita sering mengutuk Indonesia dan Thailand diatas pergolakkan politik dinegara mereka akan tetapi kita tidak sedar bahawa Indonesia dan Thailand sudah selesai dengan permasalahan Negara Bangsa.Sehingga hari ini, rakyat masih dibeza-bezakan mengikut kaum dan agama. Sebagai contohnya,polarisasi di institusi-institusi tinggi kini berlaku dengan dahsyatnya.Melayu hanya bersama Melayu.Cina hanya bersama Cina.India hanya bersama India dan begitu juga dengan bangsa yang lain. Konsep 1 Malaysia amat patut diamalkan bagi setiap rakyat Malaysia agar persefahaman antara kaum akan terjalin bagi mengelakkan tragedi berdarah seperti ini akan berulang kembali. Jika peristiwa sedemikian berulang nescaya keselamatan Negara kita akan tergugat hanya kerana ketidaksefahaman yang berlaku di antara kaum-kaum di Negara ini.

SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

ABSTRACT Implies security free from threats. In the discipline of security studies, the concept is often associated with national security, the idea was originally triggered by the U.S. selepastamatnya World War II-2 (Triut and Harf 1982: 1). Thus, national security means keeping the defense from the threat of military border enemy so that it exists as an independent country.Safety of the States are not only from military attacks, but also include economic issues and issues that cross pass the border. In fact, most of the issues actually depends on each other. Although issues such as migration, drug trafficking and human smuggling, environmental degradation and poverty, did not affect the safety of a country of a sudden, but in the long run it will have an impact on the survival of a State. For example, we can see how the issue of poverty that cause thousands of people forced to move and cross the border to earn a living and safety in other countries, such as from Indonesia to Malaysia and from Myanmar to Thailand. Immigrants or immigrants are an issue for any one country, especially when they are entering a foreign country without permission, and or without valid travel documents. The issue of illegal immigrants (PATI) Malaysia's actions in this issue has been taken into national account interests and special relationship with Indonesia. Some initial steps before are considered quite carefully before being taken into action so it does not comprosmises any particular party and government and the people of indonesia. Immigrants problem do have impact on bilateral relations between Indonesia and Malaysia. No doubt a lot of effort needs to be done to resolve the issue that has become the thorn in the Malaysia-Indonesia relations. More than one million Illegal Immigrants in Malaysia, is an economic burden, social and security. Malaysia has reason to be strict in order to maintain its national interests against the interests of the peoples. The Importance in the concept of one Malaysia Malaysian people should not look at this issue as an issue that can be viewed lightly whereby immigrants can also be a problem affecting the peace and security in our country if this problem is not addressed as for example, the children of Illegal Immigrants are often associated with social problems in this country, such as fighting, theft, vandalism, hooliganism and disturbing, rape, etc. Sometimes, we also feel uncomfortable and unsafe when many foreigners are in the country and no doubt many people actually Immigrants come to this country to seek lawful, and living life. However, since these days a lot of cases that are
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 9

often associated with immigrants as an example the construction of many illegal squatters and seeing this, the people of Malaysia have been in cooperation in addressing this issue and not only depending on the authorities. If the activity is less well accepted, we should contacted the authorities to avoid a serious matter to be a strong curb or something bad does not happen that way. The issue of poverty in Malaysia Poverty is indeed an important issue, especially to developing countries like Malaysia. Poverty among the people are getting worse whereby from the statistics, the poverty gap is 2.1 per cent Bumiputra, Chinese (0.1) and India (0.6). A number of challenging for the leadership of the country are to be settled. Malaysians per capita income was U.S. $ 6.146 per annum and at the same moment,Singaporeans per capita income is U.S. $ 34.152 (Source IMF2007), five more times than Malaysian. In fact, if we look back at the end of the 1970s the income of both countries is about the same.The Issue may be affect this is because due to poverty and the exigencies of life, criminal activities like theft, and robbery . Insecurity will appear on the individual self. Meanwhile, the victim of criminal activity may receive an injury, phobias and even death. The Importance in the concept of one Malaysia In eradicating poverty and changing the economic structure of Malaysia, the top should be along with lower level of group. Thus, following the concept of One Malaysia that highlight the inclusiveness in driving-. Guided by the slogan "People First performance Now" Leaders and citizens alike should strive to change the situation. If there is the wish to change, but the following is not willing to change, nothing will happen. The same thing happened when the under-twisted wanted change, but the above does not help to change. The situation remains equally the same. By correcting the situation. Hopefully there is effectiveness in changing the destiny of Malaysia. Together we celebrate the constructive criticism in the form of the Malaysian economy. United we move the position of each of the new economic agenda to achieve greater heights. Hopefully we can build a stronger synergy in driving the economy of Malaysia. Usage the word "Allah" issue 06/02/2009 | Utusan Malaysia commenting on the issue of use of the word of God as used by the Catholic Herald in the issue of Malay language, there may be some interesting facts to share for our common reflection. It was enshrined in the prohibition was issued by the
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 10

Malaysian government through a cabinet decision dated May 16, 1986 how religions other than Islam to the four words of God, prayer, the House and the Temple of fact, there are some states which adds a few words can cause confusion considered and danger to the Muslims when used by non-Muslims. But the funny thing is why are there people still demanding that the government tried to use the word Allah for their printed publications? Maybe we can expect that the reason is the word of God is the Word translated from English to use the word God in the Bible issue of language has long been used. Whether we realize it or not, the claim is actually very harmful to the Muslims, because it causes a lot of confusion in the community. Try to imagine the confusion that would arise in the community, especially to young people and also to the Muslim children who read the ads or signs which read "... I was a child of God" or "... peace God our Father and the Lord Jesus Christ "or" children of the living God ... "all of which are direct translations of the Bible issued in English. Actually, many more verses or phrases that are translated can invite confusion that eventually may causes vanity in religious belief. The Importance in the concept of one Malaysia This issue is actually quite sensitive to be discussed. We have the concept of inclusiveness in One Malaysia, but why must there such a thing would only affect the good relations between Muslim communities and non-Muslims. We should observe the behavior, speech and our actions so as not to offend or affect any racial or religious sensitivities in this country. As citizens of Malaysia are multi racial and religious life, such events only affect the harmony and national security that we enjoy today. Security issues have been raised when the church burning took place after this issue been brought up and to maintain peace, security and harmony in this country, we should take this concept One Malaysia as an important reference for strengthening ties between the people in this country. Bloody tragedy of May 13, 1969 May 13 Incident in 1969 was the race riots that occurred, and highlight the problem of unity in Malaysia. This tragedy that resulted in the loss of lives and property and is closely related to the "General Election 1969" is a black point in the history of Malaysia. Pre-election 1969, political parties Gerakan and DAP has played the race card out loud. It is because of the slogan "Malayan Malaya" which was introduced by Singapore's Lee Kuan Yew before released from the Federation of Malaysia in 1965. 'During Election Campaign
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 11

1969, election candidates and politicians from the opposition party, has raised the questionsensitive questions related to national language (BahasaMelayu), the special position of Malays as (Bumiputera) and non-Malays citizenship rights. This has led to racial feelings and suspicion. In the general election, which comprises 1969Parti Alliance (UMNO-MCA-MIC) has failed to obtain a majority of 2 / 3 diparlimen, but still managed to form the federal government. It is characterized by opposition parties as a triumph for them. Number of seats won in the House of Representatives (Parliament) has dropped from 89 seats in 1964 to 66 seats in 1969. Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), the Democratic Action Party (DAP) and People's Progressive Party (PPP) won 25 seats in the House of Representatives, while PAS won 12 kerusi. In May 13 1969 Tragedy is because of provocation by the opposition, which started the night 10 May 1969 to celebrate their victory. DAP supporters were cursing and insulting the Malays during a parade in roads around Kuala Lumpur. It lasts until May 13, 1969, when a group of people have lost patience to retaliate. The Importance in the concept of one Malaysia Racism is still the mainstream politics as conducted by the British colonial past. Aware of the unconscious, after over 50 years of independence, we still failed to form a Nation of Bangsa Malaysia. We often condemn Indonesia and Thailand on the political turbulence in their country, but we are not aware that Indonesia and Thailand have been completed with the problem of race.Until today, people are still differentiated by race and religion. For example, the polarization of institutions of higher now occur only in conjunction with the Malay with Malay,Chinese with Chinese and Indian only with only with Indian and so are the other races. One Malaysia is a concept that should be adopted for all the people of Malaysia for understanding between races will be established to prevent tragedies like this will bleed over again. If such events should occur over our national security, then it would be threatened simply because of disagreement that occurred between the races in this country.

SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

12

KANDUNGAN
HALAMAN PENGAKUAN BIODATA PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN PENGENALAN OBJEKTIF KAJIAN TINJAUAN LITERATUR KERANGKA TEORI HASIL KAJIAN DALAM NEGARA o UNDANG-UNDANG o SENTIMEN AGAMA HASIL KAJIAN LUAR NEGARA o MASALAH SEMPADAN o ANCAMAN SIBER o PEMELIHARAAN BEKALAN TENAGA o KESELAMATAN PERAIRAN (MARITIM) o KESELAMATAN ANGKASA( SATELIT) o ANCAMAN EKONOMI ISU YANG DIBINCANGKAN ANCAMAN NASIONAL o INTEGRASI NASIONAL o SENTIMEN PERKAUMAN ANCAMAN GLOBALISASI o EKONOMI o KEGANASAN ANTARABANGSA o SIBER CADANGAN KESIMPULAN BIBLIOGRAFI 1 2 3 4 -8 9 -12 13 14 - 19 20 21- 22 23 - 40 23 28 30 31 34 35 36 40 42 - 54 42 48 50 52 54 59 - 60 61 62 - 63

SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

13

PENGENALAN Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegis (127,350 batu). Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur). Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina. Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta orang. Malaysia berakar-umbikan Kerajaan-Kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu dengan negeri Sabah, Sarawak, dan Singapura. Pada tahun 1965, Singapore keluar dari persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas. Semenjak itu, Malaysia menikmati antara ekonomi yang terbaik di Asia, dengan purata pertumbuhan KDNK kira-kira 6.5% selama 50 tahun pertama kemerdekaannya.Ekonomi negara yang selama ini dijana oleh sumber alamnya kini juga berkembang dalam sektor-sektor sains, pelancongan, perdagangan dan perubatan. Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong, iaitu raja elektif yang terpilih dari kalangan sembilan raja negeri Melayu. Ketua kerajaannya pula ialah Perdana Menteri. Sistem kerajaan Malaysia banyak berdasarkan sistem parlimen Westminster, dan sistem perundangannya juga berasaskan undang-undang am Inggeris. Malaysia terletak berdekatan dengan khatulistiwa dan beriklim tropika, serta mempunyai kepelbagaian flora dan fauna, sehingga menjadi salah satu daripada 17 negara megadiversiti. Di Malaysia terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besar Eurasia. Malaysia ialah sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan Pertubuhan Persidangan Islam, dan juga anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, Negara-Negara Komanwel, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali. Kependudukan Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik, yang mana majoriti 50.4% merupakan orang Melayu dan 11% adalah kaum bumiputera lain. Perlembagaan negara
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 14

menetapkan bahawa orang Melayu adalah umat Islam yang mengamalkan adat dan kebudayaan Melayu. Taraf bumiputera turut diberi kepada sesetengah orang asli bukan Melayu tertentu, termasuk etnik Thai, Khmer, Cham dan peribumi Sabah dan Sarawak. Lebih separuh penduduk Sarawak adalah bumiputera bukan Melayu (yang mana 30% adalah Iban); begitu juga dengan 60% penduduk Sabah (yang mana 18% adalah Kadazan-Dusun, dan 17% adalah Bajau). Wujudnya juga kelompok-kelompok peribumi kecil di semenanjung yang dikenali sama sekali sebagai Orang Asli. 23.7% penduduk Malaysia berketurunan Cina, manakala 7.1% lagi berketurunan India.Indians mula berhijrah ke Malaysia pada awal abad ke-19.Majoriti masyarakat India di Malaysia bersuku Tamil. Ramai orang Eropah dan Timur Tengah yang masing-masing berasimilasi ke dalam masyarakat Kristian dan Islam melalui perkahwinan campur. Kebanyakan rakyat Malaysia kaum Serani mengakui berdarah British, Belanda atau Portugis. Kewarganegaraan Malaysia biasanya diberikan secara lex soli.Kewarganegaraan di negeri Sabah dan Sarawak berbeza daripada kewarganegeraan di Semenanjung Malaysia atas sebab-sebab urusan imigresen. Setiap warganegara yang mencecah usia 12 tahun diberi kad pengenalan bercip pintar biometrik yang dikenali sebagai MyKad dan harus sentiasa membawa kad itu sepanjang masa. Taburan penduduk sangat tidak sekata dan amat tertumpu di Semenanjung Malaysia yang diduduki oleh 20 juta orang. 70% penduduknya tinggal di kawasan bandar.Ekoran peningkatan industri intensif buruh, dianggarkan bahawa Malaysia diduduki oleh tiga juta orang pekerja asing yang membentuk 10% penduduk Malaysia, NGO di Sabah menganggarkan bahawa dua juta orang itu adalah pendatang tanpa izin. Lebih-lebih lagi, menurut World Refugee Survey 2008 terbitan Jawatankuasa Pelarian dan Penghijrah A.S., Malaysia menyambut kira-kira 155,700 orang pelarian dan pencari perlindungan, iaitu 70,500 dari Filipina, 69,700 dari Myanmar, dan 21,800 dari Indonesia.Jawatankuasa tersebut meletakkan Malaysia dalam senarai Sepuluh Tempat Terburuk untuk Pelarian atas sebab negara ini berdiskriminasi dalam layanannya terhadap pelarian. Dasar luar negara Malaysia berasaskan prinsip keberkecualian serta mengamalkan hubungan damai dengan negara-negara lain tanpa mengira sistem politiknya, sambil mengeratkan lagi hubungan dengan negara-negara serantau. Ia mendapat keutamaan dalam

SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

15

keselamatan dan keseimbangan Asia tenggara, dan telah cuba untuk memperkukuhan hubungan dengan negara-negara Islam. Malaysia merupakan sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Pertubuhan Persidangan Islam. Selain itu, Malaysia juga menganggotai pelbagai lagi pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, 8 Negara Membangun dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali. Sebagai bekas jajahan British, Malaysia juga menganggotai Negara-Negara Komanwel. Kuala Lumpur juga menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Asia Timur pertama pada tahun 2005. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Negara Israel disebabkan sentimen Kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap negara Yahudi tersebut. Kerajaan Malaysia mengamalkan dasar pragmatik dalam menangani pertikaian wilayah, termasuk peleraian di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, antara lainnya.Kepulauan Spratly menjadi tempat pertikaian kebanyakan negara di sekitarnya, namun perbalahan reda ekoran "Perisytiharan Tatalaku Pelbagai Pihak di Laut China Selatan" pada tahun 2002. Brunei dan Malaysia pada 2008 mengumumkan pengakhiran tuntutan terhadap tanah, untuk menyelesaikan masaalah berkaitan sempadan maritim mereka.Filipina tidak lagi menuntut Sabah.Tuntutan semula tanah Singapura telah menyebabkan ketengangan antara kedua-dua negara, dan pertikaian sempadan laut terjadi dengan Indonesia. Keperluan pertahanan Malaysia ditugaskan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada tiga cabang, iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Darat Malaysia (TDM), dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Malaysia tidak mengamalkan pengerahan tenaga rakyat; sesiapa yang ingin menyertai tentera haruslah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. 1.9% KDNK Malaysia diperuntukkan untuk tentera yang mengambil 1.23% guna tenaga Malaysia. Perjanjian Pertahanan Lima Negara antara Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand, dan United Kingdom, merupakan satu inisiatif keselamatan serantau yang dilaksanakan sejak zaman awal kemerdekaan, dan melibatkan latihan tentera bersama kelimalima negara. Malaysia turut mengadakan latihan perang bersama Indonesia selama bertahuntahun. Malaysia dan Filipina turut bersepakat untuk mengadakan latihan tentera bersama untuk mempertahankan sempadan laut serta memantau gejala pendatang tanpa izin. Dikhuatiri bahawa ketegangan di kawasan penduduk Islam di Filipina selatan dan Thailand selatan boleh melimpahi Malaysia bila-bila masa.
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 16

Mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan Terdapat dua unsur ancaman kepada Negara kita iaitu negara Malaysia yang boleh mencabar keselamatan negara tidak mengira ancaman daripada luar negara mahupun dalam negara. Definisi Ancaman Sebagai situasi atau keadaan yang bersifat menggugat atau mendatangkan bahaya kepada individu/kumpulan atau negara asing terhadap negara contohnya, apabila sesuatu kawasan dikatakan kawasan bahaya, maka penduduk di kawasan tersebut akan taku untuk keluar dari rumah mereka sendiri ataupun pergi ke kawasan yang lebih selamat atas alasan takut akan ancaman yang bakal berlaku ke atas diri mereka. Definasi Keselamatan Keselamatan merupakan perihal selamat, kesejahteraan atau keamanan. Keselamatan juga bermaksud keadaan terlindungi daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini. Ini juga termasuk dalam konteks terlindung daripada sesuatu malapetaka atau kejadian yang berkaitan dengan kesihatan dan ekonomi. Keselamatan boleh dikawal melalui jaminan atau insurans. Ini menjamin sesuatu pertubuhan hanya akan melaksanakan perkara-perkara yang patut dilakukan bagi mendapat keselamatan tersebut.

SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

17

Keselamatan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Keselamatan boleh dikategorikan dalam beberapa bidang seperti berikut :

Keselamatan Pengguna - merujuk kepada keselamatan pengguna dalam mendapat sesuatu barangan atau perkhidmatan. Keselamatan pengguna juga termasuk hak-hak pengguna.

Keselamatan Masyarakat - merujuk kepada keselamatan sesuatu masyarakat atau golongan penduduk yang harus dijamin demi kebaikan bersama dalam sesebuah komuniti.

Keselamatan Pekerjaan - merujuk kepada keselamatan para pekerja yang bekerja di dalam sesebuah premis atau syarikat (kecuali tentera dan pelaut) daripada sebarang penyakit pekerjaan atau kemalangan pekerjaan. Persekitaran kerja yang sihat dan selamat membantu pekerja dapat melakukan kerja-kerja dengan betul dan meningkatkan produktiviti.

Keselamatan Negara - merujuk kepada keselamatan negara yang dilindungi melalui kerjasama serantau atan melalui pertahanan sendiri untuk memastikan tidak dimonopoli oleh kuasa-kuasa luar dari segi ekonomi, budaya, dan politik.

Definasi Negara Aristotle menyatakan Negara adalah: perpaduan beberapa keluarga mencakupi beberapa desa, hingga pada akhirnya dapat berdiri sendiri sepenuhnya, dengan tujuan kesenangan dan kehormatan bersama. Sedangkan Cicero pemikir Roma menegaskan Negara adalah: timbulnya pemikiran sihat masyarakat, bersatu untuk keadilan, dan bersama dalam berkongsi keuntungan. Di lain pihak Penulis Francis Jean Bodin mengatakan Negara adalah: kumpulan beberapa keluarga yang mempunyai kelayakan, dengan alasan yang sihat setuju untuk dipimpin oleh penguasa tertinggi. Definisi diatas terdapat beberapa kekurangan: 1. Tidak ada Negara yang boleh berdiri sendiri. 2. Tidak ada kesempurnaan/ keuntungan hidup secara mutlak terdapat dalam Negara. 3. tidak mungkin semua masyarakat didalam Negara boleh dijamin kesejahteraan rakyatnya.

SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

18

Dan oleh kerana itu, pemikir-pemikir moden, Phillimore menyatakan Negara adalah: orang- orang mendiami suatu wilayah tertentu tetap, diikuti dengan undang-undang, kebiasaan dan adat- istiadat didalam satu masyarakat. Bluntschli mengatakan Negara adalah: organisasi diwilayah tertentu. Gettell menegaskan Negara adalah: komuniti tetap yang mendiami wilayah tertentu, menuntut dengan sah kemerdekaan diri dari luar dan mempunyai sebuah organisasi pemerintahan, dengan menciptakan dan menjalankan hukum secara menyeluruh didalam lingkungan negara tersebut. Definisi Gattel lebih bertepatan dari pada definisi yang lainnya, wilayah yang dihuni oleh masyarakat, dan kerana merasa tertindas, maka merdeka menjadi hak mereka dan mereka menentukan hidup mereka sendiri. Namun begitu, di dalam kertas kerja ini kita ingin membincangkan mengenai apakah yang berlaku kepada keselamatan negara kita apabila nilai-nilai utama negara kita iaitu negara Malaysia dicabar oleh anasir-anasir luar dan dalam.

SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

19

OBJEKTIF KAJIAN Menerangkan sumber-sumber yang boleh mencabar nilai-nilai utama negara lantas mengancam keselamatan negara. Mengenalspati langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan dari segi undang-undang dalam menangani anasir dalaman yang boleh mendatangkan ancaman kepada negara. Memahami unsur-unsur yang boleh mengugat keselamatan negara.

SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

20

TINJAUAN LITERATUR Nilai-nilai utama negara mempunyai empat kesemuanya di mana ia boleh dibahagikan kepada Ideologi, Kedaulatan, Rakyat dan Kerajaan. Negara kita iaitu negara Malaysia tidak terlepas daripada nilai-nilai utama ini kerana tanpanya sesebuah negara tidak akan mampu untuk menjamin keamanan, kesejahteraan dan kestabilan sesebuah negara. Ancaman dan cabaran di alaf baru ini mempunyai perspektif yang berbeza-beza mengikut sejarah negara masing-masing di samping faktor lain seperti demografi, sosial politik, status ekonomi dan juga perkembangan pembangunan di negara jiran dan seluruh dunia. Di Malaysia, ancaman terhadap keselamatan dalam negara datangnya dari dua cabang, dalam negara dan luar negara. Dari dalam negara, kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara kerana tindak-tanduk mereka yang sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat masing-masing. Selain daripada itu, terdapat juga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu-isu ekonomi dan sosial politik negara untuk mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti politik dan badan bukan kerajaan. Kehadiran pendatang sama ada mereka masuk ke negara ini secara sah atau haram juga boleh menjejaskan imej dan keharmonian negara. Ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah dan menghuru-harakan keselamatan negara. Selain daripada itu, ancaman juga boleh datang daripada kegiatan pemalsuan dokumen-dokumen penting kerajaan seperti pasport antarabangsa Malaysia, kad pengenalan dan sijil lahir. Senario ini amat merbahaya dan perlu ditangani dengan sebijak mungkin. Selain daripada ancaman dari dalam negara kita juga mesti berwaspada dengan ancaman yang hadir dari luar seperti aktiviti pengintipan dan cubaan menjatuhkan nama baik Malaysia dari kaca mata kuasa-kuasa besar. Kuasa-kuasa besar juga pasti mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi perkembangan pembangunan ekonomi dan sosio politik Malaysia melalui badan-badan bukan kerajaan mereka yang aktif. Ancaman ekonomi juga perlu diberi perhatian contohnya serangan terhadap ringgit, beberapa tahun yang lalu. Selain daripada itu isu sempadan juga boleh menjadi ancaman besar kepada negara. Kesan Era Globalisasi Konsep baru dunia tanpa sempadan dan fenomena kemajuan teknologi maklumat telah mewujudkan ancaman di alaf baru. Contohnya, internet yang disalahguna untuk mengedarkan pelbagai bahan anti kerajaan, menjatuhkan kerajaan dan promosi aktiviti yang boleh
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 21

menggoyahkan kestabilan keselamatan negara. Di pentas antarabangsa, sistem dagangan bebas dan kapitalis global jika tidak dikendalikan dengan baik boleh mengganggu ekonomi dan mencabar kedaulatan negara-negara kecil seperti Malaysia. Cabaran Polis Berkata tentang kepolisan dalam era globalisasi ini, kita mesti melihat terlebih dahulu terhadap masyarakat yang hendak kita hadapi. Setiap masyarakat berbeza mengikut negeri lebih-lebih lagi ketika ini rakyat secara umumnya sudah memahami mengenai hak kemanusiaan yang di rangka mengikut cara barat. Mari kita lihat visi kepolisan. Pertama Polis mestilah sedaya mungkin mencipta suasana harmoni dan bebas daripada jenayah. Kedua, Polis adalah bahagian penting dalam masyarakat yang mana masalah masyarakat adalah juga masalah kepada pasukan Polis. Cabaran besar bidang kepolisan di negara ini bergantung pada cara bagaimana masyarakat membawa dan memelihara segala undang-undang dan peraturan yang sedia ada. Di era globalisasi ini, kita lihat generasi baru, atau 'Generasi X' sudah mula mengadaptasi nilai-nilai barat sebagai role model dan menjadikan kebebasan hak kemanusiaan sebagai keutamaan tanpa mengambil kira budaya sesebuah negara. Sehingga sekarang, sebahagian daripada gaya kehidupan barat sudah menyerap masuk ke dalam masyarakat Malaysia. Mungkin satu masa nanti akan menjadi satu perkara biasa apabila seseorang lelaki di perkenalkan kepada anda sebagai seorang isteri. Namun begitu, apa yang paling kita khuatirkan adalah tuntutan hak kemanusiaan yang membabitkan politik jalanan dan kebebasan tanpa batasan tanpa mengira sensitiviti pelbagai kaum dan kumpulan etnik dalam sesebuah negara yang akhirnya menyebabkan rusuhan kaum dan pembunuhan. Anda mungkin akan bertanya, apa salahnya sekumpulan manusia seramai 500 orang menguatkuasakan hak kebebasan mereka untuk berdemontrasi di jalanan. Persoalannya, orang lain juga mempunyai hak untuk menikmati keamanan. Apabila demontrasi mencetuskan keadaan yang tegang dan huru-hara, bagaimanakah hak seseorang yang hendak membawa keluarganya membeli-belah ataupun bersiar-siar di tempat yang sama ? Maka, apabila kita bercakap mengenai hak kemanusiaan secara langsung ia mempunyai kaitan dengan kepolisan dan pengurusan keamanan.

SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

22

KERANGKA TEORI

HASIL KAJIAN DALAM NEGARA

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuat kuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri, dan sekali gus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA. Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad. Akta ini merupakan satu alat yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam demi kesejahteraan dan keamanan negara. Sejarah ISA Malaysia mula digunakan pada tahun 1960-an yang mempunyai satu tujuan iaitu untuk mengekang ancaman komunis pada ketika itu. Peruntukkan pencegahan yang terkandung dalam ISA dikatakan begitu efektif kerana ia telah mampu mengekalkan kestabilan negara yang baru merdeka walaupun sedang menghadapi ancaman bersenjata komunis. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.

SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

23

Perundangan Relevant sections of the legislation are as follows: Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof." Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years." Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan Kemunting, Perak ISA bukanlah undang-undang draconian. Undang-Undang tersebut mengandungi peraturanperaturan memelihara hak tahanan antaranya: 1) Tahanan ISA bukannya ditahan tanpa sebarang pembelaan. Semasa tempoh tahanan 60 hari, orang tahanan akan dimaklumkan alasan-alasan di sebalik penangkapan dan penahanannya. Pada masa yang sama orang tahanan turut diberi kebenaran berjumpa dengan keluarganya serta peguam yang dipilih sendiri oleh beliau. Dalam tempoh tersebut pihak Polis Diraja Malaysia setelah berpuas hati, Menteri Dalam Negeri boleh sama ada mengeluarkan perintah tahanan atau perintah sekatan terhadap orang itu. 2) Selepas perintah tahanan dikeluarkan dan diserahkan kepada orang tahanan, beliau akan dimaklumkan mengenai haknya untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat dengan diberi tiga salinan borang (sama ada untuk membuat representasi sendiri atau diwakili peguam) dan turut dibekalkan dengan pengataan fakta serta penahanan. Lembaga Penasihat dikehendaki mendengar representasi orang tahanan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penerimaan permohonan tersebut. 3) Pengerusi Lembaga Penasihat adalah merupakan seorang individu yang layak untuk menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi. Setelah mempertimbangkan representasi tersebut Lembaga Nasihat akan membuat syor kepada Yang

SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

24

di-Pertuan Agong dan akan memberi arahan sama ada untuk mengekalkan perintah YB Menteri Dalam Negeri atau membebaskan orang tahanan berkenaan. 4) Setiap perintah tahanan dan perintah sekatan akan dibuat ulang kaji oleh Lembaga Penasihat, sekurang-kurangnya sekali dalam setiap 6 bulan. 5) Dalam tempoh tersebut orang tahanan boleh melantik peguam sendiri mewakili dirinya. Laporan ulang kaji serta sebarang syor akan dikemukakan kepada Menteri Dalam negeri sekiranya difikirkan perlu. Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga, tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka. Bantahan Dalam Negara Beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA. Ramai di antara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR. Bantahan Luar Negara Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengkritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan. Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasikan Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta Patriot USA ( USA Patriot Act) selepasnya untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

25

Pembebasan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah kali kedua di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sejak 4 April lalu. Pembebasan terbaru membabitkan 13 individu yang dilihat oleh Kementerian Dalam Negeri sebagai tidak lagi memberikan ancaman kepada negara. Ia juga menunjukkan sifat prihatin kerajaan terhadap perspektif keperluan dan mengimbanginya dengan kesan penahanan ke atas negara. AKTA Keselamatan Dalam Negeri atau ISA adalah undang-undang yang sering dijadikan polemik, dipertikai dan dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang mencari sokongan secara murahan Mereka mengeksploitasikan ISA untuk menyerang kredibiliti pemerintah kerana undang-undang ini mudah untuk membakar emosi rakyat jika disorot secara cetek dan hanya sepintas lalu.Kritikan dan kecaman terhadap ISA selalunya diperkukuhkan dengan penggunaan konsep-konsep asing seperti hak-hak asasi manusia sejagat dan demokrasi liberal. Penahanan tanpa bicara selama dua tahun.Isu utama bukan soal hak asasi. Jika hak asasi, adakah mereka yang ditahan terbabit tidak diberikan makanan, tempat berteduh atau didera? Tetapi yang menjadi keutamaan pihak yang menentang ISA termasuk beberapa individu dalam pembangkang dan juga majlis guaman ialah mengenai hak politik. 6. Bagi ahli politik, ISA dilihat sebagai "ancaman" kepada gerakan dan aktiviti berpolitik. Mereka melihat ISA dalam perspektif bahawa kerajaan mampu menyalahgunakan kedudukan atas kuasa eksekutif untuk menahan mereka. PERHIMPUNAN MANSUHKAN ISA Perhimpunan haram anjuran Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) telah diadakan di sekitar ibu kota pada 1 Ogos 2009. Pihak polis telah menahan seramai 589 individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Seramai 549 lelaki dan 40 perempuan ditahan mengikut Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah. Ianya melibatkan seramai 545 orang dewasa dan 44 remaja berusia bawah 18 tahun. Sebanyak 26 organisasi Mahasiswa telah menyokong dan menegaskan pendirian menyokong perhimpunan Mansuhkan ISA tersebut. Penglibatan beberapa pemimpin parti pembangkang dalam perhimpunan ini telah mendapat perhatian antaranya ialah Ketua Pakatan Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pesuruhjaya Pas, Datuk Mustafa Ali, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Selain itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang; Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat, Shamsul Iskandar
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 26

Mat Ikin; Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar; Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad. Kira-kira 10,000 penyokong sebuah badan bukan kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terlibat dalam demontrasi ini dan menjadi punca banyak premis perniagaan ditutup selain kesesakan trafik yang teruk. Antara kawasan yang terjejas ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India yang sepatutnya menjadi kawasan orang ramai membeli-belah pada hujung minggu. Bagi mengelak keadaan tidak terkawal, polis bertindak menyuraikan perhimpunan haram itu dengan gas pemedih mata selain pancutan air. Akibatnya, hampir 600 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan dalam perhimpunan anjuran Gabungan Memansuhkan ISA (GMI) itu yang didalangi parti pembangkang. Dalam perhimpunan tersebut dapat dilihat melalui laungan yang dibuat ketika demonstrasi di ibu negara berlangsung tidak ada kaitan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Walau bagaimana pun Kerajaan tidak akan tunduk dengan desakan melalui demonstrasi jalanan kerana ia dilakukan hanya untuk tujuan politik dan kepentingan peribadi. Kesan Dari Perhimpunan Mansuhkan ISA 1. Para peniaga di sekitar Jalan Masjid India marah dengan tindakan pihak yang menganjur perhimpunan haram di sekitar ibu negara pada 1 Ogos baru-baru ini kerana tindakan itu menjejaskan perniagaan mereka. 2. Perhimpunan itu menimbulkan kemarahan peniaga di situ, kebanyakan pelanggan tidak berani datang kerana takut terperangkap dalam perhimpunan haram. 3. Peniaga telah mengalami kerugian yang besar dengan penutupan premis peniagaan mereka semasa perhimpunan diadakan dan menjejaskan sumber pendapatan mereka. 4. Demonstrasi di tempat-tempat terbuka akan mengundang media antarabangsa membuat liputan negatif dan menyiarkan berita tersebut berulang kali. 5. Masyarakat antarabangsa akan menganggap bahawa negara ini berada dalam keadaan kucar kacir. Pelancong luar negara akan membuat keputusan tidak ke negara ini kerana berada dalam keadaan tidak aman. Ini menjejaskan industri pelancongan negara. 6. Para pelabur asing akan mengalihkan pelaburan mereka ke negara yang lebih aman dan mempunyai kestabilan politik. Ini mereka mungkin menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang berada dalam keadaan yang tidak stabil.
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 27

KEAGAMAAN Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia: Agama bagi Persekutuan. "Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan". Mengikut Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara ini. Bagaimanapun, ada ketikanya, berlaku krisis apabila umat Islam mempertahankan hak-hak tertentu dengan sebilangan orang bukan Islam. Antara pertikaian yang biasa kita dengar ialah perebutan mayat orang mualaf, perebutan anak apabila salah seorang ibu atau bapanya memeluk Islam dan juga penyebaran agama lain kepada umat Islam.

Walaupun setakat ini, pertikaian yang berlaku berjaya diatasi namun, adalah penting bagi kita mengetahui apa sebenarnya peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan berkaitan umat Islam. Allah berfirman yang maksud-Nya: "Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redai Islam itu jadi agama bagimu." (al-Maidah: 3) Bila disebut sebagai agama Persekutuan, maka kedudukannya adalah lebih tinggi daripada agama yang lain. Maka, kita boleh meminta kerajaan untuk mempertahankan Islam.
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 28

Memang ada kes yang menyebut Islam itu sebagai ritual dalam kes Suzi Teoh sebagaimana yang diputuskan oleh Hakim Salleh Abas. Tetapi hujah tersebut berlaku sebelum pindaan Akta 121(A) pada 10 Jun 1998. Ia adalah perisytiharan dan tujuan Perlembagaan Negara kita bahawa Islam adalah agama Persekutuan yang perlu diaplikasi apabila membenarkan dan mengguna pakai undang-undang Islam kepada orang Islam. Ia perlu diketahui bahawa peruntukan ini terdapat dalam Perkara 3(1) dan tidak ada halangan bagi orang bukan Islam di Malaysia mempraktikkan agama mereka berdasarkan Perkara 11(1). Contohnya dalam hal berkaitan perebutan anak antara orang Islam dan bukan Islam. Yang menjadi masalah, apabila ini berlaku, orang Islam kena mendapatkan hak penjagaan (hadhanah) anak mereka di mahkamah sivil sedangkan ia sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah. Mengikut perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa terhadap apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Ini merujuk kes Moorthy lawan S. Kaliamal. Moorthy meninggal dunia pada 25 Disember 2007 dan dikebumikan secara Islam pada 28 Disember 2007. Penggunaan perkataan seperti kalimah syahadat, Allah dan Kaabah telah dikanunkan sebagai suatu hak istimewa untuk Islam sahaja. Sepatutnya, bangsa dan agama lain memahami dan menghormati hal ini. Kita patut berpihak di bumi nyata dan mengikut pepatah yang sebut "Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung". Ini bukan bermakna kita tidak boleh bertolak ansur dengan bukan Islam. Islam benarkan kita bertolak ansur dalam hubungan sesama manusia ataupun furuk (cabang). Namun, perkara qatie seperti akidah, mempertahankan agama anak-anak, kita tidak boleh kompromi. Namun, pada masa yang sama, kita perlu memberi penerangan kepada orang bukan Islam tentang indahnya agama kita. Demikian yang diajar dan ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Keadilan Islam adalah agama keadilan untuk sejagat. Menjadi impian para pengamal undangundang syariah di negara kita untuk melihat bidang kuasa institusi kehakiman syariah diakui bukan sahaja oleh umat Islam tetapi juga oleh yang bukan Islam

SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

29

KAJIAN LUAR NEGARA SEMPADAN Malaysia terbentuk daripada gabungan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Negaranegara sempadan darat Malaysia terdiri daripada Brunei, Indonesia (Sabah dan Sarawak) dan Thailand (Semenanjung Malaysia). Penentuan pemisah antara negara-negara tersebut ditentukan melalui watershed dan thalweg jika dipisahkan oleh sungai. Secara keseluruhan sempadan darat Malaysia adalah sepanjang 2,669 km.

1. Sempadan darat Malaysia - Thailand


o o

Daratan : Bukit Batu Putih, Perlis hingga Bukit Bunga, Kelantan (551.1 Km) Sungai : Bukit Bunga, Kelantan hingga Pengkalan Kubor, Kelantan (95 Km) Sepanjang 1,647.8 Km

2. Sempadan darat Malaysia - Indonesia


o

Penanda Sempadan Sempadan darat Malaysia lazimnya menggunakan batu sempadan sebagai penanda garis sempadan. Batu sempadan diletakkan di permulaan dan akhir garis sempadan, dan jika ada perubahan bentuk muka bumi sepajang garisan tersebut. Selalunya, di atas batu sempadan tertulis ringkasan maklumat berkaitan kawasan tersebut. Perletakan dan penyelenggaraan batu sempadan dilalukan oleh kedua-dua buah negara melalui perjanjian dua hala. Watershed Malaysia menggunakan prinsip watershed dalam menentukan peletakan batu sempadan. Prinsip watershed digunakan untuk memisahkan negara dengan menggunakan lembah sungai. Kawasan watershed atau kawasan tadahan ialah kawasan yang menampung air hujan dan
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 30

selalunya kawasan-kawasan tersebut mempunyai sungai, tasik, empangan, dan kawasan lembah yang berair. Kadang-kadang kawasan begini juga dipisahkan oleh bukit atau gunung ganang. Kawasan-kawasan begini dikenali sebagai "pemisah air" atau "pemisah sungai." Thalweg Satu lagi prinsip yang digunakan untuk menentukan sempadan ialah thalweg. Di Malaysia, thalweg digunakan di negeri Kelantan di mana Sungai Golok menjadi pemisah antara Malaysia dan Thailand. Prinsip thalweg bermakna dua negara dipisahkan oleh air yang mengalir (sungai) dan sempadan pemisah ditentukan bila sungai itu mencapai kedalaman yang paling bawah atau dalam.

Kebergantungan sistem pentadbiran sesebuah negara mahupun individu terhadap teknologi maklumat semakin meningkat. Teknologi ini digunakan secara menyeluruh dalam bidang komunikasi, pertukaran dana, pengurusan utiliti, perkhidmatan kerajaan, tindakan ketenteraan dan pengurusan maklumat terperingkat. ANCAMAN SIBER
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 31

Teknologi internet juga kini menjadi satu elemen yang penting dalam jaminan bekalan tenaga, air, perkhidmatan kecemasan, sistem pertahanan, perbankan elektronik dan perkhidmatan kesihatan awam. Jaringan perhubungan yang saling berkait secara global ini boleh mencetuskan ancaman siber di mana-mana selagi sesuatu perkakasan mempunyai capaian ke platform siber ini. Ancaman siber merupakan serangan yang dilancarkan secara maya terhadap infrastruktur, infostruktur dan aplikasi komunikasi fizikal dan tanpa wayar. Ancaman siber ini dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu: 1. Pencerobohan (Intrusion) Insiden pencerobohan sistem dan aplikasi komputer tanpa kebenaran dan berupaya mengubah kandungan sistem tersebut. 2. Penipuan (Fraud) Merujuk kepada skim penipuan yang menggunakan satu atau lebih komponen internet dan telekomunikasi termasuklah ruangan chat, e-mel, papan buletin, laman web dan sms untuk mewujudkan ruangan pembujukan dan transaksi wang seperti laman web atau e-mail yang menyerupai atau kelihatan seperti badan kewangan atau syarikat yang sahih beroperasi (phishing), pelaburan e-dagang atau skim piramid. 3. Gangguan (Harassment) Melibatkan penghantaran mesej, gambar dan video yang berunsur fitnah, lucah, gangguan dan ancaman kepada pengguna lain. 4. Ancaman Pencerobohan (Hack Threat) Merangkumi serangan ke atas sistem dan aplikasi komputer agensi-agensi tertentu dengan tujuan melumpuhkan operasi sistem dan aplikasi komputer bagi agensi berkenaan. 5. Kod Berbahaya (Malicious Code) Merupakan perisian atau skrip komputer yang diprogramkan untuk menceroboh komputer dan merosakkan sistem. Kod berbahaya termasuklah skrip serangan, virus, worm, Trojan horse, program Back door dan kandungan aktif berbahaya. 6. Gangguan Perkhidmatan (Denial of Service) Merupakan serangan ke atas sesuatu sistem atau aplikasi komputer yang menyebabkan para pengguna tidak dapat mencapai dan menggunakan sistem atau aplikasi berkenaan. Dalam melaksanakan Dasar Keselamatan Siber Negara (DKSN) yang telah diwujudkan, Majlis Keselamatan Negara memberi tumpuan dan penekanan kepada aspek persediaan dan kesiapsediaan kepada sebarang situasi kecemasan siber dan perancangan dalam menghadapi
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 32

krisis siber. DKSN mengutamakan perlindungan kepada Infrastruktur Maklumat Kritikal Nasional (Critical National Information Infrastructure - CNII) yang terdiri daripada sepuluh sektor utama, iaitu pertahanan dan keselamatan negara, maklumat dan komunikasi, tenaga, air, perbankan dan kewangan, pengangkutan, makanan dan pertanian, perkhidmatan kecemasan, perkhidmatan kerajaan dan perkhidmatan kesihatan. Kerajaan turut bertindak memantau situasi keselamatan siber di dalam negara bagi memastikan tahap keselamatan siber berada dalam keadaan terkawal. Insiden keselamatan siber yang berlaku di negara kita semakin meningkat pada tahun 2008. Namun begitu, insiden yang berlaku masih terkawal tanpa membawa kepada ancaman yang serius kepada negara. Carta berikut memaparkan peratusan insiden keselamatan siber yang berlaku di dalam negara bagi tahun 2008.

Antara contoh insiden serangan siber yang serius dapat dilihat di negara Estonia. Estonia merupakan sebuah negara yang mempunyai kebergantungan yang tinggi kepada internet dengan 350 agensi kerajaan dihubungkan secara maya menerusi sistem yang dikenali sebagai X-road, termasuklah sistem kesihatan bersepadu dan sistem mengundi secara elektronik. Pada 28 April 2007, serangan siber telah melumpuhkan sistem pengurusan maklumat kerajaan dan sektor swasta termasuklah sistem perbankan. Faktor yang menyebabkan serangan ini dilancarkan berpunca kepada perasaan tidak puas hati rakyat dan kerajaan Rusia dengan tindakan kerajaan Estonia memindahkan patung tentera yang memperingati zaman perang kerajaan Soviet di Tallin.
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 33

Para penjenayah pada masa ini sudah beralih kepada jenayah terancang menggunakan platform siber. Pada 21 April 2009, Syarikat Perunding Keselamatan Finjan telah mendedahkan penemuan rangkaian komputer robot atau botnet terbesar yang dimiliki oleh 6 anggota kumpulan penjenayah siber. Botnet yang berpangkalan di Ukraine mengawal 1.9 juta komputer termasuklah 77 domain milik kerajaan sejak Februari 2009. Botnet yang berorentasikan trojan mampu melaksanakan aktiviti-aktiviti penyebaran spam, menceroboh emel, key logger, menyalin fail, kecurian maklumat peribadi dan pelancaran serangan denial of service. Para penjenayah siber ini menyediakan perkhidmatan penyewaaan perkhidmatan botnet serendah USD 100 bagi 1,000 buah komputer terancam hanya mampu dikesan oleh 4 daripada 29 perisian anti-virus. Ancaman siber merupakan masalah pada hari ini dan akan menjadi lebih rumit pada masa hadapan. Kerjasama dan koordinasi di antara sektor swasta, industri, akademia dan individu merupakan asas kepada pembentukan ruangan siber yang selamat. Tenaga memainkan peranan penting dalam keselamatan negara sebagai satu kuasa pemacuan ekonomi negara. Malaysia dianugerahkan sumber bahan api petroleum dan gas yang membolehkan negara ini menikmati hasilnya sebagai negara pengeksport minyak. Lantaran itu, kepentingan sumber tenaga ini harus dijaga daripada pelbagai ancaman seperti kerosakan fizikal kepada infrastruktur tenaga, bencana, keganasan, atau peperangan. Ketidakstabilan ekonomi dan politik kesan daripada peperangan dan faktor-faktor lain menjadi penghalang utama industri tenaga ini khususnya Malaysia sebagai negara pengeluar.

Pemeliharaan Bekalan Tenaga

Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Tenaga Negara yang bertujuan menjaga bekalan bahan api ini bagi memastikan tempoh hayat sumber-sumber tenaga domestik yang telah berkurangan ditingkatkan, serta mempelbagaikan sumber tenaganya. Dengan mewujudkan Dasar Petroleum Negara pada tahun 1975, kerajaan menumpukan usaha bagi memastikan kesan sosial dan ekonomi yang optimum dalam penerokaan sumber-sumber minyak dan gas yang mudah kehabisan, dengan mengambil kira keperluan bagi pemuliharaan aset-aset yang semakin berkurangan serta perlindungan alam sekitar.

SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

34

Ancaman-Ancaman Keselamatan Tenaga

Ancaman-ancaman keselamatan berkaitan tenaga berhubungkait dengan sumbersumber yang ada. Tambahan pula, banyak isu-isu melibatkan infrasturuktur, sama ada kemudahan penyampaian saluran paip, pelantar, perkapalan, pengangkutan di seluruh Negara atau bekalan elektrik.

Fasiliti infrastruktur seperti kilang-kilang penapisan, tapak-tapak gas asli, loji-loji kuasa nuklear, empangan-empangan, pusat penyimpanan bahan api di seluruh negara di mana semuanya terdedah kepada kegiatan pengganas dan vandalisme.

Selain itu, keretakan, kegagalan peralatan, pengurusan yang tidak cekap terhadap peralatan dan fasiliti dilihat juga sebagai penyebab gangguan bekalan tenaga ini. Kini, jenayah rentas sempadan menjadi ancaman terbaru kepada industri tenaga ini. Penyeludupan bahan api akibat daripada peningkatan program-program pembangunan di negara-negara serantau turut memberi cabaran kepada industri ini dalam usaha bersaing dengan negara-negara pengeluar yang lain.

MARITIM Pengekalan, Perlindungan Dan Pemeliharaan Kedaulatan Negara, Kepentingan Strategik, Keselamatan Pelayaran, Ruang Udara, Sumber-sumber Semulajadi Marin dan Alam Sekitar Marin dalam Zon-zon Maritim Malaysia. "Security is not just a matter of military capability, National Security is inseparable from political stability, economic success and social harmony" "The freedom from threats to national interest in, on, over and concerning the sea" Keluasan Zon Maritim Malaysia Perairan Dalaman (Internal waters) Laut Wilayah (Territorial waters/sea) Pelantar Benua (Continental Shelf) Zon Ekslusif Ekonomi 97,306.83 km2 37, 571 bn2 63,665.3 km2 24,581.85 bn2 476,761.87 km2 184,082.22 bn2 453,186.18 km2

(Exclusive economic Zone) 174,979.43 bn2 Pesisir Pantai 4492 km


SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 35

- 1737 km (Sem. Malaysia) Nisbah Darat dan Laut - 2755 km (Sabah/Sarawak) 1:2

Peta Baru Malaysia 1979 (Syit 1 & 2) Sempadan Maritim Malaysia

KESELAMATAN ANGKASA (SATELIT) Menurut Kamus Dewan, satelit bermaksud sesebuah objek yang bergerak dan beredar mengelilingi sebuah objek yang lain. Dalam istilah astronomi, satelit merupakan suatu objek di angkasa yang bergerak mengelilingi suatu objek lain yang lebih besar dan kekal berada dalam graviti objek tersebut. Contohnya, bulan merupakan satelit kepada bumi, atau bumi dan planet-planet lain merupakan satelit kepada matahari. Namun begitu, pada umumnya, satelit lebih dikenali sebagai objek buatan manusia yang ditempatkan di ruang angkasa bagi melaksanakan tugasan tertentu dan bergerak mengelilingi bumi. SEJARAH SATELIT Sejarah mengenai satelit bermula dengan pelancaran Sputnik 1 milik Soviet Union pada 4 Oktober 1957 bagi Program Soviet Sputnik. Ini merupakan permulaan kepada persaingan dalam eksplorasi angkasa dan teknologi satelit dalam perang dingin di antara Soviet Union dan Amerika Syarikat. Kemudian, Sputnik 2 telah dilancarkan pada 3 November 1957 yang turut membawa seekor anjing bernama Laika. Amerika Syarikat mula melancarkan satelitnya, iaitu Explorer 1 pada 1 Februari 1958 sebagai respon kepada pelancaran Sputnik 1. Sebelum ini, terdapat beberapa penulisan fiksyen dan teori mengenai eksplorasi ke angkasa dan bulan. Antaranya adalah seperti karya The Brick Moon' oleh Edward Everett Hale pada
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 36

tahun 1869, karya The Exploration of Cosmic Space by Means of Reaction Devices' oleh Konstantin Tsiolkovskly pada tahun 1903, karya The Problem of Space Travel - The Rocket Motor' oleh Herman Potocnik pada tahun 1935 dan artikel Wireless World' oleh Arthur C. Clarke pada tahun 1945. JENIS-JENIS SATELIT Terdapat beberapa jenis dan kategori satelit yang kini digunakan dan berada di ruang angkasa, antaranya adalah seperti berikut:

Satelit anti-satelit - satelit yang dilengkapi dengan senjata dan berupaya memusnahkan satelit atau objek angkasa yang lain. Satelit astronomi - satelit yang digunakan untuk memerhati dan mengkaji planet, bintang dan objek dalam sistem solar yang lain. Biosatellites - satelit yang menempatkan objek atau organisma hidup bagi tujuan penyelidikan saintifik. Satelit komunikasi - satelit yang ditempatkan bagi kegunaan telekomunikasi. Satelit pandu arah - satelit yang digunakan untuk navigasi dan penentuan lokasi menggunakan aplikasi GPS. Satelit pantau bumi - satelit yang digunakan untuk memantau bumi bagi tujuan pemerhatian alam sekitar, meteorologi dan pemetaan. Satelit cuaca - satelit yang digunakan untuk tujuan meterologi dan pemantauan perubahan iklim. Satelit ketenteraan - satelit komunikasi dan satelit pantau bumi yang digunakan oleh pihak tentera dan perisikan. Satelit kecil - satelit yang bersaiz kecil seperti satelit mini (200-500 kg), satelit mikro (10-200 kg) dan satelit nano (bawah 10 kg). Stesen angkasa - struktur bangunan yang dibina yang membolehkan manusia hidup di angkasa lepas. Stesen ini direka bagi membolehkan manusia tinggal selama beberapa bulan, bahkan beberapa tahun. Contohnya, International Space Station (ISS).

SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

37

International Space Station (ISS) RANGKAIAN PENGAWASAN ANGKASA (SPACE SURVEILLANCE NETWORK) Rangkaian Pengawasan Angkasa Amerika Syarikat (Space Surveillance Network - SSN) telah diwujudkan bagi memantau pergerakan dan aktiviti objek-objek di angkasa sejak tahun 1957. Semenjak itu, SSN telah mengesan lebih daripada 26,000 objek di angkasa. Pada masa ini, SSN telah mengesan lebih 8,000 objek buatan manusia di angkasa. Daripada bilangan tersebut, terdapat juga objek buatan manusia yang telah jatuh ke bumi, sama ada terbakar di atmosfera ataupun terhempas di bumi atau laut. Hanya tujuh peratus daripada bilangan objek buatan manusia tersebut yang masih beroperasi (satelit), manakala bakinya merupakan space debris, iaitu objek buatan manusia yang tidak berfungsi dan menjadi sampah' di ruang angkasa.

Ilustrasi kepadatan Space Debris PELANCARAN SATELIT BAGI TAHUN 2009 Dari Januari hingga September 2009, sekurang-kurangnya 84 buah satelit telah dilancarkan ke ruang angkasa melibatkan 42 proses pelancaran. Daripada jumlah ini, tiga pelancaran telah gagal dan lima satelit gagal berfungsi. Satelit-satelit yang dilancarkan melibatkan beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat, Rusia, Jepun, China, India, Switzerland, Korea Selatan, Kesatuan Eropah, German, Perancis, Belanda, Itali, Kanada, Iran, Indonesia dan

SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

38

termasuk juga Malaysia. Bagi tahun ini, Malaysia telah melancarkan dua satelit, iaitu satelit komunikasi, Measat -3A dan satelit pantau bumi, RazakSat.

Satelit pantau bumi RazakSat milik Malaysia KESAN PELANCARAN SATELIT Kebanyakan satelit yang dibangunkan menjurus kepada aktiviti kajian dan penyelidikan dalam pelbagai bidang. Tidak kurang juga yang digunakan bagi tujuan pemantauan, pemetaan dan komersil. Perkembangan yang pesat dalam teknologi angkasa lepas ini dikatakan mampu memberi perkembangan positif terhadap pemeliharaan dan pembangunan di bumi. Namun begitu, ini juga turut memberi kesan negatif terhadap ruang angkasa, iaitu kesesakan ruang angkasa dengan space debris berbanding bilangan satelit yang masih berfungsi. Lambakan space debris ini bukan sahaja memberi ancaman kepada penduduk di bumi, malah mampu memberi ancaman kepada satelit-satelit dan kapal angkasa yang berada di orbit. Walaupun isu mengenai space debris ini dibincangkan dalam pelbagai forum di peringkat antarabangsa, bilangan space debris ini dikatakan semakin bertambah. Dianggarkan berat space debris yang telah dapat dikesan adalah 5,500 tan. Selain daripada space debris, satelit-satelit ketenteraan dan perisikan yang dilancarkan turut memberi ancaman keselamatan. Walaupun satelit ini bertujuan untuk menjaga keselamatan negara tertentu, namun ianya masih boleh digunakan untuk memantau negara-negara lain, dan ini turut mengundang kepada isu keselamatan dan kedaulatan. Sehingga kini, tiada panduan dan penguatkuasaan mengenai kawalan terhadap aktiviti satelit-satelit jenis ini kerana sukar untuk pembuktian terhadap tindakan tersebut.

SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

39

Ilustrasi satelit komunikasi Palapa-D milik Indonesia

Ilustrasi satelit komunikasi Measat-3A milik Malaysia

Ilustrasi satelit komunikasi Telstar-11N milik Kanada

Satelit kajicuaca GOES-O milik Amerika Syarikat EKONOMI Dalam mencapai matlamat wawasan 2020 dan mengelakkan Negara menerima ancaman dari segi ekonomi, kerajaan telah merumuskan satu rangka kerja yang mengandungi empat tonggak bagi mendorong transformasi. Empat tonggak tersebut ialah

1 Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan;

SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

40

Program Transformasi Kerajaan (PTK) - 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRAs); Program Transformasi Ekonomi (PTE) - 8 Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS); dan Rancangan Malaysia Ke-10.

Model Ekonomi Baru (MEB) merupakan satu pelan yang hendak dicapai menerusi Program Transformasi Ekonomi (PTE). Matlamat MEB adalah untuk menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi dengan ciri keterangkuman dan kebolehmampanan menjelang 2020. Ketiga-tiga prinsip ini akan memacu kemajuan ekonomi untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang membangun sepenuhnya; meletakkan kedudukan negara yang berdaya saing secara strategik di dalam ekonomi serantau dan global, persekitaran yang mapan dan kualiti kehidupan secara menyeluruh. Antara sasaran yang ditetapkan dalam menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi ialah lonjakan pendapatan tahunan per kapita sebanyak AS$7,000 kepada AS$15,000 dalam tempoh sepuluh tahun ini. Ini bermakna upah pekerja akan menjadi lebih tinggi disebabkan oleh pertumbuhan yang bukan sahaja daripada modal, tetapi juga daripada produktiviti yang tinggi. Bagi menghasilkan ekonomi yang berpendapatan tinggi taraf pendidikan dan kemahiran pekerja juga perlu dipertingkatkan. Matlamat ke-dua MEB ialah keterangkuman yang menjadi prasyarat untuk memupuk perasaan kekitaan di kalangan rakyat Malaysia. MEB mensasarkan pertumbuhan yang menyokong golongan miskin dan akan memastikan bahawa tiada kumpulan masyarakat yang dipinggirkan serta keperluan asas rakyat akan dipenuhi. Keterangkuman ini menuntut setiap rakyat untuk sama-sama menyumbang di samping sama-sama berkongsi kekayaan negara. Di bawah matlamat keterangkuman ini juga, pertumbuhan yang disasarkan akan membuka peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk berusaha memburu impian masing-masing dengan tersedianya peluang, keperluan dan persekitaran yang selamat dan harmoni. Cabaran utama yang digariskan dalam mencapai matlamat ke-dua ini ialah pembentukan langkah berkesan untuk mencapai keseimbangan antara kedudukan istimewa kaum bumiputera dengan kepentingan sah kumpulan yang lain. Matlamat ke-tiga MEB ialah komitmen terhadap penjanaan pertumbuhan yang mampan. Pertumbuhan mampan yang diaspirasikan bukan sahaja dari sudut prestasi ekonomi, tetapi juga turut mengambilkira kesan pembangunan ekonomi ke atas persekitaran dan sumber asli. Ini bermakna, MEB berusaha mewujudkan pertumbuhan mampan yang memenuhi keperluan
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 41

berterusan penduduk tanpa menjejaskan generasi akan datang melalui pengawasan dan pemuliharaan alam semulajadi dan sumber mudah lupus secara berkesan. MEB sekiranya dilaksanakan dengan konsisten akan memberikan manfaat yang besar kepada semua rakyat Malaysia.Walau bagaimanapun mencapai manfaat yang bervisikan kebaikan bersama jangka panjang itu memerlukan masa dan usaha. Cabaran dan ujian perlu ditempuhi sebelum manfaat direalisasikan sepenuhnya. ISU YANG DIBINCANGKAN Ancaman Nasional Malaysia baru sahaja menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-48. Pendek kata, hari kemerdekaan kali ini disambut dengan begitu meriah sekali di seluruh negara. Di mana-mana sahaja kibaran jalur gemilang jelas kelihatan. Suasana sebegini mengingatkan kita ketika negara baru sahaja membebaskan diri daripada cengkaman penjajah.Sesungguhnya, hari kebangsaan kali ini harus menjadi kebanggaan semua, kerana Malaysia kini sebuah negara makmur dari aspek ekonomi, aman damai dari aspek sosial dan mempunyai situasi politik yang stabil. Malaysia juga semakin terkenal di peringkat antarabangsa dan menjadi teladan kepada negara dunia ketiga yang lain.Malaysia masih lagi mempunyai potensi luas untuk terus berkembang pada masa akan datang. Berdasarkan perkembangan semasa, Wawasan 2020 nampaknya tidak mustahil untuk dicapai dan Malaysia pasti akan berjaya muncul sebagai negara maju menjelang tahun 2020. Bagaimanapun, di saat kita gembira berpesta meraikan pencapaian cemerlang negara, kita harus berwaspada dengan ancaman keretakan integrasi nasional di Malaysia.

Integrasi nasional

Integrasi nasional bagi sebuah negara berbilang kaum dengan komposisi minoriti yang agak besar seperti Malaysia adalah pembolehubah penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Saya yakin bahawa usaha tersebut haruslah dimulakan dengan semangat kecintaan yang tinggi terhadap negara. Konsep integasi nasional berbeza dengan konsep perpaduan kaum, tetapi kedua-duanya berteraskan kepada semangat nasionalisme yang tinggi dan saling menyokong satu sama lain. Meninjau kanvas politik dan sosial di Malaysia, saya melihat bahawa terdapat segelintir
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 42

pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam hal memulihara integrasi nasional menongkah arus pendekatan yang diambil oleh Barat. Adakah pendekatan yang sonsang daripada arus pendekatan integrasi nasional acuan Barat itu menjadi satu kesilapan atau sebaliknya ia merupakan satu adunan Malaysia yang tersendiri dan sesuai pula dengan iklim dan persekitaran sosial Malaysia? Penilaian kepada persoalan ini bergantung kepada sudut pandangan kita masing-masing. Walau bagaimanapun, Malaysia dalam banyak hal telah membuktikan bahawa pendekatannya dalam usaha membentuk integrasi nasional telah berjaya dalam gayanya yang tersendiri tanpa merujuk pada mazhab pendekatan Barat. Pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan Malaysia dalam beberapa aspek berada dalam ekstrim yang bersongsangan berbanding dengan teori integrasi nasional yang disarankan oleh pemikir-pemikir Barat dan yang diamalkan di sebelah sana. Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya menggunakan konsep mangkuk pelebur dalam pendekatan mereka untuk membina integrasi nasional antara pelbagai kaum minoriti dan kaum superior dalam negara. Dalam proses peleburan itu budaya kaum minoriti terlebur, tercerna dan teradun dalam budaya majoriti yang lebih besar. Pendekatan ini, terutamanya di Amerika Syarikat, tidak mengambilkira taraf pribumi sesuatu kaum. Contohnya, meskipun kaum red Indian adalah kaum pribumi Amerika Syarikat, namun budaya mereka tidak mendapat tempat istimewa dalam proses integrasi nasional. Prinsip ini menyokong pendekatan integrasi nasional yang mereka amalkan apabila kaum pribumi itu hanyalah merupakan kaum minoriti berbanding dengan komposisi nasional yang majoritinya adalah pendatang Barat. Namun dalam konteks Britain ada juga nilai-nilai budaya minoriti yang positif daripada kacamata kepimpinan politik serta budayawan yang diambil, dikekalkan dan terus diamalkan sebagai budaya nasional meskipun berlaku improvisasi. Sama ada mereka setuju atau tidak, telah berlaku proses asimilasi budaya yang kadangkala terpaksa mengorbankan malah melenyapkan bahasa dan budaya nenek moyang golongan minoriti tertentu. Namun di Malaysia kita lihat konsep mangkuk pelebur itu tidak wujud, sebaliknya yang wujud ialah mangkuk sayur-mayur yang tidak meleburkan mana-mana unsur etnik tetapi mempersatukan kepelbagaian warna kulit dan budaya dalam satu persekitaran yang sihat dan saling bertoleransi. Di Malaysia pendekatan asimilasi telah ditolak walaupun, pada pendapat saya, inilah pendekatan yang terbaik untuk membina integrasi nasional yang utuh dan tulen. Misalnya golongan Baba Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang, golongan India peranakan atau Mami di
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 43

Pulau Pinang, dan Arab Peranakan telah meleburkan malah mengorbankan bahasa nenek moyang mereka. Malah di kalangan golongan Baba Nyonya tercipta bahasa kreol mereka yang tersendiri yang pastinya terbina daripada improvisasi bahasa ibunda golongan majoriti (Melayu) yang lebih dominan. Amat jelas juga kita lihat bahawa budaya mereka teradun dalam acuan budaya Melayu yang lebih superior meskipun secara halusnya terdapat perbezaan di sana sini. Namun, jika budaya nasional Malaysia boleh diterjemahkan sebagai budaya kaum pribumi Melayu sebagai asasnya, maka saya lihat bahawa budaya Baba Nyonya, India Peranakan dan Arab Peranakan ini telah menjelmakan satu proses integrasi nasional yang utuh dan tulen. Bagi sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan ini sebagai satu bentuk penjajahan dalaman kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi golongan majoriti terhadap golongan minoriti. Namun dalam banyak contoh golongan majoriti itu adalah juga merupakan pihak pemerintah yang melaksanakan dasar memperlemahkan budaya dan bahasa minoriti atas nama integrasi nasional. Misalnya banyak negara Barat yang mempertegaskan penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik dalam urusan perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Dalam pada itu, bagi kes-kes yang kritikal, demi mewujudkan integrasi nasional, ada juga kerajaan yang mengharamkan penggunaan dan pengajaran bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para pelajar yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti di dalam kawasan dan persekitaran sekolah. Kerajaan Perancis misalnya telah hampir mengharamkan terus penggunaan bahasa Breton, kerajaan British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah melenyapkan bahasa Gaelic di bumi Scotland. Kawalan kerajaan ke atas penggunaan bahasa minoriti di corong-corong radio, kecuali di Amerika Utara, juga merupakan satu contoh kawalan yang amat ketat terhadap penggunaan bahasa minoriti demi mewujudkan dan memulihara integrasi nasional. Mereka boleh membutakan mata mereka untuk melihat kepelbagaian warna kulit di kalangan rakyat tetapi mereka tidak boleh memekakkan telinga dengan kepelbagaian bahasa dalam media massa. Namun persoalannya di sini ialah apakah Barat berjaya membina integrasi nasional di kalangan rakyatnya yang berbilang kaum dan budaya. Bagi mendapatkan jawapannya bergantung kepada sejauhmana kita mendapat maklumat tentang keharmonian atau keburukan masyarakat mereka, dan ini pula bergantung penuh kepada sejauhmana media massa
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 44

mendedahkan kejayaan dan kepincangan yang wujud. Pendekatan mangkuk pelebur sebagaimana pendekatan yang digunakan di Barat dari satu sudut, amat bertentangan dengan konsep mangkuk sayur-mayur yang digunakan di Malaysia. Namun matlamat yang mahu dicapai adalah sama iaitu keharmonian sosial, kestabilan politik serta ekonomi. Dengan konsep ini kita lihat bahawa masyarakat Malaysia yang kepelbagaian budaya, bahasa, dan agama kekal dengan kepelbagaian warna-warninya. Dengan ekstrim pendekatan ini kita lihat bahawa dalam situasi tertentu bahasa rasmi menjadi bahasa rojak, malah dicampuradukkan pula dengan bahasa Inggeris mungkin untuk menyuntik ciri-ciri lenggok komunikasi antarabangsa. Bahasa Melayu lisan telor Cina dan telor India tegar diamalkan bukan sahaja apabila golongan ini berkomunikasi sesama mereka, malah disokong dan diamalkan oleh golongan Melayu ketika berkomunikasi dengan mereka. Mungkinkah saya menggambarkan senario komunikasi masyarakat Malaysia ini dalam perspektif yang ekstrim tetapi segalanya terlihat sebagaimana masyarakat kita berkomunikasi baik di pasar, di radio, di TV, di kuliah-kuliah universiti, di pentas politik malah di kantin Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya percaya bahawa untuk menjaga martabat bahasa rasmi harus juga terlaksana dalam situasi yang tidak formal. Hanya golongan yang amat sensitif dan insaf sahaja yang beria-ia berjuang untuk mempertahankan gaya dan hukum-hukum bahasa rasmi negara, tetapi malangnya golongan ini seperti Tan Sri Profesor Ameritus Dr Awang Had Salleh, Tan Sri Profesor Dr Ismail Hussien, Profesor Dr Nik Safiah Karim, Dr Awang Sariyan, A Samad Said, dan Datok Aziz Deraman (sekadar menyebut beberapa nama) sudah seperti kehilangan golongan pelapis. Adakah ini suatu kepincangan dalam proses integrasi nasional yang dicitacitakan Malaysia atau ia satu kelebihan dan kekuatan pendekatan Malaysia? Dasar integrasi nasional Kerajaan Malaysia amat mesra dengan bahasa etnik minoriti. Penggunaan bahasa etnik minoriti tidak pernah dikenakan hukuman malah tidak pernah dilarang digunakan di mana-mana sekolah di Malaysia, meskipun di sekolah-sekolah kebangsaan. Malah diwujudkan pula sekolah-sekolah jenis kebangsaan dengan memberikan hak mutlak kepada etnik minoriti untuk menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengajaran. Dalam konteks media massa pula khalayak etnik minoriti juga diberikan hak untuk menerbitkan akhbar mereka sendiri serta saluran radio yang seratus peratus menggunakan bahasa ibunda mereka. Tidakkah pendekatan mangkuk sayur-mayur ini menyonsang arus pendekatan yang diamalkan di Barat. Mungkin arkitek perpaduan nasional negara telah sedar tentang segregasi yang amat runcing di kalangan generasi muda kita yang
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 45

berlaku di sekolah-sekolah dan di institusi pengajian tinggi, maka dengan itu diwujudkan Sekolah Wawasan. Konsep sekolah ini yang mempertemukan kedua-dua sekolah jenis kebangsaan (Cina dan Tamil) dengan sekolah kebangsaan adalah usaha yang perlu diberikan sokongan kental oleh rakyat Malaysia. Namun di sana-sini terdapat juga penentangan yang dimanipulasikan oleh golongan tertentu kerana takut bahasa ibunda mereka terlebur atas nama integrasi nasional. Mohd Noor Yazid , calon kedoktoran dalam bidang politik antarabangsa di The University of Burmingham, England, berpendapat bahawa integrasi nasional di England tidak mendapat perhatian yang serius daripada pemerintah kerana golongan etnik minoriti amat kecil berbanding dengan Malaysia. Malah kedudukan komposisi kaum di Malaysia dilihat sebagai kritikal berbanding dengan negara-negara jiran seperti Thailand, Singapura, Filipina dan Indonesia. Di Thailand 86% komposisi rakyatnya terdiri daripada kaum majoriti Thai, komposisi kaum di Singapura pula terdiri daripada 95% Cina, 98% jumlah penduduk Indonesia pula adalah terdiri daripada kaum pribumi Indonesia manakala majoriti besar rakyat Filipina adalah terdiri daripada kaum Filipino sendiri. Majoriti besar etnik pribumi di negaranegara jiran (Singapura sahaja terdiri daripada majoriti kaum pendatang Cina), mewujudkan iklim dan persekitaran sosial dan politik yang selesa bagi mereka berbanding dengan Malaysia dengan komposisi Melayu (tidak termasuk kaum bumiputera Sabah dan Sarawak) yang hampir sama banyak dengan jumlah komposisi kaum Cina dan India. Dengan komposisi penduduk yang sedemikian Malaysia harus berhati-hati dan sensitif dengan polisi integrasi nasional yang diamalkannya. Nasharuddin Fisol , calon kedoktoran dalam bidang Perancangan Bandar di University of Nottingham, England, pula melihat bahawa kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh barisan pemimpin pelbagai kaum semasa bersetuju menerima perlembagaan kemerdekaan daripada kerajaan British dahulu menjadi asas kepada polisi integrasi nasional Malaysia. Pemimpin daripada pelbagai kaum telah bersetuju dalam iklim dan semangat toleransi serta pemaufakatan, telah menjelmakan persetujuan mereka dalam Perlembagaan Malaysia sebagaimana tercatat dalam Artikel 152 bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi kedua negara dengan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi utama. Namun mana-mana rakyat tidak dihalang dan dilarang untuk belajar dan mengajar bahasa-bahasa lain selain untuk urusan rasmi. Kontrak sosial ini juga berkaitan dengan persetujuan pelbagai kaum yang memberi
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 46

jaminan terhadap perlindungan hak istimewa kaum Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Artikel 153 yang juga dilindungi oleh Undang-undang Persekutuan. Persoalan toleransi terhadap penggunaan bahasa ibunda kaum minoriti dan keistimewaan orang Melayu serta bumiputera tidak boleh diungkit-ungkit lagi kerana ia telah dipersetujui dan diwartakan dalam perlembagaan. Pendapat di atas jelas menjadi faktor pendorong kepada Malaysia untuk membina acuannya yang tersendiri dalam hal pembinaan dan pewujudan integrasi nasional. Pendekatan Malaysia yang menongkah arus pendekatan yang diambil oleh Barat serta teori-teori Barat tidak boleh dipersoalkan. Namun apakah Malaysia berjaya? Profesor Dr Hamdan Adnan, Presiden FOMCA telah mencatatkan bahawa daripada 1945 hingga 1969 sejumlah 22 insiden pergeseran kaum telah berlaku dengan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai insiden yang paling dahsyat. Namun beberapa peristiwa perbalahan kaum seperti peristiwa penentangan Pemuda Umno terhadap pertubuhan Dong Jiao Zhong pada tahun 1987 yang membawa kepada pelaksanaan operasi Lalang, perbalahan pengurusan kuil India dan masjid di Pulau Pinang pada tahun 1998, tragedi Kampung Medan pada tahun 2001, peristiwa pergaduhan peserta PLKN yang baru lalu, mungkin mengundang kita untuk sama-sama memikirkan tentang kejayaan dasar dan modus operandi integrasi nasional Malaysia. Atau apakah benar peristiwaperistiwa berkenaan hanya sekadar kes-kes terpinggir yang tidak boleh dilihat sebagai perbalahan kaum tetapi sebaliknya hanyalah perbalahan dua pihak yang boleh berlaku di kalangan kaum itu sendiri. Sebagaimana lunaknya peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi situasi iklim kepelbagaian kaum di Malaysia yang bersandar kepada perbezaan bahasa, budaya dan agama sebagai komponen sensitif yang menuntut toleransi tinggi sesama kita. Di England sendiri konflik kaum juga berlaku, contohnya beberapa kejadian serangan terhadap golongan minoriti Muslim berlaku di sana sini. Untuk menilai beberapa daripadanya, seorang keturunan Afganistan telah dipukul hingga lumpuh di London. Di Swindon seorang wanita Asia dipukul bertalu-talu di kepala dengan kayu bola lisut manakala di Manchester, Masjid Bolton dibakar dan diserang dengan contengan-contengan lucah. Tak perlulah kita meninjau jauh ke negara-negara Eropah lain, mahupun Amerika Syarikat yang sering bangga diri dengan polisi demokrasinya yang unggul. Dari perspektif ekstrim yang positif, kita lihat pula bagaimana rakyat Malaysia tanpa mengira kaum turun ke stadium untuk menyokong pasukan negara dalam pertandingan sukan tertentu,
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 47

seperti badminton misalnya, tidak kira sama ada pemain Malaysia itu terdiri daripada kaum Melayu, Cina mahupun India. Lebih ketara lagi semangat nasionalisme diperlihatkan jika pasukan Malaysia menentang China atau India. Seorang kenalan bernama Tang dari Sungai Petani , seringkali berpelukan (sebagai tanda persaudaraan) dengan saya bila bertemu dan tidak pernah menolak apabila diajak untuk makan-makan di rumah. Seorang gadis Cina bernama Kim berasal dari Pulau Pinang, pernah datang ke rumah bersama suami, emak dan anak beliau untuk sama-sama meraikan hari raya Aidil Fitri yang baru lalu. Sejak itu kami sering berkunjungan. Kemesraan sedemikian meleburkan batas-batas kaum kerana yang difahami ialah kita rakyat Malaysia dan kami tidak lagi berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kerana kami rasa lebih selesa dan mesra untuk bergurau senda dalam bahasa Melayu. Malah kemesraan sedemikian meleburkan perbezaan agama dan budaya atas semangat nasionalisme Malaysia. SENTIMEN PERKAUMAN Sifat perkauman jika dibiarkan berterusan boleh mengancam kestabilan politik dan keamanan negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan pekerjaan. Kaum-kaum minoriti yang tertindas akan tersisih dari segi kawasan perumahan, peluang pendidikan dan pekerjaan. Terdapat juga kaum-kaum yang tinggal jauh dari kemajuan sebagai contoh kaum Negro, ramai daripada mereka yang masih tinggal di kawasan-kawasan mundur yang dikenali sebagai ghettoes, puak asli di Australia dan kaum kulit hitam di Afrika Selatan. Rasisme juga boleh mengakibatkan keganasan dan pembunuhan secara besar-besaran seperti yang telah berlaku ke atas kaum Yahudi di Jerman semasa pemerintahan Hitler. Isu perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau kumpulan manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya cuba mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum lain. Banyak organisasi politik dan sosial di negare kita dibentuk berasaskan kepada garis perkauman atau etnik. Organisasi sedemikian hanya memperjuangkan kepentingan dan merebut hak-hak yang dirasakan perlu tanpa memikirkan kepentingan golongan lain, keharmoni dan kesejahteraan negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 48

dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan pekerjaan. Organisasi-organisasi yang demikian akan bersaing untuk mendapatkan sokongan seluas mungkin dari kumpulan etnik masing-masing dengan menggunakan beberapa faktor penting seperti persamaan bahasa, agama, ras atau pengenalan etnik. Apabila kepercayaan dan tindakan demikian meluas dalam masyarakat, sudah tentu ia akan dapat mempengaruhi dan kadang-kadang menentukan perkembangan politik dalam sesebuah negara. Kesan penjajahan merupakan faktor utama punca konflik etnik dan ras di Malaysia. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaannya selama 40 tahun, tetapi kesan penjajahan British masih segar di minda setiap rakyat. Dasar pemeritahan British bercorak pecah dan perintah telah mengasingkan tiga golongan utama bangsa di Malaysia iaitu golongan Melayu. Cina dan India. Dasar kolonial mengenai imigrasi, pelajaran, pentadbiran, ekonomi, tanah, bahasa dan kebudayaan telah meninggalkan kesan yang berpanjangan sehingga sekarang. Dasar imigrasinya yang bebas telah mengubah sama sekali komposisi penduduk di negara ini. Dasar ekonominya pula telah menyebabkan timbul pengkhususan ekonomi mengikut etnik dan pengasingan tempat tinggal di kalangan mereka akibat dari kegiatan ekonomi yang berlainan. Penjajah Inggeris tidak menjadikan pendidikan sebagai alat penting untuk menyatupadukan rakyat yang berbagai etnik itu. Malah apa yang dilakukan ialah mementingkan pendidikan bahasa Inggeris kepada segelintir rakyat khususnya golongan yang berada demi kepentingan pentadbirannya. Sedangkan pendidikan Melayu dilakukan secara melepaskan batuk di tangga sahaja. Pendidikan untuk orang-orang bukan Melayu tidak dipedulikan langsung. Oleh sebab itu, orang-orang Cina dan India terpaksa mengendalikan sekolah mereka sendiri dan menanggung perbelanjaan sendiri. Perkembangan pendidikan yang tidak terkawal ketika itu akhirnya menimbulkan sikap dan orientasi politik yang berbeza. Di samping itu, melalui dasar dan pentadbirannya pula, Inggeris telah meninggalkan kesan psikologi yang meluas di kalangan rakyat dengan menanam prasangka dan stereotaip di kalangan mereka. Penjajah Inggeris akhirnya berjaya mempengaruhi sikap orang yang dijajahnya itu supaya menghormati dan menyanjung tinggi mereka sebagai kumpulan yang lebih tinggi daripada kumpulan-kumpulan ras yang lain pada ketika itu. Sebaliknya pula, terdapat banyak prasangka dan stereotaip negatif yang memandang rendah dan hina di kalangan berbagai
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 49

kumpulan ras. Hal ini bukan sahaja menghalang wujudnya kerjasama dan persefahaman di kalangan mereka tetapi juga boleh menimbulkan syak wasangka dan perasaan benci menbenci di kalangan mereka. Semua kesan ini sukar untuk dikikis habis-habisan biarpun kita telah lama bebas dari belenggu penjajahan British.

ANCAMAN GLOBALISASI

o EKONOMI Selain daripada ancaman perang dan keganasan terdapat banyak kepincangan dan masalah bagi dunia di permulaan abad ke 21 ini. Semasa Perang Dingin puak Kapitalis membendung nafsu mereka kerana takut negara-negara miskin memilih komunisme sebagai ideologi. Tetapi tamatnya Perang Dingin telah membebaskan puak kapitalis untuk melayan nafsu mereka tanpa had. Tidak puas dengan meraih kekayaan dalam negara sendiri, mereka ingin membolot semua kekayaan yang terdapat di dunia. Dengan mengambil kesempatan daripada perhubungan telekomunikasi dan penerbangan jet yang pantas mereka mencipta konsep dunia tanpa sempadan dan globalisasi. Mereka begitu geram melihat wilayah yang ditakluk oleh mereka dahulu mencapai kemerdekaan dan menghalang eksploitasi oleh mereka. Tidak puas dengan agensi antarabangsa dan penubuhan badan-badan bukan Kerajaan sebagai agen mereka untuk menidakkan kebebasan negara-negara yang baru merdeka ini, dengan mendakwa sempadan negara tidak penting lagi, mereka berharap mereka dapat kembali untuk menguasai semula tanah-tanah jajahan mereka dahulu. Mereka mentafsirkan dunia tanpa sempadan atau globalisasi sebagai kebebasan bagi modal melintasi sempadan tanpa peraturan atau syarat untuk negara-negara yang bebas dan berdaulat melindungi diri. Oleh kerana negara miskin tidak mempunyai modal, kebebasan ini tidak dapat dimanfaatkan oleh mereka. Selain daripada modal tidak ada kebebasan melintasi sempadan. Rakyat negara miskin tidak boleh berhijrah ke negara kaya. Kononnya kemasukan modal akan memperkayakan negara miskin. Yang tidak disebutkan ialah apabila modal ditarik keluar, terutama secara mendadak, negara-negara yang sederhana maju pun boleh menjadi miskin dan merana dalam sekelip mata.
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 50

Inilah yang dilakukan semasa krisis kewangan di Asia Timur. Kerana kononnya negaranegara Timur ini tidak ditadbir dengan telus dan baik maka mereka diramal akan mengalami kemerosotan ekonomi. Untuk mengelak daripada kerugian, pelabur asing menarik keluar dana mereka dan spekulator mata wang menjual wang yang kononnya dimiliki oleh mereka dalam pasaran wang secara mendadak. Dengan tindakan ini maka merosot sungguhlah ekonomi negara-negara ini dan beruntunglah mereka yang menjual saham dan wang yang kononnya mereka miliki. Semua konsep dagangan wang ini dicipta oleh mereka semata-mata untuk mereka meraih keuntungan. Kenyataan yang sebenar ialah pentadbiran yang dikatakan tidak telus dan kurang cekap sebenarnya telah berjaya membangunkan negara-negara Asia Timur dengan amat pesat sehingga mereka digelar sebagai harimau ekonomi. Yang benar ialah kemerosotan negaranegara ini disebabkan oleh penyangak mata wang yang menjual secara besar-besaran mata wang negara-negara ini dan pemain pasaran saham yang menjual secara jualan singkat atau "short-selling" saham dalam bursa saham. Walaupun ini semua jelas membawa malapetaka ekonomi tetapi pihak-pihak tertentu masih enggan meminda rejim kewangan antarabangsa. Mereka ingin mengekalkan rejim ini supaya mereka dapat terus meraih keuntungan bagi diri mereka. Kita lihat bagaimana banyaknya negara di dunia yang menjadi amat miskin sehingga tidak dapat dipulihkan kerana sistem kewangan antarabangsa ini. Sesungguhnya sistem kewangan antarabangsa dan dunia tanpa sempadan atau globalisasi menjadi ancaman dan cabaran kepada negara kecil seperti kita. Bukanlah kita menolak globalisasi secara total tetapi kita berpendapat tafsiran yang hanya memberi kebebasan kepada modal melintasi sempadan adalah amat merbahaya. Kita juga khuatir akan tujuan bank-bank dan syarikat-syarikat gergasi meneruskan percantuman mereka untuk menjadi lebih besar. Jika mereka dibenar masuk dan bermaharajalela di negara kecil sudah tentu mereka akan menguasai semua perniagaan dan ekonomi negara-negara ini. Syarikat-syarikat dan bank-bank tempatan akan ditelan oleh mereka. Kita percaya dalam usaha untuk meningkatkan keuntungan mereka, sebahagian daripada pekerja bank atau syarikat yang ditelan oleh mereka akan digugurkan. Akhirnya rakyat negara kecil tidak lagi akan memiliki perniagaan sendiri tetapi menjadi pekerja upahan gergasi asing. Yang lebih menakutkan ialah gergasi-gergasi ini akan menjadi begitu besar, kuat dan
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 51

berpengaruh sehingga dapat menguasai politik negara. Ini telah berlaku di Amerika Tengah di mana pengurus ladang pisang dapat menentukan siapa menjadi Presiden negara. Tidak mustahil ini juga akan berlaku apabila gergasi-gergasi asing sudah menguasai ekonomi dunia sepenuhnya. Tiap gergasi ini adalah berpuluh kali lebih besar daripada segi kewangan daripada majoriti negara-negara membangun. Negara kita Malaysia tetap menjadi sasaran. Media asing tidak berhenti-henti memburukkan negara ini. Segala pendapat, pendirian dan amalan kita dikecam hebat oleh mereka. Apatah lagi kita adalah negara Islam di mana orang Islam menjadi majoriti dan menguasai negara ini. Kejayaan kita hanya menimbulkan perasaan geram dan benci yang berlebihan di kalangan mereka. Jika tidak kerana ini apakah sebabnya mereka mencaci kita yang bukan-bukan, seolah-olah kita tidak pernah membuat apa-apa yang baik sama sekali? o KEGANASAN ANTARABANGSA Keganasan antarabangsa semakin menjadi-jadi. Pengeboman dua pesawat Russia, penahanan dan pembunuhan tebusan di Beslan, Ossetia Utara, pengeboman kedutaan Australia di Jakarta, pembunuhan pejuang berani mati di Iraq, Palestin, Afghanistan dan Sudan menunjukkan keganasan terus menular. Keadaan menjadi di luar kawalan hingga negara polis dunia iaitu Amerika Syarikat (AS) menyatakan matlamat utama dasar luar negara itu ialah unilateralisme dalam mengekang keganasan antarabangsa. Berikutan dasar itu, keadaan menjadi lebih menyedihkan apabila AS memencilkan dan menidakkan peranan pertubuhan antarabangsa khususnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam penyelesaian konflik antarabangsa di beberapa negara. AS turut menyemarakkan sesetengah pihak untuk bertindak lebih rakus dan melampau seperti yang dilakukan Israel di Palestin, hingga beberapa kumpulan pejuang di Iraq, Afghanistan, Chechnya dan Palestin menjadi semakin terdesak dan hilang kepercayaan terhadap sistem penyelesaian konflik antarabangsa sedia ada. Dengan keadaan yang bercelaru, rejim Israel terus meluaskan penguasaan mereka di Palestin hingga pejuang kemerdekaan bertindak nekad melancarkan pengeboman berani mati di mana saja mereka beroperasi. Sebenarnya tidak sukar memahami tindakan kumpulan ini yang terdesak lebih-lebih lagi apabila kekuasaan semakin tidak berpihak kepada mereka. Stalemate yang berlaku dalam perhubungan antarabangsa kini sebenarnya didorong oleh sikap negara kuasa besar khususnya AS dan konconya yang melihat penyelesaian masalah keganasan antarabangsa daripada sudut yang salah. Angkuh dengan penguasaan teknologi dan
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 52

ekonomi, mereka silap mengarahkan dasar membanteras keganasan antarabangsa melalui tindakan unilateral dan pre-emptive yang berorientasikan falsafah might is right atau besar atau kuat itu benar. Mereka mengetepikan soal kemanusiaan, maruah bangsa, kemerdekaan, kedaulatan dan hak orang yang tertindas, miskin dan terabai. Segala yang ada pada mereka termasuk kekuatan teknologi dan ekonomi digunakan untuk mengeksploitasi negara miskin dan bangsa yang lemah bagi membolehkan mereka terus berkuasa. Senario hubungan antarabangsa nampaknya tidak akan berubah dalam masa yang terdekat. Gambaran kesinambungan falsafah kuno itu kini dapat kita lihat terus dipertahankan oleh negara kuasa besar. Di Asia Tenggara, sebagai wakil atau Timbalan Syerif kepada AS di rantau ini, Australia bersungguh-sungguh mentaati suruhan tuannya dalam menangani keganasan antarabangsa. Perdana Menteri Australia, John Ho-ward, buat kali keduanya baru-baru ini membuat penegasan semula untuk bertindak secara unilateral dan pre- emptive merentasi sempadan negaranya dalam menangani keganasan antarabangsa. Kenyataan itu dibuat sebagai maklum balas Howard kepada tragedi pengeboman kedutaan Australia di Jakarta baru-baru ini. Sikap itu sama sekali membelakangkan nilai kejiranan rantau Asia Tenggara dan dilihat sebagai ancaman yang terus menjadikan rantau ini sasaran kumpulan pengganas antarabangsa. Meskipun apa yang didakwa sebagai suspek pengeboman itu ialah warga negara Malaysia, tidak wajar kerakyatan negara ini dijadikan sebab untuk bertindak dan menyerang demi membanteras keganasan. Apakah rasional pemimpin Australia mengugut rakyat rantau ini termasuk Malaysia yang majmuk dan komited dalam menghadapi keganasan antarabangsa? Rakyat Malaysia bersedia mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air serta tidak akan membenarkan sama sekali rantau ini diheret ke dalam satu konflik seperti di Palestin atau Iraq. Sudahlah pribumi di Australia ditindas di bumi sendiri, kini rantau Asia Tenggara pula hendak dijadikan medan penguasaan mereka. Jika ini matlamat dan hasrat Australia, selama-lamanya dunia akan gagal menangani keganasan antarabangsa. Kitaran keganasan yang kini berpusar di Timur Tengah, Afghanistan, Asia Tengah dan Afrika Utara wujud pula di rantau ini. Percaya pusaran dan kitaran keganasan di mana-mana pun tidak akan mendatangkan keuntungan kepada mana-mana negara sebaliknya akan membawa kesengsaraan yang berpanjangan. Bagi rakyat biasa di Malaysia dan barangkali di Australia, gelagat pemimpin seperti Howard amat mendukacitakan kerana majoriti rakyat kedua- dua negara inginkan keamanan dan kestabilan serantau, beliau pula
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 53

seolah- olah dengan sengaja mengundang masalah. Barangkali ia adalah gimik politik Howard kali ini terutama ketika berusaha menghadapi pilihan raya umum Oktober ini. Malaysia berusaha menjadi model terbaik negara Islam majmuk yang sederhana dan selaras dengan prinsip kemanusiaan sejagat. Nilai Islam yang cintakan perdamaian dan kesejahteraan manusia yang dipancarkan melalui kepemimpinan negara kini dan dimanifestasikan dalam dasar sosial dan luar negara termasuk dalam menangani isu keganasan antarabangsa. Bagi Malaysia, sebarang ancaman kepada usaha menangani keganasan mesti berasaskan penyelesaian pokok iaitu masalah itu seharusnya disokong dan bukan sebaliknya. Perdana Menteri Malaysia dijangka membangkitkan hal yang sama pada Persidangan Agung PBB minggu depan dan pasti memberi penekanan kepada penyelesaian keganasan kepada punca keganasan antarabangsa terus berleluasa iaitu kemiskinan, kemunduran, pengabaian, penindasan, ketidakadilan, penafian hak akibat kerakusan memonopoli kuasa ekonomi dan mentaliti imperialis sesetengah kuasa besar. Barangkali ada baiknya isu berkaitan dengan campur tangan asing dan tindakan unilateral dibangkitkan oleh Malaysia bagi menghindar kuasa besar dan konco seperti Australia daripada terus merosakkan keadaan. Penegasan semula juga harus dibuat oleh Malaysia bagi memberi PBB peranan lebih besar, bebas, adil dan berkesan dalam menghadapi keganasan antarabangsa. Walaupun pendirian Malaysia tegas tidak menyokong kempen keganasan mana- mana kumpulan pejuang di dunia, hakikatnya diakui bahawa permasalahan yang menghantui dunia dan mencetuskan keganasan tidak dapat diselesaikan selagi dunia terutama negara kuasa besar gagal mengiktiraf dan menyelesaikan masalah asas serta pokok yang disebutkan tadi. Mereka juga harus mengambil kira pandangan dan peranan setiap negara, kumpulan negara serantau yang terbabit dengan konflik dan peranan organisasi seperti PBB, Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Dunia tidak mempunyai pilihan selain terus mendukung prinsip multilateralisme dalam perhubungan antarabangsa. o SIBER SEJAK pendedahan laman web Wikileaks yang mendedahkan pelbagai maklumat sulit, mengakibatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencadangkan pembentukan sebuah badan kerja antara kerajaan bagi menyelaras usaha global mengawal Internet. WikiLeaks dibiayai oleh pelbagai sumbangan awam, dengan bantuan penaungnya, Julian Assange yang kaya dan seperti yang boleh diagak oleh orang ramai, serba sedikit daripada
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 54

Assange sendiri.Bagaimanapun, medicine without prescription kos penyimpanan data itu sungguh kecil kerana, mesikpun Assange dan petugasnya sudah mendedahkan beberapa juta dokumen, daripada segi terma data, ia bukan jumlah besar.Segala apa yang dimiliki oleh Wikileaks mungkin disimpan dalam jalur ingatan berkapasiti tinggi.

Dengan memiliki pangkalan seperti ini, ia sudah pasti memenuhi ego besar Assange. Kes Wikileaks mempunyai kaitan dengan perkomputeran cloud yang popular pada masa kini bermakna segala-galanya akan dimuatkan dan dimampatkan dalam Internet memungkinkan pelbagai isu yang perlu dijawab.Malah, 2011 juga bakal menyaksikan pelbagai kerumitan di Internet selain ruang siber yang terdedah dan permintaan telefon pintar meningkat dijangka pada tahun depan. Penjenayah siber kini mengaut keuntungan ratusan juta ringgit setahun, namun tindakan politik antarabangsa dan langkah cekap antijenayah siber belum dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.Populasi Internet yang besar faktor utama peningkatan ancaman. Jumlah serangan siber yang canggih akan terus naik kerana perkembangan pesat Internet dan jumlah pengguna yang banyak.Dunia siber meniru kehidupan nyata iaitu pengguna terdedah kepada kebocoran maklumat ketika online, ketika membeli, menyemak akaun bank dan memindah naik pangkalan data perhubungan dan maklumat peribadi dalam Internet. Facebook satu contoh terbaik. Walaupun Facebook bukanlah rangkaian sosial baru yang luar biasa, ia memang salah satu platform yang berjaya dan kejayaan ini menarik perhatian penjenayah siber untuk memperoleh data peribadi yang berharga melalui serangan kejuruteraan sosial.Risiko serangan siber akan meningkat memandangkan jenayah siber sukar untuk dikesan, malah jarang kes dilaporkan kerana kebanyakan pihak terbabit malu untuk mengakui rangkaian mereka diserang.Penjenayah siber yang lebih handal dapat menghasilkan botnet melalui aplikasi cloud yang biasa. Botnet ini bukanlah baru, malah ia digunakan dengan kerap sejak kebelakangan ini kerana kelajuan Internet yang cepat serta pengguna kurang menyedari bahayanya.Menerusi kewujudan botnet yang banyak itu, penjenayah siber dapat melancarkan serangan DdoS ke atas organisasi dari sebarang lokasi di dunia ini. Ia seakan-akan bom jangka bagi organisasi awam dan swasta kerana mereka akan diserang pada bila-bila masa saja berbanding serangan keganasan dalam kehidupan nyata.
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 55

Telefon pintar juga pasti satu masalah menjelang 2011 apabila pengguna melakukan segalagalanya melalui peranti terbabit tidak kira bersosial, menempah tiket penerbangan atau membeli-belah. Salah satu sasaran penjenayah siber ialah peranti berasaskan Android kian mendapat permintaan hangat sehinggakan kebanyakan vendor mula menggunakan plattform terbabit sebagai sistem operasi yang disepadukan dengan model dikeluarkan. Ia diakui Pengurus Kumpulan Penyelidikan Mudah Alih Kaspersky Lab, Denis Maslennikov, yang menyatakan 2011 bakal menjadi tahun mencuba untuk membolosi telefon pintar berasaskan Android.Tahun 2010 saja, virus Trojan pertama mula dikesan melalui platform itu dengan nama kod Trojan-SMS.AndroidOS.FakePlayer.a yang menular pada beberapa model telefon pintar, katanya.Jelasnya, ia masih di peringkat permulaan terutama membabitkan ujian keberkesanan virus ke atas platform terbabit.Kami mula mula mengesannya sejak Ogos lalu dan semakin menular terutama ketika pengguna memindah turun pemain video.Penjenayah siber membangunkan trojan SMS untuk masuk dalam sistem terbabit manakala game juga terkena penangan malware apabila ia akan berjangkit dengan kod malicious menggunakan EXE File yang ditempatkan dalam fail arkib game terbabit tanpa dikesan, katanya.Maslennikov berkata, ia memungkinkan penjenayah mencuri data terutama untuk panggilan antarabangsa walaupun jumlahnya tidak tinggi namun kalau sudah dikumpulkan jumlahnya, berbukitlah kerugian.Katanya, malware mudah alih kini bersifat komersil dengan platform seperti Android, iPhone, Symbian dan Windows Mobile dijangka mudah dijangkiti.Malware terbesar dijumpai dalam Java (J2ME) yang terdapat pada kebanyakan telefon bimbit iaitu 55.6 peratus, kedua ialah Symbian dengan 31.4 peratus (platform yang paling banyak digunakan), kata Maslennikov.Beliau menjangkakan, malware akan cialis Generic Cialis Professiona Online Pharmacy rebate mula menular ke iPhone dan Android walaupun sehingga kini kedua-duanya hanya mengalami masalah kurang satu peratus.Malware mudah alih pertama dijumpai ialah pada 2004 melalui set bluetooth dan MMS yang berasal dari kategroi worms.SYmbOS.Cabir, worm.SymbOS.Comwar dan Virus.WinCE.Duts, ia terus dikesan sehingga 2006, katanya.Statistik setiap bulan dari awal tahun ini sehingga Oktober 2010 menunjukkan peningkatan malware mudah alih setiap hari.Bermula pada 2008, terdapat 30 malware dikesan dalam sebulan dan ia meningkat, jelasnya.Sementara itu, Symantec Corp mengumumkan unjurannya keselamatan dan simpanan bagi 2011 yang berasaskan pemerhatian pakar keselamatan dan simpanan syarikat
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 56

dalam dunia perlindungan maklumat.Organisasi masa kini ini dibebankan dengan terlampau banyak maklumat yang meningkat seiring pertumbuhan pesat data.Hampir setiap hari, ada sahaja teknologi baru diumumkan atau diperkenalkan di pasaran dengan janji untuk mengurangkan kos, mempermudah atau mempercepatkan urusan perniagaan.Memandangkan peruntukan IT tetap tidak berubah atau semakin berkurangan, organisasi di Malaysia perlu merancang dan melaksanakan inisiatif teknologi strategik dengan menilai risiko dan ancaman di pasaran. Banyak organisasi meneliti proses pemayaan, keselamatan mudah alih, enkripsi dan pemulihan, arkib dan perkomputeran cloud yang melindungi dan menguruskan maklumat dengan lebih cekap, kata Pengurus Negara, Symantec Malaysia, Alex Ong. Firma penganalisis IDC meramalkan menjelang akhir tahun, penghantaran peranti mudah alih baru meningkat sebanyak 55 peratus dan Gartner mengunjurkan bahawa dalam tempoh masa yang sama, 1.2 bilion orang akan menggunakan telefon mudah alih untuk berhubung menerusi web.Walaupun penjenayah siber sebelum ini tidak begitu berminat dengan peranti mudah alih, tapi disebabkan peranti seperti ini yang semakin canggih dan pasaran kini dikuasai oleh platform terbabit, sudah pasti penggodam akan menyasarkannya pada 2011 sebagai sumber data rahsia, kata Ong. Cabaran sama wujud dalam penggunaan berleluasa sistem pemayaan walaupun banyak syarikat percaya maklumat dan aplikasi prasarana maya masing-masing adalah terlindung, ramai pentadbir IT mungkin terpaksa menghadapi kenyataan bahawa ia sebenarnya tidak menjadi kenyataan pada 2011.Penggunaan pantas, pelaksanaan dan kurangnya piawaian prasarana maya akan terus mendedahkan jurang keselamatan dan ketersediaan yang tinggi dalam persekitaran maya.Walaupun pemayaan mengurangkan kos pelayan, organisasi menyedari bahawa pemayaan yang juga boleh meningkatkan kos pengurusan dan simpanan pada masa sama, katanya.Menambah lagi kerumitan ialah penggunaan media sosial yang dikatakan menambah baik komunikasi dan produktiviti di seluruh organisasi. Walaupun media sosial akan terus mengubah kaedah kita berkomunikasi pada 2011, organisasi IT juga perlu memahami kaedahnya untuk melindungi dan menguruskan aplikasi. Walaupun perisian terus memacu inovasi, model penyampaian baru akan dilaksanakan pada 2011 untuk keperluan pelanggan yang mempermudahkan operasi IT.Perkomputeran cloud, perkhidmatan dan peranti dihos adalah contoh model penghantaran menarik yang akan mengubah landskap pusat data hari ini dengan memberikan organisasi fleksibiliti dan
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 57

kemudahan penggunaan.Organisasi akan memanfaatkan perkomputeran cloud umum dan swasta apabila kemudahan ini semakin bersedia pada tahun akan datang.Pakar keselamatan Fortinet pula menunjukkan bahawa Asia adalah lokasi geografi yang berisiko tertinggi dalam dunia ini jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan Eropah.Oleh itu, penting bagi industri kesihatan Malaysia untuk mengambil tindakan yang lebih teratur bagi komunikasi maklumat perubatan kerana globalisasi membolehkan penghantaran data perubatan pesakit ke seluruh dunia untuk tujuan profesional dan peribadi tanpa sebarang gangguan.Asia tidak mempunyai piawaian tertentu yang berupaya mengatasi masalah privasi data maklumat kesihatan dan rekod perubatan dilindungi secara elektronik, kata Pengarah Rantau Fortinet bagi Asia Tenggara & Hong Kong, George Chang.Pemikiran terhadap keselamatan sebagai penyelesaian yang lengkap terutama pada tahun mendatang bagi pembuat keputusan IT dan bisnes masih berada dalam peringkat awal, pasaran masih mempunyai ruang untuk menentukan piawaian amalan terbabit khususnya di Asia, katanya.Beliau berpendapat bahawa industri pelancongan perubatan di Malaysia dipandang sebagai sektor yang mempunyai potensi tinggi dengan perkembangan pesat dan keuntungan kian meningkat. Ramai pesakit antarabangsa melawat Malaysia dan negara jiran Asia lain namun prasarana yang kurang berkembang memungkinkan pesakit berpindah-rata dari hospital ke hospital lain tanpa kelengkapan data perubatan cekap dan terdedah kepada kebocoran.Pada tahun akan datang, apa yang lebih membimbangkan ialah rekod perubatan juga terdedah terhadap serangan siber pada tahap rangkaian melalui web, e-mel dan secara terus dalam pangkalan data.Sebenarnya, ancaman dapat memasuki rangkaian organisasi kesihatan dengan pelbagai cara, katanya.Masalah keperibadian lain mengelilingi rekod perubatan elektronik (EMR) termasuk kejadian penggodaman yang menukar data pesakit atau merosakkan sistem klinikal, penyalahgunaan maklumat rekod kesihatan oleh pengguna berdaftar, masalah pengurusan data jangka panjang dan campur tangan kerajaan terhadap hal kesihatan dari organisasi kesihatan swasta.Seperti keadaan kesihatan manusia, keselamatan dalam dunia siber tidak mempunyai penyelesaian yang mudah dan perancangan yang 100 peratus selamat. Walau bagaimanapun, sistem komunikasi IT membuka pintu bagi pakar perniagaan, teknologi dan perubatan untuk mencipta platform yang lebih baik, katanya.

SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

58

CADANGAN

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah wujud hampir separuh abad lamanya, memerlukan kajian semula supaya sesuai dengan tuntutan dan kehendak semasa.YAB Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Razak dan YB Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein telah membuat kenyataan bahawa kerajaan sedang dalam proses mengkaji semula ISA. Pada 4 Ogos 2009 Perdana Menteri juga telah memaklumkan bahawa dalam melaksanakan kajian semula ke atas ISA semua pihak termasuk pembangkang dan pelbagai pertubuhan sivil akan diberi peluang untuk mengemukakan pandangan, cadangan dan idea bagaimana untuk memperbaiki undangundang dan bukan mempolitikkannya.Dasar dan pendirian Kerajaan adalah untuk mengkaji dan bukannya memansuhkan ISA. Ini bertujuan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada dan menutup ruang penyalahgunaan kuasa dan lain-lain perkara yang menimbulkan pertikaian.Kerajaan telah mengumumkan bahawa adalah mustahil untuk Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, tetapi ia boleh dipinda supaya lebih bersesuaian dengan keadaan semasa. Antaranya tujuan ia dikekalkan adalah seperti berikut di mana Akta tersebut masih relevan bagi memelihara keharmonian dan ketenteraman awam di negara ini. Sekiranya dimansuhkan golongan yang mempolitikkan ISA akan lebih berani mendesak supaya dihapuskan perkara-perkara lain yang termaktub dalam Perlembagaan negara.Dapat mempertahankan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Undang-undang ini juga mencegah tindakan menukar sistem pemerintahan negara secara tidak demokratik dan lebih Bersifat preventif atau pencegahan dan bukannya kuku besi. Di mana ianya dikenakan ke atas individu untuk mencegah mereka daripada bertindak menjejaskan ketenteraman awam, kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara. Sekian saja dengan cadangan bagi ancaman dari dalam negara, di mana berbalik kita kepada Ancaman Luar Negara yang datang dengan berbagai bentuk, cadangan yang ingin disuarakan
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 59

di dalam kertas kerja ini adalah di mana dari segi ancaman siber Tidak ada jalan pintas dalam
menangani ancaman siber. Jalan yang terbaik ialah untuk setiap individu memainkan peranan masingmasing dalam lingkungan kuasa dan kemampuan yang ada. Pihak pengurusan atasan syarikat atau

organisasi perlulah menangani risiko ancaman siber dari perspektif yang menyeluruh serta mengeluarkan polisi-polisi yang berkesan untuk diikuti oleh pekerja syarikat. Sumber kewangan dan staf yang mahir perlu diadakan dan mencukupi. Bagi individu pula, perlu ada tahap kesedaran yang tinggi tentang risiko dari ancaman siber ini, terutamanya ketika menggunakan komputer masing-masing.Setiap dari kita perlu ada rasa tanggung jawab untuk menentukan komputer kita terjamin selamat dan tidak mengandungi virus dan trojan yang boleh mengancam keselamatan maklumat orang lain.Setiap individu perlu mempunyai etika kerja yang murni dan tidak menyalahgunakan sumber yang diberi dengan melayari lamanlaman web yang tidak produktif, lucah dan bertentangan dengan undang-undang dan nilai sejagat. Di pihak kerajaan pula, kerajaan perlu mengadakan dan menentukan prasarana ICT yang selamat dengan melaksanakan polisi-polisi yang efektif, terkini dan praktikal. Undang-undang siber dan yang berkaitan dengannya perlu dikaji dari masa ke semasa mengikut tahap ancaman global yang selalu berubah-ubah. Kerajaan juga perlu menentukan wujudnya organisasi bebas yang mempunyai kepakaran dalam keselamatan maklumat yang boleh memberi khidmat dan nasihat tentang cara yang betul dan sesuai untuk menangani ancaman siber. Organisasi ini kelak diharapkan dapat dirujuk oleh semua golongan masyarakat di Malaysia secara mudah. Di samping itu, kerajaan juga sudah mengemukakan beberapa pelan untuk negara bagi menangani ancaman-ancaman dari luar negara pada masa akan datang kelak tidak mengira dari segi Ekonomi mahupun dari segi keselamatan dan pertahanan negara.

SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

60

KESIMPULAN Berasaskan di atas, dapat di simpulkan bahawa peranan dan kerjasama Kerajaan dan Rakyat dalam menjaga keselamatan negara adalah penting. Ini disebabkan oleh kerana ancaman yang mampu mencabar nilai-nilai utama sesebuah negara terletak di tangan rakyatnya sendiri dan dipandu oleh Kerajaan yang stabil. Namun begitu, dalam keadaan tertentu, terutama apabila sesetengah pihak tidak mampu memainkan peranannya dengan berkesan akan datang pihak dari luar cuba untuk campur tangan,dan pada masa ini Kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih aktif. Umpamanya, apabila pelaburan swasta masih rendah akibat ketidaktentuan yang berlaku pada dalam ekonomi dunia sekarang, Kerajaan berperanan untuk menampung penguncupan ini dengan Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara dengan meningkatkan pelaburan awam untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang dan kualiti hidup rakyat tidak terjejas dan ini boleh mengelakkan anasir luar yang tidak elok masuk ke dalam Malaysia. Selain daripada itu, dalam Islam adalah penting bagi sesebuah Kerajaan memastikan setiap rakyat mendapat pendidikan yang sewajarnya. Ini merupakan bidang yang sangat diberi keutamaan oleh Kerajaan sejak merdeka lagi kerana ilmu dapat membawa rakyat keluar daripada kancah kemiskinan dan dapat membantu memabngunkan ekonomi negara. Ternyata usaha-usaha yang dilaksanakan sekarang ini telah menunjukkan hasil yang baik. Tahap kemiskinan Malaysia rendah berbanding dengan banyak negara lain. Namun masih banyak yang perlu dilakukan bagi mengatasi ketidakseimbangan di antara penduduk bandar dan luar bandar dan juga masalah pendatang tanpa Izin (PATI). Akhir sekali, saya ingin menekankan di sini bahawa hasil daripada kertas kerja yang dihasilkan ini diharap dapat menjadi pengenalan kepada rakyat mengenai bentuk-bentuk ancaman yang boleh mengugat keamanan negara kita selama ini dalam usaha menjaga nilainilai utama negara kita tidak mengira dari segi ideologi, kedaulatan, Rakyat atupun kerajaan kerana Peranan yang dimainkan oleh Kerajaan dan rakyat juga haruslah selaras kerana
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 61

matlamat yang ingin dicapai ialah untuk mengekalkan keamanan di dalam negara supaya dapat menikmati kehidupan yang harmoni daripada segi kebendaan dan kerohaniah.

BIBLIOGRAFI http://liberationyouth.1forum.biz/t6-definisi-negara http://ms.wikipedia.org/wiki http://batalion10pga.wetpaint.com/page/Ancaman+ %26+Cabaran+Keselamatan+Negara+di+Milenium+Baru http://www.ukm.my/ index.php/ http://pemudasabah.blogspot.com/ http://ahmadfahmie.wordpress.com/2008/02/11/basmi-kemiskinan-yang-di-atasdan-di-bawah-perlu-selari/ http://perkarayangbelumselesai.blogspot.com/2009/10/hukum-hudud-dimalaysia.html http://beliamuda.com/2010/01/isu-penggunaan-kalimah-allah-gereja-desamelawati-dibakar/ http://www.myislamnetwork.net/component/content/article/2-e-akhbar/46-isupenggunaan-kalimah-allah-oleh-abu-bakar-bin-yang-fellow-di-ikim.html http://aminiskandar.wordpress.com/2009/05/13/selepas-40-tahun-tragedi-berdarah13-mei-1969/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei http://usrahwave.com/site/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=103 http://www.mymissa.com/penyakit-ancam-keselamatan http://mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp? file=/2009/9/25/mstar_rencana/20090924103103&sec=mstar_rencana http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2008&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm
SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 62

http://www.ikim.gov.my/v5/print.php?grp=2&key=130 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content &view=article&id=1398:isu-pulau-batu-puteh&catid=16:isu-nasional http://mazlan66.wordpress.com/2008/02/28/kesan-kesan-kemasukan-pendatangasing-tanpa-izin-kepada-negara-ini/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendatang_tanpa_izin http://www.cybersecurity.my/en/knowledge_bank/news/2004/main/detail/1221/ind ex.html


http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenayah_siber/Nik Anuar Nik Mahmud. 2003

Pulau Sipadan Dan Pulau Ligitan Isu Sempadan Dan Kedaulatan.Bangi: Penerbit Unversiti Kebangsaan Malaysia. http://amaniresearch.blogspot.com/2011/04/tinjauan-literatur-sorotan-kajian.html http://pmr.penerangan.gov.my/index.php? option=com_content&view=article&id=4300:akta-keselamatan-dalam-negeri-isadikekalkan-demi-menjamin-kesejahteraan-negara&catid=250:akta-akta *** Petikan Temubual Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Md. Ralip dengan Utusan Malaysia. Utusan Malaysia Berita Harian NST Wilkipedia KOSMO HARIAN METRO
http://antirepublik.blogspot.com/2009/03/krisis-ekonomi-ancamanglobalisasi.html 1992 2009 INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM) http://www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/UMNO2002/index.a sp?pg=ucapan_drm5.htm http://albayuni.wordpress.com/2009/08/29/pengajian-am-stpmkeganasan-antarabangsa/ SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA 63

SETIAP NEGARA MEMPUNYAI NILAI-NILAI UTAMA NEGARANYA, NILAI-NILAI UTAMA TERSEBUT APABILA DICABAR BOLEH MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

64

You might also like