You are on page 1of 11

Unsur-Unsur Yang Telah Menyebabkan Kerajaan British Mengemukakan Kesatuan Tanah Melayu Pengenalan Jurnal yang bertajuk Unsur-Unsur

Yang Telah Menyebabkan Kerajaan British adalah sebuah jurnal yang membincangkan

Mengemukakan Kesatuan Tanah Melayu

tentang usaha yang dilakukan oleh British selepas Perang Dunia Kedua- iaitu selepas kejatuhan Jepun- untuk kembali bertapak di Tanah Melayu, iaitu dengan menubuhkan Kesatuan Tanah Melayu atau Malayan Union. Dalam penulisan ini, penulis jurnal telah mengemukakan pendapat beliau tentang masalah yang dihadapi British dalam menubuhkan Malayan Union, sebab-sebab serta tujuan Malayan Union ditubuhkan berdasarkan keadaan politik, ekonomi dan sosial masyarakat di Tanah Melayu ketika itu. Selain itu, penulis jurnal juga turut menggunakan Teori James de V. Allen dalam mengemukakan sebab-sebab penubuhan Malayan Union.

Dari pengamatan penulis, jurnal ini adalah suatu jurnal yang menarik kerana ia telah memberi ruang kepada penulis jurnal yang juga merupakan pelajar tahun dua, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mengemukakan pendapat beliau berkaitan topik yang

dibincangkan. Selain itu, jurnal ini dapat membuka minda pembaca tentang senario yang berlaku pada masa Malayan Union ditubuhkan. Para pembaca juga dapat mengetahui tujuan penubuhan dan sebab-sebab penubuhannya dari kaca mata penulis jurnal. Pada pendapat penulis, penulis jurnal mempunyai pendapat dan idea yang hebat dan kritikal, namun begitu, cara pengolahan isi serta penyusunannya perlu diperbaiki supaya apa yang ingin disampaikan adalah lebih jelas dan difahami pembaca. Penulis jurnal boleh menulis dengan menggunakan sub-sub topik atau tajuk-tajuk kecil bagi memisahkan satu isi dengan isi yang lain. Selain itu penulis jurnal juga boleh menggunakan lebih banyak rujukan autentik yang sesuai bagi menyokong pendapat beliau.

Perbincangan Jurnal ini membincangkan tentang bentuk pemerintahan British selepas Perang Dunia Pertama di Tanah Melayu. Selepas mengamati senario ekonomi, politik dan sosial penduduk Tanah Melayu, British mengambil keputusan untuk merubah corak pemerintahan mereka supaya YT 2007 6960 1

Unsur-Unsur Yang Telah Menyebabkan Kerajaan British Mengemukakan Kesatuan Tanah Melayu rakyat lebih bersatu padu dan menumpukan taat setia kepada pemerintahan British. Dengan itu, mereka menubuhkan Kesatuan Tanah Melayu atau Malayan Union.

Menurut penulis jurnal, idea bagi menggabungkan negeri-negeri di Tanah Melayu kepada satu pentadbiran telah difikirkan oleh British sejak Jepun menduduki Tanah Melayu lagi. Pada pendapat British, jika negeri-negeri yang berasingan ini ditadbir oleh satu pentadbiran, tentulah ini akan lebih memberi kekuatan dan kelebihan kepada pihak British bagi menghadapi ancaman luar pada masa akan datang. Tambahan pula keadaan yang semakin kompleks dan moden amat menghendaki pentadbiran yang cekap dan terancang. Tanah Melayu pada masa itu adalah menjadi pengeluar bijih timah utama dunia serta getah. Pentadbiran yang terpisah hanya akan meningkatkan kos perbelanjaan pengeluaran sumber-sumber tersebut. Tambahan pula Tanah Melayu memerlukan peruntukan yang tinggi bagi kos baik pulih selepas perang Dunia Kedua. Oleh yang demikian itu, pada pendapat penulis jurnal, adalah amat perlu bagi British untuk menyatukan negeri-negeri Melayu yang terpisah di bawah satu pentadbiran bagi kestabilan politik dan ekonominya. Namun begitu, pihak British telah mengabaikan kebajikan rakyat dan perasaan penduduk di Tanah Melayu.

Seterusnya penulis jurnal membincangkan tentang sebab kerajaan Bitish berhasrat menubuhkan Malayan Union. Penulis jurnal berpendapat, terdapat tiga sebab mengapa Malayan Union ditubuhkan. Pertama, adalah kerana British masih lagi ingin menikmati hasil bumi Tanah Melayu yang penting, iaitu bijih timah, yang mana menjadi sumber pendapatan utama British di masa itu. Walau bagaimanapun British tetap memenuhi polisinya terhadap setiap tanah jajahan di bawah penguasaannya iaitu dengan memberikan kemerdekaan. Strategi British ialah dengan tidak memasukkan Singapura di dalam Malayan Union dengan tujuan menjadikannya sebagai sebuah tanah jajahan British bagi menjaga kepentingan British di Asia Tenggara terutamanya Tanah Melayu yang akan menjadi Malayan Union setelah merdeka. Sebab kedua pula ialah kerana British telah menganggap raja-raja Melayu telah bersubahat dengan Jepun sehingga Jepun dapat bertapak di Tanah Melayu dan mengalahkan British. British juga telah membentuk Malayan Union dengan mengambil kira kebajikan orang Cina yang telah tertindas semasa YT 2007 6960 2

Unsur-Unsur Yang Telah Menyebabkan Kerajaan British Mengemukakan Kesatuan Tanah Melayu pendudukan Jepun. Penulis jurnal menganggap Malayan Union adalah sebagai satu denda yang dikenakan oleh British kepada orang Melayu. Sebab ketiga pula, British membentuk Malayan Union adalah kerana idea Indonesia Raya yang dibawa oleh Dr. Burhanuddin. Atas ketiga-tiga sebab yang dinyatakan penulis jurnal, British secara tergesa-gesa telah menubuhkan Malayan Union tanpa berbincang dengan raja-raja dan pemimpin Melayu atau dengan perbincangan yang sangat minima. Penulis jurnal turut menyangkal dakwaan Mac Michael bahawa Raja-Raja Melayu telah diberi masa yang cukup untuk membincangkan tentang penubuhan Malayan Union.

Seterusnya penulis jurnal membincangkan tentang tujuan utama penubuhan Malayan Union. Penulis telah membahagikan hasrat British untuk menubuhkan Malayan Union kepada tiga iaitu tujuan utama, tujuan jangka pendek dan tujuan jangka panjang. Tujuan utama penubuhan Malayan Union bagi pendapat penulis jurnal adalah bagi mengintegrasikan masyarakat Cina dan India kepada satu ketatanegaraan iaitu perasaan kemalayaan. Ini penting dalam menghilangkan perasaan taat setia mereka kepada negara asal mereka. Oleh itu, British telah memperkenalkan konsep kewarganegaraan Jus Soli kepada mereka. Namun begitu, tawaran kewarganegaraan serta keistimewaan lain yang ingin diberikan oleh British kepada kaum pendatang ini ditentang dengan hebat oleh pribumi Malaya. Tujuan jangka pendek penubuhan Malayan Union pula ialah untuk memansuhkan segala struktur pentadbiran sebelum Perang Dunia Kedua. Dengan penyatuan semua negeri di bawah Malayan Union, kuasa RajaRaja dilucutkan dan diganti dengan kuasa tunggal British sementara Singapura menjadi satu negeri tambahan yang berlainan. Ini menjadikan orang Melayu amat kecewa kerana hak mereka sebagai bumiputera telah terhapus dah kedudukan mereka adalah sama dengan kaum lain. Tujuan jangka masa panjang penubuhan Malayan Union pula adalah menyediakan Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan dalam lingkuan British.Menurut penulis jurnal, dengan adanya Malayan Union, Tanah Melayu akan diletakkan lebih mundur setapak untuk mencapai kemerdekaan. Tanah Melayu menurut beliau tidak lagi menjadi negeri naungan British malahan menjadi sebuah koloni.

YT 2007 6960

Unsur-Unsur Yang Telah Menyebabkan Kerajaan British Mengemukakan Kesatuan Tanah Melayu Dalam membincangkan tentang sebab penubuhan Malayan Union, penulis jurnal telah menggunakan teori James de V. Allen. Menurut penulis jurnal, terdapat empat teori yang dinyatakan oleh James de V. Allen bagi sebab-sebab penubuhan Malayan Union. Teori pertama ialah theory conspirasi. Dalam teori ini, penulis menyatakan bahawa Malayan Union sengaja dibentuk bagi meniup semangat kebangsaan orang Melayu supaya menjadi pengimbang kepada ancaman komunis. Oleh itu, Parti Kebangsaan Melayu bersatu atau UMNO dilihat sebagai satusatunya parti Melayu yang dapat memainkan peranan tersebut. Penulis memberi contoh parti UMNO walau pun menjadi parti lawan kepada British pada masa itu, tidak disekat atau diancam aktivitinya serta tidak pula dibubarkan. Teori kedua dipanggil teori strategi. Ini kerana segala keputusan yang diambil oleh British selepas tahun 1945 lebih banyak kepada strategi ketenteraan daripada politik. Penulis memberi contoh Singapura yang diasingkan daripada Malayan Union untuk kepentingan British bagi jangka masa panjang. Teori ketiga pula dinamakan Big Business Theory. Ini adalah kerana Tanah Melayu adalah pengeluar utama bijih timah dan getah. Kebanyakan daripada peniaga dan pedagang-pedagang tidak berpuas hati dengan keadaan pemerintahan British sebelum tahun 1941. Mereka mahukan pemerintah Malaya terdiri daripada orang Eropah.Dengan ini perniagaan mereka lebih terjamin. Teori yang keempat dan terakhir daripada James de V. Allen ini alah teori sahsiah atau personality theory. Menurut penulis, sebab Malayan Union ditubuhkan adalah kerana perselisihan faham antara Gent dan Mac Donald. Walaubagaimana pun, menurut penulis jurnal, teori ini mengelirukan dan sukar difahami.

Di akhir penulisannya penulis menyimpulkan, walaupun pelbagai tawaran menarik dicadangkan oleh British bagi menarik perhatian kaum imigran untuk bertaat setia di Tanah Melayu, contohnya memberi tawaran kewarganegaraan, tetapi ianya tidak lah begitu menarik kaum imigran ini. Contohnya masyarakat Cina tidak berapa menghiraukan tawaran ini, malah mereka sibuk dengan isu perpisahan dalm kepimpinan dan hal-hal yang berlaku di negara Cina. Penulis jurnal berpendapat tujuan British menubuhkan Malayan Union adalah kerana hasrat mereka untuk menguasai kembali politik dan ekonomi Tanah Melayu selepas Perang Dunia kedua. Kesan daripada penubuhan Malayan Union adalah amat buruk sekali kepada orang Melayu. Beliau memberi empat kesan penubuhan Malayan Union kepada Tanah Melayu iaitu, YT 2007 6960 4

Unsur-Unsur Yang Telah Menyebabkan Kerajaan British Mengemukakan Kesatuan Tanah Melayu Tanah Melayu akan diturunkan ke taraf koloni, Raja-Raja akan berada di bawak keuasaan Gabenor General, Undang-Undang akan ditandatangani dan disahkan oleh Gabenor General, bukan oleh Sultan dan orang Melayu akan hilang hak keistimewaan mereka. Penulis jurnal mengakhiri kesimpulan beliau dengan menyifatkan rancangan Kesatuan Tanah melayu atau Malayan Union sebagai a blessing in disguise .

Kritik Jurnal ini adalah menarik dan dapat memberi input tambahan kepada pembaca, sama ada penggemar sejarah mahupun pelajar dalam bidang ini dalam topic Malayan Union. Walaubagaimana pun, beberapa aspek penulisan masih boleh diperbaiki supaya pembaca dapat memahami isu yang diketengahkan.

Menurut penulis jurnal, idea bagi menggabungkan negeri-negeri di Tanah Melayu kepada satu pentadbiran telah difikirkan oleh British sejak Jepun menduduki Tanah Melayu lagi. Penulis bersetuju dengan pendapat ini kerana dari pembacaan penulis seawal tahun 1942, kerajaan British telah menubuhkan "Unit Perancangan Tanah Melayu" di United Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula Tanah Melayu selepas Perang Dunia II tamat. Unit perancangan tersebut dinamakan sebagai Malayan Planning Unit (MPU) dan Diketuai oleh Mejar-General Ralph Hone. (Andaya Barbara W. dan Andaya Leonard Y.:1982). Hone diberi tugas untuk merangka satu bentuk pentadbiran baru untuk Tanah Melayu selepas perang tamat. Akhirnya selepas semua perbincangan berlaku maka cadangan untuk mencadangkan penggabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Pulau Pinang, dan Melaka menjadi Malayan Union diusulkan.

Walaubagaimana pun, penulis kurang bersetuju dengan tulisan penulis jurnal tentang pengecualian Singapura dari Malayan Union. Di dalam penulisannya, penulis jurnal berulang kali menyebut bahawa Singapura tidak dimasukkan ke dalam penubuhan Malayan Union kerana YT 2007 6960 5

Unsur-Unsur Yang Telah Menyebabkan Kerajaan British Mengemukakan Kesatuan Tanah Melayu British ingin menjadikan Singapura sebagai tanah jajahannya bagi mengawasi kepentingan British di rantau ini. Pada pendapat penulis, penulis jurnal wajar menerangkan dengan lebih lanjut mengapa British mengecualikan Singapura daripada Malayan Union. Sebenarnya ada beberapa sebab lain selain yang disebut oleh penulis jurnal mengapa British tidak memasukkan Singapura ke dalam Malayan Union. Rancangan Malayan Union mengekalkan Singapura sebagai satu tanah jajahan yang berasingan diantaranya adalah disebabkan kebimbangan pihak British bahawa penentangan orang Melayu terhadap penyertaan Singapura akan menjejaskan penerimaan rancangan mereka menubuhkan Malayan Union. Terdapat kesangsian tradisional dalam kalangan peniaga-peniaga di Tanah Melayu bahawa sektor perniagaan Singapura akan menjejaskan kepentingan mereka. Selain itu, pihak British juga bimbang bahawa dasar kewarganegaraan liberal yang akan dilaksanakan British akan mengakibatkan kegusaran pemimpin-pemimpin Melayu. Ini kerana bilangan orang Cina Singapura adalah besar dan dikhuatiri perkara ini tidak dipersetujui mereka. Kerajaan British juga mahu menjadikan Singapura sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk operasi strateginya di Timur Jauh. Namun begitu, dari pembacaan penulis, tujuan utama British mengecualikan penyertaan Singapura ke dalam Malayan Union adalah disebabkan oleh kepentingan ekonominya di Singapura, kedudukan strategik Singapura sebagai pelabuhan dan pelbagai lagi faktor yang berteraskan kepada kegiatan ekonomi mendorong pihak British untuk mengekalkan Singapura sebagai kononnya Tanah Jajahan London.

Berbincang tentang sebab-sebab penubuhan Malayan Union, penulis jurnal telah menyatakan di antara sebab-sebab tersebut adalah kerana British ingin menyediakan Tanah Melayu kearah kemerdekaan. Saudara Raja Ali Raja Busu, iaitu penulis jurnal, telah menyebut tentang polisi kerajaan Inggeris terhadap tanah jajahannya dan British telah mengubah dasar polisi tanah jajahannya . Kemudian itu, penulis jurnal turut menyebut idea tentang kemerdekaan yang mesti diberikan oleh British kepada Tanah Melayu. Namun begitu, pernyataan ini tidak diikuti dengan huraian atau nota kaki yang dapat memahamkan pembaca perkaitan antara penubuhan Malayan Union dengan memberi kemerdekaan. Dari pembacaan penulis, kebanyakan buku-buku Inggeris menyatakan salah satu daripada sebab utama pembentukan 'Malayan Union' ialah hasrat kerajaan British untuk menyediakan Tanah Melayu YT 2007 6960 6

Unsur-Unsur Yang Telah Menyebabkan Kerajaan British Mengemukakan Kesatuan Tanah Melayu terhadap kemerdekaan. Ia dilihat sebagai satu kewajaran kerana pihak British telah pun menandatangani Piagam Atlantik pada 14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan bahawa semua negara-negara dunia berhak untuk menentukan dan memerintah negara sendiri dalam erti kata lain 'Merdeka'. Oleh yang demikian itu, pihak Britain terikat untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Bagaimanapun, banyak pihak di Tanah Melayu ketika itu mempercayai bahawa rancangan itu hanya menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri naungan menjadi sebuah tanah jajahan British. Di mana ia dilihat sebagai satu usaha untuk memanjangkan lagi tempoh penjajahan British di Tanah Melayu dengan cara berpura-pura berusaha untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, sedangkan kuasa pemerintah Tanah Melayu ketika itu, iaitu sultan-sultan telah pun dilucutkan melalui pembentukan Malayan Union.(Wikipedia : 2010).

Penulis jurnal telah menyatakan bahawa di antara sebab-sebab British tergesa-gesa menubuhkan Malayan Union adalah kerana perasaan kurang senang British terhadap orang Melayu terutamanya Raja-Raja Melayu, dengan menuduh mereka bersubahat dengan Jepun dan menyebabkan kejatuhan Inggeris dengan mudah. Penulis kurang bersetuju dengan kenyataan penulis jurnal ini. Ini adalah kerana sebenarnya bukanlah British secara keseluruhannya menuduh Raja-Raja Melayu bersubahat dengan Jepun tetapi tuduhan tersebut dibuat oleh seorang wakil British, iaitu MacMichael, sebagai menjayakan usahanya untuk mendapat persetujuan dari Raja-Raja Melayu berkenaan penubuhan Malayan Union.

Bagi mendapatkan tandatangan daripada raja-raja Melayu, Pejabat Kolonial menjemput Sir Harold MacMichael. Sir Harold MacMicheal bukanlah seorang yang arif tentang Tanah Melayu, beliau tidak pernah berkhidmat di Tanah Melayu. Tetapi kerajaan British yang kerap menerima maklumat salah mengenai Tanah Melayu dan orang Melayu percaya bahawa Sir MacMicheal pernah berkenalan baik dengan beberapa putera-putera dari Tanah Melayu. Pemerintahan Tentera British (BMA) merasakan inilah masa yang paling sesuai bagi MacMichael untuk mendapatkan tandatangan daripada Raja-raja Melayu kerana keadaan ketenteraan amat YT 2007 6960 7

Unsur-Unsur Yang Telah Menyebabkan Kerajaan British Mengemukakan Kesatuan Tanah Melayu sesuai dijadikan asas ugutan untuk mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu. Beliau hanya mengambil masa selama 22 hari untuk mendapatkan tandatangan daripada kesemua pemerintah Tanah Melayu hasil daripada ugutan yang amat bersesuaian dengan keadaan pada masa itu. Memetik dari laman web Lazacode, Education and Creative Foundation, sebuah artikel telah dipetik dari Wikipedia(2010) menyatakan berkenaan perkara tersebut: In a short period of time, he managed to obtain all the Malay rulers approval. The reasons for their agreement, despite the loss of political power that it entailed for the Malay rulers, has been much debated; the consensus appears to be that the main reasons were that as the Malay rulers were of course resident during the Japanese occupation, they were open to the accusation of collaboration, and that they were threatened with dethronement. Pada 3 September 1945 , ketika pihak British sedang menjalani pendudukan semula di Tanah Melayu, Kabinet British memberikan kebenaran untuk dasar Tanah Melayu yang baru dan bersetuju dengan misi MacMichael. Oleh itu, kenyataan penulis jurnal bahawa penubuhan Malayan Union adalah atas kebimbangan British bahawa Raja-Raja Melayu bersubahat dengan Jepun, lantas tergesa-gesa menubuhkan Malayan Union adalah tidak tepat bagi pendapat penulis.

Dalam membincangkan tentang tujuan penubuhan Malayan Union, penulis jurnal telah membahagikan hasrat British untuk menubuhkan Malayan Union kepada tiga iaitu tujuan utama, tujuan jangka pendek dan tujuan jangka panjang. Tujuan utama ialah mengintegrasikan masyarakat Cina dan India kepada satu ketatanegaraan, tujuan jangka pendek ialah memansuhkan segala struktur pentadbiran Malaya sebelum Perang Dunia Kedua dan tujuan jangka panjang pula adalah menyediakan Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan dalam lingkungan British. Penulis bersetuju dengan pendapat penulis jurnal. Sedikit penambahan di sini ialah dari pembacaan penulis, tujuan penubuhan Malayan Union boleh dibahagikan kepada lima; pertama Menyatupadukan Tanah Melayu. Kedua, membentuk satu sistem pendidikan yang seragam. Ketiga, memudahkan pihak British untuk mengawasi keselamatan dan pertahanan Tanah Melayu semasa Perang. Keempat, mewujudkan kerjasama dan kestabilan politik. Kelima, mengumpul modal untuk tujuan memajukan industri getah dan perlombongan YT 2007 6960 8

Unsur-Unsur Yang Telah Menyebabkan Kerajaan British Mengemukakan Kesatuan Tanah Melayu bijih timah. Dan yang terakhir, pihak British ingin menyediakan Tanah Melayu ke arah kemerdekaan.

Penulis jurnal menyifatkan usaha British untuk menubuhkan Malayan Union sebagai gagal kerana selain dari penubuhan tersebut tidak mendapat sambutan daripada kaum Melayu, kaum-kaum lain contohnya kaum Cina juga tidak memberi sambutan terhadap cadangan ini. Ini kerana menurut penulis jurnal, kaum Cina di Tanah Melayu pada masa itu sibuk sibuk dengan hal-hal kepimpinan dan perpisahan dalam politik negara Cina. Perkara ini bertentangan dengan pendapat penulis. Bagi penulis, tidak semua kaum lain yang langsung tidak memperdulikan cadangan penubuhan Malayan Union ini. Walaupun mereka tidak terlibat secara langsung dalam demonstrasi menentang British, namun terdapat juga pertubuhan bukan Melayu yang tidak senang dengan cadangan tersebut. Memetik dari sebuah laman web yang membincangkan tentang penubuhan Malayan Union, mengatakan; Tidak seperti kaum Melayu, orang-orang bukan Melayu tidak melibatkan diri dalam demonstrasi-demonstrasi menentang Malayan Union. Namun begitu, terdapat juga pertubuhan bukan Melayu yang menentang seperti Malayan Democratic Union (MDU). Malayan Democratic Union ditubuhkan oleh sekumpulan golongan profesional Cina pada Disember 1945. Malayan Democratic Union menentang Malayan Union kerana rancangan tersebut dianggap tidak demokratik serta tidak memasukkan Singapura dalam penyatuan berkenaan. (Malayan Union:2010)

Berdasarkan petikan di atas, dapatlah disimpulkan atas apa sahaja objektif penentangan, yang pasti bukan bangsa Melayu sahaja yang menentang Malayan Union walaupun orang Melayu adalah golongan terbesar yang menentangnya. Kesimpulan Berdasarkan jurnal ini dapatlah difahami bahawa orang Melayu dan Raja-Raja Melayu menolak Malayan Union kerana tidak puas hati dengan cara British mengemukakan cadangan tersebut yang dibuat tanpa persetujuan orang Melayu.

YT 2007 6960

Unsur-Unsur Yang Telah Menyebabkan Kerajaan British Mengemukakan Kesatuan Tanah Melayu Hakikatnya, penubuhan Malayan Union adalah satu hasrat British bagi memiliki dan menguasai Tanah Melayu semula setelah Perang Dunia Kedua. British menganggap kedaulatan Tanah Melayu tidak lagi wujud setelah kalah dalam peperangan dengan Jepun. Oleh yang demikian itu, mereka merancang untuk menubuhkan kerajaan baru yang dikenali sebagai Malayan Union. British menganggap hak mutlaknya untuk menentukan bentuk pemerintahan dan kerajaan Tanah Melayu apabila berjaya mengusir Jepun. Orang Melayu berasa tertipu dan terhina dengan perlembagaan dan ciri-ciri Malayan Union yang menafi dan menidakkan kuasa Raja-Raja Melayu yang selama ini menjadi tonggak bangsa Melayu. Selain itu Perlembagaan dan ciri Malayan Union juga adalah menyamaratakan hak-hak warganegara dan kerakyatan tanpa mengira imigran atau penduduk asal. Ini membangitkan kemarahan orang Melayu.

YT 2007 6960

10

Unsur-Unsur Yang Telah Menyebabkan Kerajaan British Mengemukakan Kesatuan Tanah Melayu

Bibliografi.

Raja Ali Raja Busu. 1972. Unsur-Unsur Yang Telah Menyebabkan Kerajaan British Mengemukakan Kesatuan Tanah Melayu . Retrieved 12.08.2010 from http://www.pkukmweb.ukm.my/jebat/images/../Raja%20Ali%20Raja%20Busu%201.pdf Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya .1982. A History of Malaysia, The MacMlllan Press Ltd . ISBN 0-333-276736. Wikipedia .2010. Malayan Union . http://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union Wikipedia .2010. The Malayan Union ceased to exist. Retrived 12.08.2010 from http://www.lazacode.com/index.php?option=com content&view=article&id=538&Itemid =151

YT 2007 6960

11

You might also like