You are on page 1of 4

Tulis lima pengajaran. Tiga minggu lagi,Asnal akan bertanding dalam acara olahraga sempena sukan sekolahnya.

Asnal telah membuat beberapa persediaan agar beroleh kejayaan nanti. Antaranya Asnal telah mengikut latihan intensif sebanyak empat kali seminggu iaitu pada sebelah petang. Asnal patuh dengan nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh jurulatihnya iaitu Cikgu Azmi. Asnal menjaga pemakanan yang diambil setiap hari dengan memastikan makanan tersebut berkhasiat dan seimbang. Asnal mencari maklumat tentang pemakana dengan merujuk bahan-bahan yang terdapat di pusat sumber. Asnal juga memastikan agar waktu tidurnya mencukupi. Asnal mengulang kaji pelajaran pada pukul 8.00 sehingga 9.30 malam dan tidur selepas itu.Asnal tidak akan membuang masa menonton televisyen sehingga larut malam. Semasa hari kejohanan, Asnal dating awal dan bersedia untuk bertanding. Semasa di garisan permulaan, Asnal bertekad untuk mencuba sedaya upaya agar Berjaya. Asnal sentiasa ingat pesanan Cikgu Azmi.Akhirnya, Asnal telah dinobatkan sebagai johan acara lari 100 meter. Asnal berasa sungguh gembira dan ramai kawan yang mengucapkan tahniah kepadanya. Asnal juga mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Azmi yang banyak membantunya.

Tulis lima pengajaran. Najmi bangun awal kerana hari ini dia ada temu duga untuk mengikuti latihan sebagai pegawai polis. Selesai membersihkan diri dan memakai pakaian, Najmi mengambil sarapan yang disediakan oleh ibunya. Sebelum keluar rumah, Najmi bersalam dengan ibunya. Najmi menunggu bas di perhentian bas yang berhampiran rumahnya. Ramai orang yang menunggu bas ketika itu.Apabila bas sampai, Najmi beratur sebelum menaiki bas dan member laluan kepada orang yang lebih tua. Tidak lama kemudian, Najmi sampai di tempat temu duga dan dia terus menuju ke meja pendaftaran. Njami diminta mengisi boring pendaftaran oleh seorang kakitangan di situ. Najmi mengucapkan terima kasih atas penerangan kakitangan itu. Sebelum mengisi boring tersebut, Najmi membaca semua arahan yang tertera dalam boring tersebut. Tidak berapa lama kemudian, Najmi dipanggil untuk masuk ke dalam bilik temu duga.Najmi mengetuk pintu dan member salam kepada pegawai yang menemuduganya. Najmi duduk dengan tenang serta mengucapkan terima kasih atas pelawaan untuk duduk. Najmi menjawab semua soalan yang diajukan dengan tenang dan yakin. Najmi sentiasa melemparkan senyuman sepanjang sesi temu duga itu. Najmi segera pulang ke rumah kerana kerana dia harus membantu ibunya menjual nasi lemak di pasar malam.

Tulis lima pengajaran Salwa dan keluarga makan bersama-sama di meja makan. Salwa menuangkan minuman ke dalam gelas ayah dan ibunya semasa mkan. Setelah selesai makan, Salwa segera membersihkan meja makan tersebut. Kemudian, Salwa dan ibunya membasuh pinggan dan gelas yang digunakan. Selesai melakukan kerja di dapur,Salwa membuat kerja sekolah di dalam bilik.Apabila ada latihan yang Salwa tidak faham , dia akan bertanya kepada abangnya untuk mendapatkan bantuan. Abang Salwa, Salman selalu membantunya dalam pelajarannya. Salwa bercita-cita untuk memasuki sekolah berasrama penuh. Salwa hendak mengikut jejak langkah kakaknya iaitu Najwa yang bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak. Kakaknya mendapat 5A dalam UPSR. Salwa menjadikan kakaknya sebagai idola untuk berjaya dalam UPSR. Kakaknya selalu berpesaan agar Salwa belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.

Tulis lima pengajaran. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Ravi tinggal seorang diri di rumah kerana ibu bapanya pulang ke kampong untuk melihat neneknya yang sakit. Ravi mengulang kaji pelajarannya di dalam bilik. Tiba-tiba Ravi terdengar ketukan pintu. Ravi teringat pesan ibunya agar berhati hati sebelum membuka pintu. Ravi melihat melalui tingkap rumahnya dan dia melihat dua orang pemuda sedang mengetuk pintu rumahnya. Ravi hanya berdiam diri dan tidak membuka pintu. Kemudian Ravi terdengar suara bising di bahagian dapur rumahnya. Ravi lihat kedua-dua pemuda itu cuba membuka pintu belakang rumahnya. Lantas Ravi pun menghubungi pihak polis dan menceritakan apa yang berlaku. Tidak berapa lama kemudian, pihak polis sampai dan berjaya menangkap kedua-dua pemuda itu. Rupa-rupanya kedua-dua pemuda itu ialah pencuri yang sangat dikehendaki pihak polis. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada Ravi kerana cepat bertindak menelefon pihak polis.

TULIS LIMA PENGAJARAN Beringatlah ancaman dadah, Walau sentiasa hati terhibur; Menonton dapat memberi faedah, Hati yang gundah rasa terhibur. Pergi berburu membawa senapang, Berburu hingga tenggelam matahari; Menonton mengisi masa lapang, Kerja negative dapat dihindari. Pelbagai amanat dan pengajaran, Dengan menonton dapat dirasa; Pasti bertambah ilmupengetahuan, Sangat berguna sepanjang masa.

Duduk di pintu sehingga terlena, Selepas makan pisang sesikat; Amalan menonton sangat berguna, Ilmu bahasa semakin meningkat.

PENGAWAS SEKOLAH 2012

You might also like